Sunday, 19 January 2014

KONDOM TIDAK 100% SELAMAT???

...HANYA MENGURANGKAN RISIKO PENULARAN HIV/AIDS SEBANYAK 30% ???  

Artikel ini saya pernah baca sejak lama dulu, cuma saya tidak ambil kisah sangat, walau bagaimanapun hari ini tergerak hati saya untuk sharekan maklumat ini, buat pengetahuan kita semua, mungkin masih ada dikalangan kita yang tidak tahu mengenainya. Benar atau tidak wallahuallam.



Para penyelidik di Naval Research Laboratory (NRL) dengan menggunakan mikroskop elektron berkuasa tinggi telah menemui bahawa liang rongga lubang pada kondom yang diperbuat daripada latex mempunyai kecacatan yang tinggi iaitu lubang rongga ini mempunyai saiz garis pusat 70 mikron (1000000 mikron = 1 mm). 

Saiz lubang ini adalah 700 kali lebih besar dari saiz virus HIV.

Malah menurut mereka adakalanya liang rongga pada kondom ini pada masa tertentu boleh ditembusi oleh sperma yang terdapat dalam air mani. 

Menurut Dr. Joe S. McIlhaney, Jr., terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa kadar infeksi chlamydial yang berlaku kepada mereka yang menggunakan kondom adalah sama dengan mereka yang tidak menggunakan kondom. 

Kesimpulannya ialah kondom gagal untuk melindungi wanita daripada trachomatis chlamydia sejenis penyakit yang sering dijangkiti di Amerika Syarikat yang disebabkan oleh bakteria jangkitan seks.




95.7% HIV/AIDS BERPUNCA DARI ZINA, PELACURAN, SEKS BEBAS 

Prof. Dr. H. Dadang Hawari dalam seminar tentang HIV/AIDS di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyatakan konsentrasi virus HIV/AIDS banyak terdapat pada cairan liang senggama, sperma dan darah. 

Kajian telah membuktikan penyakit AIDS disebabkan 95.7% melalui perzinaan dan pelacuran termasuk perilaku seks bebas dan homoseksual. 

Katanya lagi “Untuk menghindari tersebarnya virus HIV/AIDS, hendaklah dijauhi perbuatan yang mengarah kepada perzinaan, seperti pornografi (filem atau gambar lucah dan mengghairahkan), pelacuran, homoseksual dan seks bebas, ditambah lagi penggunaan NAZA (Narkotik, Alkohol dan Zat Adiktif)”.

Pemakaian kondom menurutnya, tidak 100% selamat, ianya hanya mengurangkan risiko penularan HIV/AIDS sebanyak 30%. 


Hal ini disebabkan material kondom mengandungi beberapa kelemahan seperti: 
 
• Bahan kondom terbuat dari karet (latex) yang merupakan senyawa hidrokarbon dengan polimerisasi; yang bererti berserat dan berpori bagaikan tenunan kain. 

• Pori-pori kondom dan virus HIV/AIDS hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop. 

• Sperma dapat dilihat dengan mikroskop biasa, sedangkan virus HIV/AIDS hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop. Kadar kegagalan penggunaan kondom dalam mengawal kehamilan mencapai 20%.

Di Indonesia setiap tahun terdapat 3,5 juta kehamilan yang tidak diinginkan, dimana 60% diantaranya minta digugurkan. Sekiranya penggunaan kondom untuk mengawal kehamilan tidak 100% selamat, apalagi untuk mencegah penularan HIV/AIDS.




TAHUKAH ANDA, TEMAN ANDA YANG SIHAT BOLEH SEBARKAN HIV/AIDS 

AIDS adalah sejenis penyakit yang tiada penawarnya pada ketika ini.  AIDS adalah penyakit yang membawa maut, dimana pesakit akan menderita lama sebelum kematian.

HIV ialah nama virus yang menyebabkan penyakit AIDS. 

Seseorang yang membawa virus HIV didalam badannya adakalanya boleh hidup selama 15 tahun atau lebih tanpa menunjukkan kesan penyakit AIDS pada dirinya. Dan ada pula yang dijangkiti virus HIV dalam masa beberapa bulan sahaja dijangkiti AIDS. Tetapi mereka ini boleh menyebarkan virus HIV ini kepada orang lain melalui hubungan seks, pendermaan darah atau darah ketika kemalangan kepada orang lain yang tidak berdosa.

Kadar jangkitan HIV/AIDS untuk wanita adalah lebih tinggi sekiranya teman mereka menghidap HIV/AIDS.



BAGAIMANA HIV/AIDS TERSEBAR 
 
• Melalui hubungan seks antara mereka yang menghidap HIV/AIDS kepada mereka yang belum dijangkiti

• Melalui pemindahan darah daripada mereka yang menghidap HIV/AIDS kepada mereka yang belum dijangkiti

• Melalui perkongsian jarum antara mereka yang menghidap HIV/AIDS kepada mereka yang belum dijangkiti.

• Ibu hamil yang menghidap HIV/AIDS kepada bayi yang dikandung melalui tali pusat. 

• Ibu hamil yang menghidap HIV/AIDS ketika melahirkan bayi yang dikandung. 

• Ibu yang menghidap HIV/AIDS ketika menyusukan anaknya. 

• Melalui darah mereka yang menghidap HIV/AIDS yang terkena pada kulit yang luka (walaupun luka kecil), kulit yang kering dan pecah dan rongga jerawat. 

• Melalui darah mereka yang menghidap HIV/AIDS yang terpercik ke anggota badan yang “basah” iaitu mulut, rongga hidung dan mata. (Mereka yang mengendalikan kes kemalangan dan kecederaan harus sentiasa berhati-hati dengan menggunakan sarung tangan getah, setiap kenderaan sekarang ini dilengkapi dengan kotak kecemasan yang mengandungi sarung tangan getah).



HIV/AIDS TIDAK TERSEBAR MELALUI 

• HIV/AIDS tidak tersebar melalui air liur, air mata, muntah, peluh, najis dan kencing mereka yang menghidapnya. 

• Perkongsian sudu, garpu, cawan, pinggan, tandas, talipon, pemegang pintu dengan mereka yang menghidapnya. 

• HIV/AIDS tidak tersebar melalui gigitan serangga atau nyamuk daripada mereka yang menghidapnya. PERANGKAAN MENGENAI HIV/AIDS 

• Lebih 20 juta kematian akibat AIDS dicatatkan di seluruh dunia sejak penyakit ini bermula pada tahun 1980. 

• Pada tahun 2003 terdapat 4.8 juta pesakit baru yang dijangkiti HIV. 

• 14,000 orang dijangkiti HIV setiap hari 

• 500,000 kanak-kanak dibawah usia 15 tahun mati akibat AIDS pada tahun 2003 sahaja 



APA YANG HARUS DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH HIV/AIDS

• Permudahkan proses perkahwinan untuk mereka yang ingin berkahwin 

• Jauhi zina dan sebarang perkara yang boleh mendorong kepada perzinaan, berdua-duaan, melihat gambar dan filem lucah, pergaulan bebas.

• Setia kepada pasangan masing-masing, jangan belaku curang. 

• Jauhi hubungan seks luar nikah. 

• Jauhi arak, dadah dan pil khayal. 

• Berpakaian sopan.


INGAT!!! KONDOM TIDAK SELAMAT SEPENUHNYA, PENGGUNAAN KONDOM MERENDAHKAN RISIKO JANGKITAN. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT" - Sumber Disini 




CAN THE HIV VIRUS PASS THROUGH THE PORES OF A LATEX CONDOM?

Hi, I heard that the HIV virus is so small that it can possibly pass through the pores of a latex condom. Is this information true? Also, what are the chances of contracting HIV from performing vaginal sex on a woman that is HIV positive assuming ideal conditions (condom stays intact and no leakage from the sides)?

Thank You. 


Response from Dr. Frascino




Hello, 

You heard what? Where are you getting this information? The Department of Irresponsible and Irreproducible Results?" No, HIV cannot pass through a latex condom. Why else would we wear them? Oh yeah, there are the glow-in-the-dark ones that make pretty nifty night lights, but really, my friend, I certainly hope you don't believe everything that you hear. Perhaps what you heard was that HIV can pass through certain types of "natural" condoms, like those made form sheep's intestines (Ramses). That is true. Those types of condoms are fine for preventing unwanted pregnancy, but do not protect against HIV.

So what's your risk, if we assume the "ideal conditions" you describe? Essentially nonexistent. Stay well.

Dr. Bob
 
Sumber Disini




11 comments:

  1. salam sedare nadzmi, artikel sedare menyebut, HHVIadis tidak menular melalui air liur. pada pendapat sedare adakah selamat sekiranya 2 individu negative hivaids melakukan seks oral dengan penggunaan kondom.

    ontheway to jazzlee afilia dhome for celabrate jazzle birthday party with friends, our supprise for him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rizal,

      Dua individu negatif HIV/AIDS melakukan seks? jawabnya TIDAK berjangkit sebab tiada HIV diantara mereka berdua, HIV hanya boleh berjangkit apabila pasangan kita itu ada HIV, jika dua2 tiada HIV macam mana nak berjangkitkan.

      Bayangkan abang atau kakak kita melangsungkan perkahwinan, atau Che Ta kahwin dengan Zain Saidi, mereka semua telah disahkan tidak ada HIV tak kan lah bila dah berhubungan tiba2 boleh dapat HIV, nanti semua orang takut nak kahwin. Kalau dapat jugak HIV bermakna pasti salah seorang pasangan itu sudah ada HIV ketika hubungan dilakukan.

      Wallahuallam

      Delete
    2. thanks sayang, nape x tanya lagi bahaya tak bila kita bercium, biar orang tau hebatnya cinta sayang pada sayang. bagus juga mungkin ingatan sayang buat sayang yang selalu lupakan sayang. buatlah begini selalu semoga sayang akan slalu bahagia dan bangga pada sayang.

      Delete
  2. Tqvm for sharing...bestnya nama Jazlee Ofilia

    ReplyDelete
  3. Wah menari2 kondom tu ya.

    ReplyDelete
  4. Baca Artikel ini rasa sedih bila melihat wajah isteri yang nyenyak tidur Sekarang,beliau NoN Plhiv.segala kasih sayang dia korbankan untuk suaminya.segala kehidupannya dikorbankan demi kasih sayang pada suaminya pembawa hiv+.Moga Allah melindunginya dari jangkitan virus hiv ini...AmiiiN hr21

    ReplyDelete
    Replies
    1. hr21

      Pastinya kerana sayang kepada pasangan kita maka hati kita akan berasa bimbang kemungkinan jangkitan boleh terjadi jika hubungan dilakukan, tapi jika CD4 tinggi dan Virol Load tidak dikesan, pandangan saya jangkitan agak sukar berlaku (wallahuallam)

      Delete
  5. amin, bangga betul ngan wife ko. harap aku dapat wife cam tu jugak

    ReplyDelete
  6. ish akak nih, nanti lekat plak gelaran tuh, dah banyak nickname yg saya dah dapat

    ReplyDelete
  7. Abang Najmi...

    Risaunya saya baca entry ni. Berulang kali ulang baca. Risaunya. Hm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wanita rahsia,

      Ya sudah tentu risau terutama dikalangan pasangan suami isteri yang sudah dan yang punya rancangan hendak berkahwin dengan pasangan yang positif HIV. Apa pun kita perlu dapatkan nasihat pandangan dari doktor mengenai pekara ini, mungkin mereka punya cara tersendiri dalam memberi nasihat pandangan yang boleh meredakan rasa bimbang dihati dikalangan pasangan NON PLHIV yang berkahwin dengan PLHIV.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST