Sunday, 15 December 2013

PESAKIT HIV DIBIAR TERLANTAR DIDALAM EMERGENCY ROOM

Seorang rakan saya yang juga merupakan seorang PLHIV mengirim email mengadu sedih apabila mengetahui keadaan seorang pesakit HIV yang terlantar di "emergency room" disebuah hospital (yang terletak dimana saya tidak tahu) kepada saya.
Dimanakah "Emergency Room" ini?

Saya baru pulang dari General Hospital di negeri saya kerana ayah saya mengalami sakit "penyakit 3 serangkai". Di bilik wad kecemasan bersebelahan ayah saya ada seorang pesakit HIV yang merupakan seorang banduan.

Pesakit tersebut dibiarkan terlantar dari pukul 3.00 petang sehingga tadi jam 12.30 tengah malam dikatil tersebut. Juga turut menjadi mangsa beberapa
anggota keselamatan kerana terpaksa membawa, menjaga dan mengawal banduan tersebut.

PLHIV tersebut sudah 5 hari tidak lalu makan sehingga menyebabkan tubuh badannya menjadi lemah, dia hanya mampu terbaring tidur sahaja. Anggota keselamatan yang bertugas tersebut mengadu kepada ayah saya.
 

"Kami sudah lama disini, doktor buat tak tahu sahaja dekat PLHIV tersebut, kami sudah letih menunggu"

Ayah saya kemudian dimasukkan ke wad jantung (
didalam wad jantung ada sebuah bilik asing yang hanya boleh memuatkan 1 atau 2 patient sahaja dan dipintu bilik asing tersebut tertulis "sila gunakan PPE selengkapnya" arahan pihak hospital, saya tanya bilik apa itu dan mereka kata bilik itu untuk pesakit TB@ PLHIV :-). Setiap yang boleh dijangkiti mesti kena asingkan, maklumlah takut berjangkit, ia lebih kepada yang kritikal seperti tibi yang serius dan lain-lain) 

Manakala banduan PLHIV tersebut terus dibiarkan begitu sahaja. Saya dengar cerita dari ayah menyebabkan saya berasa sedih. 

Sekarang mana-mana pesakit yang datang ke hospital wajib melalui ujian HIV sebelum diberi rawatan. Di"form" pemeriksaan ada tertera "HIV atau tidak".

Saya terfikir, kita semua akan mati dan akan ditanya dihadapan Allah keatas tanggung jawab dan amanah yang dipikul. Dia akan ditanya kenapa doktor diskriminasi pesakit tersebut, jika itu merupakan satu prosuder maka selamatlah mereka, tetapi jika ianya merupakan satu diskriminasi maka mereka akan rasa balasannya. 

Inilah manusia didalamnya ada seketul daging, jika baik daging tersebut, maka baiklah akhlaknya, jika buruk daging tersebut maka buruklah padahnya, itulah "hati".

Semoga kita disudahi dengan husnul khotimah. Wallahua'Alam.


24 comments:

  1. Tidak berperikemanusiaan langsung. Semoga Allah memberi balasan syurga kepada banduan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cool broo, think +, biasaklah gomen spital, doktor <, patient plak >, kekadang kesian gak tgk doktor2 (Hpl Seb. Jaya - tabik spring kat diaorang epscly Dr ...) terkejar2 jeee. hheheh. Tabikspring jugak kat DR ??? Lam Wah EE hospital. good service...

      Delete
    2. Sepekara lagi hospital kerajaan pesakit bukan main ramai orang sakit yang datang, bayar RM1 dah boleh terima rawatan. Pesakit yang datang macam-macam rupa dan keadaan.

      Saya tetap bersyukur kerana mendapar rawatan di hospital kerajaan, berkaitan HIV yang saya hadapi..rawatan, nasihat dan ubatan FREE, jika terlantar dihospital juga percuma. Alhamdulillah, sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan segala perkhidmatannya sempurna dan perfect, tentu ada kepincangan sana sinikan.

      Kalau ke hospital swasta dah tentu dapat layanan terbaik sebab masuk aje dah terbang RM50 lebih kan, belum lagi doctor datang belek2....Beratus malah mencecah ribuan ringgit...

      Walaubagaimanapun kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di bilik kecemasan tu (kenapa banduan tu dibiarkan disitu selama lebih 9 jam) Harap-harap banduan itu pada ketika ini sudah kembali sihat.

      Amin

      Delete
  2. hmm..

    doctors nowadays.. hihihi

    Panggillah dr/staf hospital.. " Excuse me, boleh saya tahu pukul berapa dr akan lihat pesakit ini? Kalau lama lagi sampai kami boleh sampai ke hospital kerajaan lain, kami bawa ke hospital tu?"

    hihi...
    Panggillah dr, ada kala mereka busy giler tak perasan ada patient esp, bila dah tukar shift kat A&E department tu..
    The most important thing, kena pastikan keluar dri A&E secepat mungkin... warded or discharge.
    Ada masa kita kena proaktif sikit jika orang di sekitar kita slow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd fadzli Tuah

      Saya juga terfikir kenapa dibiarkan PLHIV tersebut terlantar lama di bilik kecemasan, sepatutnya sudah dimasukkan ke wad, apa yang kakitangan disitu pantau? Entah lah hanya mereka yang bertugas ketika itu disana yang tahu jawapannya. Mungkin betul sebab buzy dan pesakit itu kelihatan tidur maka ia dia tidak diendahkan. Kes ini mungkin juga berlaku kepada pesakit lain yang bukan PLHIV....entahlah...

      Pengalaman saya dulu yang sudah lama berlaku, (seingat saya) selepas saya mengalami accident ketika turun dari Genting Highland, saya alami patah tangan dan luka koyak di bahagian dagu, saya dibawa ke Hospital Besar KL. Tiba di HKL dalam pukul 5 petang, dan dibiarkan di trolly di lorong laluan sehingga pagi keesokan harinya. Saya ingat ibubapa saya datang lebihkurang pukul 12 tengah malam.

      Dan tubuh badan saya hanya disedari "wujud" oleh seorang doktor ketika itu dalam pukul 2 pagi (seingat saya) dan terus dibawa ke sebuah bilik untuk dijahit luka yang koyak didagu dan baru dibalut disimen lengan tangan saya yang patah. Sepanjang hampir lebih 9 jam saya dibiarkan dilorong tersebut...Entah lah...

      Harap kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi kepada mangsa lain pada hari ini....:)

      Delete
    2. Najmi utk berurusan dgn hospital krjn mmg kena ada cable. Kalau takder mmg mati kat situ lah. Takder sapa yg peduli.

      Delete
    3. Anonymous,

      Pada saya tidak semua kakitangan dan doktor bersikap membiarkan pesakit begitu sahaja tidak memperduli dan tidak ditanya kenapa seseorang pesakit itu terlantar, mungkin ianya (seperti kes saya adalah kes terpencil)

      Cuma saya tidak bernasib baik, berada ditempat dan pada waktu ketika yang salah ketika itu. Mungkin jika dihospital lain kes seumpama (yang saya alami dan banduan PLHIV tersebut) tidak berlaku... Fikir positif....:)

      Wallahualam...

      Delete
    4. wallahualam....agak sedih jgk la dgn entry ni...tp ape pon tak boleh nak komen lebih sebab tak tau ape kejadian sebenar berlaku...adakah kes red zone berlambak sampai tak sempat nak attend kes tu..spt kata saudara tuah mmg kene proaktif kalau di hosp kerajaan especially kat emergency..

      Delete
    5. Hihi...cable?
      Hmmmmm kat mana2 pn sama..

      If u think dr is sooooo bad.
      So.. Dont be like them.. Just do reverse psychology.

      Ask them... When??politely... If they still not respon.. Tanya staff...siapa nama dr or siapa staff yg ada kat situ. Then.. U tulis surat pada pengarah..
      Be profesional.
      Do report to metro or paper. Doesnt show ur intelligent..emosi je...


      Bro Naj mi.. Len kali.. Call me!i will serve the best you..hihi... InshaAllah.

      *nama lain aku Tronx013. Ini lebih selesa.
      Nama tuah ni dh berlapuk... Utk penyamaran je dulu2.

      Delete
    6. huhuhuuh....cable la sgt...tu la igt lg ade kes yg masuk paper kate doctor duk baca surat khabar tak tgk patient...then siasat punya siasat end up rupa nya doc tu da habis shift da pon...actually sape yg berada dalam field ni je yg tau realiti suasana keje nye macam mane kalau tak masakan ada kes doc mati overdose thn lepas...mmg tp tak dinafi kan ade je doc yg kerek & pemalas wat keje (manusia macam ni mmg wat aku bengang escpecially kalau dpt partner duty night shift sekali)...but most of them give their best effort when they attend patients

      mmg kalau dibanding negara maju service kita tak sebaik mereka, but still acceptable...pernah pi hospital kerajaan kat indonesia???cuba hangpa try tanya org2 indonesia...huhu

      Delete
    7. xkan en nadzmi sorang jeee dpt cable tuh, kitaorang pun nak jugakkkk...

      nak complen doktor tuh x sampai atilah plak, diaorang pum cam kita gak, kekadang pressure/tention, arap2 patient pun sabar yeee. mencabar jugak kerjaya doktor tuhhhhh. tabik spring kat sume doktor2.

      Delete
    8. Apasal nak dibandingkan dengan Indonesia pulak? Bukan ke kita selalu mengwar warkan kita yg terbaik di dunia. Bila rasa diri tak bagus terus ckp jgn banding dgn negara maju tapi diminta bandingkan negara yg tidak maju. So pathetic.

      Delete
    9. Wani x yah p indonesia laaa, (walaupun susur galur aku asai dari sana), ko pi jeee tgk kat Lam Wah Eee hospital penang, penuh jeee dng diaorang... cam x caya ngan tempat diaorang sendiri kot.

      Delete
    10. Anonymous kat atas ni emo giler.

      Lepk r...

      Hospital di indonesia....soooo sedih.

      Semua jimat cermat dan ada kala kebersihan amat mencurigakan.

      Bersyukurlah Malaysia masih aman!!!! Hik3...opsss.... Serius ye.

      Siapa ada cable?aku nk join??? Hihi.. Boleh masukkan nama aku sekali bro Jazlee. :p

      Alah ko mintak je nama... Psychoo sikit... Kalau ko xmau tulis surat..bg je nma tu kat anonymous tu..dia smgt giler..hihi

      Delete
    11. Jazzlee aku blaja kat sana soo aku bg tau le macam mana keadaan nya...aku rasa kalu tak sampi sehari warded confirn mibtak aor discharge kot tak tahan...haha...ape pon anon kate2 ko tu buat motivasi utk kerja lbh baik utk masyarakat...sy yg menurut perintah...haha

      Delete
  3. Whoever they are, they should be attended urgently. Hati mesti ada ihsan, jiwa mesti ada belas kesian, kalau dah tak ada kita tak layak jadi makhluk Allah kerana sifat Allah itu penuh belas kasihan, pengasih & penyayang. Pesanan saya: hidup bagai roda & suatu hari ini akan terjadi pd diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Gunakan fikiran waras kita krn sbg insan hati perlu ada ihsan, jiwa perlu kenal kesian, perasaan mesti ada kasih tanpa itu semua kita tak layak jd insan.

    ReplyDelete
  5. kalau plhiv sakit jantung, bukan sebb tibi kena asingkan jugak ker msk dlm bilik asing kat dlm wad jantung tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hiv patient kena isolated... Kena isolate gak patient hepatitis b/c...heheh..

      Isolation room utk highly infectious cases mcm sars/h1n1/pulmonary tb....

      Delete
  6. Salam..sya rasa ada sebb mereka biarkan dlu...namun sya bsyukur sgt dpat rawatn di gh melaka..dulu sya masuk wad doktor2nye sgt caring n sporting

    ReplyDelete
  7. huh??????? peliknya mcm mana pegawai keselamatan tu tau yg pesakit tu HIV? yg hantar gambo tu klu nmpk kurus kerempeng tu jgan cpt buat kesimpulan yg pesakit tu sorg pesakit HIV. even pegawai penjara yg escort pesakit tu xlayak utk tahu apa penyakit pesakit itu kecuali dengan hanya diberitahu pesakit berjangkit. satu lagi.selama aku kerja di hosp kerajaan dan swasta ni..xpernah pulak sesiapa yg nak masuk emergency seharusnya dicek HIV ke x. kecuali dari simptom2 dorg hadapi. high risk behaviour. baru akan cek utk rapid test HIV tu.. klu nak saring semua org datang ke emergency muflis la KKM .jangan kan KKM ,swasta pon xsanggup buat cm tu dik oii... rapid test tu bukannya murah2.. nk tungu result serology HIV tu bukan sehari dua. bukan mudah semua tu..xkan sebab deman cikit.. muntah2 cikit..pening2 cikit...keracunan makanan ke nak test HIV gak kot... satu lagi PPE full and pengasingan ni xsemestinya kena pakai klu nak handle pesakit HIV tu.. kecuali pesakit HIV tu menghidapi penyakit berjangkit lain seperti TIBI ke..penyakit kulit berkudis atau pun lain2.. klu xda penyakit lain selain tu..pakai glove handle pesakit HIV ni pun sudah cukup....xperlu pengasingan pon.. PPE ni bukan khas utk HIV n tibi je..xsemestinya utk tu.. penyakit MRO, MRSA, ESBL,..pon kena pakai PPE gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak la kan....kaya gila gov sampai nak tapis semua pt wat hiv test...kalau hangpa nak tau taksampai tgh thn pon barang da habis nak kene mintak cari kat department lain....baik peruntukan tu pakai utk beli iv line, glove, botol fbc & seangkatan dgn na...rapid test pon masa kat o&g just pt yg takwat booking

      Delete
  8. Sy pnh mengalami saat2 itu..sy di masuk dlm wad pengasinan..tp sebelum sy dimasudkan dlm wad pengasinan tu sy dibiarkan baring diats katil betul2 di laluan katil2 pesakit biasa..selama 2 jam sy terkulai situ dimna nurse tggu pertukaran shift..bila masuk shift ptg..nurse shift pg menjerit sekuatnya nti tlg settel kan rvd pt tu..nak lalu pun susah..sekuatnya smpai da pskit lain pndang..berderai airmata sy saat tu..allah je penguat diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ya ker...Betul disebut pesakit RVD, kalau orang lain mungkin tak tahu yang tahu mungkin dikalangan kakitangan aje...Sabooo aje lah huhu...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST