Monday, 10 February 2014

HANA – "TOLONGLAH SAYA, SAYA JATUH HATI DENGAN KAWAN BAIK SAYA SEORANG GAY"

HANA mengeluh kerana dirinya telah jatuh hati dengan rakan karibnya sendiri. Sukar bagi dirinya untuk membuang perasaan sayang kepada rakan lelakinya itu. Masaalahnya rakan karib lelakinya itu seorang GAY. "Macam mana cara saya hendak tambat hati dia???". 

Hana meninggalkan pertanyaan didalam ruang komen didalam entri bertajuk, "NAZRUL – 2 NAFSU BOLEH BUAT SAYA GILA! (LIKU PERUBAHAN DIRI DARIPADA GAY KE BISEKUAL). 

Mungkin saudara yang membaca ada nasihat yang bernas buat saudari Hana.


Saya Hana silent reader awak. Saya terjumpa blog ni bila saya google 'boleh ker gay berubah' saya yakin tiap manusia boleh berubah dengan kehendak yang maha Esa. 

Saya cuma baca blog ni sebab saya cuma nak tahu perjalanan hidup seorang gay. Bukan sebab saya gay tetapi saya jatuh hati dengan kawan baik saya sendiri dan dia seorang gay. Saya terlalu sayangkan dia dan saya nak dia jadi imam saya yang sah satu hari nanti. 

Tapi macam mana cara nak tambat hati dia? Tolonglah saya. Saya betul jatuh hati kat dia dan nak sangat tengok dia berubah. ;(


~HANA~



Salam Hana,

Alhamdulillah abang rasa niat Hana tu baik, tapi dalam masa yang sama seolah-olah Hana menyerat leher jika memaksa diri, memaksa dalam diam agar kawan gay itu menerima Hana sebagai isteri.

Pertama abang selalu berpegang mengatakan bahawa naluri seorang gay tidak boleh dihapuskan, walau dia telah berkahwin nafsu gelora terhadap kaum sejenis masih tetap ada, apa tah lagi dugaan terutama dikalangan gay yang sebelum ini telah berpengalaman melakukan seks sejenis sebelum berkahwin.

Naluri songsang tidak dapat dihapuskan TETAPI naluri itu boleh dikawal dengan takwa dan iman, dengan kesungguhan si empunya diri. Jika seorang lelaki gay itu sememangnya tidak pernah melakukan seks sejenis atau memang tidak pernah terjebak melakukannya sebelum berkahwin insyaallah jika dia berkahwin abang rasa dia mampu kawal diri, tapi sekiranya dia sudah berpengalaman maka walau telah berkahwin keinginan melakukannya pasti tetap ada dan tidak mustahil dia akan meneruskan aktiviti tersebut dalam diam.

Paling penting disini perlu ada kesungguhan gay tersebut untuk berubah, mengawal diri dari tidak terus terjebak dalam aktiviti tersebut lagi, maka dengan bantuan Allah dengan dorongan seorang isteri, dengan keinginan bersungguh gay itu pasti dia boleh mengawal diri dan pastinya dia akan berjaya menjauhkan diri dari aktiviti songsang.

Ada beberpa kisah dalam blog abang, kisah benar mengenai wanita yang jatuh cinta dengan gay, sama ada gay itu seorang pembawa HIV atau yang sihat, cuba Hana check kembali dalam blog abang ni...(abang lupa mana satu) baca dan jadikan pengajaran.

Buat Hana, pastikan rakan gay itu ada keinginan bersungguh mahu berubah, TETAPI kalau dia masih tegar masih nampak sukar nak berubah maka sebaiknya Hana kena tarik diri segera, jangan masuk kelubang buaya nanti Hana sendiri yang merana nanti.

Abang yakin masih ada ramai gay diluar sana yang mahu berubah, cuma sukar nak kita pastikan mana satu diantara mereka. Minta bantuan Allah, ikut gerak hati lakukan solat istikarah, insyaallah Hana akan menerima jawapan sama ada rakan gay Hana itu sesuai dijadikan imam yang sah atau tidak.

Agak sukar nak tambat hati seorang gay terutama gay yang bersifat tegar, tapi agak senang jika dia seorang lelaki bisekual. Jika seorang lelaki biseksual itu mempunyai nalurinya lebih 70% kepada lelaki maka agak sukar nak ditambat, tapi kalau lelaki bisekual itu ada hanya 30% naluri kepada lelaki (70% naluri kepada wanita) dia agak senang ditambat hatinya. Itu pada pandangan abang lah, tapi memang susah nak kita pastikan peratusan naluri seseorang lelaki biseksual tu.

Jika gay tegar (yang tiada langsung nafsu kepada wanita) mereka ni memang sangat sukar ditambat - NAJMI





Thanks abang untuk respons. Dia bukan gay yang tegar, cuma sekarang saya rasa tertekan patut tak saya give up atau stay. Dia memang tahu saya sayang kan dia. Kawan-kawan kitaorang sendiri ingat kita orang loving couple. Saya takut kalau say a tinggalkan dia, dia akan jadi teruk. Saya cuma nak bantu tapi saya tak tahu jalan tu.

Kita orang pernah berbual pasal benda ni,dia sendiri cakap dia nak berubah, bagi masa tapi bila dia nak berubah, makin banyak dugaan yang datang.

Dah kata kita orang kawan baik kan, so macam-macam benda kitrg kongsi. Saya cuba jadi pendengar yang terbaik untuk dia sebab lebih baik dia share dengan saya kan dari orang lain. Bila dia bercerita pasal lelaki itu, lelaki ini, saya cuba jadi yang terbaik untuk dia dan buat dia happy dengan bila lepak, saya mesti bawa lelaki yang dia suka tu join kita orang (lelaki yang dia suka mostly straight). Saya bukan sokong dia jadi gay saya cuma nak dia happy sebab dia pernah cakap dia cuma suka dan boleh lihat je tapi untuk dapat benda-benda tu mustahil. Tapi bila saya fikir balik saya nak sangat tengok dia berubah,  so saya stop buat benda-benda tu.

Sebelum ni dia pernah ada beberapa orang ex girl friend, saya tanya kenapa ada girl friend? Dia cakap nak kasih sayang tapi saya orang pertama yang tahu dia siapa, tapi saya tetap nak dia. Saya tahu dia bagi saya peluang untuk kenal dia, dan dia kenal saya. Kita orang pernah berbincang hal kahwin, hal masa depan bersama tapi entah la, tu yang saya tak percaya dia gay. Haha

Saya pernah tanya dia ada tak nafsu kat perempuan? Dia cakap tak tahu sebab dia memang tak pernah buat dengan perempuan atau buat dengan lelaki tapi peratus 'feel' kat perempuan ada cuma tak banyak macam  ‘feel’ dekat lelaki. Saya pernah try untuk goda dia, tapi dia elak. Dia cakap 'jangan, nanti adik bangun susah' saya cakap bagus la, kata nak berubah tapi dia cakap tak nak benda jadi lain nanti. Bila berduakan mesti ada yang ketiga.

Cara dia layan saya buatkan saya confius, dia ada feel kat sy atau tak? Cuma dia pernah cakap dia pernah try tapi kadang-kadang dia fail dan dia suruh saya cari lain sebab dia cakap dia 'tak normal' tapi hati saya berkeras tak nak sebab saya tahu dia tak macam kawan-kawan gay saya yang lain.

Saya cuma kenal kawan-kawan gay yang dia rapat sahaja  dan dia orang pun ingat kita orang ada 'something' tapi depan dia orang pun bila saya ada dia action macam 'straight' tapi yang dia selalu hang out dia macam elak nak bagi saya kenal sebab dia cakap belum masa nya. Dia bagitahu saya sebab depan dia orang dia bukan 'straight'. Dia tak nak tunjuk diri dia yang satu lagi tu kat saya. Nanti kalau saya ada dia tak selesa. Saya cuma nak kenal dia yang 'otherside' tapi saya tak tahu bila peluang tu saya boleh dapat. Saya cuma terfikir kalau dia tak sayang saya  dia mesti tak kisah nak tunjuk dia siapa yang sebenarnya dekat saya tapi tu la hati dia kan saya bukan boleh baca.

Saya tahu naluri tu takkan hilang sebab tu memang ada dari dia kecik dan itu ujian paling besar yang Allah bagi kat dia. Saya cuma nak bantu tapi saya buntu. Saya tahu dia boleh berubah tapi tu la....ehmmm.

Thanks abang Najmi sebab sudi baca apa yang saya tulis, sebab saya tak tahu nak cerita kat siapa. Saya cuma perlukan pandangan dan pendapat je apa yang perlu saya buat dan saya tahu Allah akan bantu saya jika niat saya baik. ;)


~HANA~



Hana,

Kebiasannya lelaki gay macam tu, adakala berangan nak berkahwin nak ada anak, nak bercinta dengan perempuan tetapi hakikatnya mereka tidak yakin pada diri sendiri, sama ada mampu membahagiakan isteri atau tidak. Mereka takut akan mengainaya isteri apabila tidak mampu memberi kasih sayang 100% pada mereka. Bimbang akan terlajak melakukan aktiviti songsang lagi selepas berkahwin.

Adalah lebih baik Hana jumpa rakan gay yang seperti ini daripada berkenan dengan seorang lelaki gay yang terus menerus memberi harapan palsu kepada bakal isteri dan seorang yang hanya mahu berkahwin untuk menutup aib sendiri, pastinya akan berakhir dengan kekecewaan kepada si isteri.

Sebab itu perlu ada keyakinan dalam hati seorang gay untuk berkahwin, jika mereka tidak ada keyakinan mereka pasti akan memberi berbagai alasan mengelak dari bercouple apatah lagi untuk berkahwin. 

Pandangan abang kawan Hana masih tidak ada keyakinan untuk menamatkan zaman bujangnya kerana itu bila Hana seperti mendesak dia supaya menerima Hana, dia terus memberi alasan yang "turun naik" sehingga Hana sendiri confius tentang dirinya.

Cuma abang harap Hana tidak terlalu mengharap, berkawanlah dengan rakan lelaki lain insyaallah hati Hana akan terbuka pada yang lain. Jika rakan gay Hana itu tidak sudi dan terus memberi alasan, sebaiknya Hana kena paksa diri melupakannya - NAJMI



Sumber dari ruang komen dalam entri disini






















9 comments:

  1. assalamua'laikum.... tergerak untuk komen as silent reader (borring..) dan anonymus.... pada pendapat saya... hana patut tanya dahulu kawan hana yg gay tu... apa ultimate goal dalam hidup die yg die nak kecapi... sebab pada saya kawan hana tu tersngat lah bertuah sebb die ada kawan PEREMPUAN macam hana yg already knew his orientation state but yet still give a hope and chance to him to live with... tanya dia kalo dia teringin nak berkeluarga dan ingin mmpunyai anak... (ini biasa keinginan seorg lelaki umumnya)...

    kalo ya... then you have a good chance... sebab me, (of kos i'm gay) do want to build my family and to have children and all other so cliche straight men things want... sebb i'm dare to train hard myself to love women sexually sebb itu sebenarnya fitrah manusia yg allah dah tetapkan... dan HE have said, war on your desire is is toughest and biggest war... now help your (future) husband... bcoz that saya memg berazam nak carik bakal isteri yg sebelum menikah dia dah tau saya ni macam mana dan masih percaya pada saya yg saya mampu menunaikan tanggungjawab sbgai suaminya sesempurna mungkin... (go after him!! this kind of man exist)

    ofkos you (hana) should not supposed put high expectation on your husband in sex thingy especially masa malam pertama... if you truly love him... help him out and give him time... be creative to seduce him...
    keadaan akan jadi lebih mudah jika isteri dah tau si suami tu macam mana dan boleh bersama-sama mengharungi kehidupan dan mengatasi sume masalah2 tu.. i bet paths of the marriage will be unique as the wife will keep themselve busy jaga laki dorg dari laki yg lain.. LOL!!

    have faith in allah and hope... i would say that i'm a (semi) religious and urban guy... and this is merely my thought and my hope jugak...

    tanya dia dulu... dan inshallah besar pahala jadi isteri solehah dan taat dan (bonus) menyelamatkan seorg lelaki dan menyebabkan di kekal sebgai umat muhammad... (berkahwin (as his sunna) dan x meliwat) and i'm a virgin.. hehe...

    ReplyDelete
  2. happened on me dan saya sedang berusaha melupakan lelaki itu sebab saya realistic, tak mahu merana kemudian hari. hana, jangan berharap pada benda yang tak pasti. sedangkan lelaki straight pada asalnya boleh berubah menjadi bisex selepas berkahwin inikan pula lelaki bisex/gay mahu menjadi straight. ia amat mustahil kecuali dia betul2 bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah. nasihat saya, lupakanlah dia walaupun pedih pada mulanya. Ini untuk masa depan hana juga. tapi, kalau ada jodoh antara kalian berdua, saya doakan anda berdua bahagia dan dia boleh berubah sepenuhnya dan hana boleh menerima dia seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam Anonymous,

      Terima kasih kerana meninggalkan komen nasihat mengikut pandangan saudara mengenai masaalah yang Hana hadapi ini, alhamdulillah...:)

      Delete
    2. ananymous 42400am,

      aku pun bisek jugak, aku xkan biarkan awek aku merana cam tuh, lagi pun klu dah kawen, klu xdapat tunai tanggungjawab sorang suami, dah tentu xdak harga diri. aku xkan biarkan perkara cam tuh berlaku.

      Delete
  3. Hana kalau awak tak dapat nafkah batin nanti jangan nak sentap yer.

    ReplyDelete
  4. Lerrr.. Aku ingat aku sorang kena masalah macam ni.. hehehe

    Hana, you are not alone.. Apa yg Hana dah cerita tuh sama.. Yang lebih BESAR lagi bila my man (or infront of him, My bestfriend has become PLHIV) and I am the first person who knows about it.

    2 years he has become my bestfriend, then dia suka untuk cerita pasal lelaki2 yang dia suka.
    Sehingga dia ajar saya macam na nak tengok orang tu gay, top or bottom.
    Saya sudah terlalu peka sehingga saya sudah tau lelaki itu gay cuma dari suara dan cara jalan!

    Hana, I've been in love with this man more than 2 years.. I suspected He was a gay at first, then he confessed to me as a bisex in the middle of our friendship. Of course I am disappointed because my expectation is real, but I dont know I do have a strength to accept. But I just accept as the way he is.. because I do love him not because of his sex orientation, but HE IS.. Sebab dia.

    Hana, izinkan untuk saya bagitau, we are special, because we can accept the truth meanwhile the others not.

    Then he ever asked me, 'why u still want to be friend with me since u know who I am?"
    I said "Friendship has no aim.. Kita nak berkawan bukan kerana ada tujuan atau apa2 kita berkawan kerana keikhlasan.."
    But I never thought the keikhlasan I gave also with love and feelings..

    Hana, nasihat saya, to be in love with this kind of guy needs a strong mentality.
    He is not perfect guy, he is not like a Prince Charm that we dreamt for..
    To be with this kind of guy, u have to LOVE MORE than him can give to you..
    Selepas itu barulah dia boleh memberi perasaan pada Hana.. At least pun, rasa sayang.

    Hana, tidak dapat dinafikan, tipulah saya jika tidak ada AIR MATA YANG MENGALIR.
    Mengalir pun air mata kerana rasa cinta dan perasaan sebagai seorang perempuan biasa.
    Hati kita kena lebih kuat dari dia.. Baru dia boleh kuat untuk kita..

    Women is a mirror of her man.. If her man are not strong, means his woman are not strong enough.

    Maaflah jika ada yang mengira saya sebagai seorang yang BODOH.
    Tetapi percayalah, ada juga perempuan seperti saya dan Hana di dunia ini.

    Satu sahaja yang saya kejar.. Jika jodoh itu milik saya dan dia, anggaplah apa yang saya lakukan ini seperti mengejar destinasi syurga saya yang seterusnya. Walau tersembunyi, walau terhijab, tetap akan ada syurga didalamnya.

    Be Strong Hana. Semoga sama2 kita kuat. Amin.

    -lavenderdisember-

    ReplyDelete
    Replies
    1. i never thought to have the same prob as u all... i just want to moved on. but i cant leave him alone.

      Delete
  5. weh kalau ko nak cinta orang boleh.. cuma sedia lerr kalu kwen nanti tido asing2 atau x kena bagi nafkah batin.. sanggup kerr? okey la kalu ko syang lelaki tuh tapi sanggup tahan ker dugaan kawen nanti.. pham2lah..
    Tgok jer prmpuan2 laen.. sbb tue lah drg xnak bcinta dgn llaki gay.. tkut x kna bgi.. hhmmmm

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST