Monday, 24 March 2014

5 LUAHAN HATI ISTERI YANG BERSUAMI LELAKI GAY

Saya share 5 luahan dari wanita/isteri yang saya ambil dari ruang komen dalam entri yang lalu.


1) Isteri bersuami Gay – Kisah Pertama 

Saya baru sahaja bercerai dengan suami saya. Sudah lama dia meninggalkan aktiviti songsang dia, tapi naluri tu tetap ada. Tapi dia salahkan Tuhan kerana naluri ini. Kami bercerai selepas setahun lebih berkawin dan selepas saya selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Sekarang kami menunggu perbicaraan kes dimahkamah.

Apabila saya dapat tahu suami bernaluri songsang hati saya memang hancur. Saya sangat sayang dan cintakan dia. Sebelum ini dia tidak pernah cintakan saya, hanya ada rasa sayang saja terhadap saya.

Sengsara hidup saya sudah tamat selepas kami bercerai, kesengsaraan yang di alami semasa kahwin amat perit, setiap hari saya menangis mengenangkn nasib tidak dipedulikan suami.

Lepas habis pantang baru saya tahu siapa suami saya. Sekarang tinggallah saya bersama baby yang baru berumur 6 bulan, saya dan baby adalah mangsa keadaan.

Kami berkawin kerana pilihan orang tua, sekarang saya meneruskan hidup macam biasa bersama bayi kami yang masih kecil tanpa dia disisi, dia terus menghilangkan diri. 

Sumber dari ruang komen disini



2) Isteri bersuami Gay – Kisah Kedua


Salam semua, 

Untuk pengetahuan semua suami saya pun mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis. Saya dapat tahu selepas setahun lebih kami berkahwin. Kecewa and luluh hati saya bila dapat tahu tentang pekara itu. Tapi nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan. Lagipun saya sayang sangat kat dia, dan sayang tak nak kecewakan hati kedua orang tua saya.

Sekarang sudah hampir 3 tahun kami hidup bersama dan masih belum ada anak coz suami saya jarang nak sentuh saya. Boleh dikira berapa kali sahaja dia sentuh saya selama kami kahwin. Sampaikan jauh disudut hati saya adakala teringin 'makan luar'. Tapi alhamdulillah saya masih ada iman. Tak nak saya tanggung dosa besar, tapi sampai bilakah saya dan suami nak hidup macam nie?


Anonymous

Itu juga dugaan, jika puan pasti suami gay dan tidak boleh mengubah kelakuan diri, saya harap puan diberi kekuatan agar mengfailkan perceraian, sebab bimbang sudah lah puan jarang disentuhinya kalau disentuhi satu hati nanti kemungkinan puan boleh dijangkiti HIV (sekiranya suami ada virus itu kerana aktiviti sejenisnya diluar)

Buang rasa sayang puan pada dia dan lupakan tentang nak jaga hati orang lain, puan kena kuat mengatur masa depan puan dengan baik. Puan berhak punya rasa gembira dalam hidup ini. Maybe puan boleh mengadu pada kaunselor atau ke pejabat agama (mahkamah syariah), maybe mereka boleh membantu mengatasi masaalah puan - NajMi

Sumber dari ruang komen disini



3) Isteri bersuami Gay – Kisah Ketiga


Assalamualaikum. 

Suami saya gay dan saya hanya dapat tahu mengenai hal ini di kala usia perkahwinan kami menjangkau setahun. Saya sayangkan dia dan sanggup membantu dia untuk berubah tetapi dia avoid dari saya. Dia langsung tak mahu bercakap malah tak mahu bertemu dengan saya walaupun kami serumah.

Kami berpisah tempat tidur 7 bulan usia perkahwinan. Hubungan batiniah juga jarang berlaku dan hanya berlaku di ketika saya tengah subur kerana suami mahukan anak. Tetapi apabila saya masih lagi belum mengandung, saya pula dipersalahkan.

Saya mengesyaki dia adalah gay apabila saya lihat dia bergambar dengan kawan lelakinya dan kawan tersebut meletalkan tangan di bahu dan di paha suami saya. Seorang kawan saya yang gay pula terkejut apabila melihat gambar suami bersama kawan lelaki.

Selepas saya soal siasat rupa-rupanya kawan tersebut adalah dari golongan tersebut. Saya sayangkan rumah tangga kami dan boleh menerima keadaan suami dan ingin membantu tetapi suami seperti sangat membenci saya.

Kalian yang terjebak dalam kegiatan ini, pulanglah ke pangkal jalan. Kasihanilah insan-insan yang sayang pada anda. - Ain Raihana

Sumber dari ruang komen disini



4) Isteri bersuami Gay – Kisah Keempat

Bagaimana boleh saya contact Puan Wanna B Wise secara personally kerana kes saya sama dengan Puan Wanna B Wise. Saya baru dapat tahu yang suami saya ada facebook lain dan gambar-gambar lelaki gay dan juga laman sembang yang lucah bersama kawan nya.

Saya dah syak lama sebab lihat suami bawa hp ke bilik air dan selalu chat di facebook dan SMS . Saya ingat dia ada affair dengan perempuan rupanya dengan lelaki. Saya baru tahu pada Jumaat lepas 1/3/2013 selepas saya terjumpa facebook suami. 

Saya nak dapatkan nasihat dari Puan Wanne B Wise bagaimana nak handle masaalah ini. Saya sayangkan suami dan tidak mahu bercerai-berai. Usia perkahwinan kami pun sudah menjangkau 17 tahun dan kami ada 2 anak.

Sumber dari ruang komen disini



5) Isteri bersuami Gay - Kisah ke Lima


Assalam, Saya ingin bertanya pendapat. Saya ada seorang kawan yang mengalami nasib yang sama bersuamikan gay. Mempunyai 2 orang cahaya mata. 

Kawan saya ni sudah lama tahu suami dia gay tetapi dia cuba tabahkan hati dan sentiasa berdoa agar suaminya kembali kepangkal jalan. Tapi lama kelamaan tetap tidak ada perubahan apa-apa. Dan baru-baru ni dia ada tengok telefon suami dia dan terjumpa gambar bogel suaminya, rupanya suaminya buat wall gambar bogel tu kat laman web gay.

Ya Allah saya terkejut apabila kawan saya mengadu hal suaminya tu dan saya sangat kesian kat kawan saya. Dia dah jadi "down" sekarang ni, fikir (bagaimana) nak lari daripada keadaan ni. Saya cuma boleh nasihatkan dia supaya banyak bersabar and dekatkan diri dengan Allah. Saya juga ada menyuruh dia pergi ke Pejabat Agama bagi mendapatkan nasihat (tapi dia belum pergi lagi).

Pada pandangan saudara apa yang perlu dilakukan oleh kawan saya tu, sama ada bercerai atau sebaliknya?? Umur kawan saya itu dalam lingkungan akhir 20an. 
Tolonglah bantu.


Salam, 

Pertama sekali dapatkan nasihat dikalangan mereka yang pakar, itu yang penting sebab nasihat mereka lebih bernas. Kalau tanya saya, si isteri kena berbincang dengan suami tapi kalau sisuami nampak tak nak berubah jalan terbaik ialah berpisah. Sebabnya seorang suami yang gay ni kalau masih bergiat aktif dalam aktiviti songsang berkemungkinan dia boleh mendapat berbagai jangkitan penyakit kelamin dan juga HIV, penyakit ni akan dibawa kerumah dan boleh berjangkit kepada isteri tanpa pengetahuan isteri. 

Lainlah kalau suami gay tetapi sudah tidak aktif dalam kegiatan songsang itu ok, boleh lah si isteri terus bantu. Ramai juga suami yang bersifat biseksual diluar sana yang masih aktif dibelakang isteri. 

Ya, pergilah ke Pejabat Agama (mahkamah syariah) atau mana-mana pertubuhan wanita (kaunselor) bagi bertanyakan pandangan daripada mereka. Saudari sebagai kawan bolehlah bantu temankan kawan itu apabila dia nak ke Pejabat Agama. Bantuan sokongan dari saudari pada saya amat diperlukannya ketika ini. 

Dalam masa yang sama simpan bukti-bukti yang menunjukkan suaminya itu mempunyai naluri yang menjurus kepada aktiviti songsang itu. Mungkin sedikit sebanyak nasihat ustaz didalam entri ini (klik disini) boleh dijadikan panduan. Wallahuallam - NajMi

Sumber dari ruang komen disini



13 comments:

  1. kesianya bila wanita2 jadi mangsa keadaan... tp itu lah lumrah lelaki melayu, rata2 kena khawin termasuk sy tp insyallah sy akn berusaha mencari alasan utk lari drpd itu kerna sy GAY n HIV p+ n syukur padaNYA walaupun semua ini terjadi..sy sudah boleh terima ia.. kepada isteri2 n wanita2,,tanya diri n sayangkan diri anda lebih daripada yg lain... kalu sudah tahu,,jumpa pakar,,jumpa meka yg arif,, terseksa n terluka batin tiada siapa yg nmpak....memang agama kita suruh mencari yg halal..tp mampukah nak telan andai suami gay? sayangilah diri sendiri sebelum org lain................

    ReplyDelete
  2. kenapa cerita2 kat atas ni semua -ve tentang perempuan bersuamikan gay? xkan xde yg positive lgsg? maaf sy perempuan dan tidak pernah buat sex. mgkn sy xpaham... tp buruk sgtkan bersuamikan gay? kalau die da berubah? naluri tetap ada xkan hilg.. tp xkan xde yg +ve?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Sebenarnya banyak lagi kisah dalam blog ini tentang wanita yang bersuami gay, luahan dari sudut pandangan siisteri dan juga dari sudut pandangan sisuami gay tu. Ada yang baik dan ada yang tidak, tetapi biasanya yang tak baik (bermasaalah) tu yang selalu dikongsikan oleh pembaca wanita yang beristerikan gay tu.

      Abang sangat kurang terima luahan yang baik memuji sikap suami gay, kalau ada tentu abang akan share kan. Malah abg ada kawan FB seorang wanita yang bersuami gay dan positif HIV lagi, nampak mereka bahagia, cuma kisah mereka abg tak cerita sebab mereka tidak cerita pada abg.

      Tapi biasalah jika rumah tangga tu bahagia mereka tak akan bercerita, kalau rumah tangga tu bermasaalah lah yang selalu diceritakan...

      Delete
  3. Owh macam tu ... entah la mungkin sy yg terlalu berpikiran postive... pada sy makan hati tetap ada.. tp setiap apa yg berlaku mmg ada hikmahnya... kadang org nmpak yg buruk shj... yg baik mereka xhighlight... entah... tksh abg najmi =)

    ReplyDelete
  4. Sy juga senasib dgn kisah ni.bersuamikan seorg lelaki yg bernafsu kepada lelaki. Alhamdulillah. Suami telah meninggalkan aktiviti luarnya. Tapi dalam hati sentiasa ada perasaan curiga terhadap suami. Bisikan syaitan selalu datang,menghasut saya supaya tidak percayakan suami,berprasangka buruk pada suami.
    Usia perkahwinan kami masih muda.x sampai 3 thn..tp sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy dlm mbantu suami agar sentiasa berada di jalan yg betul.
    Dulu,sy selalu marah2 n perli suami. Tp bila sy fikir balik..bkn begitu cara yg baik utk ajak suami berubah. Skrg ni , sy cuba bertanya keadaannya.bgmn dia melawan nafsunya.sy sentiasa minta dia ingatkan Allah n ibubapanya. Pd masa yg sama agar dia mengasihani sy dan anak2. Sy percaya bila suami ingat Allah n ibunya...dia akan berfikir byk kali sblm melakukan benda2 yg x elok (eg.tgk website,skype @ chat dgn gay lain ..etc). Suami anak mak...itu shj lah senjata saya.
    Sy penah ke majlis agama n diberi kaunseling.tp suami sy seorg yg berpendidikan dan ego. Pdnya..ustaz hny pandai cakap saja. Tp sekurang2nya sy bsyukur kerana dia sudi pegi sesi kaunseling tu. Skrg ni kami dah x pegi.
    Sy selalu cuba mengajak suami solat jemaah bsama2,puasa bsama2 n m3ngaji bsama. Alhamdulillah...suami mudah diajak.
    sy penah menasihatinya agar x lg kontek dgn kawan2 gaynya..tp ini sesuatu yg sukar bg suami.kerana dia merasakan dia x boleh nak berkawan baik dgn lelaki straight.mungkin pengalaman dulu slalu diejek n dikeji menyebabkan dia x hingin berbaik2 dgn lelaki straight.apa yg sy buat..sy selalu ikut kalau dia ada gathering dgn kwn2nya.selain nak elak suami buat benda2 x elok,sy cuba selami gelagat n perasaan kaum gay ni.dgn harapan sy lebih memahami suami sy.

    Bagi pihak sy pula..sy selalu ingtkn diri ttg kebaikan n kelebihan suami. Kerana dia semmgnya seorg suami yg baik,ringan tulang dan lembut hatinya. Sy sentiasa bdoa Allah berikan kekuatan dan kesabaran kpd sy. Sy yakin Allah sentiasa memimpin suami sy dlm jihad melwn nafsunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an kehidupan Puan anak2 dan suami terus diberi kebahagian, terutama kekuatan dalaman dalam diri puan dalam meneruskan kehidupan ini.

      Delete
    2. ah, mcm2 hal la dunia akhir zaman ni, puan beli 1 strap on dildo for anal, puan hentam suami puan bagi dia puas, minta maaf lah kiranya komen saya keterlaluan.

      Delete
  5. Salam,

    Saya adalah silent reader blog abg najmi dan senasib dengan cerita2 Puan diatas. Saya kenalkan diri saya Puan Aja (puan ke cik x taulah) FYI, kami baru bernikah pada akhir bulan May dan jatuh pada same date with my birthday. Tempoh bertunang almost 8 months and perkenalan kami singkat, dikenalkan oleh cousin bekas suami. Pada awal berkenalan, dia yg nampak beria2..sedangkan saya masih so..so..dan dia yg beria2 nk jumpa..dengan izin Allah kami berjumpa and my first impression dia adalah lelaki yg "sopan" tp bukan lembut. Sejak dr moment tue dia rajin bertanya khabar and mssg, dan dia nak jumpa sgt mak ayah utk merisik. Tgk pada agama..background keluarga saya pun setuju terima dia padahal tiada rasa cinta pd dia ( berazam love after married)

    And dgn izin Allah kami bernikah..but unfortunately hanya bertahan hanya 2 month and half..SubhanaAllah..hanya Allah yg tahu perasaan sy ketika nie..dia lepaskan saya disaat saya mula sygkan dia..di saat saya sudah mula cintakan dia..sbb niat saya berkahwin kerana Allah Ta'ala. Memang malam pertama kami tak berjaya dalam keadaan dia yg tergopoh2..and sejak dr tue dia upset and selalu mengelak bila diajak bersama..Kami pasangan PJJ..dia di Borneo saya di KL, and bila berjumpa..sy try utk bermesra..dia dingin and bg alasan penat nk tgk TV. Masa tue saya x detect apa2...sampaila satu masa second week of syawal lepas raya holiday..dia mmg nampak ganjil...saya mmg perasan sejak kawin dia berzikir dgn HP..HP x lekang dr tangan. bila ditanya.."hal kerja syg..nk buat mcm mana" masa tue boleh lagi bersangka baik...sayala yg pegang tangan dulu and serba serbi saya yg akan mulakan dulu..alat dia mmg x naik...saya sangka dia mati pucuk..bila diajak berubat ada je alasan.

    Diringkaskan cerita, He is Gay...selama nie hidup dalam penipuan..menipu semua org..and berkahwin atas sbb keluarga kononya...padahal nk hidekan identity...sejak dia lafaz talak through HP sejak tuh lah saya jadi detective conan..saya dpt access email dia..and MENGEJUTKAN!! subhanaAllah...keji!! ramai skandal yg sejiwa...yg suka bebird, saya nak pengsan!!! dia x pernak sayangkan saya sebagai seorang isteri.. perwatakan dia yg nampak alim rupanya Munafiq, kenapa nk mainkan agama..saya sedih. Sepatutnya kami masih lagi tempoh bulan madu..saya x mtk berkahwin utk jadi janda and bukan saya yg mtk kawin dgn dia...dia yg beria2...setiap kali dia outstation dia akan call escort man..rumah sewa bujang yg dia sewa sorang dkt borneo pun slalu dikunjungi "org". Saya sedih diperbodohkan..sakit dr segi mental..fizikal... bila manusia bertuhankan nafsu lupa halal haram, sampai partner tido beratus2 sampai dia pun lupa siapa..Ya..Allah

    And skrg kami dlm process settle down dkt mahkamah..and dia menyesal atas suma perbuatan dia..menipu family dua2 belah pihak....and menyesal suma toknek maksiat yg dia buat. Saya doakan dia istiqamah dalam bertaubat, Mybe nie suma menjadi asbab kebaikkan for all.Rasa paranoid dgn lelaki.. :(



    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan AJA

      Terima kasih kerana berkongsi kisah..saya jadikan entri kisah ini nanti...

      Delete
    2. thanks abg najmi..doakan saya kuat! fragile but pretend to be strong demi mak ayah. Allah chosen me from amongst of billions of human beings. Satu je yg buat saya kuat, "Suffering is a gift in it is hidden mercy" and because Allah love me... Allah puts me in this positions.
      Saya tau, i cant change someone behavior,all can i do is remind them and hope that Allah will change their heart. Hopefully Allah terima ibadah saya sepanjang sy menjadi isteri...klau dia baca entry nie saya nk tau..saya maafkan dia dunia akhirat..jadilah umat Nabi Muhammad...No matter how long he have traveled in the wrong direction, He always have the choice to turn around.

      Delete
    3. Semoga kehidupan Miss AJA terus diberkati Allah selalu. AMIN3

      Delete
  6. Assailant..sy nora...bersuamikan sorg gay..sy seorg janda ank5 seblm bernikah dgn suami..sy bertemu suami swaktu reunion sek..dlm tempoh 2weeks dia ajak kawin setelah tanya pandangan mak ayah...dia org setuju dgn pernikahan ni..dia ank yg baik menurut kluarganya...bukan kaki perempuan dan jarang skali tgk dia dgn gf slalu dgn kwn laki2 je...family dia syok sgt dia nk kawin tetiba memandangkan dia dh 30thn..kami sama umur..bila sy bg tahu kwn2 sek kami nk kawin semua xsuka...kata mereka sy cr masalah nk kawin dgn pondan..Pd sy xnmpk dia mcm pondan dgn kerjaya sbg polis dan badan Samantha ala otok2 gitu...sy pegi mn pun smua org ckp dia gay..tp dia nafi dia ckp dia ramai kwn dgn penari2...so org ingat dia gay kot...sy think positif..kegembiraan punah ms dia bt hiv test nk kawin...dia position hiv...dia dgn muka pucat bg tau sy dia positive hiv..tp sy xtahu knp sy blh terima dia mungkin sbb kesian kluarga dia yg asyik menangis if kenduri xjd malu la smua dh siap..tanpa bg tahu mak sy rahsia ni...kami nikah n kenduri dgn Mariah detail..kami dinasihatkan sentiasa pakai kingdom utk elak jangkitan...tp sy ni tak tau knp kesian pd dia yg ingin ank..dan xnak dia diejek kwn2 xjantan sbb xde ank...sy benarkan dia melepaskan benihnya dlm rahim sy...subahannallah dgn sekali sj hubungan free kondom sy mengandung...sy percaya pd qada dan qadar allah...allah maha pengasih sesungguh allah telah makbul doa sy agar tidak disability hiv...stelah mengandung 6bln br sy dpt tahu suami sy dpt hiv sbb gay tu...sblm ni mmg 2bln detail br ada hubungan sex..alasan sbb dia takot sy berjangkit...rupa2 kedinginan tu sbb dia xde nafsu dgn perempuan...yay allah rs nk mati sy time jmp berpuluh disk lucah gayboy..sy hack fb suami bc perbualan lucah do a dgn gay boy dia...st dpt buka memori kad hp dia penuh gambar lucah gay boy n gambar lucah dia berbogel...yay allah rs tercabar btl...segala pengorbanan aku sia2 sj...sblm ni tanya bagaimana dpt hiv dia ckp mungkin bekam..so system Malas nk ungkit2 lg....xpenah terfikir sbb gay ni...setelah sy dpt tahu semakin ligat dia dgn aktiviti2 songsang dia..ckp telefon ber I love u bagai luluh hati sy dgr.dgn sy dia xpenah ckp mcm tu..smp sy bersalin dia lg menjd2 smp kami gado bsr smp balai polis...dia ckp KO nk blah ko blah aku nk anak aku je..kami dodok jauh 2bln utk meredakan keadaan aku..tetiba dia blk ke rumah kami dan bersama...aku mengandung. Lg...br plan nk cerai...terpaksa tangguh sbb preggy...lama2 dh masak n dh malas nk fikir pasal seks n suami gay ni...dh letih gado...air mata dh xnak kuar...dia ttp dgn dunia dia..aku branak ank ke2 yg jg lelaki..2 2 ank aku sgt comel n bijak...aku dh siap utk bercerai..setelah tggl asing beberapa bln...bila dpt tau aku nk cerai dia blk pujuk rayu nk taubat...skali lagi aku mengandung ank ke3..kini aku kena tggu lagi kelahiran ni...dlm tgh mengandung ni pun dia sakitkan aku dgn hal2 dunia gay dia ni....aku nekad kali ni nk ikat supaya xmengandung lagi memandangkan aku dh nk ad a 8 org anak nt...slama 3thn kawin dgn gay yg hiv...sgt membuat aku terfikir kenapa setelah hiv pun dia xtakot lg...dah la kena siplis tu nk berubat dia sakit...tp dia mcm xkisah asal sedap kat situ sakit kat lain wlp dh berulang kali kena siplis...slamat allah lindung 3org zuriat dia dr hiv dan aku dr segala penyakit iblis ni...sesungguh allah hanya menghukum org yg bersalah...dan lindungi hambanya yg teraniaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nora terima kasih kerana berkongsi kisah, pastinya ada pengajaran disebalik kisah yang Puan alami semoga dapat memberi pengajaran kepada pembaca yang lain. Saya akan jadikan entri didalam blog ini. Semoga kehidupan Puan dan anak2 terus diberkatinya..AMIN3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST