Thursday, 6 March 2014

AZMIE ALI – KALI PERTAMA ORAL DENGAN LELAKI, SAYA SANGAT BIMBANG DIJANGKITI HIV.

Assalamualaikum bang. 

Baru-baru ni saya ada buat hubungan oral dengan seorang lelaki yang saya tidak pasti akan status HIV nya. Itulah pertama kalinya saya terlajak melakukan. 
photo hanya hiasan

Walaupun orang lain cakap tidak tinggi risikonya, tetapi pada doktor yang saya jumpa dia cakap tetap tinggi risikonya, apatah lagi saya telah tertelan air mani pasangan saya itu. Tapi air mani tu hanya masuk dalam mulut saya setelah beberapa saat keluar dari zakar pasangan saya, maksud saya di sini, selepas lelaki tu pancut, barulah saya jilat air mani itu dan biar saja ke dalam mulut hingga hilang sendiri. 

Saya baru buat ujian tapi hubungan seks itu baru sahaja saya buat tiga hari lepas. Saya seakan dapat rasa saya akan menghidapi HIV sebab saya dah mula hilang selera makan. Tak tahu la sama ada saya terlalu risau. sebab walaupun belum tahu keputusan, saya menangis bagai nak rak. 

Actually saya tak tahu pun yang air mani boleh beri jangkitan. Sumpah kalau saya tahu, memang saya tak akan buat. Tapi disebabkan saya tak tahu air mani boleh sebabkan HIV, saya buat tanpa saya tahu akibatnya. Sekarang, saya dah start fikir macam-macam. Saya takut saya mati dalam keadaan mengaibkan di depan keluarga. Saya juga takut nak kecewakan ibu bapa saya kalau mereka tahu saya ada HIV nanti (kalau ditakdirkan saya ada). 

Jadi sekarang saya dah awal-awal merancang, kalau ibu bapa saya dapat tahu juga akhirnya, boleh ke kalau saya menipu dengan mengatakan saya dijangkiti HIV disebabkan saya selalu buat aktiviti SPA IKAN?. Sebab saya ada baca spa ikan pun boleh sebarkan HIV. 

Adakah ujian doktor dapat detect sama ada pesakit HIV tersebut dapat HIV disebabkan hubungan sejenis atau hubungan seks bukan sejenis? HIV melalui fish spa dan sekian-sekian. Dapatkah doktor mengetahuinya kalau saya berbohong? 

Saya tak sanggup kalau ibu bapa saya tahu saya dapat HIV disebabkan hubungan sejenis, tak sanggup tengok mereka kecewa. 

Lagi satu, saya ada baca artikel di blog abang, apabila HIV berada di luar badan, biasanya HIV tidak dapat bertahan lama, soalan saya, bertahan lama tu merujuk pada berapa saat atau berapa jam? (Klik DiSini)

Adakah untuk kes saya di mana air mani telah keluar dari pasangan saya kemudian dua saat lepas itu baru saya jilat dan kolom, itu dikira selamat sebab air mani pasangan saya tidak masuk secara terus ke dalam mulut?  

Mengenai  tanda awal HIV, apakah yang dimaksudkan dengan jari tangan dan kaki rasa macam ditusuk jarum? saya risau sebab ibu jari kanan saya bila raba pada barang, terasa seperti tusukan jarum dari dalam.


AZMIE ALI



 
Salam Azmie

Abang baru baca message Azmie ni. Kalau dalam mulut saudara tidak ada luka berdarah insyaallah tidak akan berlaku jangkitan, kena ada luka maybe luka sebab tergigit lidah atau baru lepas cabut gigi ker, yang ada luka maka risiko dijangkiti baru tinggi, tapi adakala kita sendiri tidak perasan dalam mulut kita ada luka, mungkin luka akibat kita memberus gigi terlalu kuat sebelum melakukan oral seks, itu yang bahaya. 

Abang rasalah risiko saudara dijangkiti HIV maybe sangat rendah (terutama kalau tidak ada luka berdarah) sebab agak susah kalau hanya terjilat sikit, tetapi mungkin masih berisiko untuk mendapat penyakit kelamin. 

Ya benar kuman HIV akan mati dengan cepat apabila terdedah pada ruang udara, tapi tak lah rasanya terdedah aje terus mati mungkin mengambil masa beberapa minit kut wallahuallam (KLIK DISINI). Dalam kes saudara rasanya semasa aktiviti menjilat air mani itu dilakukan, kalau air mani itu ada HIV mungkin kuman tu masih hidup lagi kut. Berdoa aje lah agar pasangan Azmie tu tidak ada HIV. 

Lagi satu HIV TIDAK berjangkit melalui SPA ikan, sama seperti juga nyamuk. Nyamuk juga tidak boleh jangkitkan HIV (KLIK DISINI)

Dan doktor tidak akan tahu dari mana saudara (kalau ada HIV lah) dapat HIV tu. Mereka hanya tahu kalau kita yang beritahu. Kalau nak kelentong doktor punca dari mana kita dapat HIV, kenalah kelentong dengan cara yang betul. Jangan pulak kata, "saya dapat HIV dari Spa Ikan atau saya dapat HIV sebab kawan PLHIV saya cium pipi saya" haaa tu yang akan buat doktor akan ketawa apabila mendengarnya nanti.

Macam abang dulu pun, abang kelentong doktor jugak. Doktor tanya, abang dapat HIV dari mana? so abang kelentong dapat HIV dari seks dengan pekerja seks (wanitalah) tak kan abang nak mengaku buat seks dengan kaum sejenis pulakkan. 


So kalau nak kelentong tu, kelentonglah berpandukan kepada 4 cara utama bagaimana jangkitan HIV berlaku:

Dan abang rasa simptom yang saudara Azmie alami seperti ibu jari kanan apabila diraba pada barang, terasa seperti tusukan jarum dari dalam dan hilang selera makan tu sebab kerana terlalu risau dan terlalu fikir yang bukan-bukan. Perasaan rasa takut dan bimbang tu kalau difikir balik, ada baik juga buat Azmie, sekurang-kurangnya ianya memberi pengajaran buat Azmie dan akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu dimasa.

Walaubagaimanapun nasihat abang dengar aje nasihat doktor tu, Azmie buat lah ujian HIV di mana-mana klinik kerajaan buat ujian TANPA NAMA dan FREE lagi, jika buat diklinik luar seperti BP LAB bayaran dikenakan RM35 (tapi ada yang kata kena bayar RM50) - NAJMI



26 comments:

  1. Hiv dgn fish spa...tak pernah dgr pon...ni bkn setakat doctor, medical student pon tak tertipu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanya salah faham, stigma dikalangan masyaratak; Sama juga seperti kisah setitis darah PLHIV kat buah nenas yang dijual, bila dimakan orang yang makan dapat HIV. Sama juga kisah darah PLHIV yang masuk dalam CocaCola, orang yang minum boleh dapat HIV....

      Kisah SPA Ikan dengan HIV ini pernah diuar-uarkan satu ketika dulu...

      Delete
  2. Susah nak cakap bro.. benda seni ni kita xnmpk.. kot2 luka dalam mulut.. mana kita tau kan

    ReplyDelete
  3. salam naj mi............ada soalan nak tanya, adakah berisiko jangkitan hiv jika kita lakukan sex dengan menggunakan kondom dengan wanita yang kita xtau statusnya.....hanya sex normal xde sex oral... jika berisiko jangkitan apa sebabnya ye?minta penjelasan..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sudah pastinya menggunakan kondom lebih selamat daripada tidak memakai kondom. Kalau kita tengok iklan2 mengenai HIV AIDS pun mengalakkan kita melakukan seks selamat bermakna mengunakan kondom. Malah pasangan yang berkahwin dengan suami atau isteri yang positif HIV juga disuruh memakai kondom bagi mengelakkan jangkitan berlaku. Jadi pandangan saya menggunakan kondom merendahkan risiko dijangkiti HIV, malah mungkin zero dijangkiti.

      Walaupun ada yang mengatakan penggunaan kondom tak seratus peratus selamat kerana dikatakan kuman yang halus tu boleh tembusi lapisan getah kondom tapi itu hanya pandangan mereka. Macam yang saya kata penggunaan kondom boleh mengelakkan risiko kita dijangkiti HIV, jangan kondom tu pecah tanpa kita sedari sudah..

      Selain boleh mengelakkan diri dr dijangkiti HIV, penggunaan kondom juga boleh mengelakkan kita dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kelamin. Tapi lebih baik mengelakkan diri drp melakukan aktiviti berisiko dengan pasangan yang kita tidak tahu status diri mereka. Lakukanlah dengan pasangan yang sah (sudah dinikahi)....

      Wallahuallam

      Delete
  4. spa ikan? x logik... bukan ke virus tu cuma hidup dalam badan manusia...? betulkan saya kalau silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saudara AZMIE tanya kepada saya, alhamdulillah saya dah beritahu pekara yang sebenar kepadanya dalam jawab balas saya kepadanya didalam entri tersebut...

      Delete
  5. Actually lambakan info dalam internet yg jadi punca salah faham. kadang2 newspaper pun sama bagi info pelik2 x tentu arah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak lagi pertanyaan yang pelik2 yang saya terima, adakala ianya mungkin sangat mudah bagi kita yang dah tahu ni, tapi tak mudah kepada mereka yang tidak pernah nak ambil tahu mengenai HIV AIDS.

      So pertanyaan dari pembaca yang masih saya terima, Bolehkan HIV berjangkit kalau saya salam dg mereka? Bolehkan saya (positif HIV) tinggal bersama anak saya, boleh berjangkit ke? Saya buat aktiviti lancapkan sahaja tanpa seks, boleh kah saya dapat HIV? Saya dan pasangan saya tak ada HIV, bolehkah saya dapat HIV? Bolehkah saya dijangkiti HIV kalau terkena air kencing seorang yang positif HIV? dan sebagainya..termasuklah mengenai SPA Ikan ini, walaupun sudah diterangkan sejak dulu lagi dalam kebanyakan blog mengenai SPA Ikan ini, tapi tak semua orang yang mendapat atau telah membaca maklumat tepat mengenai SPA Ikan itu.

      Nak tak nak terpaksalah kita yang tahu ini terangkan kepada mereka, elak dari menyuruh mereka layari sendiri cari jawapan tersebut, adakala mereka ini lebih selesa sekiranya pertanyaan yang mereka tanya itu kita jawab terus kepada mereka. Jangan sesekali abaikan sesuatu pertanyaan dari seseorang yang pada anggapan kita satu soalan yang sangat mudah.

      Sekadar nak berkongsi.......

      Delete
    2. Dan baru sebentar ni saya terima pertanyaan seorang hamba Allah, remaja lagi yang bertanya, "Bagaimana seseorang itu boleh terjebak dengan HIV", Seks bebas selalunya mcm mana?.......

      Delete
    3. Soalan org awam....info abg Naj Mi bnyak membantu memberi pencerahan

      Delete
    4. Kadang2 letih nak menjawab...sebab jawapan yg sama diulang2 x paham2 jugak. yg sebenarnya, sikap malas membaca. semuanya nak disuap.

      Delete
    5. Semoga letih kita tu dibalas dgn kebaikan

      Delete
    6. AA,

      Letih memang letih kalau selalu kita nak jawab soalan yang sama, tapi abg selalu fikir yang soalan tu datang dari orang yang berbeza, malah boleh datang dari budak sekolah rendah, kalau abg letih nak jawab abg akan linkkan sahaja kepada mereka pada laman web atau ke entri yang boleh beri jawapan kepada persoalan yang mereka tanya tu. Macam abg kata mereka ini adakala lebih yakin apabila mendapat jawapan terus dari kita, walaupun jawapan yang kita beri sama dengan jawapan yang terdapat dari sumber lain.

      Bayangkan bagaimana seorang doktor jika ditanya dengan pertanyaan yang sama berulangkali oleh pesakit yang berlainan? Alangkah mudah kalau doktor tu suruh pesakit tu jangan malas kena rajin2 cari sumber dalam internet. Boleh ker doktor buat begitu?

      Sebaiknya janganlah kita abaikan langsung pertanyaan mereka itu dan jangan pulak kita marah atau perli2 mereka yang bertanya itu....:)

      Delete
    7. Erk...mmg tak larat nak layan pon...tp da mmg tugas cuba sebaik mungkin menerangkan dgn ilmi yg terbatas

      Delete
  6. Ala Naj Mi everybody know that u will respond to their questions sincerely, respect u for that. May Jannah for u.

    ReplyDelete
  7. Salam abg najmi, nak tanya kalau darah org yg ada hiv yg dh kering dlm beberapa hari, tiba2 terkena luka kita yg berdarah. Ada. Kah kita akan di jangkiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Darah dah kering, tak berjangkiti dah. Perlu diingat darah yang ada kuman HIV yang terdedah pada ruang udara, kuman akan mati dengan cepat. Kuman tak dapat hiup lama, ada yang kata tak sampai 5 minit atau kurang drp itu kuman dalam darah yang terdedah akan mati...:)

      Delete
  8. Terima kasih abg najmi.. Atas jawapan abg najmi, allah sahaja yg dpt membalas jasa abg najmi, semoga abg najmi sihat selalu.. Ramai org2 di luar sana yg doa kan tuk abg najmi.. Hidup mesti di teruskan!! Tq bang..

    Ada soalan dari sahabat saya, dia dulu ada pergi ke rumah urut, tapi tukang urut tu sekadar melancap kan zakarnya hingga pancut and dia x penah buat hubungan sex dengan tukang urut. Now dia dh taubat tak gie tempat cam tu. Adakah aktiviti tu akan ada jangkitan? Saya nak jawab tak geti.. Terima kasih abg najmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tukang urut sekadar melancapkan tidak menyebabkan jangkitan HIV. Usah bimbang. Sebaiknya elak dari terlibat dalam aktiviti seumpama itu lagi ya...:)

      Delete
  9. Salam abg najmi, terima kasih atas penerangan tersebut. Moga abg najmi di murahkan rezeki dan hidup sihat sejahtera.. Tq bang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Alhamdulillah Terima kasih Anonymous,

      Delete
  10. Salam abg najmi saya ucap terima kasih pada abg najmi, blogs abg najmi byk menyedarkan saya atas kesalahan saya, saya pun ada melakukan kesalahan tanpa pengetahuan isteri, dan saya telah meminta maaf kepada isteri saya, walau saya x terangkan in details, tapi saya juga mcm sahabat saya x penah melangan pelacur hanya berurut shj tu pn sekali n meneysal jugak. Bila saya dh start solat jiwa saya tenang, dan nasihat n penerangan abg najmi telah membuat hati saya terbuka tuk solat lebih kerap.. Isteri saya pelik saya mula start solat hehe. Saya doa kan abg najmi akan hidup bahagia n tenang, besar pahala abg najmi.. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik n keikhlasan abg najmi.. Kalau ada kemusykilan boleh saya msg abg najmi lagi insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Alhamdulillah, terus berusaha perbaiki diri, apa yang telah lepas tu jadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi. Kena ingat lagi kita nak jadi baik, lagi kuat syaitan akan menghasut, so abang harap saudara terus dekatkan diri padaNya, dan semoga Allah sentiasa melindungi saudara sekeluarga.

      Ya boleh aje msg abg...:)

      Delete
  11. salam abg najmi..

    Nak tanye,member saye pernah menerima oral seks dari lelaki yg xdiketahui status nye[pondan]..

    hanye seks oral saje..n die ade pancut ke dalam mulut si pemberi seks oral tu..

    boleh ke dia dijangkiti HIV??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Oral biasa mungkin risiko dijangkiti HIV tak tinggi TETAPI risiko dapat penyakit kelamin tetap ada. Dalam kes kawan awk tu risiko dia dpt HIV mungkin rendah selagi tiada luka pada zakar dan tiada luka berdarah dalam mulut pondan itu. Kalau ada memang berisiko kalau luka dg luka bergesel bertemu. Pondan tu lebih berisiko dpt HIV kalau kawan awk ada HIV terutama jika dalam mulutnya ada luka, luka kena pada air mani yg dipancut. Wallahuallam. Sebaiknya elak melakukannya lagi sebab sagat berisiko dapat Penyakit Kelamin.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST