Monday, 20 January 2014

MAN - ABANG LONG SAYA -ve HIV ("MAAFKAN ADIKMU INI")



Salam,

Saya ingin berkongsi kisah hidup saya berkenaan salah seorang ahli keluarga saya yang disahkan mengidap HIV. Maafkan jika penulisan saya agak kurang baik. Kisah yang sangat panjang saya cuba pendekkan. 

Abang sulung saya merupakan bekas anggota beruniform keselamatan negara, dia mulai terlibat dengan jarum dadah ketika dalam perkhidmatan ini. Dia juga telah dijangkiti virus HIV disebabkan jarum suntikan dadah. Pada awalnya saya tidak tahu menahu yang dia ada virus ini, hanya ibu dan ayah yang tahu dan dia merahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga yang lain.

Semua dari kita sedia maklum, jika ada ahli keluarga atau waris terdekat yang terlibat dalam penggunaan dadah, pasti ada konflik yang berlaku dikalangan keluarga. Begitu juga dengan saya. Saya memang tidak dapat menerima yang abang kandung saya merupakan seorang penagih. Dari fizikalnya, mudah untuk orang mengenali yang dia adalah seorang penagih dadah disebabkan fizikalnya yang terlalu kurus. Pada realitinya, walaupun dia seorang penagih dia merupakan abang dan anak yang betul-betul sayangkan keluarga. 

Terlalu banyak masalah yang dibuat dari menjual, gadai barang rumah, mencuri jual besi dan sebagainya. Saya mengatakan yang dia sayangkan keluarga kerana dia tidak pernah sekali meninggikan suara atau mengugut apa-apa untuk mndapatkan duit dari ibu bapa dan adik beradik. Pernah suatu ketika walaupun ayah saya pernah hantukkan kepalanya di dinding tapi dia masih tidak melawan malah hanya menundukkan kepala.

Setiap kali dia pergi menjual besi dan saya tahu itu dari hasil curi, dia masih simpan sedikit duit untuk adik-adik nya dan membeli barang dapur untuk ibu dan berpesan kepada adik-adik yang lain jangan cakap dia yang beli barangan dapur itu. Saya pula yang marahkannya jika duit curi jangan bawak balik rumah, begitulah layanan saya terhadap dia. Hatinya memang seorang penyayang dan lembut, dia sentiasa menangis mahu berubah setiap kali keluar masuk penjara tapi disebabkan pengaruh kawan-kawan sekeliling, dia masih tidak mampu untuk berubah. 

Berbalik kepada konflik, saya memang malu dan benci kepada abang sulung saya sehingga pernah memukulnya dan anggap dia seperti musuh. Saya gelarkannya tengkorak hidup sehingga dia pernah menangis dan mengadu pada ibu yang adik-adik semua bencikannya
 
Hati ibu dan ayah, walau  sejahat mana anak mereka, hati mereka  masih tetap sayang tambahan pula anak mereka pada asalnya mereka tahu memang anak yang baik. Ibu dan ayah tidak pernah berputus asa untuk cuba untuk merawat abang sulung saya di banyak tempat, salah satu nya ialah PENGASIH. 

Dipendekkan cerita, ibu dan ayah akan ke Mekah untuk umrah. Tiap hari ibu mengatakan dia berdoa agar ada yang boleh mengawal atau menghalang abang dari melakukan apa-apa masalah sepanjang mereka di Mekah nanti.

Dimakbulkan Allah swt, sehari sebelum ibu dan ayah berangkat ke Mekah, abang telah ditangkap polis ketika berada dirumah kosong yang dijadikan sarang penagih. Ibu dan ayah redha dan minta jangan dilepaskan kerana lebih baik dia di dalam tahanan ketika mereka berada di Mekah agar ibadah umrah yang akan mereka lakukan dapat dilaksanakan dengan lebih tenang. 

Sekembali ke tanah air, ibu dan ayah pergi melawat abang di penjara tanpa mmberitahu adik-adik  yang lain kerana tidak mahu adik-adik bertambah benci kepada abang. Saya juga langsung tidak pergi melawat dan menjenguk abang ketika itu kerana saya tidak tahu. Ketika abang dalam penjara, keadaan abang telah mulai lemah disebabkan virus HIV dan AIDS dalam badannya. Sehinggalah dia telah jatuh sakit tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital disebabkan pihak polis tidak membenarkan sebarang ubat dibawa masuk ke penjara.

Pada malamnya, saya telah dapat panggilan dari ibu memberitahu saya, 

"MAN, ABG DAH XDE...dia sakit"

Saya bertanya, "Man tak tahu pun dia sakit? sakit apa? nape tak cakap" 

Menitis air mata saya ketika itu, sebagai seorang adik yang rindukan abangnya, saya sememangnya sudah lama tidak berjumpa dengannya sampailah saat akhirnya.

Selepas ketiadaanya barulah saya tahu yang arwah abang saya ada virus HIV dan AIDS ini dan barulah  saya sedar yang sebenarnya dia sangat memerlukan bantuan sokongan dari ahli keluarga, adik bradik untuk teruskan hdup. Mungkin arwah telah berputus asa sebab itulah dia masih dengan dadah. 

Saya betul-betul menyesal dengan layanan saya terhadap arwah abang sepanjang hidupnya dan saya terkilan dan sedih kerana tidak sempat meminta maaf atas kesalahan kelakuan saya terhadapnya dulu. Hampir dua tahun pemergian arwah, setiap kali saya teringatkannya, air mata saya terlalu senang untuk mngalir. 

Saya rindukannya. 

Saya sebenarnya sayangkannya. 

Arwah abang dalam keluarga sememangnya seorang yang betul-betul bertanggungjawab sehinggalah najis DADAH memusnahkan segala-galanya.


Abang, maafkan adikmu ini
MAN..
Al-fatihah.





Salam MAN, 

AlFatihah buat arwah abang Man. Tidak dinafikan apabila terdapat salah seorang ahli keluarga kita yang menjadi mangsa ketagihan dadah, maka sedikit sebanyak akan memporak perandakan hubungan diantara adik beradik, hubungan antara ibubapa, hubungan diantara jiran tetangga dan sebagainya. Abang juga pernah alami apabila jiransebelah rumah mempunyai anak sulung yang bijak tetapi hidup berakhir akibat najis dadah. 

Mungkin Man tidak sempat memohon maaf dari arwah, tetapi ada kemungkinan arwah sudah lama memaafkan Man dan adik beradik yang lain tanpa pengetahuan Man, dan abang pasti arwah juga sangat sayangkan Man dan adik beradik yang lain cuma arwah tidak berkesempatan meluahkannya dengan cara yang betul apabila arwah telah dikuasai najis dadah. 

Apabila Man teringatkan arwah abang, Man sedekahlah AlFatihah buatnya tidak kira dimana Man berada bukan hanya ketika Man berada ditikar sembahyang sahaja. Dan jika Man ada rezeki lebih bersedekahlah selalu bagi pihak arwah, serta mengupah menghajikannya kerana  hanya itu sahaja yang mampu Man lakukan bagi mempermudahkan arwah disana. Yang pasti pemergian arwah tidak membawa sebarang walau sekelumit dosanya yang pernah dilakukan kepada ibubapa sebab abang yakin ibu dan ayah Man telah lama memaafkan arwah.

Mudah-mudahan arwah tenang bersama orang-orang yang beriman disana. Al Fatihah – Naj Mi


16 comments:

  1. Assalamualaikum,

    KepadaMan,
    Sentiasa doakan arwah ye.
    Yang sudah terjadi jangan terlalu dikenang-kenang.
    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

    MFZ

    ReplyDelete
  2. sedehnya cite nih.. tingat kat mak bapak yg dah tua kat kampong, jarang benar balik tgk.
    tingat jugak kat kawan yg sakit, blum sempat lagi nak p mlawat.
    cite nih memberi nasihat yg baik kat diri utk hargai sume yg ada disisi cuma kat satu "makluk" tuh je yg buat menyampah. tak tau plak bila dia nak mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah manusia..bila dah berjaya memang mudah sangat lupakan ibu/bapa. Bila sakit/berada dalam kesusahan ibu lah yang dicari.

      Delete
  3. al-fatihah...sayu pulak bila baca kisah ni...teringat adik yg baru berumaur 5 tahun di rumah...kepada abg seperti sy la tempat dia bermanja....sy pasti Man dulu waktu2 kecil2 pasti pernah bermanja dengan arwah abang..yg telah pergi tetap pergi...kita juga akan menyusul kemudian cuma lambat atau cepat shj...sy yakin arwah juga telah memaafkan kesemua kesalahan adik2nya...sesungguhnya sakit itu adalah kafarah penghapus dosa yg telah lalu kerana Allah itu maha penyayang ke atas hamba2Nya...semoga roh arwah abg man dicucuri rahmat...Amin

    ReplyDelete
  4. Sedihnya kisah ni. Mengalir air mata saya. Dadah, HIV dan AIDS banyak memberi kesan kpd keluarga dan masyarakat. Apa yg penting adalah sokongan. Bukannya pengasingan. Stigma lah yg sebenarnya melemahkan semangat mereka. Bukannya penyakit itu.

    ReplyDelete
  5. Salam. itulah kita manusia semasa ada tidak pernah dihargai, bila tiada kita rindui. InsyaAllah kita doakan arwah sentiasa diletakkan bersama2 orang yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Birthday Jazzlee...semoga bahagia selalu

      Delete
    2. thanks akak, moga akak pun bahagia selalu

      Delete
  6. alfatihah utk abang Man
    # menitis airmata baca kisah ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk semua...smmgnya saya masih lagi rasa bersalah sbb xsempat minta maaf dan tiada di sisi arwah abg ketika saat akhirnya..hanya ayah dan adik ada disisinya ketika itu dan mereka cakap arwah terlalu senang untuk mghembuskan nafasnya yg terakhir malah sempat menunggu ayah untuk ada disisinya. Mgkin ayah terlalu rapat dgnnya kerana ayah lah yg selalu keluar mencarinya jika dia keluar tidak pulang tanpa khabar berita dsbbkan perasaan bimbang jika arwah abg terlantar sakit dimana2..ayah lah yg selalu melayah karenah nya dari muda sehingga ayah umur 65tahun..
    buat pengetahuan semua, arwah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. arwah diminta cerai ketika anaknya masih bayi dan setelah 17 tahun baru lah arwah dibawa berjumpa dgn anaknya oleh ibu ketika itu form 5 di salah sebuah sekolah agama. sebelum itu arwah hanya pergi melihat anaknya dari jauh ketika anaknya pulang dari sekolah. Alhamdulillah, walaupun hidup arwah abg tidak seelok insan lain, anaknya merupakan seorg pelajar yg cemerlang dan tinggi ilmu agama dan sekarang belajar di sebuah universiti terkemuka negara. Malah ketika arwah ingin disemadikan, semua ahli keluarga, bekas isterinya dan anaknya turut datang menziarah. semoga Allah swt ampunkan semua dosa2 arwah abg dan tempatkanlah rohnya di kalangan orang beriman. Amin...
    Sama2lah kita hapuskan najis dadah kerana saya pernah merasa merana nya ahli keluarga sendiri yg terlibat dgn najis dadah.
    MAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MAN,

      Dugaan yang Allah berikan kepada hambanya berbeza antara satu sama lain, adakala kita mampu mengatasi dugaan yang diberi, adakala kita gagal atasinya. Anak arwah bijak dan pastinya arwah juga seorang yang bijak.

      AlFatihah

      Delete
  8. Allahu akbar...ap la kesudahan sy nti.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami semua doakan anda sentiasa sihat dan sejahtera

      Delete
  9. konfius sikit kenapa tajuk -ve hiv? -fahanis-

    ReplyDelete
  10. Saya nangis baca. Kkdg kita suka tgk org tu 'bersalah' dan terus menyalahkannya. tanpa kita faham isi hatinya. :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST