Monday, 13 January 2014

MIZAR - ADAKAH SAYA SEORANG PLU???


photo hiasan

Salam abang najmi,

Nama saya Mizar (bukan nama sebenar) saya ada masalah mengenai dunia PLU yang saya hadapi. Saya banyak tengok porn lelaki bila free sampai limit dan bosan namun bila horny tengok lagi, mimpi seks dengan lelaki, suka tengok lelaki hensem. Tapi sikap saya tak suka senyum dan selalu bermasam membuatkan lelaki yang senyum tengok saya jadi muram. 

Saya juga ada sikap tidak suka pandang mata lelaki mahupun wanita kerana saya mudah tergoda dengan mata orang, hakikatnya ramai yang lihat mata saya yang tergoda kerana ramai kata mata saya tajam, kening tebal dan boleh mengembang. Disebabkan sikap saya ini walaupun saya perasan ramai lelaki dan wanita ingin mendekati saya tapi akhirnya menjauhkan diri kerana saya yang tidak suka senyum dan kerap mengendahkan orang lain. 

Sebenarnya saya lakukan semua ini pun kerana sebagai dinding saya supaya tidak teringin nak berkapel sebelum bersedia (wanita) yang taking cost and time ataupun terjebak dengan dunia (PLU) sesama lelaki yang penuh dengan kemaksiatan. 

Saya kawal senyuman saya sehingga ramai kata saya sombong sedangkan sayalah orang paling gila2 bila dah kenal oleh kenalan rapat saya. Sehingga sekarang saya masih diperhati dalam kalangan lelaki dan kerap cuba larikan diri bila terjumpa mereka berkenaan kerana tidak selesa. Meskipun tidak pernah bercakap, mengenali dan berurusan namun tindakan dia cukup untuk membuktikan dengan 'gaydar' mereka.

Ditegur hensem, mata cantik dan badan tegap boleh build lagi oleh lelaki buat saya jijik teramat sangat. Walaupun ada terbayang buat seks dengan lelaki tapi hakikatnya bila tengok lelaki depan mata saya rasa jijik terutama tengok spender, peluh berjurai-jurai, pakai seluar dalam dan lelaki pegang tangan lelaki sasa/kiss didunia nyata rasa macam nak muntah. 

Bila tengok porn gay ada kalanya saya terangsang dan ada kalanya off limit nak muntah dan berfikir betapa bodohnya dorang tu. Namun suka tengok adegan kissing. But bila kissing terlampau keluar rasa jijik. 

Adakah saya PLU? kerana apabila lihat wanita cantik saya memang terpikat dan jika tengok porn straight saya lebih terangsang tengok wanita dan sudah bosan tengok porn lelaki. Saya tidak pernah buat seks lagi dan merasakan aktiviti itu hanya layak untuk wanita yang digelar isteri saya. Saya seorang yang pemalu dan sombong dengan wanita macam mana saya mahu dapatkan calon isteri ataupun rakan lelaki yang saya boleh pasti bukan gay dengan sikap saya tidak suka bersenyum.

Saya juga berpendapat golongan gay ni sebenarnya disihir jin betina bukannya masalah naluri dan perlu mendapatkan rawatan islam dan amal ibadat bagi mengatasi gangguan ini.


MIZAR-
Nama dan FB bukan nama sebenar.




Salam Mizar,

Panjang luahan hati Mizar ni, tapi pada pendapat abanglah setiap manusia tu dugaan yang mereka terima berbeza. Masih ada lelaki (PLU) yang diduga sama seperti yang dialami saudara Mizar iaitu masih punya naluri suka kepada wanita. Sekiranya naluri suka pada wanita itu diasah insyaallah Mizar boleh kawal diri dan mampu menumpukan perhatian nafsu hanya kepada wanita sahaja.

Lelaki strg8 tidak semestinya tidak suka tengok lelaki lain, ramai juga yang suka tengok tubuh sasa lelaki lain malah tidak mustahil ada yang seperti Mizar yang suka tengok lelaki kissing sesama jantina. Dugaan antara kita semua berbezakan.

Pada pandangan abang Mizar boleh kawal diri, mesti ada hati yang nekad untuk kawal diri. Cuba kurangkan menonton porn sebab itu antara punca yang menyebabkan Mizar terbayangkan melakukan pekara yang tidak elok dimasa hadapan. Jika Mizar dapat kawal diri dari tidak lagi menonton porn, abang yakin naluri songsang Mizar yang hanya sedikit kepada kaum lelaki tu boleh dihapuskan...insyaallah.- Naj Mi




 

4 comments:

  1. Ini masalahnya bila hidup dengan penuh imaginasi. Tak kuasa nak layan.

    ReplyDelete
  2. ko tu cool sikittt
    cian adik tuh, orang muda camtu lah,
    nampak gayanya ko pun x leh jadi kaunselor. kita serupa, meh kita tabik spring kat en nadzmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pun. Ingatkan dah hilang ke mana.

      Delete
  3. ada nyawa lagi,, hilang bla ada masalah.. timbul pun sai dok ingat kat ko,

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST