Friday, 8 November 2013

HIV/AIDS - ISTILAH YANG PERLU DIELAKKAN

Sesetengah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada HIV/AIDS adalah tidak tepat dan tidak sensitive dan perlu dielak
 


AIDS (dikelirukan dengan HIV) 
Elakkan daripada mengelirukan AIDS dengan HIV. HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyebabkan system ketahanan badan menurun selepas satu jangka masa. Ia akan berganda dalam sel badan, terutama sel dalam system ketahanan badan. 

AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Badan) adalah satu tahap apabila system ketahanan badan menjadi amat lemah akibat virus HIV merosakkan sel-sel tersebut dan badan menjadi terdedah kepada jangkitan “opportunistic”.

Jika merujuk kepada epidemic ini, biasakan istilah “HIV/AIDS”, misalannya “Isu HIV/AIDS dinegara kita perlu diambil berat” 
Alternatif : jangkitan HIV, HIV Positif, HIV/AIDS 



Pembawa AIDS 
Istilah ini menunjukkan seolah-olah Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS ‘membawa’ penyakit atau nasib malang dan ini mengakibatkan stigma terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS. Istilah ini juga tidak tepat, kerana AIDS tidak boleh dijangkiti. Hanya HIV yang boleh dijangkiti dari seseorang ke seseorang.
Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, Mereka Yang Positif, orang yang dijangkiti HIV




Mangsa AIDS
Istilah ini melambangkan bahawa Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS tiada kawalan keatas kehidupan mereka.
Alternatif : Orang Yang HIV Positif, Orang yang telah dijangkiti HIV, Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS 



Virus AIDS 
Tiada virus AIDS. Virus penyebab AIDS dipanggil HIV (Human Immunodeficiency Virus) 
Alternatif : HIV, Jangkitan HIV 



Golongan berisiko tinggi
Ini melambangkan bahawa keahlian dalam sesuatu ‘kumpulan’ orang yang menjadikan seseorang itu berisiko untuk dijangkiti HIV. Ini tidak benar kerana kelakuan dan bukan kumpulan sosial yang mendedahkan kita kepada HIV. 
Altertatif : kelakuan berisiko tinggi (seperti seks tidak selamat, perkongsian jarum suntikan)




Mangsa tidak berdosa 
Sering digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang positif HIV atau mereka yang dijangkiti HIV melalui perubatan. Dengan ini, kita seolah-olah menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti melalui cara lain adalah berdosa, bersalah atau tidak bermoral. 
Alternatif : Kanak-kanak yang HIV Positif, mereka yang dijangkiti HIV melalui perubatan, mereka yang HIV positif   



Pesakit AIDS 
Gunakan istilah ini dalam konteks perubatan. Untuk merujuk kepada sesiapa lain yang mempunyai virus itu, tetapi belum sampai ketahap AIDS, guna istilah lain. 
Alternatif : Mereka Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, orang HIV positif 



Ujian AIDS 
Istilah betul ialah ujian antibodi HIV. Ujian ini tidak menguji kehadiran AIDS atau virus HIV, tetapi mengesan kehadiran antibodi dalam badan yang terhasil untuk melawan virus. 



Aids 
AIDS adalah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome. Ia ditulis dengan huruf besar sepenuh kerana menulis dengan huruf kecil boleh mengelirukan pembaca dengan perkataan Inggeris ‘aids’ iaitu membantu.





Seks bebas/seks rambang/seks luar nikah 
Jangan gunakan istilah-istilah ini untuk menerangkan cara HIV dijangkiti. Seseorang tidak boleh dijangkiti HIV hanya kerana mengadakan seks dengan pelbagai pasangan. HIV boleh dijangkiti melalui seks tidak selamat, tanpa mengira berapa pasangan yang dilalui.





Penagih dadah 
Istilah yang sepatutnya digunakan ialah pengguna dadah kerana istilah itu lebih sensitif dan kurang merendahkan martabat seseorang.





Pelacur 
Istilah yang sepatutnya digunakan ialah pekerja seks



Sumber Disini 



12 comments:

  1. sesuatu yg makin difahami dan harap masyarakat diluar sane faham....syabas abg Najmi...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Saudara sekalian. HIV bukan lagi virus pembunuh jika pembawa HIV menjalani rawatan dan mengamal gaya hidup sihat.

    HIV juga virus yang amat sukar berjangkit lebih-lebih lagi jika pembawa HIV telah mendapat rawatan HAART.

    HIV akan berkemungkinan atau 99% boleh berjangkit melalui 4 cara sahaja:

    1. SEKS tanpa menggunakan kondom

    2. PERKONGSIAN JARUM oleh pengguna tegar dadah yang dicemari oleh virus HIV

    3. PEMINDAHAN DARAH dan ORGAN daripada pembawa HIV

    4. JANGKITAN DARIPADA IBU KEPADA KANDUNGAN ATAU BAYI YANG MENYUSU jika ibu tidak menjalani rawatan HAART.

    Setakat ini, tiada kes jangkitan HIV berlaku selain 4 sebab di atas. Wallahua'lam.

    Jangan takut kepada orang yang mempunyai virus HIV. Lebih-lebih lagi jika mereka telah menjalani rawatan HAART kerana virus tersebut seakan-akan tidak ada lagi dalam tubuh mereka. Ini kerana virus HIV terutama dalam darah telah tidak lagi aktif disebabkan ubat yang mereka makan. Cuma virus ini tidak dapat dihapuskan dalam tubuh mereka kerana ia pandai bersembunyi dan ubat tidak boleh sampai di tempat persembunyian tersebut. Virus yang terdedah kepada ubatan tidak lagi aktif atau lebih tepat lagi tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

    Jangan fobia atau trauma dengan pembawa HIV. Kalau ia mudah berjangkit seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunua berkemungkinan dah kena sebab ramai pembawa HIV makan menggunakan sudu, garpu, chopstick, cawan, pinggan yang sama di restoran-restoran seluruh negara/dunia.

    Virus HIV mempunyai jangkahayat yang sangat singkat jika berada di luar tubuh manusia. Jika saya toskan sesudu darah saya dalam minuman/makanan anda, kebarangkalian jangkitan adalah tetap hampir mustahil. :)

    Just friendly reminder from MFZ.

    P/S: Jika ada pembetulan, sila betulkan ye kawan-kawan...

    ReplyDelete
  3. Salam najmi. Saya pembaca setia blog najmi.walaupun saya tidak mengalami masalah seperti najmi dan kawan2 yg lain tapi saya sangat faham dan respect anda semua...saya doakan anda semua akan sentiasa sihat dan dirahmati olehnya..amin..saya mengetahui mengenai blog najmi ni beberapa bulan yg lepas apabila saya ingin mencari maklumat mengenai mimpi tercabut gigi..dan keluar link mengenai mimpi di blog najmi ini..sejak itu tiap2 hari saya akan baca apa saja di blog najmi ini sampai lah saya rasa sampai hari ni saya dah baca semua entry kot.hehe....untuk pengetahuan najmi saya tinggal di tanah arab saudi bersama suami dan anak...teringat hajat dan impian najmi untuk menunaikan umrah dan menjejak kan kaki ke tanah suci..ikutkan dari rumah saya ni naik kereta pun boleh sampai ke makkah dan madinah..insyaallah awal bulan january tahun 2014 kami sekeluarga akan menunaikan umrah lagi...jikalau najmi xkeberatan boleh lah najmi bagitahu hajat dan doa najmi insyaallah akan saya doakan di depan multazam nanti...semoga najmi dan kawan 2 yang lain baik2 saja dan panjang umur..amin..wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya, walau pun kisah mengenai saya sangat kurang jika dibandingkan dengan kisah pembaca lain yang sudi berkongsi pengalaman. Bermakna pada hari ini Puan berada di Tanah suci Mekah lah ya, wahhh tak semua orang sebertusah seperti puan dan sekeluarga.

      Memang lah ada suatu ketika keinginan saya nak jejak kaki ke Mekah begitu berkobar2, siang malam berdoa TETAPI nampaknya tiada jemputan lagi untuk saya. Lama kelamaan keyakinan dapat jejak kaki kesana semakin pudar terutama apabila banyak info mengenai prosedur kemsaukan ke Mekah semakin saya tahu. Dulu ingatkan boleh dirahsiakan status diri tapi nampaknya agak sukar nak rahsiakan terutama apabila terpaksa membawa ubatan ke sana, yang perlu diistiharkan (kalau tak silap)

      Tak mengapa lah maybe kalau Allah nak jemput saya kesana tanpa sebarang masaalah pasti, kalau Dia nak pasti akan dipermudahkan kan..walaubagaimana pun saya tetap berdoa insyaallah satu hari nanti saya dapat juga jejak kaki ke san tanpa sebarang masalah.

      Terima kasih kerana nak mendoakan... Doa lah apa sahaja yang terlintas di minda puan apa bila ingat saya...biar lah secara sepontan doa itu dilakukan..Dah doa kan kesihatan saya baik, panjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Kalau boleh biar lah Allah jemput saya ke Mekah satu hari nanti dlm keadaan saya sihat dan cukup bersedia...:) Hmmmm kalau nak senaraikan panjang ni hahaha..Tak mengapa Puan doakan aje kebaikan buat diri saya, mak saya dan keluarga saya. Tak lupa kesejahteraan kepada semua PLHIV diluar sana

      Terima kasih banyak2......

      Delete
  4. Salam najmi.insyallah akan saya doakn nanti...semoga allah tunaikan hasrat najmi yg ingin ke sana...seingat saya xperlu declare ubat ubatan yg kita bawa..just buat seperti itu hanya lah vitamin kita sahaja..seingat saya kesemua airport di dalam saudi atau negara middle east yg lain tak pernah sekali pun bag kami sekeluarga di buka untuk mengetahui apa yg ada di dalam..cuma barangan tajam sahaja yg mereka x benarkan.mereka just scan seperti biasa...dan rakyat malaysia di mata org arab ini amat lah baik akhlak nya...org arab di sini sgt respect dan percaya pada org malaysia kita...jadi mengenai ubat2 ubatan itu rasanya najmi xperlu risau..dan biasanya jikalau rakyat malaysia dtg mengerjakan umrah di sini x lah lama sangat kan..rasanya dalam seminggu lebih sahaja. Dan xperlu lah bawa ubat yg byk sgt kan.:)..cuma najmi boleh check on the medical procedure..kerana before saya dan suami pergi menunaikan haji beberapa tahun yang lepas kami perlu dptkn suntikan meningitis dan perlu check darah..check darah maksud saya disini ada lah untk mengetahui apakah jenis darah kita..xtahu pula saya samada mereka check darah itu untuk mengetahui samada kita ada penyakit atau pun tidak. Yang saya ingat di identification card yg saya gantung dileher selama menunaikan haji ada tertulis nama penuh, ic no dan jenis darah..tapi itu hanya procedure dari jemaah yg dtg dari negara arab saudi shaja..tidak tahu pulak tentang malaysia..maybe najmi boleh check mengenai ini. Insyallah akan saya doakan nanti agar najmi dan mak najmi dapat menjejakkan kaki ke tanah suci makkah dan madinah...amin...wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Entah lah kalau CD4 saya masih rendah saya rasa tak nak keluar negara lagi sebab peluang dijangkiti penyakit bahaya sangat tinggi. Baru2 ini saya cuba keluar negara sendirian, disebabkan tidak cukup tidur, kepenatan, makan tak menentu saya diserang demam sehingg memaksa saya segera pulang ke tanah air secepat mungkin. Alhamdulillah sebaik sampai di rumah dalam sehari kesihatan saya kembali baik.

      Insyaallah sekiranya CD4 saya tinggi melebihi 500 (sekrang hanya 218) jika ada rezeki memang nak ke Mekah..tapi biar saya fikir masaalah itu bila hari itu datang nanti..Terima kasih anonymous..Doakan lah kebaikan buat diri saya ya...Semoga Allah membalas kebaikan anonymous..

      Delete
  5. Najmi, terimakasih berkongsi oengetahuan dan pengalaman anda, melalui pembacaan kami sekurang2 nya membantu kami membaiki pergaulan dan pemahaman kami serta memperbaiki persahabatan kami dengan sahabat2 kami. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Saya pun dulu main tulis aje...tapi insyaallah dimasa depan akan lebih peka mengunakan perkataan2 istilah berkaitan HIV ini....:)

      Delete
  6. Salam najmi..insyallah akan saya doakan nanti ye..jikalau keluar negara biasanya cuaca dan persekitaran yg kotor itu pun dapat menpengaruhi badan kita jg..dengan makan minum xtentu lagi.insyallah jika ada rezeki bgi najmi untk menjejakkan kaki ke tanah suci insyallah akan dimakbulkan allah..jaga diri ye najmi dan kawan2 yang lain...wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      alhamdulillah terima kasih kerana mendoakan saya

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST