Monday, 9 December 2013

FAUZAN - BILA TENGOK PAKCIK-PAKCIK TIDAK BERBAJU TERUS NAIK 90%

photo hiasan


Salam saudara Azri dan saudara Najmi... 

Saya Fauzan (Nama Samaran), saya memahami sangat apa yang diceritakan oleh Azri. Saya tak berhenti ketawa baca apa yang dikarang oleh Azri. Tak tahulah kenapa tapi saya rasa sangat lucu karangannya. Dengan GAYDARnya. Dengan Muntah hijaunya. Sangat menarik!. Dalam ketawa tu ada lah kesedihan yang hanya golongan GAY memahami dan mengerti keperitan dan kesusahan hidup yang dialami oleh golongan UNIK ini. 

Yang bab mengenal pasti GAY dengan sekilas pandangan memang sangat tepat. Tapi hanya GAY je lah yang boleh merasai semua itu sebab saya pun berada di landasan yang sama dengan kalian (Hahahaha...). Memang sedihkan mempunyai perasaan sebegini rupa.
 
Saya pun macam kalian juga, mempunyai nafsu kepada lelaki masa tadika umur 5 tahun. Time tu saya sangat suka tengok pakcik-pakcik yang tua tidak berbaju, berbulu dada dan lelaki-lelaki yang ada rupa. Padahal baru aje umur 5 Tahun. Tengok pakcik-pakcik yangtidak berbaju terus NAIK 90%. Tapi time tu tak mengerti la perasaan apa yangsebenarnya dialamikan. Kecik lagi.

Tapi yang tak boleh tahan masa kecik selalu tengok cerita kartun POPEYE, dan jatuh hati dekat musuh POPEYE tu. Badan dia kan macam tough and ada bulu-bulu sikit. Hahaha....tetibe rasa diri ni teruk sangat. Dengan kartun pun ada nafsu.

Meningkat dewasa

Aku bersekolah di sekolah ARAB dan disitulah baru mula mengerti aku ni sebenarnya GAY, sukakan lelaki. Tapi time tu rasa sangat takut memiliki naluri sebegini sebab ustaz kat sekolah banyak kali mengingatkan, sekali ada perasaan ghairah melihat kaum sejenis adalah HARAM!. Lepas tu tengok cerita pun takut sebab ramai yang hensem-hensem. 

Masa di sekolah berkawan, alhamdulillah semuanya terjaga. Maklumlahkan sekolah arab, lelaki dan perempuan tidak bercampur, kelas asing-asing. Tapi bagi yang straight ok lah kan.. Aku ni nafsu bengkok bergaul dengan lelaki, ibarat lelaki straight dikelilingi perempuan-perempuan lah kan. Hmmmm, waktu tu kuat lagi aku menahan hawa nafsu. Tak melakukan aktiviti lancap dan sejenisnya. 

Lepas tu ,meneruskan pengajian ke Matrik. Disitulah segalanya bermula. Lelaki kat situ semuanya hensem dan muka macam jambu, terutama dari Kelantan. Hensem giler, tak penah lagi jumpa hensem macam tu sebelum ini. Ya Allah,hanya Tuhan saja yang tahu gelora nafsu syaitan yang tak guna nie. Asyik ingat dekat dia je, padahal tak kawan pun. Tak tengok muka dia sehari hati ni rindu rasa nak meletup. 

Semasa habis belajar disitu setahun hidupku tidak keruan kerana tak dapat melihat wajahnya. Dah puas mencari di facebook tapi tak jumpa. Hmmmm, menahan jer nafsu serakah ni. 

Seterusnya menyambung ke university. Dan Alhamdulillah sampai sekarang tahun 4, serumah dengan orang yang beriman. Melakukan solat 5 waktu, selalu baca al quran, selalu pergi ke majlis ilmu. Dan semuanya sangat baik. Aku pun berubah sekali. (Bukan nak riak, TAPI benda beginilah yang memandu kita) 

Tetapi NAFSU aku masih lagi tak berubah. 

Dan yang paling parah sekarang ni aku sukakan dekat Housemate aku sendiri. Allahurabbi..tak tahu nak buat macam mana. Dia sangat baik. Dia macam suka bermanja dengan aku. Suka meluahkan perasaan kepadaku. Suka menyuruh aku memicit kepalanya. Suka munyuruh aku mengurut belakangnya. Tapi bab dia buka cerita pasal perempuan, aku mula rasa tak suka, bila dia cakap dia nak kahwin aku rasa sedih. Aku tak tahu kenapa?! Dan sekarang kami hampir akan berpisah kerana sudah tahun akhir. Aku merasakan sangat sedih akan kehilangannya walaupun mungkin dia menganggap sebagai seorang kawan baik. Tapi aku menganggapnya lebih dari itu.

Setiap kali dia tiada dirumah atau balik lewat kelas, aku tak keruan. Aku sangat rindukannya. Dan sejak 2 menjak ni, Allah macam menegur aku. Didalam khutbah jumaat diceritakan tentang Kaum nabi Lut. Dalam tazkirah pun sama. Berkisar mengenai kaum GAY. Aku rasa sangat menyesal dan aku bertaubat. Aku berjanji dekat diri aku sendiri, takkan melakukan perkara-pekara kotor lagi, seperti melayari laman web lucah, tengok video lucah dan sebagainya. Aku harap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan aku dan semua sahabat-sahabat nafsu yang lurus. InshaAllah.. 

Umur aku baru 22 tahun. Tapi nafsu aku sungguh kuat. Rasa nak pecah jantung nak menahannya kalau dia datang. Tahniahlah aku ucapkan kepada saudara sekalian kerana mampu menahan nafsu sampai umur 30 lebih. Semoga kita mampu menahannya dan yang pasti, pasti ada hikmah disebalik apa yang Allah berikan kepada kita.

Nasihat saya satu jer, jika nafsu serakah tu datang, cepat-cepat ingat ALLAH, ingat azab akan ALLAH berikan. Kehidupan kita didunia sekejap je. Kita menginginkan kehidupan yang hakiki di akhirat iaitu syurga. Selagi mampu, kita berJIHAD teman2!!!! Semoga kite tergolong dalam golongan Ahli syurga InshaALLAH… amin ya rabbal Alamin.. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Najmi dengan blognya yang memberikan seribu erti keinsafan kepada kaum UNIK ini. Sama-sama kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Mungkin ini ujian kita untuk ke syurga. InshaALLAH!! Aminn


~FAUZAN~

 
Sumber dari ruang komen disini












 


24 comments:

  1. Tuhan jadikan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kita hambaNYA pasti Allah mendengar setiap rayuan dan permintaan kita, Allah Maha Besar, kita memohon pasti akan dimakbulkan juga sekiranya kita benar2 percayakan Kunpayakun, InsyaAllah. Fauzan, salute anda, bersabarlah...tabah dan jangan menyalahkan takdir dilahir sebg songsang tpi mengamalkan kehidupan gay itu yang bersalah. Take care

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Mak Wardah atas nasihat yang sangat berguna itu. Doakan saya mak Wardah supaya menjadi lelaki yang soleh. Terima kasih juga saya ucapkan kepada abang najmi kerana menjadikan cerita saya ni satu artikel. Semoga kite semua TABAH dalam menghadapi dugaan ini. Saya suka baca blog abang najmi. Motivasi hidup saya. :)

    ~FAUZAN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara FAUZAN,

      Terima kasih kerana berkongsi kisah, pandangan dan nasihat, semoga kehidupan saudara akan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah selama-lamanya....Amin

      Delete
    2. Akak pastikan doakan Fauzan, bangga dapat baca kisah ni, syukur.

      Delete
  3. ko kena lawan jugak naluri tuh. jgan diikut sangat. dek naluri tuh aku penah jadi gila kat pemilik blog Tebuan Kuneng sampai aku sanggup offer 1 diantara 2 kediaman aku kat dia. nasib baik dia specis gay yg x amik kesempatan. Aku jadikan nasihat akak wardah & En, Nadzmi sebgai 1 cabaran utk aku cabar naluri aku. mungkin sedikit masa lagi aku akan kembali normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE,

      Pemilik Tebuan Kuneng??? Siapa tu hmmm nak skodeng blog ia nanti lah..nak tahu gak apa yang menyebabkan Jazzlee sampai tergila2 kat dia heeee...bolehkan kalau abg nak skodeng2...Insyaallah kalau niat Jazzlee kuat nak berubah insyaallah akan boleh berubah mengawal diri dan seterusnya berkahwin satu hari nanti dan jangan lupa jemput abg kemajlis kahwin tu nanti ya....:)

      Delete
    2. Sy rase pernah bace komen jazzlee kat blog tuh

      Delete
    3. Biasalah bila dah sayang apa pun sanggup bagi terutamanya bagi mrk yg mampu. Itu yg dikatakan cinta itu buta.

      Delete
    4. Dah baca Jazzleee tp bca ckit so belum jumpa x factor dia....

      Delete
  4. Assalamualaikum wbth,
    sangat tersentuh hati saya membaca coretan2 di blog En Naj Mi ni.
    Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk kan. Dan Dia Maha Mengasihani, Maha Lembut, Maha Mengetahui. Dia tidak menganiayai hambaNya...
    Teruskanlah berdoa sepenuh jiwa raga, benar kita hambaNya yang lemah...tiada kekuatan tanpa izinNya... dan divertkan lah fikiran kita dengan perkara2 lain seperti hafaz sebanyak ayat Quran yang boleh, moga2 the mental diversion akan membantu mengawal, meminima jika tidak menghapus nafsu songsang itu.
    Semoga kita semua jauh dari maksiat, Allah sudi mengampuni kita...ameen

    ReplyDelete
  5. alah en nadzmi, x yah skodeng lah, buang masa jeeee. kes tuh kiranya saya syok sendiri jeee, mamat tuh x dak apa2 pun. tulah lambang kebodohan seorang jantan 2013, jumpa x penah tau2 jatuh cinta pdg pertama plak, saya tempah plak ukiran emas berbentuk seekor tebuan rm14,000.00 tanda sayang saya pada dia. memang bodoh time tuh. bodoh gilerrrrrrrrrr. apapun sampai sekarang saya tetap sayang dia walaupun rasa cinta dah tiada. syukurnya saya bila dia reject saya dapat plak jumpa blog en. nadzmi, dah kira cam kena kaunseling.

    Masalahnya plak, bila dia reject saya, saya sangkut plak kt Rizal (jurutera muda seusia dng saya), bagaimana gilanya saya pada mamat tebuan, begitulah gilanya dia pada saya. Saya nak mintak tolong korang sumeee kalu ada solution tuk settle masalah saya. saya nak bagi tau dia nak tamatkan hubungan kami (persaan sayang dan kesian memang ada, tapi saya boleh atasi), cuma saya rasa takut nak bagitau dia (dia slalu cakap x leh idup tanpa saya atau takut kehilangan saya, kalau dia cakap sekali sekala tuh kira OK lee, tapi kerap sangat dia sebut, dah jadi cam ancaman plak kat saya). Silapnya saya kekadang saya bawa dia balik kat umah mak bapak kat kampung, dia pandai takcle mak bapak saya cam nak tackle mentua, pandai jugak ambil ati adik2 saya, sume suka dia. tuh yg buat saya takut sangat ,,, korang sume ada jalan x nak sentle masalah nihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE

      Siapa yang tidak pernah berpengalaman bercinta sekurang2nya sekali seumur hidup (sama ada cintanya dibalas atau hanya syok sendiri), keinginan bercinta, sayang menyayangi kan itu normal dikalangan manusia, baik strg8, lesbian mahupun gay. Keinginan nak bercinta tu tetap ada, cuma sama ada kita dapat atau tidak sahaja....sama ada cinta itu dilandasan yang benar atau salah.

      Yang penting kita kena bijak mengatur langkah kehidupan kita. Jazzlee dengan Rizal..kalau sekadar berkawan okey jangan terlalu rapat sebab kesan dimasa depan tak beberapa elok (bila dikaitkan dg agama dan kehidupan dalam masyarakat di negara ini)

      Jalan nak selesaikan masaalah Jazzlee? jarakkan hubungan dengan Rizal (agak susahkan) tapi hanya itu cara yang terbaik buat masa ini yang saya fikirkan, supaya Jazzlee boleh kembali menjadi seorang yang normal seperti yang Jazzlee hendakkan (tak normal sepenuhnya pun tak mengapa sekurang2nya boleh mengawal diri)

      ....:)



      Delete
    2. Dahsyat jgk penangan cinta ni nye sampai sanggup beli emas tuh....ape pon admire semangat jazzlee nak berubah tu....

      Delete
    3. orang cakap nak bercinta kena bijak, tapi saya plak jadi bodoh. saya dpt pengajaran dari situ.

      Delete
    4. Tak pa belajar dr kesilapan....mana ada manusia yg tak buat silap kat dunia ni...tp sebaik2 yg buat silap tu adalah yg kembali bertaubat & berubah ke arah kebaikan

      Delete
  6. Mudahnya jatuh cintaaaa...hrrmmmmm

    ReplyDelete
  7. Jazzle,

    Bce je komen ko aq terus skodeng tebuan kuneng.. siap bce lagi komen ko ngn tbuan kuneng n ngn rizal....haha. kelakar jugak... hape daa... aku rase kan perasaan rindu ko kt tebuan kuneng tu, sama dengan perasaan aq dekat housemate yg aq syok sore nie... hmm..tapi ko ni jenis yg boleh cakap rindu...sayang...mcm tu je. Mungkin sbb 2 2 plu. kondisi aq, aq je plu n housemate str8.

    BTW, terima kasih atas nasihat semua, abg najmi, mak wardah n semualah.. Aku bersyukur krn masih lagi seorang lelaki yg suci, tak buat prkara plik2 lagi stakat ni,alhamdulillah. Doakan yg terbaik utk aku. Aku akan lawan habis2an nafsu songsang ni.. :P

    ~FAUZAN~

    ReplyDelete
  8. Banyakkan ingat akan mati,siksaan azab kubur dan azab hari Akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasatnyaaa ko takutkan aku, bila ko ckp camtuh, aku dah x brani nak gigit idung ko lagi.

      Delete
    2. Jazzlee ko nak lg extreme download mp3 talqin then dgr mlm2 sebelum tdo...huhu ada berani??

      Delete
    3. woooiiihhhhhhhhhhhh, ko nihhh, anonymous dah pun takutkan aku, nikan plak talkin, seram sejuk aku. aku dok merayan bab azab kubug tuh pun blum abis lagi, tolongglahhh, len kali jgn takutkan aku lagi, dah jadi tebiat aku, nak lupa sesotu bende tuh kena amik masa...

      Delete
    4. Oh ok...takde niat nak tak takutkan jazzlee..cume tu adalah cara sy tatkala sy rase jemu & lalai sbg hamba Nya....tp kalau nak try ok jgk...mmg meremang bulu roma wat bde tu

      Delete
  9. Jazzlee. Dah baca & khatam blog tebuan kuneng & blog 2 yg sewaktu dgnnya. Jauhkan diri dari rizal secara perlahan2, jarakkan diri, pelan2 cuba rapat dgn perempuan lg baik yg ada ilmu agama, yg memahami dan jadikan 2014 tahun kita sama2 berhijrah ke hidupan baru, ye....

    ReplyDelete
  10. trima kacih akak wardah, saya pun x terfikir bab renggang nih, nasib baik en nadzmi bagi cadangan tuh. sekarang saya dah nampak jalan keluar, saya mesti jarakkan antara saya dan dia secepat mungkin. 2 arihnih saya asik dok pikir dan dah dpt idea. semoga Allah mudahkan utk saya. Cumanyaa rasa kesian sangat bila tgk dia, cukup baikk orangnya.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST