Wednesday, 1 January 2014

4 - APAKAH TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM-SIMPTOM JANGKITAN HIV?


Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. 

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti HIV seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi atau turun berat badan tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain. 

Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. 

Penyakit-penyakit ringan seperti ini juga mungkin bukan disebabkan HIV tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti biasa, is sering disangka sakit biasa.

Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun tanpa diketahui sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Keadaan ini amat merbahaya kerana dalam jangka waktu tersebut seseorang yang positif HIV mungkin akan memindahkan virus yang terselindung ini kepada orang lain tanpa disedarinya. 

Jadi satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat. Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda sehingga sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah. 

Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem daya tahan badan anda dimusnahkan. 

Dan dalam pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu anda mungkin telah menjangkiti orang lain.

Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya, alangkah leganya jika anda disahkan tidak menghidapinya.


39 comments:

  1. Salam bang. Adakah bibir kering dan kulit di jari mengelupas salah satu tanda hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Bibir kering dan kulit dijari mengelupas TIDAK semestinya sebab HIV mungkin sebab lain, bibir kering mungkin sebab perubahan cuaca panas dan kurang minum air atau sebab stress, begitu juga dg kulit jari mengelupas mungkin sebab lain.

      Jika saudara ada melakukan sebarang aktiviti berisiko, nasihat abg buat ujian HIV dimana2 hospital kerajaan, mungkin simptop yang saudara alami ada kaitan dg penyakit kelamin atau maybe juga HIV.

      Untuk tahu sama ada ada HIV atau tak tidak ada cara lain kena buat ujian HIV, kita tak boleh main agak2 melalui simptom2 yang kita alami tu, macam abg kata simptop2 tu mungkin sebab lain...

      Wallauallam

      Delete
  2. Salam bang najmi.. Saya mengalami.. Mcm nk bengkak kt ketiak..tpi kecil ja...pastu dalam msa sebulan saya demam pnas 2 kali.. Adakh ini tnda hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ada buat aktiviti berisiko tak? Kalau ada buat tanpa pelindungan (seks) maka kena lah buat ujian sebab abg tak boleh nak agak. Kalau tak buat apa2 aktiviti berisiko dan ada bengkak di bawah ketiak mungkin sebab lain tu. Bengkak kelenjar limfa tidak semestinya sebab HIV saha tapi mungkin sebab lain.....:)

      Atau saudara hanya perasan ada bengkak aje kut..sebab stress dan tertekan serta fikir bukan2. Apa pun kena tanya doktor lah jika bengkak tu besar...:)

      Delete
  3. Salam,
    bang 2 tahun yang lalu saya seorng perempuan tanpa saya ketahui tahap kesihatan dia telah melakukan sex oral terhadap saya tanpa kondom dan saya juga memasukan zakar saya ke dalam faraj perempuan tersebut lebih kurang 3 kali tetapi x bleh masuk sebelum saya memakai kondom dan menyambung semula..adakah saya berisko dijangkiti hiv buat pengetahuan abang sepanjang 2 tahun ini saya jarang demam mungkin ada sekali dalam tempoh 2 tahun ini,,sekarang ni saya tiada simptom2 simptom hiv kecuali jerawat di dada dan saya juga mengalami masalah sembelit baru,,kuku saya juga ada satu garisan putih memanjang di ibu jari tangan kanan,,adakah ini gejala hiv??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Zakar tak masuk dan hanya masuk setelah guna kondom...pandangan abg risiko dijangkiti tiada. Tetapi abg tak tahu cara bagaimana saudara melakukan seks tersebut. Apa pun kalau guna kondom risiko dijangkiti sangat2 rendah..maybe zero... Usah risau

      Tapi kalau saudara masih was2 buat lah ujian HIV itu aje cara utk ketahui status diri saudara...

      Delete
  4. salam bang najmi,,kurap tu kira petanda hiv jugak ke??saya ada masalah kurap yang susah hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kurap? Tak semestinya tanda HIV, rasa abang bukan tanda utama telah dijangkiti HIV, kalau tanda dah mendapat AIDS mungkin lah. Kalau saudara ada terlibat dlm aktiviti berisiko seperti seks bebas..buat lah ujian HIV ya...

      Delete
  5. asalam abg,mcm mna nk tahu kita ni ada hiv?apakah tanda2? mcm mana nk buat ujian??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tanda2 dapat HIV? kalau saudara ada melakukan aktiviti berisiko seperti seks tanpa pelindungan dan beberapa hari kemudian mengalami demam tak kebah2, mungkin juga alami batuk muntah dan sebagainya selepas beberapa minggu, maka kemungkinan sauada dijangkiti sudah ada. Tiada cara lain untuk mengesahkan status diri melain kan buat ujian HIV dimana2 klinik atau hospital kerajaan

      Kalau ke hospital kerajaan pergi keklinik luar, beritahu nak buat ujian HIV tanpa nama, dan ianya percuma.

      Jika buat ujian dimana2 klinik luar swasta seperti BP LAB bayarannya yang abg tahu ialah RM35. Pergi keklinik dan ikut aje arahan petugas disana apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya tak susah, hanya darah diambil itu aje, kalau darah diambil untuk dibawa ke makmal mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk mendapat keputusannya. Tapi kalau diambil mengunakan HIV KIT resultnya dalam setengah jam (atau kurang drp itu).

      Wallahuallam

      Delete
    2. mana lebih baik test hiv ni...ELISA KE ATAU HIV KIT....

      Delete
    3. Sama aje, tapi kalau tanya abg lebih baik ELISA

      Delete
  6. assalam..
    bang najmi 5 tahun dulu saya pernah buat aktiviti berisiko dengan perempuan,,,sekarang ni ada jerawat dada ngn belakang kat peha pon kadang2 ada tp x byk..,,,aritu ada mcm satu bekas gigit nyamuk yg gatal x ilang seminggu,,,bilang ilang bnda tu jadi kaler itam,,yg lain buat masa ni masih ok,,ini hiv ke bang najmi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kisah 5 tahun dulu kalau dah ada HIV tentu awak sekarang dah dapat AIDS..KAlau was2 buat aje ujian HIV ya....Abg rasa bukan sebab HIV tu

      Delete
  7. saya sgt risau dengan kemungkinan yg sy telah dijangkiti hiv..kira2 setahun dahulu,tnpa pngetahuan saya teman serumah saya mrupakan pesakit aids.saya pernah brkongsi lipstic dan minuman dengannya.adakah kmungkinan sy tlh mnjangkiti pnyakit trsebut?tdak lama kmudian sy brpindah rumah dh mnjalini hbgn dgn seseorg yg mmpunyai khidupan seks bebas.tidak lama kemudian muncul ruam d bhgian sulit saya namun setelah disapu ubat,ruam tsebut hilang dn hnya akn mnyerang jika sy mngabil mkanan yg bbrbau spt blcan.di ketiak sy juga trdapat ketulan spt biji namun tidak sakit.adakah kmunkinan sy tlh djngkiti hiv?sy sgt tkt apabila memikirknnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Berkongsi lipstik, minuman malah share straw yang sama tak buat saudari dijangkiti. Tinggal serumah dg pesakit AIDS tak buat saudari dijangkiti, kena faham cara bagaimana HIV berjangkit dulu ya.

      Buat seks tanpa pelindungan dg pasangan yang amalkan seks bebas maka risiko saudari dijangkiti tetap ada..

      Ruam dibahagian sulit mungkin sebab penyakit kelamin, itu kena dapatkan rawatan doc. Dan tidak ada cara lain sebab saudari ada melakukan seks dg pasangan yang mengamalkan seks bebas maka saudari kena buat ujian HIV bagi menentukan status diri saudari tu.

      Wallahuallam....

      Delete
  8. abg naj mi, mana blh beli kit hiv tu? brapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saudara klik di entri EZ TRUST RAPID SCREEN TEST disebelah kanan blog ini kat atas tu, klik kat photo. Setahu abg hiv kit ni tak ada dijual di farmasi2 diluar sana, kalau ada pun mungkin ada sebuah dua di Penang dan KL. Setahu abang kena beli melalui pos. Klik entri tersebut....:)

      Delete
  9. Salam

    Saya nak thu selepas sy melalukan aktiviti berisisko selepas 2mggu sy alami sakit tekak batuk selesema biasa dan rasa mcm nak deman..adkah sy mmpyai sntptiom hiv..sy stress memikirknnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Simptom2 tu tak semestinya saudara telah dijangkiti HIV, sakit tekak batuk selesema abang rasa ketika ini memang musim kan, ramai orang alami demam batuk dan selesema. Tapi sekranya sememangnya saudara ada melakukan aktiviti berisiko, saudara kena buat ujian HIV, sebab simptom yang saudara beritahu itu tidak semestinya sebab HIV, mungkin sebab lain maybe sebab stress.

      Sebaiknya buat ujian selepas 3-4 minggu dr tarikh berisiko, kemudian ulang sekali lagi ujian selepas 3 bulan berikutnya...:)

      Delete
  10. Salam..seingat sy kali terakhir melakukan aktiviti berisiko pada Bulan 1 2014 tanpa kondom...dan pada Bulan 3 2014 sy di oral oleh perempuan urut tanpa kondom...sy sungguh stress skarg Sebab mcm Ada simtom je kat diri ni...sy gagahkan diri gi buat blood test pada 1-7-14 @dan keputusannnya non reactive..apa pandangan najmi ttng sy?..ujian apa lg yg perlu sy buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pandangan abg saudara tidak dijangkiti HIV sebab sudah melebihi 6 bulan dr aktiviti tanpa kondom tersebut iaitu pada bulan 1 2014. Oral seks (saudara dioral) risiko diojangkiti mungkin zero selagi tiada luka di zakar saudara dan tidak ada luka berdarah didalam mulut wanita tersebut, kerana HIV memerlukan luka dengan luka untuk berjangkit.

      Pada abg tak perlu buat ujian dah, kerana saudara negatif tetapi jika masih mahu buat ujian buat ujian biasa selepas 3 ulan akan datang dan kalau masih negetif maka negatif lah usah fikir bukan2 dah.

      Ingat stress boleh buat badan kita lesu dan boleh mengalami macam2 sakit termasuk boleh timbul bintik2 dibadan malah boleh alami jerawat juga..

      Wallahuallam

      Delete
  11. salam

    Saya mengalami kegatalan pada leher,bahu,dada dan belakang badan dan skit tekak,ada juga bintik2 putih halus timbul pada kulit ,ada juga bintik2 merah pada badan,lengan dan kaki.kulit saya akan menjadi gatal bila bersentuh dengan baju,kadang2 terasa panas pada lengan dan belakang badan ,adakah ada kaitan dengan virus HIV,mohon penjelasan abang naj mi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jika saudara ada melakukan sebarang aktiviti beridiko seperti seks tanpa perlindungan kemungkian simptom2 yang saudara alami itu ada kaitan denagan HIV atau penyakit kelamin..Jika tak ada buat sebarang aktiviti berisiko, maka simptim2 tu adalah sebab masaalah lain..Mungkin alegik..

      Utuk tahu sama ada saudara telah dijangkiti HIV atau tidak, kena buat ujian HIV..sebab simptom seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin berbeza diantara satu sama lain...:)

      Delete
  12. assalam abg najmi. saya penah tesentuh bekas luka kulit sepupu saya yg positif hiv ketika 12 tahun yang lalu.
    adakah sy berkemungkinan untuk di jangkiti?adakah semua simptom2 hiv akan muncul dalam masa 12 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tersentuh bekas luka tidak boleh menyebabkan jangkitan HIV, sebab ianya hanya bekas luka aje..tiada luka darah yang mengalir.

      Jika ada luka darah yang mengalir pun kalau jari saudara yang tersentuh luka itu dalam keadaan baik (tidak ada luka dijari) maka jangkitan tidak boleh berlaku.

      Lainlah kalau dijari saudara ada luka berdarah..kemudian luka itu tersentuh pulak dengan luka berdarah dibadan sepupu tu haaa dalam keadaan ini baru lah ada risiko dijangkiti.

      Kena ingat seseorang yang telah dijangkiti HIV simptom HIV akan berlaku selepas beberapa minggu kemudian, jika dia tidak menerima rawatan di hospital..tidak makan ubatan HAART, dalam masa sekitar 4-6 tahun dia akan mendapat AIDS, bila dapat AIDS keadaan kesihatan dia akan menjadi teruk, macam2 penyakit yang dia boleh dapat, dan pastinya dia akan terlantar di hospital.

      Kes saudara telah lebih 12 tahun berlalu, saudara pun dalam keadaan sihat sehingga hari ini kan, abang yakin saudara TIDAK dijangkiti HIV, usah bimbang...:)

      Wallahuallam

      Delete
  13. Salam,
    saya ada buat benda terlarang pada 3 aug 2014 ( pakai kondom, confirm tak pecah & ada beberapa detik oral sex, confirm tak ada gusi berdarah )
    - 3 hari selepas itu buat hubungan biasa dgn isteri.
    - selang beberapa hari isteri mengadu gatal2 dekat kemaluan ( saya biasa aja )
    - jumpa doktor, ambil ambil sapu, makan & antibiotik ( 4-5 hari , gatal hilang & back to normal ).

    soalan
    1 - tanda2 HIV pada saya dlm seminggu dua ini, very minor selsema & batuk tapi badan rasa panas - tak deman
    2 - isteri pula very minor selsema & batuk saja. ( no hingus or kahak )
    3 - saya sgt stress skg,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,


      Status HIV hanya boleh dikesan melalu ujian darah sahaja, simptom2 yang saudara dan isteri alami itu mungkin masaalah biasa yang bukan ada kaitan dg HIV. Selagi saudara lakukan aktiviti berisiko dg pasangan lain, melakukannya dg selamat maka tidak boleh berlaku jangkitan HIV tetapi tak mustahil boleh dpt penyakit kelamin akibat geselan dan terkena bendalir badan pasangan yang ada penyakit kelamin serta akibat tilam dan bantal serta tuala yang tidak bersih...

      Selain itu stress boleh buat sistem imunisasi badan saudara jadi lemah, bila lemah maka senang dapat serangan penyakit seperti gatal2, demam, jerawat dan sebagainya

      Wallahuallam

      Delete
  14. Secara am atau kebiasaan berlaku kepada pesakit HiV. Apakah perubahan yang paling drastik terhadap diri,tubuh badan kita ini setelah kita terkena jangkitan HIV?. Adakah diri kita ini boleh merasakan kehadiran HiV dalam jangka yang singkat setelah melakukan aktiviti berisiko iaitu hubungan sex dengan wanita tanpa menggunakan kondom? Menggunakan alat untuk mengetahui samada kita adalah HIV+ ADALAH perkara yang menakutkan dan merisaukan, oleh itu, adakah terdapat cara-cara lain selain melakukan HIV test? sebagai contoh,sembuh luka pada kulit yang cepat (tiada hiv) sekiranya lambat sembuH (hiv +) atau terdapat suara-suara yg menyatakan pacat tidak akan menghisap darah HIV. Harap tuan dapat berikan info melalui pengalaman tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada cara lain bagi menentukan status HIV kita sama ada positif atau negetif melainkan dengan melakukan UJIAN DARAH sahaja...

      Delete
  15. apakah kemungkinan apabila hiv test kit menunjukkan positif, tapi setelah check dengan doktor melalui pemeriksaan yang menyeluruh, keputusan adalah negatif?

    apakah ralat yang mungkin terjadi kepada hiv test kit memandangkan ketepatannya adalah 99.9%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan berlaku kesilapan sememangnya ada, sebab itu perlunya dibuat ujian kali kedua, jika ujian pertama positif maka beberapa ujian susulan perlu dilakukan segera. Sekiranya ujian pertama itu negetif maka perlu tunggu sehingga 3 bulan utk buat ujian kali ke dua, bagi memastikan ketepatan status diri.

      Delete
  16. Assalam... Saya dah seminggu batuk2. Saya jadi mula risau bila fikir apa kawan saya cakap. Semasa keluar dengan dia selepas dia keluar dari hospital. Dia secara tidak sengaja telah berkongsi makanan dengan saya. Sepatutnya dia tidak boleh kongsi makanan dengan orang lain. Selain itu, saya dah setahun lebih dah tak buat aktiviti berisiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kawan tu sakit apa? saudara pulak sakit apa kalau batuk2 tu abg rasa biasa lah..nanti sembuh.

      Kalau kawan tu ada HIV,berkongsi makanan tak menyebabkan jangkitan HIV, tapi kalau kawan tu ada batuk2 bila kita berdepan dg dia kalau dia batuk boleh menyebabkan jangkitan kepada kita...

      Delete
  17. abg naj sya ada melakukan seks brsama seorang wanita tp menggunakan kondom kemudian selepas 3 bulan sya mengalami demam selsema batuk tp berkahak hijau kemudian sya ada bintik2 gatal di kaki tetapi mcm gigitan semut. adakah ini tanda sya menghidap hiv? saya stress dan takut sbb kesalahan saya yg hanya sekali trlanjur sja... satu lgi sya demam selepas semalaman saya x tidur menyiapkan assignment..? tlg sya ang naj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mengunakan kondom boleh mengurangkan kita dari dijangkiti HIV, jika masih ragu2 tidak ada cara lain..buat lah ujian HIV...

      Delete
  18. abg naj....sy ada buat ujian darah dekat klinik luar...dan mengesahkan ada virus hiv...doc memberi surat untuk d hantar ke hospital

    ReplyDelete
  19. salam najmi..

    sya nk tanya sesuatu,,,3 bulan lepas saya sakit tekak yang mana tekak saya perit lepas tu batuk kahak saya berdarah lepas tu sya periksa tekak saya ada benjolan yang mana sebelum ini tidak ada...masalahnya benjol kat tekak tu tak surut walaupun tekak saya dah sembuh dlm masa 2 hari,,,soalan sya benjolan kat tekak saya ni simptom hiv ke?

    ReplyDelete
  20. salam najmi
    berapa lamakah sesorang itu perlu jalani ujian test hiv setelah meniduri wanita tanpa kondom.ada kah boleh dikesan setelah seminggu bersama...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST