Sunday, 10 November 2013

ANTARA PEKARA PENTING SEKIRANYA ANDA KELUAR NEGARA


Bagi PLHIV yang sudah mengambil ubatan HAART dan sekiranya hendak keluar negara tidak kiralah dekat atau jauh, ke Singapore atau Jakarta, ke Bangkok atau ke Hong Kong, nasihat saya kalau boleh dapatkanlah surat pengesahan dari doktor mengenai ubatan yang kita telan.

Bukan apa bimbang ubatan yang kita bawa itu tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kenegara yang hendak kita lawati itu (akibat salah faham). Takut kita ditanya tentang ubatan tersebut dan sukar pulak kita nak terangkan mengenainya, dalam masa yang sama kita cuba nak merahsiakan pula status HIV kita. 

Nak kelentong pegawai kastam? takut pulak mereka arif mengenai ubatan tu pulak, silap kelentong nanti termakan diri. Kalau tanya saya beritahu aje mereka bahawa ubatan tu macam vitamen untuk sihatkan badan yang perlu dimakan setiap hari. Kalau masaalah yang lebih rumit timbul baru tunjukkan surat, sebolehnya jangan beritahu yang kita PLHIV kecuali apabila keadaan memaksa.

Ubatan yang dibawa jangan disorok ditempat-tempat mencurigakan, letak aje dicelah-celah baju dalam bagasi yang kita bawa. Kalau boleh letak bersama dengan seluar dalam "busuk" supaya pegawai kastam tidak usik hehehe (betul ni juga panduan yang pernah saya baca)

Kalau tanya saya, cara saya, sekiranya saya menaiki kapal terbanglah (jarang sekali), saya pasti akan masukkan sejumlah ubatan yang mencukupi kedalam bagasi yang nak dimasukkan kedalam perut kapal terbang, dan sejumlah lagi ubatan didalam beg yang saya galas bersama surat pengesahan dari hospital.

Manalah tahu kut-kut bagasi dalam perut pesawat terlepas ketempat lain, so ubatan yang digalas bersama masih ada. Atau manalah tahu kut-kut ubatan yang digalas kena ambil oleh pegawai kastam, so ubatan dalam bagasi diperut pesawat masih ada. Sebab itu pentingnya surat pengesahan dari doktor pakar sekiranya anda mahu ke luar negara. Sebab adakala peristiwa sebegini yang tidak terlintas difikiran, boleh berlaku keatas diri kita. Beringat sebelum kena. Tanpa surat kemungkinan ubatan tersebut akan diambil.

Pastikan ubatan yang dibawa biar lebih bilangannya daripada jumlah hari kita berada diluar negara.  

Saya belum pernah dengar kes PLHIV yang bawa ubatan HAART mengalami masaalah semasa melalui lorong imigresen mana-mana negara luar, dan kalau sesiapa yang pernah alami sharelah kisah anda dengan saya ya...

Hmmmm alangkah bagus sekiranya tubuh badan kita sihatkan, untungnya mereka yang sihat dan tidak ada sebarang penyakit sehingga memerlukan mereka terpaksa mengambil ubatan setiap hari, mudah kemana-mana kan.

So bersyukurlah anda yang sihat,.....:)


*Segala nasihat diatas adalah pandangan peribadi saya melalui pengalaman, mungkin ada salah dan silap, kalau salah perbetulkan lah ya...:).




6 comments:

  1. Hmmmm.. Tuhan adil..
    Sihat xbermakna bahagia..
    Kena makan ubat tak semestinya sengsara.

    Saya pernah berbual dgn member2 pasal PLHIV..

    Kebanyakan bg respon positive...
    Cuma sorg dua je yg menghukum keras. U deserve on what u did previously..

    Mak ai.. Ayat dia sangat kejam.

    Dunia ni sphera..jap kat atas..jap kita kat bawah..hmmm


    Regarding ur medication..
    Its better u snap pic ur meds name n medical document n save in ur email..ehehh..boleh acces at anytime..anywhere..
    Kalau ada hospital contact no lg bgus..
    Senang berurusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fadzli

      Idea yang bagus, yang penting kita kena peka mengenai ubatan yang dibawa kemana2 tu kan, senang berurusan sebab kita tak pasti apa yang akan berlaku..

      Delete
  2. Abang naj mi buat entry kisah penagih dadah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kalau ada yang berkongsi kisah akan saya share kan lah nanti..Tetapi ada beberapa kisah mengenai penagih dadah dalam blog abg ni..

      Delete
  3. Ye, Najmi cara Najmi nih ramai yang buat...Take care

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST