Friday, 14 March 2014

AMRAN MUSA - SAYA DILIWAT TANPA DISEDARI SEHINGGA MENDAPAT JANGKITAN HIV

Assalamualaikum,

Saya Amran Musa (bukan nama sebenar) saya mengikuti blog abang Najmi sejak beberapa bulan yang sudah dan ada perkara yang ingin di kongsikan di sini. 

Ringkasnya, saya sudah di tahap AIDS, mula di kesan sejak julai 2011 pada usia 30 tahun, dan kini memasuki tahun kedua membawa status itu. Sesuatu yang tidak di duga dan sesuatu yang tidak di inginkan kerana saya tidak pernah terlibat dalam sebarang kancah kehidupan yang berisiko dan sememangnya ini adalah anugerah yang paling hebat yang pernah saya tempuh iaitu menjadi mangsa keadaan. 

photo hiasan

Biarlah saya menceritakan sedikit sebanyak, 

Kisah hitam bermula sekitar tahun 2006 apabila mula mendapat kerja di utara tanah air. Hasil pencarian selama beberapa hari, akhirnya terjumpa iklan, bilik untuk di sewa. bermakna ada penghuni rumah itu yang ingin sewakan bilik untuk mengurangkan kos sewaan, makanya, saya tinggal berdua dengannya. Segalanya lancar, dia pun baik dan peramah, teman serumah mempunyai seorang kawan, biarlah saya panggil dia dengan nama Que.

Que (bukan nama sebenar) ini selalu datang lepak di rumah tersebut dan juga memiliki kunci pendua pintu utama, tidak menjadi masalah pada saya kerana itu adalah rakan kepada teman serumah saya. Teman serumah itu pula, jarang ada di rumah kerana selalu out station, apa yang saya tahu pasal Que ni, dia ini selalu keluar masuk ke negara Thailand dan melakukan aktiviti yang tidak sihat di sana. Dia selalu menceritakan akan kehebatan ayam-ayam siam yang cantik hebat dan pandai menggoda tiap-tiap kali melepak di rumah atau di warung-warung. Saya hanya angguk-angguk sahaja sebab itu hal dia, saya tidak mahu ikut campur. 

Selepas dua bulan, saya kerap bermimpi atau berkhayal, seolah-olah saya sedang melakukan seks dengan Que, seolah-olah saya sedang mengalami mimpi basah. Agak pelik kerana tidak pernah pula saya mimpi seperti itu dengan sesama jantina. Malah dalam mimpi itu, Que memperlakukan saya seperti seorang perempuan dan apabila sedar, badan saya berasa penat. Apabila buang air besar pagi tu, rasa sakit-sakit dan keluar darah. 

Untuk makluman abang Najmi, saya sememangnya disahkan mengidap buasir tahap 1 (bahagian dalam) sejak usia 21 tahun. 

Hal mimpi basah ini berlaku berulangkali, setiap kali mimpi, pastinya esoknya anus akan berdarah dan darah yang keluar di sertakan dengan cecair yang berbau masam dan hamis. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit, saya merujuk ke hospital untuk kes buasir. Doktor bertanya, adakah awak memasukkan sesuatu kat bawah? Kerana ada kesan-kesan luka tusukan pada bibir anus. Saya terkejut, saya cakap, saya tak pernah memasukkan apa-apa objek apatah lagi melakukan perkara yang tidak sihat. Doktor tersebut gelengkan kepala, tanda tidak berapa percaya. 

Sejak itu, saya mengesyaki yang saya memang di datangi oleh Que. Di pendekkan cerita saya cuba mengusik Que (dengan tujuan memerangkap) dan pada satu hari tu, saya cakap padanya,

"Que, bila lagi kita nak honeymoon, melayar bahtera bersama-sama?"

Kemudian dia cakap, "Laa, ko perasan ke sebelum ni.. kalo dah suka sama suka, tak perlu la aku letakkan ubat dalam minuman ko," katanya.

"Aku sangat geram tengok kulit ko yang putih melepak dan sikap ko yang lembut sikit, mengingatkan aku kat awek-awek siam, " kata Que.

Baru lah saya sedar, rupa-rupanya benar lah, Que yang mendatangi saya apabila dia ada peluang, maksudnya, bila teman serumah saya itu tiada. Sejak itu, saya terus pindah rumah, dan tidak lagi menyewa dengan yang lain. Saya sanggup menyewa dan tinggal seorang diri, tidak ada kawan-kawan lain datang lepak di rumah. FOBIA.

Sejak itu, terdetik kerisauan di hati, adakah saya ini sudah terdedah, memandangkan dengan gaya hidup Que yang suka melanggan pelacur. 

Dan pada tahun 2009, badan saya mula di hinggapi kudis-kudis kecil seperti bisul, habis satu badan, di muka, di celah ketiak dan di bahagian dubur. Saya mula risau, adakah ini petanda terhadap HIV? Bisul di muka dan badan sembuh, melainkan di dubur yang silih berganti datang. Sehinggakan terpaksa melakukan pembedahan. Di situ saya ada terdengar, doktor yang bertugas menyuruh nurse ambil darah saya untuk ujian rapid test. Pada masa tu saya kena tahan wad sebelum operation sebab nak buang bisul tu. Saya tahu apa itu rapid test tapi tiada sebarang maklum balas dari doktor ataupun pihak hospital selepas itu, bermakna saya bebas. Lega sedikit.

Disahkan positif HIV
 
photo hiasan

Pada tahun 2011, saya sekali lagi di uji dengan demam yang berpanjangan. Berbulan-bulan demam. Pada tahun ini juga, saya sudah pindah balik ke kampung, saya kerja sendiri di kampung. Demam itu di sertai dengan batuk-batuk yang teruk, lalu saya rujuk ke hospital dan saya di sahkan mengidap TIBI paru-paru. Hari pertama di wad, saya terdengar lagi bicara doktor di wad, ambil darah patient ni (saya) untuk rapid test.

Dua hari lepas itu, tiada apa-apa ulasan doktor. Masuk minggu kedua di wad, ujian kali kedua dibuat sebab demam tak kebah, sejuk panas berpanjangan dan hasil rapid test kali kedua pada minggu kedua itu lah darah saya disahkan ada HIV+. Berderau darah, kelu lidah, apa yang di takuti sudah berlaku. Darah sekali lagi di ambil untuk ujian kali kedua, sebagai pengesahan. Dan tanggal julai 2011, saya sememangnya sah ada HIV+. Memandangkan status saya sebagai pesakit TIBI masa tu, maka title AIDS tu saya perolehi dengan serta merta. 

Mengenai status AIDS yang dikatakan, HIV dalam tubuh saya di kesan apabila mendapat penyakit TIBI, itu pun di kesan setelah dua minggu saya berada di wad dan di kuarentin. Selama sebulan saya di tahan di wad, gara-gara TIBI paru-paru. Dan sejak itulah doktor bagitahu bahawa status saya kini bukan lagi sebagai pembawa HIV tetapi sudah di tahap AIDS kerana sudah mendapat salah 1 penyakit penyebab AIDS. 

Pun begitu, setelah setahun rawatan TIBI (makan ubat setiap hari), vrus TIBI dah mula hilang dan keadaan paru-paru (x-ray) menunjukkan tanda-tanda yang baik, baru lah hospital membenarkan saya berhenti ambil ubat TIBI. Sejak itu lah saya mula membuat rawatan fasa baru yakni pemeriksaan CD4 CD8, hepi B/C, LFT dan lain-lain. Saya tak ingat sangat sebab ada 8 copy salinan yang berbeza ujiannya untuk pertemuan pertama kali itu.

Pada bulan Oktober 2011, CD4 pertama di ambil, pada kiraan 495 dan non react with hepi B dan C. Doktor cakap, saya tak perlu risau, tiada tanda-tanda untuk mendapat hepititis pada masa tu. Tidak ada rawatan khusus kerana cd4 masih tinggi pada kiraan doktor. Dan bacaan CD4 mula menyusut dan menyusut sehingga ogos 2013, bacaan CD4 jatuh kepada 345. 

Doktor cakap, hujung tahun 2013 kita akan mula dengan HAART. Jadi saya setuju. tapi apakan daya, sebelum ini saya sihat tubuh badan walaupun berstatus AIDS, tapi serangan kulat mula menyerang dan sehingga kini masih belum sembuh dari gatal-gatal. Menurut pakar kulit, fungal atau kulat ni memang bagi menghidap AIDS dan tak akan sembuh. Itu satu tamparan lagi yang saya terima. 

Sekarang, sudah 3 bulan saya ambil HAART. 

Pada hari ini amik darah, kali pertama untuk ujian Virol Load. Saya tak tau apa nasib lepas ni, samada turun atau naik bacaan CD4 itu. Dan bagaimana dengan Virol Load tu nanti? Macam-macam. Sebulan kena tunggu, doktor yang merawat saya beritahu, dia akan fokuskan rawatan rohani pada saya, bukan kepada zahir semata-mata. Saya tahu, doktor cuba menyembunyikan sesuatu bagi mengelakkan saya stress, doktor pesan, cari lah kawan untuk berkongsi tapi tak boleh, saya tak jumpa kawan yang betul-betul boleh berkongsi. Ahli keluarga juga tidak tahu status saya sekarang. 

Saya juga ada bertanyakan doktor yang merawat saya sekarang, adakah saya ini masih kekal dengan status AIDS, walaupun dah bebas sepenuhnya dari TIBI, dan CD4 masih lagi tinggi? (300 keatas). Doktor cakap YA, kerana mereka menggunakan "term" itu bagi pesakit yang pernah ada TIBI. Secara perlahan-lahan saya cuba menerimanya kerana saya tahu AIDS adalah fasa terakhir bagi penghidap HIV, pun begitu, saya tetap melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Tiada suplement lain yang saya ambil selain HAART, hanya mengamalkan makan daun pegaga mentah-mentah dalam santapan harian sebab kata nurse, pegaga baik untuk memberikan tenaga kepada pesakit-pesakit seperti saya. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ni, saya tidak pernah rasa sekuat ini, jika sebelum ini saya mudah lesu (sejak sakit TIBI) dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

Akhirnya tumpah jua airmata ini

Untuk pengetahuan abang Najmi, 

Saya tidak pernah menangis kerana HIV/AIDS. Saya tak pasti kenapa, adakah saya ni kuat? pasrah? reda? saya tak tahu, yang saya pegang dan percaya bahawa semua manusia pasti mati, tapi dengan cara yang berbeza.

Cuma, pada bulan Feb 2014 lepas, air mata saya akhirnya jatuh juga di depan doktor pakar kulit kerana mungkin saya mengalami depress yang teruk sebab penyakit kulit yang di hadapi. Seluruh badan semuanya, termasuk lah di kepala, muka saya agak tak lulus di pandang, rambut gugur di sebabkan kelumumur yang luarbiasa tebalnya dan banyak. Dibelakang badan pula, semua tempat gatal-gatal dan jadi macam kurap atau kayap. Saya menangis sebab saya stress kerana apabila saya melihat wajah sendiri di cermin, saya tengok itu bukan rupa saya lagi. 

Menurut doktor pakar kulit itu lagi, saya memang sah di hinggapi sejenis kulat yang hanya dialami oleh pesakit AIDS. (nanti saya bagitahu apa nama kulat itu bila saya jumpa doktor pakar kulit bulan Mei nanti). Dan ianya tidak akan sembuh, tetapi boleh di kawal bagi membendung jangkitan luar yang lain. Setakat ini, segalanya semakin pulih, rambut dah mulai tumbuh, cuma debu-debu kelumumur masih ada tetapi tidak setebal seperti dulu. Kulit muka dah licin sikit,. belakang badan pun dah ok walaupun kadang-kadang masih terasa gatalnya. 

Saya mengharapkan result LFT nanti menunjukkan fungsi hati masih dalam keadaan baik kerana doktor pakar kulit akan membekalkan sejenis antibiotik ITRACONAZOLE secara berterusan untuk membunuh sebanyak mungkin kulat-kulat tersebut. Setakat ini mereka hanya membekalkan ubat jenis itu untuk dua minggu sahaja dalam sebulan kerana ia boleh mendatangkan kesan pada fungsi hati. 

Pada saya, mereka-mereka yang berstatus HIV di luar sana lebih beruntung walaupun kiraan CD4 yang rendah berbanding dengan saya terus dapat title AIDS walaupun CD4 masih dalam lingkungan 300.

Itu saja luahan saya. mungkin saya stress sesekali, tapi saya cuba perkuatkan diri untuk hidup seperti biasa. Kadang-kadang hasil tulisan dari abang Najmi sedikit sebanyak merawat kegundahan di hati ini, mungkin dengan kisah seperti saya ini memberi pedoman dan iktibar pada yang lain terutamanya stigma dan persepsi masyarakat. 

Terima kasih 

AMRAN MUSA 



Salam Amran Musa,

Setiap PLHIV ini juga diduga dengan dugaan yang berbeza, ada yang teruk ada yang tidak, mungkin pada ketika ini Amran diduga lebih teruk daripada kami yang lain, tetapi macam abang kata kita kena ingat, pasti ada orang lain yang diduga lebih teruk daripada kita. Macam dalam blog abang ada abang share keluhan beberapa pesakit yang bukan pembawa HIV tetapi mengalami penyakit (seperti kanser) sehingga doktor meramalkan kehidupan mereka hanya mempunyai beberapa bulan sahaja lagi. (Klik DISINI dan DISINI)

Dalam kes Amran, abang simpati kerana Amran terainaya, bukan kehendak Amran, bukan Amran yang mencari penyakit itu. Apa pun semua sudah berlaku, Amran tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku, Amran kena terima ketentuannya dan paling penting berfikiran positif mengenai masa depan.

Setahu abang mengikut kiraan doktor jika CD4 kita dibawah 200 kita tergolong dalam kumpulan pesakit AIDS, dan jika CD4 atas 200 bermakna kita pembawa HIV. Itu kiraan panduan yang mudah buat kita semua untuk faham. Kebiasaannya jika CD4 kita semakin naik (tinggi), maka bacaan Virol Load kita akan semakin rendah sehingga tidak dikesan - ini adalah situasi yang baik bagi seseorang PLHIV. 

Amran baru 3 bulan makan ubatan HAART, baru lagi tu abang yakin CD4 Amran akan meningkat naik dan Virol Load akan semakin rendah, yang penting jangan lupa makan ubat tepat waktu, jangan sesekali tinggalkan atau lupa makan ubat. Elak stress jangan fikir bukan-bukan, cuba fikir positif aje. 

CD4 Amran 300, cuma Virol Load sahaja yang belum pasti lagi kan...insyaallah pada ujian akan datang abang yakin CD4 Amran akan meningkat dan sekiranya Virol Load masih berjuta-juta  jangan risau insyaallah pada ujian seterusnya pasti Virol Load akan kurang sikit demi sedikit, ianya akan mengambil masa untuk Virol Load untuk turun dan akan mengambil masa juga untuk CD4 meningkat. 

Bacaan Virol Load juga penting, ada pesakit, CD4 mereka tinggi melebihi 200 tapi bacaan Virol Load tak pernah nak turun, bacaan tetap tinggi - itu bermakna ada sesuatu yang tak kena. Mungkin ubatan yang diberi tidak sesuai dan sebagainya, hanya doktor yang boleh memberi jawapan.

Abang juga pernah mengalami AIDS suatu ketika dulu apabila bacaan CD4 abang hanya 12, pada ketika itu tubuh abang kurus kering, abang mengalami Pneumonia, terlantar 10 hari dihospital, adik perempuan yang datang melawat abang tengok keadaan tubuh badan abang akan menangis, walau pun mereka tidak tahu tentang penyakit sebenar yang abang hadapi. Virol Load abang ketika itu sudah pasti berjuta-juta.

Tapi alhamdulillah selepas memulakan HAART CD4 abang semakin meningkat, dan Virol Load abang menurun sehingga tidak boleh dikesan. Tapi untuk pesakit seperti abang yang memulakan HAART pada ketika bilangan CD4 yang rendah maka sudah tentu akan mengambil masa yang lama untuk CD4 itu meningkat, pada abang tidak mengapa asal ianya naik sikit-sikit pun alhamdulillah.

Untuk pengetahuan Amran, pada hari ini CD4 abang yang terakhir ialah 218, alhamdulillah Virol Load abang tidak dikesan. Percayalah CD4 Amran akan meningkat dan Virol Load pun akan turun juga nanti.

Nasihat abang, buat masa ini Amran kena banyak berdoa kepada Allah, bagi abang setiap lepas solat abang akan minta doa kepada Allah kebaikan buat diri abang dan kebaikan untuk ibubapa dan adik beradik serta kebaikan rakan-rakan abang semua, sama ada yang abang kenal atau tidak di alam maya ni. 

Lepas makan ubat sebelah malam, masuk tidur awal, dan cuba bangun sejam atau setengah jam sebelum waktu suboh, mandi kerana mandi ketika itu sangat baik buat kesihatan tubuh badan. Amran buat lah solat sunat tahajut, taubat, hajat sebelum masuk waktu suboh dan minta doa banyak-banyak kebaikan buat diri sendiri. Doa ketika ini sangat mustajab. Abang ada melakukan rutin ini hampir bertahun-tahun dan kerap minta doa kepada Allah (cuma sekarang abang kurang melakukannya lagi) tapi abang berazam nak melakukan rutin bangun solat malam ni lagi dan kali ini dan cuba nak buat secara berterusan kerana abang yakin ianya sangat baik buat diri kita (zahir dan batin). Jika ada masa, berjemaah dimasjid juga. Bersangka baik pada Allah ya.

Kalau Amran buka blog abang, ada seorang pembaca yang berkongsi kisah, dia seorang PLHIV sudah lebih 10 tahun tapi sehingga hari ini CD4 ia masih tinggi, dan dia kata dia makan supplement spirulina dan minum madu tualang dan yang penting ia juga beramal bangun malam melakukan solat, disamping jangan tinggal solat 5 waktu dan jaga hubungan dengan Allah (klik DISINI).

Jadi sama ada kita sihat atau tidak, kalau kita melakukan solat malam pada pandangan abang ianya sesuatu rutin yang sangat baik dalam memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Amran masih berpeluang kembali sembuh dan kuat, pada abang apa yang doktor kata mengenai diri Amran yang seorang pengidap AIDS itu usah difikir sangat. Mungkin sebab Amran mengalami TIBI dan kemungkinan TIBI boleh menyerang lagi sebab tu doktor kata Amran masih dalam ketogeri AIDS. Orang yang termasuk dalam ketogeri AIDS ini ialah mereka yang lemah sistem imun badan, mereka yang mudah diserang berbagai penyakit. Tetapi macam Amran kata TIBI Amran semakin sembuh dan ubatan TIBI dah dihentikan, semua itu petanda baik buat diri Amran. Usah difikir sangat mengenai sama ada kita ni pembawa HIV atau pesakit AIDS.

Tentang bisul abang juga pernah alami bisul di tepi dubur dulu dan disuruh buat pembedahan (abang tak buat). Abang juga pernah alami kulit pecah berair (kayap ular) tapi sejak abang makan HAART semua gejala itu tak pernah abang alami lagi alhamdulillah.

Mengenai gatal dikulit seperti kurap itu juga insyaallah ianya akan kembali sembuh yang penting Amran kena ikut segala arahan nasihat doktor, makan ubat tepat waktu. Abang dulu bertahun juga berulang alik jumpa doktor pakar kulit, sebab kesan ubatan yang abang makan sehingga menyebabkan dada abang naik bintik-bintik tapi alhamdulillah sekarang dah tak jumpa lagi, akan mengambil masa dan abang harap Amran akan bersabar ya. 

Adakala sesuatu penyakit tu akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Amran dikira baru sahaja makan ubatan HAART insyaallah abang yakin segalanya akan menjadi seperti sediakala, sembuh dan Amran pasti akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria nanti percaya lah.

Abang harap Amran terus kuat dan fikir positif, pada abang Amran bukan pesakit AIDS tetapi seorang pembawa HIV. Pembawa HIV juga ada kala mengalami sakit-sakit juga, mereka juga adakala mengalami gatal-gatal badan juga, PLHIV yang ada CD4 tinggi tidak semestinya kebal daripada mengalami sakit dan gatal-gatal kulit, mereka juga adakala akan mengalami simptom penyakit seperti ini juga. 

Insyaallah abang harap Amran akan kembali kuat dan sihat seperti sedia kala. - Naj Mi







46 comments:

  1. keji betul nak puaskan nafsu guna dadah.taik betul perangai que tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak pa, abang pun rasa nak hempuk2 si Que tu...Tapi abg pasti dia sudah atau akan dibalas jua dengan balasan yang setimpal oleh Allah SWT nanti.

      Delete
  2. harap amran tabah hadapi dugaan.jgn sesekali ptus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainin

      Ya mudah2an begitu lah..doakan agar Amran kembali bersemangat kuat dan sihat....:)

      Delete
  3. Ya Allah ya tuhanku aku pohon belas ehsanmu agar engkau mengampunkan segala dosa Amran dan berikanlah kesihatan yang baik kepadanya dan murahkanlah rezeki untuknya. Sesungguhnya ujian yg engkau berikan kepada beliau amat berat sekali. Ya Allah tuhan yg gagah perkasa, engkau ringankanlah ujian yg engkau berikan kepada beliau dan engkau sembuhkanlah penyakit kulit yg ada di badan beliau. Amran, kalau Amran baca komen ni saya nak cadangkan agar Amran dapat cari air di kolah tujuh buah masjid untuk dibuat mandi. Mintalah pertolongan drpd Allah untuk sembuhkan penyakit kulat di badan Amran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Insyaallah AMRAN MUSA akan baca komen saudara ini nanti...:)

      Delete
  4. Najmi, saintis semakin hampir menemui functional cure kpd hiv berdasarkan artikel yg baru diterbitkan dlm New England Journal of Medicine. Dgn memasukkan berbillion T-helper cell ke dlm darah penghidap hiv, mereka tidak perlu lagi memakan ubat dan viral juga sudah tidak dpt dikesan di dlm darah (wpun masih ada dlm dna cell) tetapi ia tidak membahayakan pembawa virus hiv. Ini kaedah gene therapy yg dibangunkan oleh sangamo biosciences.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah walaupun saya tak yakin sangat dengan segala berita mengenai penemuan atau adanya vaksin penyembuhan bagi HIV AIDS ini tetapi dalam hati kecil ini tetap berharap agar terdapat kejayaan penemuan "penyembuhan" itu, dan mudaha2 menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. .Amin3

      Delete
    2. Najmi, pernah kah dulu pada tahun 80an manusia terfikir yang akan ada rawata untuk HIV/AIDS? Tahun 80an ramai penghidap HIV tidak dapat mengekang diri daripada sampai ke tahap AIDS sebabnya tidak ada ubat/rawatan yang dapat membantu. Tetapi akhir tahun 1990an saintis telah menghasilkan ubat yang dapat mengekang virus HIV daripada duplicate diri dia dan menyerang sel darah putih. Wpun ubat yang terpaksa diambil mungkin mencecah sehingga 20 biji sehari dan kesan ubat yang diambil menyebabkan ramai penghidap HIV berhenti daripada makan ubat.

      Tetapi kini rawatan yang ada membolehkan penghidap HIV hanya memakan 3 atau 1 biji pil sehari sahaja dan kesan sampingan ubat juga sangat minimum dan ada yang tidak rasa kesan sampingan itu (bergantung kepada tindak balas badan seseorang individu itu dan jenis ubat yang diambil) membolehkan pengidap HIV hidup seperti manusia normal yang lain. Kajian yang dibuat oleh penyelidik di Denmark mendapati rawatan yang ada sekarang menunjukkan jangka hayat penghidap HIV adalah sama seperti orang yang normal. Ada seorang doktor pakar penyakit berjangkit kat Malaysia ni cakap ada penghidap HIV yang dapatkan rawatan drpd dia dapat hidup sehingga umur 75 tahun dan meninggal dunia sebab sakit lain yang tiada kaitan dengan HIV.

      Professor Adiba dari UM ketika ditanya tahun lepas tentang adakah beliau optimis yg saintis akan menemui cure kepada HIV, beliau menjawab beliau sangat yakin dan beliau ramalkan dalam tempoh 5 tahun saintis akan temui cure tersebut. Kalau Najmi baca artikel2 dalam jurnal2 perubatan, kajian2 yang dijalankan di banyak negara maju menunjukkan hasil yang sangat baik.

      Saya sangat2 yakin yang cure kepada HIV akan ditemui kerana Allah sebut di dalam al-quran setiap penyakit yang dia turunkan didatangkan sekali dengan penawarnya. Ini janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Cuma menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk mencari penawar kepada penyakit tersebut. Apapun jangan kita berhenti daripada berdoa setiap kali selepas solat untuk Allah membantu saintis menemui penawar kepada HIV. Allah ni kalau kita minta tiap2 hari kat dia..dia akan tunaikan permintaan kita. Yakinlah.

      Delete
    3. Alhamdulillah,

      Ada saya dengar macam-macam cerita tentang penemuan penawar HIV ni, alhamdulillah. Ya akan tiba satu hari nanti penawar ini akan ditemuai tapi bila?

      Jika benar penawar akan ditemui lebih kurang 5 tahun akan datang, pada ketika itu pasti harganya sangat mahal, dan pasti penawar itu hanya boleh kami PLHIV (yang biasa-biasa) seperti saya ini mungkin akan merasa menelannya selepas bertahun-tahun kemudian.

      Ya alhamdulillah kalau sememangnya penawar itu bakal ditemui suatu hari nanti, tapi bagi saya tak nak lah mengharap sangat, jika panjang umur mungkin pada ketika umur saya dah lebih 70 tahun kut baru merasa menelan penawar tersebut, atau mungkin tak merasa langsung...

      Tapi alhamdulillah saya juga tahu yang usaha mencari pernawar HIV ni sememangnya sedang giat dijalankan..Sangat bagus buat generasi akan datang....:)

      Delete
  5. terkedu dan sayu membaca kisah amran.. semoga Allah memberi kekuatan dan semangat utk teruskan hidup.. elakan stress yg melampau..

    ReplyDelete
  6. Thanks abang najmi sebab dengan membaca blog ini, saya dapat kekuatan kembali. althou ini bukan kisah saya, tetapi saya dapat memahami bagiamana perasaan semua bila disahkan hiv+.

    Rasa keliru, kenapa, mengapa semua terjadi, mula rasa macam dah nak mati esok je. tapi slow and step by step saya berubah menjadi seorang yang saya tidak sangka akan jadi.

    mungkin saya terlalu carefree, hidup terlalu ceria sampai lupa dan alpa.

    mungkin ini teguran dari Ilahi kerana lupa padanya. kerana Dia sayangkan kita dan ingin kita kembali mendapat rahmat darinya kelak.
    insha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helmi Abu

      Alhamdulillah, apa jua kisah pengalaman dari orang lain sama ada baik atau buruk, semua itu kita boleh jadikan pengajaran dalam hidup kita. Mana yang baik dijadikan ikutan dan mana yang tak baik kita jadikan teladan (pengajaran) dalam memperbaiki kehidupan kita didunia ini....:)

      Delete
  7. Replies
    1. warkah kembara

      .....pastinya perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat, begitu juga dengan sebaliknya....

      Delete
  8. Saya sedih sangat abang Naj Mi moga2 Allah merahmati Amran Musa dan memberi kembali nikmat kesihatan kepadanya. saya juga beharap Tuhan melindungi saya daripada perkara2 seperti ini dan memberikan kekuatan untuk saya berubah ke jalan yg benar. utk pengetahuan abg Naj Mi, saya pernah "rasa" diciom (maaf) masa saya masih belajar di sebuah "sekolah berasrama penuh" (nama dirahsiakan). dan saya juga pernah "rasa" b*tang saya dik*lum sewaktu saya tidur masa saya belajar di "kolej" (nama dirahsiakan). syukur Alhamdulillah kerana saya belum pernah melakukan dan mengalami seperti ini. maafkan saya kerana melucah dan melawak pula pada saat begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, dunia sekarang apa pun boleh berlaku. Jika susah nak dapat, mereka akan menggunakan cara tidak baik (guna dadah).

      Dalam kes seperti Amran bukan sahaja berlaku kepada lelaki tapi berlaku juga kepada perempuan. Tak mustahil boleh berlaku kepada lelaki strg8. Risiko dijangkiti HIV bukan sahaja pada orang yang diainaya TETAPI kalau orang yang mengainaya itu silap pilih orang misalnya, silap haribulan orang yang nak diainaya itu ada HIV, kalau dia tak ada HIV risiko dia (yang mengainaya) itu utk dapat HIV pun adalah tinggi kan...

      Entahlah buat remaja2 diluar sana kena lebih berhati2 dalam memilih kawan...Mudah2an kita tak ditimpa nasib seperti Amran Musa..

      Delete
  9. ♥pengalaman yg sma tp lebih teruk..dipukau, diliwat dan dirompak oleh kwn sendiri yg menghidap AIDS tnpa pengetahuan pada ramadhan thn lpas..rasa dunia terus gelap tnpa sinar..huhuhu selalu mengadu adakah ini jln terakhir bagiku..namun kne tabah dan redha menghadapi dugaan yang maha pencipta..semoga allah memberi 1000 kekuatan kepada semua penghidap HIV n teruskan beramal...tiada ubat yg baik selain allah..allah la segalanya♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Macam-macam kisah diantara kita semua, berbeza diantara satu sama lain. Tu lah risau jugak budak2 yang tak bersalah atau strg8 kena pukau macam tu. Tak mustahil boleh berlaku kepada diri kami yang lain ini.

      Bermakna saudara juga positif HIV juga? Mudah2an saudara diberi kesihatan yang baik, kekuatan, redha dan dapat meneruskan kehidupan seterusnya dengan sempurna...Amin3

      Delete
    2. ♥tiap2 mlm kalau solat sunat taubat air mata berjujuran x terkata..betapa peritnya dugaan ini..nikmat utk berkahwin dan mendapt anak berkecai..hanya menanti bidadari di sana nanti..

      Delete
  10. Saya sarankan yg menghidap HIV utk amalkan pemakanan habbatussauda..ianya dpt meningkat sistem immune dlm tubuh.insyaAllah dpt mmbantu

    ReplyDelete
  11. Saya harap kalau saudara Amran membaca komen2 diblog abang Najmi ni, saya nak dia tahu yang dia tak keseorangan. Doa saya untuk dia dan juga abang Najmi in syaallah takan putus. Ujian yang Allah bagi ni bukan kerana Dia bencikan hambaNya tapi sudah ada ganjaran besar yang menanti jika kita tabah dan sabar menghadapinya.

    'haikal'

    ReplyDelete
  12. Yg telah terjadi tidak dpt dibaiki lg. Utk amran anda mesti tabahkan hati kerana anda tidak bersalah sama sekali krn anda teraniaya. Mkn ubat dan patuh peraturannya. Jgn stress...ljgn risau que pasti dah dpt pembalasannya. Amran, Anda org yg sgt kuat kerana itu anda diduga Allah sebegitu dan anda lelaki. Apa kata wanita yg dirogol penagih yg ada hiv, mengandung dan mendapat hiv serta bayi dlm kandungan berisiko mendapat hiv? Hanya Allah yg memahaminya. Amran, wnlywa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Benar, Amran hanya di ainaya dan mendapat HIV (berat mata memandang berat lagi bahu memikul) tetapi masih ada insan lain yang diduga lebih daripada itu, seperti gadis yang dirogol penagih dadah yang positif HIV, mendapat HIV dan bayi dalam kandungan juga berisiko dijangkiti HIV.

      Malah dalam blog ini saudara Amran boleh baca kisah "NURUNN - DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV+VE. Alhamdulillah walaupun positif HIV dia dapat menjalani kehidupan yang baik hari ini. Begitu juga dengan Amran abg yakin kehidupan Amran akan semakin baik nanti, percaya lah....:)

      Delete
  13. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Mesti ada yang tertanya2 kenapa virus HIV mula di kesan selepas beberapa tahun diliwat? doktor memberikan penjelasan sebegini. (apa yang diingati lah kerana adakalanya doktor menggunakan term medic yang tak dapat nak igt sangat)

    Doktor memberitahu, virus ini boleh di kesan setelah ia mula menyerang sel darah putih. Sebelum itu, virus ini mula membentuk koloni (membiak) sebelum mula menyerang. Pada masa ini, virus ini tidak dapat di kesan didalam darah manusia. Cara HIV menyerang adalah sama seperti kuman TIBI juga, kuman ini membentuk koloni2nya terlebih dahulu dan apabila cukup masanya baru lah ia bertindak. Bagi virus HIV ini, tidak ada tempoh khusus untuknya "bertindak", ia bergantung kepada tahan imunisasi tubuh seseorang dan ianya tidak sama dengan orang lain. adakalanya, dalam tempoh 2bulan terdedah, virus dah mula di kesan tetapi adakalanya memakan masa bertahun2 lamanya. ia bergantung pada sistem imun dalam tubuh seseorang. seperti kes dalam entry ini, mungkin virus ini mula menunjukkan belangnya setelah di sahkan mendapat sakit TIBI atau Batuk Kering.

    Terima kasih atas sokongan dan komentar yang di berikan. Saya sangat menghargai. Tidak ada tempat untuk di luahkan perasaan yang terbuku. Itu pun setelah di fikirkan berkali2, baru lah saya memberanikan diri untuk berkongsi pengamalan di sini. Tidak ada yang mengetahui status termasuk kaum keluarga dan sahabat terdekat kerana saya percaya mereka ini sangat NAIF mengenai situasi seperti ini dan persepsi juga turut berbeza. Ini terbukti kerana pernah beberapa kali saya bertanyakan apakah pandangan mereka mengenai HIV/AIDS, dan jawapan yang di berikan ternyata "tidak berkembang dan menghukum". Jadi, biarlah menjadi rahsia seketika.

    Ya, benarlah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak siapa yang tahu di sebalik deraian hilai tawa yang di pamerkan sebenarnya sangat pahit didalamnya. Tapi tak mengapa lah. HIV POSITIVE; KEHIDUPAN YANG POSITIF > TERUSKAN HIDUP SECARA POSITIF. Itu lah yang di pegang, di junjung dan percaya pasti ada hikmah di sebalik ujian walaupun ia sukar untuk di terima.

    Terima kasih kepada abang2, kakak2, adik2 di alam maya yang memberi sokongan moral. Ternyata masih ada yang perihatin.

    AMRAN MUSA
    akumahkota@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Mesti ada yang tertanya2 kenapa virus HIV mula di kesan selepas beberapa tahun diliwat? doktor memberikan penjelasan sebegini. (apa yang diingati lah kerana adakalanya doktor menggunakan term medic yang tak dapat nak igt sangat)

    Doktor memberitahu, virus ini boleh di kesan setelah ia mula menyerang sel darah putih. Sebelum itu, virus ini mula membentuk koloni (membiak) sebelum mula menyerang. Pada masa ini, virus ini tidak dapat di kesan didalam darah manusia. Cara HIV menyerang adalah sama seperti kuman TIBI juga, kuman ini membentuk koloni2nya terlebih dahulu dan apabila cukup masanya baru lah ia bertindak. Bagi virus HIV ini, tidak ada tempoh khusus untuknya "bertindak", ia bergantung kepada tahan imunisasi tubuh seseorang dan ianya tidak sama dengan orang lain. adakalanya, dalam tempoh 2bulan terdedah, virus dah mula di kesan tetapi adakalanya memakan masa bertahun2 lamanya. ia bergantung pada sistem imun dalam tubuh seseorang. seperti kes dalam entry ini, mungkin virus ini mula menunjukkan belangnya setelah di sahkan mendapat sakit TIBI atau Batuk Kering.

    Terima kasih atas sokongan dan komentar yang di berikan. Saya sangat menghargai. Tidak ada tempat untuk di luahkan perasaan yang terbuku. Itu pun setelah di fikirkan berkali2, baru lah saya memberanikan diri untuk berkongsi pengamalan di sini. Tidak ada yang mengetahui status termasuk kaum keluarga dan sahabat terdekat kerana saya percaya mereka ini sangat NAIF mengenai situasi seperti ini dan persepsi juga turut berbeza. Ini terbukti kerana pernah beberapa kali saya bertanyakan apakah pandangan mereka mengenai HIV/AIDS, dan jawapan yang di berikan ternyata "tidak berkembang dan menghukum". Jadi, biarlah menjadi rahsia seketika.

    Ya, benarlah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak siapa yang tahu di sebalik deraian hilai tawa yang di pamerkan sebenarnya sangat pahit didalamnya. Tapi tak mengapa lah. HIV POSITIVE; KEHIDUPAN YANG POSITIF > TERUSKAN HIDUP SECARA POSITIF. Itu lah yang di pegang, di junjung dan percaya pasti ada hikmah di sebalik ujian walaupun ia sukar untuk di terima.

    Terima kasih kepada abang2, kakak2, adik2 di alam maya yang memberi sokongan moral. Ternyata masih ada yang perihatin.

    AMRAN MUSA
    akumahkota@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Salam,buat Amran bila kali pertama menitis airmata pd feb 2014,pada saya itulah hikmah yg sgt berharga.terpadam keegoan kita,tawakal pada yg maha esa,gugur dosa2 kita.klu lihat pd sudut positif hiv ada hikmahnya.amran jgn sedih2.ubah minda kepada positif,jgn layan sgt emosi tu,yg lepas2 usah dikenang.Amran,klu ada ibu Ayah,pesan dekat mereka tlg doakan yg terbaik setiap hari bt amran,doa ibubapa sgt istimewa.Amran,ada insan lain lebih berat ujian mereka,tp mereka senyum ja.cth isteri saya dan insan2 lain.ia neg hiv,tp sudi berkahwin dgn saya,pdnya hiv bukan pemusnah kebahagiaan.dgn kasih sayang mereka sudi membahayakan diri bersama plhiv.sekarang dah 3tahun kami bahagia,dan yakin Allah sangat menyayangi& memelihara kami sampai akhir hayat.Amran tahun ni saya dah 12tahun plhiv.saya menjalani rwtn susulan spt cd4 dan viral load.haart belum jalani lagi.apapun doktor sentiasa memantau kesihatan saya.Alhamdulillah saya masih sihat mcm org normal.saya yakin bila sampai waktunya dgn arahan doktor pasti saya pun akan jalani rawatan haart bila disuruh nanti. Amran sabar ya,jalani hidup ini dgn ceria.mental mesti kena kuat,klu boleh jgn layan sangat emosi tu.moga Amran cepat sembuh,Que itu hanya sabit musabab bt Amran lebih dekat dengan Allah,Saya minta maaf klu saya salah atau terkasar bahasa.ini sekadar pandangan peribadi sahaja. HR21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih HR21,

      Buat pengetahuan AMRAN, HR21 ada insan yang abang maksudkan, yang mengamalkan Spirulina dan madu seperti yang abang cerita kat atas, semoga pandangan nasihat dari HR21 sedikit sebanyak boleh AMRAN jadikan ingatan. Alhamdulillah

      Delete
    2. terima kasih.
      Insyaallah saya akan usahakan yang terbaik terutamanya dari segi mental. sebenarnya sudah agak lama tidak memikirkan soal status yang di bawa sekarang. Cuma dalam tempoh sebulan dua ini sahaja agak tergugat sedikit gara2 penyakit kulit mula menyerang.

      Buat pengetahuan, saya sudah melepasi peringkat ulser di mulut (bibir tepi mulut luka), dan selaput putih dalam mulut dan anak tekak. Itu semua berjaya di ubati dan di rawati. Sekarang ini fokus tertumpu pada penyakit kulit, pantang makan minum, tidak terdedah pada haba dan sinar matahari terik. Jika tidak, kulit mudah menjadi gatal2 dan bertukar menjadi kering merekah lalu menggelupas.

      Pun begitu saya masih bersyukur kerana ia tidak lah seteruk SLE atau Steven Johnson Syndrome.

      Delete
    3. Alhamdulillah. Saya tau saudara seorang yang kuat. Walaupun kita saling tak mengenali saudara jangan risau, kami cuba memberi sokongan setakat mana yang mampu. Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang saudara jagalah diri elok2 ye. Insyaallah doa saya sentiasa ada untuk saudara. Itu je yang saya mampu berikan.

      'haikal'

      Delete
    4. terima kasih buat 'haikal'
      yang tidak mengenali itu lebih mengenali berbanding yang mengenali
      yang mengenali tidak ramai yang memahami permasalahan yang di tanggung, di bawa

      Delete
  16. wow. menitis air mata.
    sesunggunya besar sungguh ujian yg Allah berikan
    namun pastinya hanya Dia yg maha mengetahui
    dan sesunggunya Dia maha tahu akan kemampuan hamba nya
    dekatkan lah diri saudara kepadaNya
    moga hidup saudara akan diberkati
    moga juga semua penyakit tersebut hilang dari badan saudara

    tak dapat saya bayangkan
    segala yg saudara rasa
    moga di kuatkan diri
    rohani dan jasmani

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      hanya Allah yang tau apa yang terbuku dalam sanubari
      bukan mudah nak merentasi halangan dan dugaan
      doa yang tidak pernah putus2, makan ubat dan tawakal

      Delete
  17. Kisah yg pilu. Ketabahan Amran dan semua membuatkan saya yakin HAART juga boleh membantu saya... Saya baru mkn ubat ni Jumaat lepas... Blog ni mmg setiap hari saya akan baca walaupun masa terlalu ketat utk saya... Positive for positive... Me too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabriel,

      Terima kasih kerana singgah membaca, semoga apa sahaja kisah didalam bolg ini boleh memberi perngajaran yang berguna kepada kita semua. Ya sentiasa berfikiran positif....:) Semoga kesihatan saudara baik2, lebih baik selepas makan HAART ya....:)

      Delete
  18. Assalamualaikum abg najmi.
    Disini saya ingin bertanya dan meluahkan sesuatu pada abg. Saya john (bukan nama sebenar). Berumur 20 tahun. Mungkin dengan meluahkan segalanya abg mungkin faham.
    Saya mula terjebak dalam kegiatan gay ni sejak umur 17 tahun lagi. Ketika itu saya melakukan dengan junior di sekolah saya. Dan kami selalu melakukan benda tu tanpa perlindungan. Kemudiannya saya melakukan dengan 2 orang lain dari sekolah yang sama. Tanpa perlindungan juga. Sehinggalah saya keluar dari sekolah. Sejak tu saya tak berhubung dengan mereka dah. Oleh itu bagi melepaskan nafsu saya mencari lelaki gay ini di dalam laman sosial. Sejak tu hingga ke hari terakhir apabila saya mula sedar dan khilaf hampir 4 atau 5 orang saya dah melakukan, 2 antaranya tanpa perlindungan. Tapi seorang tu saya percaya dia belum pernah melakukannya lagi dari apa yang saya kenal dia lah. Sehinggalah pada 3 minggu lepas iaitu munhkin kali terakhir dalam hidup saya melakukan benda kutuk ini. Saya melakukan dengan lelaki bujang, berumur 39/40 mcm tu.
    Tanpa perlindungan. Dan dialah orang yang kedua itu. Dari apa yang saya tahu dia sudah lama tidak melakukan benda tu. Dan sebelum ni dia pernah melakukan 3 some dan sebagainya. Selepas daritu saya mula takut. Dan tak tentu arah mungkin tuhan nak sedarkan saya. Saya takut akan dijangkiti oleh hiv. So saya mencari info2 dan terjumpa blog abg.

    Adakah saya mempunyai peluang yang besar dijangkiti ? Setahu saya kita takkan dijangkiti oleh hiv jika pasangan kita sihat. Dan ketika di sekolah pasangan2 saya adalah sihat dan merupakan atlit. Dan pasangan selepas sekolah itu dari ciri2 mereka tidak menunjukkan mereka pesakit hiv. Saya cuma takut.dan berharap tidak dijangkiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam John,



      Sebenarnya kita sukar mengenali seseorang yang ada HIV, kerana kebiasaannya seseorang pembawa HIV ni kelihatan sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti manusia lain. Kita tidak akan tahu melainkan diberitahu oleh mereka sendiri mengenai status mereka. Mereka juga datang dikalangan yang aktif bersukan, mereka juga kerap ke gym menjaga badan, pendek kata kita tidak akan tahu sekiranya mereka ada HIV. Mungkin ada dikalangan rakan kita juga ada HIV tetapi kita tidak tahu sebab mereka kelihatan sihat.



      Abang sendiri mempunyai seorang rakan agak rapat dan selama lebih 5 tahun kami selalu jumpa berbual tetapi sampai sekarang dia tidak mengesyaki yang abang ni ada HIV, walaupun adakala abang selalu berbual mengenai HIV dengan dia.

      Ramai juga yang ada HIV tetapi mereka tidak tahu diri mereka telah dijangkiti, ini lebih bahaya kerana mereka ini biasanya tidak ambil kisah sangat mengenai perlindungan sekiranya melakukan seks. Tapi biasanya seseorang yang tahu diri mereka ada HIV, kebiasaannya lah mereka ini akan mementingan perlindungan (seks selamat), kerana mereka faham dan tidak akan menjangkitkan kuman ini kepada orang lain.

      Dalam kes John; Kisah yang lalu tu kita ketepikan, mungkin ketika itu (umur 17 tahun) saudara tidak lagi dijangkiti HIV, tetapi kalau telah dijangkiti sekali pun jarak masa untuk saudara mendapat simptom AIDS akan berlaku sekitar selepas 4-5 tahun kemudian. Hari ini saudara berumur 20 tahun kisah lalu tu berlaku sekitar 3 tahun lalu, maka jika ada HIV pun abang rasa hari ini saudara masih dalam keadaan sihat dan kuat, cuma saudara yang tidak menyedari dalam diri telah ada HIV, harap-harap tidak adalah.

      Ingat kebiasannya selepas beberapa minggu kita telah dijangkiti HIV, tubuh kita akan mengalami beberapa simptom seperti demam tidak kebah-kebah, mungkin naik bisul, muntah, loya dan naik ruam diseluruh badan (kesan berbeza diantara seorang dengan seseorang yang lain, malah ada juga yang telah dijangkiti HIV tetapi tidak mengalami sebarang simptom). Kebiasaanya simptom-simptom ini akan berakhir sembuh selepas beberapa minggu, mereka kemudian akan kembali sihat dan boleh menjalani kehidupan biasa. Tetapi jika meraka tidak melakukan ujian HIV mereka tidak akan tahu diri mereka telah dijangkiti HIV.

      Ok kita bercakap mengenai aktiviti seks tanpa pelindungan yang terbaru (yang berlaku 3 minggu lalu). Adalah sangat berisiko diri saudara John dijangkiti HIV sekiranya John melakukan seks TANPA PELINDUNGAN dengan seorang pasangan yang kita tidak tahu tentang status mereka. Mereka mungkin nampak sihat diluar tetapi hakikatnya mungkin mereka ada HIV.

      Adakala jika mereka beritahu diri mereka tidak ada HIV pun, bukan boleh dipercayai sangat kerana apabila nafsu menguasai diri, apatah lagi sekiranya pasangan itu 100% taste mereka, abang yakin mereka (yang ada HIV) ni sanggup menipu mengatakan diri mereka tidak ada HIV. Tapi macam abang kata biasanya seseorang pembawa HIV yang tahu diri mereka ada HIV ni akan melakukan seks dengan selamat, mungkin ada segelintir sahaja yang sengaja menjangkitkan kuman HIV ini kepada orang lain.

      Tidak ada cara lain untuk menentukan sama ada saudara telah dijangkiti HIV atau tidak, melainkan menjalani ujian darah HIV dimana-mana klinik luar hospital kerajaan. Ujian adalah percuma. Sekiranya saudara melakukan ujian dimana-mana klinik swasta seperti Gribble, atau BP Health bayaran dikenakan sekitar antara RM35-RM50 (berbeza antara satu klinik dengan klinik yang lain).

      Buatlah ujian selepas dari 3-4 minggu dari tarikh berisiko, kemudian ulang sekali lagi ujian selepas 3 bulan seterusnya bagi mendapat keputusan yang dikatakan paling tepat.

      Delete
  19. So adakah bermaksud window period 6 bulan itu not applicable to all? Utk mengesan virus HIV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIasanya selepas 3 bulan sesuatu ujian itu sudah konkrit, tapi ada juga doktor yang akan suruh ulang lagi selepas 6 bulan kemudian. Wallauallam

      Delete
  20. Assalamualaikum wbt,
    Boleh saya dapatkan alamat emel HR21?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Email pada saya, insyaallah saya akan beri email HR21 melalui email nanti...:)

      Delete
  21. Salam bang.. nk tanyer.. so maknenyer window period 6 bulan tu adakah tidak tepat? Sebab dlm kes diatas setelah beberapa tahun baru virus dpt dikesan.. maknenyer selepas 6 bulan test -tive belum tentu result itu tepat.. minta pandangan..

    ReplyDelete
  22. Assalamualikum buat semua kawan2. moga semuanya berada di bawah rahmat Allah yang maha pengasih dan penyayang. Moga dengan kifarah ini dosa kita semua di ampunkan. Jgn sesekali kita buruk sangka dengan Allah dengan apa yang menimpa kita. Allah tu sayang kat kita dia nk kasi kita syurga itu sebab dia uji kita. Kambalilah kepadaNya. bila kita redha dengan ujianNya in sha Allah syurga tempat kita. Disitulah akhirnya tujuan kita di dunia ini.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST