Wednesday, 1 January 2014

ANONYMOUS – DOKTOR BERITAHU, SAYA MEMPUNYAI HANYA 9 BULAN UNTUK HIDUP?

Seorang rakan pembaca telah meninggalkan komen di dalam ruang komen didalam entri, “SAYA MENUNGGU UNTUK DIKAFANKAN – ANDA PLHIV SEWAJARNYA BERSYUKUR”

photo hiasan

Saya juga senasib dengan penulis diatas. Saya menjadi pesakit kanser adalah satu stress yang perlu dilalui. Saya telah disah oleh doktor menghidap Multiple Colon Cancer Tahap 3. 

Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan radioterapi dijalankan keatas saya. Lebih menjadi stress lagi apabila doktor memberitahu bahawa saya hanya mempunyai hanya 9 bulan sahaja lagi untuk hidup. 

Rawatan radioterapi tidak lah semudah seperti yang kita sangkakan. Rawatan itu amatlah azab. Badan menjadi panas, mulut dan tekak menjadi kering, muntah- muntah dan juga hilang selera makan. Walau bagaimanapun saya teruskan juga rawatan itu demi kebaikan saya. 

Lebih menyedihkan lagi, saya juga kehilangan sahabat karib yang meninggal akibat AIDS baru-baru ini. Kehilangan dia juga menjadi satu stress yang perlu saya tanggung. Saya juga menjadi hilang punca kerana arwah juga banyak memberi saya keyakinan dan semangat. 

Tapi kini saya hilang segala-galanya.



ANONYMOUS




Salam Anonymous,

Sebagai manusia apabila kita jatuh sakit, apabila menerima dugaan dari Allah apatah lagi jika diberitahu oleh doktor yang kita mempunyai jangka waktu tertentu untuk hidup, abang yakin sesiapa sahaja yang menerima dugaan ini seperti yang saudara alami pasti akan berasa sangat tertekan. Jika abang berada ditempat saudara juga abang tidak tahu nak kata macam mana. 

Walaubagaimanapun sebagai yang beragama Islam dan percaya akan ketentuan Allah, hendak tak nak kita terpaksa redha dengan dugaan yang Allah kurniakan kepada diri kita. Yang penting saudara jangan tertekan, abang harap sangat agar saudara redha akan ketentuan bahawa saudara sedang diuji oleh Allah SWT. 

Walaupun doktor ada meletakkan jangka waktu hidup saudara, abang harap saudara usah ambil kisah sangat mengenai pekara ini (walaupun sukar) Pada abang ianya hanya mainan psikologi yang boleh memburukkan keadaan jika saudara berpegang pada pandangan doktor tersebut. 

Saudara kena percaya ajal maut ditangan Allah bukan ditangan doktor. 

Yang penting saudara elakkan stress atau tertekan, gembirakan hati dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan, walaupun payah tapi abang percaya hanya dengan cara itu akan membuatkan keadaan kesihatan saudara sentiasa dalam keadaan baik. Berfikiran positif dan jangan sesekali berputus asa. Sentiasa bersangka baik kepadaNya.

Abang pasti saudara dikelilingi oleh orang tersayang yang sentiasa akan mendoakan agar kesihatan saudara kembali pulih, dan abang juga pasti akan mendoakan agar saudara tabah ketika melalui ujian ini dan berdoa agar saudara kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Al-Fatihah buat rakan saudara, semoga arwah tenang disana. Seperti yang abang kata ajal maut ditangan Allah, sudah waktunya arwah dijemput Allah, tetapi bagi diri kita semua, ajal kita masih tidak diketahui bila akan berlaku kerana semuanya ditangan Allah bukan ditangan doktor, maka kita perlu berfikiran positif dan abang harap pemergian rakan saudara tidak akan mematahkan semangat saudara.

Berkat doa kita semua, berkat kekuatan semangat yang ada dalam diri saudara, insyaallah saudara akan kembali pulih. Saudara boleh pulih dengan kehendak Allah, yakin lah kepadaNya. Abang yakin kepada kekuatan semangat  dalam diri saudara.

Hubungi lah abang melalui FB atau email jika ada apa-apa yang mahu dikongsikan, insyaallah walaupun hanya melalui alam maya kita masih boleh bersahabat....:) - Naj Mi


3 comments:

  1. Ajal maut Allah yg tentukan, Alfatihah buat kawan yg pergi. Moga Allah permudahkan urusan adek.

    ReplyDelete
  2. moga kisah ko dapat menghidupkan hati "ORANG" yang hatinya mati. dapat mematikan hati "ORANG" yg hidup dalam nafsu.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST