Wednesday, 1 January 2014

5 - BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGETAHUI SAMADA SAYA TELAH DIJANGKITI?


Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

1.  Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus HIV adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

Ujian Antibodi HIV

Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. 

Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. 

Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah 3 bulan. 

Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. 

Jadi 2 ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV. 

Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. 

Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.

Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. 

Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.


2 comments:

  1. hai..saya pernah menjalankan hubungan songsang bersama pasangan saya dan saya mengakui bahawa beliau pernh memancutkan air maninya ke dalam lubang dubur dan mulut saya...adakah hal ini sudah pasti saya dijangkiti HIV atau bergantung kepada pasangan saya sama ada dia positive atau pun sebaliknya....dan hiv kit tu boleh ke didapati di farmasi/kedai ubat...mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam johan ramli.

      Kalau pernah buat aktiviti seumpama tu risiko saudara dijangkiti HIV tetap ada sebab saudara tak pasti pasangan tu positif atau tidak kan.

      Kalau benar kita yakin pasangan kita TIDAK ada HIV maka tidak akan berlaku jangkitan.

      Klik kat entri HIV KIT dalam blog abg tu, setahu abang hanya beberapa farmasi tertentu di KL dan Penang sahaja yang menjual kit tersebut, kebanyakan farmasi tidak menjualnya. Tapi saudara boleh bertanya mana2 farmasi terdekat dengan tempat tinggal saudara.

      Atau boleh email saudara yang berkonmgsi pengalaman menggunakan Kit HIV tersebut, emailnya ada didalam entry tersebut (Klik digambar kotak KIT disebelah atas kanan blog abg tu)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST