Monday, 10 February 2014

CITRA - MASIH PERAWAN WALAUPUN BERNIKAH SEJAK 2003

Lelaki homosekual sukar bendung kemahuan, keinginan kepada kaum sejenis



KUALA LUMPUR : Walaupun perceraian amat dibenci dalam Islam ia dianggap pintu kecemasan atau alternatif terbaik bagi pasangan suami isteri yang hidup dalam rumah tangga pincang berikutan si suami hanya bernafsu kepada kaum sejenis atau homosekual.


Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Hussain Habil berkata, homosekual adalah kaitan dengan gangguan psikologi sekual dan boleh dirawat tetapi kebiasaannya mengambil masa untuk merawat dan membolehkan lelaki terbabit hidup seperti lelaki normal.

"Berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan masalah homosekual ini, hanya sedikit yang berjaya dirawat manakala ramai tidak berjaya terutama mereka yang sudah diperingkat serius.

"Homosekual bermakna sudah ada pasangan dan agak sukar mengatasi masaalah itu kerana keinginan seks terlalu menjurus kepada pasangan lelaki atau kaum sejenisnya dan langsung tidak berselera terhadap isteri.

"Akhirnya, mereka terpaksa berbincang untuk mencari jalan penyelesaian, antaranya berpisah sementara untuk tempoh tertentu bagi membolehkan pasangan pulih dan jika gagal, akan bercerai manakala sebahagian lagi memilih untuk terus bercerai secara baik," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini, Sabtu lalu, mengenai seorang ahli perniagaan wanita berusia 35 tahun yang mendakwa masih perawan walaupun bernikah sejak 2003 kerana suaminya hanya bernafsu dengan kaum sejenis.

Wanita dikenali sebagai Citra (klik disini) itu mengakui kini lega selepas menderita batin dan emosi dan memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai dipejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Citra mendakwa, tembelang suaminya pecah selepas dia memasang alat perakam didalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dairi serta pendedahan rakan lelaki terbabit mengenai perlakuan songsang suaminya.

Dr Hussain berkata, pada peringkat awal, pakar psikiatri dan kaunseling akan membantu suami homoseksual dengan memberi kaunseling tetapi ada yang gagal selepas menjalani rawatan menyebabkan pasangan itu terpaksa bercerai kerana sudah tidak sehaluan.

"Gangguan homosekual kebiasaanya mengambil masa untuk dirawat dan ada kes rawatan diberi tidak mampu mengatasi masalah itu.

"Kalau tidak boleh dirawat, kena ambil langkah "pintu kecemasan" iaitu bercerai. Walaupun bercerai amat dibenci dalam Islam, tetapi ia terpaksa diambil untuk mengelakkan pelbagai masaalah lain terutama tekanan emosi serta derita batin terhadap pasangan wanita kerana pasangannya (suami) tiada keinginan terhadap diri wanita terbabit," katanya.


Sumber Harian Metro
Tarikh artikel ini disiarkan "tidak pasti"



Saya share artikel ini sekadar renungan dan atas beberapa sebab. Pertamanya saya sedih apabila menerima kisah seorang rakan GAY (mungkin tegar) yang baru berkahwin tetapi akhirnya terpaksa bercerai. 

Dan dalam masa sama saya masih menerima keluahan wanita yang masih terus cuba menawan hati rakan lelaki sendiri (kerana telah jatuh cinta) walaupun mereka tahu yang rakan lelaki mereka itu seorang GAY. KISAH MARIAH (klik disini) dan KISAH HANA (klik disini)

Jika yang dicintai itu seorang GAY yang ada memperlihatkan kesungguhan mahu berubah alhamdulillah tetapi adalah malang apabila mereka terus menagih cinta dari GAY yang tidak nampak ada kesungguhan mahu berubah atau dalam erti kata lain yang masih tidak bersedia untuk berkahwin.

Saya juga ada beberapa rakan GAY yang telah berkahwin tetapi alhamdulillah nampak kehidupan mereka bahagia seperti RYAN (klik disini)
 
Jadi nasihat saya kepada GAY diluar sana yang mahu bernikah renung-renunglah dulu nasihat saudara MFZ (klik disini) ini - NajMi




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST