Friday, 29 November 2013

TMZ - BUKAN SENANG UNTUK KAWAL 2 NAFSU

                                  photo hiasan

Setuju dengan pendapat yang MFZ utarakan (didalam ruang komen dientri bertajuk "MFZ - PERINGATAN BUAT LELAKI GAY SEBELUM NIAT MENDIRIKAN RUMAHTANGGA".  

Saya (TMZ) juga mempunyai masaalah seperti MFZ. Sebenarnya agak sukar untuk membendung perasaan songsang ni kecuali kita kena betul-betul kuat. Banyak kali saya mujahadah melawan perasaan songsang ni, sehingga kadangkala saya letih namun saya kuatkan juga, kerana yakin ini semua adalah ujian dari Nya dan saya yakin akan kembali kepada Allah jua kelak dan Islam adalah jalan yang terbaik.

Biar saya story serba ringkas perihal diri saya. 

Saya sebenarnya straight masa sekolah dulu tetapi disebabkan kenaifan dan kejahilan saya terjebak dengan perasaan songsang ni, cuma saya tidak pernah terjebak dengan aktiviti seks songsang atau bercouple serious ke dengan lelaki. Saya pernah couple, tetapi rasa jijik, janggal, pelik bila bercouple dengan lelaki dan hanya mampu bertahan satu hari sahaja, cuma saya rasa tak perlu lah saya story bagaimana saya boleh terjebak, biarlah ianya menjadi rahsia antara hamba dan Tuhan nya yang sudi mendengar. 

Saya mempunyai perasaan terhadap lelaki dan juga wanita dan saya juga pernah mimpi basah dengan wanita, malu sebenarnya cerita aib sendiri tetapi biarlah ia jadi pengajaran buat smua. Saya ada perasaan ni sejak sekolah menengah. 

Dan sejak saya tahu saya ada perasaan songsang ni saya cuba buang, cuba untuk kembali kepada Allah, jaga solat 5 waktu dan istigfar. Saya harus akui hanya dengan solat sahaja saya rasa lebih tenang, dan berupaya mengawal nafsu dan diri, jika tidak saya akan jadi totally homosexsual. Tapi ianya satu perjuangan yang panjang.

Alhamdulilah Allah mempermudahkan banyak perkara dan doa, namun hanya satu perkara yang Allah Hijab untuk diri saya selagi saya tidak berubah sepenuhnya. 

Saya banyakkan muhasabah diri dan solat sunnat serta bacaan tambahan lain untuk lebih tenang, siapa rasa tak gila bila ada 2 nafsu, satu untuk wanita, satu untuk lelaki. Saya yakin kan diri saya bahawa ini adalah ujian Allah terhadap saya, saya terima dengan tenang dan positif.

Pernah beberapa kali rakan-rakan straight buat kerja gila tapi alhamdulillah saya berjaya elakkan. Ada satu hari tu selepas selesai solat suboh berjemaah di surau berhmpiran seorang  rakan straight saya tiba-tiba keluarkan kemaluan dia dan saya tidak tahu apa tujuan dia buat keerja bodoh tu. Saya tak endahkannya dan saya terus keluar dari bilik dia. 

Sekalipun saya seorang bisex tidak bermakna saya akan buat kerja bodoh dan serahkan iman dan syahadah saya hanya untuk nafsu. Saya memang terkejut dengan sikap rakan tu, dan apabila berjumpa dengan rakan tu selepas kejadian tersebut seolah macam tiada apa yang brlaku.

Dan bukan senang juga untuk mengawal 2 nafsu, ia perlukan masa, hanya pada Allah saya himpunkan doa dan kekuatan untuk keluar dari jalan ini. Bila nampak lelaki dan wanita kadangkala saya hanya mampu tundukkan wajah muka ke lantai, bergeloranya, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang penting sekali kita kena jaga solat 5 waktu, walau di mana kita berada. 

Kadangkala saya malu pada Allah namun saya yakin jalan keluar pasti ada hanya sedikit masa lagi....


sekian
TMZ



12 comments:

  1. la... baru nak hirup air kopi dah sampai ending.
    hihi..

    THUMBs up!

    Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Jauhkan & teruskan perjuangan anda, teruskan jihad anda pasti Allah akan bantu.

    ReplyDelete
  3. Assalam 'alaikum.

    Saya terfikir... kenapa... tidak sahaja kita fokuskan tumpuan kita kepada perkara yang lebih bermanfaat. Perkara-perkara seperti membantu golongan yang tidak berupaya, menderma, membantu kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang untuk belajar dan lain-lain lagi.

    Ataupun mengambil kesempatan untuk memperbaiki diri dan meyucikan hati kita. Tidak perlulah kita fokuskan kepada masalah nafsu kita. Kalau kita asyik fokuskan kepada masalah kita, ... pastinya kita akan merasa lebih tertekan dan satu hari nanti akan tewas dengan godaan syaitan.

    Jangan terlalu risau kerana kadangkala ianya akan buat kita putus asa untuk mengubah diri kita. Ya, kita perlu risau tentang masalah kita yang akan membawa kita ke neraka. Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh lupa Allah itu Maha Pengampun. Jadi, ambillah peluang yang kita ada, untuk membuat perkara yang lebih berfaedah supaya ianya dapat memadamkan dosa-dosa yang kita pernah lakukan. Dan jangan lupa untuk mencari rakan-rakan yang dapat memberi kita motivasi untuk menjadi seorang hamba yang Allah sayangi. :D

    ReplyDelete
  4. yep, teruskan perjuangan hingga akhir hayat, dan berkahwinlah bila mampu.

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat anonymous kat sini..

    Bagilah nama kat diri sendiri... contohnya Mr A (kita ada huruf A-Z)..
    kalau tak cukup, boleh letak mr/s A1 (kita ada no 1 till infiniti ).
    Senang sikit nak deal or respon pada komen korang.. hihihi..

    Betul2 kata anonymous kat atas...
    Nafsu ibarat api, bila kita layan, ia semakin membuak2..
    bila kita tak kasi input/buat xtau.. nyalaan semakin padam..
    hmm

    Konklusinya....
    control our mind+hati, mata dan juga perut!
    3 deria nafsu untuk ia terus survive...

    ReplyDelete
  6. setuju dengan mohd fazli tuah. bagi aku anonymous ...kadangkala pengecut...kadangkala biasalah tak mahu dikenali..huhu

    ReplyDelete
  7. baca sudah, debat pun sudah, lengkap plak dengan carian informasi internet ttg hiv/aids. memang paham dan 100% confident aku leh berhadapan dng kawan pengidap aids. Janji bagai nak rak utk melawat, drive hampir 2 jam, nampak jeee bumbung rumah kawan, tanpa sedar aku dilanda ketakutan yg amat sangat, gementar dan debar xleh nak gambarkan, tau2 aku dah pun ada atas highway smula. bila plak aku buat pusingan maut aku pun x ingat. pada kawan aku hanya mampu sms x dpt datang ada hal kecemasan. blasan sms yg diterima amat meruntun hati dan membuat aku menangis (tak paaa, aku tau kau masih takut dan taboo, slagi Allah panjangkan usia aku, kita akan dapat jumpa, aku rindu masa lalu kita). pada masa yg sama aku jadi terkedu, adakah dia juga salah seorang followers blog en. nadzmi. kalulah benar telahan aku, malunya aku. Kini baru aku sedar, disebalik keegoaan dan keangkuhan aku, rupa2nya aku juga seorang pengecut dan penakut. wajarlah aku ketawakan diri aku sendiri. Inilah sebesar2 pengajaran yg aku dapat dari blog ini, utk aku belajar smula bagaimana utk menjadi orang yg benar2 orang. dan tidak lagi bersikap dalam memilih kawan dan membuang sikap sentiasa utk menang...=).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JAZZLEE,

      Abg ada kawan seorag cina, selepas abg disahkan abg HIV positif, bila abg beritahu ia abg ada HIV memang abg tak sangka ia boleh terima abg sebagai kawan, dia tetap terus jumpa abg, minum bersama berbual bersama, abg sangka ia akan jauhkan diri ia drp abg dulu

      abg percaya ramai orang seperti kawan abg tu, dan abg juga pasti terdapat ramai juga orang seperti Jazzlee (sebab abg diantara org seperti Jazzlee juga dulu) Tapi macam abg kata kalau kita sudah faham mengenai HIV AIDS insyaallah tanggapan kita kepada PLHIV akan berubah, insyaallah satu hari nanti saudara Jazlee akan mampu bersalaman bertepuk tampar dengan rakan saudara yang positif HIV itu, pasti silatul rahim antara saudara berdua sebagai kawan akan lebih rapat.......:)

      Perlu faham bahawa antara HIV dan AIDS adalah 2 perkataan yang berbeza.......:)

      Delete
    2. knowledge is power...

      analoginya..

      Kita akan takut bila nak masuk bilik gelap. Betul x bro Najmi? ("Yes".. bagus!, saya dengar jawapan bro. heehe lama bertapa?..)

      Sebab apa kita takut?
      Dalam kepala otak kita terfikir :

      " bilik gelap tu mesti ada hantu- pocong?pontianak? toyol(toyol menakutkan ke?), mak lamper.. dan soon.."

      Kalau tak terfikir pasal hantu , mungkin ada yang takut..." mesti banyak lipas? Lipan? Ular? Raksasa? Orochimaru? wowowowow.. scarYYYnyeee!! "
      dengan dengupan jantung terasa nak meletup plak di dalam sangkar dada.

      Pergh, ayat tak boleh blah..

      Sebenarnya..
      SITUASI kita takut Gelap.. sebab kita tak tahu ada apa dalam kegelapan tu.
      Cuba bro Najmi, balik rumah .. bilik bro yang tengah gelap.. bro masuk je dan buka suiz tanpa risau pun, sebab bro tau dalam bilik bro, ada laptop,ada buku..ada cicak, ada katil , ada basikal..contohnya.

      Kita takut sebab kita tak tahu.
      Sebab itu, bila kita ada ILMU, kita tak akan takut bila kita dapat menjawab apa yang kita takut.

      Contohnya lagi...

      Seorang anak muda penakut bila nampak darah,mulalah pening nak pengsan. sebab apa?
      Sebab bila berdarah, orang itu akan mati.darah equal to dying.... itu yang menghantuinya..

      tapi setelah dia lihat penderma darah satu bag plastik tu, xMATI pun? Pendarahan kurang satu litter tak memberi kesan yang teruk sangat.
      so, dia pun rilax je bila ada luka dan terus compress bleeding and bring that patient to hospital.

      Itulah kita..

      Daripada seorang penakut darah, takut tengok tangan terkulai accident, kini boleh jadi doktor, boleh jadi jururawat.. boleh berkawan dengan sesiapa saja..

      Sebab dulu jahil, hari ini ilmu sudah bertambah.


      Delete
    3. Akak bangga dgn anda JAZZLEE & to Najmi, keep up your good nformative blog.

      Delete
    4. Mod Fadzli,

      Amboii banyak perumpamaan dan berkias2 lagi, apa pun terima kasih...:)

      Mak Wardah

      ......:)

      Delete
  8. Sebesar besar jihad...adalah jihad melawan nafsu and u did it !!!.. A big reward await..InsyaAllah.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST