Thursday, 5 December 2013

6 - TEMUJANJI SAYA DENGAN DOKTOR PADA 5 DISEMBER 2013

LANJUTAN KISAH DARI ENTRI DISINI….. 

PERUT KEMBUNG, SUKAR BERNAFAS DAN HASIL UJIAN DARAH.

4 Disember, 2013 - Sepatutnya temu janji saya dengan doktor pada akhir bulan Disember ini, tetapi disebabkan masaalah "kembung perut" yang saya alami sehingga adakala mengalami kesukaran bernafas, saya mengambil keputusan "call" klinik yang merawat pembawa HIV dihospital dan minta ditukarkan tarikh temujanji kepada esok hari (Khamis 5 Disember)

Antara yang saya tanya kepada nurse melalui perbualan talipon ialah, "Esok doktor pakar HIV/AIDS ada atau tidak? ", adoiii...nurse jawab doktor pakar tidak dan sudah tentu akan diganti dengan doktor penganti.

Bukan apa setahu saya doktor penganti ni bukannya tahu sangat tentang HIV ni heee... sebab pernah dulu ada seorang doktor yang saya jumpa dia boleh minta nasihat dari nurse yang bertugas pulak, dan yang penting mereka ni tidak ada kuasa, contohnya kalau seseorang pesakit HIV itu menghadapi masaalah berkaitan ubatan yang dimakan, doktor penganti ni tidak ada kuasa nak tukarkan ubatan yang lain, dan yang penting mereka bukan pakar berkaitan HIV ni, itu yang saya tahu lah. 

Pernah dulu doktor pakar HIV/AIDS dihospital ini hendak menukar ubatan HAART yang saya makan ketika itu (SLN30) kepada ubatan lain (Tenvir EM dan Stocrin) kerana masaalah "lipoatrophy" dan dia kata akan tukar pada temujanji pada berikutnya (kira-kira 5 bulan akan datang), dan apabila tiba pada temujanji berikutnya (setelah 5 bulan berikutnya) doktor pakar tak ada di klinik, so saya terpaksa jumpa dengan doktor penganti yang tidak ada kuasa menganti ubatan tersebut, maka terpaksalah saya menunggu hampir 5 bulan seterusnya pada temujhanji berikutnya, alhamdulillah saya dapat jumpa doktor pakar dan saya peringatkan kepadanya, janjinya kepada saya yang dia hendak bertukar saya kepada ubatan baru, dan pada hari tersebut juga uabatan HAART saya di tukar kepada yang baru.

Sekiranya masaalah kembung perut yang saya alami ini berkaitan dengan masaalah liver (hati) akibat kesan ubatan HAART yang saya makan, adakah doktor penganti tersebut akan menukarkannya kepada ubatan HAART yang lain? Rasanya tidak.

Tetapi oleh kerana saya tidak mahu menunggu lama lagi dan bimbang saya akan alami lagi "susah bernafas", saya terpaksa jugalah jumpa doktor penganti itu esok hari....so esok kita tengok macam mana result ujian darah saya terkini (tanpa ujian CD4)



HARI INI -  5 Disember, 2013, saya ke hospital.

Saya tiba di hospital pukul 10 pagi, selepas masukan kad temujanji dalam kotak bertanda “oren”  tidak lama kemudian saya dipanggil nurse yang bertugas didalam bilik rawatan pesakit HIV/AIDS. Berat badan saya diambil (64 kg) dan tekanan darah juga diambil (alhamdulillah normal).

Tidak sampai 10 minit kemudian saya dipanggil nurse yang bertugas untuk masuk kebilik bertemu dengan doktor. Seperti yang saya sudah jangkakan doktor pakar HIV/AIDS (Dr Ker) tiada, tetapi yang menunggu didalam bilik tersebut seorang doktor wanita berbangsa India. 

Saya sempat bertanya kenapa tidak nampak kelibat PLHIV lain yang menerima rawatan hari ini, sedangkan setahu saya hari ini hari khamis sepatutnya setiap hari Isnin, selasa dan khamis adalah hari temujanji PLHIV dihospital ini. Rupa-rupanya saya diberitahu bahawa setiap bulan pada hari khamis minggu pertama klinik rawatan tidak ada, hari khamis setiap bulan dalam minggu pertama dikhaskan untuk rawatan kepada PLHIV yang mempunyai masaalah (macam saya lah). 

Kemudian saya tanya, mana PLHIV lain sekurang-kurangnya tentu saya akan nampak kelibat seorang dua PLHIV, disekitar kawasan ini. Malahan walaupun saya datang agak lewat hari ini tetapi nombor yang saya terima ialah nomber pertama. Nurse tu kata “Tu lahhh ada yang dah berjanji tapi tak datang, talipon pun tak nak bagitahu”. Kemudian saya dengar nurse tersebut menghubungi seorang pesakit wanita melalui talipon.

Ohhh sebab itu urusan saya pada hari ini agak cepat dan mudah, rupa-rupanya hanya saya seorang sahaja pesakit yang menerima rawatan ketika itu.

Nasihat saya buat PLHIV diluar sana, jangan ambil mudah, sekiranya sudah tiba temujanji kita dengan doktor maka pergi lah dan sekiranya ada hal, anda perlu "call" nurse yang bertugas diklinik, beritahu kenapa anda tidak dapat datang, bukan nurse diklinik itu yang kena "call kita. Sepatutnya kita (PLHIV) yang perlu ada rasa tanggungjawab keatas diri kita sendiri. Saya juga ada dengar masih terdapat PLHIV yang suka-suka hati nak datang atau tidak berjumpa doktor dan ada yang suka-suka tak nak makan ubatan HAART (mereka abaikan ubatan tersebut) dan saya ada menerima email dari seorang wanita memberitahu rakannya seorang pemandu bas express yang telah diarah makan HAART tetapi dia tidak makan sebab bimbang kesan ubatan tersebut akan menjejaskan pemanduannya nanti terutama disebelah malam. Setelah hampir 2 tahun pemandu bas ini abaikan ubatan tersebut, baru-baru ini masaalah kesihatan ia semakin kronik. 

Berbalik kepada temujanji saya dengan doktor hari ini, mungkin kerana hanya saya seorang sahaja pesakit pada pagi ini, maka doktor tersebut melayan saya agak lama, dan doktor tersebut memberitahu saya bahawa hasil ujian darah (yang diambil beberapa hari lalu) menunjukan buah pinggang, liver (hati), kolestrol, haemoglobin (darah merah) dan semua hasil ujian adalah normal, ALHAMDULILLAH. Malah doktor tersebut memberitahu saya hasil semua ujian tersebut meningkat lebih baik daripada hasil ujian pada 6 bulan lalu.


Kemudian saya diarah untuk jalani rawatan ECG (memeriksa jantung), nurse yang bertugas dibilik ECG ini tanpa saya tanya memberitahu bahawa ia sangat yakin dengan rawatan peralatan mesin dalam bilik ECG tersebut. Malah dia beritahu semua pesakit datang dari luar bandar ini datang ke bilik ECG tersebut bagi menjalani pemeriksaan masaalah jantung mereka, sempat juga dia beritahu mengenai kisah seorang pesakit kanak-kanak yang diperiksanya mempunyai masaalah jantung yang kronik. ALHAMDULILLAH hasil pemerikasaan ECG tersebut menunjukan keadaan saya ada lah normal.

Saya kembali bertemu dengan doktor india yang merawat saya tadi, dia sangat yakin keadaan kesihatan saya sangat baik. Kembung perut yang saya alami kemungkinan sebab gastrik, dan saya telah diberi ubat gastrik.

Ubat gastrik. - Dua hari lepas saya telah ambil ubatan HAART saya bagi kegunaan selama sebulan, pada hari ini kerana saya tukar tarikh "temujanji dengan doktor (lebih awal)" saya terima lagi bekalan ubatan untuk sebulan akan datang. Buat masa ini dalam laci ubat dirumah saya terdapat ubatan Tenvir EM dan Stocrin bagi kegunaan untuk 4 bulan, memang saya suka simpan stock ubatan HAART berlebihan didalam rumah hahaha...Kalau ditakdirkan saya terpaksa tukar ubat, ubatan ini akan saya serahkan kembali kepada hospital yang penting stock ubatan HAART biar ada lebih dalam simpanan dirumah saya...:)

Alhamdulillah saya berpuas hati dengan rawatan dan penerangan serta nasihat dari doktor berkenaan, sempat juga kami berbual mengenai kisah "backpack" saya suatu ketika dulu. Sebenarnya saya amat risau dan beryakinan kemungkinan masaalah perut kembung yang saya alami beberapa minggu lalu akibat kesan HAART terhadap liver, tapi alhamdulillah hasil keputusan yang saya terima hari ini menunjukan sebaliknya. Mungkin juga peningkatan hasil ujian darah tersebut berkaitan dengan amalan saya menelan habbatus sauda setiap pagi dan malam yang baru sahaja saya amalkan dalam beberapa bulan lalu. (wallahuallam).

Temujanji saya seterusnya pada bulan Mei 2014 akan datang cuma saya terkilan kerana ujian CD4 tidak dapat dilakukan buat masa ini kerana masaalah mesin rosak - Naj Mi







9 comments:

  1. Alhamdulilllaaaahhhhhhhhhhhh.......

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur dengan keputusan yg Najmi terima...Alhamdulillah, segalanya akan dipermudahkan Allah. Yang penting, jaga diri & kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Bagus kalau ramai pesakit yg ada kesedaran nak jaga kesihatan sendiri dan profesional bila deal.

    Bro.. Cuba lah pujuk dr untuk repeat cd4 hehehe... Dah lama sgt xrepeat..next follow up may 2014.. Heheh...

    Kalau pesakit baik mcm bro.. Dr yg kenal mesti cuba dptkn utk bro.

    Heheheh.. *suara evil giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd fadzli, Anonymous, Mak Wardah..

      Alhamdulillah...dah 2 hari tak ada pula rasa sesak nafas, cuma kembung perut ada lagi sikit, ya kena kawal makan dan mudah2an lepas makan ubat gastrik tu nanti segalanya akan jadi baik2...insyaallah...:)

      Delete
  4. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalamHaditsnya yang dikutip dari kitab AshShahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali AsSam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

    Kaya dengan Monosaccharide Glukosa,xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

    Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu iamungkin penting dalam pengawalan kanser,AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

    Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawanpesakit AIDS di Department of Biologicaland Medical Research Centre, Rilyadhmenunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells'sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

    Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan)dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram HabbatusSauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuanini dianggap penting untuk memungkinkanpenggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

    Alhamdulillah abg najmi...kesihatan abg bertambah baik. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..suka dgr result kesihatan Najmi ni..semoga Najmi semakin bertambah sihat..bertambah naik berat badan dan bertambah cergas dgn amalan Habatuss Sauda tu..
    Mungkin Habatuss tu sesuai tuk Najmi..teruskan makan yer..
    Sy sentiasa doakan Najmi moga bertambah baik kesihatannya dimasa mendatang..
    Insyaallah.. ;) ;)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran jazillan,

      Alhamdulillah ya insyaallah saya akan terus amalkan habatus sauda ni, tapi kat sini hayan satu tempat aje yang saya tahu ada org jual (mamak muslim) itu pun di pasar pagi setiap hari Ahad..apa pun alhamdulillah terima kasih...:)

      Delete
  6. Salam abg najmi... Saya plhiv yg masa didiagnosis cd4 cuma 9. Dan viral load saya 502208... Saya dah mulakankan haart dan saya ambil ubatan herba juga... Alhamdulillah... Bulan 9 cd4 saya dah meningkat jadi 84 dan bulan 12 virus load saya dah not detected...masalahnya bacaan hati saya kurang ok... Dah 104 instead of 50.... Apa pendapat abg najmi pasal ubatan herba tu. Adakah membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Alhamdulillah ada peningkatan baik CD4 dan VL saudara, mengenai masaalah hati itu antara kesan akibat ubatan HAART yang kita ambil. Tapi lain orang lain kesan yang mereka alami, jika masaalah hati saudara kurang ok itu pada abg pekara biasa yang mungkin akan ada turun naik yang penting melalui pemantauan doktor pakar mereka tahu bagaimana nak atasi masaalah tersebut dr melarat, maybe ubatan ditukar.

      Tentang ubatan herba, ubatan bagaimana? Kalau minuman atau makanan yang sememangnya ada dicampurkan dg bahan pengawet misalnya maka kita sepatutnya elak dr amalkannya. Banyak kes yang saya dengar apabila seorang PLHIV mengamalkan herba, ianya memberi kesan kepada tubuh badan dan boleh menyebabkan kesan HAART yang kita telan terganggu. Sebaiknya rujuk pada doktor tentang ubatan tersebut.

      Tapi pada saya sebaiknya elakkan, supaya doktor mudah mengesan masaalah hati saudara adalah disebab HAART, tapi jika saudara amalkan herba kemungkinan doktor sukar nak pastikan masaalah hati saudara terjadi akibat herba atau HAART, lebih teruk kalau kita amalkan banyak jenis herba.

      Jika kita tidak amalkan maka mudah bagi doktor utk kesan akibat masaalah hati (atau masaalah lain) yang kita alami tu.

      Tapi pada abg kalau amalkan madu yang benar2 original dan makanan sunnah yang asli seperti habbatus sauda dan tidak dicampur adalah baik. Ingat kesan akibat pengambilan herba atau sebarang supplement antara kita berbeza sebab ada PLHIV yang amalkan herba kesannya baik tapi tidak pada diri kita.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST