Tuesday, 3 December 2013

AMBIL DARAH 2 DISEMBER 2013 - TAPI UJIAN CD4 TIDAK ADA...?!?!!*!?!

Hari ini saya ke hospital sebab lengan tangan nak kena cucuk, kena ambil darah. Saya datang sebelah petang sekitar pukul 4 petang sebab jika saya datang sebelah pagi, pesakit yang datang punyalah ramai. Alhamdulillah sebelah petang tidak ada orang, datang ke kaunter bagi borang dan terus masuk kebilik, ambil darah, tidak sampai 15 minit - selesai. Kalau dibandingkan jika datang pada sebelah pagi saya terpaksa tunggu giliran berjam-jam lamanya.



Kebiasaannya saya hanya akan mengayuh kehospital tetapi hari ini saya minta anak saudara "drive" kan saya, sebab sejak balik dari “makan angin” hari itu saya selalu rasa semput. Adakala seperti simptom “anxiety”  bila rasa bimbang diri terasa seperti sesak nafas sukar bernafas, itu yang doktor syak apabila saya kehospital pada pukul 11 malam pada minggu lalu sebab alami kesukaran menyedut oksigen dan doktor kata kemungkinan sebab serangan “anxiety”. 

Tapi yang saya perasan pada hari ini, perut saya kerap kembung berangin, bila makan, makanan sukar hadzam. Bila perut kembung berangin, ketika itulah terasa sukar bernafas, doktor yang memeriksa hanya kata kemunginan sebab “anxiety”, so ia suruh saya bertenang, senang lah dia kata tenang tapi saya yang alaminya memang lah risau. Teringat nak cari dan beli botol oksigen aje buat persediaan. Tapi nak cari kat mana? Kalau kat Nepal banyak lah.

Kemudian saya jumpa doktor klinik luar (swasta) berdekatan rumah, bila saya cerita kisah yang saya alami dia hanya bagi ubat tenteram dan dia juga kata kemungkinan "anxiety". Tetapi ubatan itu tak saya makan sebiji pun sehingga hari ini (burn RM35). 

Malam semalam saya keluar ke bandar yang terletak kira-kira 10 km dari rumah, seperti biasa saya hanya mengayuh (kalau kayuh setakat 20 atau 30 km memang tidak jadi masaalah bagi saya). Tetapi malam semalam apabila sampai dibandar saya mula rasai tanda-tanda kesukaran bernafas, nak tak nak terpaksa jugalah saya kayuh kembali pulang kerumah pelahan-lahan, sambil kayuh saya nyanyikan "al Fatihah, selawat dan Yassin" (nak tenangkan hati konon). Perasaan setiap kali saya alami kesukaran bernafas ni sebenarnya agak menakutkan, tubuh menjadi seram sejuk, risau tu memang adalah dan saya kena tarik nafas dalam-dalam tetapi tetap rasa tidak puas bernafas, kemudian diikuti perasaan takut dan bimbang.

Saya ada baca komen seorang rakan dalam sebuah blog seorang rakan, kalau perut kembung maybe ada kaitan dengan masaalah liver dan buah pinggang (wallahuallam, ada siapa yang boleh terangkan?) Saya cuba nak google biasalah beberapa hari ini tidak memungkinkan saya banyak mengoogle sebab “line slow” (ni pun satu hal yang boleh buat saya stress hehehe). Dan ketika saya menaip entri ini perut memang terasa kembung, boleh dibuat gendang dan dah macam perempuan mengandung heeeee..... 

Hari ini saya mula syak, rasa sesak nafas yang saya alami mungkin disebabkan angin dalam perut. Adakala apabila saya berasa nak sedawa tetapi tak dapat nak sedawa, itu yang geram tu, dan maybe juga sedikit sebanyak sebab “anxiety”. Wallahuallam. Tapi sebelum ini saya tidak pernah alami masaalah ini, cuma ianya baru berlaku dalam beberapa minggu lalu. Banyak makan ker? Atau mungkin saya kena kembali berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis, puasa sunat yang selalu saya amalkan dulu tapi agak sudah lama saya tinggalkan. 

Kalau dulu (semasa saya berduit...:) ) jika berpeluang saya kerap "backpack" ke tempat-tempat yang tidak ramai orang mahu pergi, malah saya juga pernah jejaki kesebuah negara Eropah tanpa menaiki kapalterbang, dari timur ke barat. Tetapi pengalaman sakit ketika keluar negara sendirian tempoh hari, menyebabkan saya menjadi fobia. Keinginan satu hari nanti untuk kembali aktif (jika ada rezeki lah) melakukan aktiviti ini seperti sudah semakin lebur, ya hari ini keinginan tersebut semakin pudar, mungkin saya tidak lagi akan melakukannya. 

Sedih.....:(

Hari ini saya kebilik mengambil darah dihospital, rasa kecewa kerana ujian bagi CD4/CD8 tidak dapat dilakukan. Mulanya saya ingat sebab budget tahunan bagi ujian CD4 itu telah habis, rupanya bukan sebab budget, budget masih ada TETAPI ujian CD4/CD8 tidak dapat dilakukan sebab mesin dihospital mengalami KEROSAKAN.

Tentu lah saya terkilan, kerana kali terakhir ujian CD4 saya diambil kira-kira 6 bulan lalu (18 Julai 2013) kiraannya ialah 218. 

Manakala sebelum itu pada 3 April 2013, CD4 saya telah turun kepada 166, seperti yang diberitahu kepada saya kemungkinan CD4 saya turun daripada 229 (25 Julai 2012) kepada 166 mungkin disebabkan mesin ujian CD4 mengalami masaalah. Tapi alhamdulillah Virol Load saya ketika itu sudah tidak dikesan.

Hari ini timbul lagi masalah mesin rosak, walaupun kecewa tapi lebih baik daripada darah saya diuji pada ketika mesin itu bermasaalah sehingga kemungkinan akan menyebabkan keputusan CD4 yang akan keluar kelak menjadi tidak tepat, jika kiraan CD4 jatuh mendadak seperti mana yang berlaku pada bulan April 2013 lalu tentu saya akan rasa lebih kecewa.

 
Nurse diklinik nasihatkan agar saya simpan borong bagi ujian CD4 tersebut, dan saya boleh "call" terus ke makmal bertanyakan keadaan mesin tersebut, jika mesin itu sudah “sembuh”, maka saya boleh terus pada bila-bila masa ke bilik ambil darah dan jalani ujian. Atau dia suruh saya jalani ujian CD4 di klinik swasta (banyak cantekkk) bayaran sekali ujian sebanyak RM180, mana nak "kerobek duit" huhu

 
Pastinya jumlah PLHIV semakin bertambah di bandar ini, mesin yang mengira bilangan CD4 tersebut yang tidak henti-henti memproses dan tidak berehat menyebabkan ianya menjadi semakin tenat dan tidak bermaya…...huhuhu

Kemungkinan saya hanya akan tahu bacaan CD4 saya pada pertengahan tahun hadapan, setahun sekali lah nampaknya.




RESULT UJIAN DARAH YANG DIAMBIL... KLIK DISINI




15 comments:

  1. Salam bro.

    Memandangkan umur kita yang dah lanjut..esp dah melebihi 35 tahun...

    Bila sakit dada atau semput,perkara yg kita perlu fokus adalah jantung kita.

    Tengok lah keadaan jantung bro..minta dr buatkan ECG dan blood test kalau semput makin tak ok.

    Usually kalau sakit buah pinggang atau hati atau keduanya..perut memang kembung tapi bukan kembung angin daaam perut..kembung dengan air sebb air terkumpul dalam badan sebb hati dan buah pinggal rosak.

    Bila air x leh kuar..air akan terkumpul kat perut-jadi busung...dalama paru2-jadi paru2 berair,tu yg semput. .mlm xleh tdo satu bantal..
    Kaki bengkak air...


    Kalau jantung teruk sangat pun..in failure..boleh dpt symptom yg sama mcm kat atas..

    Hmmm..
    Saya jumpa PLHIV ni..selalu mengadu sesak nafas....hmmmm
    Tp bila dr check..usually normal.
    There is something yg dr xtau lagi kot...hmmm nice to explore...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd fadzli Tuah,

      Alhamdulillah terima kasih dengan penerangan saudara, saya akan panjangkan kemungkinan2 yang saudara kongsikan disini dengan doktor nanti..insyaallah

      Ya saya lebih mengesyaki ianya berkaitan dengan masaalah liver atau buah pinggang kerana ubatan HAART yang saya makan sememangnya mempunyai kesan terhadap liver dan buah pinggang.

      Insyaallah doakan saya, dipermudahkan untuk berjumpa doktor nanti, bukan apa agak sukar nak berjumpa doktor pakar HIV/AIDS di hospital ini, kalau temujanji kita bertemu dengan doktor pakar selalunya dia tak ada, dan biasanya saya terpaksa berjumpa dg doktor penganti (yang saya pasti tidak lah pakar dlm hal berkaitan HIV/AIDS ni), kalau doktor lain tu bila2 masa pun boleh jumpa, tak nak lah seperti doktor yang saya jumpa hari tu, dia dengar cerita saya dan tanpa sentuh saya pun, terus kata saya kena "anxiety"

      Kalau doktor lain dia main agak2 aje, tetapi kalau doktor pakar kalau kita beritahu mengenai apa jua masaaalh dia akan terus rujukkan kita ke doktor pakar lain yang berkaitan dg masaalah yang kita hadap. Contoh suatu ketika dulu ketika saya alami bengkak di tetek, bila kita rujuk dengan doktor pakar ia serta merta rujukkan kita kepada doktor yang pakar dalam hal berkenaan.

      Insyaallah saya akan cuba plan hari dan masa sesuai bertemu dengan dia....:)

      Delete
    2. Ooo.. Ok
      boleh check liver function test + renal function test too..+ cardiac enzyme+ FSL(klo puasa boleh check fastg serum lipid) in one bottle..bundle semua.hihi..

      Anxiety tu more psychiatry problem..biasanya tu diagnosis last dr bg...sebb kena exclude other diseases...

      Xnafikn ur haart will affect ur liver n renal.
      But need further investigate
      ..

      Plan apa nk bgtau dr sebelum jmpa.
      Good luck.

      Delete
    3. Mohd fadzli,

      Terima kasih..memang say dah prepare nak tanya pada doktor dan saya dah buat temujanji baru dg doktor TETAPI doktor pakar HIV AIDS tak ada masa temujanji yang saya buat tu, saya pun tak nak tunggu lama sebab semalam pun lepas makan nasi semput tu dtg balik adoiiii...sebab tu nak tak nak saya jumpa lah jugak dg doktor penganti kepada doktor pakar tu nanti..

      TAPI saya tak mengharapkan doktor penganti tu akan buat keputusan yang tepat sebab mereka biasanya tak ada kuasa nak lakukan sesuatu seperti kalau ubatan yang saya makan menjadi punca kepada masaalah yang saya alami..mereka (doktor penganti) memang tak ada kuasa nak tukarkan ubat...entah lah tengok macam mana nanti....:( :( :(

      Delete
    4. Good!

      Semoga yg terbaik buat bro! May Allah bless you.

      Delete
  2. Salam Najmi,

    Harap Najmi minta doktor buat ujian untuk hati/liver sbb kemungkinan masalah kembung yang Najmi alami ada kaitan dengan liver yang bermasalah. Tolong periksa juga samada mata/kulit Najmi ada tanda2 kekuningan. Kalau Najmi ambil Stockrin kesannya ke atas liver memang ada bagi sesetengah orang. Kalau bacaan enzim liver adalah tinggi tolong berhenti ubat tersebut serta merta kerana kita tak nak liver mengalami kerosokan kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Terima kasih kerana respon...:) Ya saya juga tahu mengenai kesan ubatan HAART yang saya telan selama ini, ada kaitan dengan liver dan buah pinggang. Buat masa ini mata saya tiada kekuningan. Dan insyaallah sehari dua ini bila badan saya rasa ok sikit insyaallah saya rasa nak ke hospital berjumpa doktor, ketika itu ujian darah saya sudah pasti sudah pasti siap dan result mengenai liver/buah pinggang dan sebagainya itu akan saya tahu nanti...

      Terima kasih banyak2...bila kita dalam keadaan begini, respon saudara sangat saya harga.

      Delete
    2. Tapi kan Najmi saya rasa dah agak lama jugak Najmi makan ubat ni kan..biasanya kalau ada side effect dia akan tunjuk dalam tempoh 6 bulan..tetapi ada jugak kes yang kesannya kelihatan selepas 6 bulan. Hrmmm..ada satu artikel yang sangat bagus ditulis oleh seorang doktor dari Sepanyol tentang kesan stockrin ke atas hati tetapi saya tak cuba cari tak jumpa pula..Apapun saya harap Najmi ambil apa yang Najmi alami sekarang seriously yer..bukan apa saya bimbang takut ada masalah dengan vital organs.

      Delete
    3. Anonymous,

      Saya mula makan HAART pada awal tahun 2010, selama 2 tahun saya makan SLN30, kemudian ditukar kepada TENVIR EM bersama STOCRIN sehingga hari ini (ubatan ini sudah lebih 2 tahun saya makan) tetapi setahu saya sepanjang ujian darah berjumpa doktor selama ini tiada masaalah dengan liver dan buah pinggang. Tak mengapa insyaallah sehari dua ni saya akan jumpa doktor, cuma saya kena arrange waktu yang sesuai untuk dapat bertemu dengan doktor pakar dihospital disini...

      Insyaallah kalau line laju saya try cari tulisan doktor Sepanyol tersebut insyaallah...:)

      Delete
  3. Abang Naj mi jangan makan sambal..makan sambal memang semput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Patut lah semalam selepas saya makan tengah hari sedikit nasi dan sambal, dah buat saya sukar nafas..tanda2 tu ada cuma saya kena tenang kan diri, rasa nak aje terus ke hospital bawa beg baju heee, sampai nak makan pun saya bimbang.....so buat masa ni saya makan bijirin dan roti milo dan air suam aje..tak nak makan nasi lagi buat masa ni ....:(

      Terima kasih...

      Delete
  4. Najmi. Yg ptg check dgn dr. Pakar secepat mgkn, jgn stress, elakkan mknn pedas & keras. Ckp rehat & berdoa dgn ayat 82 ...innama amruru....smpi kun berdoa pd allah habis doa baru baca payakun. Pohon pd Allah. Pasti Allah mendengar....

    ReplyDelete
  5. Mak Wardah,

    Ya saya akan check dg doktor tapi saya dapat tahu mungkin doktor yang saya akan jumpa bukan PAKAR, akan jumpa dg doktor penganti...Doktor penganti biasanya susah nak buat keputusan mungkin tak ada kuasa contohnya nak tukarkan ubatan lain seseorang PLHIV itu sekiranya benar ubatan yang dimakan ada memberi kesan kepada anggota tubuh (dalaman) badan seseorang....:(

    ReplyDelete
  6. Ya Rabbi...Syakallah buat Najmi..
    Moga Allah sembuh kan dan kembali kesihatan yg baik tuk.Najmi..
    Usah fikirkan sgt ye Najmi..itu mungkin simptom biasa jer

    Jika dpt lps ni Najmi teruskan amalan mkan Habatuss Sauda tu..sy percaya sgt2..ia penawar segala penyakit..

    Insyaallah..jika ada rezeki nnt sy kirimkan Habatuss Sauda yg sy rasa terbaik buat Najmi..doakan ye Najmi..
    Insyaalalh..
    Take care Najmi..maaf lambat nak bg komen kat ruang Najmi ni... ;( ;(

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  7. syukran jazillan,

    Insyaallah terima kasih kerana mendoakan...insyaallah saya akan terus amalkan habatus sauda tu...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST