Monday, 9 December 2013

SUAMI TIDAK BERI NAFKAH BATIN

Mungkin soaljawab ini sedikit sebanyak boleh membantu para isteri berfikir dalam mengambil tindakan sekiranya suami mereka bersikap baran dan tersangat dingin. Saya share soaljawab ini kerana ada rakan pembaca saya yang mengalami masalah sebegini. Juga boleh direnungi buat isteri-isteri yang mempunyai suami bernaluri gay yang terasa terainaya - Sumber Disini


Ustaz,
 
Sedang saya mencoret kemusykilan hati saya, air mata saya tidak berhenti berlinangan sambil membisik kata-kata Istighfar berulangkali didalam hati.. Saya amat menyayangi dirinya.

Usia perkahwinan kami baru menjejaki 3thn dan kami belum dikurniai zuriat. Persoalan yang membuat jiwa saya hiba ialah semenjak 2thn ini, saya merasakan seperti tidak diberi kecukupan nafkah batin. Walaupun telah kerap kali saya membincangkan masalah ini. Ustaz, saya merasa terlalu malu untuk meluahkan masalah ini kepada insan-insan terdekat ibarat ‘Membuka Pekung’ diri sendiri.
Suami saya seorang yang tidak gemar berkomunikasi atau memberi perhatian pada saya. Saya amat memahami dirinya jika dia terlalu letih dengan pekerjaannya. Tetapi didalam sebulan, takkan tidak ada suatu waktu pun untuk dia dapat membelai saya, mendakap saya atau mengucupi saya. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengekalkan hubungan yang intim terhadap isteri-isterinya, apakan kami yang hanya manusia biasa ini? Saya amat memerlukan dirinya disisi saya. Bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya. 
Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya tetapi saya diusirnya dengan alasan rimas dan panas. Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Tiada pernah kata-kata manja atau cinta yang keluar dari bibirnya. Jiwa saya begitu sebak sekali hingga ke saat saya mencoret emel ini air mata saya terus bertitisan.
Kerana berkali-kali menanggung & memendam kekecewaan, saya selalu terfikir untuk mencari seorang teman lelaki lain buat pengganti dirinya yang terlalu tidak mempedulikan saya. Namun saya akan beristighfar dan berusaha sedaya upaya untuk mengingatkan diri ini bahawa dengan perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian malahan ia hanya mendatangkan dosa yang amat besar serta fitnah yang buruk sekali.
Ustaz, saya tidak tahu lagi dengan siapa harus saya mengadu. Saya sudah putus akal untuk bagaimana lagi memperbaiki hubungan kami. Pada beliau kini, saya telah menerimanya seadanya maka sedikit pun didalam hati beliau tidak pernah merasa bersalah akan sikapnya itu. 
Teguran-teguran yang pernah saya ajukan kepadanya dulu meskipun secara kasar atau lembut hanya ‘Menuang air didalam daun keladi’. Saya sudah pun berhenti menegurnya. Dia masih kekal begitu…
~Hamba yang dhaif~


JAWAPAN
Saudari,
1. Saya dapat merasakan isu yang anda hadapi ini sungguh berat sehingga ianya begitu begitu menghiris perasaan. Pastinya ia merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk dikongsi kerana ia sungguh peribadi walaupun hanya melalui emel.
2. Namun tindakan yang dilakukan untuk mendapatkan bantuan ini merupakan satu usaha yang betul bagi mengatasi isu yang anda hadapi sekarang ini.
3. Berdasarkan emel saudari ini, saya membuat kesimpulan maksud ‘tiada kecukupan nafkah batin’ merupakan tiada hubungan seks yang aktif antara anda berdua dalam jangkamasa dua tahun. Jika adapun ia merupakan satu perkara yang sangat minimal. Betulkan saya jika saya silap dalam hal ini.
4. Isu utama di sini ialah suami bersikap dingin terhadap seorang isteri, bukan sahaja tidak mesra tetapi juga tidak memberikan nafkah batin. Bagi mengatasi hal ini, sebenarnya perkara pertama yang perlu diketahui ialah sebab utama di sebalik mengapa si suami tiba-tiba selepas setahun bernikah terus bersikap dingin? Selepas dikenalpasti barulah ianya dapat dibantu.
5. Berkemungkinan suami saudari mempunyai isu yang hanya dipendam sendiri sehingga membuatkan mood beliau melakukan hubungan terjejas dengan teruk. Ini memandangkan jika tiada sebab yang utama, amat jarang sekali seseorang suami akan bersikap demikian lebih-lebih lagi rumahtangga anda baru berusia 3 tahun.
6. Perlu diakui, jika perkara ini tidak dapat ditangani segera maka secara tidak langsung ia boleh menggugat keimanan seorang isteri jika kita kita tidak berhati-hati (anda sendiri sudah mengakuinya).
7. Ini memandangkan pernikahan merupakan satu jalan keluar untuk seseorang Muslim atau Muslimah melepaskan nafsu syahwat mereka secara halal seterusnya mengelakkan diri dari kancah maksiat. Jika perkara ini (seks) tidak dapat dilakukan maka ia pastinya merosakkan matlamat di sebalik pernikahan pasangan tersebut.

Suka saya cadangkan beberapa perkara berikut untuk dilakukan segera:
* Pertama: Perlu bersikap berterus terang
Cuba sedaya upaya untuk memilih masa yang sesuai bagi membincangkan perkara ini. Sebaik-baiknya ketika suami sudah cukup rehat. Elakkan sama sekali membincangkannya ketika suami baru pulang dari bekerja. Anda perlu bersemuka dengan suami bagi menjelaskan tekanan perasaan yang dialami dan kesan di sebalik sikap dingin suami.
Melalui perbincangan ini diharapkan kedua-duanya dapat meluahkan segala ketidak puasan hati masing-masing, namun sebelum melangkah lebih jauh dalam perbincangan, anda berdua perlu mendapatkan persetujuan bersama bahawa keadaan rumahtangga yang dialami sekarang adalah tidak sihat dan perlukan jalan keluar bagi memperbaiki keadaan.
* Kedua: Bercuti
Mungkin anda suami isteri boleh fikirkan pelan rancangan bercuti ke luar negara, Mungkin lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota dan tempat yang dapat membuatkan suami melupakan hal pekerjaan dapat difikirkan dengan serius.
Secara tidak langsung dengan mood dan suasana yang tenang, mungkin boleh merubah keadaan menjadi lebih baik. Melancong menhangatkan hubungan
* Ketiga: Dapatkan bantuan Kaunselor
Jika suami bersetuju bahawa keadaan rumahtangga adalah kritikal dan dalam keadaan yang tidak sempurna, cuba sarankan kepada suami untuk rujukkan kepada kaunselor bagi bantuan untuk memperbaiki keadaan rumahtangga anda.
* Keempat: Rujuk ke Mahkamah Shariah
Andai kata langkah-langkah di atas tidak dapat dilakukan dan keadaan suami tetap seperti dulu. Sebagai jalan terakhir, anda perlu merujukkan ke Mahkamah Shariah bagi mengadu perihal suami yang tidak menjalankan kewajipannya, melalui cara ini sekurang-sekurangnya mereka akan ’summon’ anda berdua untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
Saya amat berharap agar anda dapat bertahan dan cuba lakukan langkah2 di atas. Perkara keempat perlu ditimbangkan dengan serius memandangkan keadaan rumahtangga anda yang tidak memenuhi keperluan perkahwinan.
Kadang kala perceraian merupakan satu jalan keluar bagi kedua-dua pihak memulakan hidup yang baru. Lebih-lebih lagi jika perkahwinan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pernikahan seperti hubungan seks antara suami isteri, malah jika diteruskan perkahwinan ditakuti lebih membawa kemudaratan kepada pasangan suami isteri tersebut.
Sumber Disini


32 comments:

  1. hamba yg dnaif: cerita kita hampir sama...suami sy bisek. sy juga kurang diberi nafkah batin krn dia lebih bernafsu kpd lelaki..alasan yg sama rimas dan panas jika peluk tubhnya. Bw berbincang tak pdai dgr...sy terpaksa guna suara yg tegas memberi pjelasan dan mmg agak tegang hbgan kami tetapi bbrp hari kmdian, brgkali sy ckp tu btul..sbb ni utk myelamat kelurga yg baru bina.Tiba2ada bgus sikit tp tabiat mmg x berubah..jd, awak kena byk bsabar, kuat menempuhi ni jika igin kekalkan hbgan ni...sy pernah jmp secara bsemuka dgn Bf suami sy..bukan nk bgaduh tp minta pjelasan sbb suami sy x pdai mgaku yg dia bisek...akhirnya dorg ptus sejak tu. Tenang hati seketika utk bbrp bulan, tp skrg suami baru mula rapat seseorg..jadi sy masi berbelah bagi bgmana mo mgatasinya? abg Najmi, kami baru pulang dr luar negara...mmg merapatkan hbgan kami...tetapi tiba ja d tanah air sendiri mula lg tabiatnya..mggu depan dorg planing nak tempah hotel, skrg ni sy bfkr mcm mn sy nk tangkap dorg dgn mata sendiri,,sbb suami sy x pernah memperkenalkan kwn2 dia so, dia tkut sy serang mcm bf dia dlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Meg,

      Sukarnya hidup Meg, pasti Meg sentiasa hidup dalam keadaan tidak menentu, risau, wasangka, sedih, malu dan sebagainya apabila tahu suami seorang biseksual.

      Saya share soaljawab diatas apabila soal jawab diatas di "link" kan kepada saya oleh seorang rakan wanita email saya yang menghadapi masaalah yang sama seperti hamba yang dhaif. Kisah kehidupannya dikongsikan dengan saya, akibat kelakuan suaminya yang dingin,malah hati perasaannya semakin jauh dari suami sehingga menyebabkan ia jatuh sayang kepada insan laiin (rakan lamanya dulu), nampak wanita ini tidak bertepuk sebelah tangan.

      Apa bila dia minta dilepaskan suaminya tidak mahu, malah dia diugut macam-macam, yang pasti suaminya bukan biseksual atau gay tetapi sudah sikap dia begitu apabila semakin berusia (nak kata tua tak juga)

      Apa pun saya selalu doakan agar wanita ini dibantu dipermudahkan segala tindakannya oleh Allah, saya juga berdoa agar Meg dapat mengharungi kehidupan dengan tabah semoga Allah sentiasa bersama Meg, rakan email abg itu, insan yang dhaif serta wanita2 lain yang menghadapi masaalah yang serupa.

      .....:)

      Delete
    2. Abg Najmi..apa yg dikatakan mmg benar, kehidupan sy penuh dgn keadaan tidak tenteram, Sy juga seperti isteri lain cuba selamatkan keluarga ini. kalau dahulu bila sy mendapat tahu suami sy sorg yg dua alam..mesti sy akan menjadi lemah untuk membuat sebarang kerja, menangis, mgigil, x dpt tdo dgn tenteram, bfikiran mcm2 spt..mo minta cerai la, mo melakukan curang, mo memalukan suami d depan keluarga dia, mo pukul dia..tapi semua ini sy dpt kawal sbb sy bdoa minta ptunjuk_Nya dan igat DOSA. Jadi skrg bila berlaku kes begini, sy tidak lagi selemah seperti dahulu seolah2 ada kekuatan diri wlpn kdg2 masi lg negatif. sy dapat brfikir secara rasional...sy bdoa meminta kekuatan, petunjuk-Nya. Sy mesti cr bukti depan mata dan jmp bersemuka dgn 'org tu'. Saya dah cr maklumat ttg psangan suami sy. Sy bfikir mesti suami sy rasa malu btul bila psgnnya meluahkan ttg pa yg sy lakukan secara berdepan. Dlm masa yg sama, pasangan tu mesti bgthu kwn2 gay ttg suami sy dan tindakan sy. mgharap kwn2nya x berani ggu suami sy. Abg Najmi, biasanya kami btengkar...suami sy yg mgugut nk lepaskan sy (cerai) tp sy tau dia x akn buat sbb dia susah nk bdepan dgn keluarganya dan fikir ttg MALU.

      Delete
  2. Apa kata meg pergi kaunseling kat pejabat agama dgn suami.dua2 kene bincang blk apa matlamat perkahwinan ni....adakah sekadar nak menutup rahsia yg suami bisek ataupon sebab nak dpt keredaan allah & harap dpt bersama sampai syurga....apalah guna kalau berkahwin tp takda mawadah pon dlm rumah tangga buat tambah stress diri je unless kalau meg sanggup bersabar....and yg plg ptg suami anda da merancang nak buat perkara tak elok dan awk ada kewajiban utk cegah kemungkaran tersebut....

    Kalau meg still nak kekalkan perkahwinan ni, then cuba la semua daya yg ada utk menyelamatkannya, tp husband awk kene la ada effort yg sama macam awk jgk sebab bde ni takkan berjaya kalau awk je yg berusaha....then doa mintak tlg allah & tawakal....


    Ps- nak suggest buku la tahzan & buku jgn bersedih jd lah wanita bahagia , pengarang nya dr aidh b abdullah al qarni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz- sy pernah cadangkan kpdnya tentang kauseling pasal rumahtangga sy asyik bgolak ja..tp dia buat x tau ja. maka, sy terpaksa cr jln lain iaitu sy minta bertolongan kwn baiknya bg dia nasihat ttg hal rumahtangga tp bukan pasal dirinya bisek sbb xda seorg org2 yg rapat tau dia tu bisek...syarat jgn sebut ttg nama sy. Mmg ada perubahan sikit..igat tggungjawab dia sbg suami cuma tabiat bisek x bole berubah..hy dpt kurangkan nafsu seksnya. Ok, tq Syaz..nanti sy akn cr nama buku spy sy dpt kekuatan dlm diri , tabah mgahdapinya...

      Delete
    2. Oh yeke....tak pe la awk...selagi mampu usaha, cuba lah...then berdoa & tawakal....selalu nya bila diuji la kita akan makin hampir dgn allah...sy sendiri pon diuji tp dlm alam perkejaan sy la....mmg kita ni makhluk lemah & ujian tu br tau yg kita tak berdaya apa2 pon....selain buku tu bg sy motivasi plg baik adalah al quran...gud luck

      Delete
    3. tq la Syaz memberi pdapat awak...mmg sy rasa ini diuji dlm kehidupan sy, dr kecil-sebelum kwin..sy x pernah alami ujian berat seperti ni. kalau setakat pelajaran, putus cinta.. dpt selesai tapi keadaan bgini seumur hidup diuji sbb melibatkan fitra manusia. ini bgantung kepada diri sendiri..mampu bertahan sehingga akhir hayat atau tewas d pertengahan jalan..( hbgan berakhir) Sy skrg mampu bertahan kerana sy masih mencintai suami sy. :)

      Delete
  3. Oh ye...lg satu... sy dgr la ikim fm especially slot persona de zahra ,islam itu indah & usrat....

    ReplyDelete
  4. saya pun mengalami nasib yang sama mcm cerita di atas.saya tak pernah dapat nafkah batin dari hari pertama bernikah hingga sekarang.bukan nafkah batin saja..nafkah zahir pun tak pernah dapat.perkahwinan dah mencecah hampir 6 bln.ntah sampai bila saya boleh bertahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Ada yang tak kena tu kalau dua2 nafkah tak diberi, berjumpa dan berbincanglah dengan mereka yang arif, saya rasa kalau dah 6 bulan kedua-dua nafkah diabaikan tanpa sebab sebaiknya Puan angkat kaki segera, minta pandangan segera dengan mereka yang arif...Mungkin entri diatas sedikit sebanyak boleh membatu Puan...

      Semoga Allah bersama Puan dan mempermudahkan puan dalam menyelesaikan masaaalah ini...

      Delete
    2. Anonymous...masalah kita serupa..saya dah mendirikan rumah tangga hampir 6 bulan. Tetapi masih tidak mendapat nafkah batin..pd bulan ke 8 baru saya mendpt tahu yg dia tidak bernafsu utk bersama saya. Itupun setelah saya bersikap dingin dgnnya..dan disedari oleh ahli keluarganya (kerana saya tinggal bersama adik2 dia-punca hubungan kami hambar). Slps saya tahu masalah dia,jiwa saya menjadi tng sbb dia ckp dia tgh usaha berubat..tp..akhir2 ni saya mmg x nampak pun usaha dia,sikap dia semakin nk menjauhkan diri..setelah berbincang..ttetap sama..saya dah x kuat lg utk menahan rasa..Sepanjang perkahwinan ini,saya tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang seorang suami... difikiran saya skrg adalah berpisah- nauzubillah...

      Delete
    3. Salam.. Puan Anonymous, ya Allah.. Kita berada di situasi yg sama. Saya berkahwin hampir 7 bulan tapi suami saya juga tak pernah sentuh saya.. Dahla kami ni hidup PJJ.. Apakah tidak normal dirinya itu? Saya juga makin lelah dengan semua ini kerana lebih banyak makan hati dalam perkahwinan ini, bukannya ketenangan yg saya dapat. Jika ikut logik, pastinya suami akn rinduakn isteri, apatah lagi jika Perkahwinan Jarak Jauh mcm ni... Saya semakin lemah, tak larat nak hadapi semua ni. Bila saya nasihatkan dia, saya dimarahnya.. And he's Mama Boy. Mungkin perpisahan jalan terakhir buat kami jika dia berterusan macam ni... Tp saya malu pd kuarge sy.. Pd keluarga dia, saya tak takut atau malu sbb saya tahu bukan saya yg bersalah dalam hal ini. Sekadar luahan hati..

      Delete
    4. Sy igtkan hanya sy ada masalah begitu... Sepanjang perkahwinan kami suami x pernah menyentuh sy.. Tiap kali sy nak bermesra dgnnya dia akan menepis, rimas katanya sedangkan kami bercintanlebih 5 thn.. Nak katakan dia gay/ mati pucuk, diperkahwinan lalunya dia ada duanorg anak... Sedih sungguh rasa hati...igtkan selepas berkahwin kehidupan kami akan bahagia, rupanya seharipun tidak....

      Delete
    5. Sy pn mengalami masalah yg sm dgn pn2..hubungan kami di awal peekahwinan bln ke 4 sy rasa disygi dibelai manje..mask bln ke5 sehingga kn hampir 7bln sy tidak mndapat nafkah batin,perasaan sy mnjadi sedih Dan tnda tnye mgapa suami bersikap begini ,sy pnh berbincang Dan btanya PD suami ap kekurangan sy.ap silap sy Dan mngapa x beri nafkah batin..alasannya penat n xde mood.mcm x logik,sehabis daya sy mengoda die memakai sexy2 utk tarik perhatian die,tp x cair jgk seolah2 die x de nafsu.pikiran sy buntu..keinginan sy utk mendpt zuriat jadi hambar ATS sifatnya yg selfish Dan x pikir perasaan sy..utk ape berkahwin jika rs diri masing2 seolah2 mcm org asing..sy buntu kdg2 pikirkan soal INI,seorang suami yg sy syg seakan lupa tanggungjawab memuaskan isteri..sy menangis seorang diri bile mengenang nasib..ape yg sy ikhtiar skg ni berdoa agar hubungan Dan kemesraan kami kembali seperti mula2 berkahwin.USIA perkahwinan kami dah mncecah setahun lebih.apakah yg harus sy lakukan..hnya bersrah pada Allah berdoa..semoga kembali intim seperti dulu.amin

      Delete
  5. saya menpunyai masaalah yang sama juga,tetapi suami saya bukanlah seorang gay,padahal usia perkahwinan kami baru mencecah 6bln,nafkah batinya kepada saya boleh dikira,kadang2 dalam sebulan lansung tidak disentuhnya...dia umpama tiada nafsu dengan saya,saya sendiri tidak faham kenapa dia berkahwin dengan saya,patutla sebelum berkahwin dengan saya dia menduda berbelas tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pasti ker dia bukan seorang gay? Atau dia seorang bisekual yang naluri dia kepada lelaki lebih daripada wanita. Dia masih boleh melakukan hubungan dengan wanita tapi tidak sepuas apabila dia buat dengan lelaki.

      Jika benar dia bukan gay atau bisekual, mungkin dia ada mengalami masaalah lain tu, masaalah peribadi, pekerjaan atau tidak ada keyakinan pada diri untuk bersama isteri dan macam2 kemungkinan lain, dia perlu bertemu dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat..dia tak boleh berdiam diri, mungkin sebagai isteri saudari boleh pujuk dia bertemu dengan mereka yang pakar, jika didiamkan pasti akan membawa kepada kemudaratan kepada saudari sebagai seorang isteri ..

      Delete
  6. sye setuju dgn abg najmi. mungkin dia xyakin utk buat hubungan tu maybe, xsemestinya dia gay. saya rasa kpd kak2x smue berterus terang dgn suami bincang dari sudut agama, secara tenang dan bincang juga cara penyelesaian bagitau keinginan masing-masing

    ReplyDelete
  7. Yaallah sesungguhnya
    kepadamu tempatku mengadu
    sampaibilahkah kehidupanku
    sebegini,adai deberi satu peluang,akan aku undurkan
    segalanya,aku kecewa dgn hidup aku,di awal pekahwinan
    dan sehingalah ke saat ini.
    hampir 7tahun aku masih belom mempunyai zuriat,,
    kadang kala aku malu dgn hidup ku ini.. namun apakan daya hati ini , orang hanya mampu megata,,masalah dlm hidupku xsiapapun yg tahu,
    nasib dan dugaan yg di beri allah teramat berat buatku..
    aku terkilan dan kecewa
    aku sering di abaikan suamiku
    sejak awal pekahwinanku
    aku sering di duakan suami,
    suamiku lebih gemarkan wanita lain dari padaku..
    aku mula merintih hanya allah yg tahu suka dan duka hidup ku,perkahwinan ku di awal usia muda ,masa tu umurku 18 tahun,suamiku 21 tahun..
    dia sering abaikan aku.. dia ramai skendel,berbagai org,
    tidur dgn apa2 saja wanita yg dia cintai,,aku ibaratkan sampah di hadapan matanya,
    aku sering berdoa semoga dia berrtaubat,, dan hinggalah ke saat ini.. pekahwinan ku sudah masuk 7tahun aku masih lagi belom dpt zuriat.
    aku pun dah mula bosan , dan terkanan,hari2 aku menagis dah la aku xpunya ank,,kasih syg seorang suami pun xpernah aku rasai selama perkahwinan ku.. suamiku lebih gemarkan kwn2 handfon
    berjalan hari2 lwt mlm bru balik.. aku di tinggal di rmh seorang diri,,pada suatu malam kakakku telifon,, kata kakakku, adik hang nk jaga ank angkat x?? aku menjawap
    nak kakcik ,, stat dri hari itu aku mula rasa happy .. selepas dri mlm itu.. keesokkan hari.. aku dan abg iparku dan suamiku pegi ke hospital mengambil ank angkatku. bernama miqaill,,
    aku menjaganya ,mentatangnya bagai minyak yg penuh.. sehinggalah kini ank angkat ku berusia 1tahun 6bln.. aku terasa bangga menpunyai ank angkat secerdik miqaill,,biarpun org sekeliling megata terhadapku.
    namun aku redo dgn dugaan allah buatku..munking ada hikmah disbaliknya,,dan hingalah ke saat ini suamiku masih lagi bergini,tidak hiraukan aku.. aku setiap mlm menintis air mata ku.. mengenan nasib diriku..
    hidupku dlm ke hausan kasih syg.suamiku.. inginkan blayannya,kemesraan nya..
    ada masa untukku,,berborak dgnku,,namun itu semuanya mimpi semata2 buatku.. aku cuba trsenyum walaupun
    batin ku tersiksa hnya allah yg tahu.. aku di biarkan,, aku tidak di jamah suamiku,, walau pun kami sebumbung.
    tidur sekatil,,tapi aku dibiar seperti sampah di sebelahnya.
    aku sering kalai memintanya untuk bsma dgn ku..tpi dia inkar dan tolak kepalaku,dia akn bekata jgn la gangu , rimas .. alngkah sedihnya aku waktu itu,,sampailah ke saat ini.. aku boleh bilang selama 7tahun aku begelar isterinya.
    baru beberapa kali sahaja suamiku bersama dgn ku.. itu
    pun dlm keadaan memaksa.
    aku menangis barulah aku dpt bersama suamiku,aku xharapkan dia bersama dgn ku setiap hari.. ckp lah seminggu sekali,,tapi itu semua tiada..! susahnya nk dpt brsama pun payah, suamiku.. dalam sebulan kdng hnya sekali.. itu pun blm tentu. amat sedih kisah hidupku.
    tiada siapa yg tahu,aku pedam
    bagaikan nk gila ,aku dia abaikan nafkah zahir dan batin. aku sngup betahan demi iklasnya kasih sygku terhadap suamiku mohd zamri bin ibrahim..
    moga suatu hari nanti suamiku berubah menjadi manusia yg tahu menhargai perngorban seorang isteri.
    aku akan menanti saat bahagiaku bersama suamiku.
    ahirkata biar apa pun yg trjadi
    suamiku ttp aku syggi hingga ahir hayatku.. biarpun dia menbenciku,setiap hari aku di maki di hamun suamiku.. namu aku redah.. aku tahu suamiku masih lagi tidak iklas menyayagiku.. sepertimana
    aku iklas mengasihinya..
    demi allah kau yg pertama dan yg terahir dlm hidupku.
    suamiku mohd zamri bin ibrahim.. ������

    ~Luahan Hatiku Azlina bt Abdul Rahman~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah wahai Azlina bt Abdul Rahman, semoga Allah beri kesabaran kepada puan dalam menghadapi dugaan ini. Kena ingat jika kita rasa kita telah diduga dengan satu dugaan yang teruk, pasti ada insan lain yang sedang diduga Allah dengan ujian yang lebih teruk lagi daripada kita....

      Delete
  8. Saya pun mengalami masalah yg sama..cuma yg bezanya perkahwinan saya baru saja berusia 2 tahun dgn seorg anak berusia 1tahun...suami saya susah sangat nk sentuh saya...1bulan sekali pun susah sejak2 3 4 bulan ni..bila diajak berbincang, dia kata dia trauma tgk saya bersalin...tp masa abis pantang dia pulak yg sibuk2 nak . Harini saya baru cuba berbincanh dgn dia..saya tanya salah ke saya mintak...dia kata xsalah, tapi salah ke dia xmampu nk beri...saya sedih sangat..tak tahu apa yg perlu saya buat..sedih..terluka teramat..kdg2 terasa mcm nk mencari teman lelaki tp saya tahu tu berdosa..maksiat...tolong la advise saya apa perlu saya lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nasihat dan pandangan rasanya telah banyak di beri dalam setiap entri yang berkaitan masaalah ini. pastinya semua pandangan adalah hampir sama. Nasihat saya..puan berjumpalah dengan kounselor. agak sukar nak mengubah tingkah laku suami, jika dia kata dia tidak mampu nak beri, maka dia tidak akan memberi, terpulang pada puan untuk mengambil tindakan yang lebih berani demi menjaga hati dan perasaan sendiri. Kena kuat yakin dan berani untuk mengambil langkah (walaupun langkah itu sangat sukar)

      Delete
  9. Salam...sy lagi lama...da nak masuk 7 tahun suami xberi nafkah batin...bogel pun dia tiada nafsu...anak baru sorang dan thn dpn nak masuk pra sekolah...semua terjadi bila sy mula mengandung...pada dia cukuplah anak sorang...tp dr segi hukum ttg wajib beri nafkah batin dia xheran...banyak niat dlm hati ni nak minta dilepaskan dan haluan hidup masing2 tp anak sy nak. Pernah sy buat hal ada hubungab dgn lelaki lain kemudian dia menangis dan insaf. Tapi nampaknya dia langsung xambil iktibar...apa nak buat ni...jiwa sy kosong...tolonglah...hanya Allah tempat sy mengadu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nafkah batin tu wajib...kalau suami abaikan sebab masaalah naluri songsang...abg rasa puan boleh tuntun cerai...Puan tak diberi nafkah batin, tetapi kemungkinan dia duk layan nafsunya diluar. Wallahuallam..

      Adakan puan masih cintakan dia..sampai bila?? Dia sepatutnya faham hati puan, kalau baca dientri diatas puan antaranya dapatkan nasihat dr kaunselor...mereka yang faham mengenai hal ehwal dlm rumah tangga ni..rujuk di mahkamah syariah. Kalau tanya abg..bercerai aje..tetapi kena fikir banyak pekara soal hati puan (mungkin masih sayang pada dia) soal anak, soal malu (jika bercerai),dll lagi. Tapi kalau dia tak hirau perasaan hati puan kenapa pula puan nak jaga hati dia...

      Delete
  10. Salam..masalah saya, usia perkahwinan mencecah 3 tahun..pada tahun pertama nafkah batin jarang diberi..nafkah zahir pun kurang kerana saya juga bekerja dan pendapatn lebih tinggi..sejak hamil, nafkah batin tidak diberi langsung dengan alasan risau keselamatan kandungan. Selepas bersalin, masih tidak diberi dengan alasan sibuk. Tidak lama kemudian suami mengalami kemalangan dan patah kaki. Dia tidak boleh berjalan sudah hampir setahun..Salam..masalah saya, usia perkahwinan mencecah 3 tahun..pada tahun pertama nafkah batin jarang diberi..nafkah zahir pun kurang kerana saya juga bekerja dan pendapatn lebih tinggi..sejak hamil, nafkah batin tidak diberi langsung dengan alasan risau keselamatan kandungan. Selepas bersalin, masih tidak diberi dengan alasan sibuk. Tidak lama kemudian suami mengalami kemalangan dan patah kaki. Dia tidak boleh berjalan sudah hampir setahun.jadi sepanjang perkahwinan boleh dikira berapa kali nafkah batin diberi..saya manusia biasa..apa yg patut saya lakukan..susah hampir setahun saya tidak mendapat nafkah zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya tidak bijak menasihati dalam hal ehwal berumah tangga ni, sebaiknya puan dapatkan nasihat dr mereka yang pakar dan lebih tahu, rujuk pada pihak jabatan agama dan yang berkaitan.

      Macam yang saya kata nafkah zahir dan batin adalah wajib dlm rumah tangga, jika suami tidak menyediakan maka "puan boleh angkat kaki" Tapi jika puan masih sayang suami puan dan tidak kisah dalam bab nafkah batin dan nafkah zahir, dan puan sanggup "bela" suami tu, terpulang.

      Kalau saya ditempat puan, mungkin saya dah angkat kaki, bukan sebab puan tak sayang suami, tetapi suami yang tak sayang puan, so apa tunggu lagi sedangkan diawal2 perkahwinan pun dia jarang beri nafkah batin.

      Bila dah tidak boleh berjalan tahu pula dia nak mengharapkan bantuan dr puan. Puan berhak dapat kehidupan yang baik, mungkin sekiranya puan "angkat kaki" akan lebih menyedarkan sisuami itu, mungkin ketika itu lah baru dia boleh berdikari..

      Delete
  11. salam..sy juga mengalami nasib yang sama. tidak pernah diberi nafkah batin sejak hari pertama nikah. Nafkah zahir juga dia abaikan mungkin kerana gaji saya lebih tinggi daripadanya. Sy sering sedih dan menangismengenangkan nasib saya.
    Bukan dia tak tahu hukum agama..suami seorang yang rajin ke masjid..rajin dengar ceramah agama..dan nampak baik di hadapan semua orang. Tp malangnya tidak berlaku adil dalam memberi hak2 isteri.
    Sukar untuk sy redha dengan sikap dia terhadap sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nampaknya bkn sy seorg yg hadapi masalah ni..suami sy xpernah beri nafkah batin dr sejak berkahwin..nafkah zahir pn jrg2..kami jugak hidup PJJ..sebulan skali baru jumpa..bila cuba berbincang, suami cuba mengelak & memarahi sy..akhirnya sy terpaksa meminta bantuan org tuanya utk selesaikan masalah kami..itupun setelah 7 bln bersama..hasil campur tngn org tuanya menyebabkan hubungan kami semakin tegang..baru2 ni secara tiba2 suami telah lafazkan utk melepaskan sy setelah 10bln bersama krn tidak sanggup menanggung dosa dlm keadaan marah..sy xtahu nk buat apa..keluarga sy xtahu ttg perkara ni..sy harap ada yg sudi membantu..

      Delete
    2. Salam..nampaknya bkn sy seorg yg hadapi masalah ni..suami sy xpernah beri nafkah batin dr sejak berkahwin..nafkah zahir pn jrg2..kami jugak hidup PJJ..sebulan skali baru jumpa..bila cuba berbincang, suami cuba mengelak & memarahi sy..akhirnya sy terpaksa meminta bantuan org tuanya utk selesaikan masalah kami..itupun setelah 7 bln bersama..hasil campur tngn org tuanya menyebabkan hubungan kami semakin tegang..baru2 ni secara tiba2 suami telah lafazkan utk melepaskan sy setelah 10bln bersama krn tidak sanggup menanggung dosa dlm keadaan marah..sy xtahu nk buat apa..keluarga sy xtahu ttg perkara ni..sy harap ada yg sudi membantu..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. ramai rupanya Isteri yg teraniaya..bertabahlah wahai sahabat.ganjaran besar menanti di Sana nnt.insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Ramai rupanya wanita yg traniaya..anda adalah insan terpilih wahai sahabat.ada ganjaran yg besar diSana nnt.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST