Monday, 27 January 2014

VIDEO NING BAIZURA - "BUKAN WANITA SEMPURNA" : KISAH SUAMI SONGSANG

NING BAIZURA - BUKAN WANITA SEMPURNA



Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap MV Tidak Disensasikan

PETALING JAYA, 21 JAN 2014: Meskipun muzik video terbarunya iaitu lagu Bukan Wanita Sempurna telah mendapat sambutan yang baik daripada peminat apabila mencecah 10,000 penonton di laman Youtube dalam masa 3 hari, namun penyanyi, Ning Baizura akui tetap bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap klipnya yang agak daring.

Ning berkata walaupun menerima komen-komen positif daripada penonton tetapi ada juga pihak yang merasakan muzik videonya agak melampau dan sukar untuk diterima.


"Masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju.

"Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuatkan saya sangat bimbang ketika itu.


"Tapi, saya lakukan kerana ingin lebih berani menonjolkan kelainan dan yang paling penting bukan hubungan songsang itu yang hendak kami ketengahkan tetapi mesej positif yang tersirat yang hendak disampaikan itu," katanya kepada murai.com.my

Ning ditemui dalam satu sidang media Chit Chat Bersama Ning Baizura yang diadakan di pejabat Universal Music Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Selain memaparkan hubungan songsang seorang suami yang berlaku curang dengan isterinya yang dilakonkan oleh Ning, muzik video itu turut mempersembahkan aksi ghairah seorang lelaki yang menampakkan tubuhnya yang berotot.



Bagaimanapun, Ning menegaskan kisah di dalam klip itu tiada kene mengenai dengan kehidupan sebenarnya dan turut berharap khalayak tidak menuduh dia dan pihak Universal Music sengaja menyokong hubungan songsang dalam klip itu.

"Ini bukan kisah sebenar saya dan tiada kena mengena dengan hubungan saya dengan suami. Ini hanya drama yang sengaja dibangkitkan dalam video klip saya.

"Namun, suami saya juga amat memahami dan dia tahu saya tidak akan mencampur adukan hal rumahtangga dan kerja.

"Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," jelasnya lagi.



Bukan Wanita Sempurna dicipta oleh komposer Indonesia, Ade Govinda yang sebelum ini pernah mencipya lagu penyanyi Astrid iaitu Tentang Rasa. Selain mengguna khidmat pengarah video dari Indonesia, Zul Ardhia, video klip ini juga telah menjalani penggambaran sepenuhnya di negara jiran itu pada tiga bulan lalu.

Lagu Bukan Wanita Sempurna turut dimuatkan di dalam album terbaru Ning yang berjudul Kekal yang kesemuanya terdapat 11 buah lagu.



Sumber Disini




Benar kisah seumpama ini sudah menjalar dikalangan masyarakat dinegara kita, ramai yang tahu hakikat masaalah ini tapi adakah kita ambil sikap buat-buat tidak tahu sahaja?

Saya percaya sedikit sebanyak apabila tersebarnya video klip nyanyian Ning Baizura ini akan menyedarkan kita bahawa masaalah ini sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tidak mustahil masaalah ini boleh berlaku dikalangan adik beradik, saudara mara atau kawan terdekat dengan kita. Tidak mustahil boleh berlaku dalam rumah tangga kita sendiri. 

Teringat sebuah berita yang dilapurkan dalam akhbar negara China yang menyatakan bahawa hampir 90% lelaki homosekual terpaksa berkahwin kerana tekanan.

Perlukah kita hanya sapu masaalah ini dibawah karpet sahaja? Saya tidak nampak video klip ini menyokong masaalah ini, sebaliknya lebih kepada pendedahan. Sekurang-kurangnya Ning Baizura cuba mendedahkan masaalah ini melalui caranya. Ingat kecurangan dalam rumah tangga dikalangan suami bukan hanya melibatkan wanita sahaja sebagai orang ke tiga. - Naj Mi


19 comments:

  1. inilah realiti yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini, terbaca tentang cerita Azlan semalam tentang rakannya yang bernafsu songsang tetapi menjadikan wanita sunti sebagai keldai dagangan dalam ingin berumah tangga dan menutup kisah lampaunya..itulah yang menyakitkan hati seorang wanita..ingatlah wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki untuk di lindungi,di sayangi dan di cintai...bukan untuk di sakit, di caci atau mahupun di gunakan..hmm..lindungilah wanita...fikirkan apa akan jadi if wanita yang dlm keadaan sebegitu ibu kita sendiri..sanggupkah??

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik

    Saya teringat balik perkara yg saya pernah bt pada masa lalu...saya pernah ada hubungan dgn suami org...mereka hampir bercerai di sebabkan hbngn dgn saya, saya ambil kptsn utk tgglkn dia supaya dia tumpukan sepenuh perhatian utk 3 org ank dan isterinya..begitu la perasaan isteri dia kan,,

    Mr H

    ReplyDelete
  3. Entahlah...rasanya banyak lagi cara lain kot kalau betul-betul nak ketengahkan positive message yg dia sebut. i cannot help but seeing this as more to getting desired publicity for the benefit of the singer/song/album only (hence the story line & 'seducing' visuals) than reaching (or teaching?) the public for the alleged positive message.

    will the public change their attitude towards the issue brought up in the video? i doubt. whatever it is, cara masing-masing, kan?

    nevertheless, tahniah kepada ning sebab mampu/berani keluarkan album baru dalam situasi semasa yang mencabar ni. semoga berjaya. wallahuaalam...

    ReplyDelete
  4. .hmm...rasa besalah mula dtg bila tgk video tu ning baizura tu...hmmm

    ReplyDelete
  5. Saya pernah ada jugak kenal sorang leaaki ni, dia seorang bilal masjid di Melaka, seorang gay dan sudah berumur 50++ tiada anak. Be bottom side n sex, until now. Kesian...i think his wife tahu tapi nak elak penceraian di usia senja, kesian wife dia every week bf dia datang kat rumah dia...hmm

    ReplyDelete
  6. gelinya video ni. perlu ke nak ulang2 scene lelaki sexy tu? kalo tgk lirik lagu tu, x de plak sebut pasal hubungan songsang ke apa. saja je ning ni nak bikin kontroversi buat video klip camni. dgn harapan org beli la album tu. to me a scandal should remain a scandal. lelaki dgn lelaki ke, lelaki dgn pompuan ke. x perlu nak didedahkan dalam bentuk video klip etc. and plz jgn gunakan alasan nak mendidik masyarakat. rasa nak muntah ok

    ReplyDelete
  7. Adakah golongan gay x terliur dgn perempuan cantik yg jambu berbadan sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Pure gay tak akan terliur, kalau lelaki bisekual tu mungkin ada lah terangsang sikit bila tgk wanita cantik ni...:)

      Delete
  8. mesej video tu lebih elok jika secara sinikal dan ada big questionnaire yang perlu audien fikirkan, tak perlu tunjuk dada lelaki berotot secara berulangan, langkah 2 pasang kaki berbulu pun orang da paham.

    Macam cerita NCIS dan CSI semua, maksudnya jelas,mengajar kita berfikir, saspen dan sampai mesej , xda jumping2, double meaning mcm lawak pelawak kita tu..tak perlu cakap "bukan wanita sempurna" pun org da paham kehadiran saingan 3 - iaitu maskulin berotot @ dot dot dot.

    apa pun penyampaiannya ada 1000 makna dan penjelasan maksud kepada semua golongan peminat ning cuma ke arah membudayakan satu hakikat, "Tak apa,ia sentiasa ada"

    ReplyDelete
  9. Jom kita fikirkan...sampai bile kita mesti diam? Malu untuk bersikap terbuka? Tiada rasa kesian dengan mereka yang diuji? Jom sama2 kita bantu mereka dgn perhatian dan doa...apa yang kita mampu iaitu doa. Hulurkan salam persahabatan, secara berhemah jaga airmuka mereka kerana sebenarnya mereka sgt baih hati budinya, kreatif dan bijak. Kesian kalau kita ketepikan diri mereka dan hidup mereka terus sesat dan songsang. Hanya pendapat saya yang daif.

    ReplyDelete
  10. BIla sy tgok vdeo klip tu..sy terkeluar air mata sbb seolah2 diri sy sbg Ning Baizura....jln ceritanya mcm kehidupan sy skrg. Sama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meg lenmac,

      Hanya mereka (wanita/isteri) yang mengalaminya sahaja tahu betapa peritnya masaalah yang seperti tu kan...Hanya mereka lelaki (suami) yang seperti itu (gagal berubah) tahu akan hakikat pekara ini.

      Delete
  11. Sapa model lelaki dalam vdeo ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama model yang ada six packs tu NajMi hehehehe...:)

      Delete
  12. ayoo...encik naj mi ni. hahhaah.serius laaa.sapa eh dia. muka spesen cam ex saya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video klip tu dibuat pengambaraan di Indonesia, diarah oleh pengarah Indon, dan semua pelakun tambahan tu orang Indon...so lelaki tu pun model Indon lah kut....

      Delete
    2. laki tu yang jadi suami Ning pernah berlakon sinetron Malin Kundang suatu ketika dulu...

      Delete
  13. ...err..mostly coretan d atas mceritakan lelaki yg asalnya gay bnikah utk menutupi xtvtnya... tp dlm byk2 cerita khdupan mnusia ini ada juga kes lelaki normal..anak dh ramai, kmdianya terjebak dlm xtvt songsang krn 'kecewa' dgn isterinya sdiri..prmpuan/janda-skandal... hurmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kalau tiada iman dan takwa macam tu lah jadi nya, apatah lagi zaman sekarang remaja lelaki ni semakin cun-cun mengalahkan perempuan..entah lah dunia akhir zaman...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST