Wednesday, 5 February 2014

DAKWA TEMUI PENAWAR HIV/AIDS - APA PANDANGAN ANDA DENGAN PENGAKUAN INI???


1) Vivian Mullan telah meninggalkan komen (copy dan paste nya) didalam entri yang bertajuk, "8 TIPS BUAT PENGEMBARA YANG POSITIF HIV MELAWAT INDIA" 


Medical scientists have discovered a new way to battle HIV/AIDS by using a man called Dr.Sakura.

MY NAME IS VIVIAN MULLAN. I SAW A COMMENT ON POSITIVE BLOGS AND I WILL LOVE TO TELL EVERY BODY HOW MY STATUS CHANGES TO NEGATIVE, AND AM NOW A LIVING WITNESS OF IT AND I THINK ITS A SHAME ON ME IF I DON'T SHARE THIS LOVELY STORY WITH OTHER PEOPLE INFECTED WITH THIS DEADLY VIRUS.

HIV HAS BEEN ONGOING IN MY FAMILY, I LOST BOTH PARENTS TO HIV. AND IT IS SO MUCH PAIN I'VE NOT BEEN ABLE TO GET OVER.

AS WE ALL KNOW MEDICALLY THERE IS NO SOLUTION TO IT, AND MEDICATION IS VERY EXPENSIVE, SO SOMEONE INTRODUCED ME TO A HERBAL PRACTITIONER IN AFRICA.

I HAD A JOB THERE TO EXECUTE SO I TOOK TIME TO CHECK OUT ON HIM. I SHOWED HIM ALL MY TESTS AND RESULTS.

I WAS ALREADY DISORGANIZED WITH HIV AND IT WAS ALREADY TAKING ITS TOWL ON ME.

I HAD SPENT THOUSANDS OF DOLLARS SO I DECIDED TO TRY HIM OUT ALTHOUGH I DID'NT BELIEVE IN IT, I WAS JUST TRYING IT OUT OF FRUSTRATION? AND AFTER 2 DAYS, HE TOLD ME TO GO FOR A NEW TEST.

AND YOU WON'T BELIEVE THAT 5 DIFFERENT DOCTORS CONFIRMED IT THAT AM NEGATIVE. IT WAS LIKE A DREAM, I NEVER BELIEVE AIDS HAS CURE. AM NOW NEGATIVE, AM A LIVING WITNESS. I DON'T KNOW HOW TO THANK THIS MAN? I JUST WANT TO HELP OTHERS IN ANY WAY I CAN.

I HAVE JOINED MANY FORUMS AND HAVE POSTED THIS TESTIMONIES AND ALOT OF PEOPLE HAS MAIL AND CALLED THIS MAN ON PHONE AND AFTER 2 DAYS THEY ALL CONFIRMED NEGATIVE.

BBC NEWS TOOK IT LIVE AND EVERY EVERYBODY SAW IT AND ITS NOW OUT IN PAPERS AND MAGAZINES THAT THERE IS A HERBAL CURE FOR HIV AND ALL WITH THE HELP OF THIS MAN, IF YOU WISH TAKE IT OR NOT. GOD KNOWS HAVE TRIED MY BEST. ABOUT 28 PEOPLE HAVE BEEN CONFIRMED NEGATIVE THROUGH THE HERBAL CURE OF DR.SAKURA.

AND THEY SEND MAILS TO THANKS ME AFTER THEY HAVE BEEN CONFIRMED NEGATIVE, THIS MAN IS REAL. DON'T MISS THIS CHANCE, HIV IS A DEADLY VIRUS, GET RID OF IT NOW.

If there is anyone who has similar problem and still looking for a way out, his email still remains THE.HIV.HERBAL.DOCTOR@LIVE.COM or email me to get more inquiry. vivianmullan0@gmail.com


VIVIAN MULAN
 






2) Manakala seorang rakan mengirim email berkongsi kisah yang berlaku di Malaysia mengenai seorang yang mendakwa telah menemui penawar HIV/AIDS. Mungkin ramai yang telah mengetahui mengenai berita ini, dan kisah ini juga ada tersiar dalam akhbar satu masa dulu. Saya juga ditanya mengenai pekara ini, seperti biasa saya tidak ambil peduli sangat (maaf pandangan peribadi - kerana saya kurang mempercayainya)



photo dari senangeja.blogspot


Harga pakej herba beliau iaitu 6 botol NDC-M (lelaki) atau NDC-F (perempuan) bersama 6 botol NDC-A. Kedua-duanya berjumlah 12 botol berharga RM540.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM580.00 (Sabah & Sarawak).


Link blog beliau (Klik Disini).






So, bagaimana dengan pandangan anda? Kan setiap penyakit tu ada ubatnya. Kalau sesiapa yang nak sembuh sangat dan berkemampuan ($$$) bolehlah hubungi Vivian atau Tuan Mohamed Tuan Bongsu, kalau anda sudah benar-benar sembuh boleh share kisah kejayaan anda dengan pembaca lain dalam blog ni nanti ya. 

Tapi kalau tanya saya tak payahlah (malas nak percaya sangat)......bimbang kalau betullah sembuh nanti tidak mustahil aktiviti lama boleh berulang kembali (tua-tua ni pun masih berisi tau heee..). 

Dan satu lagi takut jugaklah kan, apabila dah terlalu mengharap sangat nak sembuh, dan apabila dah berhabisan $$$ nanti hasilnya, habuk pun tarak heeeee.

Lebih malang bimbang sekiranya herba yang dimakan boleh memberi kesan buruk terhadap ubatan HAART yang kita telan selama ini, sehingga boleh menyebabkan kita berubah dari ubatan peringkat 1 ke peringkat ke 2 dan seterusnya ke 3. Siapa yang susah?

Tepuk dada tanya selera, nasihat saya berbincang dengan doktor masing-masing sebelum menelan sebarang ubatan herba - Naj Mi.

47 comments:

  1. Abang naj mi bagi no. Penawar hiv yg orang melayu tu..saya nak cuba makan ubat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terpulang kepada saudara, kalau saudara belum makan HAART pada abang boleh aje cuba tetapi kalau sudah makan HAART sebaiknya rujuk dengan doctor dulu, sebab bimbang herba tersebut boleh beri kesan kepada HAART yang kita makan.

      No tel boleh klik ke Link blog beliau diatas tu...:)

      Delete
  2. assalamualikum,sya nk kongsi...disetiap yang terjadi pasti ada hikmah...sya dah mengamal penawar hiv nie 3 bulan berturut2 alhamdullilah dengan izin allah 3 kali bt test hiv..semua negetiv....yang penting bagi kita yang beragama islam dekatkan diri kepada allah,banyakan bertaubat....sesunguhnya allah syg kepada kita,allah beri peringatan kpada kita, supaya kembali ke jalan allah swt....berusahalah,,,,dekatkan diri dengan masjid dan majlis-majlis ilmu insyaalah hati akan tenang dalam masa yang sma allah akan menyebuhkan diri anda dengan cepat....setiap kesakitan yang alami allah mengkafarahkan(menggugurkan) dosa kita....bagi pesakit hiv,sya ajak anda guna penawar ini bersama dengan taubat dan rendah diri kepada allah swt.....sya dapat rasa kesengsaraan menghidap penyakit ini memang amat tertekan....gunalah peluang yang allah beri dan jangan berputus asa...insyaalah allah menyembuhkan...tp ingat bila allah memberi kesembuhan janganlah mengulangi pekara2 maksiat lg dan jangan meniggalkan pekara kebaikan...peluang yang diberi allah hanya sekali gunalah sebaiknya.....dari hati yang tulus sya dan perasaan ingin membantu kawan2 yang memerlukan....hubungi tuan bongsu dia akan memberi semangat kepada anda.....tuan yang banyak memberi semangat kepada saya sewaktu saya sedang mengalami komplekasi buah pinggang dan pundi kencing yg teruk akibat serangan hiv sehinggalah sya sembuh dengan rahmat dari allah swt...terima kasih kerana sudi membaca tulisan dari hati saya...semoga bermanafaat kepada kawan semua insyaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak contact Tuan Muhammad Tuan Bongsu nie?. Boleh bantu?

      Delete
    2. Salam Anonumous 1,

      Alhamdulillah jika benar kata saudara ubatan herba dari Tuan Muhammad ini mujarab dan telah menyembuhkan saudara, alhamdulillah. Entah kenapa hati saya tidak mempercayainya langsung, saya cuba hendak percaya tapi tidak terasa nak percaya.

      Tolong doakan jika benar ianya mujarab dan boleh menyembuhkan pesakit HIV seperti saya yang telah hampir 10 tahun, DOAKAN AGAR HATI SAYA tergerak untuk mencubanya. Dalam masa yang sama saya juga berdoa jika benar ianya mujarab semoga Allah buka pintu hati saya untuk mencuba ubatan dari Tuan Muhammad ini.

      Tapi macam yang saya kata buat masa ini sukar hendak saya percayai, jika cuba bimbang boleh mempengaruhi ubatan HAART yang saya makan selama ini, jika ubatan HAART yang saya makan gagal berfungsi (berkesan) akibat pengaruh ubantan lain, yang kena tanggung adalah saya.

      Jika benar lah pengakuan saudara itu, jika benarlah mujarabnya ubatan Tuan Muhammad mudah-mudahan Allah gerakkan hati saya untuk mencubanya.



      Anonymous 2,

      Nak contact Tuan Muhammad? didalam entri diatas sudah saya letakkan link beliau (link Tuan Muhammad) saudara klik pada perkataan tersebut untuk ke blog Tuan Muhammad tu...:)

      Delete
    3. salam en najmi,saya anoymus 1...panggil saya man....ok en najmi allhamdullah ada jgk tergerak hati untuk berubat...demi zat allah. pengakuan saya memang sebenar2nya demi allah yang berkuasa saya hamba yang lemah nie hanya mampu untuk menyebarkan benda kebaikan....allhamdulilah penyakit saya mmg sdh sembuh,timbul dalam hati untuk membantu kawan2 luar sana yang sangat memerlukan...berdosa saya jika tidak membantu orang yang sangat memerlukan.....insyaallah en najmi bangun malam dan sembahyanglah solat istiqarah,tahjud,hajat dan taubat...insyaalah allah akan tunjukan jalan....sya sepanjang sakit dahulu teras utama saya qiamulai setiap malam...sehinggalah allah mengerakan hati saya untuk mencari penawar sehingga berjumpa tuan mohamad....dalam satu hadis allah berkata,allah akan turun pada langit yang paling rendah untuk memakbulkan doa2 orang yang bagun dimalam hari untuk bersujud padanya....en najmi yakin pada allah....allah tidak akan menganayai hamba2nya.....bagi pesakit hiv,kita patut bersyukur kerana allah menyedarkan kita daripada melakukan dosa padanya...ini tanda sayang allah pada kita,sepanjg kesakitan allah menggugurkan doas2 kita dan kita dapat bertaubat sepanjg hari kepada allah swt...bayangkan jika allah tidak memberi penyakit ini kita akan terus bergelomang dengan dosa dan terus menerus melupakan allah swt...dan lebih teruk tanpa kita sakit apa2 tiba2 allah mencabut nyawa kita....waktu tu banyagkanlah dosa yang banyak dan tidak sempat bertaubat....siksaan didalam kubur hingga akhirat kita akan menggung siksaan....inilah tanda allah syang kepada kita dan menyeru kita balik kepadanya ....alhamdullah selepas saya sembuh ,sekarang berasa senang hati dan tenteram dan dapat pergi ke masjid untuk menunaukan ibadah kepadanya dengan hati yg gembira setiap waktu....terima kasih allah kerana memberi peluang kepada hambamu yang hina dan lemah ini....insyalah en najmi saya akan sentisa berdoa didalam solat saya bagi menggerakan hati en najmi mencuba ubat en muhamad...tetapi ingat bukanlah ubat yg menyembuhkan tetapi rahmat dari allah swt...yang baik dari allah swt yg lemah dan silap saya minta maaf sangat2...demi allah hati saya mmg nk membantu orang yg sakit...

      Delete
    4. Salam,
      Jika kita tanya pandangan PLHIV lain terutama mereka yang senior, mereka pasti akan menyangkal penemuan ini. Pasti ada sahaja alasan yang boleh mereka beri seperti ada kesilapan pada ujian yang saudara jalankan sebelum ini. Dan macam-macam teori yang boleh mereka beri.

      Jika saya kata ianya mujarab, pasti akan ada PLHIV lain atau mereka yang pakar akan beritahu jangan percaya kerana dibimbangi jika ramai PLHIV lain yang percaya dan mengamalkan ubatan ini dan mereka tidak menerima rawatan dihospital, maka mereka akan mendapat AIDS dan nyawa mereka terancam.

      Sudah semestinya semua orang hendak sembuh, kalau boleh semua ubatan hendak dicuba mereka, saya pun tidak berkecuali. Tapi seperti mana yang saya kata saya masih takut hendak mencuba, bimbang ubatan tersebut boleh memudaratkan ubatan HAART yang saya telah makan selama ini.
      Bagi PLHIV yang belum menelan HAART, pada saya mereka boleh mencuba ubatan Tuan Muhammad ini dan tidak salah mencuba, cuma bagi mereka yang telah makan HAART ini sahaja sebaiknya elak dari mencuba ubatan lain. Itu yang selalu saya dengar lah.

      Boleh saya tanya;

      Berapa ramai PLHIV yang telah sembuh setelah mengamalkan ubatan Tuan Muhammad ini? Kenapa sangat kurang ada pengakuan diakhbar-akhbar mengenai PLHIV yang telah sembuh. Ada seorang pembaca PLHIV yang berkata, jika benar Tuan Muhammad telah temui ubat yang boleh menyembuhkan pesakit HIV maka dia pasti boleh menjadi seorang billionair. Kisah ini pastinya telah tersebar di CNN. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengesahkan penemuan ini?

      Dan ada yang kata, “sudah banyak terima pengakuan begini (berita yang mengatakan telah temui penyembuh HIV). Tiada bukti sahih dari mana-mana hospital. Kemungkinan besar undetectable VL sahaja. My new case now sudah kena storke dan sudah ada toxoplasma. She's on wheel chair now.

      Itu antara maklum balas yang saya pernah baca mengenai berita penemuan ubatan penyembuh HIV ini dulu.

      Kena ingat ujian viral load adalah untuk mengesan jumlah kuman didalam darah, seseorang yang telah mengambil ubatan HAART akan menyebabkan kuman dalam darah tidak dapat dikesan lagi. Tidak dapat dikesan bukan bermakna sudah tiada kuman dalam tubuh seseorang PLHIV itu, kuman masih ada tetapi bersembunyi ditempat2 yang tidak tercapai oleh ubatan HAART yang kita makan tu. Maknanya kuman masih tetap ada, jika uabatan HAART tak dimakan lagi makan kuman yang bersembunyi itu akan mula membiak kembali.

      Buat masa ini saya masih takut hendak mencuba apatah lagi disebabkan faktor kewangan, insyaallah saya tidak kata saya tidak teringin nak mencuba, cuma buat masa ini gerakan didalam hati saya masih belum cukup kuat, keyakinan belum ada, saya masih belum cukup berani hendak mencuba.

      Insyaallah dimasa depan hanya Allah sahaja yang tahu, ya mungkin berkat doa saudara tidak mustahil saya akan mencuba, jika benar ianya mujarab sudah pasti saya akan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.

      Kita tengok nanti macam mana. Walau bagaimana pun terima kasih kerana berkongsi kisah. Semoga saudara sentiasa sihat dan kehidupan sentiasa dirahmati Allah SWT....:)

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Saya mohon en man bg nombor ke apa utk sy hubungi dan dptkan maklumat keadaan sebelum dan selepas amil ubat herba tn mohd tu.. Adik saya dah masuk kotak ke-2, yakin pd herba tu tp doktor HKL seakan memaksa dia amik hrrt.. CD4 dia below 50..ok ke? Dia juga dlm rwatan tibi usus.. TQ

      Delete
    7. Didalam entri diatas ada link blog beliau (en Man) harap saudara klik kat situ dan bertanya kepada dia. Kalau ikut pandangan saya sebaiknya adik saudara hentikan pengambilan ubatan tersebut dan mukan rawatan HAART. Dengar lah nasihat doktor ya...:)

      Delete
  3. walaikumusalam,,,,insyallah en najmi mudah-mudahan allah memberi petunjuk kepada en najmi dan rakan2 yang lain....saya akan sentisa berdoa untuk kebaikan semua....lakukanlah solat istiqarah sesungguhnya allah akan tunjuk jalan yg paling terbaik,...yakin pada allah, allah xkan menganaiyai hambanya melaikan hambanya yg menzalimi diri sendiri......ingatlah allah maha berkusa sesungguhnya penyakit datang dari allah dan pergi sesuat penyakit daripada allah jgk....allah boleh menggugurkan sesuatu penyakit dengan sekelip mata dengan kemahuaanya....insyaallah en najmi banyakan beribadah kepada allah mudah-mudahan allah menggerak hati dan melimpahkan rahmat kepada en najmi.....satu lagi ustaz saya selalu berpesan banyakan amal jariah....sesungguhnya allah akan memurahkan rezeki...cabang rezeki yang diberi allah bukan setakat harta benda tetapi pelbagai antanya iman menjadi kuat,gugur dosa,gugur sesuatu penyakit,keluarga bahgia,hati tenang,dan bermacam2 lagi.....insyalah.....mudah-mudahan allah melimpahkan rahmatnya pada kita dengan mencurah-curah amin

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM..BANG NAJMI sy ad gejala hiv sprti kesemutan,lesu,mulut rasa asam dan mual adakah sy mngkin +ve hiv..sy sngat tkut mnghadapi smua ini..mngkin ni smua balasan ALLAH SWT kpd sy krn telah melakukan dosa. Bang Najmi apakah klau buat test hiv dn kputusan'y positive apakah sy trus di bagi ubat anti virus sprti Ubat HAART...tlg balas bang Najmi,sy sngat2 mnta tlong ngan bang najmi krn sy sdah b'rumah tngga dn m'pnyai sorang ank,sy sngat syng ngan mreka,sy bnar2 mnyesali prbuatan sy..dan sy insaf bang najmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syarifuddin Marzuki,

      Bila kita ada melakukan aktiviti berisiko dan mengalami simptom2 HIV maka kita kena buat ujian HIV. Simptom2 HIV yang selalu dimaklumkan seperti dalam blog ini, tidak semestinya dah kena HIV, maybe simptom2 tu sebab penyakit lain. TIADA cara lain bagi mengesan HIV melainkan dengan menjalani ujian darah.

      Sekiranya saudara didapati positif HIV, ujian darah bagi mendapatkan bacaan CD4 akan dibuat, jika kiraan CD4 saudara lebih 300, saudara belum dikehendaki makan ubat lagi, tetapi kalau CD4 saudara sekitar 200 atau bawah 200 baru lah doktor akan beri ubat utk dimakan setiap hari sepanjang hayat selagi penawar HIV tidak dijumpai lagi.

      Sekarang ni pesakit HIV yang mempunyai kiraan CD4 300 pun dktor dah suruh start makan ubatan.

      So abg nasihat kan saudara buat lah ujian HIV, jangan takut, fikir benda yang baik2 aje, jika positif saudara boleh dapatkan rawatan segera, tapi kalau negatif alhamdulillah, saudara tak perlu rasa bimbang lagi...:)

      Delete
  5. Tpi bang sy kena simptom ni 1hari slepas sy buat aktiviti b'resiko,skrg sudah 1bln simpton ni msih ad pd sy..apakah sy +ve hiv..dn Brapa biaya buat ujian hiv kat klinik swasta? Bang apakah hiv bleh merebak mlalui air liur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarifuddin,

      HIV ada dalam air liur tapi kalau nak merebak melalui air liur memerlukan 2 baldi air liur baru boleh merebak. Biasanya simptom HIV hanya akan muncul selepas beberapa hari selepas aktiviti berisiko, biasanya selepas 2 minggu lebih, simptom tak keluar secepat sehari selepas aktiviti berisiko dilakukan.

      Macam abg kata kita tak boleh agak2, jika rasa diri dah dijangkiti kita kena buat ujian HIV, abg tak boleh nak kata sama ada saudara telah atau tidak dijangkiti HIV. Pergi lah buat ujian.

      Kalau buat rawatan HIV di Hospital Kerajaan kosnya FREE, segala ujian darah, ubatan dan sebagainya adalah percuma, Tetapi kalau kat hospital swasta kos mahal.

      Bayangkan kalau ujian darah CD4 kos dikenakan di hospital swasta ialah RM180 manakala ujian untuk Virol Load RM330, itu belum lagi ujian lain seperti ujian buah pinggang dan lain2. Ubatan pula kos bagi seorang pesakit HIV sekitar RM500 sebulan, ada yang lebih tinggi bergantung pada jenis ubatan yang diberi, semua ini FREE di hospital kerajaan.

      Wallahuallam.

      Delete
  6. Apa warga asing mcm sy ni free ka jg bang najmi kat hospital..tlg sy bang soal'y kputihan di lidah sy ni makin b'tmbah..dn kesemutan di tmbah lg sluruh bdan sy sprti d cucuk sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarifuddin,

      Setahu abang kos percuma hanya pada rakyaat Malaysia sahaja, warga asing perlu bayar, tapi abang tak pasti berapa kos yang kena bayar. Nasihat abang pergi lah buat ujian darah dulu dimana-mana hospital kerajaan, pergi ke klinik luar hospital kerajaan untuk buat ujian HIV, bayaran bagi warga asing pun tak semahal seperti yang dikenakan oleh hospital swasta. Dapatkan keputusan dulu, baru fikir pekara yang lain.

      KAlau nak buat ujian HIV diklinik swasta mungkin sama sama seperti rakyaat Msia sekitar RM35-50.


      Delete
    2. Kalau di lokasi Kuala Lumpur, kita ada chcc PT Foundations. Pembayaran rm40 sebagai derma kepada PT Foundation untuk HIV screening..

      7 Jalan Ipoh Kecil, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
      03-4044 4611

      Delete
  7. Mmm...kalau baru buat dalam sehari dua rasanya tak ada lah dijangkiti, tapi biasanya kalau timbul2 keputihan dimulut macam biasa jangkitan candidiasis pada pesakit AIDS. Tu mungkin juga berkaitan dengan masalah dengan kebersihan diri kot. Apa2 pun cuba try buat health screening dulu, biasa kalau private (swasta) nak buat FULL BLOOD CHECKUP sekitar bawah RM180 kot rasanya. Buat aje, lagi pun tu kan untuk kebaikan diri sndiri jugak, lebih2 sudah ada family.

    HIV ni tidak merebak pun melalui air liur melainkan ada darah tercmar dalam air liur tu dan berkissing dengan orang tu.hehehe. Kencing/najis/titisan air mata pesakit HIV pun tak berjangkit.

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM..Trma ksh smua..atas nasihat kpd sy,muda2han smua sihat slalu dan d beri umur yg pnjang kpd ALLAH SWT.btul ka pnawar hiv telah d temui? ada ka pnawar btul2 mujarab kpd pnyakit hiv..dn boleh ka kita buat ujian hiv sndiri d rumah dn adakah d jual d farmasi..tlg blas

    ReplyDelete
  9. ASSALAMUALAIKUM..Trma ksh smua..atas nasihat kpd sy,muda2han smua sihat slalu dan d beri umur yg pnjang kpd ALLAH SWT.btul ka pnawar hiv telah d temui? ada ka pnawar btul2 mujarab kpd pnyakit hiv..dn boleh ka kita buat ujian hiv sndiri d rumah dn adakah d jual d farmasi..tlg blas

    ReplyDelete
  10. Syarifuddin,

    Klik pada photo "EZ TRUST HIV KIT" sebelah kanan atas blog ini untuk maklumat mengenai ujian HIV dirumah, setahu abang HIV KIT tersebut hanya boleh di beli melalui post, kalau ada yang dijual difarmasi pun sekitar Penang dan KL sahaja mungkin ada beberapa tempat sahaja, tapi saya tidak tahu di mana alamatnya.

    Penawar HIV belum ditemui, kalau benar ianya telah ditemui sudah pasti telah dihebahkan melalui media surat khabar, dan pasti satu dunia telah tahu. Tiada pengesahan mengenai penawar itu. Mengenai penawar didalam entri diatas...WALLAHUALLAM...saya tidak pasti, tidak ada hebahan malah Kementerian Kesiahan juga tidak mengesahkan mengenai pekara tersebut.

    ReplyDelete
  11. Bang..adakah klau +ve hiv kena bulan jumpa doktor untuk pemeriksaan?

    ReplyDelete
  12. Ya, kena jumpa doktor buat rawatan, tetapi dalam kes Syariffuddin sebagai warga negara asing mungkin kena bayar kos rawtan dihospital kerajaan, itu Syariffudin kena tanya pada pihak hospital berapa kena bayar. Insyaallah seorang kawan abg yang bekerja di hospital cuba dapat kan maklumat mengenai kos bagi warga asing, jika dia share insyaallah abg akan beritahu.

    Syarifudin kena buat ujian HIV dulu, kalau positif baru rujuk pada pihak hospital boleh tanya pandangan mereka, kos biayaan dan sebagainya

    ReplyDelete
  13. nk tanya.saya baru-baru ni kene mcm fungal infections kat kulit. mcm ring worm tu. setakat ni xde lagilah simptom lain. xtaulah esok lusa. adakah sy kna hiv?sy x cek lagi. risau nk cek sbb nanti susah nak terima hakikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ada buat aktiviti bERISIKO? seks bebas tanpa kondom? Kalau ada saudara kena buat ujian HIV bagi memastikan status diri, hanya dg ujian darah sahaja dapat menentukan sama ada saudara ada HIV atau tak..Fungal infection mungkin juga sebab masaalah lain...:)

      Delete
  14. Salam,

    Untuk En Man, atau anonymous 1, adik sy baru 2 bulan bermula sebelum Ramadhan lg kuar masuk wad krn tibi usus, krn hiv postif dgn cd4 bwh 50. Dia menolak hrrt krn yakin dgn herba tn mohd yg dh dimakan masuk kotak ke-2. Ada berhenti semasa dlm wad akibat muntah dan cirit birit. Betulkah tindakan adik sy itu? Dia yakin dgn herba ini walau doktor yg merawat di HKL seakan memaksa mengambil hrrt dgn mengatakan kuman amat progresif. Hrrt akan mengakibatkan kita Muslim terpaksa meninggalkan puasa dan diambil seumur hidup. Mohon bantu bg sokongan, semangat dan bantuan emosi kpd adik saya ini. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mungkin En Man atau Anonymous diatas tak membaca ruang komen ini; PANDANGAN SAYA...Jika seseorang tu masih belum memulakan HAART boleh sahaja cuba apa jua herba, pil atau makanan sampingan lain dan tak salah mencuba ubatan alternetif seperti diatas. TETAPI sekiranya sudah mula makan HAART maka sebaiknya jangan makan ubatan tradisional tanpa kebenaran doktor sebab ubatan tardisional boleh memberi kesan tak baik kepada ubatan HAART.

      Adik saudara mempunya CD4 sangat rendah nasihata saya mulakan lah rawatan HAART, usah fikir ubatan lain yang tidak tentu kemujarabannya itu. Pada saya tindakan adik saudara itu salah, dia sepatutnya mendengar nasihat doktor dan perlu segera menelan HAART.

      Ubatan HAART ada ada yang perlu dimakan 2 kali sehari (12 jam sehari) - tak boleh puasa lah, dan ada yang makan sekali sehari (24 jam sekali). Pengalaman saya dulu selama 2 tahun saya tak dapat puasa sebab HAART yang saya makan 12 jam sekali, tetapi lepas itu sehingga hari ini saya makan ubatan 24 jam sekali, maka saya boleh puasa.. Boleh berbincang dengan doktor mengenai ubatan tersebut, sebaiknya dengarlah nasihat doktor. Saya dulu sebab takut nak makan ubatan HAART saya langsung tak pergi jumpa doktor sehinggalah saya jatuh sakit teruk dan terlantar dihospital ketika itu CD4 saya hanya 12.

      Ada juga PLHIV yang lewat menerima rawatan HAART, gagal bertahan...

      Saudara boleh hubungi saya NAJMI di fb saya, atau boleh hubungi saudara Luka Rafieqa difb beliau untuk mendapat sokongan.....

      Delete
  15. Salam, sy pernah cuba ubat Tn Mohd. Mungkin bukan rezeki saya, kesihatan sy makin menurun. Sy mmg belum start ubat hospital. Tp sy makan supplement lain utk maintain. Mungkin org lain yg dah cuba & berjaya, itu rezeki dia.
    TT_83

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT_83

      Semoga saudara sentiasa sihat selalu...Amin3

      Delete
  16. ajal dan maut sememangnya di tanngan tuhan...tidak perlu kita takut memikirkan bila kita akan mati tetapi cara kita mati itu adalah pilihan kita sendiri..saya setuju dengan saudara najmi..tidak perlu kita taksub dengan ubat yang belum pasti kemujarabannya lagi..sekiranya betul hiv itu ada penawarnya berdoalah dengan ikhlas agar Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.sama sama kita berdoa agar kita semua sentiasa berada dalam keberkatanya amin..saya disahan hiv positif kiv positif kira2 bulan Mac 2014...waktu tu cd4 saya 41 je...cara saya disahkan hiv positif sangat menyedihkan.tidak perlulah kita menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semoga kehidupan saudara terus diberkati ALLAH SWT diberi kekuatan serta kesihatan yang baik...dipanjangkan umur dan ceria sentiasa. Amin3

      Delete
  17. Salam abg najmi..sy kdg2 byk mmbaca dan selalu trbaca link blog abg ni.sy disahkn positif 2mggu lbh lps setelah buat check sbb kurg sihat brsama simptom2.dan result cd4 sudah diketahui..rawatan mgkin akn dimulakan nnt sbb mgu dpn ada appoinment lg dgn doktor.selama tempoh 2mggu ni sy amalkn madu tualang.habbatussauda.dan tunjuk langit.slps memulakan rawatan haart,biasanya doktor bg ke ambil herba2 ni lg..abg najmi,nnt sy akn cuba email ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Abg dah dapat email saudara, dan abg pun dah jadikan kisah saudara dalam blog abg, harap saudara tak kisah tentang itu..klik di entri ini

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2014/12/sazali-saya-terdiam-ketika-doktor.html

      Delete
  18. yeaa.. sape boleh share ngan saye simptom2x awal hiv?? ruam kat badan pon kire simptom ke?? bang najmi.. nak tnye ni... abng dsahkan postif hiv pada thun 2005... bertahan smpi skrang dsbbkan ubat haart tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdoa kepada Allah, semuanya kerana Allah

      Delete
  19. Salam abang Najmi saya ade terbaca di google news tentang Dr dari india bernama Dhaniram Baruah yg mendakwa telah jumpa penawar aids dan 86 pesakitnya telah sembuh...
    http://indianexpress.com/article/india/india-others/assam-doctor-claims-cure-for-hivaids-says-he-cured-86-persons/

    ReplyDelete
  20. Salam abang Najmi saya ade terbaca di google news tentang Dr dari india bernama Dhaniram Baruah yg mendakwa telah jumpa penawar aids dan 86 pesakitnya telah sembuh...
    http://indianexpress.com/article/india/india-others/assam-doctor-claims-cure-for-hivaids-says-he-cured-86-persons/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke...Banyak sangat berita2 macam ni keluar, tapi tak da satu pun yang benar2 diperkatakan orang..tak pa insyaallah abg skodeng laman tu nanti...:)

      Delete
  21. In sya Allah bang.. Abang jgn putus asa ikhtiar dan berdoa bang... Saya doakan abang sihat selalu dan semoga abang akan sembuh sepenuhnya...

    ReplyDelete
  22. http://youtu.be/Gk3hJpGnZVQ

    Abang tgk link youtube tu bang.. Saya bagi je manatau abang belom tgk..rawatan kanser dan hiv menggunakan kaedah elektrifikasi darah Dr BOB BECK & DR LYMAN KALI. Dikatakan ramai pesakit aids yang sembuh sepenuhnya...
    Wallahualam...
    Jgn putus asa ikhtiar bang :)

    ReplyDelete
  23. Hello Saya Edwards Simone dengan nama, saya memberi kesaksian mengenai Dr Ben Herbalist besar, dia mempunyai penawar untuk segala macam penyakit, dia sembuh penyakit HIV saya, walaupun saya telah melalui laman web yang berbeza yang saya lihat testimoni yang berbeza tentang herba yang berbeza, saya seperti: "Ramai orang mempunyai penawar HIV mengapa orang masih mengalami ia" saya walaupun ia, kemudian saya hubungi Dr. Ben melalui e-mel, saya tidak percaya kepadanya yang banyak, saya hanya mahu memberinya mencuba, beliau menjawab mel saya dan Diperlukan beberapa Maklumat mengenai saya, maka saya mengirimkan semuanya kepada Yehu, beliau bersedia CURE dan dihantar kepada saya melalui perkhidmatan kurier UPS, mereka memberitahu saya bahawa ia akan mengambil masa 3-4 hari sebelum saya akan mendapat petak itu, 3 hari kemudian saya menerima pakej dan saya mula mengambil ubat yang ditetapkan oleh beliau, selepas 7 hari mengambil ubat yang saya pergi untuk pemeriksaan, saya telah diuji HIV NEGATIF ​​... saya akan Bantu sesiapa yang menghubunginya untuk HELP, JIKA ANDA sERIUS ANDA AKAN sembuh !!! hubungi beliau melalui: drbenharbalhome@gmail.com atau whatsapp 2348144631509. Anda juga boleh menghubungi saya di email: edwardssimone1995@gmail.com

    ReplyDelete
  24. boleh tak saya berhubung dgn man. yang mengatakan telah sembuh setelah mengambil ubat tuan mohd? saya betul2 ingin bertanya sendiri dengannya. harap man dapat baca mesej ini. huhu.. boleh email saya di hans2020@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hans, tuan man ni ada kendali blog sendiri cuba google jika tak silap abg kat blog dia ada email dia, hans boleh hubungi ia terus

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST