Monday, 18 November 2013

IZZUWAN - ADAKAH NALURI INI SATU ANUGERAH? SATU UJIAN? ATAU SATU MALAPETAKA?

Seorang pembaca telah tinggalkan komen didalam ruang komen didalam entry "KIFF - SEBAGAI SEORANG GAY, APA AKAN BERLAKU APABILA SAYA TUA KELAK?" Saya namakannya IZZUWAN (bukan nama sebenar)

photo hiasan


Saya seorang trainee lecturer dekat sebuah IPTA dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di luar negara. Saya berumur 32 tahun. 

Belum berkahwin. Tidak pernah berawek. Tidak juga pernah berpakwe. Saya pernah mengorat awek masa di universiti, tapi saya mengalah sebab saya adalah orang ke tiga. Itu kali pertama dan mungkin kali terakhir saya membuka hati pada seorang perempuan. 

Saya pernah juga jatuh hati pada seorang lelaki hanya di alam maya. Tapi itu tidak membawa makna apa-apa. Tak mungkin saya akan gembira. Jujur nya saya hanya mempunyai perasaan sayang yang bernafsu pada lelaki tidak pada perempuan. Saya dah cuba ternyata saya tidak mampu. 

Berkahwin?

Di kalangan kawan-kawan, hanya saya seorang belum berkahwin. Dalam keluarga pulak, kebanyakkan yang muda daripada saya semuanya sudah berkahwin apabila sudah berkerjaya. Saya berada dalam institusi ortodoks yang asyik "kepoh" tanya bila saya nak kawin. Mujurlah mak saya tidak pernah memaksa. Begitu juga ayah saya. Saya diberi kebebasan untuk memilih jalan hidup sendiri. Tapi jauh disudut hati mereka, mereka mahu saya berkahwin dan mempunyai keluarga. Betapa pedihnya mengenangkan impian mak dan ayah.

Menjengah usia 30an ni, saya bukan lagi seperti remaja-remaja yang tergedik-gedik nakkan perhatian orang. Saya juga tidak mencari pasangan lagi samada perempuan atau lelaki. Saya tidak mampu dan tidak sampai hati nak berpura-pura dengan kejujuran orang perempuan dan pada masa yang sama, saya juga tidak boleh menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki bukan kerana hati saya enggan tapi kerana saya masih percaya, Tuhan melarang nya di dunia ini. 

Saya boleh berkasih sayang dengan lelaki atas dasar suka sama suka tetapi tidak ada mana-mana pasangan yang bercinta tanpa disulami unsur berahi. Saya menolak untuk hidup dengan lelaki bukan kerana saya merasa kotor dengan perasaan ini, tetapi kerana saya tidak mahu hidup dalam keadaan berzina seumur hidup saya. 

Saya tahu diri saya, saya tahu perasaan saya, saya tahu tak semua apa yang saya rasa dan mahu saya akan dapat, saya redha dan saya mohon pada Tuhan semoga suatu hari nanti bila saya ke ruang masa yang lain, saya benar-benar akan berjumpa dengan orang yang memahami saya dan sayang akan saya di mana saya tidak perlu lagi menyembunyikan apa-apa.

Saya terima saya bukanlah golongan yang mampu untuk berkahwin seperti dikatakan Tuhan dalam surah An Nur. Kalau pun Tuhan sendiri sudah tahu akan ada manusia yang tidak mampu berkahwin kenapa saya perlu khuatir dengan pandangan orang lain. Biarlah Tuhan saja yang menilai saya. Saya pernah juga berdosa dan kalau dihitung dosa ini takkan pernah habis untuk dikira. Saya cuba memperbaiki diri. Mudah-mudahan Tuhan melihat akan usaha saya untuk menjadi lebih baik.

Masa depan?

Jadi, kalau nak bercakap pasal masa depan, saya sendiri pun tak tahu. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Tuhan. Cuma apa yang akan usahakan adalah membaiki diri saya untuk lebih mengenal Tuhan, berbakti pada mak dan ayah, menolong orang-orang yang memerlukan dan buatlah segala perkara baik yang disarankan Tuhan. 

Tentang rasa sunyi, sekarang pun saya dah rasa sunyi seorang-seorang di negara orang, tiada berteman, tiada berkasih tetapi saya masih lagi survive, sebab saya tahu Tuhan sentiasa bersama dengan mereka yang mahu bersama nya. Tak perlu nak tunjuk alim bagai ke masjid ke surau tapi rasa itu ada dalam hati, hanya antara Tuhan dan kita. Saya rasa dengan begitu lebih tenang.

Untuk mereka yang risau akan hari tua nanti tak payah lah nak risau sangat,  kalau kita buat baik dekat orang, kita buat baik kat Tuhan, insya allah  mudah-mudahan kebaikkan kita hari ni akan ditampung dengan kebahagiaan pada pada masa depan.

Psst : Saya mahu berlaku jujur di sini, perasaan saya pada lelaki tidak pernah berubah. Saya tidak tahu ini satu anugerah, atau satu ujian atau pun satu malapetaka pada saya. Saya serahkan perasaan saya ini kepada aturan Yang Maha Esa, semoga Tuhan berbelas kasihan pada saya.




- IZZUWAN -




29 comments:

  1. Cantik photo hiasan atas tu... Smart.

    Yeah.. JIHAD melewan nafsu..
    Kalau jihad melawan ngantuk boleh tidur..
    Tpi lawan nafsu...xleh sembarangan...

    ReplyDelete
  2. proud of u izzuwan.....teruskan usaha. Allah menduga kerana sayang kan hambanya.....

    ReplyDelete
  3. Trima kash brkongsi masalah izzuwan..sy cukup brbangga dgn izzuwan..sy pun mmpunyai masalah yg serupa..umur pun da 27 thn..tp msh solo..tiada teman..tabah melawan perasaan suka pd lelaki..tp kdg2 trgelincir..bkn dminta hdup mcm ni..btapa truknya rasa diri brnafsu sesama lelaki..trtewas dgn godaan..tp x penah melakukan hbgn trlarang..xtau smpai bila sy mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Tak sangka pulak .. abg Najme nak jadi kan tajuk ..komen saya nie ..hahaha .. bab umur tue sy typo jah .. muda skit sebenarnya ..tapi x pa ..x penting pon .. dah 2 kali komen sy naik jadi heading ..kena minta royalti nie ..haha

    Buat sukaatiakula .. terima kasih .. insyallah ..sy bkn budak2 lagi dah yang nak mencuba sesuatu yg baru .. I had enough ..skang yang penting sy ada family dan kawan2 rapat yang sentiasa sokong sy walaupon diorang x tahu sy macam nie ..harap Tuhan sentiasa tutup aib sy sampai bila2 ..selama2 nya klu boleh

    Buat anon ..biasa la org mcm kita nie .. discreet .. nak kawan dgn sesama gay, tak berani ..sebab takut lebih terlanjur ..kawan dgn straight ..someday masing2 akan ada kehidupan sendiri..akhir nya sendirian juga ..hoho ..sy mmg x pernah cuba berkawan dgn mana2 gay .. sebab klu tgk gay nie semacam jer lifestyle dia ..even skang orang2 biasa pon dah ada radar untuk menilai laki tue gay atau tak .. menakutkan jer la sebab kita hidup dlm society yg mementingkan agama dan adat ..dan agak subversif dgn flexibility .. teringin juga nak ada kawan yang discreet .. tapi x berani nak approach .. sebab kena buat MOU dulu sebelum berkawan ..di larang syok sesama sendiri ..hahahahaha

    Regards

    Izzuwan (Pandai bagi nama saya ..hahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izzuwan (sedap nama ni kan), abg kena bagi nama sebab memudahkan abang ingat, kalau hanya anonymous, ramai sangat yang anonymous heee.

      Terima kasih kerana berkongsi kisah, ada teladan baik yang boleh kita renung dan ambil iktibar dari kisah Izzuwan itu, tidak semua orang yang sekuat saudara, yang lemah berterusan terlanjur sangat ramai diluar sana, yang hendak kembali ke landasan hidup yang diredahi Allah pun ramai tetapi belum tentu berjaya nya. Saudara beruntung diberi kekuatan iman berjaya mengawal diri, mudah2an ada pembaca yang jadikan kisah saudara sebagai pendorong untuk mereka berubah mengawal diri. Jika saudara boleh kita semua boleh (mengawal nafsu ini)

      Terima kasih...:)

      Delete
    2. Berangan lah kau ni izzuwaaannnn...ko ingat kalau ko berkawan dengan gay dia nak jadikan ko sex partner dia..perangai mcm ko ni aku rasa macam kawan aku kat uni dulu..bukan main lagi hina dan kutuk pondan/gay depan kawan2 yang lain..tetapi malam2 pi cari pondan/gay..kalau kita ni ikhlas nak berkawan dengan sapa pun kita akan berkawan..kalau kita baik dan beperketi mulia orang akan hormat kita.

      Delete
    3. Anonymous,

      Pada saya terpulang seseorang itu hendak berkawan dengan sesiapa, jika kita tidak ada hati nak berkawan dengan gay, jangan berkawan, sama jugalah kalau kita tiada hati nak berkawan dengan wanita, perlu ada keihklasan dalam berkawan seperti kata saudara. Masing-masing ada pendirian hidup masing2, mungkin itu yang terbaik yang dilakukankan oleh izzuwan buat dirinya (melindungi dirinya dari terlanjur)......:)

      Delete
    4. Najmi, pandangan Najmi saya setuju. Soal berkawan ni adalah hak seseorang individu itu. Dia boleh pilih dengan siapa yang dia nak berkawan. Tapi yang saya tak setuju adalah kalau kita tak nak berkawan dengan golongan tertentu tak payalah nak kutuk dan hina. Tak perlulah nak cakap tak nak berkawan dgn gay sbb takut gay tuh akn jadikan sex partner. Apa ingat semua gay pantang tengok lelaki semua dia nak ajak main?

      Delete
    5. Sorry nak tambah sikit lagi...apa izzzuwwaaannn ingat semua gay kemaruk sex ke?

      Delete
    6. tak semua gay camtu ye izuan aku nih kawan je nagn gay tak de ape pon yang penting pandai kawal diri.. tq

      Delete
  5. tahniah batn izzuwan kerana melindungi dari terlanjur.. memang susah bg kita yg mempunyai naluri sebegini. sy dr umur 12 tahun sduah menyukai mereka yg berumur dr sy yg nampak jantan tp time tu..bodoh lagi, tapi bila makin membesar..dr strt sek menengah form 1,perasaan itu tak hilang sampai form 5 makin membuak2,sy still ingt nama2 cikgu yg sy suka tegok walaupun sy ni bukan yg suka bertegur n sembang ngan cikgu2 berkenaan.. sepanjang study sy berkawan ngan mereka yg normal walaupun hati kecil tetap pandang pakcik2 ensem tp mmbr tak penah syak.....sy bukan type yg lembut walaupun ada yg panggil sy "jambu" tp sy buat xtau,, (dlm hati bangga gak hehehehe )... sy telanjur setelah abis study 2003..selama setahun kami bersama n dia sudah kawin..aftr tht sy berteman lagi tp setahun jugak bertahan kerna tertipu ngan ex tu.. dlm tempoh itu,sy just sex with my partner.. setelah itu,sy kembali ke kg....tapi naluri tu tak dapat sy nak lunturkan n quit menyukai lelaki.. 2010 sy mula semula apa yg sy tinggal n 2012 adalah tahun kegelapan masa depan sy....bila kenal ngan "abg angkat", dia baik n berbudi tapi dr dia sy disahkan HIV p+,ini juga mybe kerna silap sy xguna kondom time brsama dia,katanya dia xsyok bila partner guna kondom...UNTUK SESIAPA YG NAK ARAl SEX,PAKAILAH KONDOM UNTUK ORG TRSAYANG n DIRI SENDIRi..TEGASLAH DLM BAB INI..jgn terjadi mcm sy,sudah xbole nak buat apa2. sudah dijangkiti walaupun selama ini sy guna kondom,dengan beberapa kali main sy disahkan HIV p+. tp now... sy still bersama abg angkat sy tu bersama bf dia tapi tiada sex...just caring each other,,sama2 menjaga kesihatan sesama kita... sekarang kesihatan sy sudah terganggu dengan deman yg sudah berapa bulan entah.. batuk ( makin sembuh )..berkahak...selsema.. perik tengkok..yg mana ia adalah tanda2 HIV yg sahih walaupun gejala tak sama utk setiap sorg..walapun sy brsyukur kenal mereka berdua tp dlm masa yg sama sy menyesal kerana tidak tegas n kenal mereka...sekarang sy xtau sapa yg akan pergi dulu. tahun depan adalah tahun kedua sy sebagai HIV p+,sy bakal balik kampung kerana urusan bisness keluarga.. sy juga mcm izzuwan..mengharap ALLAH sentiasa akan tutup aib sy dimata masyarakat n keluarga sy. dan kerana HIV juga membuatkan sy terlalu takut untuk kembali ke pangkuan keluarga.....kerna bila sampai tahap AIDS,,semua tanda2 itu akan terbongkaar n aib sy tu akan terselak...tp tanpa keluarga,sapa yg bole sy harapakn... sy still bujang n tidak akan berkawan setelah disahkan HIV p+,walupun sebelum ni tetapkn age sy 40 utk dprkn sebuah keluarga... sy berharap izzuwan n mereka yg lain,jgn smpai jd mcm sy,,,yg disahkan ada HIV p+... harap izzuan dapat kekalkan guide yg telah izzuwan tetapkn utk diri izzzuwan.. tak salah ngan sapa kita nak berkawan tp kena pandai jaga diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai Muslim kita kena terima Qada dan Qadar daripada Allah swt. Apa yang berlaku kepada saudara adalah tanda kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah swt. Kita manusia selalunya mengganggap mereka yang diberikan kesihatan yang baik sahaja dikasihi Allah. Salah sebenarnya. Cuba bayangkan..kalau saudara tidak dianugerahkan dengan virus HIV ini mungkin sampai sekarang ni saudara masih bergelumang dengan maksiat. Tidakkah saudara terfikir bagaimana kalau Allah mencabut nyawa saudara ketika saudara tengah asyik melakukan dosa? Bagaimana hendak menjawab di depan Allah kelak? Sanggupkan kita apabila setiap dosa yang kita lakukan dibuka oleh Allah di padang masyar yang ditonton oleh semua makhluk Allah? Percayalah virus yang Allah anugerahkan ini merupakan ujian/peringatan untuk kita semua bermuhasabah diri agar kita dekat dengan Allah. Bercakap soal virus ini, kemajuan dalam bidang sains membolehkan virus ini dikawal dan pesakit dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain. Saya yakin dalam tempoh setahun dua ini saintis akan menemui penawar kepada hiv. Kajian yang dibuat di beberapa buah negara maju menunjukkan keputusan yang sangat memberangsangkan. Sama-samalah kita berdoa yer.

      Delete
    2. Assalamualaikum semua,

      Anonymous,

      Jangan menyesali perkara yang telah berlaku. Usah kesal juga kerana mengenali orang yang menyebabkan saudara menghidap HIV. InsyaAllah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif, memakan ubatan HAART dan mengelakkan stress dalam kehidupan, saudara boleh mengelakkan AIDS.

      Sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa mengambil nyawa saudara dalam keadaan yang baik - bukan disebabkan AIDS dan saudara meninggal dunia dalam keadaan bebas tanda-tanda AIDS.

      Saya juga seperti anda, sudah masuk tahun kedua hidup sebagai pembawa HIV. Malah saya sudah maklumkan kepada beberapa ahli keluarga, sahabat rapat dan majikan saya sebagai langkah untuk menghadapi kemungkinan di luar jangkaan.

      Saya masih lagi dalam proses memperbaiki kehidupan saya baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi. InsyaAllah jika kita selalu berniat baik dan berusaha, Dia akan bantu kita. :) Alhamdulillah... Sepanjang didiagnos HIV positive, saya sihat seperti sedia kala tanpa apa-apa penyakit datang. Harap Allah bagi kesihatan yang berpanjangan... InsyaAllah... Amin...

      Apa yang penting sekarang adalah teruskan hidup kita. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang untuk kita memperbaiki apa yang tersilap di masa lalu. Cuba sedaya upaya agar masa itu digunakan dengan sebaiknya. Mendapat tahu bahawa kita menghidapi HIV pada peringkat awal sebenarnya adalah rahmat daripada Allah. Menghidap HIV juga rahmat daripadaNya sebagai kafarah penghapus dosa yang telah dilakukan.

      Teruskan hidup kita sebagaimana insan yang lain. Ajal kita Allah tentukan. Sentiasa berusaha yang terbaik untuk keperluan dunia mahupun bekalan di alam sana.

      ***

      Saudara Izzuwan,

      Tiada salahnya berkawan dengan gay, lelaki lembut, maknyah atau seumpamanya tetapi jika mahu mengelakkan perkara tidak elok cukuplah sekadar mengelakkan dari menyertai aktiviti-aktiviti mereka yang boleh membawa kepada perkara mungkar.

      Jika saudara merasakan berkawan dengan golongan ini benar-benar boleh menyesatkan saudara, lebih baik berdiam diri tanpa menyatakan yang saudara tidak mahu berkawan atau saudara mengelak daripada mereka. Itu lebih baik dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Yang saudara dah tertulis kat komen di atas tu, tidak mengapalah. Harap jangan diulang. :) Kita ada hak dalam memilih apa jua dalam hidup kita. Tetapi adakalanya kita tidak perlu menyuarakan keputusan kita dengan perkataan...

      ***

      Sama-samalah berpesan kepada kebaikan. Di sini ramai insan-insan mulia dan prihatin seperti Naj Mi, Mak Wardah dan ramai lagi. Jadikan blog mereka sebagai panduan atau paling tidak sebagai rujukan.

      Sayangi diri anda, sayangi ibu bapa anda, sayangi keluarga anda, sayangi sahabat-sahabat anda dan sayangi semuanya...

      Usaha, tawakkal dan berdoa

      InsyaAllah hidup anda penuh dengan kasih sayang dan rasa gembira...

      Sesungguhnya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

      Pesanan Mesra,
      MFZ

      Delete
    3. Buat Anon ...

      Sy doakan awk diberi kesihatan yang baik ..
      Mudah2an x lama lagi penawar HIV dan AIDS akan dikormesialkan
      By right .. byk ubat dalam clinical trial lagi ..
      Jgn putus asa .. berbaik sangka la dgn Tuhan ..
      Klu kita positif dgn Tuhan ..mudah-mudahan Tuhan bleh hilangkan penyakit kita ..
      Paling tidak pon .. Tuhan tutup aib kita apabila kita meninggal kelak ..
      Doakan sy bahagia jugak .. :)

      Izzuwan

      Delete
    4. terimakasih pada semua yg bg komen tu..jujurnya, memang saya rasa gelap masa depan,n xtau mana nak letak diri pd masa depan.. tapi sy syukur bila terjumpa blog abg naj mi ni.... sikit sebanyak banyak infor n kisah2 meka yg senasib ngan sy... komen2 n pendapat2 meka yg ada dlm ni...telah membuatkn ada harapan utk sy pada masa hadapan. memang sy ralat kerna ada HIV ni tp dlm masa sama,sy syukur kapadaNYA kerana tahu awl n tak babitkan org lain..special kalu kena khawin kerna sekarang kena buat HIV test, bayangkan kalu pihak lain dpt tahu,,,lagi jadi buah mulut. syukur sesangat sy padaNYA kerna masih lagi tidak menyelak dosa2 sy. sy masih lagi dikasihi olehNYA. sekarang sy belajar utk kuatkan motivasi diri disamping kawan2 yg ada dlm ni yg sentiasa memberi semangat n pandangan sesama kita....hope one day,kita semua bole berjumpa di luar sana tanpa ada pandangan senis pd yg ada HIV p+ .. thank semua...thnk buat abg naj mi.

      Delete
  6. Sy minta maaf dalam komen kat atas ..
    Takde pon sy nak generalize pada semua gay..
    Semua nya pengalaman yg sy lalui sendiri ..

    Maybe sy x patut tulis begitu ..
    Apepon minta maaf belaka kakak2, adik2, abang2 semua ..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri .. : )

    Izzuwan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzuwan,

      Silap tu......Selamat Hari Xmas......:)

      Delete
    2. Ok. Maaf diterima. May you have great time abroad.

      Delete
  7. Izuwan..
    realitinya seorg straight or gay? Leh brkwn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is it gonna make a difference klu sy gay atau straight ?? hmmm ..hahaha
      Basically I don't practice gay lifestyle ..
      Nak berkwn ..boleh .. sy pon xder kawan virtual nie .. sy bagi email yer
      nadeem.sofee@gmail.com ...sapa2 pon bleh email klu nak kongsi cerita ..kongsi pendapat ..
      insya allah .. sy kurang sombong skit dah tua2 nie ..hahaha

      Regards
      Izzuwan ...

      Delete
  8. May Allah bless u Izuwan, best nama tu. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... sayang Mak Wardah ... kiss skittt ... hahaha harammm .. :)

      Izzuwan ..

      Delete
    2. Taupun.....anyway take gud care of yself. Nanti kl g sana bole lepaking skali.

      Delete
  9. gay = anugerah = kalo si gay dapat hayati kelebihan2 yang dia dapat di sebalik ke-gay-annya

    gay = ujian = kalo si gay dapat rasai bahawa ke-gay-annya membuatkan dia lebih sukar dalam mencapai apa yang dihajatinya. lagi sukar sesuatu tu, lagi kuat usaha/kemampuan yang diperlukan. ini dapat memberikan nilai yang tinggi kepada kejayaan yang akan digapainya kelak (tak kira duniawi/ukhrawi)

    gay = malapetaka = kalo si gay jadi semakin tahpape dalam hidupnya akibat ke-gay-annya.

    (ye ke?)

    ReplyDelete
  10. Despite the confession, saya masih doakan saudara2 yang berjihad melawan nafsu itu semoga dipertemukan jodoh dengan sebaik2 perhiasan dunia, yang dapat memberikan ketenteraman kepada saudara2... kebahagiaan di dunia & beroleh husnul khotimah. Stay positive, keep your prayers, live to give.... insya Allah yang Maha Pengasih itu akan selalu memberi ni'mat2 melalui jalan2 yang tak disangka2.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST