Friday, 10 January 2014

MARINA - SUDAH SETAHUN KISAH HITAM ITU BERLALU, ADAKAH SAYA MASIH BERISIKO +VE HIV?

Seorang pembaca minta nasihat berkaitan masaalah kebimbangan yang dialaminya, dia telah tinggalkan pertanyaan didalam ruang komen dalam entri “TANDA-TANDA ANDA DIJANGKITI HIV”. Saya namakan beliau MARINA (bukan nama sebenar)


Salam abang Najmi,

Saya ada nak tanya and minta nasihat dari abang sikit. Pada awal bulan Januari tahun lepas (2013) saya telah dikhianati oleh 3 orang lelaki yang saya tidak kenali and tidak tahu apa status kesihatan dia orang. Saya telah ------ sebanyak 3 kali secara bergilir-gilir. 

Kemudian saya telah buat report polis dan pihak polis telah hantar saya ke hospital untuk urusan DNA. Masa itu urine test negative. Tapi selepas sebulan priod saya tak jugak datang dan saya mulai risau, saya telah buat ujian sendiri dan dapati saya telah hamil, untuk sedapkan hati saya dtemani keluarga pergi buat ujian kali ke 2 diklinik berdekatan dan keputusannya saya sah telah hamil. 

Masa tu saya stress sangat dan serabut, rasa sedih dan sebak, kecewa dan malu semua ada. Dan sekarang saya bertambah merusingkan hati saya apabila saya terbaca blog abang ni dan saya banyak membaca mengenai HIV/AIDS. 

Dan untuk pengetahuan abang juga semasa saya membuat urine test kali ke 2 di klinik, saya telah menceritakan segala yang berlaku keatas diri saya kepada doktor dan doktor syorkan saya membuat ujian darah. Dua minggu selepas itu keputusan ujian keluar dan saya negative, (tapi masa tu saya tidak pasti minggu keberapa dari tarikh berisiko cuma yang pasti lebih dari sebulan dan tidak sampai 2 bulan). 

Pada masa itu saya memang tidak ambil tahu langsung mengenai simptom-simptom HIV, sebab saya dalam keadaan tertekan dan selalu tidak sihat (demam, lemah, murung, tiada selera makan, sensitif, cepat marah). 

Dan kini setahun telah berlalu, saya rasa semakin sihat dan boleh menjalankan kehidupan seperti biasa macam orang lain tapi ada kalanya perasaan tu datang jugak mengganggu saya. 

Disini saya ingin minta pendapat dari abang adakah saya orang yang berisiko untuk mendapat HIV? dan saya juga takut untuk membuat ujian darah (HIV Test) untuk kali ke dua. Dan memandangkan saya akan berkahwin tidak lama lagi terpaksalah juga saya buat ujian tu, tapi saya takut sekiranya keputusan itu nanti akan mengecewakan semua orang yang saya sayangi iaitu keluarga dan bakal suami. 

Saya minta sangat abang bagi respon yang boleh tenangkan saya. Lastly saya doakan agar abang sihat-sihat selalu dan kita semua akan berada dibawah lindunganNYA. Amin


~MARINA~



Salam Anonymous, 

Peristiwa sudah berlaku hampir setahun yang lalu dan melalui pemahaman abang melalui cerita saudari, abang rasa saudari tidak dijangkiti HIV. Saudari pernah atau tidak mengalami demam tidak kebah-kebah, naik ruam atau gelegata dibadan? Sebab ini antara simptom yang biasa dialami oleh kebanyakan orang apabila telah dijangkiti, selepas 3-4 minggu dijangkiti kuman HIV. (Kalau demam lemah akibat stress murung tu biasalah terutama ianya berkaitan seperti kes yang saudari alami ni) 

Dalam kes saudari takkan doktor tidak melakukan ujian HIV atau menasihatkan saudari untuk menjalani ujian HIV selepas peristiwa itu berlaku? Biasanya doktor akan meminta kebenaran saudari supaya menjalani ujian HIV, atau maybe doktor telah melakukan ujian HIV keatas saudari tapi sebab keputusannya negatif (tidak dijangkiti) maka doktor hanya diamkan sahaja. 

Abang tidak pasti prosedur yang dilakukan oleh doktor keatas mereka yang mengalami nasib seperti saudari sama ada mereka ada menjalani ujian HIV atau tak. 

Dan kalau tak silap abang bagi perempuan yang mengandung mereka semua diwajibkan menjalani ujian HIV semuanya demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan, jika wanita yang mengandung itu ada HIV maka ada rawatan tertentu akan diberi atau ubatan tertentu akan diberi kepada ibu yang mengandung bagi mengelak berlakunya jangkitan kuman HIV kepada bayi dalam kandungan, itu kalau tak silap abang lah.

(maaf abang ni pun bukan pandai dalam semua pekara, harap ada pembaca yang lebih tahu dapat meninggalkan nasihat mereka nanti). 

Nasihat abang jika saudari rasa doktor tidak melakukan ujian HIV maka saudari perlu melakukan ujian HIV, mintalah doktor lakukan test tersebut keatas saudari. Saudari tanyalah kepada doktor yang merawat saudari dulu mengenai status diri saudari, adakah doktor telah menjalankan ujian HIV keatas saudari tanpa saudari sedari dan resultnya negatif maka doktor diamkan sahaja, kalau positif abang pasti saudari telah lama diberitahu mengenai pekara itu. 

Jika terpaksa lakukan aje ujian HIV sendiri dimana-mana hospital kerajaan (ujian Tanpa Nama) secara percuma atau lakukan ujian di mana-mana klinik swasta seperti BP Health Lab (bayaran dikenakan RM35 sahaja). 

Buat masa ni usah bimbang dan jangan risau, gerak hati abang kuat mengatakan yang saudari tidak dijangkiti HIV, tetapi walau bagaimanapun saudari kenalah juga pastikan status saudari pada ketika ini bagi mengelak diri dari berterusan memikirkan pekara yang bukan-bukan.

Insyaalah semuanya akan baik-baik aje...:) – Naj Mi


5 comments:

  1. Tiada kata2 dpt saya luahkan utk adek. Dugaan yg sgt besar tp pasti Allah akan bg yg lebih baik selepas ini. Simpati yg tidak boleh diukur darjahnya. Hanya mampu berdoa anda tidak dijangkiti HIV. Semoga Allah permudahkan urusan anda dunia &; akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salam abg najmi..rasanya ujian hiv di bp health rm50 kalau x silap..sb bulan november 2013 saya ada buat...Alhamdulillah ujian saya negatif..saya rasa saudari marina negatif hiv sb saya pun alami simptom mcm saudari bila baca blog abg najmi..lemah..demam..tapi demam sehari dua saja..sebab stress dan takut..tp saya bersyukur sb dr blog abg najmi la yg membuatkan saya sedar dr kesilapan lalu dan berubah terus dan tinggalkan sikap2 buruk yg lama..terima kasih abg najmi..saya izam..yg selalu duk chat dgn abg kt fb..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zam Izam,

      Ya ker ujian di BP Health RM50? Abang pun tak pasti bayaran yang terkini sebab ada seorang pembaca pernah email beritahu abg yang ujian HIV di BP Health ialah RM35. Tak mengapa lah lain kali abg beritahu bayaran dikenakan sekitar RM35-RM50 lah kan.

      Terima kasih Izam kerana maklumat yang diberi....:)

      Delete
  3. Sama2 abg..semoga abg bertambah sihat dan dirahmati oleh Allah..aminnn

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan pendapat zam izam.
    stress dan murung tu bukanlah simptom hiv tapi lebih kepada kesan fobia masa silam.
    saya nasihatkan saudari banyakkan membaca al-Quran dan perbetulkan solat sebab Quran boleh menenangkan jiwa dan solat boleh elak kita melakukan kemungkaran.
    nasihat saya lagi, supaya saudari boleh kawal perasaan marah terhadap suami nanti sebab saya risau stress akan datang bila2 lepas kahwin nanti.
    lupakan kisah silam.anda sedang memulakan hidup yang baru dengan orang yang baru

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST