Saturday, 1 February 2014

IBU HAARYATI – SUAMI SAYA KUAT IBADAH TAPI SEORANG BISEKUAL

Seorang isteri dari Indonesia meninggalkan komen, bercerita mengenai kisah hidupnya yang bertahun bersuamikan dengan suami yang bernaluri biseksual. Tanpa nama jadi saya namakan beliau dengan nama Ibu Haaryati (bukan nama sebenar). 

Komennya ditinggalkan didalam ruang komen didalam entri di, “SUAMI CUBA BERUBAH, RIMAS DENGAN PRASANGKA ISTERI”




Salam. 

Saya dari Indonesia, sedang mencari obat atau apalah namanya untuk hancurnya hati saya hari ini. Kisah bermula ketika saya harus menerima laki-laki pilihan orang tua saya. Padahal ada laki-laki yang sebelumnya telah siap menikahi (berkenan dihati) saya. Tetapi saya terima pilihan orang tua saya karena saya juga ingin membahagiakan mereka. dimana laki-laki ini adalah laki-laki yang cerdas dan kuat ibadanya (beriman). 

Setelah menikah beberapa bulan terdapat beberapa kejadian diluar dugaan. Saat itu kami tinggal di rumah orang tua saya. Suami saya sangat dekat dengan bapak saya, tetapi ia dapat menjelaskan bahwa itu karena ia telah ditinggal meninggal ayah kandungnya semenjak umur 1 tahun. Meski bapak saya sendiri risih menuruti kemauannya untuk berduaan. Ia minta di belai kepalanya, dipijitin badannya, tetapi itu semua dilakukan di Mushola (masjid). 

Ibu saya sempat tidak terima hal demikian, dan saya sendiri sempat terguncang karena sedang hamil muda. Tetapi saya yakin, bahwa mereka berdua tidak melakukan apapun kecuali hal-hal yang sebatas (melampaui) pijit dan belai. karena bapak saya adalah ahli ibadah, begitu juga suami saya.

Begitu suami saya mendapat pekerjaan di lain pulau, redalah masalah ini dan waktu kemudian anak kami lahir. 

Waktu berjalan begitu manis, kami membeli rumah sederhana di kota dimana suami saya bekerja. kemudian lagi, ia selalu dekat dengan laki-laki separuh baya, seusia bapak saya. Mereka bertemu selalu dari Masjid atau Mushola dimana suami saya shalat berjama'ah. Dan mereka juga adalah ahli jama'ah masjid tersebut, lagi-lagi alasan karena ia mencari sosok seorang bapak. Tapi kesemuanya menolak untuk menjadi bapaknya. Tetapi hubungan mereka tetap baik-baik saja. 

Sampai sini masih jelas, bahwa tidak ada apapun yang terjadi. Mereka semua orang ahli ibadah, baik kepada saya dan anak saya. Dan kami sekeluarga selalu menjaga hubungan baik dengan keluarga mereka. 

Saat ini, terhitung hampir 5 tahun usia pernikahan kami. Anak kami tumbuh sehat dan cerdas. Lalu, beberapa hari yang lalu Alloh membuka tabir suami saya. Pada waktu itu anak saya minta nonton film di laptop saya, sedangkan saya butuh laptop untuk aplied beasiswa via internet. Akhirnya saya pinjam laptop suami saya. 

Sembari mencari informasi saya ingin membuka halaman facebook. Kamudian saya buka facebook, tetapi sudah ada halaman facebook yang ter-login didana, atas nama -xxxx dan gambar yang ditampilkan semua adalah gambar laki-laki. 

Saya agak heran, ini bukan halaman facebook suami saya, tapi saya buka halaman lainnya dan masuk ke ruang pesan, disana membaca semuanya, menyibak semua rahasia yang ada bahwa jelas-jelas itu adalah suami saya dan dia adalah seorang bisex.

Badan saya gemetar hebat dan menangis dikamar mandi. Terhadap suami sementara diam, dan malam itu juga mengatur kepulangan ke rumah orang tua saya yang berada di lain pulau. Saya pesan tiket pesawat dan pulang keesokan harinya tanpa sepengetahuan suami saya. Saya beritahukan malam harinya kalalu saya dan anak sudah tidak di rumah. Dan keesokan harinya saya beri tahu apa yang saya lihat di halaman facebooknya.

Dia menangis. 

Dia berkata bersyukur saya telah mengetahuinya.

Kami akan berjumpa esok dan membicarakan semuanya. Sepanjang hari ini dia kirim message, agar saya tetap menerimanya dan meminta untuk membantunya. Demi Alloh suami saya adalah suami yang soleh, boleh dibilang ia adalah seorang ustad di lingkungan rumah kami. 

Dan saya sangat mencintainya. Tetapi entah, apakah saya tetap bisa menerimanya atau tidak.


IBU HAARYATI 
(INDONESIA)














Salam, 

Seperti yang selalu saya terangkan kebiasaan seorang lelaki gay mahupun bisek ini, pandangan saya dan pandangan rakan-rakan lain kuat mengatakan bahawa mereka (gay/ bisekual)  tidak dapat menghilangkan rasa keinginan naluri terhadap kaum sejenis seumur hidup dan tiada ubat untuk mengubati naluri seks sejenis ini, TETAPI mereka masih boleh mengawal diri dari tidak terus terjebak dalam aktiviti seks sejenis ini, perlu ada keinginan yang kuat untuk mengawal diri, terus berdoa kepada Alloh minta perlindungan bantuan darinya agar mereka  boleh mengawal diri dari tidak terlibat lagi dalam kegiatan ini. 

Alhamdulillah kerana Alloh membuka rahsia sebenar suami puan pada hari ini. Pada saya semua itu ada hikmahnya baik buat diri puan dan baik buat diri suami puan. Jika rahsia songsang suami masih tersimpan rapi saya percaya suami puan akan terus hidup dalam keadaan serba salah tertekan melawan dugaan syaitan tanpa sokongan sesiapa. Kelakuan dia kearah untuk melakukan aktiviti berkaitan songsang sentiasa terbuka luas, tetapi apabila puan telah tahu akan rahsia suami puan dan telah berterus terang mengenainya sedikit sebanyak akan mengubah tingkah lakunya dimasa hadapan. 

Apabila puan telah tahu maka insyaallah suami puan akan sentiasa berhati-hati mengawal tingkah lakunya. Dan insyaallah dengan bantuan dan sokongan puan yang memantau kehidupannya kelak insyaallah dia akan mampu mengawal diri. 

Semuanya bergantung kepada niat dihati suami puan juga, jika benar dia mahu berubah saya percaya dengan bantuan puan dia boleh mengawal diri untuk tidak terlibat lagi dalam segala hal berkaitan sesuatu yang boleh membawanya kearah aktiviti songsang (seperti melihat “porn gay” lagi yang merupakan diantara punca menyebabkan keinginannya untuk bersama kaum sejenis terus bergelora sentiasa). 

Alhamdulillah kerana suami puan bersifat bisekual bukan seorang gay tegar, saya percaya jika dia kuat mahu berubah pasti dia boleh berubah menjadi lebih baik disisi Alloh kelak, lebih baik kehidupan dirinya dimasa hadapan, lebih kuat tumpuannya hanya untuk puan dan anak keluarga selama-lamaya. 

Kita doakan agar dia berubah, saya harap puan beri peluang ke dua kepadanya, insyaallah dia boleh berubah sepenuhnya nanti. Tapi jika dia masih tidak berubah (kantoi) ketika itu terpulang kepada puan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. – Naj Mi


6 comments:

  1. Kalau dah tak mampu tu tak payah lah kahwin. Mengainaya isteri. Ingat kahwin ni boleh buat eksperimen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Setuju...berkahwinlah apabila sudah ada keyakinan mampu berubah meninggalkan aktiviti tersebut....Kesian isteri, jika suami masih melakukan aktiviti tersebut tidak mustahil boleh bawa berbagai penyakit kelamin kedalam rumah.....:(

      Delete
  2. Simpati tapi saya hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan semuaNYA.

    ReplyDelete
  3. sejak 2 menjak nih, rasa takut plak baca entry en nadzmi nih. seolah2 memberi gambaran ajee dimasa depan. nak komen lebih pun dah x berani. bila ingat pasal kawin rasa berdebar2 jeee sedangkan baju pengantin dah pun siap ditempah. nampak gayanyaaa nak kena minta postpone lagilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Ambil mana yang baik dan kita jadikan pengajaran bagi memperbaiki kehidupan kita kelak, bila kita baca kisah orang lain maka kita tahu ianya ada berlaku dan boleh berlaku keatas kita semua, maka kita contohi yang baik serta ambil ikhtibar bagi perbaiki kehidupan kita dimasa depan.....:)

      Betul ker nak kahwin??? Alhamdulillah....

      Delete
  4. Mcm tak percaya jer jazlee dah nak kahwin..hrmmm.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST