Friday, 1 November 2013

LUAHAN HATI TIGA LELAKI GAY - BAHAGIAN 1

LUAHAN HATI LELAKI PERTAMA


Saya meminati lelaki sejak saya berumur 5 tahun lagi, masih lagi saya ingat waktu tu saya suka sangat pada pakcik-pakcik di masjid dan kawan-kawan ayah saya, tetapi cukup kuat saya menahan perasaan ini sampai 30 tahun lamanya, sehingga jumpa dengan kebetulan seorang gay. 

Kenapa diuji begini orang-orang seperti kita ni? 

Perit rasanya... seolah-olah rasa Tuhan tidak mendengar doa-doa kita. Bagi diri aku apa salahnya aku sejak kecik lagi dah jadi macam ini. Sudah puas aku berdoa, sampai aku nak kahwin pun susah, keluarga bising, mak ayah sedih dan saudara mara dok kutuk-kutuk aje. Apakah orang seperti kita ni tidak layak untuk hidup bahagia.

Setiap seorang didalam dunia ini tiada lain melainkan inginkan hidup bahagia tapi kenapa bahagia tidak kita ketemui? Dan mesti ada orang kata, sembahyang lah, munajat lah pada Allah etc tapi berapa lama lagi? sedangkan nafsu seks ni serupa juga macam nafsu makan walau pun tak sekerap makan tapi ia tetap perlu dipenuhi sekali skala. 

Beruntunglah pada semua yang straight.... :(



LUAHAN HATI LELAKI KEDUA


Dikurniakan wajah yang agak hensem, bagi saya itu salah satu factor la jugak untuk cuba berubah ke straight. Bagi saya saya rasa beruntung kalau saya hensem dan ramai perempuan minat kat saya.. so saya akan berusaha segile-gilenye untuk jadi straight even memang sangat-sangat susah.

Selama hidup saya, saya selalu bayangkan rupa saya hensem and ada awek comel minat kat saya dan saya pon sayang kat dia jugak. Apa yang saya nak luahkan, saya setuju dengan semua yang korang cakapkan, saya suka tengok senior-senior yang hensem and abang-abang tough. Tengok wajah dia orang and dengan cepat terbayangkan XX dia orang sebab saya nie agak tegar la jugak layan video sex gay.

Kadang-kadang bila saya bebas dengan dunia saya, macam-macam yang saya nak cuba and rasai bahagianya alam gay nie, tapi ada masa saya ada juga ingat kat Tuhan :) Saya tidak pernah lagi rasai seks songsang sebab fikirkan dosa, family and kemurkaan Tuhan. 

Saya ada join Skype, ramai kawan gay, kami ada la jugak show-show something and selalu plan nak jumpa and nak buat seks, tapi Alhamdulillah saya boleh lagi tahan nafsu saya dengan sifat saya yang agak pemalu.

Saya juga selalu minta nasihat dari abang angkat saya yang juga PLU and kawan-kawan PLU yang belum rasai seks gay. Saya dulu layan je kapel dengan perempuan and adalah feel jugak kat diaorang memandangkan sifat jeles tengok kawan-kawan laki lain yang ada awek. Saya suka perempuan tapi satu benda je yang saya agak risau, iaitu nafkah batin. Saya risau saya tak dapat beri sepuasnya. 

Ada perempuan minat kat saya and dah luahkan pada saya minggu lepas. Saya pun luahkan jugak kat dia tapi saya awal-awal saya dah cakap kat dia yang saya ni lain dari lelaki yang lain. Saya masih mencari diri yang sebenar, dia macam tak faham laa.. pandai-pandai la saya cover cakap itu ini pada dia. 

Yang agak melucukan, perempuan tu sepupu saya and kami first time jumpa and baru kenal 1bulan lepas masa abang saya kahwin. Dia cakap saya bagaikan cinta pandang pertama dia, saya hargai sangat tapi saya risau suatu hari nanti saya terlukakan perasaan dia. 

So, saya harap  kita sama-sama mendoakan yg terbaik untuk golongan kita yang hina di mata masyarakat dunia ni. Saya yakin Allah pasti mahu menolong kita kan?



LUAHAN HATI LELAKI KETIGA


Salam, 

Malu juga nak cakap tapi saya juga seorang PLU. Saya tak pernah menjalinkan mana-mana hubungan dengan mana-mana lelaki. Pernah ada yang gila nak buat perkara tak senonoh kata nya mahu test, tapi alhamdulillah saya berjaya tepis semua nya itu. Entah kenapa bila ada lelaki yang buat kerja gila hati saya sepantas kilat menolak, terus saya ingat Allah 

Saya PLU tapi saya jaga solat, di waktu orang lain lalai saya tetap ingat padaNya, hanya Allah yang mengetahui rahsia hina dalam diri ini. cuma kadang-kadang bila duduk sendiri saya cenderung buka website yang kurang elok.

Saya pernah buat solat tahajud, bila buat tu rasa sangat tenang, dan bantuan Allah namun bila saya buat solat semakin kuat godaan, seperti kalau saya berniat untuk bangun malam, biasanya saya pasti mimpi basah dan nafsu akan attack saya jika saya tinggalkan solat, automatik nafsu dalam jiwa ni jadi gila. Saya cuba tahan, tapi lama-lama jadi serabut fikiran, macam orang tak dapat rokok memang runsing.

Saya tidak ada masalah dengan rakan-rakan, tak pula berkawan dengan lelaki lembut, life seperti insan lain, pergi juga masjid. Bukan langsung tiada nafsu terhadap wanita, memang ada tapi bila mmpunyai keinginan terhadap kedua dua jantina, saya rasa macam orang gila. 

Cuma saya nak share kepada semua kat luar yang senasib dengan saya cuba tetap jaga solat, zikir ringkas dan istigfar, Allah pasti jaga kita walaupun kita sudah smpai ke pintu zina dan lagi teruk Allah pasti akan menyelamatkan kita. 

Sentiasa bersangka baik pada Allah, sayang orang miskin dan banyakkan bersedekah, jika kita mampu menahan dan berusaha menggelak nafsu yang gila ni, Allah pasti akan mencampakkan perasaan manisnya iman dan hati, dan dipermudahkan banyak perkara. Walaupun kita gay, bisexual atau lesbian, sentiasa tanam azam dan niat untuk berubah. Jaga solat, sebab bila kita tinggal satu solat, iman kita hilang perlindungan dari Allah.

Beruntunglah orang yang dilahirkan straight hargailah, sedangkan kami kena sentiasa berjaga-jaga terhadap pandangan nafsu ini.

Usaha - tak jemu saya untuk berubah, akhirnya Allah perkenankan. Suatu pagi menjelang subuh saya terbangun dan terus keluar dan berdiri di balkoni, dihadapan rumah saya tu, bukit, hutan, gunung, memang tenang, selang beberapa minit azan subuh muncul, saya binggung sebab azan tu sangat lunak, terlalu indah saya tak pernah dengar azan subuh paling indah, terlalu indah melebihi seluruh alunan muzik di dunia ini. 

Azan subuh tu datang dari tiga arah, seolah-olah di hadapan saya, walhal, masjid terdekat dalam 3 km, tapi saya dapat dengar azan subuh pagi tu sangat jelas, saya menangis, kemudian saya mengucap syahadah, bila mengucap tu rasa lain sangat, sejuk, tenang tidak pernah rasa setenang yang pernah saya rasa.





13 comments:

  1. Aduh...Najmi sedihnya hati saya, simpati yang tak dapat diluah dengan kata2, tabah lah wahai sahabat moga Allah lapangkan segalanya buat anda

    ReplyDelete
  2. begitu kuat semangat adik utk berubah..ya teruskan usaha..moga allah swt terus melindungi adik..

    ReplyDelete
  3. Manusia blh brubh..tp cuma kt saja yg tau btapa susahnya nk brubh..sy slh seorang yg sering tewas dgn godaan nafsu.sy malu dgn diri sndr dan jg dgn Allah..tambahan lg skrg sy memegang title yg sngt berat iaitu ustat yg mndidik ank bangsa..sy malu dgn diri sndr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Semoga Allah sentiasa bersama saudara, semoga saudara diberi kekuatan mengawal diri dan dilindungi Nya sentiasa selama-lamanya...

      Delete
    2. Kisah yg ada dlm blog ni sangat brmanfaat....

      Delete
    3. Kisah yg ada dlm blog ni sangat brmanfaat....

      Delete
    4. Anonymous,

      Ambil ikhtibar mana baik kita ikut mana tidak kita jadikan pengajaran....:)

      Delete
  4. Salam....saya juga tergolong dalam golongan ni..saya rsa saya mempunyai nafsu terhadap lelaki seawal usia 5 tahun..skrg umur saya dah 26 tahun,mempunyai satu pekerjaan profesional yang rasanya semua orang akan sebut sebagi cita2 semasa kecil dan belaja di universiti terkemuka tanah air..saya pernah couple dengan prempuan selama beberapa tahun sesama belaja..tp demi Allah nafsu sedikit pun tiada padanya..saya juga membayangkan/berimiginasi melakukan seks bersamanya..tp saya x rasa ada..walaupun dalam couple,saya masih mempnyai rasa suka kat laki2 di kampus saya..seksanya perasaan itu hanya Allah je tahu..Alhamdulilah, saya dikurniakan rupa yang handsome(bukan nak riak)..tp bagi saya semua tu cam xde guna..sbb saya ada perasaan songsang ni..saya berkawan dengan lelaki2 normal yang lain,kalau luaran mmg saya tiada cacat celanya..cam lelaki yang lain..sy selalu bayangkan saya mempunyai isteri dan anak2 yang comel..bekas awek saya pun mmg cun..saya x berani untuk melangkah ke alam seterusnya iaitu berkahwin...Alhamdulilah sepanjang hidup 25 tahun ni x pernah saya melakukan seks sonsang kerana sy hanya berkawan dengan laki2 normal..sudah penat saya mengadu pada Allah..harap Allah akan bukakan nafsu saya pada perempuan suatu hari nnnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Ramai yang senasib seperti saudara, berusaha mengawal diri dari terjerumus dalam aktiviti seks songsang, alhamdulillah saudara masih kuat bertahan dan tidak pernah terlajak lagi. Sukar memang sukar terutama dikalangan lelaki yang songsang tegar, sukar hendak mendirikan rumah tangga, fobia untuk bersama bakal isteri. Kebiasaanya kita akan terus membujang sehingga ussia tua.

      Alangkah bagus sekira dalam diri ada sedikit nafsu terhadap wanita (bisekual) pasti akan ada keyakinan dan mampu ubtuk berkahwinkan..Saya harap saudara terus dilindungiNya dan terus kuat mengawal diri...

      Delete
    2. terima kasih bro Naj mi..saya harap Allah kuatkan iman saya..sy takut suatu hari nnti saya akan melalukan perkara yang dilaknati Allah S.W.T ni...InsyaAllah tidak..selagi saya bernafas di bumi Allah ni saya akan jaga tingkah laku saya. ..saya bukan malaikat,saya hanya hamba Allah yang kerdil yg juga mempunyai nafsu...tp kadang2 saya tak dapat kawal nafsu saya,saya akan melayari website gay untuk memuaskan nafsu saya..berdosanya saya...hari2 mengadu kepada Allah sejak saya baligh umur 14 tahun..dan tahu apa itu gay..saya x putus2 berdoa kepada Allah..bukakanlah nafsu saya kepada perempuan, jadikanlah saya lelaki sejati..saya risau jika saya panjang umur nanti..kepada siapa saya nak berharap nnti..bro najmi..mesti bro tau kan..seksanya ada perasaan kat lelaki..kalau perempuan dah lama saya approach, tp realitinya dorang lelaki..kdg2 smpai terfikir2 kat mereka yg saya minat tu..kadang2 sy terpk juga nak kawin,sbb pada pembacaan saya,ramai je gay yang berkahwin dan ada anak..tp entah la..

      Delete
    3. Salam,

      Buat lah yang terbaik, jika rasa hendak berkahwin, kahwinlah apabila diri ada keyakinan dan mampu memberi kasih sayang kepada isteri zahir dan batin, jika tidak mampu dan masih tidak berkeyakinan jangan berkahwin. Terus berusaha mengawal diri, terus berdoa kepadaNya insyaallah saudara pasti selamat didunia dan diakhirat nanti.

      Melihat porn adakala sukar nak dikawal, tapi jika kita berusaha sekurang2nya boleh dikurangkan dari masa kesemasa sehingga sampai pada satu tahap dah malas layan porn lagi...

      Yang penting terus berdoa kepada Allah, pasti Allah makbulkan doa (niat) kita yang baik mahu berubah....:) Terus berdoa dan jangan putus asa...

      Delete
  5. insyaallah....kerap bersolat jemaah di masjid dan surau...Allah akan permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. tq najmi..awak banyak mengajar saya dan suami..doakan kami bahagia...saya mmg sayang dia dunia akhirat..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST