Monday, 24 February 2014

ASLAN - KENAPA SAYA HARUS ADA PERASAAN KEPADA LELAKI?

ASLAN meluahkan rasa hatinya didalam ruang komen entri DISINI

photo hiasan

Kepada Abang Naj Mi,

Saya sedih, gelisah dan keliru. Saya masih dalam proses mengenali diri sendiri saya, bagaimana saya ingin berubah? Itu matlamat saya, semakin hari saya takut. Saya kalau boleh tak nak menjadi diri saya seperti hari ini.

Saya cuba untuk berubah, saya tahu ianya akan berjaya, walaupun ianya takkan membuahkan hasil, saya tetap cuba untuk memperbaiki diri untuk selama-lamanya. Meningkatkan amalan dan ibadat saya cuba. Setiap hari melakukan dosa, saya manusia tak lari dari kesilapan dengan menulis dan luahkan kepada Naj Mi sudah cukup untuk memberi semangat untuk saya, dapat mengurangkan tahap kekeliruan yang saya hadapi ketika ini.

Tiada siapa yang tahu hanya Tuhan dan orang-orang yang terlibat disini sahaja yang tahu. Saya letih, saya ingin menjadi insan biasa. Saya sudah tidak mampu untuk memikirkan. Bukan kerja saya untuk memikirkan hal ini tetapi kenapa saya masih memikirkannya? Adakah saya sengaja untuk memikirkan kekeliruan ini. Saya berharap Tuhan buang saja "nafsu" yang satu ini dalam hati saya.

Andaikan saya suka kepada perempuan, jadi kenapa saya harus ada perasaan kepada lelaki? Adakah saya seorang yang tamak Naj Mi? Sekiranya begitu, bagaimana cara untuk mengatasi hal ini? Kenapa tidak dibuangkan sahaja perasaan ini, Naj Mi.

Saya suka membaca blog Naj Mi dan seringkali Naj Mi menggunakan perkataan "switch off" dan cakap "memang senang" biasa disebut. tapi bagaimana? Saya ini manusia ataupun suis lampu, Naj Mi? untuk dibuka dan ditutup? dimanakah suisnya saya sangat begitu ingin tahu?

Saya tidak hipokrit NajMi, saya tidak suka begitu, itu diri saya. Melatih diri untuk menyukai perempuan sahaja saya boleh terima dan itulah yang saya cuba lakukan hari demi hari sehingga ke hari ini. Dan saya harap anda tahu yang ianya tidak semudah seperti yang disangkakan dan tidak juga sesukar seperti apa yang "tegar" rasakan. Saya percaya itu.

Apa yang saya dapat memahami diri saya sehingga hari ini ialah saya tak "dominant" tapi saya juga lemah dengan godaan insan yang bernama lelaki sebagai tempat memuaskan nafsu saya, bagaimana? apakah saya ini Naj Mi?

Saya suka dan sayang pada perempuan. Nafsu? mungkin kurang kerana perempuan bagi saya bukan sekadar tempat untuk saya memuaskan nafsu, dengan menggunakan mereka sebagai alat permainan. Dan saya percaya saya boleh mencintai perempuan dan bercinta tetapi tidak untuk lelaki, ini kerana saya pasti saya akan diselubungi kesedihan yang melampau setiap kali melihatnya.

Setakat ini saya tidak ada perhubungan dengan sesiapa pun hanya diri sendiri kerana saya takut. Saya ingin belajar untuk mengenali diri terlebih dahulu sebelum ke tahap yang selanjutnya. Tapi untuk minat dan suka pada seseorang, saya tidak boleh lari daripadanya. Saya bagaimana? Apakah saya ini Naj Mi?

Saya ada bertanya pada NajMi sebelum ni dan mungkin NajMi sudah melupakanya.

daripada pembaca setia: 
ASLAN



Salam Aslan,

Pada pandangan abang naluri ini tidak dapat kita hapuskan, sekali ada maknanya kita akan tanggung selama-lamanya. Tetapi naluri ini boleh kita kawal, biasa yang kita dengar boleh kawal melalui iman dan takwa. Naluri ini merupakan dugaan Allah kepada kita, sama seperti dugaan Allah kepada semua manusia yang lain cuma dugaan antara kita semua adalah berbeza diantara satu sama lain.

Abang sebenarnya tidak pandai nak beri nasihat yang baik, cuma abang mampu beri pandangan mengikut apa yang abang fikirkan dikepala ni sahaja.

Switch Off - naluri bunyi macam senang tapi abang faham ianya sukar dilakukan terutama kepada mereka yang tidak serius nak berubah, switch off nafsu kepada kaum sejenis mungkin mudah bagi lelaki yang bersifat biseksual tapi sedikit susah buat gay tegar. Tetapi semuanya bergantung juga kepada kekuatan niat kita nak berubah. Switchnya ada didalam (kesungguhan) diri kita.

Abang percaya jika kita kuat nak berubah, dan apabila kita kembali memperkukuhkan amal ibadat kita kepada Allah, buat yang disuruh dan tinggalkan segala laranganNya maka isyaallah kita boleh mengawal diri dari tidak terjebak dalam aktiviti sejenis ini, sekurang-kurangnya kita berjaya mengawal diri dan sentiasa berasa tenang walaupun naluri itu masih ada dalam diri kita.

Janganlah kita kata nak berubah dan tidak mahu melakukan aktiviti seks sejenis lagi tetapi dalam masa yang sama setiap hari, setiap kali kita buka "laptop" kita pasti buka laman web gay, setiap hari kita menonton gay porn, malah dalam handphone kita pun berlambak-lambak gay movie dan photo lucah.

Jika benar kita hendak berubah mengawal diri, segala yang berkaitan dengan kegiatan songsang perlu kita hindari, malah jika ada rakan baik yang aktif melakukan aktiviti songsang dan sekiranya mereka boleh mempengaruhi kita maka rakan ini juga perlu kita jauhi, tidak kira rakan di alam nyata atau didalam alam maya.

Dalam keadaan kita seperti ini sepatutnya kita kena selalu berperasangka baik kepada Allah, selagi kita berperasangka buruk atas segala dugaan yang Allah berikan kepada kita, selagi kita bertanya, kenapa aku dijadikan macam ni kenapa dia tak jadi macam aku, kenapa dia kaya kenapa aku miskin, kenapa dia sihat dan kenapa aku sakit, kenapa dia normal kenapa aku gay, kenapa dia perempuan kenapa aku lelaki, kenapa dia hensem kenapa aku buruk, kenapa dia tinggi kenapa aku ketot, kenapa, kenapa, kenapa....maka kehidupan kita tidak akan tenteram dan tenang, kita akan rasa sedih, gelisah, keliru dan sebagainya. 

Teringat ayat Allah untuk kita,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216. 

Maksud disini boleh jadi Aslan benci dengan naluri suka kepada lelaki dalam diri Aslan hari ini tapi hakikatnya naluri itulah yang boleh menyelamatkan Aslan dan bakal membawa Aslan masuk ke syurga nanti, tapi Aslan perlu bijak menangani naluri itu dengan baik. Boleh jadi sekiranya Aslan seorang normal mungkin kerana Aslan normal maka kerana normal itulah yang akan mempermudahkan Aslan masuk ke neraka suatu hari kelak. Kerana Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Kita sebagai makluk Allah tidak boleh nak dapatkan semuanya yang baik aje buat diri kita, tidak mustahil walaupun sekiranya Aslan seorang yang normal tapi masih ada rasa tidak puas hati dengan apa yang Allah berikan kepada Aslan. Mungkin Aslan tidak puas hati jika berkahwin tapi tak diberi anak, mungkin Aslan tidak puas hati walaupun seorang yang normal tapi berwajah hodoh, miskin, cacat, berpenyakit dan sebagainya.

Manusia tidak semuanya perfect. Sebenarnya Aslan perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sihat, cuma dilahirkan dengan naluri songsang sahaja, ada ramai insan lain diluar sana yang mendapat dugaan yang lebih teruk dari Aslan. Ramai yang songsang tapi ada HIV (masih gagal mengawal diri dan masih tidak mengambil iktibar apabila sudah dijangkiti HIV), ada yang dilahirkan cacat, dan ramai yang diduga dengan berbagai masaalah penyakit kronik.

Cuba Aslan bayangkan pada hari ini Aslan seorang normal tapi diduga dengan kecacatan sejak lahir atau lumpuh sebab kemalangan dan tak mampu berkahwin, mana yang lebih baik? Punya naluri songsang atau cacat atau lumpuh.

Apa yang abang nak kata disini ialah kita kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita, kita kena berfikiran positif dan pasti ada sebab kenapa Allah jadikan kita bernaluri songsang. Bersyukurlah sebelum Allah menduga kita dengan dugaan yang lebih teruk lagi.

"Tidak Aku jadikan sesuatu itu sia-sia" (Ali 'Imran; Ayat 191)

Maknanya naluri songsang itu antara (sesuatu) yang Allah jadikan pasti ada sebabnya, dan pasti bukan sia-sia, malah cacing kecil yang hidup dalam tanah dan kuman yang halus itu juga Allah jadikan ada sebabnya, sebagai manusia kita kenalah fikirkan, samalah sebabnya apabila kita dilahirkan bernaluri songsang. Apabila kita berfikiran positif dan bersangka baik kepada Allah pasti kita boleh mendapat jawabannya. 

"Allah tidak membebani (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya .... (Al-Baqarah 286) 

Bermakna Aslan juga mampu menangani masaalah yang Aslan hadapi ini. Cara menanganinya terpulang kepada cara kesungguhan diri masing-masing. Abang tidak mampu nak ajar satu persatu, cara menanganinya, juga bukan semudah seperti menyuruh menelan panadol kerana demam, telan dan insyaallah sembuh. Yang mampu abang kata tangani dengan iman dan takwa. Mungkin cara abang berbeza dengan cara orang lain, ianya juga bergantung mengikut corak kehidupan dipersekitaran kita yang berbeza diantara satu sama lain.

Aslan juga kata boleh bercinta dan menyayangi perempuan, maka itu petanda baik dan jika Aslan berusaha lebih kearah itu disamping terus berdoa kepadaNya, bersangka baik kepadaNya dan berfikir positif, pasti Aslan mampu menyayangi perempuan selama-lamanya - NajMi


2 comments:

  1. Tidak semudah Abg katakan. Saya sendiri melaluinya. Saya sudah berkahwin untuk tgalnya. Syarikat kuat dalam agama sehingga semua org pgil Ustaz. Bukan senag merentasnya. Susun jadual ibadat. Byak fikir kerja agama. Sbnarnya yg rosak Adalah fikir kita. Jadi kawal fikir. Jadikan fikir iman....

    ReplyDelete
  2. assalammualikum, memang bukan mudah untuk melalui hari2 yang mendatang sebagai lelaki yang suka sejenis, semakin aku berdoa, semakin hebat dugaan yang maha ESA. aku mula menyedari perasaan ini semenjak di bangku sekolah lagi hingga ke menerah gading, tapi alhamduliah aku tak pernah memalukan perbuatan terkutuk itu, bercinta pun tak pernah dalam hidupku. tapi dugaan ku semakin hebat selepas memasuki alam pekerjaan. aku tinggal jauh dari keluarga kerana kerja, dan aku tinggal dengan kawan sejabatan dengan ku, segalanya bermula apabila seorang lelaki handsome, baik, good looking, tinggal bersama kami, dan kongsi bilik dengan ku, bilik tu kecil saja, jadi kami kongsi katil yang sama, dia tidur hanya guna boxer, tidur disebelah ku, dia baik, dia ada gf. tapi dugaan semakin hebat ku rasa, aku mula tertarik melihat bodynya, cukup2 membuat ku gila... hanya tuhan saja tahu perasaan ku... kalau boleh aku ingin peluk dia setiap malam.. tapi aku sedar dan akur dengan perintah dan larangan agama, dan aku tak pernah sentuh dia kecuali hanya berjabat tangan saja. aku cukup tertekan dengan perasaan ini, kadang2 aku menagis, aku berdoa, kadang2 aku rasa nak bunuh diri untuk akhiri semua bebanan ini, kadang2 aku rasa tuhan tak adil buat diri ku.. why aku perasaan ini ??????????? aku cuma dapat pendam saja perasaan ni, dan aku cuba menjauhkan diri daripada dia, tapi dia mula menyedari tingkah laku berubah menjauh diri dari dia. kadang2 aku tidur di ruang tamu, dia tidur di bilik, tapi pernah aku tersedar dari tidur dirunag tamu,dia tidur di sebelah ku berkongsi bantal yang sama.... aku sayang dia, tapi aku tak pernah luahkan dengan dia, aku tak nak rosakkan hubungan dia dengan gf dia, dia anggap aku sebagai kawan saja tak lebih dari itu.. ya ALLAH tolonglah hambah mu yang hinah ini... aku tak sanggup hidup terus dibelenggu dengan perasaan ini. sekarang aku ambil keputusan pindah rumah untuk jauh dari dia.. tapi dia mahu ikut aku pindah rumah.... Ya ALLAH tolonglah aku, aku buntuh.... aku tak tahu nak buat apa.. tolong.....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST