Thursday, 7 November 2013

CAHAYA MENAWAN - TELAH 9 BULAN BERKAHWIN, TETAPI SAYA MASIH DARA

CAHAYA MENAWAN bercerita mengenai delima yang dihadapinya apabila berkahwin dengan lelaki yang bernaluri songsang.
photo hiasan

Assalam, 

Saya sedang mengalami apa yang saudara semua bincangkan (di ruang komen didalam entri ini). Saya dapat tahu suami saya seorang gay/bisex selepas 4 bulan kami berkahwin, sekarang sudah nak masuk 9 bulan berkahwin, nafkah batin tiada. 

Sudah banyak kali suami terkantoi, dia layan website gay, dia download pics laki lucah. Kami sudah pernah ke Pejabat Agama namun tiada hasil. Saya banyak jumpa ustaz untuk mengubatkan suami, saya masih risau nalurinya masih sama. 

Dia pantang tengok laki-laki, kalau tengok yang hensem, mulalah dia akan cakap cutenye, handsome la, sudah banyak kali juga saya sound, nasihat lagilah banyak. Semua yang tahu masalah saya ini meminta saya meninggalkannya, saya takut dia semakin songsang. Pernah saya putus asa dengan keadaannya.

Yang saya tahu dia tiada partner di luar namun aktif berfacebook dengan gay-gay di dalam friend listnya. Masa tu saya simpan semua bukti dan tegur perbuatannya. Saya (pernah) dicekik pada malam raya kedua kerana dia kantoi didalam netbooknya ada koleksi gambar budak laki yang selalu ber-chat dengannya. Saya betul-betul kecewa sampaikan saya cakap jangan sampai saya terkena tempias laknat awak.

Saya tak sanggup hidup dalam kemurkaanNya. Pernah saya beritahu ibunya namun ibunya tak pernah nak percayakan apa yang saya cakap. Hanya Allah saja yang tahu, setiap hari saya menangis dan sangat tertekan sehingga saya mengalami migrain dan saya tak boleh tertekan.

Saya harap suami saya dapat berubah, orang lain memandangnya begitu sempurna tetapi hanya saya sahaja yang tahu tentang dirinya. Dia sangat pandai mengaji Al Quran dan menjaga solat, dimanakah silapnya??

Sehingga sekarang saya tidak pernah disentuhnya dan saya masih dara. Kalaulah saya boleh mengundurkan masa........


CAHAYA MENAWAN


12 comments:

  1. sedihnya baca paragraph yang last sekali...ada nada kesalan di situ...awak adalah orang yang kuat...antara yang terpilih oleh Allah untuk diuji

    ReplyDelete
  2. Masa tidak boleh diubdurkan bermakna kita harus hadapi masa ini dengan dada yang terbuka....pilihan atau keputusan kita buat dengan penuh waras dan berlandaskan Agama

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri..mohon tanpa mengenal erti putus asa pasti allah makbulkan..berprasangka baik pasti akan menemui jln penyelesaianya..

    ReplyDelete
  4. salam. saya juga senasib dgn awak. honestly, masa awal2 kahwin saya pun stress jugak mcm awk. hari2 bising kat suami, menangis.je kejanya. kalau nak cakap pasal tepis2 ni, mmg suami saya tepis2 saya bila saya nak peluk dia. hati isteri mana yang tak sedih? lama2 saya dah penat, saya takmo fikir lagi pasal tu. dan saya cri kebaikan2 suami pd saya.. wpun sampai skrg hati saya ada rasa sedih jugak, tp taklah sedih mcm dulu... saya memilih untuk tidak fokuskan lagi ttg hal tu dan cari/ fikir hal2 yang best, nikmat2 lain yang masih banyak yang ada pada saya. walauapepun, awk berhak tentukan hala tuju masa depan awk. fikir dan timbang baik2 ye. saya doakan semoga awk dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat - insyirah

    ReplyDelete
  5. itulah slh satu sbb knp sy sndri byk kali menolak cinta wanita walau mereka amat baik budi pekertinya ttp itulah yg terbaik.. ssgnhnya Allh maha mengahtahui.. insyAllh dgn kesungguhan, usaha pastinya kta bleh melalui ujian ini. walau kta xbleh mengubahnya ttp kta sekurang kurangnya kta cuba ke arah itu.. ini mrpkn mslh sy sendiri..n saya tau tiada siapa yg mnta utk bernafu begini kerana ia amat perit dan pedih utk dilalui.. tiada siapa mengerti mslh ini hanya kita sahaja yg tahu.. amatlah sedih xterkata bila mengenangkan nasib ini..andai kita diberi pilihan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiko, jangan sedih kerana anda ambil jalan yang terbaik dan anda diuji kerana Allah tahu kemampuan tuan. Take care

      Delete
  6. Suami awak telah gagal menunaikan tanggung jawabnya sebagai suami yang dituntut dlm agama islam iaitu gagal
    memberikan nafkah (batin). Ia diketogerikan suami yang berdosa jika sengaja@tidak berusaha menunaikan kewajipannya,jika awak sayang dia nasihatnya dgn lemah lembut,ia akan ditanya kelak dihadapan Allah tggjawabnya sebagai suami,awak blh tuntut fasakh jika ia masih tidak berubah namun disudut hati pasti awak
    masih menyayanginya dan ingin ia menjadi suami yang terbaik kan. Jadi berbincanglah,sebab suami awak masih
    menunaikan solat dan mengaji Al quran,mudah mudahan ia blh berubah.semoga awak sabar dlm ujian ini.kita semua di uji dgn berbagai jenis,yg sabar InshaAllah ada hasilnya.moga kejayaan berpihak pada anda

    ReplyDelete
  7. Salam abg najmi saya pembaca setia blog abg. Saya bekas istri seorg gay/bisex manakala usia prkhwnan kmi hnya mampu brthn 1thn stngah. Sya ingn brkngsi disni nsb sya hmpir sma dgn CAHAYA MENAWAN tp sy brtuah dikurniakan seorg chya mata lelaki yg comel brusia 6 bln. Kehdpn sy brsma dia pun sentiasa menangis & merintih dgn lynan dia trhdp sy bla kta peluk dia mengelak x suka kta dkt sma dia kdg2 sy smpai menitis air mata trtnya2 hina sgt ke diri ni smpai begtu skali lynan dia pada saya. Sbnrnye sudh bnyk kali dah trkantoi aktvti sonsg dia seprti apa CAHAYA MENAWAN brthu tntg perihal suami dia tp bekas suami sy seorg yg ego tnggi, suka menipu sy dia cuba sedaya upaya utk menutp pekong pada sy padahal bkti tu dh jels2 dpn mata. Skrg ni sy dah brstatus ibu tnggal tp alhmdulilh sy bhgia dgn hidup bgni brsma anak n fmly trcinta, bkn nya sy x pena brsbr utk trus brthn tp tu lah dia seorg laki yang ego tak blh bwa brbncg. Walaupun kami dah brpisah sy tak penah puts brdoa pada ALLAH agar dia dibri hidayah dan kembali ke pangkal jalan sblm trlwt sbb dlm diri dia yg sebgtu tetp ada sifat baiknya yg pena dia lakukn pada sya smasa kmi msh suami istri. Sekian wa'salam.

    ReplyDelete
  8. sebab tu lah aku taknak kawin.... walau ade orang gila kan aku.. taknak melukakan perasaan wanita.. bior tolak cintanya sekarang dari die merana pas kawin.. muungkin ade lelaki yg lebih baik untuknya... rase nk menangis tapiu nk buat mcm mana .. kalo dah gay ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga sedih membaca komen anda tapi saya yakin Allah akan anugerahkan sesuatu yang lebih baik atas dugaan ini. Gay sangat istimewa, menahan nafsu gay menjadi anda Insan Yang Terlalu Istimewa, Saya hormat anda, seriously. Membaca komen anda buatkan saya sebak....

      Delete
  9. Pelik juga ada yang fikir gay boleh diubati? Nasihat saya kepada gay gay sekalian jangalah berkahwin kamu hanya menyiksa wanita dan menipu diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. Macam saya juga, saya sendiri dah tak tahu macam mana nak explain,smpai sekarang ex saya masih mengharapkan saya, dalam diri ni mmg nak berkahwin tpi apakan daya bila nafsu songsang ini lagi kuat dalam diri, sbb tu saya diam tanpa berbicara sepatah kepada ex saya supaya saya xberi harapan lagi pada dia. Walaupun saya tahu dia berharap saya berubah tapi semuanya hanya ketentuan Illahi.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST