Friday, 29 November 2013

TMZ - BUKAN SENANG UNTUK KAWAL 2 NAFSU

                                  photo hiasan

Setuju dengan pendapat yang MFZ utarakan (didalam ruang komen dientri bertajuk "MFZ - PERINGATAN BUAT LELAKI GAY SEBELUM NIAT MENDIRIKAN RUMAHTANGGA".  

Saya (TMZ) juga mempunyai masaalah seperti MFZ. Sebenarnya agak sukar untuk membendung perasaan songsang ni kecuali kita kena betul-betul kuat. Banyak kali saya mujahadah melawan perasaan songsang ni, sehingga kadangkala saya letih namun saya kuatkan juga, kerana yakin ini semua adalah ujian dari Nya dan saya yakin akan kembali kepada Allah jua kelak dan Islam adalah jalan yang terbaik.

Biar saya story serba ringkas perihal diri saya. 

Saya sebenarnya straight masa sekolah dulu tetapi disebabkan kenaifan dan kejahilan saya terjebak dengan perasaan songsang ni, cuma saya tidak pernah terjebak dengan aktiviti seks songsang atau bercouple serious ke dengan lelaki. Saya pernah couple, tetapi rasa jijik, janggal, pelik bila bercouple dengan lelaki dan hanya mampu bertahan satu hari sahaja, cuma saya rasa tak perlu lah saya story bagaimana saya boleh terjebak, biarlah ianya menjadi rahsia antara hamba dan Tuhan nya yang sudi mendengar. 

Saya mempunyai perasaan terhadap lelaki dan juga wanita dan saya juga pernah mimpi basah dengan wanita, malu sebenarnya cerita aib sendiri tetapi biarlah ia jadi pengajaran buat smua. Saya ada perasaan ni sejak sekolah menengah. 

Dan sejak saya tahu saya ada perasaan songsang ni saya cuba buang, cuba untuk kembali kepada Allah, jaga solat 5 waktu dan istigfar. Saya harus akui hanya dengan solat sahaja saya rasa lebih tenang, dan berupaya mengawal nafsu dan diri, jika tidak saya akan jadi totally homosexsual. Tapi ianya satu perjuangan yang panjang.

Alhamdulilah Allah mempermudahkan banyak perkara dan doa, namun hanya satu perkara yang Allah Hijab untuk diri saya selagi saya tidak berubah sepenuhnya. 

Saya banyakkan muhasabah diri dan solat sunnat serta bacaan tambahan lain untuk lebih tenang, siapa rasa tak gila bila ada 2 nafsu, satu untuk wanita, satu untuk lelaki. Saya yakin kan diri saya bahawa ini adalah ujian Allah terhadap saya, saya terima dengan tenang dan positif.

Pernah beberapa kali rakan-rakan straight buat kerja gila tapi alhamdulillah saya berjaya elakkan. Ada satu hari tu selepas selesai solat suboh berjemaah di surau berhmpiran seorang  rakan straight saya tiba-tiba keluarkan kemaluan dia dan saya tidak tahu apa tujuan dia buat keerja bodoh tu. Saya tak endahkannya dan saya terus keluar dari bilik dia. 

Sekalipun saya seorang bisex tidak bermakna saya akan buat kerja bodoh dan serahkan iman dan syahadah saya hanya untuk nafsu. Saya memang terkejut dengan sikap rakan tu, dan apabila berjumpa dengan rakan tu selepas kejadian tersebut seolah macam tiada apa yang brlaku.

Dan bukan senang juga untuk mengawal 2 nafsu, ia perlukan masa, hanya pada Allah saya himpunkan doa dan kekuatan untuk keluar dari jalan ini. Bila nampak lelaki dan wanita kadangkala saya hanya mampu tundukkan wajah muka ke lantai, bergeloranya, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang penting sekali kita kena jaga solat 5 waktu, walau di mana kita berada. 

Kadangkala saya malu pada Allah namun saya yakin jalan keluar pasti ada hanya sedikit masa lagi....


sekian
TMZ



AFI - VIRUS HERPES KEKAL SEPANJANG HAYAT


SOALAN

SAYA ingin tahu mengenai penyakit herpes. Selain jangkitannya menerusi persetubuhan, apa punca lain seseorang mendapat jangkitan penyakit berkenaan?

Maksudnya, jika pasangan yang sudah berkahwin tidak pernah menghidap penyakit ini sebelumnya, tetapi mengalaminya setelah bersetubuh, walhal sebelum itu kedua-duanya tidak pernah mengadakan persetubuhan dengan orang lain, bagaimana penyakit ini boleh dijangkiti?

Harap doktor dapat memberi penjelasan terperinci.

Afi,
Kuala Lumpur



JAWAPAN

SEBELUM saya menjawab soalan anda dengan lebih lanjut, anda perlu faham bahawa terdapat beberapa jenis penyakit herpes.

Selain itu, seseorang itu perlu dipastikan sama ada dia benar-benar mengalami jangkitan herpes, lebih-lebih lagi sekiranya ia herpes yang berkait dengan jangkitan kelamin. Ini kerana ia boleh membawa implikasi tuduh-menuduh dan kesan negatif terhadap hubungan atau kepercayaan pasangan.

Di samping itu, terdapat kesan atau ciri-ciri penyakit yang menyerupai herpes kelamin, tetapi apabila dijalankan ujian lanjutan atau pengesahan, ia bukannya begitu.

Herpes disebabkan oleh sekelompok virus. Terdapat beberapa jenis virus dalam kelompok herpes, antaranya adalah jenis virus herpes simplex jenis 1 (HSV type 1), virus herpes simplex jenis 2 (HSV type 2), virus herpes zoster (VZV) iaitu virus penyebab penyakit campak dan kayap, virus cytomegalo (CMV) dan virus Epstein-Barr (EBV) .

Herpes yang membabitkan kawasan kemaluan dinamakan herpes genital dan disebabkan oleh virus herpes simplex sama ada HSV jenis 1 atau HSV jenis 2. Ia lazimnya dijangkiti melalui hubungan seks sama ada jenis oral-vaginal, oral-zakar, penis-vaginal atau di luar tabii (anal). Ini termasuk jika menggunakan alat bantuan seks secara berkongsi.

Walaupun HSV jenis 2 yang lebih kerap menjadi penyebab penyakit herpes genital, virus HSV jenis 1 juga mungkin menyebabkan penyakit di kawasan yang sama.

Sekiranya pasangan sudah dijangkiti virus HSV (melalui sentuhan pada rekahan kulit-ke-kulit atau kulit-ke-membran mukosa genital dan mulut), mana-mana jenis hubungan di atas boleh menjadi punca dia menjangkiti genital pasangannya, bergantung kepada kawasan sentuhan berlaku, lazimnya kawasan genital, muka atau tangan.

Herpes genital boleh menyebabkan simptom seperti biji berair pada kawasan kemaluan yang kemudiannya pecah dan menyebabkan ulser pedih.

Namun sebenarnya ramai yang mendapat jangkitan herpes tanpa mengalami apa-apa simptom dan menjangkiti orang lain tanpa disedari.

Ia jarang menyebabkan kesan serius kepada orang dewasa contohnya kerosakan hati.

Apabila masuk, virus HSV ini akan kekal di dalam tubuh untuk selama hayat secara pasif atau dorman di ganglion saraf berhampiran (bukannya di dalam aliran darah) dan boleh aktif semula dan menyebabkan rasa sakit atau pedih. Ia juga boleh menimbulkan ruam pada kawasan kulit yang dibekalkan deria oleh saraf itu.

Ujian darah serologi boleh menunjukkan kehadiran antibodi (imuno-globulin G) dalam nilai tertentu sama ada terhadap HSV jenis 1 atau HSV jenis 2. Ujian mengesat menggunakan kapas (swab) ke atas cecair atau ulser terbabit pula boleh diuji untuk kehadiran virus itu sendiri secara kultur atau teknik PCR tetapi ia jauh lebih mahal.

Kesimpulannya:


- Herpes genital disebabkan oleh satu daripada kelompok virus herpes iaitu HSV.

- Herpes genital lebih lazim disebabkan oleh HSV jenis 2, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh HSV jenis 1.

- Membran mukosa bahagian genital seseorang itu boleh dijangkiti HSV berkenaan melalui sentuhan oleh bahagian pasangannya yang mengandungi virus itu sama ada pada mulut, tangan atau kemaluannya.

Setelah dijangkiti, seseorang itu tidak boleh menjangkiti semula virus HSV jenis itu kepada pasangannya, kecuali jika ia daripada jenis HSV yang lagi satu (terdapat jenis HSV 1 atau 2).

- Sekiranya pasangannya itu mempunyai penyakit herpes pada bahagian genitalnya juga, berkemungkinan herpes genital yang dialami pasangannya itu disebabkan oleh sentuhan pada genitalnya oleh orang lain yang lazimnya melalui hubungan seksual sama ada dari bahagian oral, zakar, vagina, dubur atau rekahan kulit yang sedang aktif dijangkiti.

- Ramai yang mempunyai antibodi herpes simplex tanpa menyedari pernah mengalami apa-apa simptom jangkitan dahulunya kerana jangkitan HSV boleh berlaku tanpa mengakibatkan apa-apa simptom.

Sekiranya benar jangkitan herpes genital terbabit berpunca daripada hubungan seksual pasangan dengan orang lain, eloklah jika kedua-dua pasangan ini menjalani ujian lain yang juga berkait dengan penyakit jangkitan seksual seperti VDRL, Chlamydia, gonorea, HIV dan seumpamanya.

Eloklah kita mengamalkan hubungan seks dengan seorang pasangan saja, sentiasa menjaga kebersihan anggota yang kerap bersentuhan seperti tangan atau muka, menjalani ujian berkaitan yang diperlukan dan mendapatkan rawatan sekiranya ia berlaku.

Satu lagi fakta penting adalah memandangkan herpes genital pada wanita hamil (lebih kepada herpes aktif dalam trimester ketiga kehamilannya) boleh menyebabkan kesan serius kepada bayi yang akan dilahirkannya (jangkitan berlaku sewaktu kelahiran), wanita hamil yang mengalami jangkitan herpes genital pertama kali waktu itu (menghampiri kelahiran) lazimnya dinasihatkan bersalin secara pembedahan Caesarean.

Sumber Harian Metro

Monday, 25 November 2013

INSAN KELIRU - STATUS HIV PASTI MENGAGALKAN SAYA, APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN?





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Abang Naj Mi,

Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya sebagai "Insan Keliru" sebelum memulakan bicara mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Saya terdetik untuk menulis emel ini kerana membaca blog abang semasa mencari maklumat berkaitan HIV. 

Saya merupakan anak ke X daripada XX orang adik beradik yang tinggal di bahagian luar bandar (kampung). Mak saya seorang suri rumah sepenuh masa manakala abah seorang XXXXXXX dan pernah bekerja sebagai XXXXXXX di XXXXXX dan kini bergantung harap kepada duit pencen bulanan dan hasil kebun XXXXXX yang diusahakan. Dalam keluarga, hanya saya seorang menjadi harapan keluarga untuk dibanggakan seperti ibu-bapa yang lain di dunia ni. Kerana saya seorang sahaja yang berjaya mendapatkan segulung ijazah berbanding adik beradik yang lain.

Saya sudah bergradusi pada bulan XXXXX tahun 20XX dan telah tamat menjalani latihan pekerjaan selama setahun di sebuah syarikat XXX terkemuka di Malaysia dan telah tamat latihan pada akhir bulan XXXXX tahun 20XX yang lalu. 

Saya mengakui bahawa saya adalah golongan Gay, dan telah mula terjebak dalam kancah ini semenjak berusia 17 tahun. Saya sering dipanggil sebagai seorang lelaki lembut semenjak zaman kanak-kanak lagi oleh kerana sifat pemalu yang saya miliki. Perasaan menjadi seorang gay bermula semenjak di bangku sekolah. Panggilan dan jolokan lelaki lembut yang telah membuatkan saya merasa tersisih. Akibat daripada perasaan itu, ianya telah mendorong saya untuk menjadi seorang gay secara tidak sedar. 

Saya pernah mempunyai perasaan kepada wanita semasa di tingkatan satu namun ianya telah ditolak mungkin kerana karakter saya sebagai seorang lelaki lembut. Sejak daripada kejadian tersebut, saya telah mula beralih perasaan untuk menyukai pasangan sejenis saya.

Sejak dibangku sekolah, saya tidak pernah tahu punca jangkitan HIV kerana tidak mendapat sebarang pendedahan mengenai virus berkenaan. Saya telah menjadi seorang remaja gay yang aktif ketika melangkah ke alam Universiti. Hal ini adalah kerana faktor jarak saya dengan keluarga yang jauh membolehkan saya untuk bersosial dengan dunia baru. 

Saya mula bijak bersosial tanpa sempadan 

Saya mula menggunakan enjin pencarian google untuk mencari sesuatu yang boleh merangsang nafsu seorang gay seperti saya. Lama-kelamaan, saya mula berjinak dengan laman sosial seperti Facebook pada awal tahun 2009. Kemudian disitulah bermulanya kegiatan bersosial saya tanpa sempadan. Ramai orang saya kenali melalui laman tersebut dan ada juga golongan gay yang menyapa saya untuk berkenalan. 

Bermulalah kisah gelap saya sebagai seorang gay daripada keluar bersama golongan sejenis setelah membuat temujanji di laman sosial sehinggalah kepada pergaulan seks bebas daripada "ringan2" kepada yang lebih berat. Tanpa saya sedari mengenai "safety sex" semasa melakukannya. Pelakuan seks berkenaan tidak sekerap mana, saya cuma melakukannya pada pasangan kekasih sejenis saya sahaja. Setelah hampir 7 tahun saya bergelumang dalam dosa ini. 

Pada awal tahun lepas, semasa menjalani latihan pekerjaan di syarikat XXX berkenaan, saya telah tinggal di hostel yang disediakan. Pada waktu itu, saya baru sahaja putus cinta dengan kekasih sejenis saya. Hal berkenaan telah membuatkan saya rasa keseorangan dan telah memilih untuk mencari teman di sekitar Selangor. 

Pada suatu hari saya telah mendapat message dalam inbox facebook saya daripada seseorang. Dia mengenali saya daripada wall post dan komen didalam sebuah group golongan gay area selangor. Saya telah menjalin hubungan terlarang dan malakukan hubungan seks dengannya. 

Setelah seminggu semasa tempoh latihan di syarikat XXX berkenaan, saya telah mendapat panggilan temuduga dengan sebuah company di XXXXXX. Saya telah berjaya melepasi temuduga berkenaan dan ujian saringan kesihatan juga telah dilakukan di klinik panel bank berkenaan dan mengesahkan saya bebas HIV. Saya telah menandatangani surat penerimaan tawaran bekerja berkenaan di HQ company tersebut dengan tawaran gaji 2.8k sebagai excecutive trainee.

Namun, saya telah menolak tawaran pekerjaan tersebut kerana saya ingin meneruskan latihan dengan syarikat XXX tersebut walaupun hanya menerima bayaran elaun dengan harapan akan diserap sebagai Executive setelah tamat tempoh latihan.

Saya tidak tahu teman lelaki saya positif HIV

Mengenai hubungan saya bersama lelaki yang saya kenali tersebut. Hubungan kami tidak lama, hanya bertahan sehingga sebulan. Semasa mengenali lelaki berkenaan, pada suatu hari dia membuat pengakuan mempunyai virus HIV. Jesteru itu juga saya terus menangis tanpa henti kerana risau akan jangkitan berkenaan. Dia terus memujuk saya bahawa itu adalah gurauan sahaja. Oleh kerana kekerapan lelaki berkenaan yang meminta untuk meminjam wang daripada saya, ianya telah membuatkan saya memutuskan untuk tidak bersamanya lagi. 

Tidak lama selepas itu, saya mendapat berita daripada seorang teman facebook yang mengatakan lelaki yang saya kenali itu benar-benar mempunyai virus HIV. Saya terus terdiam kaku dan terasa seperti tidak berdaya. Teman facebook yang menyampaikan berita berkenaan telah menyuruh saya membuat ujian saringan HIV. Namun, akibat daripada perasaan keliru yang membelenggu diri, saya telah mengambil keputusan untuk tidak membuat ujian HIV. Sejak daripada itu, saya selalu berdoa agar dijauhkan daripada kemungkaran. 

Pada awal bulan XXXX tahun 2013, saya telah membuat keputusan untuk membeli HIV test kit secara online untuk mengetahui status HIV tersebut secara privacy. Keputusannya C berjalur gelap dan T berjalur pudar. Walaubagaimanapun ianya tetap +ve kerana terdapat jalur pada T. Sejujurnya luluh perasaan saya ketika itu dan merasakan saya telah menghancurkan harapan mak dan abah saya. 

Sejak daripada hari tersebut, setiap hari selepas solat, saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk membalas jasa dan mengukir senyuman kepada mak & abah saya. Saya berdoa supaya diberi sedikit kesempatan waktu untuk menjelaskan hutang pinjaman pendidikan saya. Setiap hari saya berdoa dan mengalirkan airmata tanpa henti selepas solat. Sejujurnya saya menyesali akan perbuatan lampau saya. ='(

Antara HIV, pekerjaan dan harapan mak abah

Hari ini saya telah mendapat email daripada syarikat XXX tempat saya menjalani latihan berkenaan yang mengatakan saya ditawarkan untuk diserap sebagai Executive. 

Namun apa yang merisaukan saya sekarang, saya keliru, dengan saringan ujian kesihatan yang saya perlu lalui di klinik panel syarikat tersebut. Dalam borang tersebut ada menyatakan status HIV/AIDS. Saya sangat keliru sekarang, dengan harapan mak & abah yang ingin melihat saya berjaya dan seorang yang boleh dibanggakan akan hancur dan musnah kerana status HIV tersebut kelak. Status HIV itu pasti akan menggagalkan saya untuk mendapat penyerapan sebagai pekerja di syarikat XXX tersebut. 

Apa yang harus saya lakukan sekarang Abang, saya sungguh keliru dengan apa yang saya lalui ini. Jika saya gagal mendapat pekerjaan di usia masih muda ini, pasti mak & abah saya kecewa tambahan pula jika mereka mengetahui hal sebenar diri saya. 

Apa yang harus saya lakukan? Saya sungguh keliru akan apa yang terjadi. Saya sehinggakan terfikir bagaimana untuk memalsukan status HIV dalam borang berkenaan kerana risau akan masa depan dan kerjaya saya akan GELAP...... 



Yang memerlukan pertolongan seikhlas mungkin,
INSAN KELIRU.




Salam Insan Keliru,

Keputusan HIV KIT menunjukan +ve, setahu abang ketepatan HIV KIT itu ialah 99.9%. Walaubagaimana sekali pun, abang nasihatkan saudara agar jalani ujian sekali lagi di hospital kerajaan atau mana-mana klinik swasta seperti (BP Health), agar result lebih konkrit dan lebih diyakini sebelum melakuakan ujian dari klinik panel syarikat tersebut.

Segalanya telah berlaku, buat permulaan pastikan benar status HIV saudara, kemudian baru fikir mengenai pekerjaan.

Sekiranya saudara tiada rezeki di syarikat XXX tersebut insyaallah ada rezeki ditempat lain, percayalah kepada ketentuan Allah. Ada kala sesuatu yang sangat kita inginkan sesuatu yang dirasai sangat baik buat diri kita sebenarnya sangat tidak baik buat kita. Allah maha mengetahui. Mungkin kerja di XXX itu tidak baik buat saudara sebab itu Allah alihkan arah tuju hidup saudara kearah lain yang lebih baik. Mendapat HIV tidak semestinya tidak baik, mungkin ianya lebih baik (dapat HIV) daripada tidak dapat.

Saudara kena bersangka baik kepada ketentuan Allah, abang percaya saudara seorang yang bijak, bersemangat dan mampu mendapat pekerjaan yang lebih baik walaupun kemungkinan positif HIV. Ramai PLHIV diluar sana yang berjaya dalam hidup, saya percaya saudara akan menjadi seperti salah seorang daripada mereka.

Buat masa ini saudara kena fikir positif, teruskan apa jua plan perancangan kehidupan saudara, dan tengok sahaja apa yang akan berlaku di masa depan, dalam masa yang sama berdoa kepada NYa agar dipermudahkan segala-galanya.- Naj Mi




Thursday, 21 November 2013

JAY +ve HIV - ADAKAH TINDAKAN SAYA INGIN BERKAHWIN DENGAN TEMAN LELAKI CINA BETUL?


Assalamualaikum, 

Saya JAY (bukan nama sebenar saya) seorang positif HIV. Saya nak berkongsi dan ingin mendapatkan pendapat abang Najmi mahupun pembaca blog abang berkenaan kehidupan saya sebagai penghidap HIV. 

Terus terang saya katakan yang saya pengamal hidup songsang sejak dibangku sekolah lagi. Tetapi saya juga pernah cuba untuk berubah, dan pernah bercinta dengan seorang wanita yang saya sayangi semasa belajar di IPT.

Semasa berada di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur, memang hampir semua di kampus mengetahui gaya hidup yang songsang ini, tetapi atas dasar ingin berubah sepenuhnya, memandangkan umur semakin meningkat. Saya tahu memang sukar bagi seorang wanita untuk menerima seseorang yang mengamalkan kehidupan songsang untuk diterima sebagai teman lelaki. Tapi atas kesungguhan saya untuk mendapatkan cinta, saya telah cuba buktikan saya benar-benar ingin berubah.

Saya telah membuang semua gambar, no tel, dan telah memadam akaun tagged, myspace dan friendster saya (pada masa itu laman sosial ini sahaja yang begitu ramai pengguna gay) untuk mengelak dari berhubung dengan mana-mana GAY/PLU yang lain.

Alhamdulillah atas kesungguhan saya, cinta saya diterima. Pada hujung tahun 2009, saya telah berhenti belajar disebabkan suatu perkara yang tidak dielakkan.

Bercinta dengan gadis 

Walaubagaimanapun saya tetap berjumpa dengan si dia (teman wanita) setiap hari, bagi mengubat rindu. Pada mac 2010 saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah institut kemahiran di Kuala Lumpur atas bantuan rakan baik ayah saya. Semasa hari pertama berada disana, saya dimaklumkan sepatutnya saya tidak diterima disitu kerana kemasukan untuk semester itu paling lewat adalah hujung bulan Januari. Dimana saya telah mendaftarkan diri lewat, rutin harian saya menjadi sibuk disebabkan perlu menyiapkan asignment dan bagi bagi mengcover pelajaran yang saya tertinggal.

Semasa berada disana saya jarang sekali berhubung dengan teman wanita saya. Ini membuatkan hubungan kami semakin renggang. Masuk minggu ke 2 saya berada disitu, teman wanita saya telah membuat keputusan untuk putuskan hubungan. Mungkin silap saya juga, dimana saya terlalu manjakan dia selepas berhenti dari kampus.

Kembali teruskan aktiviti songsang 

Setelah masuk semester ke 2, naluri saya untuk memulakan hubungan songsang kembali semula. Kali ini adalah lebih teruk, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang yang akan menjemput saya dihostel bagi memuaskan nafsu mereka.

Atas kesedaran saya pada sekitar hujung bulan 11, 2010, saya telah membuat ujian darah. Alhamdulillah darah saya pada masa itu masih negative HIV.

Sehinggalah semasa di semester terakhir, saya telah berjumpa dengan seorang lelaki chindian, dan bercinta dengannya. Genap 4 bulan kami couple. Pasangan songsang saya telah menunjukkan yang dia telah bosan dengan saya, dan kami putus.

Pada hujung tahun 2011, saya tergerak haji untuk membuat ujian HIV, dan saya telah pergi ke salah sebuah Klinik Kerajaan untuk membuat ujian darah. Malang tidak berbau, ujian darah saya menunjukkan saya positive.

Sukar sekali untuk menerima hakikat. CD4 saya pada masa itu adalah 123 dan viral load melebihi 240 ribu. Dalam masa yang sama, saya masih lagi menjalankan aktiviti songsang. Memang serabut untuk meneruskan hidup. Saya telah dibekalkan ubat untuk dimakan bagi mengurangkan kandungan viral load dalam badan dan menambah kandungan CD4.

Bercinta dengan lelaki cina

Pada awal tahun 2013 saya telah bercouple dengan seorang lelaki cina. Dia terima saya seadanya dan terima saya yang sudah berpenyakit ini. Pada masa itu, dia masih belajar, dan saya telah bekerja. Memandangkan pertengahan tahun 2014 dia akan melanjutkan pelajaran di UK, kami telah membuat perancangan, dimana selesai dia menamatkan pelajaran, kami ingin berkahwin di UK. Saya memang sayangkan dia, tidak lupa juga bekas teman wanita saya. Memang lelaki cina ini menjaga rutin hidup saya dengan baik. Dia menjaga cara hidup saya, dan paling penting menjaga solat saya. Seringkali dia mengingatkan saya untuk tidak lupa solat.

Saya sangat runsing sekarang, saya masih cintakan bekas teman wanita saya, tetapi jikalau kami berkahwin sekalipun, sudah tentu saya tidak dapat membahagiakannya. Darah saya berpenyakit, dan tentu sekali tidak dapat mengurniakan anak. Tetapi adakah tindakan saya untuk berkahwin dengan lelaki cina bagi menjadi teman hidup adalah betul? Serius saya katakan saya memang runsing untuk fikirkan perkara ini.  Dalam masa yang sama saya masih berhubung dengan bekas teman wanita saya. 

Saya berharap abang Najmi mahupun pembaca blog abang Najmi dapat memberikan pendapat yang boleh membantu saya. 


Sekian
~JAY~



Salam Jay,

HIV ni dugaan Allah buat kita, agar kita sedar tentang segala kesilapan yang sudah kita lakukan dulu, dugaan Allah agar kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik. Kalau kita sukar nak berubah secara mendadak, secara pelahan-pelahan pun ok asal ada niat nak berubah mengawal diri dari terus melakukan aktiviti songsang lagi.

Jay beruntung, kerana punya keinginan naluri pada wanita, jika diasah tajam-tajam naluri tersebut insyaallah Jay boleh tumpukan naluri kepada wanita sahaja, boleh berkahwin dan boleh mendapat anak bebas HIV (walaupun saudara positif HIV). Alangkah baik sekiranya Jay dapat terus berhubung dengan teman wanita, lelaki HIV positif masih boleh dapat anak yang bebas HIV (tanpa berlaku jangkitan HIV kepada isteri) melalui pemantauan doktor semasa proses mendapatkan anak.

Keinginan Jay hendak berkahwin dengan teman lelaki berbangsa cina itu sangat tidak betul, apa tah lagi kalau berhasrat nak berhijrah ke luar negara, pada abang ianya sia-sia dan sangat merugikan sebab persekitaran kehidupan disana akan membuatkan Jay akan terus terpesong terus dari agama Islam. Keingian untuk hidup bersama lelaki cina itu, tidak akan membawa Jay kemana-mana. Jay kena faham tiada istilah perkahwinan sesama jenis dalam Islam, haram, berdosa dan boleh membawa kerosakan yang lebih teruk dalam akidah Jay.

Asah lah kembali kasih sayang kepada teman wanita, sama ada jodoh dengan teman wanita itu masih ada terserah pada Allah dalam menentukannya, jika bukan jodoh dengan nya sekali pun pasti akan ada jodoh dengan wanita lain, yang penting naluri Jay akan lebih condong kepada wanita. Tanamkan niat untuk terus mengawal diri, jangan terlalu ikutkan kehendak nafsu, pohon doa kepada Allah dan pastinya Allah akan makbulkan doa baik yang kita pohon - Naj Mi


CMIA PRINCIPLE TEST - HIV TEST KIT GENERASI PALING LATEST

Seorang pembaca meninggalkan komen diruang komen "LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF"



Salam sorry mencelah kat sini, sekadar share info itu pun apa yang saya tahu sahaja. Kalau anda semua perasaan dalam setiap medical report kalau ada yang buat ujian HIV lah untuk tahun 2013, bermula 1 January 2013, setiap ujian HIV akan menggunakan kaedah cmia principle test

Cmia principle test ini adalah kit test HIV generasi ke-4 iaitu generasi yang paling latest, di mana ianya ada kemungkinan untuk detect jangkitan HIV seawal seminggu selepas infection (berjangkit). 

Sebab itu bagi sesiapa yang pernah buat ujian HIV dalam tahun 2013 ini, kalau tuan/puan ada nampak pada "report hiv test TUAN/PUAN ada tertulis HIV 1 and 2 ag/ab not detected, itu maknanya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke 4, di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody(ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah boleh dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan. 

Perlu di ingatkan, antigen ini (protein yang terdapat dalam virus) tidak akan dapat di kesan lagi setelah antibody di hasilkan oleh sistem imun badan kita (puratanya antibody dihasilkan 25 hari selepas jangkitan).

Namun pada usia jangkitan menjangkau 6-7 minggu, portion antibody(ab) yang memadai sudah boleh didapatkan untuk mengesan reaksi antibody seseorang terhadap HIV, kerana cmia principle ini sangat sensitif dan ketepatannya diperakui. 

Kebanyakkan HIV specialist berpendapat ujian HIV menggunakan cmia principle boleh dianggap "konklusif" (muktamat) pada minggu ke 6 dan seterusnya selepas tarikh kemungkinan jangkitan berlaku, walaupun CDC (United States Centers for Disease Control and Prevention) dan WHO (World Health Organization) masih menetapkan ujian antibody selepas 90 hari dari tarikh ada kemungkinan jangkitan sebagai konklusif, sekurang-kurangnya ujian antibody negatif pada minggu ke 6 boleh memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90.

Oleh itu berkaitan kes Puan Lisa ini, sekiranya dia mengambil combo test (ab/ag) pada minggu ke-6 dan di dapati negatif, itu dikira satu indicator bagus untuk beliau dan kecenderungan untuk di sah kan positif adalah lebih kurang 5% sahaja

Dan katakan Puan Lisa mengambil ujian antibody sahaja pada hari ke 90, itu di kira sudah konklusif, untuk tempoh menunggu sehingga 6 bulan, itu adalah amat jarang, kebiasaan window period untuk tempoh 6 bulan berlaku pada pesakit kanser, hepatitis C. 

Ujian antibody selepas 90 hari sudah boleh di anggap konklusif (muktamat) asalkan tiada sebarang akitiviti berisiko dilakukan sehingga ke tarikh tersebut. 

Dunia semakin maju, HIV test kit pun semakin sensitif dan banyak test kit yang mampu mengesan hiv lebih awal berbanding beberapa generasi HIV test kit terdahulu. 

Tentang vaksin PEP (Post–exposure prophylaxis), itu hanya berkesan dalam 72 jam selepas waktu jangkitan, itu pun belum 100% boleh berjaya, selepas jangka waktu tersebut hanya boleh lakukan ujian DNA viral load, combo test ab/ag atau antibody.

Apapun saya doakan semua PLHIV sentiasa sihat-sihat, jangan lupa makan ubat, kami terima anda seadanya. Dengan ilmu pengetahuan, hidup mereka boleh sama dengan orang normal. No such big deal, yang penting ilmu dan peka tentang kesihatan kita.


TQ 
Anonymous



Soaljawab



Hello , me again , Hi, im from malaysia , age 28 male , my english is very poor hope you understand. I had a high risk unprotected with a girl work at KTV 81 days ago , i got tested for HIV at 57 days at a LAB , my result came back ( HIV 1&2 ab/ag not dedected based on CMIA principle) . And I tested by ez trust rapid test at 72 days and 80 days all negative . I have no any HIV symptoms , may i know what is CMIA principle testing metho ? Can consider conclusive ? Should i go test again at 84 days or 90 days again .
i just get my 84 days tested result came back (HIV I & II (AIDS) . Not Detected . Screening Method By ELISA) .
why no ab/ag ? i dunno what method can you tell me i tested by this can conclusive ? - See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf


Greetings,
Thank you for using AIDS Vancouver online helpline as your source of AIDS/HIV related information.
I'm going to do my best to answer your questions in the order you asked them above. Firstly, The Chemiluminscence (CMIA) HIV test is extremely accurate and reliable, and most CMIA tests include detection of the p24 antigen, which allows for earlier HIV infection detection. This is because an exposure which leads to an infection can take up to 3 days & P24 antigens are detectable immediately after infection, until your body's antibody response takes over (at which time the antibodies bind to the antigens, making them no longer detectable). However, not all CMIA tests may include p24 antigen detection, so retesting at 12 weeks is often suggested. You went on to receive two more HIV tests, all of which were negative. Your results are indeed conclusive and I wouldn’t suggest further testing.
So to clarify, the first test that you have with the results: ”HIV 1&2 ab/ag not detected” was looking for both the antibody (ab) and the antigen (ag). This is only available during the first couple weeks, as once your body starts producing the antibodies the antigen is no longer detectable. This is why the tests you had to follow did not say (ab)/(ag), as it was only looking for the antibodies.
That being said, all the testing methods provided are considered completely conclusive at the 3 month mark following an exposure. Your 84 day test results are 100% conclusive and you are indeed HIV negative. I encourage you to try not to focus so much on the science behind the testing and focus on the negative test results.
I hope I was able to address all of your concerns, but please feel free to contact us again with any further questions.
In Health,
Katie
AIDS Vancouver Helpline Volunteer
E-mail: helpline@aidsvancouver.org
Phone (Mon-Fri 9-4pm): (604) 696-4666
Web: www.aidsvancouver.org/helpline
- See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf



Greetings,
Thank you for using AIDS Vancouver online helpline as your source of AIDS/HIV related information.
I'm going to do my best to answer your questions in the order you asked them above. Firstly, The Chemiluminscence (CMIA) HIV test is extremely accurate and reliable, and most CMIA tests include detection of the p24 antigen, which allows for earlier HIV infection detection. This is because an exposure which leads to an infection can take up to 3 days & P24 antigens are detectable immediately after infection, until your body's antibody response takes over (at which time the antibodies bind to the antigens, making them no longer detectable). However, not all CMIA tests may include p24 antigen detection, so retesting at 12 weeks is often suggested. You went on to receive two more HIV tests, all of which were negative. Your results are indeed conclusive and I wouldn’t suggest further testing.
So to clarify, the first test that you have with the results: ”HIV 1&2 ab/ag not detected” was looking for both the antibody (ab) and the antigen (ag). This is only available during the first couple weeks, as once your body starts producing the antibodies the antigen is no longer detectable. This is why the tests you had to follow did not say (ab)/(ag), as it was only looking for the antibodies.
That being said, all the testing methods provided are considered completely conclusive at the 3 month mark following an exposure. Your 84 day test results are 100% conclusive and you are indeed HIV negative. I encourage you to try not to focus so much on the science behind the testing and focus on the negative test results.
I hope I was able to address all of your concerns, but please feel free to contact us again with any further questions.
In Health,
Katie
AIDS Vancouver Helpline Volunteer
E-mail: helpline@aidsvancouver.org
Phone (Mon-Fri 9-4pm): (604) 696-4666
Web: www.aidsvancouver.org/helpline
- See more at: http://www.aidsvancouver.org/what-we-do/helpline/online/about-elisa-test-generation#sthash.AxvhNx3f.dpuf

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST