Monday, 13 January 2014

HARRY - TOK CIK SAYA GAY, MATI KERANA AIDS KETIKA USIA 55 TAHUN.

photo hiasan

Saya ada masalah abang, saya nak berkongsi tetapi tidak tahu dengan siapa sebab sudah 6 bulan saya pendamkan sahaja. Tapi akhirnya saya terpaksa juga saya buat tapi bukan buat perkara yang tidak elok. Abang boleh saya minta pendapat abang ke sebab saya bingung sekarang ni.

Abang saya terus terang memang pernah terlibat dalam gejala yang berisiko ni tahun lalu. Tapi sekarang saya tidak lagi buat perkara tu. Medical cheak up saya ok sampai hujung tahun depan dan saya baru sahaja buat HIV test dalam minggu ni. Abang tak tahulah macam mana ni sekiranya result ujian itu apabila keluar nanti, saya risau juga abang tentang result tu nanti dan apa yang harus saya buat jika saya positif HIV?

Saya tak tahulah abang, macam ni abang mula-mula takut juga hendak buat HIV test tu, tapi last saya cuma beranikan diri saya tak tahu lah bang macam mana keadan keputasan nya nanti sekarang saya ok sahaja dan masih rasa sihat, hanyaa Allah swt sahaja yang akan tentukan nanti.

Selama saya membaca blog abang telah membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini. Ya abang saya menitis juga air mata ni kerana abang sudi terima saya sebagai rakan dalam Facebook, alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak abang Naj Mi, harap kita terus berkawan selama-lamanya ya bang.


"Yang hanya saya mampu nasihatkan kepada Harry, dia perlu bertenang dan jangan takut dan risau untuk jalani ujian HIV, insyaallah kita kena doakan yang baik-baik aje, dan alhamdulillah saudara Harry telah kuatkan hati dan dia akhirnya telah beranikan diri melangkah melakukan ujian HIV tersebut. Baru-baru ini saudara Harry mengirim message lagi kepada saya......." - Naj Mi


 
Assalamualaikum abang Najmi,

Saya sudah dapat keputusan HIV test dan resultnya adalah non reactive. Syukur abang kehadrat Allah swt yang bagi peluang untuk saya taubat. Walau macammanapun saya tetap akan memberi sokongan kepada PLHIV, sebab saya sendiri pernah merasai bagaimana keadannya apabila orang tersayang yang dekat dengan kita menghidap HIV, coz adik lelaki nenek saya pun bekas HIV positif dan sudah hampir lima tahun dia meninggalkan kami.

Begini ceritanya........

Arwah adik lelaki nenek (tok cik) saya dulu pun seorang GAY, dia tidak berkahwin dan bujang. Arwah meninggal dunia ketika berumur 55 tahun. Tak tahulah abang mungkin sebab lambat sangat arwah mendapatkan rawatan, sebab lambat sangat dia dikesan ada HIV. Apabila dapat tahu pun keadaannya ketika itu dah teruk. Hanya dalam masa setahun sahaja arwah mampu bertahan, dia sakit bermula pada tahun 2004 sampailah ke tahun 2005.

Kami tidak tahu pun yang dia sakit, mula-mula tu keadaan tubuh badannya berubah menjadi kurus secara mendadak. Tapi ketika itu dia masih ok dan boleh berjalan dan uruskan diri. Arwah tu memang degil sedikit. Tidak lama lepas tu dia alami cirit birit yang kronik, ketika itu kami masih belum tahu dia sakit apa.

Lepas tu barulah ada tanda-tanda HIV yang kami tengok. Apabila badan dia mula keluar bintik-bintik dan ruam berwarna ke"ungu"an barulah kami tahu yang dia ada HIV. 

Dua kali arwah tambah darah semasa dihospital, tapi dia masih lagi tidak mahu sembuh dah sebab ketika itu keadaan arwah sudah semakin kronik. Abang kalau nak tahu ubat HAART yang diberi doktor pun tidak dapat membantu arwah lagi. Memang ketika itu sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Yang kami hanya tahu virus itu sudah ada didalam badan arwah selama satu tahun.

Arwah seorang pekerja kerajaan dan seorang yang tidak kedekut arwah sangat pemurah tetapi dalam diam dia menyimpan rahsia mengenai dirinya. Dia selalu membawa lelaki dalam kereta dia kami hairan jugalah, kalau kami tanya siapa yang bersama dia, dia hanya akan cakap mereka itu kawan. Selalu sangat bertukar-tukar lelaki malah ada yang kami tahu kawan yang dibawanya yang ikut dia juga adalah penagih dadah wallahuam.

Abang yang peliknya satu tahun sebelum dia jatuh sakit, selalu dia menyimpan tisu di dubur dia, tak tahu apa yang tidak kena dengan dubur dia. 

Ketika arwah meninggal dunia, keadaan tubuh badan arwah sangat kurus hanya tulang saja yang nampak tetapi tidak ada kudis, tidak ada bau busuk tetapi kami sangat sedih. Abang kami tidak dapat minta maaf dan minta ampun dengan arwah. Arwah meninggal jenazahnya dicucikan dengan clorox dan dibalut dengan beg plastik putih saja yang dipakaikan untuk mengkafankan dia. (urusan jenazah klik disini)

Dan semasa pengkebumian jauh juga dia di kubur, dekat dapat dekat ditanah kuning dia di kubur. Abang sebelum dia di kubur di sekitar liang lahat telah tabur serbuk anti kuman supaya kuman tidak hidup di tanah perkuburan. Itu saja yang saya ingat mengenai kisah adik nenek saya itu. 

Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman disana, dan saya harap sangat agar Allah telah mengampunkan dosa-dosanya sebelum dijemputnya. Semoga arwah sempat bertaubat.


HARRY
(bukan nama sebenar)




Salam Harry,

Pertama sekali terima kasih kerana berkongsi kisah, abang hanya mampu berdoa agar arwah tok cik Harry ditempatkan bersama dengan orang yang soleh disana. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran arwah, tetapi melalui tanda yang diberitahu tiada kudis tiada bau busuk jenazah mudah-mudahan semuanya itu adalah petanda baik. Tetapi kita berdoa semoga pengakhiran arwah dalam keadaan baik dan segala kesilapan yang telah arwah lakukan dulu telah diampunkan oleh Allah, mudah-mudahan arwah sempat bertaubat.

Kisah berlaku hampir 6 tahun lalu, ketika kefahaman masyarakat mengenai HIV/AIDS masih agak kurang, stigma masyarakat terhadap PLHIV dan kepada jenazah PLHIV masih menebal, sebab itu sekitar liang lahat dan tanah perkuburan arwah ditaburkan dengan serbuk anti kuman. (kenapa tidak dilumurkan sebuk atau cecair anti kuman kepada mereka yang mengiringi jenazah tersebut - tapi itu dulu lahkan) Pada hari ini abang tidak pasti adakah masih ada lagi peraturan agar ditaburkan serbuk anti kuman tersebut.

Walaubagaimana pun semoga arwah tenang disana dan alhamdulillah saudara negatif HIV - Naj MI


13 comments:

  1. kalaulah rizal dpt baca (urusan jenazah klik disini), tentu bagus untuk dia, mungkin boleh insaf kot, tgk kubur pun saya dah takut dan gementar.

    ReplyDelete
  2. Tk leh byg kan kalo di kebumikan dgn mcm tu n tk tahu nk ckp bila baca cerita ni.. Takut jugak bila difikirkan..

    ReplyDelete
  3. abg najmi,
    malam td layan drama kat tv3 tu setulus ikhlas, macam tu skali digambarkan mereka yang kena aids...selaku plhiv saya, menitis air mata mengenangkan nasib diri... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Nak wat cam na dah takdir buat PLHIV, tapi mudah2an dimasa hadapan setiap jenazah PLHIV tidak diaibkan sedemikian rupa, dan mudah2an tanggapan masyarakat terhadap PLHIV akan berubah dan gambaran didalam drama atau filem diperbetulkan atau tidak digambarkan yang buruk2 ajekan...

      Delete
    2. Anon 10:31, tak payah laa fikir yang bukan2..awak dekatkan laa diri dengan Allah. Walau sebesar gunung uhud sekalipun dosa kita, kalau kita bertaubat insya allah, Allah pasti akan mengampuninya. Gambaran yang ditunjukkan dalam media tentang PLHIV tidak tepat sama sekali. Awak tak baca ke temubual dalam akhbar tahun lepas pengalaman yang diceritakan oleh insan yang menjaga PLHIV dan beliau menceritakan majoriti PLHIV yang kembali menemui penciptanya adalah dalam keadaan yang amat baik sekali. Malah ada jenazah PLHIV yang peluh tidak henti2 keluar di dahi walaupun telah dikafankan. Apa yang penting adalah untuk kita memperoleh keampunan Allah. Biarlah kita dipandang hina oleh manusia tetapi dipandang mulia oleh Allah. Hidup kita bukannya untuk mendapat keredhaan manusia tetapi kerdehaan Allah.

      Delete
    3. Salam Anon 10:30

      Boleh linkkan kepada saya kisah temubual tu, mungkin boleh saya sharekan dlm blog saya nanti....:)

      Delete
  4. skrang barulah leh faham, nape mak bapak dok paksa pi hantag jenazah sampai kubur dan dengar talkin. nak bagi kita insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE,

      Benar galakan kita ziarah jenazah dirumah dan mengiringi jenazah ke pekuburan semuanya untuk kebaikan diri kita, bagi menginsafkan kita semua yang masih bernyawa agar boleh perbetulkan jalan hidup. Islam menggalakkan umatnya (sunat) supaya menziarahi orang sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.


      Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

      "Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."

      (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Delete
  5. Mati adalah sstu kejadiann yg pasti dimana ianya tidak akan lewat @ tercepat walaupun sesaat. ALLAH maha kaya, insyaAllah pengkebumian hiv pasti akan berubah. Plhiv juga hambanya pasti Allah menyayanginya seperti hamba2 lain. Jangan risau jom kita kuatkan taqwa kpd Allah.

    ReplyDelete
  6. Salam.. Pengalaman sendiri menguruskan jenazah plhiv.. Jenazah meninggal hari kamis mlm jumaat selepas isyak.. Sebelum meninggal jenazah minta dimandikan Dan nengambil air sembahyang.. Jenazah meninggal setelah solat ketika tido dlm keadaan tangan sudah qiyam.. Mlm itu hujan turun lebat sgt sedangkan sudah sebulan x hujan.. Tanah lembut mudah untuk membuat liang lahad.. Ketika dimandikan muka bersih n tenang.. Menangis saya ketika itu.. Kuasa Allah.. Urusan jenazah sgt mudah.. Sampai skrang masih ingat Dan terbayang muka arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah, syukur mudah2an arwah tenang bersama dengan orang yang beriman disana...Al Fatihah

      Delete
  7. Jangan la jadi manusia yang kejam dan cetek pemikiran tu.sya bkn la plhiv tp sya dapat rasa kan perasaan plhiv ketika hidup dan meninggal dunia.sampai nak guna clorox nk mandi kan n letak serbuk di kubur.jijik sangat ke insan ini.tersentuh betul bila baca bila manusia yg sama agama buat mcm ni.mohon buka la sikit minda tu.jangan pandang hina mereka ni.mungkin mereka lagi mulia dari kita yg idup sihat ni.YaAllah -akmaldanial-

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST