Monday, 25 November 2013

INSAN KELIRU - STATUS HIV PASTI MENGAGALKAN SAYA, APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN?





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Abang Naj Mi,

Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya sebagai "Insan Keliru" sebelum memulakan bicara mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Saya terdetik untuk menulis emel ini kerana membaca blog abang semasa mencari maklumat berkaitan HIV. 

Saya merupakan anak ke X daripada XX orang adik beradik yang tinggal di bahagian luar bandar (kampung). Mak saya seorang suri rumah sepenuh masa manakala abah seorang XXXXXXX dan pernah bekerja sebagai XXXXXXX di XXXXXX dan kini bergantung harap kepada duit pencen bulanan dan hasil kebun XXXXXX yang diusahakan. Dalam keluarga, hanya saya seorang menjadi harapan keluarga untuk dibanggakan seperti ibu-bapa yang lain di dunia ni. Kerana saya seorang sahaja yang berjaya mendapatkan segulung ijazah berbanding adik beradik yang lain.

Saya sudah bergradusi pada bulan XXXXX tahun 20XX dan telah tamat menjalani latihan pekerjaan selama setahun di sebuah syarikat XXX terkemuka di Malaysia dan telah tamat latihan pada akhir bulan XXXXX tahun 20XX yang lalu. 

Saya mengakui bahawa saya adalah golongan Gay, dan telah mula terjebak dalam kancah ini semenjak berusia 17 tahun. Saya sering dipanggil sebagai seorang lelaki lembut semenjak zaman kanak-kanak lagi oleh kerana sifat pemalu yang saya miliki. Perasaan menjadi seorang gay bermula semenjak di bangku sekolah. Panggilan dan jolokan lelaki lembut yang telah membuatkan saya merasa tersisih. Akibat daripada perasaan itu, ianya telah mendorong saya untuk menjadi seorang gay secara tidak sedar. 

Saya pernah mempunyai perasaan kepada wanita semasa di tingkatan satu namun ianya telah ditolak mungkin kerana karakter saya sebagai seorang lelaki lembut. Sejak daripada kejadian tersebut, saya telah mula beralih perasaan untuk menyukai pasangan sejenis saya.

Sejak dibangku sekolah, saya tidak pernah tahu punca jangkitan HIV kerana tidak mendapat sebarang pendedahan mengenai virus berkenaan. Saya telah menjadi seorang remaja gay yang aktif ketika melangkah ke alam Universiti. Hal ini adalah kerana faktor jarak saya dengan keluarga yang jauh membolehkan saya untuk bersosial dengan dunia baru. 

Saya mula bijak bersosial tanpa sempadan 

Saya mula menggunakan enjin pencarian google untuk mencari sesuatu yang boleh merangsang nafsu seorang gay seperti saya. Lama-kelamaan, saya mula berjinak dengan laman sosial seperti Facebook pada awal tahun 2009. Kemudian disitulah bermulanya kegiatan bersosial saya tanpa sempadan. Ramai orang saya kenali melalui laman tersebut dan ada juga golongan gay yang menyapa saya untuk berkenalan. 

Bermulalah kisah gelap saya sebagai seorang gay daripada keluar bersama golongan sejenis setelah membuat temujanji di laman sosial sehinggalah kepada pergaulan seks bebas daripada "ringan2" kepada yang lebih berat. Tanpa saya sedari mengenai "safety sex" semasa melakukannya. Pelakuan seks berkenaan tidak sekerap mana, saya cuma melakukannya pada pasangan kekasih sejenis saya sahaja. Setelah hampir 7 tahun saya bergelumang dalam dosa ini. 

Pada awal tahun lepas, semasa menjalani latihan pekerjaan di syarikat XXX berkenaan, saya telah tinggal di hostel yang disediakan. Pada waktu itu, saya baru sahaja putus cinta dengan kekasih sejenis saya. Hal berkenaan telah membuatkan saya rasa keseorangan dan telah memilih untuk mencari teman di sekitar Selangor. 

Pada suatu hari saya telah mendapat message dalam inbox facebook saya daripada seseorang. Dia mengenali saya daripada wall post dan komen didalam sebuah group golongan gay area selangor. Saya telah menjalin hubungan terlarang dan malakukan hubungan seks dengannya. 

Setelah seminggu semasa tempoh latihan di syarikat XXX berkenaan, saya telah mendapat panggilan temuduga dengan sebuah company di XXXXXX. Saya telah berjaya melepasi temuduga berkenaan dan ujian saringan kesihatan juga telah dilakukan di klinik panel bank berkenaan dan mengesahkan saya bebas HIV. Saya telah menandatangani surat penerimaan tawaran bekerja berkenaan di HQ company tersebut dengan tawaran gaji 2.8k sebagai excecutive trainee.

Namun, saya telah menolak tawaran pekerjaan tersebut kerana saya ingin meneruskan latihan dengan syarikat XXX tersebut walaupun hanya menerima bayaran elaun dengan harapan akan diserap sebagai Executive setelah tamat tempoh latihan.

Saya tidak tahu teman lelaki saya positif HIV

Mengenai hubungan saya bersama lelaki yang saya kenali tersebut. Hubungan kami tidak lama, hanya bertahan sehingga sebulan. Semasa mengenali lelaki berkenaan, pada suatu hari dia membuat pengakuan mempunyai virus HIV. Jesteru itu juga saya terus menangis tanpa henti kerana risau akan jangkitan berkenaan. Dia terus memujuk saya bahawa itu adalah gurauan sahaja. Oleh kerana kekerapan lelaki berkenaan yang meminta untuk meminjam wang daripada saya, ianya telah membuatkan saya memutuskan untuk tidak bersamanya lagi. 

Tidak lama selepas itu, saya mendapat berita daripada seorang teman facebook yang mengatakan lelaki yang saya kenali itu benar-benar mempunyai virus HIV. Saya terus terdiam kaku dan terasa seperti tidak berdaya. Teman facebook yang menyampaikan berita berkenaan telah menyuruh saya membuat ujian saringan HIV. Namun, akibat daripada perasaan keliru yang membelenggu diri, saya telah mengambil keputusan untuk tidak membuat ujian HIV. Sejak daripada itu, saya selalu berdoa agar dijauhkan daripada kemungkaran. 

Pada awal bulan XXXX tahun 2013, saya telah membuat keputusan untuk membeli HIV test kit secara online untuk mengetahui status HIV tersebut secara privacy. Keputusannya C berjalur gelap dan T berjalur pudar. Walaubagaimanapun ianya tetap +ve kerana terdapat jalur pada T. Sejujurnya luluh perasaan saya ketika itu dan merasakan saya telah menghancurkan harapan mak dan abah saya. 

Sejak daripada hari tersebut, setiap hari selepas solat, saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk membalas jasa dan mengukir senyuman kepada mak & abah saya. Saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk menjelaskan hutang pinjaman pendidikan saya. Setiap hari saya berdoa dan mengalirkan airmata tanpa henti selepas solat. Sejujurnya saya menyesali akan perbuatan lampau saya. ='(

Antara HIV, pekerjaan dan harapan mak abah

Hari ini saya telah mendapat email daripada syarikat XXX tempat saya menjalani latihan berkenaan yang mengatakan saya ditawarkan untuk diserap sebagai Executive. 

Namun apa yang merisaukan saya sekarang, saya keliru, dengan saringan ujian kesihatan yang saya perlu lalui di klinik panel syarikat tersebut. Dalam borang tersebut ada menyatakan status HIV/AIDS. Saya sangat keliru sekarang, dengan harapan mak & abah yang ingin melihat saya berjaya dan seorang yang boleh dibanggakan akan hancur dan musnah kerana status HIV tersebut kelak. Status HIV itu pasti akan menggagalkan saya untuk mendapat penyerapan sebagai pekerja di syarikat XXX tersebut. 

Apa yang harus saya lakukan sekarang Abang, saya sungguh keliru dengan apa yang saya lalui ini. Jika saya gagal mendapat pekerjaan di usia masih muda ini, pasti mak & abah saya kecewa tambahan pula jika mereka mengetahui hal sebenar diri saya. 

Apa yang harus saya lakukan? Saya sungguh keliru akan apa yang terjadi. Saya sehinggakan terfikir bagaimana untuk memalsukan status HIV dalam borang berkenaan kerana risau akan masa depan dan kerjaya saya akan GELAP...... 



Yang memerlukan pertolongan seikhlas mungkin,
INSAN KELIRU.




Salam Insan Keliru,

Keputusan HIV KIT menunjukan +ve, setahu abang ketepatan HIV KIT itu ialah 99.9%. Walaubagaimana sekali pun, abang nasihatkan saudara agar jalani ujian sekali lagi di hospital kerajaan atau mana-mana klinik swasta seperti (BP Health), agar result lebih konkrit dan lebih diyakini sebelum melakuakan ujian dari klinik panel syarikat tersebut.

Segalanya telah berlaku, buat permulaan pastikan benar status HIV saudara, kemudian baru fikir mengenai pekerjaan.

Sekiranya saudara tiada rezeki di syarikat XXX tersebut insyaallah ada rezeki ditempat lain, percayalah kepada ketentuan Allah. Ada kala sesuatu yang sangat kita inginkan sesuatu yang dirasai sangat baik buat diri kita sebenarnya sangat tidak baik buat kita. Allah maha mengetahui. Mungkin kerja di XXX itu tidak baik buat saudara sebab itu Allah alihkan arah tuju hidup saudara kearah lain yang lebih baik. Mendapat HIV tidak semestinya tidak baik, mungkin ianya lebih baik (dapat HIV) daripada tidak dapat.

Saudara kena bersangka baik kepada ketentuan Allah, abang percaya saudara seorang yang bijak, bersemangat dan mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik walaupun kemungkinan positif HIV. Ramai PLHIV diluar sana yang berjaya dalam hidup, saya percaya saudara akan menjadi seperti salah seorang daripada mereka.

Buat masa ini saudara kena fikir positif, teruskan apa jua plan perancangan kehidupan saudara, dan tengok sahaja apa yang akan berlaku di masa depan, dalam masa yang sama berdoa kepada NYa agar dipermudahkan segala-galanya.- Naj Mi




51 comments:

  1. salam adik..
    ya Allah begitu sekali ujian adik ini.berilah dia kekuatan dlm menempuh kehidupan ini..

    ReplyDelete
  2. Salam insan keliru,

    Saya rasa awak perlu buat pengesahan ujian hiv yg awak buat di hospital/klinik/makmal yg buat ujian hiv. Saya doakan semoga ia negatif, insya allah.

    Kalau ia positif jgn risau sbb rawatan yg ada skrg membolehkan awak hidup seperti insan normal lain. Awak tahu dulu lagi susah tau sbb takder rawatan percuma utk pembawa hiv. Ada yg terpaksa jual rumah utk bayar kos perubatan. Tapi diaorang survive sampai skrg. Ada yg dah lebih 20 tahun jadi pembawa virus hiv.

    Soal kerja saya rasa rezeki ada di mana2. Kalau awak rajin berusaha insya allah okay.

    Saya yakin dalam tempoh setahun dua ini saintis akn menemui cure kpd hiv.

    ReplyDelete
  3. Dek, sahkan status anda, dan cuba berbincang dgn pihzk pengurusan kalau yakin mereka akan rahsiakan. Yg penting dahulukan kesihatan kerana rezeki itu ada dimana2. Yakinlah pd kasih sayang Allah, mohonlah apa2 sahaj kepada NYA kerana itulah yg terbaik. Doakan segala yg terbaik utk anda.

    ReplyDelete
  4. Segala maklumat pesakit adalah private &confidential.Majikan hanya berhak mendapatkannyadengan kerelaan pesakit setelah mendapatkebenaran bertulis daripada pesakit itusendiri.Berbincang dengan doktor/ kaunselor jikasaudara menghadapi masalah ini.Hubungi dan dapatkan nasihat professionaldaripada PT Foundation dan Majlis AidsMalaysia. Minta nasihat mereka untukberhubung dengan Majlis Peguam yangbersedia membela kita jika perlu.Jangan sesekali terpengaruh dengan kehendakmajikan.Semua ini stigma, diskriminasi dan jugmentaltolol yg tak perlu dilayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yg sy tahu dan bc dr blog seorg hamba Allah.jgn putus asa..rezeki ada lah janji Allah.jgn pts asa.setiap org ada hak untuk dapat spt org lain.cuma cara..dugaan dan cabaran masing2 berbeza.sy juga ada teman yg mempunyai nsb spt saudara...tp mrk ada pekerjaan yg baik.yg penting saudara jg kshtan baik2.berdoa dan jgn pts asa.Allah maha mendgr.

      Delete
  5. Kalaulah ubat HIv tu ada dan dapat merawat dengan berkesan...

    Pasti zina/liwat. .sex bersepah2...
    Nak takut apa???ubat ada.

    Hari ni...
    Jika kita tak takut Tuhan..Allah tak kisah pun ko nak jaga agama ke tak..
    Tapi Tuhan bagi amaran sikit je..small things..
    Hiv virus... Kecik je..xnampak pun..
    Tapi semua orang takut...

    Itulah....Tuhan maha adil.
    Berusaha kembali padaNya.

    Sigh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pandangan saudara tidak tepat. Bukan semua pembawa hiv dpt daripada sex bebas. Ada yg dpt drp ibu, ada yg dpt drpd suami dan ada yg dpt drpd pemindahan darah.

      Saya tidak pasti sama ada saudara sedar atau tidak yang penghidap hiv dlm kalangan surirumah jauh lebih tinggi drpd pelacur.

      Kalaupun mrk yg dpt hiv drpd sex bebas siapa kita untuk menghukum mereka? Kalau mcm tu rawatan haart yg ada skrg haramkanlah kpd mrk yg amalkan sex bebas dan penagih dadah sbb mrk ini hina pada pandangan saudara.

      Setiap penyakit yg Allah turunkan dtg sekali dgn penawarnya. Itu janji Allah yg disampaikan menerusi lidah rasulnya. Cuma kita kena berusaha mencarinya.

      Usaha mencari telah dilakukan berpuluh tahun dan saintis semakin hampir menemui penawar kpd hiv. Saya yakin saudara yg belajar perubatan sudah tentu biasa membaca jurnal2 seperti Lancet & Nature. Dalam jurnal tersebut penemuan terkini berkaitan hiv diterbitkan. Rajin2 laaa baca. Nak jadi doktor kena byk membaca.

      Delete
    2. Kalau mcm ni laa sikap pengamal perubatan maka ramailah pesakit yg mati kat hospital. Kalau boleh you all bagilah borang kat pesakit minta isi dosa2 yg diaorang mungkin buat dan you all jgn rawat mrk yg banyak berdosa biarlah pesakit tu rasa azab sakit.

      Ini yg membezakan kita dengan orang2 barat. Mereka tanpa jemu membuat penyelidikan mencari penawar kpd setiap penyakit. Jangan kita lupa yg Allah menyebut di dalam al-quran yang ia hanya akan menyembuhkan penyakit kalau ia kena dgn rawatan dan ubat yg betul. Maksudnya kena usaha mencari penawar fan bukannya duduk berdoa semata2 tanpa berusaha. Mengerti?

      Delete
    3. Maaf, ini teguran mesra saya utk saudara Mohd Fadzli Tuah. Allah Maha Besar, kunpayakun. Mari kita sama2 muhasabah diri, sama2 kembali kpdnya bersama2, dgn plhiv juga secara berjemaah sbb jgn terkejut terkejut kl tgn yg merawat kita, mulut yg mengajar kita & mereka yg rapat dgn kita mjuga hiv. Saya merayu saudara fgn penuh rendah diri and hati, sama2 membantu walaupun saya hanya mampu dgn hukurkan salam persahabatan. Harap saudara jugak begitu kerana kita sama2 insan milik Allah

      Delete
    4. saya suka sangat pendapat awak. Awak buat saya mula utk bermunasahabah diri mengapa saya masih gagal utk mencari jalan bagi meninggalkan sisi gelap saya.

      En Nadjmi terima kasih banyak2 kerana blog En. Nadzmi mula meninggalkan kesan dihati saya.

      Delete
    5. Salam JAZZLEE,

      Alhamdulillah saya pun berterima kasih sebab saudara baca blog saya, dan tinggalkan komen, saya pun tak perfect so melalui komen2 pembaca (sama ada pro atau kontra) sedikit sebanyak telah memberi kefahaman kepada saya (dan kita semua) mengenai sesuatu permasaalahan itu. Alhamdulillah

      Delete
  6. Sblm adik terlupa nasib malang adik, yang pertama - Tahniah pada adik sebab adik memang berbakat dan g mana-mana selalu ada REZEKI.

    Ha'ah memang jika amik biasiswa dan syarat kerja adalah ujian HIV. Msa abg mohon bank rimau dulu pun doktor tulis something dan lekatkan mati jgn dibaca utk diberi pd pengurus bank.. tapi abg curi bukak hati2 dan doktor tulis "Moderate Acne".

    Semua perjalanan hidup kena terima hakikat baru boleh gerak lancar.
    Terima Hakikat dan ikhtiar rancangan susulan. Abg bukan menggalakkan penipuan status ke apa..tp setiap org ada hak atas dirinya...bila jd mcm ni tak pyh la kita nasihat dosa pahala seolah menakutkan, sbb abg tahu org yang luluh hatinya mmg da mengadu dan kembali pada Allah sepenuhnya.

    Allah masih sygkn adik, Dia tahu mana adik nak pergi cr rezekiNya . Allah rindukan doa hambanya..InsyaAllah rezeki ada. Byk mengadu pd Allah, InsyaAllah nati Allah hantar pengantara menunjuk jln keluar masalah kita. Buat ujian di Klinik Kerajaan dahulu dan minta nasihat dr org yang mahir mcm Abg Najmi ni. Profesioanl d luar sana pun bkn semuanya HIV-

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Ini adlh pertama kali sy beri komen dlm blog abg najmi, w/pun sy mmg x prnh miss membaca semua kisah yg abg najmi paparkan.

    Kpd saudara Insan Terkeliru,
    Sy sokong saranan abg2 & kakak2 di atas yg menyarankan agar saudara tentu sahkan status kesihatan anda dahulu. Sepengetahuan sy yg sedikit dlm bidang virologi ni, hiv test kdg2 memberi kptsn 'false positive' yg acapkali. Malah, pakar virologi di makmal rujukan penyelidikan perubatan pun mengambil masa melihat kptsn pelbagai test2 yg dilakukan ke atas sampel pesakit yg dihantar oleh hosp2 berkenaan sblum sewenang2nya mengeluarkan kptsn mrk. Malah, molecular test (seperti PCR) pun kdgkala blh jd salah jika berlaku contamination sms membuat ujian itu.

    Berkenaan dgn pekerjaan, itu semua adlh rezeki yg Allah swt telah tetapkan. Jgn risau ttg dunia seandainya kita mengambil berat akan Akhirat yg kekal abadi. Sy pun seperti saudara, iman senipis kulit bawang. Sedang berusaha menjauhi kemungkaran setelah ditimpa suatu musibah (sbg pengajaran).

    Salam hormat drp,
    MF

    ReplyDelete
  8. moga jadi pengajaran dan teladan, utamakan tahap kesihatan diri dan jugak pasangan, amalkan langkah2 berjaga agar seketat mungkin bila bersama pasangan. aku xlah memandang hina atau jijik pada pembawa HIV, memang simpati, tapi aku amat takut kalu seseorang itu ada HIV, aku memang TABOO. kekadang aku tgk pemohonan pekerjaan, terpaksa aku reject bila ada status HIV..sayang semuanya masih muda, rugi plak dia orang study eng. cian mak bapak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut & Taboo? Itu sememang sikap kebanyakan manusia. I have no surprise really. Persoalnnya, saudara tahu ke siapakah pembawa hiv? IKut statistik kementerian kesihatan, pembawa hiv terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat tidak kira sama ada ceo syarikat gergasi, hakim, peguam, jurutera, doktor, guru, pensyarah, arkitek, ustaz, ustazah, ahli politik dan lain-lain.

      Jangan ingat pembawa hiv terdiri daripada penagih dadah dan pelacur sahaja. Jangan hairan yer kalau saudara ke hospital dan saudara dirawat oleh doktor yang menjadi pembawa kepada HIV. So, tak payahlah berangan yang diri tuh hebat sangat. Pembawa HIV tidak perlukan simpati daripada saudara. Pembawa HIV terdiri daripada manusia yang tabah dan tak perlukan simpati daripada masyarakat.

      Saudara tak ambil bekerja mereka yang ada HIV? Saya rasa itu hak saudara tetapi rezeki Allah ada di mana2. Bukan saudarayang beri rezeki tetapi Allah yang berikan rezeki.

      Delete
    2. Saudara Jazzlee,

      "Kadang-kadang aku tgk permohonan pekerjaan, terpaksa aku reject bila ada status HIV"

      Saudara antara segelintir dikalangan masyarakat yang masih tidak memahami hal berkaitan HIV AIDS, dalam fikiran saudara memikirkan yang buruk2 sahaja terhadap PLHIV sebab itu saudara taboo, takut yang bukan-bukan.

      Benar seperti kata ANONYMOUS diatas PLHIV bukan hanya dikalangan penagih dadah, gay dan pekerja seks sahaja, ramai PLHIV dikalangan suri rumah, malah ada yang dapat jangkitan HIV sejak dilahirkan berjangkit dari ibu bapa mereka. Bagaimana sekiranya anak-anak kecil yang tidak bersalah ini apabila dewasa, jika memohon pekerjaan drp saudara, saudara reject begitu sahaja (walaupun berkelayakan) tanpa memahami hal sebenar mengenai mereka, saudara hanya bayangkan yang buruk-buruk sahaja mengenai mereka (PLHIV).

      Tidak mustahil pada hari ini rakan rapat saudara, adik beradik saudara, malah kemungkinan bakal isteri saudara seorang PLHIV atau anak remaja saudara (jika ada) adalah seorang PLHIV.

      Hari ini saya menerima komen dari BERUANGTUER didalam salah satu entri dalam blog ini, yang menulis, "saya pesakit hiv dari kecil..... add atau email saya di beruangtuer@gmail.com

      Bagaimana sekiranya adik ini memohon pekerjaan dari saudara, dan saudara reject permohonanya bulat2 hanya disebabkan status HIVnya (yang saya pasti jangkitan berlaku bukan salahnya) pada hal adik ini sangat berkelayakan.

      Saya rasa ANONYMOUS diatas sudah menjawab bagi pihak saya yang rasa kesal atas tindakan saudara yang reject bulat-bulat permohonan pekerjaan dikalangan PLHIV. Saya harap saudara baca dan cuba fahami hal berkaitan HIV/AIDS dan PLHIV, sekiranya saudara faham saya pasti pandangan dan tindakan saudara terhadap PLHIV berbeza.

      Kehidupan dunia ini berputar, hari ini kita diatas kita berkuasa, esok lusa kemungkinan kita akan berada dibawah, dan tidak mustahil apa yang kita lakukan terhadap orang lain hari ini akan kita dapat balasan yang sama seperti mana yang telah kita lakukan suatu hari kelak.

      Bukan simpati yang saya minta daripada saudara tapi buat lah keputusan sewajarnya, berlaku adil kepada mereka yang layak bukan mengadili hanya disebab status HIV mereka.


      Delete
    3. Kita yang berasa diri ini mulia sangat2 belum tentu mulia di sisi Allah. Orang yang kita nampak hina mungkin jauh lebih mulia daripada kita di sisi Allah.

      Masalah dengan manusia ini mudah sangat menghukum orang.

      Delete
  9. Assalam...

    Boleh saya tahu kerja apa yang anda maksudkan,kebanyakan perkerjaan tidak melakukan pemeriksaan hiv melainkan jawatan yang merbahaya.setahu saya masih banyak jawatan yang anda masih berpeluang cerah untuk berkerja.

    Yang penting jaga kesihatan anda ditahap maksimum.dengan kesihatan yang baik ia tidak menjadi masalah.jika anda sakit,apa jawatan pun akan jadi masalah pada anda.klu anda sudah lama menjadi plhiv,saya nasihat anda buat persediaan untuk bekalan disana nanti.ini lebih penting dari fikir kehidupan yg sementara.

    pedulikan apa org nak kata yg mustahak bahagia didunia yg kekal abadi.apapun rahsiakan aib anda,teruskan macam biasa.Allah tidak menzalimi hambanya.dan anda mampu melaluinya.jgn fkr sangat anda tu hiv.set diminda anda,anda sihat.selesai masalah

    ReplyDelete
  10. Semua penyakit didunia ini ada penawarnya......hanya mati sahaja yg tiada penawar......jgn risau bnyakan berdoa pd allah....sesungguhnya yg baek itu drpnya dan yg tidak baek itu dari kita sendiri.....jgn risau......ingat ada penawarnya.....insyaallah

    ReplyDelete
  11. saya mintak maap banyak2 atas statement saya, saya x bermaksud nak blame sumeee golongan, hanya golongan tertentu sahaja -> pengamal seks songsang (jugak sbagai ingatan utk diri saya sendiri sebagai biseksual utk lebih menjaga keselamatan diri). Saya jugak berjaya akhirnya utk dapat komen kontra dpr sume. Selalunya saya hanya dapat komen yg pro saja langsung x meninggalkan bekas di hati pengamal seks songsang termasuk saya. Bukankah kenyataan yg pahit itu lebih baik utk menyedarkan orang dari kata2 manis hanya sekadar utk penyedap rasa dan kemudian diabaikan begitu sahaja. Ini cuma pendapat saya sahaja dan saya sentiasa bersikap terbuka, dalam pro mesti kena ada kontra, itulah yg terbaik. Saya seorang setiausaha mengendalikan permohonan pekerjaan utk golongan engineer dalam industri berat, HIV memang dielakkan, kerana risiko kecederaan amat tinggi ditempat kerja. Saya masih waras utk tidak membeza sesama manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jazzlee,

      Tidak mengapa, terima kasih kerana meninggalkan komen, jika saudara tidak meninggalkan komen kami tidak tahu dan tiada perdebatan, cuma kita masing-masing memperkatakan apa yang kita rasa betul..

      Yang penting soal kelulusan permohonan pekerjaan pada pandangan saya perlu diadili dengan seadilnya, jika benar permohonan seseorang PLHIV itu sangat tidak sesuai dengan pekerjaan yang dipohonnya itu, jika di reject dengan adil alhamdulillah,

      Yang saya bimbang mungkin ada sesetengah company yang lain yang tidak mengadili permohonan seseorang PLHIV dengan adil walaupun permohonan pekerjaannya sesuai dengan diri nya dan tiada sebarang bahaya yang mungkin dihadapi, mereka direject hanya kerana mereka positif HIV.

      Sebab itu PLHIV sendiri dalam keadaan serba salah sama ada mahu berterus terang atau terpaksa menipu berkaitan status diri mereka apabila mereka mahu memohon (menerima) sesuatu pekerjaan (seperti kes insan keliru diatas)

      Alhamdulillah terima kasih kerana meninggalkan komen.......:)

      Delete
    2. Alah setiausaha jer..ingatkan ceo syarikat..berangan jer lebih. Untuk mereka yg hiv positif anda tidak perlu declare yg anda hiv positif kpd bakal majikan anda. Mereka tidak ada hak utk tahu.

      Delete
    3. Eh by the way hazleee you keje kat company mana yg membolehkan setiausaha memilih pekerja. Setahu saya HR atau ceo syarikat jer boleh pilih pekerja. Ke you syok sendiri jer? Jgn ingat pembaca blog abg najmi tak pergi sek tau. Ada yg belajar kat ivy league universities yer.

      Delete
    4. untuk makluman saudara, saya hanya menjalankan amanah kerja saya sahaja. pihak majikan kami tidaklah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap mana2 pemohon kerja utk sebarang jawatan yg dikendalikah oleh pihak HR. Hanya bahagian saya sahaja yg perlu saya tapis sendiri utk tujuan keselamatan berdasarkan risiko perkerjaan. Lagipun pihak majikan juga terikat dengan "labour Law". So pembawa HIV tidak perlulah bimbang. Masih banyak lagi peluang perkerjaan dari serendah2 jawatan kepada setinggi jawatan di Syarikat kami jika ada kekosongan, yg penting berdasarkan kelayakan dan pembawa HIV tidak perlu mendedahkan status diri. Kita pun jangan lah terlalu cepat menghukum pihak majikan. Smlam saya meninterview 9 calon metallurgical Engineer seramai 9 orang, dan saya masukkan persoalan sanggupkah mereka bekerja bersama pembawa HIV didalam bidang kerja berisiko? 7 dpd mereka akan menolak tawaran pekerjaan, manakala bagi 2 calon sanggup kerja bersama asal pembawa HIV mendedahkah status diri, Sama2lah kita berfikir. yang penting berlapang dada dan bersangka baik sesama insan.

      Delete
    5. Eh..dah minta setiap orang berlapang dada dan bersangka baik pulak. Bukan ke komen kat atas you cakap you memang TABOO dengan pembawa HIV. You really have to be consistent in your opinion.

      Delete
    6. memang saya takut dan taboo kalau orang ada HIV/aids. kalau u ada HIV u dok sebelah saya, xkan saya nak bangun or suruh u pergi, harga diri manusia nak kena jaga juga. saya jugak under HR cuma di divide ikut dept. saya interview dan komen, my GM akan buat keputusan, kita banyak plant. kecian kat awak tauuuuuuuuuuu. xmaulah gaduh ngan u.. tapi saya suka awak yg . > kontra. saya suka kalau dpt kawan cam nii. tentu x bosan.....=).

      Delete
    7. JAZZLEE,

      Perasaan takut itu pada saya adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakan orang diluar sana, kalau tanya saya sendiri sekiranya saya TIADA HIV mungkin saya juga pun akan rasa takut untuk berdekatan dengan pembawa HIV. Jika saya memberitahu status diri saya kepada adik beradik saya yang lain kemungkinan mereka juga akan takut untuk menghampiri saya.

      Selepas saya disahkan positif HIV pada 2005 dulu, saya juga mengambil masa juga untuk cuba mengubah sikap saya yang masih ada perasaan rasa takut kepada PLHIV lain (walaupun saya sendiri positif), dulu apabila nak ke hospital pun saya takut berjumpa dengan PLHIV lain.

      Tetapi saya percaya kalau kita faham benar mengenai maklumat mengenai HIV AIDS (mengambil tahu mengenai permasaalah HIV AIDS secara asas) dan berkawan dengan PLHIV lain walaupun hanya melalui alam maya sekadar friend dalam FB memahami masaalah mereka insyaallah rasa takut itu akan hilang.

      Dalam FB, saya mempunyai ramai kawan terutama dikalangan NON PLHIV sama ada lelaki dan wanita yang mempunyai rakan yang positif HIV, kebanyakan mereka apabila ditanya mengenai HIV AIDS mereka katakan yang mereka tidak takut kepada rakan mereka yang positif, malah ada yang kata mereka sanggup memeluk rakan mereka tanpa rasa takut, sebab mereka faham bahawa HIV tidak berjangkit melalui cara itu, mereka faham benar bagaimana cara sebenarnya HIV itu berjangkit,

      Malah ada wanita NON PLHIV yang tidak kisah menyentuh membalut luka rakannya yang positif HIV, ia tidak takut sebab ia tahu bahawa HIV tidak berjangkit melalui cara itu.

      Saya meneruskan hidup saya dalam keadaan terus merahsiakan status saya dari ahli keluarga saya yang lain, anak saudara saya yang dilahirkan tahun 2005 (tahun saya disahkan positif) sejak bayi lagi saya sudah memeluk menciumnya, makan dan minum bersama adakala tidur bersama, semua itu tak boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HIV dari tubuh saya kepadanya.

      Yang penting sedikit sebanyak kita kena faham (AMBIL TAHU) mengenai HIV AIDS, bagaimana cara ia berjangkit dan sebagainya. Insyaallah perasaan takut itu akan beransur2 hilang apabila kita sudah faham...Insyaallah....:)

      Wallauallam saya terangkan sekadar yang termampu......:) :) :)

      Delete
  12. Sy berdoa .. keputusan test kit tue .. salah ..
    Klu betul pon .. masih belum terlewat .. insya allah ..
    Hidup dgn sehat , jaga makanan .. x kan sewenang-wenang nya nak mati tanpa sebab ..
    Mohon pada Tuhan .. byk kan doa ..
    Positifkan diri ..

    Sy doakan awak bahagia dan dapat bahagiakan keluarga awak ..
    Jgn pikir sgt .. just follow the procedure ..
    Hidup bukan nya berakhir klu dapat HIV pon ..
    Masih byk ruang masa utk membaiki diri dan menghadapi masa depan

    Regards

    Izzuwan

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum semua,

    Menegur jangan sampai menghina
    Memuji jangan sampai memuja...

    Kepada ODHA di luar sana teruskan kehidupan anda. Jangan berputus asa walau apa jua rintangan yang datang. Musuh utama kesihatan kita adalah sikap kita sendiri serta stigma dan judmental orang-orang di luar sana.

    Secara kasarnya... Persetankan sikap jumud mereka. Teruskan usaha untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Orang yang bukan senasib tidak berada di tempat kita, tidak akan tahu apa yang kita rasa... Begitulah jua kita tidak berada di tempat orang lain.... Tidak tahu apa yang mereka rasa.... Mereka sukar memahami kita, kita sukar memahami mereka...

    Rezeki di bumi Allah ini luas. Bergaji tinggi tidak semestinya mempunyai rezeki yang banyak. Bergaji rendah tidak semestinya mempunyai rezeki yang sedikit. Paling ditakuti adalah istidraj... Iaitu balasan Allah yang membawa kemusnahan dalam kemewahan dan kelalaian...

    Alhamdulillah pembawa HIV diberikan peringatan dengan turunnya virus ini kepada mereka. Tetapi ramai lagi di luar sana terus melakukan kemungkaran tanpa peringatan Allah. Juga perlu diingat... Setiap musibah itu adalah penghapus dosa sebagai kafarah... Jadi, siapakah sebenarnya yang Allah lebih sayang?

    Agaknya kepada yang suka mendiskriminasi PLHIV@ODHA kena sarankan pemohon kerja buat ujian kedaraan atau keterunaan kepada individu bujang. Kalau ada test result yang boleh mengesan zina lagi bagus. Sesungguhnya pelaku zina atau pengguna tegar dadah yang bebas HIV tiada bezanya dengan penghidap HIV yang disebabkan penyalahgunaan dadah atau zina. PLHIV yang dijangkiti sejak lahir pula tiada bezanya dengan orang-orang yang bebas dari zina dan penyalahgunaan dadah.

    HIV bukan wabak. Amat sukar berjangkit. Tolong jangan mendiskriminasi kami.

    Pesanan Tegas,
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Naj Mi...

      Kadang-kadang pelik dengan sikap manusia yang suka menghukum dan terlalu peka dengan kelemahan/kekurangan orang lain. Kalau nak counterback it is very, very easy as we say ABC... But what the different between us & them?

      Apa yang kita mampu... Doakan ajelah semoga mereka ini dibersihkan hati dan diberikan fikiran yang positif.

      Satu lagi yang saya tak berapa berkenan adalah cara penulisan seseorang. Jika ingin menulis, lakukan sebaik mungkin... Elakkan menyinggung perasaan orang lain.

      Pendekatan yang bersifat kekerasan selalu dibenci dan boleh menimbulkan perbalahan. Pendekatan yang lemah lembut selalu disukai membawa kedamaian.

      Batu yang keras di ketuk batu keras yang lain akan pecah dan musnah. Batu yang dititis air sedikit demi sedikit, walaupun memakan masa yang lama selalunya akan terbentuk indah... Renung-renungkan...

      Wallahua'lam.

      MFZ

      Delete
    2. Salam MFZ,

      Insyaallah, pandangan saya walaupun kebanyakan masyarakat masih memandang serong terhadap PLHIV tapi saya percaya hari demi hari sedikit demi sedikit ramai yang sudah boleh menerima PLHIV berada di sekitar dalam hidup mereka, yang penting kita sama2 terangkan kepada umum mengenai pekara sebenar semampu mungkin mengikut cara kita masing2....:)

      Delete
  14. Petronas skrg ni pun tidak lagi mewajibkan pekerja baru mengistiharkan status hiv mereka. Harap syarikat lain akn mengikut jejak langkah petronas lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Saya ada seorang rakan bekerja di Petronas seorang yang positif HIV, alhamdulillah saya nampak dia tiada bermasaalah bekerja di syarikat tersebut, walaupun masih merahsiakan diri mengenai status diri tapi tidak menghalang dia dari terus bekarja malah saya nampak dia masih dihantar ke negara Eropah berurusan berkaitan kerja (kalau tak silap).....Alhamdulillah

      Delete
    2. Naj Mi,

      Saya memang puji langkah yang diambil oleh Petronas. Saya yakin pihak pengurusan syarikat gergasi tersebut telah mengkaji daripada segenap aspek dan mereka membuat keputusan untuk tidak mendiskriminasi PLHIV. Syabas saya ucapkan kepada Petronas. Semoga Allah terus memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada syarikat yang sangat kita banggakan.

      Bagi PLHIV, virus HIV sebenarnya bukanlah pembunuh tetapi STIGMA masyarakat yang akan membunuh PLHIV. Saya membaca satu buku yang bertajuk HIV/AIDS: Isu dan Stigma. Memang sedih mendengar rintihan PLHIV. Kita boleh terima kalau mereka yang jahil mendiskriminasi PLHIV, tetapi bayangkan doktor di hospital bertindak mendiskriminasi PLHIV. Kata2 yang mereka keluarkan kepada PLHIV sangat2 mengecewakan.

      Saya harap pembaca di blog Naj Mi memberi kata2 perangsang kepada PLHIV. Berikan motivasi untuk PLHIV meneruskan hidup dan bukannya mengeluarkan kata2 hinaan dan nista kepada PLHIV. Saya membaca blog dan komen2 yang ditinggalkan pembaca di dalam blog Naj Mi dan AHP. Ada pembaca yang baru dapat tahu yang dia mendapat HIV dan berada dalam keadaan kemurungan dan bertindak untuk membunuh diri, tetapi apabila membaca blog dan komen2 yang ditinggalkan dalam blog Naj Mi dan AHP individu ini telah mengubah fikiran untuk tidak membunuh diri. Dia mula sedar yang HIV bukannya penamat kepada kehidupannya tetapi permulaan yang baru kepada kehidupannya.

      Cuba fikirkan kalau mereka yang baru mendapat tahu yang mereka mendapat HIV dan mencari maklumat berkaitan HIV dan membuka blog berkaitan HIV seperti blog Naj Mi dan AHP - apa akan berlaku blog yang mereka buka ini hanya menceritakan tentang kematian sahaja, saya yakin mereka akan bertambah putus asa dengan kehidupan ini. Oleh itu, berilah semangat dan motivasi semoga PLHIV bersemangat untuk meneruskan hidup.

      Delete
    3. "Stigma masyarakat yang membunuh PLHIV".... STIGMA mereka kerana kes PLHIV adalah rare dan ilmu tentangnya kurang... hari ini kes tu dah melambak dan info semakin meluas cuma perlu diperjelas agar mereka lebih faham.
      Saya pernah berborak dalam FB saya tentang PLHIV... hanya minoriti je yang berkeras menghukum PLHIV.. yang lain semuanya open minded.

      Saya rasa PLHIV juga dibayangi STIGMA masyarakat dalam dirinya tanpa disedari.

      Apa maksud doktor mendiskriminasi PLHIV? Apa yang mereka buat?
      Boleh kamu perjelas? Nak tahu juga.

      Perubahan daripada kesilapan amat sukar. Esp bila kita dah dewasa.
      Bila mahu berubah ,kita kena sedia menerima kritikan dan nasihat.
      Nasihat tu tak semestinya semanis madu... ada masa ia menghiris hati.
      hakikatnya... itulah nasihat dalam suatu perubahan.
      Ia bergantung pada EGO penerima...
      Dalam masa yang sama, ia juga mencerminkan EGO pemberi.
      tapi.. dalam hal ini, siapa yang berazam untuk berubah?
      Kita yang memilih, maka kita kena terima dengan sabar.


      Apapun, as i said... kita semua sama je...
      Nak terima nasihat atau pun banyak alasan menolak nasihat.
      Nak tunggu nasihat daripada PAKAR atau GENIUS mahupun orang ternama... sampai mati pun belum tentu kalau itu yang membuatkan kita berubah.
      Nasihat itu datang daripada apa jua keadaan bergantung pada tahap pemikiran kita dalam menganalisis setiap apa yang Tuhan kirimkan dalam hidup kita.

      Tak semua yang kita suka itu baik untuk kita... tak semua yang buruk/yang kita benci itu tak bagus untuk kita.

      Delete
    4. You nak tahu apa yang doktor buat kat plhiv? You pergi baca blog azam ali part mula2 dia dpt tahu pasal hiv dlm diri dia. Dia trauma dgn kata2 doktor ok. Kalau nak tahu pergi lebih pergi la baca buku yg saya nyatakan kat atas.

      Soal bagi nasihat atau teguran mmg boleh takder salahnya. Tetapi jgn menghina dan mengeji. Wpun saya mungkin jahat tetapi saya rasa saya tidaklah sejahat firaun dan kalaupun awak mulia saya rasa awak tidaklah semulia nabi musa.

      Delete
  15. Para pembaca, saya adalah insan biasa makhluk Allah yg hina. Sejak saya mengetahui ttg hiv, ttg aids melalui kematian seorg shbt baik & mengenali najmi & sahabat2 lain baru saya sedar & faham apa itu hiv. Saya berani cakap mereka lebih baik dari saya dr segala segi, mereka bukan busuk, berkudis & mcm2 spt paparan media. Realitinya mereka segak tampan bergaya cantik jelita berbanding diri saya sendiri mcm langit dgn bumi. Baik hati budi & sahabat sejati. Jgn hina mereka atas kesilapan silam sbb ada diantara mereka tidak bersalah. SUMPAH saya menziarahi arwah sahabat plhiv, wajahnya manis tersenyum bersih tersenyum dan moralnya jika Allah menerimanya dgn penuh kasih syg sapalah kita. Utk insan keliru sekiranya perlukan moral support etc sila mohon pd najmi utk hubungi saya. Semua org berhak dpt kerja/belajar tak kira sesiapa yg penting utamakan kelayakan atau kebolehan individu. Saya selalu baca ttg diskriminasi ini dan sgt muak dgn sikap majikan@individu yg pandai2 menjatuhkan hukuman. Buka mata, buka telinga, buka minda, bukan iman sendiri khas utk majikan jadilah majikan yg bijak. Utk pengurusan jadilah ketua yg amanah dan adil agar rezeki kita sama2 direstui Allah. Hidup bg roda, jgn angkuh dgn kesihatan, kelulusan dan apa2pun krn semuanya pinjaman. Utk adek2 PLU n PLHIV bukan semua orang -ve dgn anda kerana bg kami kl kami tiada harta, kami sentiasa selitksn doa utk anda semua. WWNLYWA. KITA SAHABAT DUNIA AKHIRAT. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Terima kasih....dengan pandangan nasihat yang diberi....:)

      Delete
    2. Menistis air mata saya membaca komen ikhlas dari MW. Terima kasih Kak. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kebahagian yang berkekalan kepada Kakak sekeluarga. Amin.

      Delete
  16. Saya pembawa hiv positif.saya memilikinya 11tahun dulu,saya berkerja dlm bidang petroleum di syarikat gergasi antarabangsa.kerja saya agak merbahaya,setiap tahun medical dan blood test.untuk pengetahuan semua semua pekerja terikat kepada undang2 kesihatan.semua sedia maklum saya rasa setiap syarikat ada polisi berkenaan hiv/aids dan hepatitis a,b,c.atas dasar minda kelas pertama syarikat ini tidak mendikriminasi setiap hak individu malah menghormati privasi setiap individu.jika membocornya menjadi satu kesalahan.mana2 perkerja yang dikategorikan masih berhak bertugas sama seperti pekerja lain sehinggalah kesihatan perkerja tersebut merosot.bila pekerja tersebut merosot ia akan ditempatkan@ditugaskan pada jawatan dan posisi yang sesuai dgn kelayakan kesihatan beliau.syarikat tidak akan memberhentikan kerja sehingga pesakit tersebut dgn sendirinya atau layak berhenti kerana tidak mampu bertugas lagi.klu ak cerita tentang polisinya panjang.anda blh baca berkenaan polisi syarikat Levis,wlu ia bukan syarikat Islamik tp tanggungjawab mereka adalah cara tuntutan Islam.tiada dikriminasi malah ia mengambil berat ekonomi pekerja tersebut jika diberhentikan kerja.ia menyokong kepada modal insan membantu setiap individu yang memerlukan pertolongan.Fikir2 lah.pandanglah dgn kasihsayang.mungkin orang tersebut ibubapa kita,anak2 kita.... hr21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih HR21,

      Terima kasih dengan penerangan yang saudara tinggalkan..alhamdulillah terima kasih..

      Delete
    2. Saya tahu syarikat ini sebab ramai kawan2 bekerja disini. Kalau syarikat ini boleh kenapa syarikat lain tidak boleh tapi yg penting minda kita.

      Delete
  17. Sehebat mana pon internet still ada kelemahan nya yg mana ia gagal untuk memberitahu nada/intonasi komen yg ditulis oleh komentar yg mana mesej disalah tafsir sebagai mengkritik/ menghina....

    ReplyDelete
  18. bertuah pada sape yang mendapat kerja walaupon menghidap hiv..

    ReplyDelete
  19. Salam Abg Naj Mi.. bole sy dptkan email adrss abg tak..? Harap abg baca text ni...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST