Monday, 16 December 2013

ZAFRIEL - SUDAH BERTUNANG TETAPI TIDAK "CONFIDENT" UNTUK BERKAHWIN

Beberapa maklumat tentang Zafriel telah saya pinda dan samarkan - Naj Mi

Assalamualaikum saudara Najmi,
Saya bertemu dengan blog saudara secara rambang dan alhamdulillah telah menjadi panduan untuk saya. Saya ingin kongsikan masalah yang telah saya cipta sendiri.
Nama saya Zafriel (bukan nama sebenar). Saya baru bertunang dengan gadis pilihan saya. Kami mengenali baru beberapa bulan dan kerana suka sama suka, kami memutuskan untuk bertunang. Sebelum bertunang, saya cukup gembira dengannya, malah saya rasa dialah jodoh dan takdir saya. Saya dan tunang saya akan disatukan dalam masa beberapa bulan akan datang.
Sebenarnya saya adalah seorang gay. Seingat saya, saya menyedarinya semasa kecil lagi dan boleh disimpulkan saya ada naluri ini sejak dilahirkan. Alhamdulillah sepanjang hidup saya yang berumur 27 tahun ini, Allah lindungi saya dari zina dan gejala yang berkaitan dengan gay ini. Saya mempunyai naluri tarikan yang sangat kuat kepada lelaki dan tidak ada langsung nafsu kepada perempuan (saya rasa). Setakat ini hanya Allah saja yang tahu rahsia saya.
Masalah saya timbul apabila sesudah bertunang, saya terasa diselubungi rasa bersalah dan takut untuk menghadapi alam perkahwinan. Sebelum tunang, mungkin saya asyik dengan bercinta, mungkin saya rasa senang kerana ada tempat untuk saya berbual dan mengadu nasib. 

Majlis pertunangan telah dilangsungkan dengan meriah dan semua keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja tahu mengenainya. Tunang saya berhabis duit dan tenaga dan penat. Ya Allah, takutnya saya semasa majlis itu. Apa yang telah saya buat ni? Untuk makluman saudara, ini adalah majlis pertunangan kearah kepada perkahwinan yang pertama dalam keluarga saya setelah sekian lama. Saya mempunyai adik beradik seramai X orang yang juga belum berkahwin dan saya yakin mereka tidak mempunyai masalah seperti saya.
Keyakinan saya datang kerana saya telah lama berdoa dengan Allah untuk ditemukan jodoh. Saya rasakan ada sesuatu dari dia yang menyebabkan hati saya terdetik. Ada satu hari semasa berjalan dengan dia, dia terpegang lengan saya dan saya terasa sedikit terangsang. Perasaan yang pelik datang dengan tiba-tiba. Tapi saya masih menghormati dia sebagai seorang bukan muhrim dan tidak langsung menyentuhnya dengan sengaja.

Didalam fikiran saya sekarang, saya bercadang untuk memutuskan pertunangan itu tetapi banyak risikonya. Tunang saya adalah seorang yang baik, dan untuk pengetahuan saudara, setelah beberapa tahun dia putus cinta dia merasakan bahawa saya adalah yang terbaik buat dirinya dan terbuka hatinya untuk memilih saya. Saya tidak sanggup nak lukakan hati dia kerana saya juga yang bersetuju untuk menerima dia. Saya juga terlalu mencintai dia dan pernah dia nyatakan kalau tak jadi dengan saya dia boleh jadi gila. Saya terlanjur memberi harapan yang saya rasa yakin boleh melakukanya. 

Buat pengetahuan saudara juga, saya yang dipilih antara beberapa calon lain yang sama yang mahu mengahwini tunang saya. Malu besar keluarga dia dan keluarga saya nanti. Saya tak dapat nak bayangkan wajah ibu saya, keluarga saya kalau saya nak putuskan tunang. Saya fikir mungkin rahsia saya yang selama ini saya pendam mungkin boleh diketahui orang. Saya mungkin juga kehilangan kerja saya sekarang kerana saya dengan tunang pernah bekerja bersama dahulu dan ramai yang telah mengenali saya.
Saya ada terbaca cerita dalam blog saudara macam mana ada yang senasib dengan saya meneruskan perkahwinan dan bahagia. Tetapi saya juga takut kerana banyak juga cerita yang berakhir dengan kesedihan. Saya tidak mahu masalah ini lebih besar kerana saya tahu perempuan yang akan banyak terkesan dengan penceraian apabila status mereka bergelar janda. 

Saya sudah tidak tahu dengan siapa untuk saya mengadu. Saya mengadu dengan Allah agar ditunjukkan jalan dan ketenangan tetapi saya masih lagi runsing. Kerungsingan saya menyebabkan saya tak fokus terutamanya dalam kerja saya.
Saya ada juga bercadang untuk memberitahu tunang saya dan berharap dia akan faham tapi saya rasa insan normal mana yang akan faham masalah saya ini. Ada juga harapan kecil moga dia terima tapi saya rasa terlalu kecil. Ikutkan fikiran negatif saya, mungkin juga saya akan dibuang keluarga dan kawan-kawan, mana saya nak pergi?
Saya selalu berdoa akan tiba masanya, saya akan berkahwin dan mempunyai kehidupan yang normal. Saya yakin inilah masanya tetapi tah macam mana, saya jadi resah dan menyesal apabila telah bertunang.
Saya bingung....

~Zafriel~



Salam Zafriel,

Kalau abang baca kisah Zafriel, nampak Zafriel seperti tidak cukup bersedia untuk berkahwin tapi dalam masa sama Zafriel cuba memaksa diri untuk bertunang dan berkahwin bagi menyedapkan rasa dalam hati Zafriel sendiri dan mungkin Zafriel cuba menunjukkan kepada orang disekeliling yang Zafriel bukan gay dan mampu berkahwin, dan ketika itu keyakinan muncul dalam diri saudara.

Kemudian timbul rasa was-was dalam diri Zafriel, mungkin semua itu godaan dari syaitan yang cuba memporak perandakan niat keinginan Zafriel untuk mendirikan masjid. Ya kalau Zafriel masih boleh terangsang dengan wanita (kepada tunang) nasihat abang teruskan sahaja perkahwinan tersebut, sebab jika niat Zafriel baik dan berkat doa Zafriel kepada Allah maka insyaallah segala yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan berumah tangga akan dipermudahkan oleh Nya.

Buat masa ini Zafriel terlalu memikirkan banyak pekara, cuba bertenang dan fokus kepada yang positif, cuba lahirkan rasa sayang cinta kepada tunang, insyaallah abang rasa Zafriel mampu mengharungi kehidupan berumah tangga dengan baik dan dapat mengawal diri.

Berkahwin adalah jalan terbaik.

Tetapi semuanya bergantung kepada keputusan Zafriel, hanya Zafriel yang tahu akan kemampuan diri Zafriel, jika rasa mampu teruskan (itu yang abang harapkan) TETAPI jika rasa tidak yakin membahagiakan bakal isteri baik Zafriel putuskan pertunangan tersebut sebab jika Zafriel rasa tidak mampu kemungkinan akan berlaku masaalah yang lebih rumit dimasa hadapan, tidak mustahil bakal isteri akan lebih merana kelak malah kehidupan Zafriel pasti tidak akan gembira.

Putuskan tali pertunangan bukan bermakna Zafriel tidak akan berkahwin dimasa hadapan, ianya mungkin baik bagi kedua-dua belah pihak buat masa ini. Hari ini Zafriel tidak berkeyakinan, dimasa hadapan apabila Zafriel sudah yakin maka berkahwinlah.

Ini hanya pandangan nasihat peribadi saya, mungkin akan ada pandangan nasihat dari pembaca lain yang lebih bernas yang boleh saudara ikut dan jadikan panduan.- Naj Mi





31 comments:

  1. Alhamdulillah anda tidak terjebak dan tahniah atas kekuatan jiwa anda. Apa2pun tanya diri anda sendiri, kemampuan menghilangkan naluri sendiri, kemampuan membina keyakinan sendiri, tanya pada Allah apa pilihan yang terbaik, saya doakan yang terbaik buat anda. Lama tak dengar kisah papa rayyan, harap2 dia update kisah terkini dia, Najmi tolong tanyakan.Moga2 dia sentiasa bahagia bersama keluarga dan anak.

    ReplyDelete
  2. Hmmmm k menyibuk bagi komen gak.


    1. Melentur buluh biar dari rebungnya.. Mslhnya kalau buluh dah matang...kalau dilentur mesti susah.. Paling teruk pun patah atau ko krna libas..hihi.

    But we are not that bammboo..

    TULANG....
    Keras giler... Esp tulang peha ko.
    Kuat mcm.konkrit.
    Walaupun keras... Kalau ia patah.. Ia boleh dibentuk semula...dan dilentur..

    Yng penting Nak Atau x?
    But klau nak mesti ada strategi.


    Mcm tu lah plan ko zafrie.
    Kau boleh break the habit(mcm tajuk linkin park plak).

    Tuhan dengar suara kau.
    Kau kena yakin dan percaya pada takdir Allah.
    InshaAllah..jiwa yg xwujud akn munculjika kau beruaha.

    Jngan give up.

    Pling penting...Hati kau mesti set ON :aku mahu berubah jd lebih baik dari semalam.

    Yeah!

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Bagi pndngan sy perkhawinan bukan benda percubaan.ianya pekara yg mulia...mendirikan masjid...menghalalkn yg haram. semua perbuatan dlm perkhawinan utk satu kebahagian kita dan pasangan kita.

    Tapi dlm cerita saudara..saudara ada niat..ada rasa...ada perasaan cuma saudara bimbng dgn perasaan sendiri.takut dgn byg2 sendiri. klu ada niat...ada rasa..ada perasaan knp x mencuba ...walaupun perkahwinan bkn percubaan..tp nawaitu saudara ada ke arah tu.dah bertunang pun...saudara kena ingat...apa yg berlaku dr mula berkenal...bertunang klu Allah x izinkn maka ia xkn terjd.

    Allah sebaik2 perancng.jgn biarkan syaitan dan penyakit was2 menguasai minda dan perbuatan saudara.tetapkn hati...kuatkn smgt...sekurang2 nya perkhawinan ini menyelamatkan saudara ke jln yg mungkar.

    Allah masih sygkn saudara...diberi nya teman utk saudara berkasih syg..teruskn...berdoa pada Allah kuatkn hati...iman...smgt.insyaAllah.saudara ptt lihat teman2 yg telah kecundang dlm dunia songsang ini...ada yg masih hanyut...ada yg mula tersedar...ada yg dapat musibah dr dunia sonsang ini..ada yg tlh bertaubat..ambik la cerita2 mrk sbg iktibar...

    mmg klu kita tnya mrk..mrk xmenyesal dgn apa yg telah terjd...mrk anggap ini semua hikmah dlm suratan qada dan qadar hidup mrk.tp saudara tahu ke apa dlm hati mrk...sy yakin dlm hati mrk....klu lah masa dan kehidupan bole di putar kembali...mrk xnk lakukan dunia songsang ini. baik mrk menjadi lelaki normal...ada isteri...anak2.tidak mrk sunyi dlm menghabiskn usia pinjaman Allah ni.

    perkhawinan amat di muliakan...menjerit syaitan ketika ijab dan kabul terlafaz....teruskan la niat itu. Mengadu pada Allah...berdoa pada Nya.jgn patah smgat. jgn layan perasaan x menentu.tetapkn hati. insyaAllah niat yg baik ..kebaikkan akhirnya.

    sy doakn saudara dpt buat keputusan yg terbaik dlm hidup saudara.apa pun nasihat dari sy...dr kwn2 yg lain..keputusan ditangan saudara.

    wslm...

    ReplyDelete
  4. Semoga anda dapat buat keputusan yang terbaik k aminnnn

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum, Zafriel :

    Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan hidup di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Jauhkan diri daripada maksiat dan nafsu kerana sesungguhnya sesiapa yang sanggup mentaati Allah SWT menjauhkan mungkar dia akan terselamat daripada azab neraka. Syaitan tidak pernah leka untuk menggoda anak Adam jika ada kesempatan mereka akan berusaha menggoda manusia sehingga dia lari daripada fitrah asal manusia diciptakan Allah iaitu untuk mentaati dan beribadah kepaad Allah SWT.

    Kaum Luth binasa kerana mereka lari daripaad fitrah asal manusia di ciptakan iaitu menyukai kaum sejenis, masyarakat barat sudah kembali kezaman kaum Luth kerana berpasangan dengan kaum sejenis, sebenarnya mereka sedang memanggil bala dan bencana kerana telah dari daripada asal fitrah manusia.

    Islam menggalakkan berkahwin, berpasang-pasangan lelaki dan wanita supaya terbina keluarga muslim dan melahirkan anak-anak yg soleh dan solehah untuk meneruskan kehidupan generasi akan datang. Untuk kita kembali kepada sunatullah dan fitrah asal iaitu sifat lelaki untuk kaum lelaki dan sifat wanita untuk kaum wanita maka perlu banyak bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

    Banyakkan berdoa supaya Allah SWT pulihkan asal kejadian kita dan kembali normal sebagai manusia yang sempurna. Anggaplah ini sebagai ujian Allah SWT dan yakinlah jika kita mampu berusaha pulihkan hormon dan naluri kita maka ini adalah satu jihad dan pengorbanan yang besar yang akan dapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Khairulkery CintastrawberiMonday, December 16, 2013 11:26:00 pm

    Buat pilihan dgn tepat..Tanya pada hati

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Abg najmi, diharapkan abg najmi leh publish luahan hati sye yg dh sye email pda abg..sye nk mintak pandangan kwn2 n abg najmi tentang situasi sye ni.

    Ijoyharis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ijoyharis,

      Terima kasih kerana berkongsi kisah..insyaallah abg akan publish email yang Ijoyharis kirim jadikan entri dalam blog ini, tapi abg kena perbetul kan banyak perkataan2 yang pendek2 dalam email tu...abg akan baca dan beri pandangan nanti....

      Terima kasih..bila dah dipubliskan abg akan beritahu Ijoyharis kat email...:)

      Delete
  8. aku rasa ko lebih bernasib baik kerna x pernah berkongsi rasa ngan lelaki. ko dah ada rasa cinta kat ponpuan, ko cuma perlu keyakinan diri ajeee. sumenyee akan OK, aku ada ramai kengkawan gay yg kawin, sumenyee bahagia sampai beranak pinak, setau aku kalu full gay, diaorang takut kat ponpuan, geli plak cam ponpuan takut lintah padahal jantan. ko x yah inform tunang ko yg ko ada naluri tuh, simpan ajee dlm ati sampai mati, ko ckp ko takut kawin, aku pun sama, mungkin alasan kita berbeza, aku bernafsu kat ponpuan, tapi aku takut dosa silam jadi duri dlm daging menghantui masa depan. mau x mau, kena jugak trima hakikat, ponpuan itu masa depan kita.

    ko luahkan ajeee perasaan ko kat sini, sedikit sebanyak ia amat membantu. Aku pun malu gak kat sume yg ada disini, malunyaa hanya tuhan yg tau, tapi sinilah tempat aku membina kekuatan dan keyakinan diri dgn sokongan dan nasihat, ia buat aku lebih tegar. AKU DAH TAK SABAR UTK BEBAS. AKU DAH CUKUP PENAT DAN LETIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee. Malu utk kebaikan tidak jadi masalah sebab kamipun bukanlah nak menghina sebab kita semua sama, hanya makhluk biasa. Jazzlee boleh bebas sbb jazlee sudah ada keinginan. Terus....kami WWNLYWA.

      Delete
    2. Sy doakan di suatu masa nanti akan ada wanita yg sama2 sudi membimbing Jazzlee.... masih ada perempuan seperti itu.. bertabahla ...
      Sandra

      Delete
  9. assalamualaikum..lama tak memberi komen di blog abg najmi.....

    ini pandangan peribadi bella.... semasa bella tahu suami (pada masa tu tunang) mengidap hiv... mmg dunia rsa berpusing..terduduk... suami sendiri mohon utk berpisah... tetapi bella minta dia bertenang...fikir...mohon pd Allah...seperti zafriel, perkahwinan bakal menjelang.. beberapa bulan sahja... keluarga akan malu besar..dua2 keluarga dikenali di kampung..luluh dan hancur hati mak ayah nanti..

    bella yang buat keputusan...meneruskan perkahwinan dgn syarat...suami akan menyayangi bella..jujur pd bella..setia pada bella...yang lain...bella tolak ke tepi..perempuan boleh terima kalau zafriel betol2 jujur...dan berjanji akan setia dan lain2...

    jgn sesekali khianati janji yg di buat...mcm apa yang terjadi pd bella...suami mungkir janji..tidak disentuh bella mampu bertahan tetapi apabila menduakan bella dengan lelaki2 lain.. itu sangat sakit.... sekiranya zafriel meneruskan perkahwinan, cuba la jadi yang terbaik..... terus terang bella cakap... bukan hanya 'seks' yang penting atau utama bagi sesebuah perkahwinan...bella sendiri 2 tahun tidak disentuh tetapi bella redha.... cuma, bila dikhianati..rasa itu tidak sama dengan tidak disentuh....

    ambil masa, fikir sedalamnya..apa yang zafriel mahu dr perkahwinan itu nanti....bella mula-mula tahu semua ini..macam nak gila..Tuhan je tahu perasaan itu... fikir betul-betul zafriel... tetapi, bagi bella...zafriel ada rasa pada perempuan..itu petanda baik..mohon petunjuk Allah...diberikan kekuatan pada zafriel...untuk zafriel berubah...

    wallahuallam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zafriel..saya juga berpendapat spt Bella Bubu sbb sy juga mempunyai suami sptnya. Bila di khianati..semua hrpn hancur..sakit dada, pening, tak bole bnafas.. zafriel, sy bpendapat trus terang adalah baik dgn tunang awak, jgn malu sbb tunang awak mesti simpan rahsia awak sbb dia rasa awak la tempat bkongsi masalah. MMg mula2 akn berlaku terkejut besar krn dia cinta kan awak..dia akan menerima cuma tunaikan janji x berlaku PENGKHIANATI. Awk masi bole terselamat sbb blm pernah menjalinkan hubungan mn2 lelaki termasuk seks. Pa yg sy dgr..sekali dah buat seks songsang maka makin giat utk melakukan.

      Delete
  10. Bellaaaaaaaa, ngerinyee aku rasa, bagi aku dlm perkahwinan seks adalah salah satu keutamaan, bgitu jugak ngan mende2 lain, aku x leh bertolak ansur bab nihh.... ia jugak salah satu penentu kebahagiaan jangkapanjang utk seorang lelaki. tapi aku respect jugo kat ko, kalu aku dah tentu aku reject awal2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazzlee, tipu kalau bella kata bella langsung takde keinginan.. tapi ntahla..suami sendiri menolak dengan alasan mcm2.... walaupun akhirnya bella tahu kenapa.... luluh hati dan jiwa tetapi semua adalah takdir dlm perjalanan hidup bella... hidup tak selalu indah..tidak semua kita akan dapat....

      rahsia bella bertahan sebelum semua terbongkar adalah... berserah pada Allah... bella adalah manusia yang sanggup derita sendiri tetapi bukan melihat ayah n bonda kecewa...setitik airmata ayah n bonda bella menitik, bella akan rasa bersalah dan tidak tenteram.... kawan-kawan rapat bella pernah menasihati bella.... fikir pasal diri sendiri sebelum fikir orng lain..tetapi, mereka tidak berada di dalam keadaan bella.... rasa itu tidak akan sama

      Delete
    2. eh..jazzlee tak slh apa pun... takda apa yang perlu dimaafkan...jazzlee sekadar memberi pandangan...bak kata kawan rapat bella, kalau dia mungkin dah gila kot kalau berada di situasi bella....hehe

      bella faham apabila tindakan kita orang akan pertikaikan... insya Allah... selagi mampu, bella cuba harungi... tidak mudah tetapi insya Allah...berkat doa semua...

      Delete
  11. Assalamualaikum
    Sy pun nak kongsi disini... Sy keliru ngan diri sndr pada asalnya either gay or bisek...
    Terlibat ngan mende ni since ting2 masa tu x tau pape tp ade abg senior meniduri sy tp x laaa smpi wat sex... Sy x tau apa yg ada pd sy smpi ramai yg suka nak tdo ngan sy.. Nak kata lembut tak tp ntah.. Smpi laa sy masuk sebuah kolej ni sy telah terlanjur melakukan sesuatu yg diluar dugaan n sesuatu yg dilaknat oleh Allah.. Tp bkn sy yg cr mase tu mamat tu yg dtg tp nafsu n syaitan dtg menggoda dah kami kalah.. Lama gak.perkara itu berlarutan hmpir setaun gak tp kami x menjalinkan hubungan cinta just sex tuk puaskan nafsu.. Sbb dlm masa yg sama sy ade awek n mamat tu pun ade awek. Smpi 2007 bln jun aku rasa sgt jijik ngan dr aku sbb dah bergelumang ngan dosa besar... Tp aku yakin Allah maha pengampun bln jun 2007 aku tekad berubah stop semua hbgn terlarang n stop hbgn ngan awek aku sbb aku x nak bg harapan kat dier.. Ogos 2007 aku gi umrah n minta pada Allah aku mmg nak berubah seubah ubahnya.. Mmg susah tp aku mula menyendiri tuk cr ketenangan elak duduk unah sewa ramai n setaun aku x der bf or gf.. Masa tu mmg aku berperang ngan nafsu n jiwa bergelojak ini.. Sehingga 2011 aku ditemukan ngan seorg gadis yg skang bergelar isteri alu.. Mmg betul nafsu aku pada laki still wujud smpi skang tp aku cuba untuk tidak mendekatkan diri aku pada mana2 lelaki.. Alhmdllh2012 aku diijab kabulkan m 2013 aku dikurniakan anak yg sgt comel.. Tp akui mmg masih wujud nafsu tu. Tp aku syukur sbb ade seorg isteri yg sngt baik n setakat ini segala keperluan batin nya belun pernah aku tolak.. Tp mcm mane aku nak teruskan ngan nafsu aku yg lagi satu ni... Aku pening.. Aku syg bini aku sgt. Btllah mendekatkan diri pada Allah itu jawapannya.. Tp nafsu itu ttp akan datang kalo x tahan sgt aku masih tgk gayporn tanpa pe getahuan isteri aku.. Tp insha Allah aku yakin pada Allah kalo kita dekat pada Nya Maka Allah akan jaga kita..n semua lelaki yg penah tdo ngan aku semuabdah kawen alhmdllh n semua dah ade anak.. Syukurlaa.. Semoga apa yg terjadi pada aku ni x terjadi pada keturunan aku yg seterusnya.. Kita sma2 berjihad melawan nafsu yg sgt berbeza ngan golongan strght.. Allah bersama kita.. Bg yg nak ambil keputusan untuk kawen.mcm aku pk masak2 sbb banyak yg kita kene korbankan.. Alhmdllah aku masih kuat tuk mengharungi hidupbberumahtangga n doakan aku bahagia smpi ke syurga... N igt Allah maha pengampun.. Nak berubah mmg senang nak istiqamah yg susah nak tahan gelojak nafsu lagi susah. Walaupun aku dah tinggalkan dunia gay dah 6 taun tp nafsu tu masihnkuat dlm diri dan kene selalu lawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Kisah ni boleh buat entri nanti...:)

      Alhamdulillah kehidupan awk makin lama semakin baik.Asal dari bergelumang dengan aktiviti songsang, kemudian sedikit demi sedikit saudara mampu berubah mengawal diri sehingga berkahwin. alhamdulillah.

      Macam yang selalu saya katakan bahawa naluri suka kepada lelaki TIDAK dapat dihapuskan sama sekali tak ada guru tak ada ubatan tak ada yang boleh menghapuskan naluri songsang ini sehingga mati, TETAPI dengan doa dan bantuan dari Allah swt kita dapat dan mampu mengawal diri dari tidak melakukannya lagi.

      Sebab itu walaupun saudara telah mendirikan rumah tangga dan mampu memberi nafkah batin kepada isteri dalam masa yang sama masih tetap mempunyai naluri songsang itu kan, yang penting saudara tidak terlajak lagi dengan lelaki selepas berkahwin dan berkat doa berterusan kepada Nya insyaallah keinginan nak tgk prono gay akan semakin pudar dan kasih sayang saudara kepada isteri akan semakin utuh...Jangan berhenti terus berdoa kepada Allah minta perlindungan dari Dia.

      Saya doakan yang terbaik buat saudara dan isteri...

      Delete
    2. Wat laa entri sy sokong bley jdkan iktibar... Skang ni pun aku byk bantu mereka2 yg pernah terlibat ngan zina n gay n les tuk ke arah lebey baik tp aku x pnh citer pun kisah silam aku dulu..ni la 1st aku share ngan org.. Bkn mudah nk berubah n istiqamah sbb akan byk ranjau... N the best way is jgn stay umah sewa reramai lelaki kalo nk berubah krn bahaya... We are unexpected ngan semua lelaki even derang strght.. Sbb kadang strght pun bley jd bengkok.. Sbb aku ade kwn mmg menghina btl golongan gay tp penah gak tdo ngan aku tp tu dulu.. Bykkan dkt kan diri pd Allah.. Aku pun masih byk lg ranjau yg perlu dihadapi.. sbb bile kawen pasti ade pblm akan timbul n syaitan akan sentiasa ganggu kita... So SABAR.. n REDHA...

      Delete
    3. Salam Anonymous,

      Entri saudara telah saya siapkan hihihi tunggu waktu sesuai akan saya publishkan nanti sebab ruang komen disini tak ramai yang akan buka dan baca, mereka akan hanya membaca jika kebetulan mereka klik membaca entri tentan Zafriel diatas ni, sepekara lagi bila dijadikan entri ianya boleh dikongsikan dg ramai pembaca diluar sana..

      Oleh kerana saudara tiada nama didalam entri tersebut saya namakan saudara dengan nama MOHAMMAD NABIL hehehe ok kan...

      Terima kasih kerana berkongsi kisah, sedikit sebanyak pasti kita semua boleh mendapat pengajaran dari pengalaman saudara. Mana yang baik kita contohi ikuti dan mana yang tidak kita jadikan teladan...:)

      Delete
    4. citerrr ko wat aku takut dan lemah semangat jeee, aku baru jeee nak rasa seronok. thriller betul entry kali nih.

      aku plik benar camna kengkawan gay aku yg dah kawin sume cakap lepas kawin sume OK. pantang benar aku kalu diaorang tipu/cover line kat aku. kalulah benar kata ko tuh, malam minggu nihh aku akan test dia orang semaksimun mungkin, arap2 jgn plak aku jad korban. aku rasa seram sejuk plak bila pikir seblum nih dia orang dtg umah aku hanya bertowel jeee..pi mai pi mai cam model jeee depan diaorang.

      Delete
    5. iya abg najmi..bgus entrinya jadikan iktibar, Anonymous tahniah..awak semakin berjaya mgharungi dugaan ni..

      Delete
    6. Jazzlle..apa yang takutnya...anonymous sudah semakin mampu mengawal diri, naluri itu tetap ada tapi dia pada pandangan saya boleh kawal diri dan kita doakan agar anonymous diberi kekuatan menagkis segala godaa syaitan..

      Mag lensmac

      Ya insyaallah nanti abg siarkan kembali kisah anonymous ini sebagai entri, yang sudah diperbetulkan segala ayat yang pendek2 tu agar pembaca mudah membacanya kelak...:)

      Delete
    7. takut? memang takut, bila ingat mati, azab kubug, talkin, mak bapak, bakai mentua, dan juga bakai isteri, (adik ipag ponpuan ada call, bakai mentua ada jumpa mak bapak sambil nyebut, cuti sekolah taun depan, jazzle tentu OK) camna x takut. saya memang takut gilleerrr, bab sidia tuh pun saya masih lagi bergelut. x settle2 lagi. Inikan plak dia anomous tuh cakap, dah kawen dan dah ada nak, tapi nalurituh x leh buang jugak, saya x nak usaha saya sia2. Awek saya plak amatlah tegas dan sensitif (anak tunggal mentua, pilihan mak bapak). Mkin berserabutlah saya.. saya x nak perkara bruk berlaku dlm hbungan kami. sekrang pun dah cam serba x kena, bila sidia sentuh, saya pasti terkejut beruk/ terlatah sakan, garpu terlepas dari tgn, cakap pun dah jadi tergagap2, rumah sendiri pun dah terasa cam rumah orang, nak naik tingkat atas pun x ubah cam pencuri. macam saya bukan diri saya lagi.

      Delete
    8. Jazlee izinkan sy bg pendapat...
      Perkahwinan adalah satu nikmat yg Allah bg pada kita... Dan ianya sgt dituntut. Jangan takut ngan naluri sbb itu nafsu amarah yg disorong ayaitan.. Mcm aku katakan kat komen aku tuh nafsu mmg jahat.. N aku sokong abg najmi nak berubah yg betul2 berubah bkn senang.. N naluri tu mmg kene sabo tuk dibuang... Sbb ianya perlu istiqamah.. N jgn pk kan yg bukan bukan...mmg terkadang kita rasa jijik ngan diri kita tp kalo kita terus ngan kejijikan itu maka Allah akan lagi jijik ngan kita...
      Perkahwinan bgbaku mmg jln penyelesaian bg semua masalah berkenaan ngan sex x kira songsang atau zina...
      Mmg aku masih ade naluri itu tp x separah dulu sbb aku ade peneman yg sah tuk aku luahkan rasa kasih aku itu..
      Maap kalo aku cakap aku kurang stuju kalo kata gay x leyh kawen insha Allah kalo btl ada jodoh satu hari pasti kawin.. Tp kalo mmg ketentuan x berjodoh maka buat laa ibadah n beepuasa lah sebaiknya.. INGAT Allah jadikan kita berpasang pasangan lelaki dan perempuan sebaik kita dilahirkan kerana itulah fitrahnya...
      Pglaman aku sndr mmg tkt bila nak kawen sbb mampukah kita bagi kebahagiaan pada isteri?? Dari rohani n jasmaninyaa... Jawapan aki mampu kalo kita pilih mampu tuk melakukannya..
      Berkenaan ngan naluri tu mmg ada sedikit susah tp ape yg aku amalkan kalo rase nak ke arah songsang aku cari Allah sujud n minta padanya.. N bayangkan saat indah bersama isteri insha Allah bley tp mmg agak payah...
      So jazlee trskan niat tuk berubah n kalo perlukan pendapat aku sedia membantu walaupyn aku sndr masih dln.proses ke arah yg lebih baik... Wasalam Mr M

      Delete
  12. Alhamdulillah syukur..

    Saya Zalfriel.

    Setelah istaqamah saya dapat semula ketenangan seperti sebelum bertunang. Berkat doa yg tak henti, Allah makbulkan doa saya untuk lebih tenang dan Insya'Allah terasa diri ni lebih dekat dengan-Nya. Mungkin kekusutan saya tempoh hari boleh saya jadikan sebagai titik permulaan untuk perubahan yang lebih besar. Ujian yg Allah bg untuk saya lebih dekat dengan-Nya. Saya sedar mungkin perkahwinan ini boleh saya jadikan matlamat hidup yang baru. Alhamdulillah syukur, telah saya luahkan masalah saya pada seorang sahabat baik dan masyallah, tak pernah saya rasa beban yg ditanggung selama ini rasa lebih ringan. Terharu saya apabila sahabat saya bersungguh membantu saya, mendengar keluhan dan memberi nasihat. Sekali lagi saya terharu apabila kesemua komen di sini positif belaka.

    Insya'Allah saya akan teruskan niat saya untuk berkahwin. Tolong doakan saya. Dan saya turut doakan pada mereka yg mengalami perkara yang sama, agar Allah melindungi kalian dan membantu kalian juga. Tabahkan hati, teruskan perjuangan dan minta petunjuk dari-Nya, sesungguhnya Allah itu tidak akan zalim pada hamba-Nya.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zafriel... Wat istikharah pohon pada Allah... In Sha Allah ade jawapan... Aku anon kat ats tu yg dah kawen.. Alhmdllh bila kita kawen akan lebih banyak terjaga.. Nafsu songsang tu mmg musuh yg pling kuat kita kene lawan sbb masa nafsu Allah jadikan pun mmg paling liat dier nak mengaku Allah tuhan dier setlah dihumban ke neraka beberapa kali br die akui.. So melawan nafsu bkn snang tp igt kita ada Allah... N the best way jgn bagitau pasangan kita pasal hal2 yg sebegini cukuplah kita cuba melawan sndr n tindakan kamu tepat berkongsi cerita ngan org yg kita caye... Like me Aku mmg share ngan my best fren about this sblm kawen dulu n Allah laa selalu aku ngadu... Teruskan hajat utk kawen.. N aku rase kes kamu x skronik aku sbb kmu blom terlanjur but me.... Tp terus percayakan Allah... Allah bersama kita.. just call me Mr M

      Delete
  13. buat zafriel, setiap masalah ada penyelesaian dan tidak Allah ujia melainkan dengan kemampuan hambanya. Pengalaman saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang bernaluri gay, memang agak sakit, kerana nafsu dan keinginan dari dia yang tiada menyebabkan dia tak nampak saya sebagai isteri yang wajar dilindungi dan disayangi.

    nasihat saya, jari jalan dekati ilmu agama, dekati tuhan, inshaallah semua masalah ada penyelesaian.

    ReplyDelete
  14. Bg sy kpd yg nak berkahwin tu cubalah faham matlamat perkahwinan dlm islam(ni pesanan utk semua tak kira la songsang ka lurus ka, dan ingatan bg sy jg)...sebab bg sy bila kita berkahwin mesti la kalau diizin kan allah sampai ke jannah...

    ReplyDelete
  15. bro aku gay sejak dari kecik lagi memang tak de nafsu kat pompuanlang sung bagi aku kalo aku kawin aku menipu diri aku dan semua orang termasuk isteri aku. so aku rasa perkahwinan takditakdirkan untuk aku bior aku single senang ... aku tak penah buat seks ngan mana mana lelaki .. cume berkongsi kasih sayang je jadik jika ko memang pure gay mcm aku aku nasihatkan ko jgnlah kahwin nanti meniksa jiwa yang lain .. kalo ko bi seks atau baqrang ko boleh naik tgk pompuan ko teruskan lah niat ko tapi jangan carik lelaki lagi pas kahwin kesian mereka beb ape perasaan ko bile tak dapat belaian yang sepatutnya dari seorang isteri/ suami... hidup memang penuh dugaan huhhh.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST