Thursday, 5 December 2013

AZALI - TERIMA HAKIKAT NALURI GAY INI ADALAH UJIAN DARI ALLAH SWT


Nama aku Azali (nama Samaran). Usiaku kini menjangkau 31 tahun, usia yang sepatutnya sudah memiliki seorang isteri dan sekurang-kurangnya dua orang anak. 

Sehingga kini, sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku adalah seorang gay. Sungguh terseksa hati ini kerana memiliki naluri gay dalam diri. Sejak di sekolah rendah lagi, aku sudah menyedari naluri ini wujud dalam diri ku. Namun ia menjadi rahsia yang tersimpan dengan cukup rapi. Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa saya seorang gay, termasuk juga keluarga terdekat, adik beradik dan ibu bapa saya. Bak kata lagu Siti. 'biarlah rahsia'. 

Menjalani hidup sebagai lelaki bernaluri gay bukanlah mudah. Sering kali aku diuji dengan nafsu songsang, berfantasi melakukan seks dengan seorang lelaki. Jijik sungguh keinginan ini, namun itulah yang selalu mengganggu dan membelenggu hidup ku. Tanpa iman dalam diri barangkali sudah jauh aku terjerumus ke lembah hina dan dosa. 

Namun sebagai manusia yang telah mendapat didikan agama serta memiliki pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi, aku sedaya upaya melawan naluri ini agar aku tidak terpesong jauh dari landasan dan batas-batas agama. Aku tidak menyalahkan takdir kerana wujudnya naluri ini dalam diri ku. Apa yang cuba aku lakukan ialah berusaha agar tidak melakukan perbuatan songsang yang ditegah agama seperti mana kaum Nabi Lut yang diceritakan dalam al-Quran. Namun, ia tetap ku anggap sebagai ujian yang terlalu sukar untuk dijalani. 

Meniti usia remaja dan dewasa, aku akui telah banyak melalukan onani disebabkan tidak berdaya melawan nafsu. Seringkali aku cuba mengelakkannya, namun naluri gay yang kuat ini menyebabkan aku sering gagal dan tersungkur. Namun sehingga kini, aku tidak pernah melakukan persetubuhan dengan lelaki atau gay yang lain. Aku tetap berusaha memperbaiki amalan diri, melaksanakan solat 5 waktu, berjemaah di masjid, berpuasa, membaca al-quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu atau majlis agama.

Begitupun sukar untuk aku jalani dan banyak ikhtiar serta doa aku panjatkan pada ilahi, namun naluri ini tetap wujud, seperti tak dapat dibuang. Ia terus menguji diri ini sehingga aku mengatakan bukan salah memiliki naluri sebegini, yang menjadi kesalahan apabila kita menuruti naluri itu mengikut kecenderungan ke arah songsang dengan melakukannya secara luar tabii. 

Alhamdulillah. Iman dalam diri ini masih kuat untuk menghadapinya. berkat amalan untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.. Aku percaya bahawa tidak akan terjadi sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah. Allah juga yang mengurniakan hidup ini, hati ini dan segala yang tak kita fahami.

Aku percaya manusia yang hidup di dunia ini diuji dengan macam-macam dugaan, masalah dan situasi yang mungkin berbeza dan pelik-pelik antara satu sama lain. Namun, semua itu adalah ujian, menguji umatnya siapa di antara kita yang mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Biarpun naluri gay ini tidak dapat dicampak atau dibuang jauh-jauh dari dalam diri ku, namun aku bersyukur kerana anak titik-titik keinsafan mulai tumbuh dan membunga di hati ini. Aku belajar untuk menerima hakikat bahawa naluri gay ini adalah ujian yang didatangkan Allah untuk ku. Sesudah aku mengetahui perihal kaum Nabi Lut dalam al-Quran, adakah wajar aku mengulanginya juga, memang perit dan siksa menentang nafsu songsang, namun tidak ada harus aku tewas dengan dugaan berat ini. 

Aku hanya berdoa semoga di hujung kehidupan dan usia ini, aku masih berkesempatan untuk menjadi manusia yang taat dan tunduk kepada kebesaran Allah sekalipun dikurniakan dan diuji dengan naluri gay ini. Semoga Allah menukarkannya dengan kenikmatan Syurganya di alam akhirat nanti. Mudah-mudahan ya Allah. Engkau perkenankan doa dan harapan ku ini. 

Kepada Allah tempat kita kembali kepadanya kita haris mengabdikan diri.. Hidup ini hanya permainan dan penuh dengan kepalsuan.

Kepada rakan-rakan yang memiliki nasib seperti ku ini.....

Ayuh, mari kita semua berjuang untuk menentang keinginan naluri ini yang sering menduga dengan nafsu songsang. Semoga kita tidak terjebak lebih jauh. Marilah kita berdoa dan bertaubat kepada Allah dan menyakini dengan bersungguh-sungguh bahawa hanya Allah yang dapat membantu menguatkan iman dalam diri kita, hanya Allah yang dapat melindungi kita. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang diciptakan dan diuji untuk kita. 

Esok, setelah mati, kita akan kembali kepada Allah untuk menjawab segala apa yang telah kita jalani sepanjang hidup didunia ini. Semoga tidak sia-sia kita diuji dengan nafsu dan naluri sebegini. 

Kepada semua lelaki di luar sana yang diuji dengan naluri gay ini, marilah sama-sama kita insaf bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara sahaja. Di akhirat, ada kehidupan yang lebih kekial untuk kita hadapi. Jika kebahagiaan hidup di akhirat ditentukan oleh kehidupan kita di dunia yang sementara ini, alangkah ruginya kita mencagar kehidupan dan kenikmatan Syurga dengan keseronokan dunia yang cuma seketika. 

Aku berdoa untuk diri sendiri dan rakan-rakan di sini agar diberikan hidayah, petunjuk dan kekuatan agak menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Amin. 


~Azali.~


Sumber Dari Ruang Komen Disini


21 comments:

  1. Sama kes dengan diri ini.....

    Though I'm younger.

    Hanya Tuhan tempat kita memohon agar dapat hadapi ujian ini...

    Jangan putus asa kawan-kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak rasa naluri menyukai lelaki Allah yang berikan. Saya yakin ia datang daripada bisikan iblis. Untuk elakkan drpd terjebak tiada cara lain iaitu mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongannya.

      Delete
  2. kita hampir sebaya yeee, time2 umug camni patutnya kita dah pun kawen, mak bapak aku kat kampung pun asik dok tanya bila lagi nak kawen. bakai mentua aku pun sama bila lagi nak antag blanja dan tanda. Jawapan slamat yg aku bagi biar adek (awek aku lee) abis master dulu.,,,,\\

    aku ada 2 tips, ko boleh cuba,

    kita memang suka lelaki, aku dulu pun sama, skarang dah kurang, Ko jgn sekali2 cuba utk benci, nanti akan jadi tambah sayang, aku dah alami.

    Naluri kita tak suka benda kotor dan jijik. Aku x suka orang hisap rokok, bila aku jumpa lelaki yg aku suka dan dia pun suka, bila tgk dia hisap rokok, serta merta nafsu aku mati, apa taknyeee, orang hisap rokok mulut dan bdan tentu busuk. aku kalu ketiak busuk aku leh tahan lagi, kalu bau mulut tentu aku muntah hijau. tapi kalu kat perokok normal, aku tahan jeee, x brani aku cakap, takut kena tumbuk @ penyepak.

    kekadang jumpa yg x isap rokok, memang bersih dan wangi, aku tgk plak gigi, atau pun kaki, kalu gigi berplak atau kuku kaki berkarat, mati juga nafsu aku.

    kalau dpat jugak yg perfect, dosa pun dah x takut, aku ingat plak HI/aids. Ko pakai balik pakaian koo. kecian juga tgk pasangan. hanya satu aku bangga ngan diri aku, sampai ari ini aku amat benci aktiviti homo dan liwat. dan aku x pernah pun buat.

    Kat Ponpuan plak, ko buar cam aku,

    aku pandang sume perempuan itu bersih, suci dan cantik, waima pun dia seorang pelacur. Ko mesti cuba cari part mana yg ko suka kat ponpuan. cam aku, amat suka buah dada wanita. aku boleh naik hantu dan jadi hantu. Kalau ada perempuan cantik goda aku, confirm aku x leh tolak, dosa pun aku dah x pikir, cuma bila ingat hIV/Aids aku jadi gelabah cam kera kena belacan. takut gilerrr. walaupun kita tak nak "buat", duit kna bayar jugak, x kira lagi sumpah seranah. tak pelah yg penting aku slamat.

    lagi pun orang slalu cakap, hanya kita ajeee yg boleh ubah diri kita, Jazzle mintak maaf kat sume, terutamnya en. Nadzmi, akak Wardah atau sesapa sahaje, istimewanya mr "Anonymous" kerana koment kat atas agak lucah. malunya saya.

    Anonymous, ko jgan marah aku lagi yeeee, ko x nak jadi kawan aku keee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazzlee, kenyataan jujur anda amat saya hormati, kita semua manusia tidak sempurna, kami juga seperti anda, hamba tak lari dari nafsu, ksilapan dan segala bagai, yg penting kita menjadi diri kita dan menjaganya dengan baik dari fizikal dan mental serta paling penting denganNYA. Anda pasti sentiasa dilindungi. Take Care

      Delete
    2. trima kasih Akak Wardah, saya akan ingat pesan tuh.. saya jugak nak jadi normal balik dan kawen. Bila ingat mak bapak rasa bersalah amat sangat. Semoga taun baru nih saya akan bebas dpd sume mende x berpekdah nih. Moga Allah ampunkan saya. Insyaalah.

      Delete
  3. Hazleee apasal ko ckp lucah kat blog najmi? Citer pasal tetek pompuan sumer. Ko tak malu kat mak wardah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pun x tau malu, sebut jugak mende tuhhh, kiranyaaa kita sekufu lah tuh, time tuh aku tgh emokia sangat. susah payah dok buang naluri berkarat tuh. 90% dah berjaya disingkirkan. tinggal 10% je yg tinggal. itulah part yg paling susah nak buang. ko penah hadapi x situasi cam nihhh, :

      ko nak buang dia, tapi ko masih rasa sayang, ko nak bagitau dia nak tamatkan sume nih, tapi ko x sampai hati, dan akhir sekali ko nak bagitau dia jugak utk tamatkan sume nihh tapi ko takut plak. tuh yg eku tgh emokia sangat laaa ni. upa2nya aku terperangkap dalam kes cinta tiga segi, aku, awek aku dan dia. sai tuh aku dah mintak maap awal2 lagi.

      Delete
  4. Salam.abg najmi.adakah tinggi..risiko jangkitan ibu keanak melalui susuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Ya benar risiko jangkitan HIV dari IBU YANG POSITIF HIV kepada anak melalui susuan sangat tinggi, TETAPI kalau ibu yang sihat dan YANG TIDAK ADA HIV maka tidak lah berjangkit, sebab si ibu tak ada HIV.......:)

      Delete
  5. sy pn sorg gay, mcm jg seperti anda, naluri ini pn hadir dengan sendrinya, pernah jg hanyut dgn dunia gay ni tp sy x lah brkawan dgn golongan gay ni, just kalo jumpa n main ringan2 je... da tu blah...tp risau jg bab sblm ni buat aktiviti yg brsiko, ya la... x kenal sapa yg kita ajak main ringan2 tu kan...tp skrg ni da x cari dah..., tp mcm anda-anda jg yg senasib sy, msh mendambakan sentuhan lelaki, sabar je la sy... x bkahwin la sy jawab nya lao da mcm ni... x da lansung bnafsu dgn wanita2 ni...

    ReplyDelete
  6. rugi bernar koo, xkan x nak ada family, abih harta medak ko nak bagi kat sapa? walaupun agak terlambaat untuk patah balik, tapi masih belum terlewat. Kita balik ajelah dari mana asalnya kita. bila aku banyak fikir aku rasa kita bodoh lah sai ditipu diri sendiri bukannya orang, kita sengaja biar perasaan yg kontrol kita, kalaulah aku bleh kontrol perasaan aku masa tuh, tentu aku x jadi begini, dah tentu mak bapak dah ada cucu. ruginyaaa masa. sejak bila plak aku pandai naasihatkan orang, diri sendiri pun masih lagi pancit. maap yeee

    ReplyDelete
  7. Teruskan berdoa memohon pada Allah dan occupy diri dengan solat di awal waktu, hafaz ayat2 Al Quran dan bantu orang. Insya Allah kita kurang fikir tentang 'nasib diri' dan fantasi seks. Latih minda dan hati kita, moga2 kita beroleh bahagia di dunia ini, kenal Allah dan mendapat husnul khotimah. Saya pernah tanya diri, sanggupkah saya exchange ujian hilang sebelah tangan atau sebelah kaki untuk tidak diuji perasaan/naluri? Hati saya hampir serta merta jawap tak sanggup. Benarlah janji Allah Dia hanya menguji hambaNya pada tahap kesanggupan hambaNya...

    ReplyDelete
  8. Thanks la utk post ni. Komen2 korg pun aku respek jgk. Aku mengalami masalah yg sama. Kalo nak turutkan nafsu, mmg aku dah terjebak dgn cara hidup gay ni. Syukur iman & kesedaran aku masih kuat utk x buat benda ni. Alangkah bagus kalo kita sume boleh terus sentiasa bg support utk satu sama lain mcm ni. Moga Allah bantu kita semua utk tabah menjalani hidup ni.

    ReplyDelete
  9. assalam..
    saya juga mempunyai masalah yang hampir sama seperti pengunjung2 di dalam blog ini. saya baru berumur 21 thn dan bakal melangkah setahun ke hadapan pada januari depan. masalahnya apabila saya keseorangan, saya sangat cenderung utk melawati laman youtube dan menonton gusti lelaki dimana situasi gusti tersebut adalah melibatkan lelaki yamg hanya berseluar dalam bergusti dan kadang kadang saya akan search gusti yang melakukan aksi 'low blow'. saya akan insaf setelah menonton perkara2 tersebut. tetapi, bila bersendirian, godaan syaitan itu sangat hebat bagi saya. kerap tertewas. saya selalu termenung dengan dosa dosa saya sebagai seorang lelaki yang tidak normal. saya juga merupakan seorang pengidap "anxiety disorder & panik disorder". saya sangat kecewa dengan diri saya. malah, apabila hendak berjabat tangan dengan lelaki kacak pun jadi gugup. tetapi alhamdulillah saya tidak pernah libatkan diri dalam aktiviti seks songsang dan melakukan onani. kecenderungan saya lebih kepada melayari internet dgn tujuan yang songsang. tahun depan pula in syaa Allah saya bakal melanjutkan pelajaran ke negara asing dan ini lagi menambahkan kerisauan kerana disana tentunya lebih ramai lelaki2 kacak. ianya di luar jangkaan saya. memang kita semua tidak meminta utk dijadikan sebegini rupa. saya anggap ini adalah ujian daripada Allah. Allah ingin menguji saya. semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan. In syaa Allah.
    YANG BAIK DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T, YANG BURUKNYA DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI.

    salam sayang,
    "annonymous"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Kita hadapi dugaan yang sama, cuma berbeza cara kita tangani masaalah tersebut sahaja. Saudara tidak pernah terlibat dg aktiviti seks llagi malah onani juga tidak, alhamdulillah bermakna saudara mampu kawal diri, elak dr terlibat dalam aktiviti seks sejenis sebab ianya boleh buat saudara ketagih.

      Dekatkan diri pada Allah berdoa selalu kepadaNYa apabila saudara berada jauh diperantauan itu ada lah senjata kita mengelak dari terlajak melakukan aktiviti songsang.

      Saya doakan saudara dilindungi Allah sentiasa...:)

      Delete
    2. terima kasih admin blog ini. saya turut mendoakan supaya kita semua diberikan kekuatan untuk mengatasi godaan syaitan dan hawa nafsu di dalam diri kita. saya yakin bahawa rahmat Allah itu sangat luas :)

      p/s: selagi badan dikandung hayat, selagi itu perjuangan harus diteruskan. mintalah kekuatan pada Yang Maha Esa. insyaa Allah ^__^

      Delete
  10. Aku 23 pelajar ipta..xtou nak ckp pe, hanya mampu pendam dan terus pendam, menangis jika memikirkannya, kdg2 cube tipu diri sendiri anggap xde pe2 berlaku, cube sedaya upaya tuk tidak terbongkar, xtou nak luah pada sapa selain Allah, kdg2 takut segala kemungkinan..betul, sangat pedih. Segala pandangan sangat berbeza dari laki normal contoh housemate baring sekatil, itu kekok..tp dorang straight. pernah dulu jatuh hati, start form 5 mcm org angau..suka bukan hanya tuk seks semata..hanya mampu pendam je..dye xpenah tou pun.bende tu pusing2 sehingga kini.apa yg ade dlm hati hanya Allah yg tou..aku xbergaul sangat, takut2 timbul perasaan sayang, mengharap dan akan berakhir dgn perasaan duka. pernah rasa down gile depression to the core. Kdg2 teringin jadi diri sendiri, lontarkan pandangan tdk perlu takut2, bergaul cam lelaki normal yg len. Aku sedar semua ni ujian semoga Allah kuatkan iman kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. capacitor

      Dugaan juga tukan, ramai yang senasib tapi yang penting kita kena selalu ingat kepadaNya...

      Delete
  11. Dugaan seorang plu... Nk ikut sedap, seronok atau mencari keredhaanNya.. Sangat payah dugaan ini

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang rasa diri ni dah tade makna dah wujud kat dunia ni . Bila pikir balik .. naluri aq songsang . Duk satu penjuru nangis sorang2 . Bila keluar dengan kawan rasa diri ni tak sekutu dengan mereka. Apa aku nak buat . Entahlah nak blog ni jelah aku nampak macam heaven aq luah segala virus dalam otak day makin merosakkan minda . Tatau la kalau blog in terima tak budak bangsa China mcam says ni . Thanks sebab dengar kalau tersinggung sorry ye . I love this blog . Heart

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST