Wednesday, 29 January 2014

JULIA - LAKONAN SUAMI SONGSANG BERKESAN

Kahwin hanya mahu zuriat bagi melindungi nafsu songsang.
photo hiasan


Sebagai anak yang patuh kepada perintah ibubapa, Julia (bukan nama sebenar) tidak pernah membantah atau menyalahkan ibu bapanya atas apa yang terjadi. 

Keputusan yang diambil Julia untuk berkahwin dengan Azizi (bukan nama sebenar) yang datang dari hatinya. Bagi Julia tiada alasan untuknya membantah sementelah segala keputusan hidupnya selama ini juga ditentukan oleh ibubapanya.

 “Tiada apa yang kurang pada Azizi apabila kami dipertemukan buat kali kali pertama. Dia memang segak, berpelajaran tinggi dan dengan pendapatan mencecah lima angka sebulan memang menjamin masa depan hidup saya serta bakal anak kami. 

“Tiada alasan untuk saya membantah perkahwinan aturan keluarga ini,” imbas Julia pada peristiwa kira-kira lima tahun lalu. 

Ketika itu usia Julia baru mencecah 25 tahun. Azizi pula bekerja disebuah negara di Eropah menjadi penasihat untuk sebuah syarikat perkapalan antarabangsa. 

“Masakan saya tidak teruja. Seorang penganggur seperti saya dapat berkahwin dan tinggal di Eropah, memang itu lah impian saya sejak zaman remaja lagi. Selesai majlis saya terus mengikut Azizi keluar negara dan tinggal bersamanya disebuah apartment yang boleh dikatakan mewah dan cukup selesa. 

“Perkahwinan kami memang bahagia, kami tidak pernah bergaduh. Azizi melayan saya dengan baik sekali. Dia cukup romantic dan pandai mengambil hati saya. 

“Walau masih banyak yang saya belum kenali tentang dirinya, tetapi saya berjanji untuk belajar dan memahami segalanya serta berusaha menjadi yang terbaik untuk Azizi,” cerita Julia. 

Genap tiga bulan berkahwin, Julia akhirnya mengandung, berita yang paling mengembirakan Azizi dan ahli keluarga mereka. 

“Sampai masanya saya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Azizi memang sangat gembira, saya juga gembira kerana kini bergelar ibu. Saya yakin kehadiran Puteri (bukan nama sebenar) menambah kebahagian keluarga kami,” katanya.


Rakan suami 

Sepanjang berpantang, Azizi memang memberi kerjasama yang bagus kepada Julia. Dia memgupah seorang pembantu bagi membantu Julia menguruskan bayi dan rumahtangga mereka. 

Kata Azizi, Puteri perlu disusukan sepenuhnya dengan susu ibu supaya mendapat zat yang sepatutnya ada pada seorang bayi. 

“Saya semakin bersyukur atas kehidupan ini, Azizi juga mahu mengadakan majlis kesyukuran dan akikah untuk Puteri dikediaman kami di London. 

“Ramai yang hadir, namun saya rasa tidak begitu selesa melihat seorang rakan Azizi, sorang lelaki berbangsa Inggeris yang saya lihat ’luar biasa’ mesra dengan suami saya. 

“Dalam majlis tersebut saja saya lihat dia tidak berenggang dengan Azizi. Pelik juga saya, dalam kesibukan saya melayan tetamu kami yang tidak begitu ramai, mata saya tidak terlepas melihat kemesraan Azizi dan Jack (bukan nama sebenar). 

“Dalam kemusykilan saya berusaha menidakkan apa yang saya rasa dan memaksa diri mengubah sangkaan buruk terhadap suami sendiri, “jelas Julia. 

Genap usia Puteri setahun, Azizi menganjurkan parti hari lahir Puteri dalam suasana penuh meriah. Julia juga merasakan sudah tiba masanya dia membawa Puteri pulang ke Malaysia berjumpa datuk dan nenek serta ahli keluarganya yang lain. 

“Permintaan saya dipandang sepi oleh Azizi. Dia seakan tidak mahu membawa Puteri pulang ke Malaysia, malah dia memberitahu saya bahawa saya boleh pulang seorang diri tanpa dirinya dan Puteri. 

“Dek kerana terlalu rindukan keluarga saya bersetuju pulang sendiri untuk seminggu kerana tidak sanggup berjauhan dari Puteri. Tiket kembali ke London sengaja saya beli kemudian kerana tidak mahu terikat dengan tarikh tersebut,” jelas Julia. 

Di Malaysia, Julia terpaksa memberi  1,001 alasan kepada ahli keluarga kerana tidak membawa Puteri bersama-sama. Julia juga yakinkan yang dia hanya balik sementara untuk melepaskan rasa rindu pada ibu dan ayahnya di kampung. 

“Disebabkan banyak masa terluang, pada waktu malamnya saya melayari internet. Entah kenapa, jari jemari saya tergerak untuk melihat akaun facebook Jack, dengan mudah akses saya sampai kecapaian tersebut. 

“Nauzubillah terkejut saya melihat beberapa gambar suami saya dengan aksi luar biasa dengan Jack. Ada aksi berpeluk, bercium mulut dan aksi tanpa pakaian dikatil yang cukup membuktikan apa yang saya takuti sejak pertama kali melihat Jack dimajlis kenduri Puteri. 

“Bergetar tubuh saya seakan mahu pitam melihat gambar-gambar tersebut yang mana masa ketika berkahwin dengan saya iaitu semata-mata mahu memperalatkan saya untuk mendapatkan zuriat,” ujur Julia panjang lebar. 

Julia tidak memberitahu Azizi kepulangannya ke London. Azizi ada menghubunginya, namun sengaja ditutup talian kerana Julia sukar membendung rasa kecewa terhadap sikap songsang Azizi. 

“Niat saya memang mahu berkonfrontasi dengan Azizi tapi saya mahu menunggu masa yangsesuai. Rupanya apa yang saya rancang langsung tak menjadi sama sekali. 

“Azizi dahulu yang telah merancang apa yang mahu dilakukan dengan saya. Dia rupanya memang mahu saya terus pulang ke Malaysia tanpa Puteri. 

“Akhirnya dipendekkan cerita saya terpaksa melalui beberapa proses guaman dan akhirnya dapat menuntut hak penjagaan keatas Puteri,”jelasnya. 

Walau peristiwa tersebut sudah lima tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatan Julia. Dia kini bahagia bersama Puteri walau mengusahakan butik muslimah secara kecil-kecilan dia yakin mampu menjadikan Puteri anak solehah tanpa seorang yang bergelar bapa.


Sumber - Utusan MEGA Malaysia (29 Januari, 2014)

 

Monday, 27 January 2014

VIDEO NING BAIZURA - "BUKAN WANITA SEMPURNA" : KISAH SUAMI SONGSANG

NING BAIZURA - BUKAN WANITA SEMPURNA



Ning Nafi Sokong Hubungan Songsang, Harap MV Tidak Disensasikan

PETALING JAYA, 21 JAN 2014: Meskipun muzik video terbarunya iaitu lagu Bukan Wanita Sempurna telah mendapat sambutan yang baik daripada peminat apabila mencecah 10,000 penonton di laman Youtube dalam masa 3 hari, namun penyanyi, Ning Baizura akui tetap bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap klipnya yang agak daring.

Ning berkata walaupun menerima komen-komen positif daripada penonton tetapi ada juga pihak yang merasakan muzik videonya agak melampau dan sukar untuk diterima.


"Masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju.

"Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuatkan saya sangat bimbang ketika itu.


"Tapi, saya lakukan kerana ingin lebih berani menonjolkan kelainan dan yang paling penting bukan hubungan songsang itu yang hendak kami ketengahkan tetapi mesej positif yang tersirat yang hendak disampaikan itu," katanya kepada murai.com.my

Ning ditemui dalam satu sidang media Chit Chat Bersama Ning Baizura yang diadakan di pejabat Universal Music Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Selain memaparkan hubungan songsang seorang suami yang berlaku curang dengan isterinya yang dilakonkan oleh Ning, muzik video itu turut mempersembahkan aksi ghairah seorang lelaki yang menampakkan tubuhnya yang berotot.



Bagaimanapun, Ning menegaskan kisah di dalam klip itu tiada kene mengenai dengan kehidupan sebenarnya dan turut berharap khalayak tidak menuduh dia dan pihak Universal Music sengaja menyokong hubungan songsang dalam klip itu.

"Ini bukan kisah sebenar saya dan tiada kena mengena dengan hubungan saya dengan suami. Ini hanya drama yang sengaja dibangkitkan dalam video klip saya.

"Namun, suami saya juga amat memahami dan dia tahu saya tidak akan mencampur adukan hal rumahtangga dan kerja.

"Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan," jelasnya lagi.



Bukan Wanita Sempurna dicipta oleh komposer Indonesia, Ade Govinda yang sebelum ini pernah mencipya lagu penyanyi Astrid iaitu Tentang Rasa. Selain mengguna khidmat pengarah video dari Indonesia, Zul Ardhia, video klip ini juga telah menjalani penggambaran sepenuhnya di negara jiran itu pada tiga bulan lalu.

Lagu Bukan Wanita Sempurna turut dimuatkan di dalam album terbaru Ning yang berjudul Kekal yang kesemuanya terdapat 11 buah lagu.



Sumber Disini




Benar kisah seumpama ini sudah menjalar dikalangan masyarakat dinegara kita, ramai yang tahu hakikat masaalah ini tapi adakah kita ambil sikap buat-buat tidak tahu sahaja?

Saya percaya sedikit sebanyak apabila tersebarnya video klip nyanyian Ning Baizura ini akan menyedarkan kita bahawa masaalah ini sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tidak mustahil masaalah ini boleh berlaku dikalangan adik beradik, saudara mara atau kawan terdekat dengan kita. Tidak mustahil boleh berlaku dalam rumah tangga kita sendiri. 

Teringat sebuah berita yang dilapurkan dalam akhbar negara China yang menyatakan bahawa hampir 90% lelaki homosekual terpaksa berkahwin kerana tekanan.

Perlukah kita hanya sapu masaalah ini dibawah karpet sahaja? Saya tidak nampak video klip ini menyokong masaalah ini, sebaliknya lebih kepada pendedahan. Sekurang-kurangnya Ning Baizura cuba mendedahkan masaalah ini melalui caranya. Ingat kecurangan dalam rumah tangga dikalangan suami bukan hanya melibatkan wanita sahaja sebagai orang ke tiga. - Naj Mi


Saturday, 25 January 2014

ANONYMOUS - TENTU LELAKI DILUAR NEGARA LEBIH KACAK, INI MENAMBAHKAN KERISAUAN SAYA



Assalam..

Saya juga mempunyai masalah yang hampir sama seperti pengunjung-pengunjung didalam blog ini. Saya baru berumur 21 tahun dan bakal melangkah setahun ke hadapan pada januari (2014) depan. 

Masalahnya apabila saya keseorangan, saya sangat cenderung untuk melawati laman youtube dan menonton gusti lelaki dimana situasi gusti tersebut adalah melibatkan lelaki yamg hanya berseluar dalam bergusti dan kadang kadang saya akan search gusti yang melakukan aksi 'low blow'. Saya akan insaf setelah menonton perkara-pekara tersebut.

Tetapi bila bersendirian, godaan syaitan itu sangat hebat bagi saya. Kerap tertewas. Saya selalu termenung dengan dosa-dosa saya sebagai seorang lelaki yang tidak normal. 

Saya juga merupakan seorang pengidap "anxiety disorder & panik disorder". saya sangat kecewa dengan diri saya. Malah, apabila hendak berjabat tangan dengan lelaki kacak pun jadi gugup. Tetapi alhamdulillah saya tidak pernah libatkan diri dalam aktiviti seks songsang dan melakukan onani. Kecenderungan saya lebih kepada melayari internet dengan tujuan yang songsang. 

Pada tahun depan (2014) pula insyaaAllah saya bakal melanjutkan pelajaran ke negara asing dan ini lagi menambahkan kerisauan kerana disana tentunya lebih ramai lelaki-lelaki kacak. Ianya di luar jangkaan saya. 

Memang kita semua tidak meminta untuk dijadikan sebegini rupa. Saya anggap ini adalah ujian daripada Allah. Allah ingin menguji saya. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. In syaa Allah.

YANG BAIK DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T, YANG BURUKNYA DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI.

 
salam sayang,

"anonymous"













Salam Anonymous,

Tahniah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan. 

Ada seorang rakan email abang juga seorang bernaluri songsang dan sudah hampir hendak melangkah kaki keluar negara melanjutkan pelajaran tetapi disaat akhir dia disahkan positif HIV. Bermakna saudara anonymous masih beruntung diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam masa yang sama berada dalam keadaan sihat.

Segala perbuatan tingkah laku kita bergantung kepada hati dan niat kita juga. Benar diluar negara kehidupan masyarakat disana sangat terbuka tidak mustahil bagi pelajar yang tipis iman terutama dikalangan yang bernaluri songsang akan mudah terpengaruh.

Saudara beritahu bahawa, saudara tidak pernah libatkan diri dalam aktiviti seks songsang dan melakukan onani. Alhamdulillah bermakna saudara kuat menahan diri selama 21 tahun, insyaallah jika saudara terus berdoa kepada Allah abang percaya walau ke negeri mana sekali pun saudara dicampakkan insyaallah saudara mampu menahan diri. 

Bukan apa kalau kita nak melakukan perbuatan tidak baik tidak perlu keluar negara, kita masih boleh melakukannya di rumah kita disini dan didalam bilik sendiri.- Naj Mi








HAART - STOCRIN DITUKAR KEPADA EFAVIRENZ

Mylan Efavirenz EFAMAT

Hari ini seperti biasa setiap bulan saya ke hospital untuk mengambil bekalan ubatan HAART, kebiasaanya sudah lebih 2 tahun saya menerima ubatan jenis TENVIR-EM bersama STOCRIN (efavirenz)  tetapi.... 


.....pada hari ini saya menerima TENVIR-EM bersama ubatan lain yang diberi nama MYLAN EFAVIRENZ, ubatan baru berbeza apabila kita melihat pada nama, kotak dan botolnya.



"Ubat apa ni", saya bertanya walaupun sebelum ini saya pernah nampak kelibat ubatan Mylan Efavirenz ini didalam sebuah secret group di facebook.

"Ubat ni sama macam dulu," beritahu ahli farmasi tu kepada saya. Saya berlalu tanpa bertanya apa-apa lagi.

Bermakna ubatan MYLAN EFAVIRENZ ini kesannya sama seperti STOCRIN EFAVIRENZ. 

Apabila sampai dirumah saya cuba mencari perbezaan diantara kedua jenis ubat ini, kata hati saya sudah pasti ada perbezaanya. Jika diperiksa isi kandungan ubatan tersebut saya sendiri tidak faham, tapi oklah mungkin betul isi kandungan ubatan ini sama seperti yang diberitahu, hanya berbeza kotak, botol dan pada namanya sahaja,

cuma..........

MYLAN EFAVIRENZ dihasilkan di negara INDIA.
Ubat ini adalah ubat GENERIK (klik disini)

Manakala STOCRIN EFAVIRENZ dihasilkan di AUSTRALIA

Bermakna masih ada perbezaan disini, harga ubatan MYLAN EFAVIRENZ (RM220 sebotol bekalan untuk sebulan - 30 biji) mungkin harganya lebih murah jika dibandingkan dengan STOCRIN EFAVIRENZ (30 biji) wallahualam

Walau bagaimanapun sebagai PLHIV yang menerima rawatan serta ubatan PERCUMA dari hospital kerajaan selama ini, saya masih tetap bersyukur. Alhamdulillah.....


*Harga Ubatan HAART (klik disini)

*Apa itu Ubat Generik? (klik disini)



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST