Wednesday, 19 February 2014

CARA SELAMAT SUAMI HIV+ MELAKUKAN SEKS DENGAN ISTERI


S : Doktor, saya ingin tahu apakah cara yang paling selamat bagi seorang yang positif HIV melakukan hubungan kelamin dengan isterinya. Saya ada terbaca yang menggunakan kondom boleh mengurangkan risiko jangkitan tetapi adakah ini bermakna virus tersebut masih boleh menjangkiti pasangan kelamin orang yang positif HIV?

J :
Jika seseorang lelaki itu mendapati dia positif HIV, maka menjadi tanggung jawab dia untuk memberitahu dan melindungi pasangannya daripada turut dijangkiti HIV. Aktiviti seksual yang berisiko tinggi dijangkiti kuman virus HIV ialah seksual faraj dan seksual anal tanpa menggunakan kondom. Manakala seks oral dianggap berisiko pertengahan.
 

Jika seseorang lelaki itu menghidap HIV, air maninya mengandungi banyak kuman virus HIV dan jika air mani itu dilepaskan ke dalam faraj ketika mengadakan hubungan kelamin, maka mudah untuk kuman virus itu memasuki kulit yang mengalami keradangan atau melecet. Hal ini kerana geselan alat kelamin lelaki dan faraj boleh mengakibatkan keradangan dan melecet. 

Dengan menggunakan kondom, air mani dapat dielak daripada memasuki faraj dan pada masa yang sama, mukosa faraj tidak dibasahi air mani. Jika kebetulan kondom terlucut dan air mani memasuki faraj, maka isteri perlu mencuci anggota kelaminnya dengan air dan sabun. Akan tetapi tidak perlu mengocak air ke dalam faraj kerana hal ini boleh mengakibatkan air mani itu masuk lebih dalam atau mengakibatkan keradangan bahagian dalam faraj. 

Sekiranya khuatir terdedah kepada jangkitan HIV, pengambilan ubat pencegahan yang sesuai (ubat untuk pesakit HIV) dalam tempoh sebulan boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun mustahak untuk mendapat bimbingan yang tepat daripada doktor yang bertauliah.

Sumber Disini


4 comments:

  1. Naj Mi,

    Boleh ke pasangan yang salah seorangnya (atau kedua2nya) PLHIV boleh mendapatkan zuriat (yang tiada HIV)? Any possibility? Kalau tak boleh bermaksud mereka tak boleh mendapatkan anak sendiri la yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu saya boleh mendapatkan baby tanpa HIV, TETAPI perlu mendapat nasihat pemantauan dari pakar (doktor). Bermakna pasangan perlu dapatkan nasihat dan kaunseling serta diajar bagaimana cara boleh mengelakkan baby dari dijangkiti HIV seperti pengambilan ubata2an tertentu.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Thanks Najmi for the clarification.

      Banyaknya tertinggal entri2 Najmi. Rindu rasanya nak membaca penulisan Najmi apatah lagi borak2.. Keep on posting, nanti ada kesempatan HB balas dendam, sekarang nih busy sangat.

      Jaga diri ya!

      Delete
    3. HubbyBee

      Alhamdulillah, tak mengapa baca lah bila ada masa. Kerja baik2 dalam masa jaga kesihatan tu ya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST