Saturday, 25 January 2014

2 BERITA MENGENAI PERKAHWINAN SEJENIS

1) TAWAR GANJARAN RM430 JUTA KAHWIN ANAK LESBIAN

Taikun berpengaruh di Hong Kong, Cecil Chao menawarkan ganjaran HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian. - AGENSI


HONG KONG 21 Jan. 2014 - Taikun berpengaruh di Hong Kong, Cecil Chao menggandakan ganjaran kepada HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian.

Cecil berkata, Gigi masih bujang walaupun dia mengaku sudah 'berkahwin' dengan teman wanitanya, Sean Eav di Paris pada 2012.

Menerusi wawancara dengan sebuah akhbar perniagaan awal bulan ini, Cecil berkata, walaupun sebelum ini beliau membuat tawaran awal berjumlah HK$500 juta (RM215 juta) pada 2012 dan berjaya menarik lebih 20,000 lelaki untuk mencuba nasib, namun anak perempuannya masih tetap menyukai kaum sejenis.

Cecil bagaimanapun berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam kehidupan peribadi anak perempuannya.

"Saya hanya mengharapkan agar dia menjalani alam perkahwinan dengan baik dan mempunyai cahaya mata bagi mewarisi perniagaan saya," kata Cecil.

Beliau juga percaya corak pemikiran Gigi akan berubah satu ketika nanti kerana anak perempuan itu baru berusia 33 tahun.

Menurut Cecil, Gigi pernah memberitahunya sebelum ini bahawa dia masih belum menemui lelaki yang sesuai. - AGENSI

Sumber Disini




2) PERKAHWINAN SEJENIS PUNCA BANJIR - AHLI PARLIMEN BRITAIN

LONDON 20 Jan. 2014 - Parti Bebas United Kingdom (UKIP) menggantung tugas seorang anggota majlis perbandaran tempatan kerana menyalahkan tindakan kerajaan meluluskan perkahwinan sejenis sebagai punca banjir di Britain, baru-baru ini.


David Silvester (gambar) adalah seorang penganut Kristian yang berpaling tadah daripada Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri David Cameron kerana membantah langkah kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun lalu.

Silvester yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Henley-on-Thames berkata, Britain dilanda ribut dan banjir baru-baru ini disebabkan pelaksanaan undang-undang itu dimurkai Tuhan.

“Ini semua salah Cameron. Beliau bertanggungjawab ke atas kejadian ribut dan banjir di seluruh negara," katanya melalui sepucuk surat yang disiarkan oleh akhbar tempatan.

UKIP pada mulanya menyokong kenyataan Silvester yang disuarakan sebagai pandangan peribadi, namun parti antipendatang itu terpaksa menggantung tugas beliau untuk menjaga nama baik.

Pengerusi UKIP di tenggara England, Roger Bird berkata, pihaknya tidak boleh membiarkan mana-mana individu menggunakan nama parti untuk menyuarakan pandangan mereka yang bertentangan dengan pucuk pimpinan.

“Silvester mengingkari arahan parti agar tidak lagi mengadakan sesi wawancara apabila memberitahu Radio BBC tentang gejala homoseksual merupakan penyakit yang boleh dirawati," katanya. - AFP 

Sumber Disini



6 comments:

  1. MasyaAllah, besarnya impak hubungan sejenis ini kepada semua....harap ramai yang sedar

    ReplyDelete
  2. takut nabi tak ngaku umat,
    takut mak bapak tak ngaku anak
    bersyukur sgt jumpa blog ni, baru terfikir bab agama, pada usia 31taun nih, baru nak mula patah balik, moga dipermudahkan segala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Alhamdulillah syukur, abg harap kehidupan jazzlle terus dipermudahkan dalam rahmatNya. Amin3

      Delete
    2. Yakin pk jazzlee. Semoga najmi, jazzlee & the gang selalu di bawah perlindungan Allah.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST