Saturday, 25 January 2014

HAART - STOCRIN DITUKAR KEPADA EFAVIRENZ

Mylan Efavirenz EFAMAT

Hari ini seperti biasa setiap bulan saya ke hospital untuk mengambil bekalan ubatan HAART, kebiasaanya sudah lebih 2 tahun saya menerima ubatan jenis TENVIR-EM bersama STOCRIN (efavirenz)  tetapi.... 


.....pada hari ini saya menerima TENVIR-EM bersama ubatan lain yang diberi nama MYLAN EFAVIRENZ, ubatan baru berbeza apabila kita melihat pada nama, kotak dan botolnya.



"Ubat apa ni", saya bertanya walaupun sebelum ini saya pernah nampak kelibat ubatan Mylan Efavirenz ini didalam sebuah secret group di facebook.

"Ubat ni sama macam dulu," beritahu ahli farmasi tu kepada saya. Saya berlalu tanpa bertanya apa-apa lagi.

Bermakna ubatan MYLAN EFAVIRENZ ini kesannya sama seperti STOCRIN EFAVIRENZ. 

Apabila sampai dirumah saya cuba mencari perbezaan diantara kedua jenis ubat ini, kata hati saya sudah pasti ada perbezaanya. Jika diperiksa isi kandungan ubatan tersebut saya sendiri tidak faham, tapi oklah mungkin betul isi kandungan ubatan ini sama seperti yang diberitahu, hanya berbeza kotak, botol dan pada namanya sahaja,

cuma..........

MYLAN EFAVIRENZ dihasilkan di negara INDIA.
Ubat ini adalah ubat GENERIK (klik disini)

Manakala STOCRIN EFAVIRENZ dihasilkan di AUSTRALIA

Bermakna masih ada perbezaan disini, harga ubatan MYLAN EFAVIRENZ (RM220 sebotol bekalan untuk sebulan - 30 biji) mungkin harganya lebih murah jika dibandingkan dengan STOCRIN EFAVIRENZ (30 biji) wallahualam

Walau bagaimanapun sebagai PLHIV yang menerima rawatan serta ubatan PERCUMA dari hospital kerajaan selama ini, saya masih tetap bersyukur. Alhamdulillah.....


*Harga Ubatan HAART (klik disini)

*Apa itu Ubat Generik? (klik disini)



23 comments:

  1. Mungkin kualitinya sama, kerajaan mencari alternatif baru dlm menangani kenaikan kos, saya yakin kemajuan teknologi akan menghasilkan kaedah perubatan HIV yang lebih effective.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      SETUJU, apatah lagi bilangan PLHIV yang semakin bertambah....Bukan sahaja dalam kes HIV/AIDS sahaja dalam kes penyakit lain juga mungkin mengalami masaalah yang sama bertukar ubatan lain (tetapi sama) dari masa kesemasa.

      Bukan semua yang mahal itu bagus malah ada yang murah tu lebih baik lagi kan....:)

      Delete
  2. salam en nadzmi, btul kata en nadzmi saya kekadang migrain (pikiag banyak sangat), p lam wah weee ubatnya mahal gilerrr, nasib baik majikan tanggung, leganya tak pun, laih2 p farmasi bli pain killer baru rm6, sekali telan 2biji terus hilang migrain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Nasib ada majikan tanggung safe duit dalam poket kan.

      Macam saya ni pun sama syukur kerana dapat ubatan dan rawatan percuma kalau tak dapat entah lah...rasanya dah lama pergi........:( tentu tak kenal siapa JAZZLEE, MW dan ramai lagi kat luar sana.

      Syukur alhamdulillah....:)

      Delete
    2. Mmg betul najmi. Bersyurkan mrk yg bekerja dgn big company yg betul2 jaga kebajikan pekerjanya kan. Mcm kita yg kuli ni kena betul2 jaga kesihatan supaya tak sakit sbb utk masuk hospital swasta mmg tak mampu.

      Delete
    3. Salam Anonymous

      Yang kuli2 tu pun ok lah jugak sebab rezeki masih ada masuk tapi yang "tanam anggur kat laman rumah" macam saya ni. Tapi nasib baik ada bantuan Hospital Kerajaan, bayangkan kalau rakyaat di Spore, sampai saya dengar PLHIV disana tyerpaksa dapatkan bekalan ubatan yang jauh lebih murah di negara Thailand.

      Delete
    4. Wow..diaorang langsung tak dpt ubatan free kan. Mcm mana bg mrk yg dpt drpd suami atau anak2 yg dpt drpd ibu atau melalui pemindahan darah Najmi?

      Delete
    5. Salam,

      Yang saya tahu macam tu lah, tak pasti pulak sama ada isteri yang dapat HIV dari suami atau anak2 dr ibu dapat bantuan, tapi rasanya tidak kut, mungkin dapat bantuan dari pertubuhan2 yang berkaitan, tapi bukan dari kerajaan. Setahu saya tak ada free disana, lantak lah kamu terainaya ker atau tak, itu yang saya tahu lah. Tapi mereka boleh guna wang simpanan mereka dalam EPF mereka, ada yang habis duit sebab tu terpaksa beli di Thailand.

      Mungkin maklumat saya ini agak ketinggalan, jika ada pembaca yang ada maklumat terkini boleh kongsikan disini...:)

      Delete
  3. Rasanya skrg dah ada ubat baru..lebih efektif dan kesan sampingan yg minimum najmi. Tapi agak mahal. Mungkin kena tunggu yg generic masuk baru murah sket. Stocrin yg dr india tu ubat generic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Biasalah yang dikatakan bagus dan terbaru tu tentu mahal harganya, kalau tengok senarai harga ubatan HAART memang mahal, tak mengapa kita tunggu ubatan generic yang baru dan bagus tu nanti.

      * melalui pemahaman saya ubatan GENERIC bernaksud ubatan bukan berjenama dan bukan ubatan palsu.

      Delete
  4. Najmi, saintis meramalkan dlm tempoh 5 tahun dr skrg cure kepada hiv akn ditemui. Sama2lah kita berdoa kpd Allah semoga usaha ini berjaya.

    Smlm saya tgk kat tv pasal hantavirus yg dibawa oleh tikus menyebabkan byk kematian di US. Hantavirus takder cure. Takut kan. Kita kena jaga kebersihan rumah supaya tidak menjadi sarang tikus. Begitu juga pilih tempat mkn. Kalau kedai mkn tu kita nampak ada tikus maknanya kotor lah kedai tu. Jgn mkn kat kedai yg kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mudah2an ada penawar yang benar-benar boleh menghapuskan virus itu nanti, kesian kepada mereka yang terainaya mendapat HIV bukan sebab salah sendiri tu kan, seperti para isteri dan anak2 kecil serta yang mendapat dari kesalahan kesilapan kelalaian manusia (pembedahan contohnya) mereka ini yang perlu dapatkan penawar itu segera.

      Selain tikus risau juga bab nyamuk ni...sampai kuthbah jumaat lalu dimasjid disini cakap pasal denggi.....

      Delete
  5. Betul najmi. Ubat generik bkn ubat palsu. Setiap ubat yg dihasilkan ada patent sbb nak melindunginya drpd di tiru oleh org lain. Yerlaaa diaorang dah peruntukan masa yg lama dan duit yg banyak utk buat research tetiba diambil oleh org lain.

    Tapi patent utk setiap ubat cuma utk tempoh 20 tahun rasanya. Selepas itu org lain boleh hasilkan ubat yg sama. Kos dia lebih murah sbb tak perlu buat research utk hasilkan ubat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Saya biasa dengar mengenai ubatan generik sebelum ni tapi saya tak ambil tahu apa sebenarnya ubatan tersebut, tetapi bila saudara/i bangiktkan tentang ubatan generik tu saya terpanggil nak cari (google) makna sebenar ubatan generik tersebut, alhamdulillah dari tak faham dah faham sikit2...almaklumlah tak semua yang orang lain tahu dan faham, saya juga kena tahu dan fahamkan, tapi sekarang dah faham sikit2...:)

      Terima kasih

      Delete
    2. Tapi kan kalau kerajaan tandatangan TPPA kerajaan tidak boleh lagi beli ubatan generic. Kena beli ubatan yg original. Harganya sudah tentu jauh lebih mahal.

      Delete
  6. Abg najmi bukan makan ubat 1 biji sehari ni? Uhmmm rasa nya macam pernah baca kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZeroFive

      Salam...ya abg makan ubat sekali sehari, 2 biji ubat makan sekali double ( tenvir EM dengan Stocrin) pukul 10 malam...bukan sebijik sehari....:)

      Delete
  7. Assalamualaik Abang Najmi,

    Saya juga mendapat ubat yang sama Mylan brand. Saya tahu ia mungkin ubat generic memandangkan ia made in India. Tiada masalah kerana banyak ubat generic dan selalunya KKM akan memantau dan nengesahkan keberkesanan ubat tersebut. Memang ada ubat terkini di developed countries. Namanya adalah atripla. Tetapi melalui kenalan saya dari luar negara, ubat ini tetap ada kesan sampingan mengikut individu tertentu.

    Di sini juga saya ingin berkongsi kepada semua penghidap HIV yang telah memulakan HAART untuk mengambil probiotics dan glutamine bagi mengelakkan lipodystrophy dan muscle mass lose. Saya telah mendapat maklumat ini daripada seorang pakar nutrisi. Minum air yang banyak dan selalu lakukan senaman. Makan makanan yang sihat.

    Jika perkara yang saya kongsi ini adalah kurang tepat, saya amat mengalu2kan kumpulan perubatan dan pakar nutrisi untuk memberikan fakta yang lebih tepat.

    Wallahua'lam,
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MFZ,

      Saya juga ada baca untuk mengelak berlakunya kesan Lipodytrophy dan musle mass lose akibat ubatan yang kita makan, kita perlu rajin melakukan senaman dan makan makanan yang sihat.

      Tapi bagi mereka yang memulakan HAART ketika CD4 sangat rendah dan juga sebab faktor usia tua (seperti saya) kesan Lipodytrophy sangat mudah berlaku jika dibandingkan PLHIV yang memulakan HAART ketika CD4 mereka masih tinggi dan diusia yang masih muda kesan keatas mereka lambat berlaku.

      Probiotics dan glutamine tu dalam bentuk apa? Dimana boleh kita dapatkannya?

      Delete
    2. Abang Najmi,

      Probiotics boleh dibeli di farmasi Watson. Harga cuma RM15 untuk 30 kapsuls.

      Bagi glutamine pula, abang boleh membelinya di GNC store dalam bentuk powder. Ada juga dijual dalam bentuk pil, tetapi glutamine dalam bentuk powder lebih berkesan. Harga di GNC adalah dalam lingkungan RM200 untuk 500g.

      Selain di GNC, abang boleh dapatkan glutamine di pasaran dalam talian internet. Abang boleh google glutamine store in Malaysia. Atau di www.lelong.com.my. Search glutamine dan terdapat pelbagai jenama2 glutamine dijual di sana. Harga pula sekitar RM100 dan ke atas mengikut jenama-jenama tertentu.

      Abang bolehlah cuba... Selain itu saya ada ambil fish oil, garlic oil dan habbatussauda' dalam bentuk softgel. Saya juga ambil vitamin C, madu tualang dan sekali sekala makan peria katak dan air daun sup.

      Berat badan saya pada ketika ini adalah dalam BMI yang ideal. Alhamdulillah. Saya fikir, bagi mereka yang memulakan HAART lebih awal dengan bacaan CD4 yang agak tinggi boleh mengekalkan BMI ideal dengan mengambil pemakanan dan gaya hidup sihat.

      Saya harap abang juga akan mendapat mengatasi kesan kehilangan lemak akibat memakan ubat HAART yang terdahulu. Yang penting fikir positif. InsyaAllah keputusannya juga akan positif. :)

      Sekadar Berkongsi,
      MFZ

      Delete
    3. Salam MFZ,

      Mahal sungguh Glutamine tu tak mampu bagi abg nak belinya..tak pa lah abg hanya amal habbatus sauda sahaja cukup lah, ikut kemampuan kan, walaubagaimanapun terima kasih dengan maklumat tu, kalau abg jalan ke shopping mall insyaallah abg skodeng2 tanya sahaja berkenaan Glutamine tu di GNC, dan juga probiotics...insyaallah...:)

      Delete
  8. Salam,
    Saya baru sja mula mengambil HAART lebih kurag 3 minggu. tidak dinafikan saya teteap menerima kesan ubat tersebut.. saya nk bertanyakan soalan kpd rakan2 sekalian... adakah apabila kita start HAART tekanan darah akan naik....?? mohon penjelasan.. oleh kerana saya skip schedule dgn doc atas urusan out station.. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Saya tidak pasti mengenai pekara itu, sebagaimana yang saya tahu kesan sampingan akibat HAART adalah berbeza diantara satu sama lain termasuk berkaitan dg tekanan darah naik ni.

      Pengalaman saya sejak mula makan HAART pada tahun 2010 (SLN30) dan kemudian tukar ubatan lain (tenvir em dan stocrin) pada dua tahun lalu, saya tidak ada masaalah dengan tekanan darah saya, alhamdulillah semua ok.

      Nasihat saya saudara tanya kepada doktor nanti ya, sebab saya tidak dapat jawab pertanyaan saudara dengan tepat....:) Skip schedule atas urusan out station tak mengapa asalkan saudara beritahu terlebih dulu kepada doktor atau nurse yang merawat saudara.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST