Friday, 15 November 2013

TIDAK SAMPAI 36 JAM KELUAR NEGARA SENDIRIAN SAYA TUMBANG

SELAMA LEBIH 2 TAHUN setelah saya menelan ubatan HAART saya tidak pernah mengalami sakit yang teruk, tidak pernah demam kuat, batuk (apatah lagi yang berkahak) dan sebagainya. Mungkin sebab saya selalu duduk dalam rumah, tidak keluar berpanas, tidak stress dan cukup tidur maka saya sihat selalu. Alhamdulillah. 



Saya mengambil keputusan cuba keluar mengembara sekali lagi kesebuah negara jiran terdekat, dalam masa sama cuba menguji kekuatan fizikal diri. Pada ketika kiraan CD4 saya yang terkini yang masih rendah  iaitu 218 dan Virol Load TIDAK DIKESAN.

Beberapa hari sebelum memulakan perjalanan saya mengalami sakit-sakit badan, tetapi saya tidak hiraukan sebab ianya maybe pekara biasa. Sehari sebelum melangkah saya rasai keadaan diri saya sangat sihat. Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya saya masih risau dan masih tidak berkeyakinan dengan perjalanan ini.

Kerana bertemu janji bertemu dengan seorang rakan di ibunegara negara jiran tersebut maka saya paksa juga gagahkan diri ini melangkah.

Akibat tidak cukup tidur pada pada malam pertama (tidak langsung tidur), mengalas beg yang agak berat, berfikir kemana arah tujuan yang hendak dituju disatu tempat ke satu tempat membuatkan saya sedikit stress.


24 JAM PERTAMA saya masih boleh enjoy dengan aktiviti yang saya lakukan, banyak aktiviti yang saya minat melakukannya dapat saya lakukan dengan sempurna walaupun dalam keadaan berpanas terik dibawah matahari berendam dalam air laut yang jernih dinegara jiran.

2 malam saya tidak boleh tidur nyenyak, saya hanya boleh lelapkan mata sekitar sejam dua sahaja, kemudian saya akan berjaga. Berhimpit bersama pelancung asing yang datang entah dari mana di kawasan terpencil sedikit sebanyak membuatkan saya tidak selesa.

SETELAH 36 JAM berada dinegara asing tersebut saya mula mengalami sakit badan, saya mula bersin tidak henti-henti akibat kesejukan dan tidak cukup rest. Saya mula mengigil kesejukan keseorangan didalam bilik hotel nun jauh dari kampung halaman.

Saya mula diserang "panic attack" sehingga ada kala kerana terlalu risau kemungkinan pekara yang lebih buruk berlaku sehingga membuatkan saya mengalami sedikit kesukaran bernafas. Saya bimbang bagaimana sekiranya saya terpaksa terlantar di hospital negara jiran yang pasti kos perubatannya tinggi buat rakyat asing. Bagaimana sekiranya famili saya tahu saya telah terlantar di hospital, pasti kerisauan bertambah kerana bimbang status diri saya akan diketahui ramai.

Berbiji "paracetemol" saya telan tetapi keadaan saya tetap sama. Tekak mula kering serta sakit, walau bagaimana pun saya tetap paksakan diri keluar bilik hotel mencari  makanan untuk mengalas perut. Tidur malam saya masih tidak cukup, dan tidak boleh tidur.

Trip lawatan seharian yang saya bayar beratus ringgit, terpaksa saya lupakan, bayangkan van yang membawa saya bersama pelancung asing telah bergerak jauh dari hotel peginapan terpaksa saya minta pemandu van hentikan semata-mata mahu membatalkan trip saya itu sebab keadaan badan yang terasa lemah, perut memulas, seperti hendak muntah dan saya terpaksa tarik nafas dalam-dalam. 

Saya berhenti di lokasi entah dimana seorang diri dan mencari pengangkutan lain untuk kembali semula ke hotel budget saya.

Niat dihati hendak menghabiskan masa yang lama dinegara tersebut, terpaksa saya batalkan. Tidak sampai 48 jam saya mengambil keputusan untuk balik semula ke Malaysia. Bas tiket kebeberapa lokasi yang telah saya beli "hangus" begitu sahaja.

Dalam kepayahan saya mengalas beg berusaha berpindah randah dari sebuah stesen bas ke sebuah stesen bas lain untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan balik keadaan masih tidak berubah, tetapi saya tetap berusaha kuatkan diri kerana pasti tiada siapa yang boleh menolong yang boleh membantu hanya diri saya sendiri.

Alhamdulillah semalam saya selamat tiba ke rumah pada waktu senja, dalam keadaan badan masih terasa sejuk, demam panas, batuk berkahak sehingga pedih anak tekak.

Setelah mandi, selesai solat isyak saya baring dikatil menanti waktu makan ubatan HAART pada pukul 10 malam, tetapi saya terlena sehingga terjaga pada pukul 11.30 malam, tergesa-gesa saya menelan HAART (lewat sejam setengah)

PAGI HARI INI
keadaan saya semakin ok walaupun masih batuk berkahak dan alhamdulillah sewaktu saya menaip entry ini keadaan saya semakin pulih, walaupun tidak sepenuhnya. Tiada lagi sakit tekak, cuma selsema sikit-sikit. Mungkin sudah dapat tidur yang cukup dan kurang stress. Saya semakin tenang. Jika keadaan memaksa maybe saya terpaksa jumpa doktor dihospital nanti.

Saya bersyukur kerana mengambil keputusan pulang segera kembali ke Malaysia, jika tidak pasti keadaan saya bersendirian dinegara asing semakin parah. Alhamdulillah langkah masih tidak jauh lagi kerana tujuan asal saya mahu melangkah ribuan km jauhnya jarak dari rumah.

Sepekara lagi saya bersyukur kerana Allah memberi sakit demam kepada saya, kerana terus terang apabila berada dinegara tersebut dugaan melakukan pekara tidak baik sentiasa menyelinap disanubari saya. Walaupun saya berusaha menjaga waktu solat walau dimana sekali pun tetapi dugaan syaitan terus terusan mengoda saya. Kita tak cari tetapi maksiat itu yang mencari kita.

Mungkin Allah tahu apa yang akan berlaku dan apa yang akan saya buat sekiranya saya masih sihat dinegara tersebut, sebab itu Allah sakitkan saya dengan demam yang kuat, kerana sebab semua itulah yang telah menyelamatkan saya. 

Alhamdulillah.

Selagi CD4 tidak mencecah tinggi saya kena berfikir puluhan kali kalau mahu melangkah lagi. Kalau melangkah perlu ada seorang teman (seperti anak saudara contohnya). Hari ini saya bertekad tidak akan mahu mengalas mengembara sendirian lagi, kalau ikut tour yang telah disediakan itu "maybe" lah sebab semua telah disediakan oleh tour agency.

Pengalaman ini mungkin tidak akan saya lupakan, dan pasti ianya tidak akan berlaku lagi dimana hadapan....walaupun simpanan wang bertahun saya menabung sedikit demi sedikit segalanya lebur begitu sahaja, keseronokan hanya 5% sahaja yang saya perolehi yang lain tidak kesampaian.


18 comments:

  1. Abg najmi rehat ya...kna ubah melancong tmpt2 mcm tu ke tmpt yg nyaman mcm gunung, oksigen pure...riadah daki gunung dan uji tahan bdn mandi subuh di sungai..kembali pd alamiah bang mane taw lbh tenang..jg diri dan doakn abg najmi sihat. Doakn sy jg taw ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang eja

      Terima kasih, panjat gunung pun menguji tahap fizikal badan, abg pernah mendaki sendirian ke gunung di Nepal, masa itu walaupun sihat bagai nak gelier penatnya...Yang penting kalau nak buat apa-apa aktiviti biarlah ianya tidak terlalu memenatkan, contoh kalau panjat gunung mesti dalam keadaan cukup rest..panjat lah pelahan2 insyaallah berjaya..TAPI kalau tanya abg tak nak buat lagi heeee, kalau di puncak tu tergolek kita cam na heee, yang penting kita tahu ukur baju di badan sendiri ( Kalau CD4 abg tinggi baru lah confident sikit lain kali kalau nak kemana2)...:)

      Delete
  2. alhamdulilah abg selamat sampai.dan yang paling penting abg berada di bawah lindunganNYA

    ReplyDelete
  3. Jangan melancong lagi la abang naj mi..risau pulak saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ya buat masa ni tak lah kut.....

      Delete
  4. Take gd care of yourself.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah abg najmi...
    selamat kembali n kembali sihat di tempat sendirii.
    sy ada post tp xtau dlm topic mana..
    sy nak pandangan abg cz abg lebih brpengalam ngan status HIV ni...

    2013..ini tahun pertama sy sebagai HIV p+...CD4 sy seribu lagi.
    tp sejak julai or august 2013..sy alami demam yg berpanjangan sampai sekarang.
    batuk ( kembali sembuh )..berkahak..
    selsema ( dari dulu lagi sy alah pd selsema )
    tengkok pedih n sakit......tp sekarang sy di kl, keluarga sy tak tau bab kesihatan sy ini..
    andai sy sakit disini..sy tak perlu risau utk ke hopital kerana keluarga tidak tahu n sy still ada kawan yg bole tolong jaga sy..

    tapi,tahun depan,sy bakal pindah n stay kampung buat selamanya mungkin..

    abg....
    -adakah dengan mengambil penadol.selsema n deman sy bole sembuh?
    -adakah selepas ni,sy akn alami tanda2 yg lagi teruk.... kulit terbakar specialy pada bahagian muka cz sy bekulit cerah..ulse mulut...berkudis?
    abg..
    -mcmane sy nak meghadapi persoalan yg bakal sy jawab bila status sy diketahui ole keluarga sy,specialy my mom.. sy dididik ngan agama yg cukup sempurna n tahu apa itu dosa n pahala..
    -apakah rutin yg bakal sy lalui selepas ini selain blood test setiap 6 bulan?.sy xnak mak sy syak apa2 bab kesihatan sy..

    sy harap abg dapat tolong n bantu sy utk hadapi hari mendatang sy ngan pendapat n pandangan abg..
    thank abg..
    thank kerana wujudkan blog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonympus,

      Ya saya sudah jawab persoalan yang saudara tanya mengikut pandangan saya di dalam ruang komen didalam entri yang bertajuk ""TANDA-TANDA ANDA DIJANGKITI HIV" (rujuk di entri ini ya...

      Jika saudara berpindah ke kampung sekali pun jalani lah kehidupan senormal yang boleh, tidak perlu untuk beritahu status diri kepada sesiapa jika ianya tidak perlu. Sebaiknya tukar rawatan ke hospital berdekatan dengan kampung, bagi memudahkan saudara menjalani ujian darah, berjumpa doktor dan mengambil ubatan (jika sudah terpaksa makan ubat) setiap bulan. Tidak menyusahkan buta saudara jika dibandingkan terpaksa travel jauh ke KL atau ke Sg Buloh dari kampung yang jauh di selatan atau di utara tanah air.

      Ya kalau sakit demam atau selesema ambil aje panadol insyaallah boleh sembuh..itu yang abg buat selama ini walaupun sudah makan HAART.

      Jika saudara sudah mula makan HAART apabila disarankan oleh doktor sebab CD4 semakin kurang, setelah makan HAART insyaallah kualiti kesihatan saudara akan semakin baik, jika dijaga waktu pemakanan HAART tidak selalu lupa, makan tepat waktu insyaallah saudara tidak akan alami tanda2 buruk berkudis dan sebagainya itu..segala tanda2 tu kerap kita lihat dlm drama TV yang semuanya itu penipu, Kalau dalam 100 pesakit HIV yang meninbggal mungkin ada seorang sahaja yang mungkin mengalami gatal atau kudis semasa meninggal tapi majoroti PLHIV yang meninggal bukan sebab AIDS, mereka meninggal sebab2 biasa. Usah risau mengenai itu.

      Bagai mana nak jawab bila mak tahu status diri, tipu lah dengan cara baik jangan beritahu saudara gay, beritahu sahaja pernah cucuk jarum satu ketika dulu..habis cerita..bukan apa tipu kita itu agar mak kita tak terlalu sedih bila mengenangkan tentang diri kita..kalau boleh diamkan aje itu lebih baik...

      Rutin yang akan saudara hadapi? kalau kesihatan saudara masih baik CD4 masih tinggi insyaallah saudara hanya memerlukan utk hadir kehospital diambil darah setiap 6 bulan sekali selepas 2 atau 3 minggu diambil darah saudara kena jumpa doktor utk diberitahu hasil ujian darah tersebut, kalau kesihatan ok, saudara akan ulangi proses yang sama 5 aatau 6 bulan berikutnya setiap tahun selama2 nya. TAPI jika CD4 saudara rendah dan memerlukan rawatan HAART mungkin saudara dikehendaki jalani ujian darah setiap 3 atau 4 bulan sekali, semuanya bergantung pada doktor yang merawat. Kebiasaanya PLHIV yang sihat hanya akan bertemu doktor dan jalani ujian darah setiap 4-5 bulan sekali. Jika dah makan HAART..ubatan HAART terpaksa kita ambil dari hospital setiap sebulan sekali.

      HArap saudara jangan risau..mula2 mungkin sukar insyaallah lama kelamaan saudara akan dapt mebiasakan diri..ADD abg kat FB senang nak buat di sana ya...:)

      Delete
  6. thank abg...
    syukur sangat sy bila terjumpa blog abg ni...
    atlist buat masa sekarang n mendatang sy tak perlu risau lagi atas nasihat n pandangan abg..
    memang sy takot memikirkan mak sy abg..tp dh lega sikit bila dpt info dlm ni n pandangan abg.. thnk a lot.
    sekarang sy sudah berasa sikit tenang untuk balik kampung utk hari2 mendatang bersama mak sy terutamanya..
    FB abg guna id yg sama ke "naj mi"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Alhamdulillah teruskan hidup macam biasa, yang penting saudara jangan lupa berdoa pada Allah minta agar kehidupan saudara dipermudahkan selalu...abg doakan yang terbaik buat saudara..

      FB abang klik di sebelah kanan dalam blog ini kat atas tu, ada FB abg klik kat situ ya...:)

      Delete
  7. Now hiv bukanlah sesuatu yg menakutkan, public ramai yg faham n plhiv tidak perlu takut. Tepuk dada tanya selera kalau rasa ok declare tp kl rasa sebaliknya please rahsiakan. We will never let you walk alone.

    ReplyDelete
  8. Saya ada experience yg sm..be4 this sy dan kawan sy planning bercuti di negara jiran, tiket penerbangan dan segala hal telah disempurnakan tinggal nk melonjak kegirangan jek sbb vacation kan..nk dijdkn cerita 4 weeks be4 tarikh cuti, sy disahkn positif hiv..bermggu2 sy fikir nk trskn percutian or x sbb sy dh berjnji dgn kwn sy..x sggp hmpakn dia (n dia xtau sy seorg plhiv)..

    Sy teruskn juga dgn percutian dgn diri yg masih dlm tempoh vitamin training..dlm hati maybe ini percutian terakhir ku..so gagahkan diri tabahkan hati, vacation jugak..semggu sy di sana saya mengalami batuk yg teruk, demam yg berlarutan, cirit birit yg ekstrem, kulit muka retak2 mengelupas (ya allah pedihnya sgt)..smpi 1 ketika sy dh nk give up, nk blk malaysia..tgh2 mlm pasti menggeletar smpi keluar air mata (walhal member tidur katil sebelah terbungkang x pki selimut)..long story shorted, percutian sy byk dihbskn didlm hotel sbb x larat nak keluar.

    After 7 hari bercuti, hr rs lega sbb dh blk malaysia.next daynya ada appointment dgn doc, septtnya that day dah start HAART tp terpaksa tggh sbb keshtn sy teruk..batuk yg x pulih walaupun dh berbotol2 ubat batuk aku telan ms bercuti di negara org itu..doc suspek sy menghidap tibi..amik kahar semua untuk test..alhamdulillah bukan tibi n several weeks after that dah leh start HAART..now dh 6bln hidup dipapah HAART, alhamdulillah sy smkn sihat..n jika ditny sy pasal vacation? Cukuplah..I had enough

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Biasanya semua yang saudara alami tu sebab tertekan, stress risau yang banyak, tapi siapa yang tak risaukan sebab ketika itu dah ada HIV. Abang juga pernah alami ketika berada di luar negara suatu ketika dulu sebelum memulakan HAART, abg tak pasti berapa CD4 abg ketika itu sebab abg tak buat rawatan kat hospitak dah masa tu, yang pasti semasa disana setiap malam badan abag akan dinaiki ruam seluruh badan, peliknya bila pagi ruam tu hilang, tapi abg tak rasa tertekan sangat masa itu.

      Yang pasti beberapa bulan selepas itu abg alami batuk teruk, susut tubuh badan dan terpaksa terlantar dihospital dan baru tahu CD4 abg hanya 12, selepas makan HAART alhamdulillah kesihatan abg baik sehingga hari ini.

      Cuma selepas abg keluar negara seorang baru2 ini abang alami demam batuk berkahak, akibat tertekan risau yang amat sangat fikir yang bukan2 sebab berseorangan, menyebabkan abang alami apa yang dipanggil "panic attackt" sehingga ada ketika abg rasa sukar bernafas,

      Simptom ini berlaku lagi apabila abg pulang ke kampung beberapa minggu kemudian berlaku lagi simptom sesak nafas, bila abg rujuk kat hospital simptom ini mungkin dikenali sebagai "anxiety", kebimbangan sehingga kita rasa diri sesak nafas. Abg harap anxiety ni tak menjadi beban kepada abg huhu

      Delete
  9. saudara..saya juga menggemari "bagpacker"..selama dlm tempoh vitamin..saya telah ke 2 negara jiran..tp tempoh 4h3m..kemudian ketika HAART 8 bln saya ke negara jiran yg mempunyai pantai indah selama 5h4m..alhamdulillah tiada kesan buruk..CUMA..kepanasan melampau mmg cpt memberi kesan..kulit segera menggelap meski hari pertama..dan rancangan seterusnya ke sebuah negara 4 musim awal thn dpn..pada pandangan saudara najmi cuaca sejuk (spring) boleh effect keadaan saya ke???..daripada pengalaman saudara..ia mendatangkan kerunsingan sedikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jimi GG,

      Abg rasa yang penting saudara perlu ada keyakinan utk terus pergi ke negara 4 musim tersebut,

      Ya abg pernah kenegara 4 musim tapi ketika sebelum disahkan positf. Selepas positf (sebelum memulakan HAART) hanya sekali abg keluar negara tapi mengalami ruam waktu malam (abg pasti ketika itu CD4 abg sudah rendah), bulan depan ada saudara nak sponser abg keluar negara siapa tak nak FREE tapi sebab pengalaman abg tu memang abg sedikit fobia

      Selepas memulakan HAART abg ada keluar negara hanya 3 kali, tetapi keluar negara baru2 ini menyebabkan abg tak sihat maybe sebab beberapa faktor;

      1- CD4 abg mungkin masih rendah, kali terakhir ujian CD4 abg ialah 218 (6 bulan lalu)

      2 - Sebelum abg keluar, dalam rumah abg sudah ada yang mengalami demam dan batuk (maksud abg adik abg) so sedikit sebanyak berjangkit pada abg, sebelum beberapa hari abg melangkah keluar abg alami demam tapi bila telan panadol abg ok, masa melangkah keluar adik abg masih demam batuk dia berjangkit dr kawan sekerjanya. Maybe ketiKA melangkah keluar itu abg tak beberapa sihat sangat lagi kut.

      3 - Perjalanan abg naik bas, langsung tidak tidur selama hampir 24 jam (tak tidur langsung_) kemudian kehulur kehilir turun naik bas, berpanas berangin, selepas 24 jam waktu tidur malam selepas itu pun tak cukup tidur, malam terlena bila hari dah lewat tanpa baju dalam bilik yang berkipas, terjaga sejam sebelum masuk suboh dan tak boleh lena lagi. Senang kata selama lebih 36 jam tidur abg kalau dicampur hanya 3 atau 4 jam sahaja. Sebab tu abg tak selesa dan jatuh demam.

      Kalau nak cerita panjang lah pulak, itu kena private.

      Moralnya kalau kita nak kemana-mana sekali pun, kena dapatkan tidur yang cukup sebelum dan semasa berada di negara yang kita lawati, abg rasa saudara tiada masaalah sebab semuanya sudah tersediakan, hotel sudah ada, naik kapal terbang sudah tentu lebih selesa, bermakna perjalanan saudara lebih terjamin selamat. Macam abg ari tu hotel tak ada sebab itu kena kehulu kehilir mencari, jangka waktu berada disana tidak tetap, semua itu antara punca yg menyebabkan dalaman badan abg penat yang amat sangat, luaran abg tak rasa penat sebab enjoy tgk tempat org tapi dalaman badan memang dah keletihan.

      So JIMI GG jangan risau, pergi lah kenegara tersebut, yang penting yakin yang diri dalam keadaan baik ketika melangkah...jangan risau atau terganggu dg pengalaman abg sebab tubuh badan kita berbeza antara satu sama lain, abg tgk beberpa PLHIV lain yang selamat pergi balik keluar negara, ada yang ke negara Eropah lagi. Usah risau itu hanya pengalaman abg...Abg doakan Jimi selamat pergi dan balik......:)

      Delete
  10. kalau tgh mbik haart, lepas ke kat immigration?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahuallam,

      Tapi setahu abg ramai PLHIV yang keluar negara tidak ada masaalah

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST