Thursday, 7 November 2013

KIFF – SEBAGAI SEORANG GAY, APA AKAN BERLAKU APABILA SAYA TUA KELAK?

MOHON PANDANGAN - photo hiasan

Hai abang Najmi...

Saya adalah salah seorang reader blog abang Najmi, saya tertarik dengan entri luahan hati lelaki gay (bahagian 1,2 dan 3), rata-rata luahan hati lelaki gay menyatakan kesedihan and kebimbangan masa depan mereka sebagai gay. 

Hal ini menjadikan saya sangat risau dengan masa depan saya sebagai seorang gay, saya amat takut dengan apa yang akan terjadi masa depan saya. Bagaimana kalau saya memilih tidak berkahwin, adakah saya akan merana keseorangan masa tua nanti kerana tidak ada family and mati keseorangan. 

Pernah jugak terfikir baik kahwin sahaja sebagai jalan penyelesaian walaupun tidak ada nafsu dengan perempuan, sebab nanti apabila tua ada jugak anak-anak yang boleh jaga sakit pening kita and boleh teman kita masa tua nanti. Masalahnya bagaimana kalau kahwin dengan perempuan and barang tak boleh `naik' ketika bersama isteri and pastinya kalau tak main maka tak dapat anak, dapat dosa ada lah kerana menzalimi isteri. 

Sekarang ni saya stres untuk menjawab soalan bila lagi nak kawin and lambat laun keluarga pasti minta saya cepat-cepat kawin and akan sentiasa memadankan saya dengan perempuan pilihan keluarga sebab saya asyik bagi alasan tidak ada awek lagi, takkan saya nak cakap pada family saya, 

"Mak-mak daripada mak padankan saya dengan si Milah lebih baik mak padankan saya dengan abang Milah tu, hensem, sasa dan sesuai dibuat menantu"...hehehe. 

Saya sebenarnya nak tanya abang Najmi,

Bagaimana abang Najmi boleh teruskan hidup dengan cekal and tidak kawin and hidup dengan rahsia sebagai gay yang semestinya perlu disembunyikan dari pengetahuan keluarga and masyarakat and apa 'attitude' abang Najmi bila berdepan soalan bila lagi ko nak kawin ha? @ makan hati tengok orang lain happy  berkeluarga, maklumlah abang dah ada banyak pengalaman hidup selama 47 tahun *rasanya kot. 

Mungkin abang akan kata perlu dekatkan diri dengan Tuhan untuk cari ketenangan and berbahagia dengan family tapi lambat laun adik beradik kita pasti punya family sendiri and akhirnya kita masa tua hanya penumpang kasih daripada family adik beradik kita saya harapkan tindakan penyelesaian kerana saya tak nak keseorangan masa tua nanti.

Saya pernah terfikir jika saya tak nak kawin, adakah saya patut mendftar and memilih rumah orang-orang tua yang lengkap dengan fasiliti and ekslusif untuk saya habiskan masa tua nanti seperti rumah org tua-tua yang bagus yang banyak terdapat dinegara maju, saya tak kisah keluar duit untuk pelaburan untuk dapatkan tempat dalam rumah orang tua seperti ini yang mampu melayan saya and gembirakan saya supaya masa tua nanti walaupun saya tak ada family sekurang-kurang ada orang jaga and ada kawan-kawan masa mati nanti. 

Adakah saya perlu berhenti kerja and keluar mengembara melihat dunia?, selepas puas mengembara keliling dunia and masa dah tua baru balik ke kampong halaman, saya pasti masa itu saya akan mencapai ketenangan diri and punyai pandangan berbeza terhadap kehidupan, dimana pemikiran sudah tak ada apa yang perlu dikejar laga dalam hidup kerana sudah capai kesempurnaan diri kita ye.......

Tapi bagaimana jika saya nak kahwin?

Adakah saya perlu kahwin jugak tapi kahwin secara kontrak, kawin dengan lesbian, pastu bila nak buat anak buat sahaja guna bayi tabung uji, keberangkalian untuk dapat anak kembar adalah tinggi!! Cukup kontrak cerai la, adakah ini jalan penyelesaian yang ok? 

Adakah saya perlu berhijrah ke luar negara kerana nak lari soalan kahwin dari keluarga and  teruskan jugak hidup songsang dengan kawin 'civil partnership' dengan mat salleh and ada family mat saleh? Saya tahu asian gay ada pasaran and memang laku di negara mat salleh ni. Tapi macam mana nak praktikan Islam dalam kehidupan seharian kalau pasangan minum todi and makan cik bab (babi) hari-hari. Walaupun katakan saya tak makan benda haram tapi kalau dah duduk serumah pasti bercampur benda-benda haram dalam hidup seharian, boleh ke pasangan mat saleh tolerate hal-hal halalharam nanti? Tapi kalau berkaitan tentang 'open relationship' saya boleh tolerate dengan partner saya....hehehe... 

Apa pendapat abang Najmi?

KIF




Salam,

Dugaan dalam hidup kita yang punya naluri ni kan, tapi abang selalu nasihat kalau kita tak mampu nak membahagiakan isteri dan kemungkinan kita boleh mendera mantal isteri tanpa diberi nafkah batin, mengkhianati kepercayaan isteri dengan meneruskan aktiviti songsang dibelakangnya, maka jangan berkahwin.

Kesian pada isteri yang pasti derita tertekan dan stress bila berhadapan dengan kerenah kita (suami gay) yang tak menghiraukan keperluan batinnya. Abang pasti semua gay tegar akan mengalami situasi seperti yang dialami oleh saudara.

Kita hidup dalam persekitaran yang berbeza, kalau tanya abang alhamdulillah adik beradik abang, mak abang, saudara mara mereka tak "kepoh" bertanya bila abang nak kahwin, abang rasa mereka semua boleh syak tapi hanya diamkan diri aje, kalau mereka gossip dibelakang abang itu abang tak tahu lah. Tapi dalam keluarga, saudara mara abang yang terdekat pasti ada dikalangan ahli keluarga yang terlajak tak berkahwin, so semua taklah nak kepoh jaga tepi kain orang lain.

Mula-mula memang ada yang bertanya abang bila nak kahwin, tapi abang ada alasan kata abang tidak bekerja, tak ada duit nak menanggung isteri, tak ada kereta dan sebagainya. So mereka tak bertanya dah. 

Abang agak lama tinggal jauh dari ahli keluarga dulu, so mereka tidak ada masa nak tanya bila abang nak kahwin. Sepekara lagi kehidupan abang dulu biasanya hanya sendirian sahaja. Abang jenis yang tidak bergaul dengan orang lain. Kawan-kawan abang hanya di tempat kerja sahaja. Selepas habis kerja abang buat hal sendiri dan tidak ada masa bergaul rapat dengan mereka. Mungkin sebab itu tidak ada dikalangan rakan-rakan abang yang kepoh tanya bila abang nak kahwin.

Memang agak sukarlah kalau saudara yang masih muda, mempunyai karier, berduit, ada rumah, kereta dan sebagainya nak bagi alasan tak mahu berkahwin, pasti mereka tidak percaya sebab pasti ada perempuan yang sudi menerima saudara.

Nasihat abang, jangan stresskan kepala fikir pekara itu, jalani kehidupan macam biasa. Kalau ada yang tanya bila nak kahwin beri aje apa-apa alasan. Jangan kisah apa mereka nak kata. Lama-lama bila dah jemu mereka tak akan bertanya lagi. Masa depan tu biarlah Allah menentukan kemana arah kita apabila sudah tua nanti. Benar sedikit sebanyak kita juga perlu merancang apa yang perlu kita lakukan apabila tua jika tiada isteri dan anak-anak disisi, tapi rancanglah seadanya dan selebihnya kita serah pada Allah.

Tentang kahwin kontrak, kahwin dengan lesbian, buat bayi tabung uji, tinggal dengan mat salleh diluar negara semua itu hanya perancangan yang muncul dikepala kita apabila kita terlalu memikirkan dengan mudah jalan penyelesaian mengenai masa depan kita, tapi kebanyakkan yang difikir saudara itu salah disisi agama. Kahwin dan tinggal bersama mat salleh itu pun dah salah disisi agama, jika kita lakukan juga pasti Allah akan sediakan bala yang lebih besar pada kita.

Hidup bersama orang kafir (dalam masyarakat mereka) yang mengamalkan kehidupan songsang lama kelamaan hidup kita yang selama ini masih berpegang pada ajaran Islam pasti keimanan kita akan punah terlerai, pasti akhirnya kita akan mengikut cara kehidupan mereka. Abang pasti tidak perlu tunggu lama, jika itu yang kita pilih maka ianya boleh menyebabkan kita menjadi murtad.

Sebab itu nasihat abang kita jangan terlalu fikirkan apa yang akan terjadi dimasa depan, yang penting berterusan berdoa kepada Allah agar kehidupan kita dipermudahkan dan bahagia dimasa depan, penting agar kita berusaha perbaiki diri.

Jika saudara mempunyai karier yang baik, punya harta dan tetapi tidak mampu berkahwin, ambil sahaja anak angkat. Besarkan anak-anak angkat itu dengan kasih sayang dan diberi didikan yang sempurna, insyaallah anak-anak inilah suatu hari nanti boleh menjaga saudara apabila tua kelak.

Terus jalani kehidupan jangan peduli kata-kata orang, yang penting saudara tahu apa yang saudara buat, yang penting tidak melanggar segala perintah Allah. Berusahalah mengawal diri dari tidak melakukan aktiviti sejenis itu lagi tapi sekiranya terlanjur jangan lupa bersegera minta keampunan padaNya. Allah tahu niat saudara (jika benar mahu berubahlah kan), pasti Allah mempermudahkan kehidupan saudara sehingga dihari tua nanti.

Tidak salah pada pandangan abang kalau saudara berhijrah jauh dari kampung halaman bagi mengelak diri dari terus ditanya dengan persoalan bila nak kahwin. Terpulang, jika abang dalam situasi seperti saudara mungkin abang akan ambil jalan seperti itu. Tetapi berjauhan bukan bermakna kita bebas melakukan pekara tak baik, biarlah berjauhan itu boleh menenangkan hati kita dalam masa sama perbaiki diri.

Itu pandangan abang aje, mungkin pandangan ini berbeza kalau ditanya pada orang lain. - Naj Mi







24 comments:

  1. Adakah tuhan tidak adil kerana dalam bnyak2 orang ,, kita juga yang dipilihnya untuk menanggung semua ni .. kita tidak minta untuk jadi macam ni dan selalu berharap agar dapat menjadi normal macam kekawan yang lain .. jauh di sudut hati ingin menjadi lelaki normal .. tidak adakah cara perubatan moden kah yang dapat membantu masalah ini..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Allah itu maha adil lagi saksama, sesuatu yang menimpa kita pasti ada sebabnya. Perlu diingat jika kita ditimpa dengan dugaan begini pasti ada orang lain yang diduga lebih dahsyat daripada kita. Ada yang dilahirkan menjadi buta, cacat anggota badan, ada yang masih muda diduga Allah dengan serangan penyakit2 yang sangat bahaya sehingga doktor mengesahkan hayatnya sekian2 waktu.

      Ada yang diduga dengan harta kemewahan sehingga membuatkan mereka alpha dg kehidupan terpesong drp jalan Allah, dan ada yang diduga dg kemiskinan.

      Yang penting diri kita perlu positif....bersangka baik pada Allah..insyaallah segala dugaan yang kita hadapi dapat kita harungi dengan baik sehingga akhir hayat......:)

      Delete
  2. BRO Najmi hebat!

    Tidak mensia-siakan hidayah dan rahmat Ilahi atas ujian yang Allah Berikan.
    Gambatte!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro Naj Mi,
      in your opinion,
      apa penyumbang orientasi seksual yang menyongsang ni?

      * hmmm baru saya tau, dunia hari ini sangat sudah nyata sepertimana yang Rasulullah gambarkan.
      Baginda khuatir kaum nabi luth kembali menguasai dunia...
      Dan ia menjawab persoalan tersebut. Ia realiti.

      Delete
    2. Mohd fadzli

      Penyumbang orientasi seksual? sumbangan gay ker?

      Kepada agama? Bangsa? Negara?

      Hmmm nanti abg fikir dulu... :)

      Delete
    3. Haah...
      Saya ada selidik gak sikit...
      Knapa sesetengah lelaki tu x mcm lelaki....knpe ada lelaki yg xrasa pelik dgn orientasi nafsunya...


      Bila tanya depa...
      Hmmm almost semuanya bermula dri zmn kecil sejrahnye..

      Tp xpe....
      Saya nk dgr bro naj mi punya jawapan.

      Delete
    4. Mohd fadzli

      Apa yang diselidikkan tu? Kalau dah seseorang itu dilahirkan tak macam lelaki...maka tak macam lelaki lah apabila dia dewasa. Kalau sejak kecil lembut sukar apabila besar ia nak jadi keras, kalau dia bina badan menjadi tegap sekalipun tingkah laku tetap nyah heee.

      Ya kebanyakkan mereka bermula dari kecil, kalau tanya pengalaman abg dulu pun macam tu..sejak kecil dah tahu suka tengok lelaki hansem, malah abg boleh suka pada bapa abg sendiri sebab bapa abg hensem kut.

      Masa kecil maybe semasa darjah satu kut, abg mandi bogel dg sepupu lelaki abg dalam bilik mandi, anu sepupu abang tak pulak naik tapi anu abg pulak naik hahaha...malu masa mandi tu siap pusing membelakangkan sepupu abg tu...

      Ada lagi pengalaman semasa darjah satu, dua dulu yang kalau abg ingat kembali itu tanda2 sebab jadi songsang kut walaupun masa tu abg tak tahu hal2 songsang ni..ianya berlaku tanpa abg sedari bukan dibuat2.

      Pengalaman orang lain..wallahuallam...:)

      Delete
  3. Salam saudara Naj Mi & Kiff,
    Setakat ni, alhamdulillah, saya tak risau sangat dengan pertanyaan masyarakat tentang bila nak kahwin, tak takut tinggal seorang diri ke, dan sebagainya. Saya hanya menjawab, yang saya ni traveller dan takkan stay di rumah sepanjang masa sekiranya berkeluarga.

    Saya akan lebihkan senyuman apabila ditanya perkara yang sama, tanpa memberikan sebarang jawapan. Memandangkan saya rapat dengan ibu serta adik beradik, setiap dua minggu sekali saya akan balik ke kampung menjenguk mereka. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan perasaan saya yang keseorangan. Ia dapat jugak membantu saya untuk meyakinkan diri bahwa ada orang yang menyayangi dan concern tentang diri saya juga.
    -DanHaikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DanHaikal

      Alhamdulilah jangan kita terlalu memikirkan mengenai masaalah ini sangat, jalani kehidupan setenang yang boleh...:)

      Delete
  4. Assalamualaikum semua,

    Jangan fikirkan siapa yang menjaga kita apabila tua. Tapi carilah keredhaan Allah dan bimbangkanlah bagaimana nyawa kita diambil oleh Allah SWT. Sebaik-baiknya selalulah berdoa agar kita mati dalam pengakhiran yang baik.

    Itu yang paling penting. Ramai orang yang mempunyai anak, tetapi tetap mati bersendirian tanpa ada insan yang membantu untuk mengucap syahadah. Mati kemalangan yang dahsyat. Mati dibunuh. Bermacam-macam lagi mati yang bukan kita semua mahukan.

    Sama-samalah berdoa supaya semua daripada kita mati dalam husnul khotimah. Doa banyak-banyak. Kepada gay people, cuba elakkan melakukan seks walaupun amat sukar. Mungkin sebelum ini seminggu sekali. Cuba kurangkan sebulan sekali. Lepas tu setahun sekali. Lepas tu 2 tahun sekali. Akhirnya tidak sekali-kali. Yang penting berusaha untuk berubah. Mintalah hidayah Allah.

    Cari keredhaan Allah. Bukan dipandang mulia pada pandangan manusia walhal mulia di mata mereka sahaja tapi tetap hina pada pandangan Allah.

    Pesanan Mesra,
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Nasihat yang baik boleh kita sama-sama renungkan....terima kasih

      Delete
    2. Najmi & MFZ, peringatan untuk kita semua bukan hanya untuk PLHIV sahaja. Terimakasih byk2, hormat sgt2 pd anda berdua.

      Delete
    3. Najmi, buangkanlah nombor tu, dah tua mata dah tak terang susah saya nak komen. Adeh...

      Delete
    4. Assalamualaikum semua,
      Betapa beruntungnya kita dilahirkan Islam, Islam satu agama yang paling sempurna, tidak ada satu pun perkara yang tercicir, untuk tahu lebih lanjut senang sangat, hadirkan diri ke masjid2 untuk ikut kuliah agama disana, kalau nak fulltime pun ada, banyak sangat.. dan jangan terkejut dengan suasana nya ya.. nak mewah ada.. nak sederhana mewah ada nak yg bajet pun ada.. http://www.aljenderami.com.my/v31/
      https://www.facebook.com/Baitulqurrok?sk=wall&filter=12
      dan kalau kat melaka ada Madrasah Al-Muhibbin area taman Asean (kalau ada ibu2 tunggal yang x de rumah, boleh tinggal disana, anak2 yatim pun di jaga dengan baik, cukup agamanya)
      Kalau sesiapa nak stay sana belajar seumur hidup pun boleh, nak bagi sumbangan bagi yang berkemampuan lagi lah besar pahalanya, tidak ada unsur politik seperti sesetengah masjid yang biasa saya ikut kuliah, semuanya hanya Akhirat, insyaallah. ingat lah ye.. kehidupan kat dunia ni sementara, tak akan ada yang kekal, kita akan abadi di akhirat,bukan setahun bukan 1000 tahun bukan sehuta tahun bukan bukan bukan... KEKAL ABADI.. itu janji Allah tuhan sekalian alam.
      Takut? ye memang betul.. jangan salah pilih!! terlalu banyak ajaran sesat. kuatkan diri dengan ilmu yang wajib dahulu, tu pesan ustaz saya, 3 ilmu yang wajib bagi muslim - Fardhu Ain :
      1-Tauhid
      2-Feqah
      3-Tasauf
      tak tau mana nak mula? pergi lah cari ustaz2, ni ustaz saya, pakar ilmu Tauhid, Ustaz Rauf - Melaka http://alraufi.blogspot.com/ dia juga penterjemah kitab2 arab lama yang besar2 ke bahasa melayu rumi dan jawi. Jangan sia siakan peluang hidup kita sesaat pun untuk dunia sementara ni ye.
      maafkan saya berceloteh panjang. Wassalam

      Delete
    5. Terima kasih AkuBudakBlogger

      Dengan pandangan nasihat yang diberi...alhamdulillah...:)

      Delete
  5. soalan maut setiap kali raya n kenduri.apa yg pasti telinga bersumbat x kira ipod mp4 or apa2 yg blh disumbat.mak mungkin da tau bhawa sy xnk brkhwin.makin dewasa, ketertarikan kpd wanita semakin menipis.susah btl la..org boleh ckp mcm2 sbb bkn diorg yg merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sabooo aje lah ya...buat dunno aje...nak tak nak kita terpaksa hadapi semua itu...:)

      Delete
  6. Sy seorang trainee lecturer dekat sebuah IPTA dan skang sedang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di luar negara. Sy berumur 32 tahun. Belum berkahwin. Tidak pernah berawek. Tidak juga pernah berpakwe. Saya pernah mengorat awek masa di universiti, tapi saya mengalah sebab sy adalah orang ke tiga. Itu kali pertama dan mungkin kali terakhir sy membuka hati pada seorang perempuan.Saya pernah juga jatuh hati pada seorang lelaki hanya di alam maya. Tapi itu tak membawa makna apa2. Tak mungkin saya akan gembira. Jujur nya saya hanya mempunyai perasaan sayang yang bernafsu pada lelaki tidak pada perempuan. Saya dah cuba ternyata saya tak mampu. Di kalangan kawan-kawan, hanya saya sorang belum berkahwin. Dalam keluarga pulak, kebanyakkan yang muda drpd saya semua nya sudah berkahwin apabila sudah berkerjaya. Saya berada dalam institusi ortodoks yang asyik kepoh bila saya nak kawin. Mujur la mak saya x pernah memaksa. Begitu juga ayah saya. Saya diberi kebebasan untuk memilih jalan hidup sendiri. Tapi jauh disudut hati mereka, mereka mahu saya berkahwin dan mempunyai keluarga. Betapa pedih nya mengenangkan impian mak dan ayah.

    Menjengah usia 30an nie, saya bukan lagi seperti remaja2 yang tergedik2 nak kan perhatian orang. Saya juga tidak mencari pasangan lagi samada perempuan atau lelaki. Saya x mampu dan tak sampai hati nak berpura2 dgn kejujuran orang perempuan dan pada masa yang sama, saya juga tak boleh menjalin hubungan dengan mana2 lelaki bukan kerana hati saya enggan tapi kerana saya masih percaya, Tuhan melarang nya di dunia ini. Saya boleh berkasih sayang dengan lelaki atas dasar suka sama suka .. tapi tidak ada mana2 pasangan yg bercinta tanpa disulami unsur berahi. Saya menolak untuk hidup dengan lelaki bukan kerana saya merasa kotor dengan perasaan ini, tetapi kerana saya tidak mahu hidup dalam keadaan berzina seumur hidup saya. Saya tahu diri saya, saya tahu perasaan saya, saya tahu tak semua apa yang saya rasa dan mahu saya akan dapat, saya redha dan saya mohon pada Tuhan semoga suatu hari nanti bila saya ke ruang masa yang lain .. saya benar2 akan berjumpa dengan orang yang memahami saya dan sayang akan saya di mana saya tidak perlu lagi menyembunyikan apa2.

    Saya terima saya bukan lah golongan yang mampu untuk berkahwin seperti dikatakan Tuhan dalam surah An Nur. Kalau pon Tuhan sendiri sudah tahu akan ada manusia yang tidak mampu berkahwin kenapa saya perlu khuatir dengan pandangan orang lain. Biar lah tuhan saja yang menilai saya. Saya pernah juga berdosa dan kalau dihitung dosa ini takkan pernah habis untuk dikira. Saya cuba memperbaiki diri. Mudah-an Tuhan melihat akan usaha saya untuk menjadi lebih baik.

    Jadi, kalau nak bercakap pasa masa depan, saya sendiri pon tak tahu. Saya serah kan segalanya pada ketentuan Tuhan. Cuma apa yang akan usahakan adalah membaiki diri saya untuk lebih mengenal Tuhan, berbakti pada mak dan ayah, menolong orang2 yang memerlukan ..dan buat la segala perkara baik yang disarankan Tuhan. Tentang rasa sunyi .. sekarang pon saya dah rasa sunyi ..sorang2 di negara orang .. tiada berteman, tiada berkasih .. tapi saya masih lagi survive .. sebab saya tahu Tuhan sentiasa bersama dengan mereka yang mahu bersama nya. Tak perlu nak tunjuk alim bagai .ke masjid ke surau .. tapi rasa itu ada dalam hati ... hanya antara Tuhan dan kita ...Saya rasa dengan begitu lebih tenang.

    Untuk mereka yang risau akan hari tua nanti .. x payah la nak risau sgt ..
    Klu kita buat baik dekat orang, kita buat baik kat Tuhan ..
    insya allah .. mudah-mudahan kebaikkan kita hari ni akan ditampung dgn kebahagiaan pada pada masa depan ....

    Psst : Saya mahu berlaku jujur di sini .. perasaan saya pada lelaki tidak pernah berubah. Saya tidak tahu ini satu anugerah, atau satu ujian atau pon satu malapetaka pada saya. Saya serahkan perasaan saya ini kepada aturan Yang Maha Esa ... semoga Tuhan berbelas kasihan pada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Yang penting kita perlu ada niat nak cuba mengawal diri, elak dari terlajak. Niat kita pasti Allah mengetahui, dan pasti Allah akan membantu mempermudahkan segalanya dalam kehidupan kita sehingga kehari tua kita kelak insyaallah....

      Delete
  7. I really interested with this topic, pejam celik pejam celik, perasaan yang terkilan dengan nada2 mengusik, ekoran masyarakat yang tidak pernah serik, contohnya mengomel “ lama membujang bro, nampak pelik, sudahlah asyik terkurung dalam bilik, bila lagi nak berbini cantik ? Dalam jutaan manusia jiwa ini bersendirian, lantaran buntu membuat pilihan, ke kiri laluannya kemaksiatan, ke kanan jawabnya perkahwinan ... Sekalipun jika kita memilih berada di tengah, maksudnya tiada pacaran & tidak pula bernikah, apakah terbukti menyelesaikan masalah ? Isunya ketika tua nanti, siapakah di sisi ketika mati ? Tgh muda memang boleh berdikari, tetapi sihat badan bukannya abadi … Pusat org tua semacam solusi tetapi apakah opsyen terbaik di kemudian hari ? Pernah juga aku terfikir untuk berhijrah ke luar negara, tinggal di kota melayari bahagia, bersama si dia, kononnya ... Namun memikirkan realistik & keupayaan, sehingga kini cukuplah hajat tersimpan, sebagai angan ... Dilema orientasi seksual membuatku pasrah, kepada Allah daku berserah, menjadi gay nampaknya payah atau kita yang sebenarnya mencari masalah ?

    Pencari Teman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencari Teman,

      Beserah kepada Allah, mohon perlindungan drNya insyaallah Dia mendengar dan jika kita sentiasa ikut suruhanNya pasti kehidupan kita sehingga tua akan dipermudahkanNya...:)

      Delete
  8. Assalamualaikum. Baru saya tahu situasi sebenar tentang gay di Malaysia. Selama ini saya fikir lelaki gay semuanya melakukan hubungan seksual bersama jantina sejenis. Semoga Allah beri kekuatan dan hidayah kpd semua saudara seIslam ku dn juga kpd saya sendiri yg masih belum tahu apa yg menunggu di masa hdpn.

    Tamago

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST