Thursday, 21 November 2013

CMIA PRINCIPLE TEST - HIV TEST KIT GENERASI PALING LATEST

Seorang pembaca meninggalkan komen diruang komen "LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF"



Salam sorry mencelah kat sini, sekadar share info itu pun apa yang saya tahu sahaja. Kalau anda semua perasaan dalam setiap medical report kalau ada yang buat ujian HIV lah untuk tahun 2013, bermula 1 January 2013, setiap ujian HIV akan menggunakan kaedah cmia principle test

Cmia principle test ini adalah kit test HIV generasi ke-4 iaitu generasi yang paling latest, di mana ianya ada kemungkinan untuk detect jangkitan HIV seawal seminggu selepas infection (berjangkit). 

Sebab itu bagi sesiapa yang pernah buat ujian HIV dalam tahun 2013 ini, kalau tuan/puan ada nampak pada "report hiv test TUAN/PUAN ada tertulis HIV 1 and 2 ag/ab not detected, itu maknanya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke 4, di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody(ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah boleh dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan. 

Perlu di ingatkan, antigen ini (protein yang terdapat dalam virus) tidak akan dapat di kesan lagi setelah antibody di hasilkan oleh sistem imun badan kita (puratanya antibody dihasilkan 25 hari selepas jangkitan).

Namun pada usia jangkitan menjangkau 6-7 minggu, portion antibody(ab) yang memadai sudah boleh didapatkan untuk mengesan reaksi antibody seseorang terhadap HIV, kerana cmia principle ini sangat sensitif dan ketepatannya diperakui. 

Kebanyakkan HIV specialist berpendapat ujian HIV menggunakan cmia principle boleh dianggap "konklusif" (muktamat) pada minggu ke 6 dan seterusnya selepas tarikh kemungkinan jangkitan berlaku, walaupun CDC (United States Centers for Disease Control and Prevention) dan WHO (World Health Organization) masih menetapkan ujian antibody selepas 90 hari dari tarikh ada kemungkinan jangkitan sebagai konklusif, sekurang-kurangnya ujian antibody negatif pada minggu ke 6 boleh memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90.

Oleh itu berkaitan kes Puan Lisa ini, sekiranya dia mengambil combo test (ab/ag) pada minggu ke-6 dan di dapati negatif, itu dikira satu indicator bagus untuk beliau dan kecenderungan untuk di sah kan positif adalah lebih kurang 5% sahaja

Dan katakan Puan Lisa mengambil ujian antibody sahaja pada hari ke 90, itu di kira sudah konklusif, untuk tempoh menunggu sehingga 6 bulan, itu adalah amat jarang, kebiasaan window period untuk tempoh 6 bulan berlaku pada pesakit kanser, hepatitis C. 

Ujian antibody selepas 90 hari sudah boleh di anggap konklusif (muktamat) asalkan tiada sebarang akitiviti berisiko dilakukan sehingga ke tarikh tersebut. 

Dunia semakin maju, HIV test kit pun semakin sensitif dan banyak test kit yang mampu mengesan hiv lebih awal berbanding beberapa generasi HIV test kit terdahulu. 

Tentang vaksin PEP (Post–exposure prophylaxis), itu hanya berkesan dalam 72 jam selepas waktu jangkitan, itu pun belum 100% boleh berjaya, selepas jangka waktu tersebut hanya boleh lakukan ujian DNA viral load, combo test ab/ag atau antibody.

Apapun saya doakan semua PLHIV sentiasa sihat-sihat, jangan lupa makan ubat, kami terima anda seadanya. Dengan ilmu pengetahuan, hidup mereka boleh sama dengan orang normal. No such big deal, yang penting ilmu dan peka tentang kesihatan kita.


TQ 
Anonymous



Soaljawab



Hello , me again , Hi, im from malaysia , age 28 male , my english is very poor hope you understand. I had a high risk unprotected with a girl work at KTV 81 days ago , i got tested for HIV at 57 days at a LAB , my result came back ( HIV 1&2 ab/ag not dedected based on CMIA principle) . And I tested by ez trust rapid test at 72 days and 80 days all negative . I have no any HIV symptoms , may i know what is CMIA principle testing metho ? Can consider conclusive ? Should i go test again at 84 days or 90 days again .
i just get my 84 days tested result came back (HIV I & II (AIDS) . Not Detected . Screening Method By ELISA) .
why no ab/ag ? i dunno what method can you tell me i tested by this can conclusive ? - See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf


Greetings,
Thank you for using AIDS Vancouver online helpline as your source of AIDS/HIV related information.
I'm going to do my best to answer your questions in the order you asked them above. Firstly, The Chemiluminscence (CMIA) HIV test is extremely accurate and reliable, and most CMIA tests include detection of the p24 antigen, which allows for earlier HIV infection detection. This is because an exposure which leads to an infection can take up to 3 days & P24 antigens are detectable immediately after infection, until your body's antibody response takes over (at which time the antibodies bind to the antigens, making them no longer detectable). However, not all CMIA tests may include p24 antigen detection, so retesting at 12 weeks is often suggested. You went on to receive two more HIV tests, all of which were negative. Your results are indeed conclusive and I wouldn’t suggest further testing.
So to clarify, the first test that you have with the results: ”HIV 1&2 ab/ag not detected” was looking for both the antibody (ab) and the antigen (ag). This is only available during the first couple weeks, as once your body starts producing the antibodies the antigen is no longer detectable. This is why the tests you had to follow did not say (ab)/(ag), as it was only looking for the antibodies.
That being said, all the testing methods provided are considered completely conclusive at the 3 month mark following an exposure. Your 84 day test results are 100% conclusive and you are indeed HIV negative. I encourage you to try not to focus so much on the science behind the testing and focus on the negative test results.
I hope I was able to address all of your concerns, but please feel free to contact us again with any further questions.
In Health,
Katie
AIDS Vancouver Helpline Volunteer
E-mail: helpline@aidsvancouver.org
Phone (Mon-Fri 9-4pm): (604) 696-4666
Web: www.aidsvancouver.org/helpline
- See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf



Greetings,
Thank you for using AIDS Vancouver online helpline as your source of AIDS/HIV related information.
I'm going to do my best to answer your questions in the order you asked them above. Firstly, The Chemiluminscence (CMIA) HIV test is extremely accurate and reliable, and most CMIA tests include detection of the p24 antigen, which allows for earlier HIV infection detection. This is because an exposure which leads to an infection can take up to 3 days & P24 antigens are detectable immediately after infection, until your body's antibody response takes over (at which time the antibodies bind to the antigens, making them no longer detectable). However, not all CMIA tests may include p24 antigen detection, so retesting at 12 weeks is often suggested. You went on to receive two more HIV tests, all of which were negative. Your results are indeed conclusive and I wouldn’t suggest further testing.
So to clarify, the first test that you have with the results: ”HIV 1&2 ab/ag not detected” was looking for both the antibody (ab) and the antigen (ag). This is only available during the first couple weeks, as once your body starts producing the antibodies the antigen is no longer detectable. This is why the tests you had to follow did not say (ab)/(ag), as it was only looking for the antibodies.
That being said, all the testing methods provided are considered completely conclusive at the 3 month mark following an exposure. Your 84 day test results are 100% conclusive and you are indeed HIV negative. I encourage you to try not to focus so much on the science behind the testing and focus on the negative test results.
I hope I was able to address all of your concerns, but please feel free to contact us again with any further questions.
In Health,
Katie
AIDS Vancouver Helpline Volunteer
E-mail: helpline@aidsvancouver.org
Phone (Mon-Fri 9-4pm): (604) 696-4666
Web: www.aidsvancouver.org/helpline
- See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf

53 comments:

  1. dimana boleh beli?
    saya bottom berusia 22 tahun, masih belajar, pernah lakukan seks penetrasi bulan puasa haritu,
    sekarang saya kerap demam, tapi takut nak pegi klinik untuk periksa, boleh beli di luar tak benda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Abg rasa benda ni tak boleh dibeli dimana2 buat masa ini maybe hanya ada di hospital aje kut wallahuallam. TETAPI saudara boleh cuba HIV KIT Easy Trust

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/04/ez-trust-hiv-rapid-screen-test.html?utm_source=BP_recent

      Tapi abg rasa lebih mudah terus ke klinik luar hospital kerajaan lakukan ujian HIV TANPA NAMA, mudah FREE result keluar dalam masa 30 minit sahaja. Jika buat ujian HIV di klinik swasta seperti BP HEALTH bayaran dikenakan kalau tak silap RM35.

      Delete
    2. saya takut kalau result positive, sekarang masih belajar, nanti biasiswa ditarik.. huhu, tak sanggup nak fikir apa akan jadi nanti..
      apa2 pun terima kasih ye bang

      Delete
  2. abg naj mi,saya yang berkongsi info ni tempoh hari,buat pengetahuan semua,kit ni hanya di sediakan di hospital kerana ianya menggunakan mesin,kalau nak guna ez trust yang abg naj mi promote pun bagus dan reliable juga,bole di dapati di semua farmasi yang tertera,ade pengesahan untuk ez trust ni,cuma ez trust buat ujian antibody so seseorang individu tu kene tunggu 90 hari/3 bulan lepas tarikh post exposure,yang ni dalam 30 hari lepas exposure da boleh amik test cmia untuk bagi satu indicator,al maklumlah bila risau dalam 3 bulan tu,for sure stress sangat kan,lepas 3 bulan tu da ade good indicator,bole la cuba ez trust untuk buat rapid test kat rumah pulak,yang penting jangan takut utk pergi buat test,lebih baik anda tau status anda awal2 ni,percayalah PLHIV boleh hidup sihat juga,its not the end of everything,seperti magic johnson yang da hidup dengan hiv sejak 1993 lagi( 20 tahun) mase tu anti retroviral theraphy cuma azt dan sbgnya,sekarang da maju,jangan takut,kita semua mampu sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Abg memang ada google mengenai CMIA ni memang abg nampak mesin besar, so abg pasti ianya bukan kit test yang kecil tu, alahmdulillah terima kasih kerana berkongsi info...:)

      Delete
  3. Saya ada gatal2 dekat badan..pernah muntah jugak.. Tapi tak ada ruam..hanya gatal2 badan..itu tanda hiv ke abang naj mi? Atau penyakit gorronrhea? Tapi alat sulit saya tak ada nanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonmous

      Kita tak boleh main agak2, kalau nak tahu sama ada kita ada HIV atau tak kita kena jalani ujian darah...sebab simptom yang saudara alami tu mungkin sebab penyakit lain..Nak tahu sama ada kita ada gorronrhea pun pelua buat ujian.....Gatal2 mungkin sebab kita stress, kalau stress muka kita pun boleh naik jerawatkan...:)

      Delete
    2. Awak pergi laa buat ujian di hospital. Kalau nyamuk gigit pun gatal2 jugak kan.

      Delete
  4. slm abg,

    Nak tya , kat mana boleh wat test cmia ni? bp lab pakai alat ni ke? pasal sy tya org ambil darah tu , dia pun tak thu pasal alat ni. kat mana ek boleh wat ujian ni, sy nak g wat. help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Test CMIA? abg tak pasti dimana, yang pasti tidak semua hospital kerajaan yang ada mesin ujian ini (wallahuallam) Di hospital tempat abg tinggal pun abg belum berkesempatan bertanya mengenai mesin ini sama ada ada digunakan atau belum, tapi abg yakin mesin di hospital tempat abg lakukan ujian masih tidak guna mesin jenis ini.

      Tetapi boleh tanya di hospital swasta seperti BP LAB mungkin mereka ada guna mesin ini.

      Kalau sekadar melakuakan ujian HIV yang biasa tu buat aje di mana-mana klinik luar hospital kerajaan yang terdekat lakukan ujian TANPA NAMA, jika di klinik swasta lain bayaran akan dikenakan.

      Delete
  5. sy mendapat thu bp lab pakai 4th generation elisa, dan sy ade mmbuat test 5 minggu lebih dr berisiko. abg najmi rase result sy ok ke tak ek? sy slalu dalm keadaan gelisah. semua terganggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abg ujian HIV perlu dilakukan selepas 3-4 minggu dr tarikh berisiko, saudara melakukan ujian pada 5 minggu selepas aktiviti berisiko, maka itu satu petanda yang baik...kalau abanglah (mungkin tidak bagi orang lain), abang akan anggap result tu tepat, keputusan yang akan buat hati abang rasa lega, result yang akan beri keyakinan buat abang bahawa ujian pada 3 bulan seterusnya pasti akan menunjukan result yang sama.

      Tapi macam kita tahu setiap orang berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat kuman dalam badan untuk dapat dikesan, TETAPI kalau tak yakin (malah kebanyakkan doktor akan suruh lakukan ujian sekali lagi selepas 3 bulan dr aktiviti berisiko) utk mendapat keputusan yang dikatakan paling tepat.

      Wallahuallam.

      Jangan resah sebab apabila kita gelisah, maka ia akan menyebabkan tubuh badan kita terganggu, kita mungkin akan jadi lesu tak bermaya tak bersemangat, sistem kekebalan tubuh badan boleh jadi lemah sekiranya kita stress fikirkan sesuatu.

      Delete
  6. report saya tertulis is hiv ag/ab screening test (cmia) boleh i tahu , test ini ialah test generasi ke berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap itu ujian generasi ke 4 (yang latest) seperti mana yang tertulis didalam entri di atas. Wallahuallam

      Delete
  7. Saringan HIV Ag / Ab
    Pemeriksaan HIV dilakukan oleh Gribbles Pathology dikenali sebagai "kombo" assay. Ia bukan sahaja mengesan antibodi HIV yang biasanya menghasilkan 3 hingga 4 minggu selepas pendedahan, tetapi juga p24 antigen yang boleh hadir dalam jumlah yang dikesan pada 2 minggu selepas pendedahan. Gabungan ini membolehkan pengesanan individu yang dijangkiti pada masa paling awal dengan meminimumkan "tempoh dingin" di antara jangkitan dan pengesanan.

    http://www.gribbles.com.my/index.cfm?&menuid=39#hiv

    secebisharapan

    ReplyDelete
  8. Salam. Saya pernah buat ujian hiv di bplab. Harga dia 40 ringit. Cakap dekat staff di kaunter nak buat std test 2. Tu package dia. Dia akan buat ujian hiv guna teknik cmia ni dan utk hepatitis sekali.
    Dan dr artikel yg saya baca dr internet. Keadah cmia adalah keadah yg latest skali yg mana dia boleh kesan kehadiran virus dlm masa singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terima kasih kerana berkongsi maklumat..Ada pembaca kata ujian di BP LAB dikenakan RM35 tapi saudara kata RM40 maybe lain tempat lain harga kut. Di Gribbles ujian dikenakan hanta RM35. Wallahuallam....:)

      Delete
    2. salam...boleh saya tahu berapa lama result dia keluar?

      Delete
  9. pathlab guna apa generasi ? aku baru buat test kat sana result is non reactive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak tanya masa ujian darah dibuat, tapi ada pembaca kata mereka guna ujian CIMA generasi ke 4. Wallahuallam..

      Delete
    2. sebab aku buat kat klinik itu result ada pathlab punya logo . oral sex boleh kena hiv tak .aku sekarang takut pergi buat test la

      Delete
    3. ming cj

      Tiada bukti hiv boleh berjangkit melalui oral seks TETAPI ingat risiko dijangkiti penyakit kelamin adalah tinggi. Walau bagaimana pun berhati2 terutama apabila ada luka berdarah didalam mulut sebab walaupun tiada kes hiv berjangkit melalui oral seks tetapi kalau dalam mulut ada luka berdarah apabila bergeselan dengan luka berdarah dizakar atau terkena air mani pasangan yang dipancut kedalam mulut dan kena pada luka berdarah logiknya risiko dijangkiti hiv tetap ada.

      Delete
    4. terima kasih , lepas kes ni aku tak berani lagi ,sekarang aku takut hiv mahu buat test sekali lagi tapi tak berani pergi macam mana aahhhh

      Delete
    5. Takut nak pergi buat test lagi??? abg tak dapat bantu...kalau ujian yang sebelum ni dibuat selepas 3 bulan dr aktiviti berisiko, ok lah tak perlu pergi buat ujian lagi tapi kalau ujian itu dibuat sebelum cukup 3 bulan atau dibuat beberapa minggu selepas tarikh aktiviti berisiko, abg rasa saudara kena pergi buat lagi selepas 3 bulan dr tarikh aktiviti berisiko itu...:)

      Delete
  10. Ujian yang lakukan ialah 4th generation CMIA ag/ab test. Keputusan dikatakan conclusif selepas 28 hari.

    ReplyDelete
  11. GUD EVENING.... saya baru buat test slp kelenjar bengkak. sy mula rasa kelenjar sy pula bengkak pada 19/10/2014 dan saya buat test pd 23/10/14. hari ini saya terima result spt HIV Ag/Ab screening ( CMIA) : non reactive. Anti - HBs : non reactive. Note: Non -Immune, advice for vaccination.HBsAg: non reactive. Anti-HCV ( EIA/MEIA Method) : non reactive and the last one is Syphilis Serology (modified VDRL) non reactive. sy buat test ini selepas 124 hari aktiviti berisiko ( anal penetrated) 17/06/14. slps 6 hari kejadian gatal2 di penis dan bintik merah dan pedik. ambil suntikan antibiotik dan hilang dalam 4 hari. skrg sy masih bengkak kelanjar dan boleh tak percaya result ini. do i need test again?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan abg result tu boleh dipercayai, test dijalankan selepas dari tempoh window period 90 hari. (3 bulan) Masaalah kelenjar bengkak mungkin sebab masaalah lain, kena lah tanya pandangan doktor mengenai masaalah itu...:)

      Delete
  12. thank you abang.......good sound from you.

    ReplyDelete
  13. Keputusan untik hiv1 hiv2 ab/ag Elisa non reactive selepas 6 minggu adakah keputusan itu konkrit dan boleh diterima? TQ abg NajMi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abg ujian CMIA yang ada ujian ab/ag selepas 28 hari keputusannya dikatakan telah tepat, 6 minggu tu dah lebih 28 hari kan so pendapat abg dah tepat. Wallahuallam...Kalau ujian yang mengunakan hiv kit tu window periodnya adalah 3 bulan...

      Delete
  14. Salam bang Najmi...kalo hiv1&2 ab/ag (Elisa) tu tepat ka keputusannya? Saya telah membuat ujian ni sebulan selepas kali terakhir sy buat aktiviti berisiko tapi bukan anal sex tapi oral sex...tapi sehingga kini sdh dua bulan badan sering panas seperti mahu demam...moho pandangan abg Najmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abg ujian yang ada ab/ag boleh kesan hiv seawal selepas 28 hari dr tarikh aktiviti berisiko. Jika buat mengunakan HIV KIT ujian dikatakan konkrit selepas 3 bulan dari tarikh berisiko. Oral seks setahu abg sangat sukar jangkit HIV melainkan risiko ada jika dalam mulut saudara ada luka berdarah. Sering demam dan rasa panas mungkin sebab stress. Wallahuallam...:)

      Delete
  15. Salam bang..abg rasa orang yang demam hampir dua bulan tu dan sakit bila menelan sakit pada komen dia sblm ni dia baru dapat hiv or dah lama? Rasanya kalo dah teruk mcm tu mgkn dah kena Aids kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Demam hampir 2 bulan??? Jumpa lah doktor buat ujian HIV, jika benar ada HIV mungkin CD4 sudah rendah sangat. Kalau teruk bukan aje demam tapi boleh alami sukar nafas, dpt TIBI atau pneumonia lemah loya batuk dll lagi. Sebab itu buat ujian HIV...

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jenis ujian telah disahkan keberkesanan dan ketepatannya, sama aje ketepatannya

      Delete
  17. Ujian rapid test saya positif. Memang nyata naik dua line. Ya Allah takut sangat. Dunia rasa gelap. Pikir masa depan. Cuba fikir positif tp rasa mcm ni hukuman mati. Lepas tu sy tnya kwn2 cmna nk rawat. Tp kwn bg tau rawatan saja sebulan mncecah Rm500.. Mn nk cari duit. Tp klu nk start rawatan kena sahkah melalui ujiah darah kt makmal. Seminggu lepas tu sy gagahkn pegi ke Pathlab. Aritu sehari sebelum raya cina 2016. Even naik bintik sbiji kt tgn pn sy dah kata ni tanda HIV. Sy buat Elisa test. Janji seminggu kluar result. Tp dh sminggu diaorg x call pn soh ambik result. Dlm hati pikir mesti positif. Sbb tu diaorg buat double check. Hari ke-9 , bru dy org call soh ambk result. Gagahkn diri naik motor gi ambik. Bila sampai,tengok result non reactive. Mknanya sy negative HIV. Air mata terus mngalir. Teringat janji dengan Allah, klu negative nk g buat umrah. Trkenang jugak kawan2 yg cuba ambk kesempatan atas kesulitan org lain. Buat teman2 kt luar tu, hargailah pluang yg Allah bg . Keseronokan tu hnya sementara. Masyarakat kita boleh terima kita ada pnyakit kanser tp tidak kpd HIV. TQ Abg Naj Mi, hari2 sy bc blog abg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih kerana berkongsi cerita. Sebenarnya melakukan ujian hiv menggunakan HIV KIT (melakukannya sendiri) ada baik dan ada buruknya. Kermungkinan boleh berlaku kesilapan semasa kita menggunakan HIV KIT itu terutama bagi mereka yang pertama kali menggunakannya dan beberapa faktor kesilapan lain. Walaubagaimana pun menggunakan rapid test HIV KIT dengan cara yang betul akan menghasilkan keputusan yang dikatakan 99.9% tepat.
      Sekiranya kita mendapati ujian yang kita lakukan itu menunjukkan positif kita akan rasa sangat takut, keseorangan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Masa itu mulalah kita menangis murung dan sebagainya. Jika kita melakukan ujian di klinik, yang mana ujian dilakukan oleh seorang yang pakar, kemungkinan berlaku kesilapan sangat rendah. Dan sekiranya lah didapati positif serta merta kita akan diberi sedikit penerangan kounseling dan akan diberitahu apa yang perlu kita buat seterusnya.
      Tindakan saudara adalah betul, apabila saudara mendapati keputusan darah saudara selepas menggunakan HIV KIT menunjukkan positif, saudara kemudian tidak menunggu masa lama untuk menjalani sekali ujian di klinik luar. Ada setengah orang bila telah dapati ujian menggunakan HIV KIT positif, mereka terus takut dan tidak mahu menjalani ujian pengesahan seterusnya di klinik luar, sama ada di klinik luar hospitak atau mana-mana klinik swasta yang lain. Abang kata mengenai pekara ini sebab ada pembaca yang beritahu pasangannya tidak mahu melakukan ujian di klinik luar selepas ujian menggunakan HIV KIT menunjukkan dia positif.
      Alangkah senang hati saudara apabila mendapati ujian ke dua itu negatif, bayangkan jika saudara masih tidak menjalani ujian dimakmal tersebut, pasti sehingga hari ini saudara masih dalam keadaan tidak tentu hala dan takut kan. Benarlah seperti apa yang dikatakan..."testing makes us stronger".
      Walaubagaimana pun abang tidak pasti bila kali terakhir saudara ada melakukan aktiviti berisiko, dan bagaimana aktiviti berisiko itu dilakukan. Nasihat abang lakukan sekali lagi ujian selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko yang terakhir, sebab selepas 3 bulan baru ujian hiv yang kita buat itu dikatakan telah tepat. Walaubagaimanapun ujian di PathLab berkenaan merupakan sesuatu yang baik dan kemungkinan saudara akan tetap negatif selepas ujian 3 bulan kemudian.
      Mengenai kos rawatan, kawan saudara silap. Untuk pengetahuan saudara dan dia, rawatan HIV di hospital besar kerajaan adalah percuma, malah semua kos ujian darah serta ubatan peringkat pertama juga percuma. Alhamdulillah kan. Tapi kalau di hospital swasta sudah tentu kena bayar, dan dengar kata memang agak mahal juga kos rawatan di hospital swasta.
      Walaubagaimana pun syukur saudara didapati negatif selepas ujian ke dua. Syukur kerana Allah memberi ketakutan yang singkat kepada saudara, itu juga menunjukkan bahawa Allah "poke" saudara yang mungkin sedang berada dalam keadaan lupa. Alhamdulillah semuga Allah permudahkan saudara untuk menunaikan umrah dan seterusnya dapat memperbaiki diri, pertingkatkan amalan serta takwa. Jika berada disana kelak boleh lah tolongkan doakan yang baik buat abang ya...ya doakan agar abang juga berkesempatan menjejaki kaki ke sana juga..insyaallah - NAJMI

      Delete
  18. Salam bang sy bru lps seminggu cek hiv setelah genap 3 bln..adakah saya bebas?doktor ckp kemungkinan besar sy x ada sakit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya selepas 3 bulan resukt tersebut dah tepat

      Delete
  19. Salam bang sy ada buat oral ...ada pmpn isap batang..tp x smpat terangsang pon sy dah suruh berhenti..jika mulut dia berdarah adakah saya akan terkena jangkitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mulut dia berdarah dan kat btg zakar saudara ada luka berdarah, ya lah mungkin akibat digaru ke kan, maka risiko dijangkiti ada jika wanita tu ada hiv lah. Jika zakar saudara tak ada luka maka memang tak boleh jangkit. Sebaiknya elak dr melakukannya lagi.

      Delete
  20. Salam bang nk tanya window period 3 ke 6 bln?kalau nk kira 3 bln kira hari ke minggu yg tepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang kalau saya pakai combo test sy kene tunggu 3 bln jgk ke?blm cukup 3 bln tp negatif

      Delete
    2. Senang cakap macam ni lah, kalau guna kaedah cmia tu dikatakan boleh kesan hiv lebih awal drp jangka waktu yang ditetapkan oleh WHO (world health organozation). Kalau ikut WHO kena 3 bulan, tapi CMIA ni dikatakan boleh kesan lebih awal drp 3 bulan pasal ianya ujian terkini.

      So jika saudara ada buat ujian sebelum 3 bulan dan negatif itu satu petanda yang baik dan kemungkinan akan tetap negetif juga jika buat ujian lepas 3 bulan nanti.

      sekurang-kurangnya ujian antibody negatif yang saudara buat boleh memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90.

      Tujuan entri diatas dishare kan agar hati kita boleh senang sikit kalau ujian hiv yang kita buat negatif dan masih belum cukup 3 bulan dan sebab ujian tu dikatakan boleh kesan hiv lebih awal.

      Hmmm susah lah macam ni kalau abg nak terangkan lagi, lama2 abg boleh keliru pulak

      Abg faham saudara nak abg kata keputusan yang saudara buat sebelum cukup 3 bulan tu dah sangat tepatkan. Abg masih berpegang pada WHO yang kata lepas 3 bulan adalah muktamad, jadi ujian cmia yang ada ab ag ni jika kita buat sebelum 3 bulan dan negatif itu maknanya PETANDA BAIK....

      Nasihat abg buat lah ujian lepas 3 bulan sekali lagi...

      Delete
    3. Senang cakap macam ni lah, kalau guna kaedah cmia tu dikatakan boleh kesan hiv lebih awal drp jangka waktu yang ditetapkan oleh WHO (world health organozation). Kalau ikut WHO kena 3 bulan, tapi CMIA ni dikatakan boleh kesan lebih awal drp 3 bulan pasal ianya ujian terkini.

      So jika saudara ada buat ujian sebelum 3 bulan dan negatif itu satu petanda yang baik dan kemungkinan akan tetap negetif juga jika buat ujian lepas 3 bulan nanti.

      sekurang-kurangnya ujian antibody negatif yang saudara buat boleh memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90.

      Tujuan entri diatas dishare kan agar hati kita boleh senang sikit kalau ujian hiv yang kita buat negatif dan masih belum cukup 3 bulan dan sebab ujian tu dikatakan boleh kesan hiv lebih awal.

      Hmmm susah lah macam ni kalau abg nak terangkan lagi, lama2 abg boleh keliru pulak

      Abg faham saudara nak abg kata keputusan yang saudara buat sebelum cukup 3 bulan tu dah sangat tepatkan. Abg masih berpegang pada WHO yang kata lepas 3 bulan adalah muktamad, jadi ujian cmia yang ada ab ag ni jika kita buat sebelum 3 bulan dan negatif itu maknanya PETANDA BAIK....

      Nasihat abg buat lah ujian lepas 3 bulan sekali lagi...

      Delete
  21. Salam bang..kalau ada orang buat seks vagina dgn pmpn..kalau di ikutkan dia dah lbh 3 bln negatif...tp sbln lps tu dia bg batang dia dihisap pmpn yg sama lps sbulan dri aktiviti berisiko tinggi ..dia patut risau lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu abg oral seks tidak menyebabkan jangkitan hiv melainkan pada zakar kita ada luka berdarah dan didalam mulut wanita tu ada luka berdarah, kalau tak ada maka tak ada jangkitan hiv tetapi masih boleh dpt jangkitan penyakit kelamin lain lah

      Delete
  22. Salam bang saya ada terbaca tulisan abg kata suami puan lisa ambil pep...mcm ne dia blh jadi positif selepas 6 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abg tak pasti sama ada suami puan lisa ada ambil pep atau tak, seingat abg ada seorang pembaca yang ada beri nasihat agar suami puan lisa segera untuk dapatkan pep...sama ada dia ada jumpa doc utk dptkan pep atau tak abg tak pasti. Sepekara lagi abg tak pasti sama ada negara kita ni boleh dapatkan pep atau tak, jika boleh sekali pun mungkin kosnya agak mahal wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST