Friday, 7 February 2014

NASIHAT ANONYMOUS - CARA BAGAIMANA GAY BOLEH BERUBAH

Seorang pembaca meninggalkan nasihat kepada saudara Nazirul dalam ruang komen dientri yang bertajuk, "NAZIRUL– 2 NAFSU BOLEH BUAT SAYA GILA! (LIKU PERUBAHAN DIRI DARIPADA GAY KE BISEKSUAL)", panduan yang perlu kita sama-sama amalkan dan jadikan pegangan dalam kehidupan kita terutama kepada golongan PLU diluar sana yang hendak berubah.

photo hiasan

"Seperti kata Mak Wardah hanya Nazirul sendiri yang mampu lakukan untuk mengawal diri daripada terjebak"

Saya juga sama seperti Nazirul, namun saya nak ringkaskan disini, jika kita betul-betul ingin berubah "Please Turn Back To Allah", kembali kepada Allah, tapi bukan mudah, sebab nafsu sentiasa mengejar, tapi lakukan jua dan mujahadah lah terhadap nafsu. Cuba lakukan beberapa langkah yang saya rasakan antara langkah penting agar kita mampu berubah;

Pertama, ialah solat 5 waktu dan peganglah ia seumpama ia adalah tiang yang terakhir kita ada, umpama kapal yang sedang karam, lantas kita berpaut pada kayu atau apa sahaja agar kita tidak tenggelam ditelam ombak biru yang dalam. Peganglah solat hatta seluruh alam dan makhluk melihat diri kita sangat jijik dan hina namun solat dan Allah tiada pernah tinggalkan kita. 

Saya pernah berhadapan situasi seperti Nazirul, rasa putus yang amat sangat, tapi Allah sedarkan saya, saya kembali kepada Allah, pegang sejadah, pegang solat tu macam, tu la tiang dan tempat terakhir saya berdiri dan bergantung.(pengharapan/tawakal). 

Solat dengan fahamkan maksud setiap bacaan, diakhir solat saya sujud dan saya berdoa dalam hati "saya redha, saya redha, saya redha di atas Ujian Mu Ya Allah, sesungguhnya ke "naifan" ini mengheret ku jauh dari mu", dengan sebulat hati. Alhamdulillah rasa tenang sangat, dan nak juge nafsu dan hati ni saya usahakan istigfar dan zikir setiap kali selesai solat fardhu, dan selalu berdoa kepada Allah tanpa buruk sangka dan yakin doa diterima. 


Kedua, jauhkan dan putuskan seluruh hubungan yang mampu membawa Nazirul kembali kepada nafsu yang salah itu. Seorang muslim itu apabila berada dalam keadaan lapang, keseorangan dan tanpa berbuat sesuatu perkara pasti nafsu akan kembali memujuk, jadi sentiasa penuhkan diari Nazirul dengan sesuatu yang berfaedah, jangan duduk berseorangan di dalam bilik sendirian, keluarlah dan apabila nafsu memujuk istigfarlah dan cepat-cepat tunaikan solat kerana nafsu akan memujuk di saat kita lengah menunaikan solat. 


Ketiga, tambah kan bacaan al-quran harian seperti surah As-sajadah sekali pada setiap malam sebelum tidur. 


Keempat, laksanakanlah solat Tahajud, hanya solat tahajud yang dibuat secara istiqamah dapat melengkapakn perubahan perjalanan Nazirul, iaitu solat di malam hari, setiap individu berlainan cara, namun usah lupa untuk sentiasa berdoa dan tanamkan azam untuk berubah. Dan seperti kata Nazirul, saudara ada perasaan terhadap lelaki dan perempuan namun perasaan terhadap lelaki lebih sikit, dengan menonton porno straight atau onani jua tidak mampu mengubah Nazirul ianya hanya akan menguatkan lagi perasaan nafsu itu sendiri.


Kelima, penting putuskan semua bentuk hubungan yang boleh membawa Nazirul ke arah itu, dan ia mesti ddilakukan dalam keadaan ikhlas untuk berubah jika tidak ia tidak membawa apa-apa perubahan. Bila Nazirul dah putuskan kesemua connection itu barulah Nazirul mampu untuk mengawal nafsu Nazirul di samping mampu menjaga solat. 

Solat fardhu dan solat malam tidak akan dapat mengubah Nazirul 100 percent jika Nazirul masih gagal untuk putuskan kesemua perkara yang membawa Nazirul ke jalan nafsu, ia hanya dapat mengawal nafsu Nazirul hanya untuk seketika, kerana apabila kita hampir kepada nafsu tiada lagi yang akan kekal dalam ingatan kecuali keseronokan dan penyesalan yang menghibakan. 

Kembalilah pada Allah, kepada Tuhan yang memiliki segalanya tiada jalan untuk kembali kecuali kepada Nya, maka putuskan lah semua jalan yang membawa kepada bertambah kuatnya nafsu, bila kita putuskan semua jalan nafsu ini, maka ia akan lemah. 

Mujahadahlah kerana setiap kali kita bermujahadah melawan nafsu, Allah memberikan kemanisan Iman, sangat indah, hati itu tenang seumpama ombak yang lembut memukul pantai. Namun jika meneruskan nafsu ini kemanisan itu tidak ada, yang ada hanyalah perasaan bersalah, tidak tenteram dan berputus asa.

Maka marilah bermujahadah, kerana kemanisan iman itu sedang menunggu di sana.....Fatamorgana...



ANONYMOUS
sumber diambil dari 
ruang komen 
di entri disini

11 comments:

  1. nasihat yg terbaik, terima kasih.. semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita.

    ReplyDelete
  2. ckap nak berubah, balik kepangkal jalan memang mudah, tapi hakikatnya sakit dan sukar dlm melawan perasaan sendiri amat sukar utk dibayangkan. kalau dulu nak buat maksiat, kena kluar cari pasangan, tapi bila dah tekad utk berubah, pintu maksiat bagaikan berada depan rumah, kita plak yg dicari, kita plak yg dioffer, sedangkan iman masih setipis kulit bawang. bla tgk suami ibu haryati yg kuat ibadah pun masih boleh terjebak, rasa diri kecik ajeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE,

      Benar sangat sukar nak berubah, kena ada tekad yang kuat rasa ingin hendak berubah tapi kalau sekadar hangat2 taik ayam...memang sukar...Yang penting jangan berputus asa berdoa kepadaNya. Niat baik pasti akan dibantunya....:)

      Delete
  3. Cool... mudahan berjaya semuanya..INSYALLAH ada JALANNYA...

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah Permudahkan Urusan & Jalan bg Mereka yg Sentiasa ingin berhijrah..amin

    ReplyDelete
  5. Pada bulan Oktober 2014 yang, aku mengalami batuk-batuk dan cirit-birit yang berpanjangan (berbulan lamanya) walaupun perut aku tidaklah rasa memulas kesakitan hendak membuang air besar..tetapi najisnya cair selalu atau lembik selama hampir 3 bulan.

    Pada bulan Disember 2014, aku melakukan HIV test yang merupakan ujian saringan tahunan yang aku lakukan memandangkan gaya hidup seks aku kadang-kadang guna KONDOM dan kadang-kadang TAK PAKAI PUN :-p dan akhirnya MIMPI NGERI yang aku selalu terfikir jika berlakulah satu hari nanti.... Ujian HIV test aku pada kali ini POSITIF :-( (Aduhai...lemahnya badan dan hancurnya hati...menitis pula airmata aku...terasa seperti pepatah Melayu "nasi sudah menjadi bubur" dan sudah terlambat..

    Aku melakukan full test HIV dll test yg berkaitan di Hospital Kerajaan pula.. Aduhai!..."bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga"..bacaan CD4 aku di bawah paras 200.. Aku kini berada dalam kumpulan orang yang mengidap penyakit AIDS..Ianya amat-amat MENGEJUTKAN aku dan doktor sendiri kerana zahirnya aku kelihatan sihat cergas dan periang walaupun kini sintom batuk dan cirit telahpun hilang tetapi terasa sedikit sakit pada bahagian dada letih lesu di bahu dan leher. Hasil pemeriksaan Doktor pada bahagian leher & X-Ray dada menunjukkan semuanya O.K..mungkin kesakitan yg aku rasa kerana aku terlalu stress dan ianya mengakibatkan muscle pain...

    Atas nasihat dan semangat yang diberikan oleh Doktor yang merawat aku, aku "on medication" untuk berusahakan keluarkan diri aku dari group pesakit AIDS kepada group pesakit HIV+.. dan mudahan aku taat pada masa dan peraturan pemakanan ubat walaupun aku tahu HIV+ TETAP berada tubuh badan aku.

    INSYALLAH masih ada ruang untuk aku (yang seorang diri mengetahui status penyakit aku ini) akan pulih kembali walaupun aku digelar sebagai "HIV+ CARRIER"

    Aku akan berfikir yang indah, riang dan senyum selalu :-) agar aku tidak merasa stress dalam menjalani kehidupan aku ini.. AMINNN :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,

      Mendapat HIV bukan penamat bagi segala-galanya dalam hidup, saudara dan semua yang dijangkiti HIV kena berfikiran positif selalu. Ikut nasihat doktor, makan ubatan tepat waktu, jaga kesihatan, excersice lah sedikit-sedikit beberapakali dalam seminggu, ubah cara hidup kepada kehidupan yang sihat.

      Abang doakan saudara kuat menghadapi ujian ini, bukan saudara aje yang alami dugaan ini, abang juga serta ramai rakan-rakan lain diluar sana yang menghadapi dugaan serupa, dan kebanyakan mereka mampu terus hidup dalam keadaan gembira sihat sama seperti non PLHIV diluar sana.

      Fikir positif dan elak diri dari stress...:)

      Delete
    2. Salam anonymous...silap tahun kan...yang pasti pada Disember 2013..:)

      Delete
  6. Sape follow up kat hosp sg buloh???jom jumpa

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Terima kasih atas tips di atas. semoga ianya bermanfaat kpd semua orang Inshallah...

    Adik lelaki ku seorang gay umur 18thn. Kami baru menyedarinya setahun yg lalu (tapi dr pengakuan adikku sendiri sudah lama dia terlibat dgn gay sejak dia budak2 lagi). Dah byk kali kami tegur tapi tak berubah2 juga. Apabila semua usaha kami membawanya ke jln kembali tidak berkesan,

    Di mana silapnya? apabila di imbas kembali, kadang2 aku menyalahkan keluargaku kerana semasa dia bersekolah rendah lagi keadaan keluarga kami kacau bilau (ibu dan bapa asyik bertengkar selama bertahun2-bercerai tanpa surat hitam putih). Pada masa itu, sy dan adik perempuan pula sudah menyambung pelajaran ke luar negeri dan jarang balik ke kampung. Bila cuti semester je baru dpt balik, itu pun kadang2 tak balik kg sebab buat kerja part time untuk mencari duit perbelanjaan (duit yg di kirim tidak cukup menampung kos kami dua beradik di bandar-maklumlah hanya ibu ku seorang menanggung keluarga), semasa ibuku keluar bekerja, maka setiap hari adik lelaki ku tgl seorang diri di rumah (ayahku lari dari rumah semasa krisis rumahtangga ini- agak lama juga). Apa yg adik lelaki ku tengok, apa yg dia buat,dgn siapa dia bergaul, siapa kawan2 nya semuanya bebas tiada orang pantau. Tiada orang yg sampaikan ilmu agama kepadanya kecuali di sekolah saja (itu pun dia selalu tdk pergi sekolah tanpa pengetahuan ibuku), dan lebih parah lagi ibuku yg dalam stress dan kekusutan@ kesediahan dgn krisis rumahtangga, secara tidak langsung telah mengajar adikku benci dengan ayahku dan benci dgn lelaki. Patutlah tiap kali sy blk cuti semester, perangai adik ku berubah jadi perempuan...suka pada kelembutan, kecantikan, jln lenggang lenggok, cakap lembut2, buat kerja2 perempuan cth memasak, membasuh, mengemas dan semuanya krja dlm rumah (masa itu sy sgt bersyukur kerana adik ku blh d harap membantu ringankan beban ibuku).

    Kini setelah sy dan adik perempuan tamat belajar dan sudah punya kerjaya sendiri, serta keluarga kami juga telah kembali bersatu (ayah dah rujuk dgn ibu) alhamdulillah.....tapi adik ku pula yg telah rosak menjadi gay.

    Semoga suatu hari nanti Allah beri petunjuk kpd adik ku dan orang2 yg seperti dia..amin.


    Cekfidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CEKFIDAH,

      Saya bayangkan yang adik saudari itu seorang yang lemah lembut dan perwatakannya seperti perempuan, kenapa dia berubah menjadi begitu? Pada saya ya, disebabkan faktor persekitaran kehidupannya ketika membesar.

      Dia tidak mempunyai abang tetapi hanya mempunyai saudara perempuan, biasanya lah lelaki yang lahir (sebagai adik bongsu) hidup disamping saudara-saudaranya yang semuanya perempuan, kemungkinan untuk dia mengikut gerak laku saudara perempuannya sangat besar. Jika tidak di pantau dia akan membesar menjadi lembut. Jika tidak menjadi lembut pun mungkin dia membesar menjadi seorang gay walaupun berperwatakan luarannya sama seperti lelaki strg8.

      Lebih teruk apabila dia tidak mendapat kasih sayang tunjuk ajar dari seorang bapa ketika menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dan hanya tinggal bersama ibu. Maka tidak mustahil dia akan mengikut tingkah laku ibunya. Ketika membesar dia mula bergaul dengan rakan-rakan sealiran, sama ada dia jumpa disekolah atau diluar sekolah, ini yang menyebabkan keadaan tingkah lakunya semakin menjadi-jadi. Tidak lupa juga pengaruh dari internet dan rancangan-rancangan di TV seperti rancangan “GLEE”, sehingga mereka merasakan kelompok dikalangan mereka seolah-olah diterima ramai.

      Memaksa adik untuk berubah adalah agak mustahil, perubahan diri hanya dia sahaja yang boleh lakukan. Dengan iman dan takwa, kesungguhan, serta doa ikhlas dari saudari serta ibu bapa insyaallah dia mungkin boleh berubah. Jika tidak boleh berubah menukar gerak geri tingkah laku dirinya sekalipun, insyaallah dia boleh berubah mengawal diri, mengawal nafsu.

      Menjadi seorang yang lemah lembut, tidak bermakna dia tidak boleh berjaya dalam hidup. Dia boleh mengunakan kepakaran dalam aktiviti kewanitaan yang digemarinya seperti memasak atau menjahit untuk menjalani kehidupan. Yang penting dia berusaha menjadi seorang lelaki (walaupun lembut) dan berusaha untuk tidak terlibat dalam aktiviti tidak baik.

      Sokongan dari saudari dan adik perempuan serta ibu bapa kepadanya sangat penting, insyaallah ianya boleh membantu adik lelaki itu untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak tersasar. Wallahuallam. - NajMi

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST