Friday, 28 March 2014

SANDRA - TUNANG SAYA MENGAKUI DIRINYA BOTTOM....

Seorang pembaca meninggalkan luahan didalam ruang komen didalam entri "AMIR - SAYA PAKSA DIRI BERKAHWIN WALAUPUN GAY" Saya namakan anonymous ini Sandra (bukan nama sebenar) 

photo hanya hiasan

Maaf saya sekadar guna nama anonymous, tapi saya ingin mendapatkan 2nd opinion.

Saya seorang perempuan. Dan baru-baru ni saya kenal dengan seorang lelaki di office saya. Kami berkawan rapat melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sepanjang saya mengenali dia, dia mempunyai tingkah yang sangat indah. Seorang yang jujur dan sopan, dia mempunyai ciri-ciri suami yang saya cari selama ini. 

Maka tak nak tunggu lama, saya melamar dia jadi suami saya. Kerana saya ingin bercinta selepas berkahwin. Dan selepas istikharah dia setuju. Kami pun buat perancangan untuk bernikah. 

Oleh kerana taraf economy dia, dan latar belakang keluarganya. Saya hanya letakkan mas kahwin sahaja untuk dia. Tiada hantaran perkahwinan dan tiada majlis sebelah lelaki. Semuanya untuk memudahkan dia, kerana pada saya majlis perkahwinan itu tidak penting. Yang penting ialah penyatuan itu yang utama, dan kehidupan selepas itu bagaimana kami bersama-sama membimbing antara satu sama lain ke jalan yang diredhaiNya.

Tapi tidak lama sebelum bertunang, dia telah berterus terang memberitahu saya bahawa dia adalah seorang gay. Saya terduduk mendengar pengakuan dia. Dan dia bottom. 

Meskipun saya marah dia kerana lewat memberitahu saya, tapi saya tetap hargai kejujuran dia. Saya istikharah lagi dan bermohon petunjuk dari Allah sama ada hendak teruskan perhubungan ini atau tidak. 

Sebagaimana yang saya beritahu, oleh kerana betapa indahnya budi pekerti dia dimata saya dan pengakuan dia yang telah bertahun berubah tidak membuat sebarang hubungan songsang lagi. Keinginan hati saya kuat hendak terus mendampingi dia dan akan cuba membahagiakan dia. Saya tidak kisah kalau dia tidak mampu penuhi saya, saya redha dan penuh percaya itu semua kuasa dan ketentuan Allah.

Doa saya setiap hari mohon pertunjuk dariNya, kalau ini yang terbaik untuk saya, moga Allah rapatkanlah jodoh kami berdua. Tetapi jika tidak saya mohon Allah tabahkan hati saya ini.

Sayabenar-benar ingin tengok dia bahagia lantaran saya tahu dia sudah lama merana menjadi PLU. Kadang-kadang saya terpikir, keterlaluan sangat kah niat saya ini? 


SANDRA~~

 
Sumber Dari ruang Komen diSINI


















Salam,

Tunang saudari telah mengakui dirinya seorang gay, malah memberitahu dirinya seorang bottom. Adalah sangat sukar bagi seorang lelaki gay untuk mendedahkan tentang status diri mereka kepada orang lain apatah lagi kepada tunangnya sendiri. 

Seorang gay sudah tentu boleh berkahwin, dan digalakkan untuk berkahwin, tetapi mereka perlu ada keyakinan, bersedia zahir dan batin untuk menempuh alam perkahwinan. Bagi gay diluar sana nasihat saya jangan berkahwin hanya kerana hendak menutup kelemahan diri. 

Tunang saudari, menerima saudari kerana pada saya dia telah ada keyakinan diri untuk bersama saudari, jika dia tidak yakin untuk berkahwin, pastinya awal-awal lagi dia sudah reject saudari.

Saya rasa sebab tunang saudari memberitahu dirinya seorang gay adalah kerana dia tidak mahu berterusan menyembunyikan kelemahan dirinya selepas berkahwin kelak, ya dia bersikap jujur. Saya rasa ada keikhlasan dalam diri tunang saudari itu.

Mungkin dia mendedahkan dirinya kerana mengharapkan agar saudari boleh menerima dan memahami keadaannya dan boleh membantu dirinya dalam apa jua keadaan selepas berkahwin nanti. Mungkin dia merasakan keinginan songsangnya boleh dikawal setelah mendirikan rumah tangga kelak. 

Apabila saudari telah faham keadaan dirinya, maka selepas berkahwin nanti, misalnya ketika berlaku perhubungan tubuh, sekiranya dia mempunyai sebarang masaalah sudah tentu saudari boleh faham dan yang penting boleh membantu dirinya.

Dan tidak mustahil setelah mendirikan rumahtangga nanti, didalam hatinya akan mula terbit rasa kasih dan sayang dan mula merasai keserasian dan keindahan hidup bersama. 

Contoh melalui pengalamian saya: Sebelum saya disahkan positif HIV, saya pernah menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki, remaja lelaki itu pure bottom. Tapi hubungan kami makin lama makin jauh, malah semakin jauh apabila saya disahkan positif HIV. Kami masih berhubung melalui FB, dan tidak lama kemudian dia memberitahu saya yang dia akan melangsungkan perkahwinan. Mulanya saya terkejut tapi saya tetap bersyukur.

Dan paling menarik apabila dia memberitahu saya bahawa kehidupannya lebih bermakna setelah dia mendirikan perkahwinan. Melalui facebooknya saya lihat betapa akrabnya hubungan mereka suami isteri selepas berkahwin, walaupun dalam hati saya pada mulanya agak sangsi dia boleh mengawal diri, tapi lama kelamaan keyakinan saya berubah dan saya yakin dia tidak terlibat dalam aktiviti songsang lagi. Dan tidak lama kemudian saya mendapat khabar bahawa isterinya telah mengandung. 

Pengajarannya disini, saya yakin tunang saudari boleh berubah sama seperti rakan saya ini, mungkin dia belum merasa kemanisan perhubungan dengan seorang wanita, dan tidak mustahil dia akan menyukai hubungan halal suami isteri itu nanti daripada hubungan sangsang. Nalurinya kepada kaum sejenis mungkin tetap ada tetapi saya pasti dia boleh mengawal diri. 

Seperti mana kata saudari, hendak bercinta selepas berkahwin, samalah dengan keadaan tunang saudari, alhamdulillah kerana dia mempunyai kejujuran, keberanian malah ada keyakinan dan cuba mencari kebahagiaan kehidupan selepas berkahwin, selagi dia tidak tempuhi merasai alam perkahwinan itu maka dia tidak akan tahu apa yang ada disebaliknya. 

Jangan terlalu menekan mengharapkan yang terbaik dari tunang saudari, kerana ini akan membuatkan dirinya stress dan bimbang dan tidak yakin kepada dirinya sendiri nanti. Sebaiknya terus memberi perangsang, bantuan, nasihat seadanya serta yakinkan dirinya boleh berubah mengawal diri dan mampu hidup bahagia selepas berkahwin kelak.

Sekurang-kurangnya apabila saudari telah tahu keadaan naluri sebenar dirinya, maka saudari boleh memantau tingkah lakunya nanti. Dan dia juga akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan yang akan dibuat selepas berkahwin kelak.

Dalam keadaan sekarang adalah sangat baik agar saudari terus ikut gerak hati sama ada meneruskan perkahwinan itu atau tidak, dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik buat anda berdua. Teruslah berdoa minta petunjuk dariNya. Mudah-mudahan Allah memberi kebahagian kepada anda berdua. - Naj Mi










D

Monday, 24 March 2014

NURUL’AIN – ADAKAH RAKAN LELAKI SAYA INI SEORANG GAY?

photo hiasan

Assalamualaikum wbt 

Semoga abang Najmi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maaf ganggu, saya Nurul’Ain (bukan nama sebenar) berusia 20an, baru sahaja jumpa blog awak semalam, masa tu saya browse tentang gay. 

Saya rapat dengan seorang lelaki dan akhir-akhir ni dia berperangai aneh, dan saya rasa macam sudah tidak kenal dia lagi. Saya cuma nak minta pendapat, adakah segala ciri yang bakal saya ceritakan di bawah ini, menunjukkan ciri-ciri seorang gay?

Okay, saya namakan dia sebagai Rahman (bukan nama sebenar) berumur lewat 20an

- Rahman sememangnya lebih selesa berkawan dengan perempuan. Bila hang out, biasanya akan ada beberapa perempuan dan dia seorang lelaki.

- Sejak akhir-akhir ni Rahman dah tak macam dulu; kalau dulu dia selalu berkongsi masalah dengan saya, cerita macam-macam gossip, tapi sekarang Rahman banyak berahsia. 

- Sekarang (sejak around last year October) Rahman sangat rapat (SANGAT) dengan seorang lelaki yang bujang yg tinggal seorang diri dan tak pernah berkahwin n sekarang umur around lewat 30an atau awal 40an. pada saya, dia nampak tua sikit, membahasakan diri "i you" dengan lelaki itu.

- Rahman kerap bermalam dirumahnya. Lelaki itu sangat menjadi priority untuk Rahman sekarang. Apa-apa pun, Rahman akan lebihkan dia. Rahman sanggup batalkan untuk lepak makan bersama, hanya kerana lelaki itu ajak dia makan. (see… penting sangat)

- SANGAT kerap, apabila kami keluar makan atau hang out (tak kira lah beramai-ramai atau berdua), lelaki itu call dia dan tanya dia kat mana, dan dengan siapa, etc. (Rahman jawab dengan sopan dan lembut dan adakala sedikit manja). Tapi Rahman tak pernah hide phone call itu or lari jauh-jauh untuk bercakap. Dia selamba je jawab walaupun depan orang. 

- Sejak akhir-akhir ni dia selalu kata dia busy on weekends and takde di KL. Bila tanya ke mana, dia akan jawab "ada lah….." Dan seorang kawan kami (saya namakan Rusdi) pernah dengar Rahman jawab call last week (time tu mereka dalam kereta nak pergi makan, Rusdi  tumpang rumah Rahman sebab Rusdi ada interview). Dalam phone conversation tu, Rahman kata kepada orang yang call dia:-

"minggu ni ada kawan la kat rumah (merujuk kepada Rusdi)...kita jumpa next week la.. kalau nak datang, datang la next week..."

Dan Rusdi yakin, suara di hujung talian ialah suara seorang lelaki. Bahkan masa Rahman bercakap dalam telefon tu (conversation dalam phone tu around 1 jam ++ : dari dalam kereta hingga ke kedai makan hingga habis makan..) - Rahman ada bercakap sikit dengan Rusdi pasal tunjuk arah (Rusdi yang drive). Just macam nak kata "belok kiri" or "belok kanan" (sambil phone masih di lekap di telinga), then after that maybe orang dalam talian tu marah or ape, Rahman cakap "ye, tengah dengar ni...nak tunjuk arah je tadi tu...kalau sesat macam mana....) dengan nada memujuk... -..-'' 

- Banyak strangers (for me they are strangers) yang followed him on Instagram ; mostly lelaki yang good looking, badan tough ketul-ketul, lepas tu suka selfieeeee. Bila selfie, yang comment and likes semua LELAKI. Komen-komen semua macam "hensemnyaaa..." , "comelnyaaaa" etc..dan.. Rahman pun ada follow beberapa profile yang macam tu. 

- Lately ni, Rahman susah nak lepaskan perhatian daripada phone dia. Wechat, whatsapp sentiasa ada message masuk. Then selalu sangat browse Instagram sambil senyum2 :(

- Rahman tidak suka bersukan langsung. Even bila ajak pergi jogging, dia tak nak and kata malas. Ajak pergi marathon pun dia kata tak ada stamina. Tapi dalam setahun dua ni dia sangat rajin pergi gym.  So physically, dia memang semakin tough. 

- Rahman suka berwangi-wangian. Saya pernah bagi dia perfume untuk birthday dia. Then dia ada bagitahu yang dia suka pakai perfume tu sebab kawan dia kata wangi. Kawan yang dimaksudkan itu adalah seorang lelaki. 

- Dia kadang-kadang boleh jadi sangat gedik dan mula menggunakan bahasa macam "weols, uols, mak," etc etc. 

- Dia selalu refused bila orang tanya pasal kawin (including his family). Alasannya "malas nak fikir sekarang", "malas nak fikir pasal perempuan", "takde perasaan tu lagi,".

- Dia pernah pakai baju V neck berwarna putih dan fit to his body. 

- Dia suka dengar lagu-lagu Siti Nurhaliza dan sangat obsess kepada Siti.

- Seorang yang sangat pembersih dan teliti dan banyak lagi sebenarnya :( 

Tapi kalau berdasarkan ciri-ciri tu, adakah kemungkinan bahawa Rahman seorang gay? Atau, ada tak perkara lain yang kita perlu consider dan perhatikan lagi sebelum judge Rahman tu gay? 

Please help me :( Sangat sedih sebab saya dah macam tak kenal Rahman. Dia banyak sangat secret sekarang. Tak tahu pun dengan siapa dia berkawan sekarang. Kami sudah jarang sangat jumpa / lepak. Dulu selalu juga borak dalam telefon. Tapi sekarang sudah tak lagi. Dia selalu kata dia busy.

*sorry kalau pening dengan explanation saya. Kalau ada apa2 info yang diperlukan, bagitau saya ya. Thanks

NURUL’AIN



Salam Nurul’Ain,

Kalau diteliti apa yang Nurul’Ain beritahu, pandangan abang Rahman mungkin seorang Gay. Macam itulah sifat seorang gay apabila sudah kemaruk bercinta, semua rakan-rakan disekeliling sudah tak nampak lagi.

Bukan sahaja Instagram tapi kalau diperiksa FB pasti rakan-rakannya kebanyakannya lelaki. Gay ni memang suka pergi gym, sebab ramai lelaki yang hensem berbadan menarik disana yang boleh mereka kenal, selain menjaga badan supaya cantik yang boleh dijadikan daya tarikan dan pastinya buat tatapan pasangan gay mereka.

Apa lagi yang boleh abang kata, Rahman berkemungkinan seorang gay, mungkin Nurul’ Ain ada hati dengan Rahman kan? Sebab itu segala gerak geri tingkah laku, perbualan fon Rahman semuanya Nurul”Ain nak ambil tahukan. Itu normal jika kita ada hati pada seseorang.

Ramai perempuan yang jatuh cinta dengan lelaki gay, malah ada yang berkahwin tetapi kebanyakan cerita yang abang dengar semuanya bermasaalah. Naluri gay tak boleh hilang tapi hanya boleh dikawal. Berjaya mengawal diri itu bergantung kepada kesungguhan seseorang gay itu sama ada mahu berubah atau tak. Jika abg share email Nurul’Ain dalam blog misalnya pasti jawapan pembaca lelaki (gay) akan kata Rahman seorang gay.

Tapi itu pandangan dari mata kasar kita hanya dari luaran. Dalaman hanya Rahman sahaja yang tahu, dan kita hanya tahu kalau Rahman sendiri yang beritahu tentang status naluri dirinya kepada kita kan. Selebihnya kita hanya mampu bersyak wasangka sahaja tentang naluri Rahman....:) - NajMi


photo hiasan

Wsalam wbt abang Najmi.

Ya Allah. Sedihnya. Bila saya baca apa yang abang reply, rasa macam baru dapat result SPM yang semua subjeknya itu fail. SANGAT SEDIH.

Dulu saya tak pernah syak Rahman macam ni. Tapi sejak akhir-akhir ni gerak geri tingkah lakunya memang semakin pelik. Dalam kereta dia ada losyen dan wet tissue. Saya tak nampak apa keperluan losyen kepada seorang lelaki? Sedangkan saya sendiri losyen kat rumah sahaja. Takde pun letak dalam kereta :( 

Kami memang rapat. Sangat rapat. Dan saya sememangnya ada perasaan kepada dia. Dia tahu tentang ini dan dia pernah kata kepada saya, dia nak kahwin ketika umur 30 tahun dan minta saya tunggu dia sampai umur tu. Dia kata, untuk setakat sekarang ni, dia tak nak fikir pasal hubungan mahupun percintaan (dengan perempuan) tapi dia kata dia selesa dengan saya.

Mula-mula saya fikir, mungkin dia nak focus untuk cari rezeki, sebelum membina masjid dan membina keluarga. So saya ok je memandangkan saya bukan jenis yang nak bercintan cintun bagai. Saya lebih selesa kalau berkawan je then lama-lama kalau betul-betul selesa dan apabila sudah kenal betul-betul hati budi masing-masing, barulah terus berkahwin. 

Selama ini apabila kami keluar berdua, dan dia busy dengan handphone, saya ingatkan dia ada perempuan lain. Banyak kali kami bergaduh pasal ni dan dia berkali-kali kata "kawan lelaki". Lama-lama Allah tunjukkan kepada saya, bahawa orang yang dia selalu contact tu memang bukan perempuan tapi lelaki. Sebab semakin kerap berlaku, lelaki call dia dan tanya dia kat mana dan dengan siapa. Dan setiap kali itu, Rahman jawab dengan sangat sopan dan lembut dan penuh hormat, sehinggakan saya terpaksa fikir "mungkin dia cakap dengan pakcik dia," - demi untuk hilangkan sangka wasangka buruk yang bersarang dalam kepala saya masa tu.

Semakin hari, Rahman semakin hilang fokus. Kami ada usahakan bisnes kecil-kecilan. Tapi sampai satu tahap, terlalu banyak kesilapan yang Rahman buat, semuanya dia bagi alasan "tak perasan" atau "terlupa" , dan itu menunjukkan Amar tak fokus.

Sejak tu saya semakin sakit hati, sebab saya tidak tahu apa yang dia buat sampai dia lost focus. Then kerap kali dia bagitahu saya pada weekend dia tak dapat tolong untuk bisnes, sebab dia busy. Dan banyak kali weekend, dia tidur rumah kawan dia dan tidak balik ke rumah sewa dia. 

Saya semakin pelik, kenapa lelaki itu sangat penting kepada Rahman sehingga bisnes yang sebelum ni kami excited usahakan sama-sama, Rahman boleh buat tak endah dan dia seolah-olah dah tidak interested lagi. Dia terlalu busy dengan "kawan" dia tu. 

Baru-baru ni, Rahman ada dapat sebijik kek daripada kawan lelaki dia tu. Saya tergamam. Seorang lelaki, menghadiahkan sebijik kek (bukan hanya satu slice OMG…) kepada seorang lelaki lain, dan bukannya ada birthday or apa-apa. Tiba-tiba sahaja bagi kek (atau mungkin hanya mereka yang tahu kek itu sempena apa). Adakah itu biasa berlaku dikalangan lelaki?? T_T

Bila dah semakin banyak yang terjadi, baru saya sedar. Maybe selama ni Rahman memang anggap saya BFF yang memahami dia sahaja. Dan sebenarnya dia tak ada perasaan pun kepada perempuan. OMG… apakah yang saya buat selama ni. Tunggu dia 5 tahun macam tu je? Saya yakin, kalau betul pun nanti dia nak kahwin dengan saya, pasti hanya sebab nak tutup mata orang lain bahawa dia gay dan just sebagai bukti dia tu normal. Dan selebihnya, mungkin saya yang akan terseksa.

Cuma, saya sebagai orang yang rapat dengan dia, saya tidak sampai hati nak biarkan dia macam ni. Macam abang kata dalam abang punya reply tadi : naluri gay takkan hilang, cuma boleh di kawal. Saya blur sekarang. Saya tak tahu apa saya patut buat. :( 

NURUL'AIN


 
Salam Nurul’Ain,

Abang ada menerima beberapa kisah sama seperti kisah Nurul’Ain mengenai perempuan yang jatuh hati dengan rakan lelaki, seorang lelaki yang nalurinya menjurus kepada songsang seperti kisah Mariah dan kisah Nia Ana. Malah kisah mereka telah abang jadikan entri dalam blog ini, dan abang berilah nasihat mana yang mampu.

Lelaki gay ni ada setengahnya sukar nak di kesan, kalau lembut dan kalau mereka terlibat dalam kerjaya fashion, kecantikan make up atau apa sahaja kerjaya yang berkaitan dengan wanita itu kita faham (agak dan kenal mereka), tetapi kalau lelaki yang lasak, peminat bola sepak, pemain ragbi, doktor, lawyer, macho pasti sukar nak kita kesan kan.

Mungkin itu yang terjadi kepada Nurul’Ain hari ini. Perlukan Nurul’Ain menunggu sehingga 5 tahun lagi untuk berkahwin? Perkahwinan yang jelas mungkin tidak bahagia dan perkahwinan yang mungkin akan membawa kepada masaalah yang lebih besar kepada Nurul’Ain kelak?

Kalau ikut cerita yang Nurul’Ain beritahu, jelas naluri Rahman condong kepada GAY, tapi macam abang kata itu sangkaan luaran yang kita nampak sahaja, dalamannya hanya Amar saja yang tahu.

Nurul’Ain kena ikut kata hati, tanya pada diri sendiri adakah benar Rahman itu sesuai dengan Nurul setelah segala yang meragukan tentang Rahman telah Nurul nampak. Adakah perlu Nurul’Ain menunggu dia untuk mendirikan rumah tangga? Jika rasa hati kuat masih hendakkan dia terpulang pada Nurul’Ain.

Pada abang ada baiknya Nurul’Ain cuba lupakan Rahman, jangan simpan hati lagi terhadap Rahman, insyaallah lama kelamaan hati Nurul”Ain akan tawar kepada Rahman dan dalam masa yang sama Nurul’Ain perlu berkawan dengan lebih ramai lelaki yang lain, insyaallah mungkin ada kawan lelaki lain yang mungkin sesuai dengan Nurul’Ain.

Dalam lain ertikata, Nurul’Ain kena lupa kan Rahman. Ambil tindakan segera supaya hati Nurul’Ain tidak terlalu parah mengharap sesuatu yang boleh membawa kemudaratan dalam hidup Nurul’Ain kelak.

Ya kebanyakan lelaki gay berkahwin hanya nak tutup aib diri, bimbang nanti akan banyak penipuan dalam rumah tangga, selalu out station, overtime, kepenatan dan sebagainya.

Biasalah lelaki gay kalau bercinta, sanggup buat apa, jangan kata kek mereka boleh bertukar-tukar cincin lagi, beri minyak wangi, baju sebab sudah sayang. Perubahan diri Rahman yang semakin ketara itu pada pandangan abang sebab dia sudah mendapat sesuatu kepuasan dari orang yang disayanginya itu.

Terpulang kepada Nurul’Ain sekarang, kalau boleh dirikan selalu solat istikarah minta petunjuk Allah sama ada Rahman ini sesuai dengan Nurul’Ain atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya.

*Kalau seseorang lelaki yang bersifat songsang hendak berkahwin dan mempunyai keazaman berubah mengawal diri, meninggalkan segala aktiviti gay selepas berkahwin, itu abang sangat setuju dan galakkan. Alangkah lebih baik sekiranya siisteri dapat menerima kekurangan suami dan mahu membantu sisuami. Berkahwinlah apabila diri kita itu telah ada keyakinan mampu memberi kebahagian zahir dan batin kepada isteri Tapi abang tidak setuju gay berkahwin semata-mata menutup aib diri malah berterusan aktif dalam aktiviti songsang walaupun sudah berkahwin.- NajMi


photo hiasan

Salam abang Najmi,

Terima kasih atas nasihat abang. Saya sedar ada perasaan terhadap Rahman since umur saya 21 tahun lagi dan pada waktu tu dia 22 tahun. Sejak itu sehinggalah sampai sekarang perasaan itu tetap ada, bertahun berlalu tapi kenapa tiba-tiba sekarang dia berubah macam ni.

Sebelum ni masa saya ingat dia berubah sebab ada "perempuan lain", saya memang buat istikharah untuk mintak petunjuk; kalau betul dia ada orang lain, atau apa sebenarnya punca dia berubah. Mungkin ini memang petunjuk dari Allah swt, Allah Maha Besar, mungkin Dia tak nak saya lebih sengsara andai ditakdirkan saya kahwin dengan Rahman pun. Sebab tu, Allah tunjuk semua ini sekarang.

Oh ya, saya nak cerita kat abang. Sejak akhir-akhir ni Rahman kerap hang out di Pavillion. Sebelum ni kalau kami keluar, tak pernah hayat kami jejak ke sana (memandangkan tempat itu tidak ada potensi untuk kami beli barang apa-apa sebab kami biasa-biasa je. Dan sebelum ni kami suka beli barang di Mydin sahaja sebab disitu ada semua yang kami perlukan dan harga pun berbaloi-baloi.)

Tapi sekarang sangat kerap dia ke sana. Kadang-kadang, lunch pun di restoran Jepun kat Pavillion dengan "kawan" dia. Saya yang sememangnya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi jadi saya google pasal Pavillion. Saya tak sangka, ada beberapa blog yang menyatakan Pavillion adalah tempat favourite golongan gay hinggakan ia digelar "Gayvillion". 

OKAY. Saya rasa cukup sampai disitu sahaja search saya pasal Pavillion dan saya tak boleh teruskan lagi untuk browse sebab takut untuk tahu apa yang selanjutnya T_T

Sebelum ni, apabila kami keluar, saya noticed dia selalu tengok handphone dan chatting menggunakan satu apps yang sangat tidak familiar pada saya. Tapi saya tak tanya dia pun, saya cuma simpan kepada diri sendiri sahaja. Dalam beberapa hari ni saya banyak google pasal ciri-ciri gay etc, sebab saya nak betul-betul ingin dapatkan kepastian. Salah satu blog ada tulis, gay selalu guna beberapa apps untuk berkenalan dengan gay di sekeliling mereka. Salah satu ialah "Grindr". 

Ya Allah, saya sangat tak sangka, berdasarkan interface dan layout design apps tu, memang apps itu yang saya tengok Rahman chatting selama ni :( Tuhan saja yang tahu perasaan saya apabila sesuatu yang saya sangat curious selama ni, akhirnya telah ditunjukkan.

======

Baru-baru ni, ketika kami sedang lepak makan (dengan beberapa kawan lain) ; Rahman terima satu phone call. Perbualan itu bagi saya, amat pelik. Yang jelas, suara orang dihujung talian ialah suara garau seorang lelaki. Saya ingat dengan jelas butiran kata-kata Amar:-

"Hello, ye, I tengah makan...dengan kawan-kawan...makan kat Cheras je...(silent kejap, maybe orang di talian tengah bercakap)...hmmm berapa harga dia? RM499? Yang tu katil sahaja or katil sekali dengan tilam? Oh...hmm i tak ingat la.. tu kedai mana ek? I tak ingat la kedai mana.. okay..ye...nanti I datang la tolong you...bla bla bla.."

Persoalan saya waktu tu: APESAL LAAHH MAMAT TU SANGAT ANNOYING? NAK BELI KATIL PUN KENA CONSULT RAHMAN?? Hello!! 

T_T sekarang apabila sudah semakin jelas semuanya, baru saya terfikir, adakah Rahman akan pindah ke rumah "kawan" dia tu? Memandangkan kawan dia tu bujang tua yang tinggal keseorangan. Oh tidakkkk! *taknak fikir lebih lanjut. takut*

===================

Untuk pengetahuan abang, kami mengusahakan bisnes pakaian wanita. Semua ini sebenarnya idea dari Rahman. Baru sekarang saya terfikir; kenapa lelaki yang lebih terror fikir pasal dress , tudung semua ni berbanding saya? Kebanyakan idea memang dari dia. Dia yang tahu trend terkini, fesyen yang terbaru etc. Saya cuma tolong execute sahaja. Dan dia juga ada bagi cadangan untuk buat bisnes kuih raya masa musim raya nanti. Tapi beberapa hari lepas dia inform saya, tak jadi nak buat bisnes kuih (tanpa sebab, tapi saya rasa mungkin dia dah ada yang lebih penting untuk dibuat dan dah hilang minat nak run bisnes dengan saya) 

Kalau betul Rahman gay, saya tahu saya perlu move on dan tak perlu tunggu dia lagi. Saya takut dia hanya jadikan saya "simpanan" supaya nanti bila keluarga dia desak suruh kahwin, sekurang-kurangnya nanti dia ada saya yang dia memang selesa; dan kemudian macam abang kata tadi, akan banyak penipuan, out station, keletihan (dua-dua ni pun dah sering berlaku sekarang; alasan yang dia guna jika dia tak dapat tolong untuk settlekan hal business sama-sama).

Ya Allah, saya rasa sangat keji jika betul dia anggap saya macam tu. Pastinya saya perlu selamatkan hati saya, memang saya sayangkan dia tapi kalau naluri dia lebih memerlukan lelaki, saya tak dapat nak compete dah. Sebab tentunya saya tidak ada apa seperti yang ada pada lelaki.

Insyaallah saya akan kuat. Cuma dalam waktu ini saya masih perlukan masa untuk menerima semua perkara yang telah Allah tunjukkan kepada saya dan masih dalam fasa untuk cari kebenaran atas segala prasangka yang bersarang dalam hati saya sekarang.

Saya izinkan abang Najmi jadikan ini sebagai entri blog. Insyaallah semoga ia bermanfaat kepada perempuan lain yang mungkin mengalami perkara macam saya dan saya berbesar hati nak baca pendapat dan nasihat daripada golongan lelaki juga. 

Abang Najmi, terima kasih. Sekurang-kurangnya nasihat abang buat saya kuat :)


NURUL'AIN



Alhamdulillah

Sebenarnya tentang Pavillion itu adalah benar, tentang applikasi Grindr itu juga benar.

Baru beberapa hari lalu abang terima komen dari seorang wanita memberitahu bahawa kawan wanitanya yang sudah beranak dua mempunyai suami GAY, dia dah lama tahu suami nya gay Cuma dia diamkan sahaja tapi lebih terkejut apabila melihat photo suaminya berbogel dalam fon, malah photo bogel itu digunakan sebagai wall dalam laman web mungkin photo itu dijadikan sebagai pic profile dalam applikasi seperti Grindr, sebagai tarikan mencari pasangan.

Ya mungkin Allah nak lindungan Nurul’Ain, sebab itu Allah buka pelahan-pelahan kebenaran tentang Rahman. Bermula hari ini Nurul’Ain kena bijak mengurus hati sendiri (mungkin sukar) tapi abang percaya Nurul’Ain boleh lupakan Rahman perlahan-lahan. Jangan terlalu rapat lagi dengan dia, jangan suka-suka keluar makan, jangan keluar kemana-mana dengannya lagi tanpa alasan kukuh melainkan jika berkaitan dengan perniagaan. Mungkin dengan cara itu boleh menjarakkan hubungan Nurul’Ain dengan Rahman, boleh memudarkan rasa sayang terhadap Rahman dalam hati Nurul”ain.

Percayalah kalau Nurul’Ain tidak ambil tahu pun tentang Rahman, Rahman pun pasti tidak kisah. Dia mungkin akan ambil kisah apabila perhubungan dia dengan lelaki itu menemui kegagalan, mungkin ketika itu dia akan berpaling kepada Nurul’Ain kembali. Pada abang kalau pekara ini berlaku, nasihat abang jangan Nurul’Ain hiraukannya lagi. Jika seseorang itu tidak berusaha bersungguh mahu berubah esok lusa kalau dia jumpa lagi lelaki berdahi licin pasti dia akan tinggalkan Nurul’Ain semula, tidak kisahlah sama ada sebelum atau selepas  (jika ditakdirkan) berkahwin.

Tentang perniagaan itu teruskan seperti biasa, jika berjumpa Rahman cuba control hati itu. Dan abang percaya akan tiba satu hari nanti Rahman sudah tidak wujud lagi dalam hati Nurul’Ain, pada ketika itu perhubungan antara anda berdua hanya sekadar rakan biasa sahaja.

Berkawanlah dengan lelaki lain insyaallah abang doakan agar hati Nurul’Ain akan terbuka menerima lelaki lain yang pastinya lelaki yang lebih baik dari Rahman. Allah sudah sediakan jodoh terbaik buat Nurul’Ain diluar sana, hanya menunggu masa dipertemukan sahaja. - NajMi



5 LUAHAN HATI ISTERI YANG BERSUAMI LELAKI GAY

Saya share 5 luahan dari wanita/isteri yang saya ambil dari ruang komen dalam entri yang lalu.


1) Isteri bersuami Gay – Kisah Pertama 

Saya baru sahaja bercerai dengan suami saya. Sudah lama dia meninggalkan aktiviti songsang dia, tapi naluri tu tetap ada. Tapi dia salahkan Tuhan kerana naluri ini. Kami bercerai selepas setahun lebih berkawin dan selepas saya selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Sekarang kami menunggu perbicaraan kes dimahkamah.

Apabila saya dapat tahu suami bernaluri songsang hati saya memang hancur. Saya sangat sayang dan cintakan dia. Sebelum ini dia tidak pernah cintakan saya, hanya ada rasa sayang saja terhadap saya.

Sengsara hidup saya sudah tamat selepas kami bercerai, kesengsaraan yang di alami semasa kahwin amat perit, setiap hari saya menangis mengenangkn nasib tidak dipedulikan suami.

Lepas habis pantang baru saya tahu siapa suami saya. Sekarang tinggallah saya bersama baby yang baru berumur 6 bulan, saya dan baby adalah mangsa keadaan.

Kami berkawin kerana pilihan orang tua, sekarang saya meneruskan hidup macam biasa bersama bayi kami yang masih kecil tanpa dia disisi, dia terus menghilangkan diri. 

Sumber dari ruang komen disini



2) Isteri bersuami Gay – Kisah Kedua


Salam semua, 

Untuk pengetahuan semua suami saya pun mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis. Saya dapat tahu selepas setahun lebih kami berkahwin. Kecewa and luluh hati saya bila dapat tahu tentang pekara itu. Tapi nak buat macam mana, hidup mesti diteruskan. Lagipun saya sayang sangat kat dia, dan sayang tak nak kecewakan hati kedua orang tua saya.

Sekarang sudah hampir 3 tahun kami hidup bersama dan masih belum ada anak coz suami saya jarang nak sentuh saya. Boleh dikira berapa kali sahaja dia sentuh saya selama kami kahwin. Sampaikan jauh disudut hati saya adakala teringin 'makan luar'. Tapi alhamdulillah saya masih ada iman. Tak nak saya tanggung dosa besar, tapi sampai bilakah saya dan suami nak hidup macam nie?


Anonymous

Itu juga dugaan, jika puan pasti suami gay dan tidak boleh mengubah kelakuan diri, saya harap puan diberi kekuatan agar mengfailkan perceraian, sebab bimbang sudah lah puan jarang disentuhinya kalau disentuhi satu hati nanti kemungkinan puan boleh dijangkiti HIV (sekiranya suami ada virus itu kerana aktiviti sejenisnya diluar)

Buang rasa sayang puan pada dia dan lupakan tentang nak jaga hati orang lain, puan kena kuat mengatur masa depan puan dengan baik. Puan berhak punya rasa gembira dalam hidup ini. Maybe puan boleh mengadu pada kaunselor atau ke pejabat agama (mahkamah syariah), maybe mereka boleh membantu mengatasi masaalah puan - NajMi

Sumber dari ruang komen disini



3) Isteri bersuami Gay – Kisah Ketiga


Assalamualaikum. 

Suami saya gay dan saya hanya dapat tahu mengenai hal ini di kala usia perkahwinan kami menjangkau setahun. Saya sayangkan dia dan sanggup membantu dia untuk berubah tetapi dia avoid dari saya. Dia langsung tak mahu bercakap malah tak mahu bertemu dengan saya walaupun kami serumah.

Kami berpisah tempat tidur 7 bulan usia perkahwinan. Hubungan batiniah juga jarang berlaku dan hanya berlaku di ketika saya tengah subur kerana suami mahukan anak. Tetapi apabila saya masih lagi belum mengandung, saya pula dipersalahkan.

Saya mengesyaki dia adalah gay apabila saya lihat dia bergambar dengan kawan lelakinya dan kawan tersebut meletalkan tangan di bahu dan di paha suami saya. Seorang kawan saya yang gay pula terkejut apabila melihat gambar suami bersama kawan lelaki.

Selepas saya soal siasat rupa-rupanya kawan tersebut adalah dari golongan tersebut. Saya sayangkan rumah tangga kami dan boleh menerima keadaan suami dan ingin membantu tetapi suami seperti sangat membenci saya.

Kalian yang terjebak dalam kegiatan ini, pulanglah ke pangkal jalan. Kasihanilah insan-insan yang sayang pada anda. - Ain Raihana

Sumber dari ruang komen disini



4) Isteri bersuami Gay – Kisah Keempat

Bagaimana boleh saya contact Puan Wanna B Wise secara personally kerana kes saya sama dengan Puan Wanna B Wise. Saya baru dapat tahu yang suami saya ada facebook lain dan gambar-gambar lelaki gay dan juga laman sembang yang lucah bersama kawan nya.

Saya dah syak lama sebab lihat suami bawa hp ke bilik air dan selalu chat di facebook dan SMS . Saya ingat dia ada affair dengan perempuan rupanya dengan lelaki. Saya baru tahu pada Jumaat lepas 1/3/2013 selepas saya terjumpa facebook suami. 

Saya nak dapatkan nasihat dari Puan Wanne B Wise bagaimana nak handle masaalah ini. Saya sayangkan suami dan tidak mahu bercerai-berai. Usia perkahwinan kami pun sudah menjangkau 17 tahun dan kami ada 2 anak.

Sumber dari ruang komen disini



5) Isteri bersuami Gay - Kisah ke Lima


Assalam, Saya ingin bertanya pendapat. Saya ada seorang kawan yang mengalami nasib yang sama bersuamikan gay. Mempunyai 2 orang cahaya mata. 

Kawan saya ni sudah lama tahu suami dia gay tetapi dia cuba tabahkan hati dan sentiasa berdoa agar suaminya kembali kepangkal jalan. Tapi lama kelamaan tetap tidak ada perubahan apa-apa. Dan baru-baru ni dia ada tengok telefon suami dia dan terjumpa gambar bogel suaminya, rupanya suaminya buat wall gambar bogel tu kat laman web gay.

Ya Allah saya terkejut apabila kawan saya mengadu hal suaminya tu dan saya sangat kesian kat kawan saya. Dia dah jadi "down" sekarang ni, fikir (bagaimana) nak lari daripada keadaan ni. Saya cuma boleh nasihatkan dia supaya banyak bersabar and dekatkan diri dengan Allah. Saya juga ada menyuruh dia pergi ke Pejabat Agama bagi mendapatkan nasihat (tapi dia belum pergi lagi).

Pada pandangan saudara apa yang perlu dilakukan oleh kawan saya tu, sama ada bercerai atau sebaliknya?? Umur kawan saya itu dalam lingkungan akhir 20an. 
Tolonglah bantu.


Salam, 

Pertama sekali dapatkan nasihat dikalangan mereka yang pakar, itu yang penting sebab nasihat mereka lebih bernas. Kalau tanya saya, si isteri kena berbincang dengan suami tapi kalau sisuami nampak tak nak berubah jalan terbaik ialah berpisah. Sebabnya seorang suami yang gay ni kalau masih bergiat aktif dalam aktiviti songsang berkemungkinan dia boleh mendapat berbagai jangkitan penyakit kelamin dan juga HIV, penyakit ni akan dibawa kerumah dan boleh berjangkit kepada isteri tanpa pengetahuan isteri. 

Lainlah kalau suami gay tetapi sudah tidak aktif dalam kegiatan songsang itu ok, boleh lah si isteri terus bantu. Ramai juga suami yang bersifat biseksual diluar sana yang masih aktif dibelakang isteri. 

Ya, pergilah ke Pejabat Agama (mahkamah syariah) atau mana-mana pertubuhan wanita (kaunselor) bagi bertanyakan pandangan daripada mereka. Saudari sebagai kawan bolehlah bantu temankan kawan itu apabila dia nak ke Pejabat Agama. Bantuan sokongan dari saudari pada saya amat diperlukannya ketika ini. 

Dalam masa yang sama simpan bukti-bukti yang menunjukkan suaminya itu mempunyai naluri yang menjurus kepada aktiviti songsang itu. Mungkin sedikit sebanyak nasihat ustaz didalam entri ini (klik disini) boleh dijadikan panduan. Wallahuallam - NajMi

Sumber dari ruang komen disini



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST