Thursday, 2 January 2014

LUKE - MANGSA NAFSU SERAKAH BAPA DAN ANAK JIRAN SEBELAH RUMAH



Hahaha.....camner nak cakap ek, ok saya mula dari awal.

Sebenarnya sejak dari kecil lagi saya sudah terjerumus dengan hubungan sejenis, semuanya gara-gara jiran disebelah rumah saya. Bapak dengan anak sama sahaja. Semasa kecil manalah saya tahu bab-bab gay nie. Saya pun ikut sajalah dia orang dan hampir setiap hari saya buat dengan dia. 

Bapak dia pulak setiap kali datang mesti ajak buat jugak, even walaupun ketika itu ada orang lain didalam dalam rumah. Bila mereka nak, mereka datang kononnya nak berkawan tetapi sebenarnya mereka nak mengawan huhu. Nak buat macam mana ketika itu saya masih kecil lagi, saya tidak beranilah nak melawan. Mereka itu umpama pemangsa dan saya adalah mangsa, mangsa nafsu serakah mereka. Selepas puas diaorang buang saya macam tu aje. Sampai saya besar, baru saya sedar tentang semua benda ni adalah perbuatan yang salah.

Tapi saya ada satu masalah, walaupun saya sudah berhenti buat benda tu, saya tetap masih bernafsu kat lelaki, saya cuba lari dari nafsu itu) tetapi tak dapat. Nafsu saya kuat kat lelaki. 

Saya cuba mencari Tuhan, kemudian saya jumpa seorang ustaz, sebab nak belajar tentang agama, tapi malangnya saya bernafsu pulak pada ustaz tu. Memang tidak boleh hilang rasa naluri ni. Saya sentiasa terbayang hendak melakukan sex setiap kali apabila jumpa lelaki, even kalau berselisih sekalipun. Saya lari lagi dari ustaz tu hahah. 

Kelakarkan bila baca…. 

Saya pernahlah berdoa supaya saya tidak jumpa dengan seorang lelaki pun even lalu (berselisih) sekali pun. Dalam bab berkawan, saya sentiasa lari kalau jumpa kawan lelaki malah ada yang lari dari saya pun ada. Last-last saya hanya kawan dengan perempuan, yang lelaki sekadar bertegur sapa saja. Saya tidak tahu macam mana lagi yang saya perlu buat.

Walaupun saya bernafsu kat lelaki tetapi kalau dalam bab bercinta memang saya tidak boleh bercinta dengan lelaki. Saya lebih kepada cinta dengan perempuan berbanding lelaki. Tapi nafsu seks pulak lebih kepada kaum lelaki, hanya bercinta sahaja dengan perempuan. Pernah saya cuba menyatakan (mengakui) yang saya ni mungkin sebenarnya seorang GAY. So saya cuba bercinta dengan lelaki tetapi tidak boleh. Tapi apabila dengan perempuan saya memang boleh sayang dengan girlfriend saya.

Ada setengah orang cakap yang saya jadi macam ni hanya sebab saya sudah rasa main dengan lelaki dulu, tapi belum pernah main dengan perempuan. Saya sudah buat macam-macam untuk berubah menjadi normal tetapi resultnya tetap macam tu. Ada setengah cakap yang saya ni mungkin seorang bisexual,  so saya approve (mengakui) sajalah. Mungkin ada betul nya jugak.

Apa pendapat abang Najmi?


LUKE




Salam Luke, 

“bercinta dengan perempuan, tapi nafsu kepada lelaki” – kalau macam ni samalah seperti seorang lelaki apabila telah berkahwin dengan seorang wanita, nafkah batin isteri mereka abaikan tapi dalam masa sama aktif “main” dengan lelaki dibelakang isteri.

Pandangan saya ramai juga lelaki gay tegar yang boleh mencintai wanita terutama yang berwajah cantik dan tubuh badan mereka yang menarik, mereka boleh memuji mengkagumi wanita-wanita yang cantik ini hanya sekadar suka melihat luaran wanita-wanita ini sahaja tetapi jika wanita cantik ini berbogel dihadapan mereka sekali pun pasti nafsu mereka tidak akan terangsang, silap hari bulan mereka akan menutup kedua belah mata. Adakah saudara Luke berada didalam ketogeri ini? Seorang yang mampu bercinta dengan wanita-wanita cantik dari luaran sahaja. Jika ya maka saudara tidak ada jauh bezanya dengan lelaki gay tegar yang lain.

Sebenarnya seperti yang saudara kata, naluri keinginan saudara yang lebih suka bercinta kepada wanita (saya anggap saudara masih ada perasaan seksual terhadap wanita) berbanding lelaki, itu antara  punca atau penyebab yang membolehkan saudara Luke mampu berusaha terus “switch off” kan naluri keinginan kepada lelaki, cuma saudara perlu bijak mengasahkan agar nafsu kepada perempuan (isteri) supaya lebih tajam, dan biarkan keinginan nafsu kepada lelaki dalam diri saudara terus tumpul berkarat. 

Saudara boleh mencintai seorang wanita, maka berusahalah menyukai mencintai mereka. Bagi gay tegar mereka pasti lebih sukar untuk menimbulkan keinginan nafsu kepada kaum wanita, tetapi bagi pandangan saya tidak sukar bagi saudara.

Pandangan saya juga lelaki bisekual ini mempunyai bilangan peratusan nafsu kepada kaum wanita dan lelaki yang berbeza. Mungkin seorang lelaki biseksual itu mempunyai nafsu seks sebanyak 50% kepada wanita dan 50% kepada lelaki, mungkin seorang lelaki biseksual yang lain mempunyai 20% keinginan kepada wanita dan 80% kepada lelaki (mereka ini yang agak sukar meninggalkan kegiatan seksual dengan lelaki) dan mungkin ada seorang lelaki biseksual yang lain keinganan kepada wanita 70% dan nafsu kepada lelaki 30% (mereka ini yang pada pandangan saya mampu mengawal diri dari terus terlajak melakukan aktiviti seks dengan kaum lelaki, dan mereka ini mampu mengawal nafsu songsang dalam diri mereka) Wallahuallam.

Mungkin saudara mempunyai keinginan seksual kepada wanita sebanyak 40% dan kepada lelaki 60%, dan pandangan saya saudara mampu mengubah peratusan naluri tersebuat agar keingian kepada wanita menjadi lebih tinggi. 

Elakkan diri daripada menonton porn gay atau melihat photo-photo lelaki sexy kerana perbuatan ini boleh menyebabkan naluri songsang saudara semakin meningkat. Elak segala aktiviti yang berkaitan dengan songsang sama ada dilakukan dalam alam maya mahu pun di alam nyata.

Sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan bantuan dari Allah terus berdoa kepadaNya minta agar kehidupan kita dilindunginya. Berpuasa boleh mengelakkan diri dari 24 jam terus memikirkan mengenai seks. Dan paling baik jika berkemampuan segeralah menikahi seorang wanita, insyaallah naluri songsang saudara  boleh terus dikawal dan insyaallah dari perasaan hanya mampu mencintai seorang wanita (isteri) naluri seks anda kepada wanita akan semakin menebal. – Naj Mi


4 comments:

  1. sye xtahu rasa sbenarnnye tapi maybe awk boleh distractkan diri awk dengan buat keje amal tapi maybe bergaul dgn mak cik2x sbb nak elakkan nafsu pde lelaki.appeun sye doakan awk dpt mghadapi dugaan dn tuhan eprmudahkan segala. ksian kat awk. tapi all the best for u okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur kartina,

      Maksud kartina saudara LUKE kena sibukkan diri dengan melakukan kerja2 yang berfaedah, sibukkan diri buat amal ibadat, mungkin juga kena kerap excersice (sebelah petang) agar kesibukan hidup itu boleh mengurangkan diri melayan naluri nafsu tu kan..:) Ya itu juga satu cadangan yang baik, boleh aje bergaul dengan makcik2 dalam masa yang sama kena bijak memilih kawan, LUKE kena pandai memilih kawan yang soleh, yang boleh mempengaruhi dirinya ke arah jalan yang lurus..kan...:)

      Delete
    2. JANGAN CEPAT PUTUS ASA..
      teruskan perjuangan mu kawan..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST