Wednesday, 29 January 2014

JULIA - LAKONAN SUAMI SONGSANG BERKESAN

Kahwin hanya mahu zuriat bagi melindungi nafsu songsang.
photo hiasan


Sebagai anak yang patuh kepada perintah ibubapa, Julia (bukan nama sebenar) tidak pernah membantah atau menyalahkan ibu bapanya atas apa yang terjadi. 

Keputusan yang diambil Julia untuk berkahwin dengan Azizi (bukan nama sebenar) yang datang dari hatinya. Bagi Julia tiada alasan untuknya membantah sementelah segala keputusan hidupnya selama ini juga ditentukan oleh ibubapanya.

 “Tiada apa yang kurang pada Azizi apabila kami dipertemukan buat kali kali pertama. Dia memang segak, berpelajaran tinggi dan dengan pendapatan mencecah lima angka sebulan memang menjamin masa depan hidup saya serta bakal anak kami. 

“Tiada alasan untuk saya membantah perkahwinan aturan keluarga ini,” imbas Julia pada peristiwa kira-kira lima tahun lalu. 

Ketika itu usia Julia baru mencecah 25 tahun. Azizi pula bekerja disebuah negara di Eropah menjadi penasihat untuk sebuah syarikat perkapalan antarabangsa. 

“Masakan saya tidak teruja. Seorang penganggur seperti saya dapat berkahwin dan tinggal di Eropah, memang itu lah impian saya sejak zaman remaja lagi. Selesai majlis saya terus mengikut Azizi keluar negara dan tinggal bersamanya disebuah apartment yang boleh dikatakan mewah dan cukup selesa. 

“Perkahwinan kami memang bahagia, kami tidak pernah bergaduh. Azizi melayan saya dengan baik sekali. Dia cukup romantic dan pandai mengambil hati saya. 

“Walau masih banyak yang saya belum kenali tentang dirinya, tetapi saya berjanji untuk belajar dan memahami segalanya serta berusaha menjadi yang terbaik untuk Azizi,” cerita Julia. 

Genap tiga bulan berkahwin, Julia akhirnya mengandung, berita yang paling mengembirakan Azizi dan ahli keluarga mereka. 

“Sampai masanya saya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Azizi memang sangat gembira, saya juga gembira kerana kini bergelar ibu. Saya yakin kehadiran Puteri (bukan nama sebenar) menambah kebahagian keluarga kami,” katanya.


Rakan suami 

Sepanjang berpantang, Azizi memang memberi kerjasama yang bagus kepada Julia. Dia memgupah seorang pembantu bagi membantu Julia menguruskan bayi dan rumahtangga mereka. 

Kata Azizi, Puteri perlu disusukan sepenuhnya dengan susu ibu supaya mendapat zat yang sepatutnya ada pada seorang bayi. 

“Saya semakin bersyukur atas kehidupan ini, Azizi juga mahu mengadakan majlis kesyukuran dan akikah untuk Puteri dikediaman kami di London. 

“Ramai yang hadir, namun saya rasa tidak begitu selesa melihat seorang rakan Azizi, sorang lelaki berbangsa Inggeris yang saya lihat ’luar biasa’ mesra dengan suami saya. 

“Dalam majlis tersebut saja saya lihat dia tidak berenggang dengan Azizi. Pelik juga saya, dalam kesibukan saya melayan tetamu kami yang tidak begitu ramai, mata saya tidak terlepas melihat kemesraan Azizi dan Jack (bukan nama sebenar). 

“Dalam kemusykilan saya berusaha menidakkan apa yang saya rasa dan memaksa diri mengubah sangkaan buruk terhadap suami sendiri, “jelas Julia. 

Genap usia Puteri setahun, Azizi menganjurkan parti hari lahir Puteri dalam suasana penuh meriah. Julia juga merasakan sudah tiba masanya dia membawa Puteri pulang ke Malaysia berjumpa datuk dan nenek serta ahli keluarganya yang lain. 

“Permintaan saya dipandang sepi oleh Azizi. Dia seakan tidak mahu membawa Puteri pulang ke Malaysia, malah dia memberitahu saya bahawa saya boleh pulang seorang diri tanpa dirinya dan Puteri. 

“Dek kerana terlalu rindukan keluarga saya bersetuju pulang sendiri untuk seminggu kerana tidak sanggup berjauhan dari Puteri. Tiket kembali ke London sengaja saya beli kemudian kerana tidak mahu terikat dengan tarikh tersebut,” jelas Julia. 

Di Malaysia, Julia terpaksa memberi  1,001 alasan kepada ahli keluarga kerana tidak membawa Puteri bersama-sama. Julia juga yakinkan yang dia hanya balik sementara untuk melepaskan rasa rindu pada ibu dan ayahnya di kampung. 

“Disebabkan banyak masa terluang, pada waktu malamnya saya melayari internet. Entah kenapa, jari jemari saya tergerak untuk melihat akaun facebook Jack, dengan mudah akses saya sampai kecapaian tersebut. 

“Nauzubillah terkejut saya melihat beberapa gambar suami saya dengan aksi luar biasa dengan Jack. Ada aksi berpeluk, bercium mulut dan aksi tanpa pakaian dikatil yang cukup membuktikan apa yang saya takuti sejak pertama kali melihat Jack dimajlis kenduri Puteri. 

“Bergetar tubuh saya seakan mahu pitam melihat gambar-gambar tersebut yang mana masa ketika berkahwin dengan saya iaitu semata-mata mahu memperalatkan saya untuk mendapatkan zuriat,” ujur Julia panjang lebar. 

Julia tidak memberitahu Azizi kepulangannya ke London. Azizi ada menghubunginya, namun sengaja ditutup talian kerana Julia sukar membendung rasa kecewa terhadap sikap songsang Azizi. 

“Niat saya memang mahu berkonfrontasi dengan Azizi tapi saya mahu menunggu masa yangsesuai. Rupanya apa yang saya rancang langsung tak menjadi sama sekali. 

“Azizi dahulu yang telah merancang apa yang mahu dilakukan dengan saya. Dia rupanya memang mahu saya terus pulang ke Malaysia tanpa Puteri. 

“Akhirnya dipendekkan cerita saya terpaksa melalui beberapa proses guaman dan akhirnya dapat menuntut hak penjagaan keatas Puteri,”jelasnya. 

Walau peristiwa tersebut sudah lima tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatan Julia. Dia kini bahagia bersama Puteri walau mengusahakan butik muslimah secara kecil-kecilan dia yakin mampu menjadikan Puteri anak solehah tanpa seorang yang bergelar bapa.


Sumber - Utusan MEGA Malaysia (29 Januari, 2014)

 

17 comments:

  1. BESARNYA DUGAAN
    TAKPELAH PUAN, TERUSKAN HIDUP DISAMPING PUTERI
    DIDIK PUTERI JD ANAK YG SOLEHAH

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah, tabahlah Julia, perlahan2 maafkan Azizi, yg penting puteri ada bersama Julia. Doakan kebaikan untuk Azizi.

    ReplyDelete
  3. kekadang aku jadi benci pada diri sendiri.. keburukan sendiri, orang x bersalah plak kena tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bunuh diri sendiri sudah... xpasal masuk neraka touch n Go je.

      Pintu Taubat masih ada.
      nak atau tak... itu je..

      nak kata silap dan salah.. semua orang ada buat.. sebab iman turun naik..

      so, kenalah berusaha dan ikhlas dengan sebenarnya ikthiar untuk berubah.
      Kalau diri xmau berubah, jangan rosakkan orang lain punya impian.

      sebab hari ini, esp genetik melayu... suka sangat dengki.. psychooo.
      Kalau tak mahu membantu..
      Jangan nak menyusahkan.

      Delete
    2. Semua org ada keburukan jazzlee. Kl betul2 mahu kita boleh bahagiakan org lain.

      Delete
    3. Aku tak rasa jazlee begitu jahil sehingga hendak bunuh diri. Mcm mana nak jadi doktor kalau ckp merapu mcm ni..hrmmm

      Delete
    4. Define :
      1.merapu?
      2. Bergurau?
      3. Mengusik?
      4.tak boleh bergurau?
      5. Motivasi?
      6. Mendemotivasikan?
      7. Cabaran?
      8. Pendirian?
      .... Di dunia ada banyak manusia..
      Pernah dgr cerita bapa dan anaknya bersama keldai peliharaannya?...

      Kalau tau..bagus. Berusaha keras...kerana kamu mungkin boleh jadi manusia hebat.

      Aku tak kisah pun nak kena kutuk..
      Hihi.. Aku dah lama dalam dunia maya dan blog...

      Experiences teach me.

      Asal kita kenal siapa kita.. Kita tak akan takut pada bayang2...

      Thanks.

      Delete
  4. Salam...sedih sgt2 baca kisah nie.. hope julia tabah...
    Sy pun ada masalah yg lebih kurang sama...
    Sedih sgt bile dapat tahu suami suka sama jenis... dah bincgn dengan dia..
    Dia xjwb ye atau tidak...tp sy taw dia wat sbb semuanye jelas..
    Sy harap dia ley berubah, walaupun en.najmi selalu ckp lelaki yg ade naluri mcm nie susah nak berubah..
    Skrg sy ngh pregnent, xtaw nak luah kat sape dan kalau boleh mmg nak jaga aib suami..
    Tolong sy kwn2, wlupun lepas bincg nak wat mcm biasa balik mcm susah...asyik nagis2..
    Nak marah dia pun tak taw mcm mne, sy dh anggap benda nie dugaan sy..
    Tp sy xtaw sampi bile sy ley kuat hadapinye.. klu sy mmpu sy akn cuba sabar n tabah sehabisnye..
    Sy ade ckp kat dia, klu dia still kearah tu tlg lepaskan sy dengan baik...sy syg sgt2 dia...tp klu itu takdirnye sy readha...
    But dia mmg baik sgt2 layan sy,, cuma mungkin silap dia xkawal naluri songsang dia..
    Boleh ke sy jd setabah pn wanabie?? Usia perkahwinan kami pun masih terlalu bru..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya pasti betapa sukar dan sedih deritanya hati puan menghadapi masaalah ini, banyak nasihat yang telah diberi dalam entri2 lalu dalam blog ini, pada saya puan ikut gerak hati, jika rasa tidak mampu dan tidak sesuai bersamanya (jika jelas dia masih melakukan aktiviti tersebut) sebaiknya berpisah. Bukan apa saya risau jika dibiarkan mungkin akan memudaratkan puan kelak. Tapi kalau gerak hati kuat mengatakan yang suami berusaha mahu berubah, maka puan sebaiknya membantu beliau.

      Jika boleh berjumpa lah pakar yang berkaitan luahkan isi hati dan minta pandangan mereka tanya apa yang harus puan lakukan. Semoga puan terus kuat menghadapi dugaan ini...

      Sukar saya faham tapi pasti ada jalan penyelesaiannya...

      Delete
    2. Puan, saya yakin suami puan akan berubah. Harap puan tabah lalui ujian ini.

      Delete
  5. Amin... thankz en najmi n anonymous ats nasihat dan semangat..
    tp betul ke dia akan berubah?
    Hope Allah bantu sy untuk terus tabah...
    Sy mmg berharap dia tak sia2kn peluang yg sy bg, tp klu dia rasa benda tu lebih penting bg dia..
    Sy rela dilepaskan, dengn cara baik..
    Sy nak kejujuran, keikhlasan.. sy xkn berdendam...hati sy hancur sebenarnye tp cuba berlaku kuat utk hubugn ini..
    Ya Allah, bantu lah hamba mu yg lemah ini dlm segala ujianmu..
    Doakan sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, kalau rajin puan bangunlah buat solat taubat dan solat tahajud mohon pertolongan daripa Allah. Insya allah, allah akan bantu puan. Berilah peluang kepada suami puan untuk berubah. Beliau perlukan masa. Puan dihantar oleh Allah utk menolong beliau. Yakinlah.

      Delete
    2. Setuju...puan kena banyak solat hajat berdoa minta Allah bantu, insyaallah segala masaalah boleh terlerai dengan baik nanti sama ada cepat atau lambat aje, pasti Allah akan bantu, Dia tahu segala2nya yang terbaik buat puan, sama ada masih bersama atau tidak. Jangan putus asa, saya doakan yang terbaik buat puan.....

      Delete
  6. InsyaAllah...sy akn cuba sedaya upaya sy.. sy rasa Allah berikan kekuatan kepada sy dengan adenye anak dlm kndungan nie...
    Sy percya Allah bg dugaan ini kepada sy krn sy mampu hadapinye.. cuma sy insan biasa, kekdng rasa tidak sangguh hadapinye seorang diri.. hanya padaNya sy meluahkan sy bergantung, apa yg berlaku seterusnye sy readha...
    Harap ape yg sy buat xkn disia-sia oleh si dia... sy akn berusah bntu dia, sy hanya mampu berdoa-doa..
    Semoga sy akan jd isteri dan ank yg solehah... tp sy juga xpasti sampi bile sy akn bertahan dan terus bertahan..
    Doakan sy...

    ReplyDelete
  7. kenapalah sedara mara suka sangat carikan jodoh untuk saya rimas laaa.. saya takut nak kawin .. tak nak anaiya seorang isteri ... saya memang gay tak de nafsu kat perempuan.. hadoiiii rimas la sumua tanya bila nak kawin .. bila nak kawin.. ko natknak kawin ke.. tak nak ada anak ke... memang nak ada anak tapi taknak kawinnnnn .. mcammana nak tut ngan isteri kalo suka k***k je .. please la... masyarakat jangan paksa orang kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Sabor aje lah...beri lah apa2 alasan bila setiap kali ditanya mengenai perkahwinan, dugaan jugak tu....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST