Friday, 10 January 2014

AZLAN RAZALEE - TEMAN LELAKI SAYA MAHU KAMI BERHIJRAH KE USA AND STAY THERE FOREVER


Assalamualaikum Saudara Najmi,

Terlebih dahulu terima kasih kerana sudi membaca e-mail saya ni. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Najmi dan saya doakan agar tahun 2014 ini membawa keberkatan dalam kehidupan Najmi. Insya Allah. 

Untuk pengetahuan najmi, saya Azlan Razali Razalee (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun. Tujuan saya menaip e-mail ini kerana saya mahu mendapatkan pendapat saudara Najmi sendiri kepada masalah saya ini. Saya selalu mengikuti blog Saudara Najmi hanya sebagai silent reader. Saya kagum dengan nasihat-nasihat yang saudara berikan. Blog saudara memberikan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada reader. Ilmu yang saudara kongsikan ini insya allah sebagai bekalan untuk hari akan datang kerana salah satu amalan yang akan dihitung setelah mati anak adam itu adalah ilmu yang bermanfaat.

Perkongsian Saudara Najmi terhadap segala macam pandangan dan ilmu banyak menyedarkan saya yang kadang-kala lalai dalam menongkah arus kehidupan. Terima kasih kepada saudara Najmi.

Pada hari ini timbul perasaan untuk menceritakan masalah saya kepada Najmi. Biarpun kita tidak mengenali saya amat mengharapkan pandangan saudara mengenai masalah yang dihadapi oleh saya.


Najmi, 

Apabila menjangkau usia 35 tahun dan masih bujang, banyak soalan-soalan yang kadang kala sukar untuk saya memberikan jawapan. Soalan yang kerap ditanya mengenai bilakah hendak berumah tangga. Untuk pengetahuan Najmi saya berasal dari utara tanah air dan kebanyakkan masyarakat di sini (Najmi faham-faham sendirilah ye). Saya anak sulung dari XX adik beradik. Semua adik beradik yang lain sudah berkahwin dan beranak pinak. 

Untuk pengetahuan Najmi, saya seorang bisex dan saya hanya menyukai orang yang lebih tua dari saya. Ketika berusia 23 tahun, saya baru memulakan career saya dan ketika itu saya berkawan rapat dengan seorang kakak di pejabat saya yang 5 tahun tua dari saya. Hubungan kami berteruskan sehingga 2 tahun dan saya mengambil keputusan untuk meminangnya. Namun, mendapat bantahan daripada keluarga saya sendiri kerana bakal isteri saya lebih tua daripada saya. 

Pada mulanya saya memang mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa mempedulikan keluarga namun saya mendapatkan pandangan daripada seorang imam yang mengatakan jika seorang ibu tidak meredhai perkahwinan anaknya maka tidak akan bahagia rumah tangga tersebut. Lagipun, sebagai anak lelaki sudah tentu syurga kita melalui keberkatan seorang ibu.

Oleh kerana hubungan kami terhalang, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan mencari kerja yang baru. Saya sampaikan niat itu kepada emak saya dan meminta doakan saya. Alhamdulillah, saya dapat kerja baru dengan gaji 5 angka.

Benar kata orang, doa ibu memang mustajab. Kehidupan saya diteruskan di tempat kerja baru. Kerjaya saya yang memerlukan saya untuk 'travel' menyebabkan saya lupa segala kekecewaan dan masalah yang saya hadapi. 

Ketika di tempat baru ini, saya mengenali seorang lelaki yang merupakan Client saya. Orang berusia 38 (ketika saya berkenalan dengannya) dan sangat matang dalam segala hal. Biar saya namakannya sebagai X. Caranya menyebabkan saya tertarik untuk berkenalan dengan lebih rapat. Rupanya saya tidak menepuk sebelah tangan. Dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Sehingga sekarang sudah 10 tahun hubungan kami. X is a chinese and Christian tetapi beliau menghormati saya yang beragama Islam.

Sehingga sekarang hubungan kami masih kekal. Gaduh itu biasalah, adat dalam hubungan.. Tetapi semuanya ditangani dengan baik.

Tahun 2013 yang lalu, X ada memberitahu saya sesuatu. Dia mahu kami berhijrah ke US and stay there forever. He is 49 this year and dia akan retire tak lama lagi. Dia sudah tidak mahu menguruskan businessnya dan akan menjual all the shares and attire business to his friends. Dia sudah tak boleh stay in Malaysia kerana berbagai masaalah disekeliling yang menganggu fikirannya and most of the reasons are because of the external factors. Saya faham semua itu dan bercadang mahu mengikutnya. Alhamdulillah saya dah dapat tawaran kerja baru di US. 

Najmi, saya betul-betul dalam dilemma. Saya sudah memberitahu family saya dan mak saya menentang sekerasnya keputusan saya ini. Untuk menyedapkan hati saya telah melakukan solat istikarah dan keputusannya adalah untuk saya pergi ke US dan meneruskan hidup di sana. Sehingga hari saya menaip e mail ini kepada Najmi keputusan tetap sama. Solat Istikarah saya memberi jawapan saya perlu ke US.

Bagaimana Najmi, emak saya tak redha keputusan saya dan jawapan daripada Solat Istikarah saya adalah saya perlu ke US. Adakah ini dugaan untuk saya Najmi? Tolonglah saya Najmi. 

AZLAN RAZALEE



Salam Azlan,

Jika tanya pandangan saya jangan ikut BF ke US, sebab saya pasti kepercayaan beragama saudara yang selama ini dididik dengan baik oleh ibu bapa akan lebur dengan pantas jika saudara ke sana akibat pengaruh persekitaran kehidupan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan disini. Iman saudara akan punah. Mungkin didunia saudara beruntung, tapi di akhirat kelak saudara akan rugi yang amat sangat. 

Saudara pun tahu hukum hakam berkenaan hubungan sejenis ini dalam Islam kan. 

Jalan terbaik biarkan teman saudara itu berhijrah ke US, jangan ikut. Jika kita fikir secara positif semua yang berlaku juga mungkin atas kehendak Allah bagi menyedarkan saudara bahawa selama 10 tahun bersama teman lelaki itu adalah pekara yang salah. 

Alhamdulillah saudara masih dalam keadaan sihat pada hari ini, dikuit oleh Allah dan ditunjukkan saudara arah jalan yang lebih baik dengan mengerakkan hati teman lelaki saudara untuk berhijrah. Saya percaya itu cara Allah hendak memisahkan saudara dengan teman lelaki. Ya buat permulaan mungkin agak sukar untuk berpisah, tetapi percaya lah lama kelamaan saudara boleh menerimanya dengan hati terbuka. 

Apabila sudah berjauhan denagn teman lelaki maka sudah tiba masanya saudara kembali kepada jalan yang diredaiNya. Saya percaya saudara masih boleh membina kehidupan bahagian berumahtangga dengan seorang wanita, maka asah lah naluri tersebut setelah berpisah jauh dari teman lelaki. Segala yang berlaku ada hikmah yang penting kita fikir secara positif. 

Ada pekara yang kita sangat suka tetapi sebenarnya ianya buruk buat diri kita, dan ada pekara yang kita tidak suka tetapi sebenarnya ianya sangat baik untuk diri kita.   

Contoh seperti saya, sudah tentu saya tidak mahu dijangkiti HIV tetapi apabila telah disahkan positif HIV dan setelah menjalani kehidupan hampir 8 tahun, sehingga hari ini baru saya tahu mendapat HIV ini sangat baik buat diri saya, saya tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan saya pada hari ini jika saya masih dalam keadaan sihat, pastinya sudah hancur atau mungkin telah lama mati akibat pengambilan ubatan terlarang yang saya amalkan sebelum positif dulu. Terus terang jika diberi pilihan pada hari ini saya akan memilih positif HIV daripada negatif HIV, sebab kehidupan saya semakin hari semakin lebih baik dari sebelum ini semuanya sebab saya positif HIV. 

Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, berperasangka baik selalu dengan Allah. Mungkin hari ini saudara fikir dengan mengikut teman lelaki ke USA itu adalah jalan terbaik, tapi sebenarnya tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. 

Saya percaya delima yang saudara alami ketika ini juga merupakan satu ujian dariNya, sebab Dia mahu menguji kebijaksanaan saudara dalam berfikir bagi menentukan kehidupan yang lebih baik mengikut jalanNya. 

Adakala gerak hati seorang ibu itu juga benar, kenapa ibu saudara menghalang saudara untuk berkahwin dengan wanita yang lebih tua suatu ketika dulu, mungkin mengikut gerak hati ibu yang melahirkan kita itu tahu bahawa kemungkinan hidup bersama wanita yang lebih tua dari saudara ketika itu mungkin akan mendatangkan masaalah. 

Pada hari ini ibu saudara juga sekali lagi menghalang keinginan saudara. Menghalang saudara untuk bekerja di US, tentu ada sebab yang mengerakkan hatinya untuk berbuat demikian. Beruntung saudara masih mempunyai seorang ibu yang boleh mendoakan kebahagian buat diri saudara, dan sebagaimana yang kita tahu doa si ibu itu amat mustajab, gerak hati dia adakala tepat. Mohonlah agar ibu mendoakan yang terbaik buat hidup saudara insyaalah akan dimakbulkan Allah.

Seorang rakan saya yang bersifat gay tegar (posisi bottom) dan masih muda, saya sangka dia akan bergelumang dalam kehidupan PLU selama-lamanya tetapi Allah telah gerakkan hati dia serta memberi keyakinan kepada dia untuk berumahtangga, alhamdulillah dia selamat berumah tangga beberapa tahun lalu. Pernah saya tanya kepadanya bagaimana rasanya hidup setelah berumahtangga dan jawabnya, 

"Kehidupan lebih bermakna, dan sudah ada arah tuju" 

Nasihat saya carilah pasangan dan berkahwin, saudara pun masih mempunyai naluri kepada wanita dan carilah pasangan yang diredhai Allah serta yang disenangi oleh ibu insyaallah kehidupan saudara dimasa hadapan pasti lebih baik dan bermakna. 

Berpisah dengan teman lelaki sedihnya saya pasti hanya sekejap dan saya yakin saudara Azlan boleh menerimanya nanti dengan baik. Buatlah keputusan dengan bijak dan saya doakan agar saudara Azlan terus dibantu olehNya dalam memutuskan hala tuju kehidupan yang terbaik kelak - Naj MI





10 comments:

  1. As Salam,

    "Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”

    Surah al-Baqarah, ayat 216

    ReplyDelete
  2. Jangan sia2kan hidayah Allah.

    Aku yakin istikharah ko bukan mimpi tapi ibu kamu.

    ReplyDelete
  3. Bila ibu terlalu mengongkong anak... Anak lelaki sepatutnya diberi sedikit kebebasan berbanding anak perempuan.

    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ...missed your comment. Terasa akak...anak akak sepasang tapi dua2 tp lelakipun akak control wpun kat u. Selalu pesan nak g mana2 telefon mak.

      Delete
    2. Assalamualaik Mak Wardah,

      Betul tu... Kena ingatkan anak2... Tapi jangan terlalu memaksa dan jangan pula dibiarkan sahaja. Saya pun sampai sekarang masih dipantau oleh ibubapa saya walaupun dah agak tua... Hehe...

      Saya bukan nak salahkan ibubapa. Tapi saya sarankan ibubapa kalau boleh janganlah terlalu memaksa anak lelaki. Saya ada sahabat yang dipaksa menikahi perempuan yang sekarang ini adalah isterinya. Sampai sekarang sahabat saya itu tidak bahagia...

      Masa sekarang anak perempuan juga patut diberi pilihan untuk menentukan pasangan hidup. Mungkin perkara terbaik untuk anak perempuan dengan mengaturkan langkah pertama. Kenal-kenalkan... Jika dia bersetuju bolehlah dinikahkan.

      Kita orang Melayu terlalu menjaga air muka yang secara peribadi saya rasa adakalanya tidak relevan. Sebagai contoh anak lelaki muda tidak boleh menikahi anak dara yang lebih tua... Kalau diikutkan sunnah, berapa beza umur RasulAllah dengan Saiyidatina Khadijah..? Yang penting perempuan tersebut baik akhlaknya dan anak lelaki kita suka...

      Sekadar pandangan saya seorang anak... Semua orang ada pandangan masing2. Allah Maha Kaya. Mana mungkin Allah jadikan perangai, pandangan, pendapat dan sebagainya pada setiap seorang itu adalah sama..?

      Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah diberikan perancangan oleh Allah kerana Dia adalah sebaik Perancang. Kita manusia hanya mampu membuat andaian apa yang bakal berlaku tetapi yang berlaku itu adalah kun fayakuun.

      Yang penting bersikap positif dan sentiasa bersyukur dengan apa jua perkara yang kita hadapi. InsyaAllah kita rasa lebih lapang dan bahagia.

      Sekian dulu daripada saya,
      MFZ

      Delete
  4. ko jgan salahkan mak, walaupun aku anak mak, dok ngan mak sampai umug 19 tahun, aku suci dan bersih, tak tau apa itu kondom yg aku makan sebagai coklat, tak tau apa itu blue film dan x paham apa itu makna kelucahan melampau. jauh saja dpd mak, aku mula jadi kotor. kalulah aku still dok ngan mak sampai sekarang tentu aku tak jadi begini. kesalan yg x mungkin hilang sepanjang hayat. aku doakan yg terbaik untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekrg jazzlee dah berubahkan....kita manusia mesti ada salah dan silapkan....

      Delete
  5. Nama saya mrs iman i
    adalah dalam hubungan untuk 3thn dengan seorang budak lelaki i percaya
    menyayangi saya lebih daripada apa-apa dalam perkara di dunia
    selepas beberapa ketika i perasan beberapa perubahan dalam perkara-perkara
    yang dia lakukan , dia mula bengkeng
    tentang mereka jadi saya tahu beberapa perkara yang salah saya cuba
    untuk sila kepadanya dalam beberapa adalah tetapi belum ada
    hasil. lama i perasan dia melihat gadis lain
    i cuba untuk membuat dia faham bahawa saya sayangkan beliau supaya
    banyak, tetapi dia tidak akan tidak mendengar. satu hari i membaca
    testimoni pada kes yang sama seseorang memberi keterangan
    kerja-kerja Dr okojie ini besar dan juga ketika saya tidak
    percaya i diyakinkan oleh kawan saya jadi saya dihubungi
    beliau dan cuba kaedah beliau dengan berat hati menghairankan dalam
    kurang daripada satu minggu kekasih saya menghubungi saya dan sehingga
    tarikh kami masih bersama-sama bahagia berkahwin dengan anak lelaki. Amat berterima kasih kepada Dr okojie dia specialiesed dalam penyelesaian masalah-masalah lain termasuk yang berikut:
    (1) Jika anda mahu kembali bekas anda.
    (2) jika anda sentiasa mempunyai impian yang buruk.
    ( 3) Anda ingin dipromosikan di pejabat anda.
    ( 4) Anda mahu wanita / lelaki untuk berjalan selepas anda .
    (5 ) Jika anda mahu kanak-kanak.
    (6) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
    (7 ) Jika anda mahu mengubati HIV AIDS
    menghubunginya sekarang untuk penyelesaian segera anda
    masalah pada Drokojiehealinghome@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST