Friday, 7 February 2014

1 - SAYA POSITIF – LEMAH BADAN, HANCUR HATI APABILA DISAHKAN +VE HIV

Seorang rakan pembaca meninggalkan komen didalam ruang komen entri yang bertajuk, NASIHAT ANONYMOUS – CARA BAGAIMANA GAY BOLEH BERUBAH 

photo http://www.flickr.com hanya hiasan

Pada bulan Oktober 2013 yang lalu, aku mengalami batuk-batuk dan cirit-birit yang berpanjangan (berbulan lamanya) walaupun perut aku tidaklah rasa memulas kesakitan hendak membuang air besar, tetapi najisnya cair selalu atau lembik selama hampir 3 bulan. 

Pada bulan Disember 2013, aku melakukan HIV test yang merupakan ujian saringan tahunan yang aku lakukan memandangkan gaya hidup seks aku kadang-kadang guna KONDOM dan kadang-kadang TAK PAKAI PUN :-p dan akhirnya MIMPI NGERI yang aku selalu terfikir akan berlaku menimpa diri akau pada satu hari nanti telah menjadi kenyataan. 

Ujian HIV test aku pada kali ini POSITIF :-( (  

Aduhai, lemahnya badan dan hancurnya hati, menitis pula airmata aku, terasa seperti pepatah Melayu "nasi sudah menjadi bubur" dan sudah terlambat. 

Aku melakukan full test HIV dll test yang berkaitan di Hospital Kerajaan pula. Aduhai!..."bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga", bacaan CD4 aku di bawah paras 200. Aku kini berada dalam kumpulan orang yang mengidap penyakit AIDS. Ianya amat-amat MENGEJUTKAN aku dan doktor sendiri, kerana pada zahirnya aku kelihatan nampak sihat dan cergas serta periang. Walaupun kini simptom batuk dan cirit-birit aku telahpun hilang tetapi terasa sedikit sakit pada bahagian dada letih lesu di bahu dan leher. 

Hasil pemeriksaan Doktor pada bahagian leher dan X-Ray didada menunjukkan semuanya O.K. Mungkin kesakitan yang aku rasa kerana aku berada dalam keadaan terlalu stress dan ianya mengakibatkan muscle pain. 

Atas nasihat dan semangat yang diberikan oleh doktor yang merawat aku, aku "on medication" untuk berusahakan keluarkan diri aku dari group pesakit AIDS kepada group pesakit HIV+ dan mudah-mudahan aku taat pada masa dan peraturan pemakanan ubat walaupun aku tahu HIV+ TETAP berada tubuh badan aku.

INSYALLAH masih ada ruang untuk aku (yang seorang diri mengetahui status penyakit aku ini) akan pulih kembali walaupun aku digelar sebagai "HIV+ CARRIER" Aku akan berfikir yang indah, riang dan senyum selalu :-) agar aku tidak merasa stress dalam menjalani kehidupan aku ini. AMINNN :-)


SAYA POSITIF
Sumber dari ruang komen disini














Salam saudara, 

Mendapat HIV bukan penamat bagi segala-galanya dalam hidup, saudara dan semua yang dijangkiti HIV kena berfikiran positif selalu. Ya kena ikut nasihat doktor, makan ubatan tepat waktu, jaga kesihatan, berdisiplin Excersicelah sedikit-sedikit beberapakali dalam seminggu, ubah cara hidup kepada kehidupan yang sihat.
 
Abang doakan saudara kuat menghadapi ujian ini, bukan saudara aje yang alami dugaan ini, abang juga serta ramai rakan-rakan lain diluar sana yang menghadapi dugaan serupa, dan kebanyakan mereka mampu terus hidup dalam keadaan gembira sihat sama seperti non PLHIV diluar sana.

16 comments:

  1. Wah abg Najmi tulis dah sampai akhir tahun 2014 entri tu. Ni baru Februari 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang eja,

      Mungkin anonymous yang berkongsi pengalaman tu tersilap tulis tahun 2014, yang abang ni pulak main copy dan paste dan hanya edit beberapa perkataan tertentu aje sampai tak nampak bulan dan tahun Disember 2014 tu hehehe..alhamdulillah abg dah tukar kepada Disember 2013...:)

      Delete
    2. Namun nafsu batin aku tetap ada dan doktor pun ada nasihatkan aku, GUNA KONDOM (terfikir sejenak, adakah ertinya aku masih boleh lakukan seks dengan syarat "GUNA KONDOM"???)

      Delete
    3. saya tak rasa yang HIV adalah penamat segala-galanya..
      tapi btol jugak kalau kita tengok balik fitrah alam...
      bila kita dah tahu perkara itu jahat, kalau kita buat pasti akan ada balasannya
      x semua orang benci pesakit HIV dan x semua orang boleh terima bersahabat dengan pesakit HIV..
      saya tak nak nasihat, tapi saya just nak sampaikan yang bagi ada HIV..jalani hidup dengan tenang, amalkan gaya hidup sihat =) kalau ada ubat, makan ikut waktu...moga terus tabah...memang susah nak tinggalkan perkara seperti ini (sex sesama jenis, atau ambil dadah) tapi boleh play safe (bagi yang tak kena lagi...) xder istilah terlambat kalau dah kena HIV, cuma mungkin mereka dah berbeza sedikit dari orang yang sihat..
      Lastly to abang NajMi..saya suka baca blog ni...banyak info =) tahniah sebab abang selalu bagi semangat pada setiap surat pembaca yang dihantar kepada abang NajMi..may Allah bless U always dan moga abang terus sihat. amin..

      Delete
    4. saya tak rasa yang HIV adalah penamat segala-galanya..
      tapi btol jugak kalau kita tengok balik fitrah alam...
      bila kita dah tahu perkara itu jahat, kalau kita buat pasti akan ada balasannya
      x semua orang benci pesakit HIV dan x semua orang boleh terima bersahabat dengan pesakit HIV..
      saya tak nak nasihat, tapi saya just nak sampaikan yang bagi ada HIV..jalani hidup dengan tenang, amalkan gaya hidup sihat =) kalau ada ubat, makan ikut waktu...moga terus tabah...memang susah nak tinggalkan perkara seperti ini (sex sesama jenis, atau ambil dadah) tapi boleh play safe (bagi yang tak kena lagi...) xder istilah terlambat kalau dah kena HIV, cuma mungkin mereka dah berbeza sedikit dari orang yang sihat..
      Lastly to abang NajMi..saya suka baca blog ni...banyak info =) tahniah sebab abang selalu bagi semangat pada setiap surat pembaca yang dihantar kepada abang NajMi..may Allah bless U always dan moga abang terus sihat. amin..

      Delete
    5. fleur de vanille

      Terima kasih kerana membaca blog ini, mana yang baik kita contohi, mana yang tidak kita jadikan pengajaran bagi memperbaiki kehidupan kita dimasa hadapan....:) Terima kasih kerana mendoakan abg...

      Delete
  2. Buat masa ini, biarlah aku tanggung sendiri dan berahsia dari pengetahuan keluarga dan rakan. Harapan aku, dengan rawatan dan bekalan ubat yang aku terima di samping bacaan di BLOG ini, akan dapat memberikan aku pengetahuan yang lebih sebagai pesakit HIV/AIDS di samping memberikan aku semangat untuk teruskan kehidupan. Aku belum lagi bersedia untuk berhubung dengan mana-mana pihak yang boleh membantu..mungkin satu hari nanti... INSYALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIDUP MESTI DITERUSKAN

      Sedikit sebanyak kita PLHIV perlu ubah gaya hidup, sedikit demi sedikit. Semuanya untuk kepentingan diri kita jugakan. Jika masih sukar menahan nafsu dr melakukan seks, paksa diri mengunakan kondom sebab adalah bahaya jika kita PLHIV mendapat jangkitan ke dua (dapat jangkitan kali ke dua dari pembawa HIV lain). Jika ini berlaku kemungkinan kuman dalam tubuh kita apabila bercampur dengan kuman pembawa HIV lain boleh berubah wajah menjadi ganazzzz, maka kemungkinan ubatan HAART yang kita makan boleh jadi tidak berkesan lagi. Kemungkinan kita terpaksa bertukar ubatan kepada ubatan lain. Bahaya kalau ini berlaku...

      Wallahuallam...:)

      Delete
    2. Saudara,

      Saya rasa tidak perlulah saudara ceritakan status saudara sebagai 'HIV carrier' sbb tak semua orang faham tentang hiv wpun dgn keluarga sendiri.

      Dengan adanya kemajuan dalam bidang sains, hiv tidak lagi dianggap virus pembunuh seperti tahun 80an dan 90an. Dengan mengambil secara teratur penghidap hiv kini boleh hidup seperti manusia normal yg lain. Yang penting makan ubat dengan teratur dan berfikiran positif.

      Virus hiv tidaklah berbahaya jika dibandingkan dengan virus influenza yg boleh hidup di udara dan menyebabkan kematian.

      Saintis meramalkan bahawa 'cure' kepada hiv akan ditemui dlm tempoh 5 tahun drpd skrg.

      Delete
    3. Salam semua…sudah sebulan aku tidak melayari blog abg naj mi kerana sibuk dengan kerja dan urusan rawatan aku dengan pihak hospital. Setelah aku dimaklumkan bahawa paras CD4 aku adalah di bawah 200 (sudah dikira kategori pesakit AIDS), aku diberikan 3 jenis ubat iaitu Sulpha + Trimethoprim (Co-Tri) & 3 jenis vitamin (secara PERCUMA) sebagai ubat permulaan untuk mendidik aku makan ubat mengikut masa yang harus ditepati. Aku di maklumkan bahawa ubat ini ada kesan sampingan oleh doctor khasnya ubat Bactrim seperti Ulser, ruam satu badan dan muka bengkak.

      Aku pun memulakan ubatan itu iaitu jam 6 pagi telan 2 biji ubat Co-Tri (sebelum sarapan) dan jam 8 pagi 1 biji setiap 3 jenis vitamin (selepas sarapan) diikuti jam 8 malam (selepas dinner) untuk selama 2 minggu. So far, so good  Cuma ada sekali dua ubat vitamin terlajak terlebih dari jam sepatutnya…hihihihihii..

      Setelah 2 minggu (minggu lepas), aku berjumpa dengan doctor (ikut temujanji). Sementara menunggu giliran di luar bilik rawatan, aku dapati ada 3 orang lelaki pun turut menunggu di bilik yang sama dan sememangnya aku tahu doctor itu hanya merawat kes kes HIV… masing masing nampak sihat dan seorang lagi seperti selalu ke Gym. Nasiblah, “berani buat berani tanggung…”

      Delete
    4. Doctor bertanya macamana? Aku jawap tak de apa-apa kesan sampingan dan aku bertanya pada doctor, mana ubat Bactrim tu doc? Doktor menjawap..Oh!..ubat Co-Tri tu lah Bactrim… lerrrr :-p Nasibaik aku makan on time dan syukur Alhamdulillah tiada kesan kesan sampingan yang menakutkan ke atas tubuh badan dan mulut ku. Ujian darah Viral Load aku belum diperolehi lagi walau sudah 2 minggu (itu perkara biasa kalau di Hospital Kerajaan)  dan aku diberikan 3 jenis ubat untuk rawatan HAART iaitu Co-Tri/Bactrim, Lamivudine + Zidovudine (Combivir) dan Efavirenz (secara PERCUMA) untuk tempoh masa 2 minggu. Dengan penjelasan yang diberikan oleh Docktor dan Pegawai Farmasi khasnya kesan ubat Efavirenz (pening dan mimpi ngeri).. Gosh!...mimpi ngeri, takkan tak der mimpi indah? Kata ku..hihihihiii

      Oleh itu, catatan yang kutulis pada pagi ini adalah untuk berkongsi sama apa yang aku alami setelah makan ubat ini dua hari lepas iaitu bemula pada hari Jumaat lepas. Ubat Co-Trim 2 biji jam 6.00 pagi, ubat Combivir 1 biji pagi & 1 biji malam setaip jam 8.00 dan ubat yang menakutkan aku ni.. Efavirenz aku makan 1 biji jam 9.00 mlm. Benarlah kata-kata Doctor, aku seperti sehelai kertas longlai dibuai mimpi Fantasi yang entah apa-apa tiada motif tiada matlamat, dah macam Alice The Wonderland..adakala aku ketawa dlm tidur, menangis, dan takut. Ambek kau!... bangun pagi jam 6, dah macam orang mabuk, terhoyong hayang, pening gila, tak boleh berdiri, sesak nafas sikit dan oksigen tak sampai ke kepala,, berpeluh dahi..seharian aku tidur pada Sabtu pagi semalam.. makan roti dan bekalan makanan yang ada. Janji perut tak kosong. Solat ikut waktu walau tak stabil berdiri :-p. Sebelah petang baru aku rasa agak stabil dan boleh drive untuk beli makanan dinner aku.

      POWER nya ubat Efavirenz ini… pesan pegawai farmasi, boleh makan 30 minit sebelum dinner ubat ini atau 2 jam selepas dinner dan oleh itu, untuk hari ke-2, aku makan ubat ini jam 6.30 ptg sebiji jer..dan jam 7.00 aku makan malam (selera makan sedikit jer)..agak terjejas..sebab sedikit mamai.. selepas solat dan makan ubat jam 8.00 malam, aku pun..Pa Ke Ba Bom!..titon la..dah mula balik hanyutan gelombang ubat ini… terus tidur sehingga jam 5.00 pagi ini. Aku bangun nak gi kencing dan sedia untuk solat Subuh. Syukur Alhamdulillah..doa ku mungkin dimakbulkan Allah.. (mungkin orang lain seminggu dua akan mengalami sintom ini berpanjangan). Aku tidak lagi macam orang mabuk cuma sedikit pening dan aku pun mula membuat catatan ini  Jadi inilah cerita yang terlintas di kepala otak aku sekadar berkongsi pengalaman baru…Horeyyy, esok boleh drive pergi kerja..risau lak kalau M.C di hari Isnin – nanti orang kata M.C tipu dan saja-saja nak sambung cuti sebab aku pun tak suka pekerja di bawah jagaanku M.C hari Isnin atau Jumaat.. Aku Meraguinya… 

      Nak sambung tidur…kepala pening ni…

      Delete
    5. Salam terima kasih kerana berkongsi pengalaman, dan abg pasti pengalaman yang ditulis ini ialah pengalaman saudara "SAYA POSITIF" kan, kerana abg boleh rasa ada kaitan entri ini dengan komen yang ditinggalkan...Alhamdulillah semoga ubatan yang diberi itu sesuai dg diri saudara ya..:)

      Delete
    6. Yap!..Saya la orang nya (SAYA POSITIF).. baru bangun tidur..masih ada sedikit pening lagi Abg Naj Mi.. nak pergi Lunch... rasa nak nonton Movie di Cinema tetapi takut pula anything happens..Dahlah seorang diri jer ni... Insyallah ubat ubatan yg Doctor berikan adalah yang terbaik cuma kesan tu pun (terbaik) la juga.. Janji kembali aktif, riang ceria dan sihat walau dikatakan tidak 100% bebas dari HIV (manalah tahu, kuasa ALLAH, disamping minum air zam zam setiap hari... mudahan ada Mukjizatnya...Aminnnn Ya Rabbal Alamin :-)

      Delete
    7. Salam,

      Insyaallah kesan tu akan hilang atau sekurang2nya akan berkurangan nanti. Minum lah air kosong banyak2 sikit ya...:)

      Delete
  3. Salam... bang.. shat?.. sy cuma nk tya berkaitan jngkitan hiv ni.. sekiranya seseorg yg telah di jangkiti hiv mempunyai luka dan membantu org yg memgalami kemalangan, ada risiko ka? Atau kita berkongsi pisau cukur dengan org brisiko ini, boleh ka virus ni mmebiak?.. tolong respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MR fadhil,

      Jika seorang PLHIV yang ada luka membantu orang yang mengalami kemalangan, jika orang yang dibantu itu tidak mengalami sebarang luka, tak mengapa. Tapi sekiranya orang yang mengalami kemalangan itu luka berdarah bergesel dengan luka (contohnya ditangan PLHIV) luka dengan luka maka risiko orang yang kemalangan itu dijangkiti tetap ada. Kena ingat kuman HIV cepat mati bila terdedah pada ruang udara, jadi jika darah PLHIV yang telah kering dan kena pada luka orang yang kemalangan tu pandangan abang risiko dijangkiti sangat rendah. Wallahuallam.

      Sama juga berkongsi pisau cukur, jika PLHIV bercukur dan berdarah, darah melekat pada pisau cukur dan pisau cukur berpindah tangan dalam jangka waktu yang pantas pada seorang yang lain tanpa dicuci terlebih dulu dan terus seorang lain yang non PLHIV itu bercukur dan kebetulan luka kat pipinya, jika kena pada darah PLHIV, maka risiko dijangkiti ada. Tetapi kalau darah telah kering atau jika diguna oleh orang lain tidak akan berjangkit. Tapi kena ingat jika bukan sebab HIV seseorang itu mudah dijangkiti hepatitis B apabila berkongsi pisau cukur dengan seorang pembawa penyakit itu.

      Wallahuallam.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST