Friday, 1 November 2013

LUAHAN HATI EMPAT LELAKI GAY - BAHAGIAN 3

Saya share disini empat luahan lelaki gay dari ruang komen didalam entri di "AZRI - LETIH SUDAH NAK MENEMPUH DUGAAN PUNYAI NALURI SONGSANG INI" Renungan buat kita semua.


LUAHAN LELAKI PERTAMA


Salam saudara Azri & Najmi,
 

Akhirnya jumpa juga saya dengan teman yang senasib dengan saya. Kita serupa umur saya menginjak 31 tahun. Saya betul-betul rasa sunyi perit rasanya bila tengok kawan-kawan & orang sekeliling menikmati keindahan hidup berumahtangga main-main dengan anak, nampak bahagia sangat, sedangkan saya ke sana ke sini seorang-seorang.

Harian saya, pergi kerja balik kerja, saya tak ada sapa-sapa pun hatta kawan baik. Di umur-umur macam ni, susah dah nak harap kawan-kawan boleh temankan kita, semuanya bagi tumpuan pada keluarga.

Asal buka facebook, mesti mereka upload pics dengan family tercinta life mereka nampak contented, ada drive ada motivasi, sedangkan kita sendirian. Sedih, gembira semuanya telan sendiri bosan tu jangan cakaplah.

Parents pun asyik tanya pasal getting married. Di pejabat, semua yang lelaki dah married, tinggal saya terkontang kanting. Kadang-kadang rasa macam weird jer. 


Yang bertanya kenapa tak kahwin-kahwin lagi ramai, tak kurang yang speculate itu ini. Saya dapat rasa ada yang dapat hidu yang saya ni gay.

Saya akui, hanya kita yang melalui keadaan ni tahu betapa perit dan siksanya meniti hari, keseorangan, tak ada berteman.


Saya suka tengok-tengok toddlers & kids mana-mana saya pergi. Saya teringin sangat nak ada someone to love & be loved. Tapi untuk berkahwin? saya takut, saya tak mahu sesuatu yang dibuat secara paksaan, lebih banyak buruk dari baiknya.

Kadang-kadang kita cuba sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti lain, tapi, jauh di sudut hati terasa sunyi sangat, rasa kosong. Saya selalu menangis bila nak tido.

 

Saya juga ada few times crush pada str8 friends sendiri, cukup seksa, sekurang - kurangnya, blog ini dapat bagi saya kekuatan yang saya tak hadapi ujian ni seorang diri. Semoga Allah bagi kekuatan pada kita semua. In shaa Allah.
AnonymousLonelyGuy



LUAHAN LELAKI KEDUA




Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat sekalian, saya sedih sangat sebab ada naluri songsang ni,, saya tak mintak pun semua ni.  Tapi alhamdulillah setakat ni saya belum terlanjur pun, cuma sekarang ni makin kronik pulak masaalah ni.

Saya masih ada nafsu kat perempuan, malahan nafsu couple pun kat perempuan. Dah macam-macam perempuan jadi couple, cun pulak tu. But when it comes to nafsu seks, saya lebih terangsang dengan lelaki astaghfirullah. Saya dah lama berperang dengan nafsu songsang ni, tapi memang susah nak buang.

Ya Allah, saya macam bi (biseksual) aje, tapi saya takut lama-lama jadi pure gay, a'uzubillahi min zalik. Help me........ :(

Anonymous



LUAHAN LELAKI KE TIGA



Saya pun pernah bercinta dengan kawan baik saya sendiri, tapi tidak penah melakukan hubungn seks, sekadar ringan-ringan. Kami bagaikan belangkas, kemana sahaja sentiasa berdua. Dia penah berjanji akan jaga saya, tak akan tinggalkan saya dan akan sayang saya walaupun dia berkahwin. 

Tetapi semua itu cuma indah khabar dari rupa, sekarang dia sudah bahagia dan temui cinta sejati dia. Dia tak nak saya ganggu dia lagi, mesej atau call dia tak bagi, apa lagi nak berjumpa. 

Dia cuba nak elakkan dengan beri seribu alasan pada saya. Dia sanggup redah 1000 batu perjalanan untuk bertemu girlfriend dia dan kawan-kawan dia yang lain tapi tidak untuk berjumpa dengan saya. Dia penah beritahu pada saya, dia sudah berubah dan saya terima semua itu.

Saya rindu sangat-sangat rindu dia, setiap malam saya menangis, dia tinggalkan saya terkontang-kanting keseorangan..tanpa tanda amaran. Kini hidup saya sunyi, tiada tempat mengadu, sepi keseorangan.. :( 

-insan malang yg dtp-



LUAHAN LELAKI KE EMPAT


Salam En Azri,

Cerita hidup kita 90% sama, cuma perasaan yang sama sekali kita tak pilih pun. Kalau diberi pilihan hidup balik pun tak mau naluri gay ni. Kadang-kadang cemburu dan benci tengok lelaki straight, especially yang menodai wanita (amik kesempatan). 

Apa rasanya jadi "straight"???? dah lama tidak mempunyai naluri ni. 

Mula timbul bila selepas diploma. Saya juga punya seorang kawan yang straight. Tak sanggup nak 'korbankan' persahabatan ini. Kerana hanya dialah satu-satunya teman rapat yang saya ada. 

Dengan perempuan takut nak kawan rapa, mesti ada yang bagi hint ajak "kapel". Saya punya naluri suka akan fizikal luaran wanita especially cantik dan sejuk mata memandang, dan mudah kasihankan wanita. Tapi tidak pasti kerana naluri seksual lebih kepada lelaki. Kalau tengok porn pun mesti porn lelaki. Huhuhhu harap dapat berkongsi masalah ni.

Bandarasi



Sumber Dari Ruang Komen Disini















8 comments:

  1. assalam..saya da 32 tahun..esok ada seorang lagi rakan sekerja yg akan berkahwin..bermakna tinggal saya sorang (the only one) bujang..yeaaaayyyy... saya rasa saya dah dapat terima takdir saya macam ni... saya xkisah kalau sesiapa pun nak cakap belakang pasal saya..sbb selagi saya pertahankan diri saya dari terjebak, selagi tu kata2 orang lain jadi fitnah utk saya..kiranya saya teraniaya,menjadikan doa saya makbul..inshaAllah..saya positif, mmg x nafikan mmg ada masa2 tertentu agak down sbb situasi saya macam ni.. well.. He so fair to us.. percaya pada Dia.. jaga diri.. elak berjumpa kawan gay.. sampai sekarang saya belum jumpa kawan2 gay di dunia nyata.. saya rasa saya berani jumpa abng Naj Mi je, tapi dia xnak jumpa saya :D.. hehe..abng Naj Mi..miss u lar..hikhik ..ok..assalam _ AYT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AYT

      Bagus buat saudara, selagi mampu kawal diri kuatkan iman..elak dari terjebak sebab sekali terjebak boleh jadi ketagih huhuhu...Kita ada Dia yang boleh melindungi diri kita..doa berterusan padaNya....Mudah2an kehidupan AYT dirahmati dilindungi Allah selalu. Amin.....:)

      Delete
  2. Memahami kesunyian anda, kagum ketabahan anda semua, hormat segala kekuatan yang anda semua himpun kerana bukan mudah untuk menjalani semua dugaan ini. Saya bangga kerana saya pernah memahami (walaupun sikit) apa yang ada rasa tetapi bagi saya anda semua sahabat saya yang terbaik didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Amira AF nyanyi lagu Awan YAng Terpilu ..bestnyerr.. ;) _AYT

    ReplyDelete
    Replies
    1. AYT, lama tak berborak, akak doakan AYT berada dalam paling sejahtera. Jaga diri baik2 tahu kalu kdg KL kita boleh jumpa,

      Delete
  4. Pada sye , sape yg de naluri gay ni xbersalah, kerana ianya diberi ..!! Bukan diminta..!!
    Ia diberi dengan satu tujuan iaitu ujian .. jadi berdoalah supaya dberi kekuatan menjalani ujian ini.. dan igatlah Dia selalu ade UNTUK hambanye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Naluri itu merupakan dugaan Allah yang mahu menduga kesabaran kekuatan iman ketaatan kita kepadaNya...Naluri itu dengan mudah membawa kita ke syurga (jika kita berjaya mengawalnya) dengan senang menolak kita masuk keneraka (jika kita gagal mengawalnya)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST