Tuesday, 3 December 2013

BAHARUDDIN - SAYA BIMBANG SAMPAI KETAHAP KRONIK AIDS, DAN BERLAKU DIHADAPAN EMAK.

photo hiasan


Seorang Anonymous meninggalkan komen dalam ruang komen dientri "TANDA-TANDA DIJANGKITI HIV", dan seperti biasa kerana tanpa nama, saya beri nama kepada anonymous ini, saya namakannya sebagai Baharuddin.


Hello....abang Najmi.

- Saya memang telah disahkan HIV Positif pada awal tahun ini, paling last CD4 saya still dalam seribu lagi, jadinya okey lah macam orang normal. Sejak dari itu, badan saya sentiasa panas macam deman sampai sekarang (maybe 5-6 bulan), dalam sebulan yang lepas ni, saya telah alami batuk and now sudah kembali okey.

- Saya juga mudah kena selsema tetapi memang saya alah dari dulu lagi kalau selsema ni.

- Saya juga mudah mendapat parut hitam dari kesan gatal-gatal and kulit saya memang dari dulu alah pada kegatalan and yang merisaukan saya, wahal kesan "melecet" semasa pakai kasut pun turut meninggalkan parut hitam. 


ADAKAH ITU SEMUA MENANDAKAN TAHAP KESIHATAN SAYA SEMAKIN KRONIK?



Abang Najmi,

- Saya pada awal tahun depan kena balik kampung and stay bersama keluarga (saya masih bujang lagi) kerana urusan keluarga. Ini menjadikan saya takut untuk hadapi hari mendatang, saya takut semua keluarga saya akan tahu yang saya ada HIV, ini kerana keluarga saya tahu berkenaan simptom-simptom HIV walaupun tidak banyak coz kita orang selalu share and alert benda-benda sebegini.

- Bagaimanakah saya hendak menghadapi? terpaksa memberi alasan apabila saya perlu lakukan ujian darah dihospital? (ada appoiment Feb 2014 untuk tahun kedua),

- Bilakah tahap HIV saya akan menjadi AIDS? (tak tahu berapa lamakah saya akan termasuk dalam golongan pesakit AIDS)

- Tentang perkahwinan,  saya anak lelaki yang sulung, adik-adik saya dua orang sudah berkahwinan dan tinggal lagi seorang yang belum berkahwin selain saya. Sebelum ini saya mengelak diri dengan sambung study, kerja luar kampung, tapi now kena balik kampung semula.

APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN ABANG?

Jujurnya saya tidak berani and tidak akan beritahu emak saya bab HIV positif ni and saya GAY. Saya bukan nak mintak abang ajari saya untuk menipu tapi tolong saya untuk bagi alasan supaya emak saya tidak salahkan didikan yang telah dia beri kepada saya.

Hal berkaitan dengan ALLAH, itu urusan dosa saya denganNya ,saya harap saya sempat bertaubat sebelum ajal saya sampai, tapi saya takut apabila saya sudah sampai ketahap kronik AIDS dan berlaku pula dihadapan emak saya.

- Penahkah terjadi penghidap AIDS akan mati tanpa ada simptom-simptom yang menakutkan itu? Saya tak masukan bunuh diri, kerana kematian adalah permulaan baru kita nanti.



BAHARUDDIN
(bukan nama sebenar)



Salam Baharuddin,

Jika saudara terpaksa balik kampung jalanilah kehidupan macam biasa, kebimbangan keluarga akan tahu mengenai status diri saudara, itu adalah perasaan yang normal bagi semua PLHIV yang baru disahkan positif, tetapi insyaallah lama kelamaan ianya akan menjadi pekara biasa, sesuatu yang saudara boleh atasi (tempuhi) dengan baik, yang penting teruskan hidup seperti biasa, bekerja dan beramal kepada Allah. Buat permulaan terus rahsiakan mengenai status diri dulu, sekiranya tidak penting jangan beritahu sesiapa, tunggu masa yang sesuai untuk beritahu mengenai status diri kepada sesiapa yang dirasai saudara boleh dipercayai.

Kalau nak ambil darah pergi aje tidak perlu beritahu apa-apa kepada sesiapa pun. Sebaiknya tukar tempat rawatan kepada hospital yang berdekatan dengan kampung saudara, mudah bagi saudara untuk berulang alik ke hospital bagi tujuan ambil darah atau berjumpa doktor. Abang dulu pun buat rawatan di KL jauh dari Ipoh tetapi lama kelamaan ianya mendatangkan masaalah, nasihat abang buatlah rawatan dihospital berdekatan dengan kampung saudara. Jangan bimbang jika terserempak dengan orang-orang yang dikenali dihospital, kalau terserempak macam biasa "tipu sunat"

Soal kahwin, jika ada yang tanyakan bila saudara hendak berkahwin, bagi aje alasan seperti belum ada jodoh, tidak mampu (tidak ada duit), bagi alasan nak jaga emak atau apa sahaja yang dikira sesuai dengan kehidupan persekitaran saudara. Elak dari berjumpa dengan orang-orang yang "kepoh" yang suka bertanyakan bila kita nak kahwin. Dengan emak samalah juga bagi aje alasan yang dikira sesuai, tetapi alasan yang popular ialah "tidak bersedia" selain daripada itu elak dari berbual mengenai pekara jodoh, jika ada yang mula nak berborak mengenai perkahwinan, saudara angkat kaki, selain minta bantuan doa daripada Allah.

Selesema, antara penyakit yang biasa kita semua alami, baik PLHIV mahu pun NON PLHIV, terutama pada musim hujan, sejuk panas suhu tidak menentu, telan aje panadol tidak mengapa bagi menghalang selsesema tu daripada menjadi lebih teruk. 

Parut hitam, setahu abang ianya berkaitan dengan peningkatan umur yang semakin meningkat, kalau masa muda remaja dulu kalau hari ini kita picit jerawat sampai luka esok lusa luka itu kering mengelupas dan hilang tanpa parut, tetapi apabila usia semakin meningkat, kesan luka yang kecil dibadan pun boleh meninggalkan kesan hitam. Itu yang abang perasanlah melalui pengalaman yang berlaku pada diri abang. Setahu abang kesan parut hitam BUKAN tandanya yang penyakit saudara semakin kronik. Usah bimbang mengenai pekara itu. 

Bila tahap HIV akan jadi AIDS? - kebanyakan PLHIV di Malaysia meninggal bukan disebabkan AIDS, jangan risau fikirkan mengenai masaalah ini, sekiranya saudara makan HAART (makan tepat pada waktu serta tidak abaikan waktu menelan ubat) insyaallah saudara akan hidup sihat dan insyaallah saudara tidak akan menghidap AIDS. Jaga kesihatan pemakanan dan lakukan sedikit excersice secara berterusan insyaallah saudara akan hidup sihat seperti orang lain.

Saudara kena ingat gambaran dalam drama TV apabila seseorang PLHIV itu hendak mati badan dan muka mereka akan naik kudis satu badan itu semuanya itu sudah menyimpang (tidak betul), ramai PLHIV yang meninggal dunia dalam keadaan baik fizikal tubuh badan mereka, kebanyakanan PLHIV yang meninggal dunia adalah disebabkan penyakit lain bukan disebabkan AIDS.

Kita diketegorikan sebagai penghidap AIDS apabila CD4 kita berada dibawah 200, abang dulu pernah alami simptom AIDS kerana pernah kiraan CD4 abang jatuh serendah 12 sahaja, itu sudah AIDS kronik, benar abang ada alami kayap ular gatal-gatal di badan tetapi ianya sembuh. Pada ketika CD4 abang pada bacaan 12, keadaan tubuh abang kulit badan abang baik aje cuma tubuh kurus akibat jangkitan pneumonia, batuk dan tidak bermaya, waktu itu tidak ada alami sebarang kudis-kudis dibadan pun, selepas abang mula makan HAART kesihatan abang makin lama semakin baik sehingga hari ini, alhamdulillah.

Nasihat abang saudara berfikir positif, jangan terlalu fikir yang buruk-buruk apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Jalani kehidupan seperti biasa, rahsiakan status diri, tak perlu beritahu sesiapa jika ianya tidak penting. Jangan stress, teruskan kehidupan dan tengok sahaja apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Insyaallah mintalah doa dari Allah agar kehidupan saudara dipermudahkan selama-lamanya - NAJ MI

 


LAIN-LAIN SOAL JAWAB...







8 comments:

  1. Jawapan yg baik Najmi & utk adek ini positif dlm apa2 tindakan. Serahkan segalanya kpd Allah. Ini peringkat awal mungkin kurang pemahaman ttg Hiv @Aids jadi adik mengelabah sikit tapi bila dah faham semua akan jadi mcm biasa. Yg ptg jaga kesihatan, jaga diri & pasal kawen ikut nasihat najmi. Jgn takut ywnwa. Take care

    ReplyDelete
  2. blogwalking jap...banyak artikel dalam blog ni yang mendedahkan bahaya HIV/AIDS..moga dapat bermanfaat buat semua...jom singgah dan follow sy juge ye...sy dah follow awak..http://jejakacoklat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. alangkah baiknyeee kalu Gov'ment publish ajeee gambar penyakit kelamin kat Awam. bila tgk picture cam tuh, rasa ngeri laaa plak. kalu nak buat bende x senonoh, tentu kene pikir banyak kali... rasa cam x lalu plak nak makan daging lembu paih nihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kaitan tak lalu makan daging lembu dengan tengok gambar penyakit kelamin? Agak2 laa nak bagi comment pun...

      Delete
  4. ko nihhh, cam x puas ati & marah kat aku jeeee, aku gigit kang baru ko tauuu, cuba ko tgk2 betul2 gambar2 tuh, skit sebanyak ada gak rupa daging cincang.. aku tgk mende plek aku suka pikir bukan2, berhari2 plak tuh baru leh lupa.
    makin ko marah kat aku makin berminat plak aku nak tau pasal ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAZZLEE & ANONYMOUS

      Hahaha...yang selalu abang dengar kalau marah-marah manja ni tanda sayang heee...:) :) :)

      Delete
  5. Jawapan abg Najmi sy nk tambah atau perbetulkan sedikit. .berhubung dgn masalah kulit tersebut. ..sebenarnya bila kita menghdap hiv, ketahanan kulit kita memg tidak spt orang normal. .walaupun cd4 kita masih tinggi..namun tidak semua penghidap hiv akn mengalaminya. .ia dipanggil symptomatic patient. .sy sendiri mengalami keradangan kulit di bhg muka.pantang gatal mesti lama kelamaan akn jdi kering dan berparut hitam. .dan terlalu sukar nk sembuh..ini boleh mengganggu thp keyakinan kita..sy seorang peguam, maka keadaan ini sgt merungsingkn sy..cuma sy nasihatkn saudara yg bertanya tersebut, mulakanlah mendekati Allah. .tahajjud la selalu..5waktu jgn tinggal..azamlah mnjdi org yg soleh..skrg ni kuasa Doa je yg mampu mnjdi senjata terampuh kita. .sbb jika kita Soleh, maka Allah akan jaga kita...sekian, MRS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MRS,

      Terima kasih kerana menerangkan mengenai masaalah ini, alhamdulillah...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST