Sunday, 23 February 2014

2 - SAYA POSITIF - PENGALAMAN KETIKA MULA MENELAN UBATAN HAART

Ingat lagi kisah Saya Positif dalam entri bertajuk, "SAYA POSITIF - LEMAH BADAN, HANCUR HATI APABILA DISAHKAN +VE HIV". Saya Positif telah disahkan positif HIV pada bulan Oktober tahun lalu (2013), lebih mengejutkannya apabila CD4 beliau ketika itu telah berada dibawah bacaan 200. 

Berikut adalah perkongsian pengalaman beliau ketika mula berjumpa doktor dan pengalaman ketika memulakan rawatan HAART.


Salam semua…

Sudah sebulan aku tidak melayari blog abang Naj Mi kerana sibuk dengan kerja dan urusan rawatan aku dengan pihak hospital. Setelah aku dimaklumkan bahawa paras CD4 aku adalah di bawah 200 (sudah dikira kategori pesakit AIDS).

Aku telah diberikan 3 jenis ubat iaitu Sulpha + Trimethoprim (Co-Tri) & 3 jenis vitamin (secara PERCUMA) sebagai ubat permulaan untuk mendidik aku makan ubat mengikut masa yang harus ditepati. Aku di maklumkan bahawa ubat ini ada kesan sampingan oleh doktor khasnya ubat Bactrim seperti Ulser, ruam satu badan dan muka bengkak.

Aku pun memulakan ubatan itu iaitu aku telan dua biji ubat Co-Tri pada jam 6 pagi sebelum sarapan dan pada jam 8 pagi 1 biji setiap 3 jenis vitamin (selepas sarapan). Diikuti pada sebelah malam pada pukul 8 malam (selepas dinner) untuk selama dua minggu. So far, so good aje, cuma ada sekali dua ubat vitamin aku terlajak makan terlebih dari jam sepatutnya…hihihihihii.

Setelah 2 minggu (minggu lepas)

Aku berjumpa dengan doktor (ikut temujanji). Sementara menunggu giliran di luar bilik rawatan, aku dapati ada 3 orang lelaki pun turut menunggu di bilik yang sama dan sememangnya aku tahu doctor dibilik itu hanya merawat kes kes HIV sahaja, masing masing nampak sihat dan salah seorang lagi yang aku nampak seperti selalu ke Gym. Nasiblah, “berani buat berani tanggung…” 

Doktor bertanya macamana keadaan aku? Aku jawab, "Tak ada apa-apa kesan sampingan."

Dan aku bertanya pada doktor, "Mana satu ubat Bactrim tu doc?"

Doktor jawab, "Oh!..ubat Co-Tri tu lah Bactrim… lerrrr :-p" 

Nasib baik aku makan on time dan syukur Alhamdulillah tiada kesan kesan sampingan yang menakutkan ke atas tubuh badan dan mulut aku. 

Ujian darah Viral Load aku belum diperolehi lagi walaupun sudah 2 minggu (itu perkara biasa kalau di Hospital Kerajaan) dan aku diberikan 3 jenis ubat untuk rawatan HAART iaitu, Co-Tri/Bactrim, Lamivudine + Zidovudine (Combivir) dan Efavirenz (secara PERCUMA) untuk tempoh masa 2 minggu.

Dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor dan pegawai farmasi khasnya kesan ubat Efavirenz (pening dan mimpi ngeri). Gosh!...mimpi ngeri, takkan tak der mimpi indah? Kata ku..hihihihiii

Pengalaman pertama kali telan HAART

Oleh itu, catatan yang kutulis pada pagi ini adalah untuk berkongsi sama apa yang aku alami setelah makan ubat ini dua hari lepas iaitu bemula pada hari Jumaat lepas.

Ubat Co-Trim 2 biji jam 6.00 pagi, ubat Combivir 1 biji  pada 8 pagi dan 1 biji pada 8 malam dan ubat yang menakutkan aku ni, Efavirenz aku makan 1 biji pada pukul 9.00 malam.

Benarlah kata-kata doktor, aku seperti sehelai kertas longlai dibuai mimpi Fantasi yang entah apa-apa tiada motif tiada matlamat, dah macam Alice The Wonderland. Adakala aku ketawa dalam tidur, menangis dan takut.

Ambek kau!... apabila aku bangun pagi jam 6, dah macam orang mabuk, terhoyong hayang, pening gila, tak boleh berdiri, sesak nafas sikit dan oksigen rasa tak sampai ke kepala, berpeluh dahi.

Seharian aku tidur pada Sabtu pagi semalam (22 Feb 2013), makan roti dan bekalan makanan yang ada. Janji perut tak kosong. Solat ikut waktu walaupun tak stabil berdiri :-p.

Sebelah petang baru aku rasa agak stabil dan boleh drive untuk beli makanan dinner aku.

POWER nya ubat Efavirenz ini, pesan pegawai farmasi, ubat ini boleh dimakan 30 minit sebelum dinner atau 2 jam selepas dinner. Dan oleh itu, untuk hari ke-2, aku makan ubat ini jam 6.30 petang sebiji jer dan jam 7.00 ketika aku makan malam
selera makan sedikit jer, agak terjejas, sebab dah rasa sedikit mamai.

Selepas solat dan makan ubat jam 8.00 malam, aku pun..Pa Ke Ba Bom!..titon la sebab dah mula balik hanyutan gelombang ubat ini, aku terus tidur sehingga jam 5.00 pagi ini. Aku bangun nak gi kencing dan sedia untuk solat Subuh. 

Syukur Alhamdulillah, doa aku mungkin dimakbulkan Allah (mungkin orang lain seminggu dua akan mengalami simtom ini berpanjangan). Aku tidak lagi macam orang mabuk cuma sedikit pening dan aku pun mula membuat catatan ini. 

Jadi inilah cerita yang terlintas di kepala otak aku sekadar berkongsi pengalaman baru. Horeyyy, esok boleh drive pergi kerja, risau lak kalau M.C di hari Isnin – nanti orang kata M.C tipu dan saja-saja nak sambung cuti sebab aku pun tak suka pekerja di bawah jagaanku M.C hari Isnin atau Jumaat.. Aku Meraguinya… 

Nak sambung tidur…kepala pening ni...


SAYA POSITIF
Sumber Dari Ruang Komen DiSini

















Salam Saya Positif,

Alhamdulillah semoga kehidupan saudara dipermudahkan. Mengenai kesan sampingan ubatan HAART yang kita makan tu adalah berbeza diantara seorang dengan seorang PLHIV yang lain, ada orang yang mengalami berbagai kesan sekejap sahaja tetapi ada orang lain terpaksa menanggung kesan ubatan itu dalam jangka masa yang lebih lama. Malah seorang rakan ada cerita yang dia langsung tidak mengalami apa-apa kesan selepas menelan HAART ini.

Pengalaman abang, kesan mamai tu memang pernah abang alami terutama pada ketika mula-mula menelan ubatan yang diberi, TETAPI seingat abang, abang tidak pernah mengalami mimpi yang menakutkan, hanya mimpi biasa-biasa aje. Senang kata alhamdulillah kesan yang abang alami dulu tidak lah teruk sangat.

Jika hendak tahu mengenai kesan sampingan setelah menelan HAART bolehlah klik baca didalam entri DISINI
- NajMi

17 comments:

  1. menarik... just follow blog abang nie. best & banyak info... keep up the good work! ;)

    ReplyDelete
  2. Itulah dinsmakan cabaran...sahabat2 pasti boleh mengatasinya

    ReplyDelete
  3. Huhu....arini 1st day sy jg ward id...blur giler...rase cam abg najmi lg expert dr sy...malu nye2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz Wani,

      Jaga ward ID? Semoga segala urusan baik2 aje ya...:) Abg doakan yang terbaik buat Syaz...

      Delete
  4. abg najmi nak tahu xsomething sy nak share.. baru2 ni ade la sorg student nurse kat tempat kje aku..tak tersengaja tercucuk jarum dari seorang pesakit HIV sewaktu nak memberi ubat.. pas tu dye cepat2 picit darah tu keluarkan semua darah tu dari jari yg tercucuk jarum bekas pesakit HIV tu sambil nangis2... sampaikan nmpk pucat je jari budak tu tekan jarinya.. aku mmg sedih tengok budak tu time tu...tp xblh kata apa selain suruh dye tekan lebih 5-10 minit jari dye keluarkan darah tu utk kurangkan jangkitan. xlama pas tu..budak tu kena refer ke unit kawalan jangkitan utk kaunseling ,insiden report dan sebagainya.. lastly on the same day budak tu terus memulakan makan ubat HAART biasa ubat utk pesakit HIV biasa amik tu. so bila aku pun tanya la kat pegawai farmasi yg bertugas tu selaku kawan sy juga.. sy tanya. klu sesorg tu dah tercemar dengan virus hiv tu boleh ke elakkan dari terkena jangkitan tu lagi dengan mmkan ubat tu... dia bagitau sy YA boleh. dengan syarat terus direct on the sport makan ubat tu pada time tu jugak mcm budak tu tadi dan risiko utk mendapat jangkitan mmg rendah sangat2 la... (percent aku lupa tanya plk..he..he..)tapi selepas 3 dan 6 bulan perlu membuat pemeriksaan darah dan seterusnya sehingga keputusan darah menunjukkan sesorg tu btl2 bebeas dari jangkitan..... after that baru aku tahu yg sebenarnya jika kita rasa kita dah terdedah dengan aktiviti berisiko tu pada time tu juga..direct on the sport amik ubat haart ni terus blh mengurakkan dan merendah kan terus dijangkiti virus ni....sebab virus masih bilangan kecik sangat lagi kan.. :),,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nabil,

      Terima kasih kerana berkongsi kisah, abang simpati dengan rakan nurse yang tercucuk jarum suntikan dari pesakit HIV itu, abang harap dia masih mampu berfikiran positif dan semoga pemberian HAART itu boleh menghalang kuman dari membiak. Mudah-mudahan dia TIDAK lah dijangkiti HIV.

      Sebenarnya pemberian ubatan HAART kepada nurse berkenaan dipanggil, POST EXPOSURE PROPHYLAXIS (PEP). PEP ini adalah rawatan awal untuk pencegahan HIV jika sukarelawan atau petugas perubatan (nurse) di tempat kerja tercedera terkena atau tercucuk jarum suntikan yang ada darah pesakit HIV. Abang ada share maklumat ini dalam beberapa entri sebelum ini (tapi lupa mana satu entri tersebut)

      Jika seseorang telah didedahkan kepada HIV sebagai contohnya, kecederaan jarum cucuk jadi kemungkinan boleh diberikan ubat HIV untuk cuba menghalang penjangkitan daripada berlaku. Ini dipanggil “profilaksis selepas pendedahan” (PEP) dan perlu diberikan oleh mereka yang bertauliah (doktor pakar) secepat mungkin selepas pendedahan dan dalam masa 72 jam.

      Nnti abang jadikan entri kisah Nabil ini terima kasih....

      Delete
  5. :-) Hari ini hari Jumaat.. seawal jam 2.30 pagi terjaga dari tidur dan mata aku tak mau lelap lagi, jadi aku pun tergerak nak membaca blog Abg Najmi ini. Ada jer kes baru pengidap / calon HIV nampaknya...Hmmmm...redho shj lah ya...

    Aku hanya ingin berkongsi lagi pengalaman aku yang sedang mengambil ubat untuk rawatan HAART ini... selepas seminggu makan ubat ubat ini, memang setiap malam badan melayang bila berdiri, apatah lagi bila berjalan (sebelah malam ajer). Pagi, aku pergi kerja macam biasa, boleh drive cuma ada pening pening, PANADOL ACTIVE FAST lah jawapnya :-) tapi kini apabila masuk minggu kedua, sintom imbalance sudah mulai hilang dan aku sudah boleh balik ke rumah selepas jam 7.30 ptg atau keluar sebelah malam... legaaaa... habis minggu pertama, aku paksa jasad aku duduk di sofa nonton tv, memang lak lok juga.. rasa nak tombang.. 6.30 ptg ubat tu aku makan..dan 7.30 ptg sintom melayang ni datang dan aku nak tengok sampai bila kesan ubat ini akan hilang.. ternyata 2 jam kesannya.. selepas jam 9.30 mlm, aku berdiri dan berjalan (balance) cuma ada pening sikit... ohhh... 2 jam rupanya ;-) OK la tu...

    Setelah hampir 2 minggu, aku berjumpa doktor, pertama kali aku lihat pengidap HIV seorang perempuan keluar dari bilik doktor ini...sedih pula rasanya...aku tahu sebab ikut turutan no.giliran daa...yang menunggu pun, sama juga... tapi aku rasa budak budak GAY, cara berpakaian, cara duduk...muka resah jer...rileks la dekkk ;-) bila aku masuk ke bilik doktor (knock the door la dulu wei) beri salam, duduk dan tersenyum macam kerang, aku bertanya kepada doktor, ramai pesakit hari ini doc ;-) muda muda, jambu lak tu...Doc menjawab..I notice You ni suka observe yer... aku ketawa jer hehehehe...lama menunggu doc, so, perhati la gelagat pesakit pesakit doc ;-p

    Aku pun bercerita apa yang aku lalui sepanjang hampir dua minggu aku makan ubat ini. Doktor kata...ikut badan/nasib-nasiblah..ada orang sampai berbulan bulan imbalance, pening dan ada yang muntah :-p Aku terfikir, ALLAH memang masih berikan aku peluang untuk aku teruskan kehidupan walaupun dulu sudahpun dia beri AMARAN... dahlah dulu kena STD, tak serik serik..masih mencari untuk kepuasan nafsu serakah aku...hah! sekarang HIV! padan muka aku :-p Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH, aku rasa aku sudah mulai berubah ke arah kebaikan, solat 5 waktu, berdoa dan berkat minum air zam zam yang aku sanggup beli walau harga ratusan ringgit (mudahan mukjizat air zam zam di samping doa dapat juga membantu usaha usaha aku untuk cepat sembuh, walaupun virus HIV ini tidak akan 100% hilang dari badan aku :-( ) tapi kuasa ALLAH, siapa tahu kan ;-)

    Doktor juga memaklumkan kandungan VIRAL LOAD dalam badan aku lebih kurang 200,000 Perghhh!!! banyaknya, nasibaik tak sejuta...viral ni la yg telah memakan sel CD4 aku (sel,darah putih) yang tinggal kurang dari 200. Doktor juga menasihatkan aku, INSYALLAH selalunya pesakit saya yang menjalani rawatan ini, CD4 akan naik. Contohnya, pesakit saya pagi tadi..6 bulan dlm rawatan, CD4 dia melebihi 500 (normal) & Viral Load dia di bawah 20... aku terasa amat teruja dan bersemangat lagi..aku amat amat berharap rawatan ini (amalan memakan ubat yang betul, ikut masa setiap hari) akan membuahkan hasilnya...AMINNN... sampel darah aku diambil lagi (dah lali dan lajunya darah keluar masuk ke tiub) untuk analisa jumlah sel darah merah aku...akibat pengambilan ubatan untuk rawatan HAART, memang ada sedikit penurunan pada sel darah merah dan hemaglobin aku (itu memang tidak dapat dielakkan) - doktor advise, makan makanan banyak zat ZINK (bukan besi zink atap rumah)

    ReplyDelete
  6. Kini, aku mendapat bekalan pil ubat dalam botol (sebiji macam yg Abg Najmi dapat) -:3 jenis untuk sebulan & doktor masih menasihatkan aku, makan ubat ikut time dan jika melakukan SEX, guna kondom (erk! terkedu sekejap ;-p) lama tak buat Sex, nak ke buat walau pakai kondom...hmmmm...masih dalam teka teki aku...stim la pulakkk ;-)

    Kadang kadang aku rasa seperti semua orang tahu aku ini HIV +ve, bila bersama rakan dan berada di luar.. pelbagai perasaan yang aku rasa..entahlah, adakala terfikir...dia ni HIV ker? mengapa aku tak sesihat dia.. mengapa aku HIV??? macam macam persoalan dan perasaan..adakala aku rasa down juga, kesal, kecewa..aku juga manusia, ada hati dan perasaan... sekuat mana aku setiap hari, pasti ada satu detik aku lemah...

    Hampir setiap hari aku bertanya dengan rakan dan sesiapa sahaja yang aku kenali...saya nampak sihat tak? saya rasa nak demam la + nak m.c la hari ini..etc etc... setakat ini, maklumbalas yang aku terima adalah positif ;-) ek! elehhh...Muka ceria, segar, sihat, putih...ngada ngada buat sakit...tu nak m.c..malas kerja la tu ;-p hihihihihi....

    INILAH AKU, akan cuba selalu ceria, riang, peramah dan nampak sihat sebelum aku HIV +ve ;-) Hanya ALLAH shj yg tahu isi hatiku ini.....

    Nak tidur balik..dah jam 5.00 pagi...macam ngantuk jer, macam HORNY jer ;-p erk! maaf, aku guna tangan jap lagi ini ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ,

      Abang pasti ini SAYA POSITIF kan.....alhamdulillah terima kasih kerana berkongsi pengalaman setelah menelan HAART, lain kali tinggalkan nama "SAYA POSITIF" supaya tak payah abg nak main agak-agak siapa yang mengirim komen ya......:)

      Delete
  7. mcm mn la ak nty ea haart belom agy ak kena baca ak dh gerun hurm Ya ALLAH ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tak ada apa yang nak digerunkan bila dah makan HAART, simptom tu biasanya sementara aje, dan bagi kebanyakan PLHIV yang sudah menelan HAART boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Simptom tu tak terus seperti yang saudara sangka..Kebanyakan ubatan bagi penyakit lain pun masih tetap ada kesan sampingan masing2. Saudara jangan fikir bukan2, mungkin bila saudara makan HAART nanti saudara tak alami sebarang simptom, sebab ada PLHIV yang beritahu bila dia makan HAART dia tak alami sebarang simptom.....:) JAngan risau ya...

      Delete
  8. o.k :-) nickname SAYA POSITIF akan saya gunapakai...TQ Abg Naj Mi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,

      JIka ada cerita menarik pengalaman saudara berkaitan dengan kehidupan sebagai PLHIV dan mengenai HIV AIDS atau kisah mengenai Gay yang ada pengajaran ceritakan lah..insyaallah abg boleh jadikan entry sebagai panduan pembaca dalam blog ni...:)

      Delete
  9. lama tak masuk ke sini...tak tau la msh takut atau tidak ttg benda ni..bln ni dh setahun dh jd PLHIV..Alhamdulillah...Allah tu maha pengasih lg maha penyayang..saya di takdirkan bertemu blog ni setahun lepas dan memberi semangat pada saya...smlm pun baru ambik darah utk CD4 count..insyaAllah..mudahan masih di tahap yang baik..terimak kasih abg naj mi byk tlg sya setahun ni..wpun memalalui e-mel sahaja.tapi saya belum cukup kuat untuk mendedahkan perkara ini kepada keluarga -edell-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam edell,

      Baru setahun...insyaallah nanti bila dah bertahun2 pasti edell akan jadi kuat bersemangat, percaya lah....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST