Friday, 17 January 2014

NAZIRUL – 2 NAFSU BOLEH BUAT SAYA GILA! (LIKU PERUBAHAN DIRI DARIPADA GAY KE BISEKSUAL)


Salam sejahtera Abang Naj Mi,

Panggil saya Nazirul (bukan nama sebenar) saya terjumpa blog abang ni masa tengah google pasal something else. Terus bookmark dan jadi silent reader selama ni. Sebenarnya sudah lama nak email ke abang pasal perjalanan gay yang saya hadapi bertahun ni. Baru sekarang berkesempatan. 

Begini, saya mula sedar saya ni senget sikit sejak kecil lagi. Masa tu saya dengan abang kandung terjumpa majalah lucah milik ayah saya. Masa tu saya dalam 8-9 tahun, abang saya tu hanya tua setahun. Lepas kita orang terjumpa majalah tu, apa lagi kita orang pun tengok layan ajelah. Time tu tak reti stim lagi, sunat pun belum masa tu. Tapi apa yang saya perasan, saya lebih suka tengok model lelaki yang berbogel tu daripada perempuan tu. Abang pula lebih beruntung, dia suka tengok model perempuan tu. Maksud saya beruntung kat sini ialah nafsu abang normal. 

Tapi masa tu taklah terfikir saya ni gay, sebab memang tak tau apa-apa lagi masa tu. Nak jadi satu kejadian ni, lepas jumpa majalah tu, abang dengan saya buat kerja gila. Kita orang tiru aksi dalam majalah tu. Tak perlulah saya nyatakan apa aksi saya buat, tapi serious time tu saya syok dengan rasa geli-geli tu semua. 

Memandangkan saya anak bongsu jadi faham-fahamlah agak manja dengan mak. Serious saya cakap, perwatakan saya macam perempuan sepanjang saya sekolah rendah sampai late form 2. Masa tingkatan 2 saya dapat gred cemerlang dalam peperiksaan, jadi mak saya hadiahkan handphone untuk saya. Kat situlah saya menjadi lebih sosial.

Saya mengenali abang angkat saya S di satu laman sosial. Abang S ni baik, time tu selalu top-upkan saya. Tapi yelah kan, memang gitu la taktiknya kalau nak pancing budak-budak macam saya supaya tidur dengan dia. Satu hari tu dia ajak jumpa, kita orang keluar makan, dia belanja saya gula-gula kapas itulah inilah, pastu ajak saya balik ke rumah. 

Buat pengetahuan semua, abang S ni sudah kahwin. Cuma belum ada anak lagi (atau memang dia tak sentuh bini dia, sebab dia gay). Di rumahnya, dia paksa saya buat perlakuan jijik tu. Walau macam mana pun, saya tidak diliwat. Mungkin dia kasihankan saya yang merayu supaya jangan buat macam tu. Tapi sebelum tu  Abang S dah pun gunakan sex toys "di***" dan masukkan dalam d*b** saya. Lupa saya nyatakan, waktu tu saya 15 tahun

Lepas kejadian dengan Abang S, saya jadi tak tentu arah. Saya jadi gian. Saya asyik terbayang perasaan geli-geli tu. Selepas Abang S, ada ramai lagi abang-abang nak jadi abang angkat saya. Waktu tu boleh dikatakan saya golongan yang 'menerima'. Akhirnya, penghujung form 4 saya nekad nak berubah. Dan saya memang berubah, dari gay yang lembut menjadi bisexual yang lasak. 

Ini bermula bila saya berkawan dengan anak kawan ayah saya, dia straight dan telah 'makan' perempuan seawal usia 15 tahun lagi. Dia 2 tahun muda daripada saya. Berkawan dengan dia berjaya mengubah diri saya, saya telah mula belajar untuk menyukai perempuan. Lagi-lagi bab seks. Namun begitu, perasaan gay tetap ada dalam diri saya. Nasib baik dia tak tahu tentang diri saya sebenarnya. 

Saya mula berubah dari penampilan, kalau dulu pakaian sekolah saya kemas, baju masuk dalam seluar, tie ikat selalu. Tapi sekarang baju sekolah saya serabai, rambut dah start pacak dan macam-macam lagi lah. Boleh dikatakan agak drastik jugak lah perubahan saya tu. Kawan-kawan yg mengenali saya dari sekolah rendah pun terkejut dengan perubahan saya tu. 

Sekarang saya berusia 20 tahun, masih muda lagi. Sekarang status orientasi seks saya bolehlah dikategorikan sebagai bisexual. Tiada lagi imej lembut saya masa di sekolah rendah dan semasa di awal sekolah menengah. Saya kini sekarang str8 act. Bagaimanapun, saya dapati saya,

-  bila saya tonton video lucah mostly saya pilih video gay instead of str8. Str8 pun saya layan jugak, tapi macam 30% je yang lebih video gay 

- saya mudah teransang tengok lelaki berbanding perempuan 

- bab bercinta, saya lebih rela perempuan daripada lelaki, sebab macam pelik kalau bercinta dengan lelaki 

Now saya risau macam mana dengan masa depan saya. Mampukah saya berkahwin dan mempunyai anak. Saya memang bernafsu dengan perempuan, tapi mostly lebih kepada lelaki. Saya tahu masih terlalu muda untuk saya fikirkan pasal kahwin, tapi saya memang begini. Saya berfikiran matang dari usia saya. Saya risau saya tak boleh tinggalkan dunia sonsang ni dan seterusnya akan menduakan isteri saya dengan lelaki lain pula nanti haha.

Memikirkan pasal ada dua nafsu ni boleh buat saya jadi gila! Saya cemburu dengan abang saya memang str8 tu. Macam manalah rasanya ada nafsu hanya kat kaum Hawa dan bukannya dua-dua. Tapi saya anggap ini lebih baik daripada hanya bernafsu pada lelaki sahaja. Setiap hari saya berperang dengan nafsu sendiri.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah sentuh perempuan lagi. Ini yang menyebabkan saya goyah, mampukah saya untuk menyentuh 'isteri' saya andainya saya berkahwin kelak? Setakat ini kalau ada kawan-kawan str8 bercakap pasal perempuan, saya akan berpura-pura syok dengar. Dan memang saya syok dengar tentang pe*** dan te*** tapi kalau betul-betul ada di depan mata saya mampu ke saya handle semua tu? 

Dengan bantuan anak kawan ayah saya tu saya tidak lagi menjadi 'penerima'. Malah saya juga 'memberi'. Bagi saya ini petanda bagus kerana ini juga bermaksud saya tahu untuk memberi 'tugas' kepada anu haha. Sekarang dah bertahun berlalu sejak peristiwa dengan abang angkat, saya tidak lagi melakukan perbuatan sumbang itu. 

Setiap hari saya menahan gelora nafsu, tapi ini menjerumus saya kepada amalan onani pula. Ya, sekarang saya ketagihan onani. Setiap hari pula tu. Saya tak tahu apa dah jadi dengan saya. Terlalu inginkan seks dan sekarang onani tak sudah. Saya masih muda, sekalipun saya tidak bersama sesiapa pun sekarang ni, saya masih risau. Siapa tahu 2 atau 3 tahun lagi saya akan kembali dengan aktiviti sonsang saya. Bantulah saya.


`NAZIRUL`




Salam, 

Macam biasa kita kena kawal dengan iman dan takwa, abang faham Nazirul masih remaja, nafsu sangat bergelora, kalau dijentik sikit pasti akan terus terangsang, abang faham bab tu tapi nak buat macam mana Nazirul kena kawal diri juga, memang agak sukar apatah lagi Nazirul dah berpengalaman tapi kalau hendak seribu dayakan, kalau tak nak seribu dalih.

Alhamdulillah sebab Nazirul dah bertahun tidak melakukan perbuatan sumbang tu lagikan, itu petanda baik yang Nazirul mampu mengawal diri, cuma dah semakin kerap onani pulak, itu pun abang rasa boleh dikawal jika Nazirul bersungguh mahu mengawalnya. 

Pertama sekali Nazirul  jangan tengok porn gay atau strg8 sebab itu punca nafsu Nazirul membuak-buak, jangan tengok photo-photo lucah, unfriends sahaja rakan FB yang suka share pic atau video lucah. Jangan join secret group gay, joinlah secret group berkaitan agama. Nazirul kena lebihkan aktiviti luar, bersukan dan sesekali berpuasa sunat jadi taklah 24 jam ingatkan seks kan. 

Perlu diingat kalau kerap onani (juga dipanggil zina tangan) pun boleh mendatangkan berbagai kesan buruk . Onani jika kerap diamalkan, dikatakan boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah serta tubuh badan kita menjadi lesu. Mungkin kesan ini tak dirasai ketika remaja tapi kesan akan mula dirasai apabila usia semakin meningkat dan lebih parah nanti Nazirul akan mengalami sensitive dibahagian itu dan akan cepat keluar, nanti bermasaalah pula bila sudah berumah tangga.

Solat 5 waktu (dalam dan awal waktu) jangan ditinggalkan, insyaallah apabila Nazirul kerap berdoa padaNya, aktiviti onani malah keinginan nak melakukan aktiviti sumbang akan beransur kurang dan hilang, malah tidak mustahil insyaallah keinginan dan keyakinan untuk berkahwin dengan seorang wanita akan wujud dalam diri Nazirul tanpa sebarang masaalah. 

Mudah-mudahan abang doakan...:) – Naj Mi


17 comments:

  1. Hanya anda yg mampu mengawal semua perilaku itu. Percayalah pd kekuatan anda dlm mengawal naluri tersebut. Tekadkan hati dan kuatkan niat melalui taqwa dan iman. Ubah secara perlahan & anda akan berubah.

    ReplyDelete
  2. Baru terjumpa blog ni. seronok baca. kadang2 sedih juga. semoga kalian semua sihat2 belaka.. -fahanis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahanis

      Semoga kisah yang dipaparkan disini boleh dijadikan panduan buat kita semua..:)

      Delete
    2. 2 3 hari ni dok marathon membaca.. banyak sungguh ilmu baru.. sy yg lansung tak mengamalkan kehidupan berisiko pon rasa insaf. bersyukur terjumpa blog ni... kawan2 chating yang "gatal" pon sy share kan link blog ni jugak moga terbukak hati dorang.

      antara banyak2 rasa nk ketawa bila baca ayat atau reply dari ryan..cute sugguh. hehe. sorry off topic. thanks.tc -fahanis-

      Delete
    3. Alhamdulillah fahanis terima kasih kerana membaca...:)

      Delete
  3. seperti kata Mak Wardah hanya naziey sndiri yg mampu lakukan utk mgawal diri drpd terjebak...sy seperti naziey jge, namun sy nk ringkaskan jika kita betul2 ingin berubah "Please Turn Back To Allah", kmbali kpd Allah..bkn mudh, sbb nafsu sntiasa mgejar, tp lakukan jua dan mujahadah la trhdp nafsu..langkah pertama ialah solat dan pegang la ia umpama ia adlah tiang yg terakhir kita ada, umpama kapal yg sedang karam, lantas kita brpaut pada kayu atau apa shj agar kita tdk tgelam ditelam ombak biru yg dalam...pegang la solat hatta seluruh alam dan makhluk melihat diri kita sgt jijik dan hina namun solat dan Allah tiada prnh tglkan kita...sy prnh brhadapan situasi sprit naziey, rasa putus asa amat sgt, tp Allah sedarkan saya..sy kmbali kpd Allah, pegang sejadah, pegang solat tu mcm, tu la tiang dan tmpat terakhir saya berdiri dan brgantung.(pengharapan/tawakal)..Solat dgn fahamkan maksud setiap bacaan, di akhir solat sy sujud dan sy brdoa dlm hati "saya redha, saya redha, saya redha di atas Ujian Mu Ya Allah, sessungguhnya ke "naifan " ini mgheret ku jauh dr mu..dgn sebulat hati..Alhamdulillah rasa tenang sgt, dan nk jge nafsu dan hati ni sy usahakn istigfar dan zikir setiap kali selesai solat fardhu...dan selalu brdoa kpd Allah tnpa buruk sangka dan yakin doa diterima...yg kedua, jauhkan dan putuskan seluruh hubungan yg mampu mmbawa naziey kmbali kpd nafsu yang salah itu..seorng muslim itu apabila berada dalam keadaan lapang, keseorangan dan tnpa berbuat sesuatu prkara pasti nafsu akan kmbali memujuk, jd sntiasa penuhkan diari naziey dgn sesuatu yg brfaedah, jgn duduk berseorgn di dlm bilik sndirian, kluarlah dan bila nafsu memujuk istigfar lah dan cepat2 tunaikan solat krn nafsu akn memujuk di saat kita lengah menunaikan solat..ketiga, tambah kan bacaan al-quran harian seperti surah As-sajadah sekali pd setiap mlm sblm tidur..ke empat solat Tahajud, hnya solat tahajud yg dibuat secara istiqamah dpt melengkapakn perubhn prjalanan naziey,iaitu solat di malam hari..setiap individu berlainan cara, namun usah lupa utk sntiasa brdoa dan tanamkan azam utk berubah..seperti kata naziey ada perasaan trhdp lelaki dan perempuan nmun perasaan trhdp lelaki lebih sikit, dgn menonton porno straight atau onani jua tdk mmpu mgubah naziey ia hnya mguatkan perasaan nafsu itu sndiri..yg pnting putuskan semua bntuk hubungan yg boleh mmbawa naziey ke arah itu, dan ia mesti dlm keadaan ikhlas utk berubah jika tdk ia tdk mmbawa apa2 perubahan..bila naziey dh putuskan kesemua connection itu barulah naziey mmpu utk mgawal nafsu naziey di samping mnjaga solat...solat fardhu dan solat malam tdk akan dpt mgubah naziey 100 percent jika naziey msih gagal utk putuskan kesemua prkara yg mmbawa naziey ke jalan nafsu, .ia hnya dpt mgawal nafsu naziey hnya utk seketika, krn bila kita hmpir kpd nafsu tiada lg yg akan kekal dlm ingatan kecuali keseronokan dan pnyesalan yg mghibakan...kembalilah pd Allah, kpd tuhan yg memiliki segalanya tiada jalan utk kmbali kecuali kpd Nya, maka putuskan lah smua jalan yg mmbawa kpd brtmbah kuatnya nafsu, bila kita putuskan kan smua jalan nafsu ini, maka ia akan lemah....mujahadahlah krn setiap kali kita bermujahadah melawan nafsu, Allah mmberikan kemanisan Iman, sgt indah...hati itu tenang umpama ombak yang lembut memukul pantai...Namun jika meneruskan nafsu ini kemanisan itu tiada yg hnya adalah perasaan brsalah, tdk tnteram dan berputus asa.....maka marilah bermujahadah, krn kemanisan iman itu sedang mnunggu di sana...Fatamorgana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1:49, BM awak sure gagal masa SPM dulu kan..tulis takder perenggan langsung. Susah nak baca. SENTAP.

      Delete
    2. Terima kasih saudara Anonymous dengan panduan nasihat yang ditinggalkan disini.

      Dan saudara Anon 1:49 ya susah nak faham dan susah nak baca komen dari anonymous diatas, tapi tak mengapa insyaallah nasihat saudara Anonumous akan saya jadikan entri dalam blog ini sedikit masa lagi...:)

      Delete
  4. Saya pun sama macam nazirul ni. Serius rasa sebak bila teringat balik ape yg dah saya lakukan sebelum2 ni.. Terlampau ikutkan nafsu. Tapi saya harap sangat dapat jadi str8. Cemburu tengok kawan2 str8. Kadang2 timbul persoalan "mcm mana lahh kalau jadi str8. Mesti best sebab suka kat perempuan jer.." Walaupun saya biseksual, tapi saya dpt rasakan saya lebih sukakan lelaki. Kalau bab percintaan, memang jumlah ex bf and ex gf seimbang.. Bila kecewa dengan ex gf, saya akan cari bf. Bila kecewa dengan bf, saya cari gf pula.. Pelik tapi entah lahh.. Rasa serabut bila pikir pasal hal ni.. Setiap hari saya terpaksa melawan gelora nafsu.. Kalau ikutkan hati, nak je buat seks dgn smua lelaki yg handsome.. Tapi memang saya terpaksa berperang dgn nafsu.. Hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Harap saudara terus berdoa kepada Allah minta perlindungan dariNya, insyaallah Dia akan membantu saudara meneruskan kehidupan dengan lebih baiik. Saya faham keadaan yang saudara hadapi hari ini, walau sukar bagai mana sekali pun kita terpaksa berusaha mengawal diri, jika terlajak segeralah minta ampun dari NYa.

      Saya doakan saudara dalam lindunganNya selalu...amin..

      Delete
  5. Sy silent reader awak. Sy terjumpa blog ni bila sy google 'boleh ker gay berubah' sy yakin tiap manusia boleh berubah dengan kehendak yg maha Esa. Sy cuma baca blog ni sbb sy cuma nak tahu perjalanan hidup seorang gay. Bukan sebab sy gay tapi sy jatuh hati dengan kawan baik sy sendiri dan dia seorang gay. Sy terlalu syg kan dia dan sy nak dia jadi imam sy yg sah satu hari nti. Tp mcmane cara nak tambat hati dia? Tolong la sy. Sy betul jatuh hati kat dia dan nak sgt tengok dia berubah. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hana,

      Alhamdulillah abg rasa niat Hana tu baik, tapi dalam masa yang sama seolah2 Hana menyerat leher jika memaksa diri, memaksa dalam diam agar kawan gay itu menerima Hana sebagai isteri.

      Pertama abang selalu berpegang mengatakan bahawa naluri seorang gay tidak boleh dihapuskan, walau dia telah berkahwin nafsu gelora terhadap kaum sejenis masih tetap ada, apa tah lagi dugaan terutama dikalangan gay yang sebelum ini telah berpengalaman melakukan seks sejenis sebelum berkahwin.

      Naluri songsang tidak dapat dihapuskan TETAPI naluri itu boleh dikawal dengan takwa dan iman, dengan kesungguhan siempunya diri. Jika seorang lelaki gay itu memang tidak pernah melakukan seks sejenis atau memang tidak pernah terjebak melakukannya sebelum berkahwin insyaallah jika dia berkahwin abg rasa dia mampu kawal diri, tapi sekiranya dia dah berpengalaman maka walau selepas berkahwin keinginan melakukannya pasti tetap ada dan tidak mustahil dia akan meneruskan aktiviti tersebut dalam diam.

      Paling penting disini perlu ada kesungguhan gay tersebut untuk berubah, mengawal diri dari tidak terus terjebak dalam aktiviti tersebut lagi, maka dengan bantuan Allah dengan dorongan seorang isteri dengan keinginan bersungguh gay itu pasti boleh mengawal diri dan pasti dia berusaha berjaya menjauhkan diri dari aktiviti songsang.

      Ada beberpa kisah dalam blog abg, kisah benar mengenai wanita yang jatuh cinta dengan gay, sama ada gay itu seorang pembawa HIV atau yang sihat, cuba Hana check kembali dalam blog abg ni...(abg lupa mana satu) baca dan jadi kan pengajaran.

      Buat Hana, pastikan rakan gay itu ada keinginan bersungguh mahu berubah, TETAPI kalau dia masih tegar masih nampak sukar nak berubah maka sebaiknya Hana kena tarik diri segera, jangan masuk kelubang buaya nanti Hana sendiri yang merana nanti.

      Abg yakin masih ada ramai gay diluar sana yang mahu berubah, cuma sukar nak kita pastikan mana satu diantara mereka. Minta bantuan Allah, ikut gerak hati lakukan solat istikarah, insyaallah Hana akan menerima jawapan sama ada rakan gay Hana itu sesuai dijadikan imam yang sah atau tidak.

      Delete
    2. Agak sukar nak tambat hati seorang gay terutama gay tegar, tapi agak senang jika dia seorang lelaki bisekual. Kalau lelaki biseksual itu mempunyai nalurinya lebih 70% kepada lelaki maka agak sukar nak ditambat, tapi kalau lelaki bisekual itu ada hanya 30% naluri kepada lelaki (70% naluri kepada wanita) dia agak senang ditambat hatinya. Iti pandangan abg lah..tapi memang susah nak kita pastikan peratusan naluri seseorang lelaki biseksual tu.

      Jika gay tegar (yang tiada langsung nafsu kepada wanita) mereka ni memang sangat sukar ditambat.

      Delete
    3. Thanks abg utk respons. Dia bukan gay yg tegar cuma skang sy rasa tertekan patut tak sy give up atau stay. Dia mmg tahu sy syg kan dia. Kawan2 kitaorg sendiri ingat kitrg loving couple.sy takut klo sy tinggalkan dia, dia akan jadi teruk.sy cuma nak bantu tp sy tak tahu jalan tu. Kitrg pernah bebual pasal benda ni,dia sendiri cakap dia nak berubah, bagi masa tp bila dia nak berubah, makin byk dugaan yg datang.

      Dah kata kitrg kawan baik kan, so mcm2 benda kitrg kongsi.sy cuba jadi pendengar yg terbaik utk dia sebab lebih baik dia share dengan sy kan dari org lain.bila dia bercerita pasal lelaki itu, lelaki ini, sy cuba jadi yg terbaik untuk dia dan buat dia happy dengan bila lepak, sy mesti bawa lelaki yg dia suka tu join kitrg (lelaki yg dia suka mostly straight). Sy bukan sokong dia jadi gay sy cuma nak dia happy sebab dia pernah cakap dia cuma suka dan boleh lihat je tapi untuk dapat benda2 tu mustahil. Tapi bila sy fikir balik sy nak sgt tgk dia berubah so sy stop buat benda2 tu.

      Sebelum ni dia pernah ade bape org ex gf, sy tanya kenape ade gf? Dia cakap nak kasih sayang tp sy org pertama yg tahu dia siapa tp sy tetap nak dia. Sy tahu dia bagi sy peluang utk kenal dia, dan dia kenal sy. Kitrang pernah berbincg hal kawin, hal masa depan bersama tapi ntah la, tu yang sy tak cayer dia gay. Haha

      Sy pernah tanya dia ade tak nafsu kat perempuan? Dia cakap tak tahu sbb dia mmg tak pernah buat dengan perempuan atau buat dengan lelaki tp peratus 'feel' kat perempuan ade cuma tak byk macam dekat lelaki. Sy pernah try utk goda dia, tp dia elak. Dia cakap 'jangan, nti adik bangun susah' sy cakap bagus la, kata nak berubah tp dia cakap taknak benda jadi lain nti. Bila berdua kan mesti ade yang ketiga. Cara dia layan sy buatkn sy confius, dia ade feel kat sy atau tak? Cuma dia pernah cakap dia pernah try tapi kadang2 dia fail dan dia suh sy cari lain sebab dia cakap dia 'tak normal' tp hati sy berkeras taknak sebab sy tahu dia tak mcm kawan2 gay sy yg lain.

      Sy cuma kenal kwn2 gay yg dia rapat je dan diaorang pun ingat kitrg ade 'something' tapi depan dorg pun bila saya ade dia action mcm 'straight' tapi yg dia selalu hang out dia mcm elak nak bagi sy kenal sbb dia cakap belum masa nya. Dia bgtau sy sebab depan dorg dia bukan 'straight'. Dia taknk tunjuk diri dia yang satu lagi tu kat sy. Nti kalau sy ade dia tak selesa. Sy cuma nak kenal dia yg 'otherside' tapi sy tak tahu bila peluang tu sy boleh dapat.Sy cuma terfikir kalau dia tak sayang sy dia mesti tak kisah nak tunjuk dia sape yg sebenarnya dekat sy tapi tu la hati dia kan sy bukan boleh baca.

      Sy tahu naluri tu takkan hilang sebab tu mmg ada dari dia kecik dan itu ujian paling besar yg Allah bagi kat dia. Sy cuma nak bantu tapi sy buntu. Sy tahu dia boleh berubah tapi tu la....ehmmm. Thanks abg najmi sebab sudi baca apa yg sy tulis, sebab sy tak tahu nak cite kat siapa. Sy cuma perlukan pandangan dan pendapat je ape yg perlu sy buat dan sy tahu Allah akan bantu sy jika niat sy baik. ;)

      Delete
    4. Hana,

      Kebiasaannya lelaki gay macam tu, adakala berangan nak berkahwin nak ada anak, nak bercinta dengan perempuan tetapi hakikatnya mereka tidak mampu, tidak yakin pada diri sendiri, samaada mampu membahagiakan isteri atau tidak. Mereka takut akan mengainaya isteri apabila tidak mampu memberi kasih sayang 100% pada mereka. Bimbang akan terlajak melakukan aktiviti songsang lagi selepas berkahwin.

      Adalah lebih baik Hana jumpa rakan gay yang seperti ini daripada berkenan dengan seorang lelaki gay yang terus menerus memberi harapan palsu kepada bakal isteri dan seorang yang hanya mahu berkahwin untuk menutup aib sendiri yang pastinya akan berakhir dengan kekecewaan kepada si isteri.

      Sebab itu perlu ada keyakinan dalam hati seorang gay untuk berkahwin, jika mereka tidak ada keyakinan mereka pasti akan memberi berbagai alasan mengelak dari bercouple apatah lagi untuk berkahwin. Pandangan abang kawan Hana masih tidak ada keyakinan untuk menamatkan zaman bujangnya kerana itu dia terus menduga Hana dengan alasan-alasan sehingga Hana sendiri confius tentang dirinya.

      Cuma abang harap Hana tidak terlalu mengharap, berkawan lah dengan rakan lelaki lain insyaallah hati Hana akan terbuka pada yang lain. Jika rakan gay Hana tidak sudi dan terus memberi alasan, sebaiknya Hana kena paksa diri melupakannya.

      Delete
    5. Terima kasih atas nasihat abg. Sy sgt hargai. Sy tahu cara terbaik serah diri kat Allah sbb Allah tahu yg terbaik utk sy. Sy tak letak ape harapan pun atas hubungan sy dengan dia cuma biasalah manusia bila tgh sayang kan, kita nak org tu, tu gak yg kita nak. Moga nanti Allah akan beri petunjuk kat sy ape dia tu baik utk sy atau tak. Sy serah semua kat Allah. Kalau mmg dia jodoh yg Allah da tetapkan untuk sy, sy terima dia seadanya tapi kalau bukan, Allah lebih tahu ape yg terbaik utk sy. Mybe sy kena buat solat isthikarah utk mintak petunjuk. Tu yg sebaik2nya. Terima kasih sekali lagi sbb sudi reply dan bg feedback msg2 sy ni. Tkcare abg najmi. ��

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST