Friday, 25 October 2013

UMAIRAH - SAYA WANITA BERSUAMIKAN SEORANG GAY

Salam saudara Najmi,

Saya mendapat emel najmi daripada blog Najmi. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas pada Najmi kerana sangat tabah menghadapi ujian dari Allah. Bukan semua orang mampu menghadapi penyakit ini dengan pebuh redha.

Untuk pengetahuan Najmi saya seorang wanita yang bersuamikan seorang gay atau bekas gay (saya pun tak pasti). Oleh itu saya ingin mendapat pandangan saudara dalam hal ini untuk menyelesaikan masalah saya. 

Saya telah sedaya upaya menerima keadaan dia dan sentiasa meminta Allah memberi saya kesabaran dalam hal ini. Saya tidak terburu-buru membuat keputusan untuk berpisah kerana saya ingin benar-benar menyelidik dan memahami perasaan suami andai saya boleh membawanya ke pangkal jalan. ini kerana saya lihat dia tidak meninggalkan solat dan agak kuat beribadat.

Untuk pengetahuan Najmi suami saya mempunyai seorang kawan rapat 'aka' adik angkat yang pernah menjadi rakan penyewanya dulu. Mereka telah kenal sejak 2005 lagi iaitu selama 8 tahun sudah. Beza umur mereka selama 13 tahun. Mereka membahasakan diri mereka 'sayang' dan 'bie'. Saya mendapat tahu tentang ini kerana saya pernah terbaca SMS suami dengann adik angkatnya itu.

Untuk pengetahuan Najmi, mereka sering melancong ke luar negara bersama. Namun saya tidak pasti adakah mereka masih melakukan hubungan terlarang itu apabila berjumpa kerana kami sekarang tinggal di luar negara dan adik angkatnya berada di KL.

Mereka hanya akan berjumpa apabila kami pulang ke Malaysia 2 kali setahun. Suami saya memang sorok-sorok saja semasa SMS adik angkatnya dan meletakkan password pada HPnya. Saya pernah terbaca SMSnya dengan kawannya yang lain mengatakan mereka (merujuk kpd suami dan adik angkatnya) telah stop having sex since 2010 selepas suami pergi mengerjakan umrah. Mereka sekarang hanya mengharapkan kasih sayang saja.

Saya harap saudara menerima saya sebagai kenalan yang dapat bertukar-tukar pendapat dan saling membantu untuk membetulkan mana yang salah dan menyokong mana yang betul. Semoga Allah meredhai apa yang kita lakukan. 

Saya ingin bertanya:

1) Bagaimana jika saya ingin mengetahui jika suami masih seorang gay atau pun telah meninggalkan aktiviti songsang tersebut? 

2) Apakah cara yang mesti saya buat untuk menjauhkan dia daripada kawan-kawan gay atau tidak terlalu mengingati tentang aktiviti songsang tersebut? 

3) Adakah saya boleh mempercayai kata-katanya kepada kawannya itu yang mengatakan dia telah stop having sex dengan adik angkatnya itu? 

4) Saya dapat mengesan suami melayari laman web lucah gay. Adakah itu menandakan dia masih ketagih dan tidak insaf? (maksud saya adakah jika berpeluang mendapat pasangan gay dia akan melakukan aktiviti tersebut? memandangkan kami tinggal di negara arab sekarang, dia tidak mempunyai ramai kenalan lagi) 

5) Semasa bertunang, suami telah mempunyai seorang kawan perempuan yang sangat rapat dimana mereka hampir berkahwin. Hingga sekarang mereka masih berhubungan. Jadi saya ingin bertanya Najmi apakah naluri sebenar suami saya kerana dia boleh mempunyai perasaan kepada seorang lelaki (adik angkatnya) dan pada masa yang sama mempunyai perasaan secara curang kepada seorang wanita? Adakah ini dinamakan biseksual? 

6) Apakah kekerapan hubungan seksual kepada seorang gay? kami melakukan hubungan paling sedikit seminggu sekali, paling banyak 2 hari sekali. Adakah itu mencukupi bagi seorang gay untuk memesongkan nalurinya terhadap aktiviti songsang tersebut?

Setakat ini saja soalan saya memandangkan saya juga tidak tahu mahu bermula dari mana, mungkin melalui perbincangan kita nanti saya akan bertanya lebih lanjut kerana najmi mempunyai pengetahuan yang luas dalam perkara ini.

Saya memohon maaf jika soalan saya terlalu banyak untuk dijawab oleh Najmi. Saya harap Najmi masih sudi menjawab soalan-soalan saya kerana saya inginkan kepastian memandangkan perkara ini terlalu kabur untuk saya fahami. Saya yakin hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang mampu menjawab dengan penuh pengertian tentang perkara ini.

Harap mendapat balasan dari Najmi. Terima kasih banyak-banyak atas masa yang diluangkan.


Sekian,
UMAIRAH
(bukan nama sebenar)



Salam Umairah,  

1) Pandangan saya kalau suami itu masih selalu keluar malam, selalu berSMS sorok-sorok mengadap HP jauh dari pandangan isteri, pura-pura dan selalu sangat menipu contoh kata ada kerja balik malam dan tidak beberapa nak bersama dengan isteri. Serta suka sangat jaga badan jaga penampilan melampau-lampau lah seolah-olah cuba menarik perhatian orang lain untuk suka kepadanya walaupun dah beristeri, maybe itu antara tanda-tanda ia masih belum mahu berubah atau masih melakukan aktiviti songsang dibelakang isteri.

Tetapi kalau suami yang tidak meninggalkan solat, kuat beribadat dan kalau tengok bahan bacaan ia lebih kearah pembacaan agama, insyaallah dia benar-benar nak berubah mengawal diri. Lagi baik kalau suami suka ke masjid dengar ceramah agama, itu antara tanda-tanda ia nak berubah... 

2) Agak sukar untuk Umairah nak ubah diri suami, pada saya kesungguhan terletak ditangan suami untuk mengawal diri. Umairah hanya boleh membantu dan beri galakan sahaja agar dia mengawal diri.

Macam saya kata kesungguhan perlu datang dari diri suami, dia perlu buang rakan-rakan songsang dan elak berhubung dengan mereka terutama dikalangan mereka yang boleh menghasut, pasti sukar untuk Umairah paksa ia buang rakan-rakan gay ia..sebab banyak cara yang boleh ia berhubung dengan rakan-rakan gay tanpa pengetahuan isteri. 

3) Kebiasaanya kalau dia baru balik dari melakukan umrah pada ketika itu memang dia ada keinsafkan dari tidak melakukan lagi aktiviti tersebut, tapi untuk membendung dia dari tidak melakukannya lagi agak sukar, terutama apabial dia kembali melayan laman-laman web gay semula. Walau bagaimana pun agak sukar nak kita pastikan sama ada dia benar-benar telah dapat mengawal nafsunya dan tidak lagi melakukan aktiviti tersebut lagi. 

4) Jika suami benar-benar telah berubah dan sudah dapat mengawal diri maka dia pastinya tidak akan melayari laman-laman web gay lagi, jika dia benar insaf dia akan cuba kawal diri daripada terus melihat prono-prono lagi, sekiranya dia masih melayari laman-laman gay bermakna nafsu dia kepada aktiviti songsang masih ada. Apabila dia melayan laman-laman gay dan melihat video-video gay, pasti keinginan melakukan akan kembali bersarang didalam hati. Pada mulanya dia akan memendam rasa keinginan melakukannya dan bahaya apabila dia bertemu dengan seseorang yang dia suka dimana sahaja, maka aktiviti seks tidak mustahil boleh berlaku lagi tanpa dirancang. Setahu saya negara arab mempunyai bilangan gay yang agak ramai, tetapi mereka tahu menutup kegiatan mereka. Wallahuallam 

5) Ya, kemungkinan suami Umairah seorang biseksual, ramai lelaki diluar sana mempunyai nafsu kepada kedua-dua jantina, mereka yang bisekual ini lebih bernasib baik kerana boleh berkahwin dan boleh melakukan seks dengan isteri dalam masa sama mereka boleh menutup aib diri dengan melakukan seks dengan lelaki dibelakang isteri. 

6) Setahu saya kekerapan seks seorang gay tidak menentu, bergantung kepada tahap hormon seks (libido) dalam badan seseorang. Jika dia masih muda, nafsu seks kuat maka setiap hari pun mereka boleh melakukan seks. Pada saya hubungan seks suami isteri seminggu sekali atau 2 kali sehari itu pun bergantung kepada usia suami. Jika umur suami dah lanjut saya rasa ianya memadai tetapi kalau usia suami masih muda....pandangan saya ianya tidak cukup untuk memesongkan nalurinya, kekerapan melakukan seks dengan isteri adakala tidak mampu memesongkan naluri songsangnya. Naluri itu tidak boleh hilang ianya tetap ada, keinginan melakukan tetap ada, tetapi jika suami biseksual bijak mengawal diri dan berazam mahu berubah maka dia boleh berubah dan mampu mengawal diri. 

Segalanya bergantung kepada betapa tingginya keinginan suami hendak berubah mengawal diri, jika hanya hangat-hangat taik ayam maka sukar dia berubah.

Saya hanya memberi nasihat mengikut pandangan peribadi saya sahaja, tentu ada silap dan salah, maybe pandangan orang lain apabila  menjawab persoalan yang di luahkan oleh Umairah berbeza dengan pandangan saya.





11 comments:

  1. maybe Umairah boleh tengok series ni untuk tahu apa itu gay sebenarnya dan secara tak langsung boleh fikir camne cara terbaik untuk memahami masalah suami Umairah dan cara untuk membantunya.ada banyak episod.
    Type kat youtube " My Husband's Lover english subtitles episode 1 " atau just copy this link http://www.youtube.com/watch?v=xUWWolbnExk
    on caption untuk english subtitles ye.

    ReplyDelete
  2. Bagi pandangan saya untuk golongan gay yg x mampu menahan nafsu mintak doctor matikan alat sulit menjadi mati pucuk..boleh la bertaubat dengan senang..amacam abang naj mi setuju x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....bila dah mati pucut, keyakinan diri hilang so MAYBE lah masa tu di dpt kawal diri kut...Tapi kalau depan tak berfungsi, yang belakang tu masih berfungsi heeee.

      Naluri keinginan tersebut tak akan hilang, tapi ianya hanya boleh dikawal. Minta lah pertolongan dari Allah, insyaallah ianya boleh dikurangkan, dikawal sehingga dapat dihentikan terus

      Kalau tak kerat aje lagi senang aje hahaha...:)

      Delete
    2. abg Najmi. sy pun pernah terfikir mcm tu..sbb suami mgaku dgn kwn2nya, dia 'Top'. jd, dalam fikiran sy...hy tggu mati pucuk brgkali baru insaf. skrg ini, sy takut juga suami sy ada HIV..kdg2 dia citer kwn2 dia..dorg bt seks tanpa pelindung;....

      Delete
    3. Mag lensmac

      Buat tanpa pelindungan? Biasanya bilangan yang melindungi diri mereka agak kurang pada pandangan abang, yang tak melindungi diri tu yang ramai. Biasanya mereka yang faham mengenai HIV pasti akan ada rasa takut so mereka melindungi diri mereka dan PLHIV majoriti mereka ni pasti akan mengunakan perlindungan sebab biasanya mereka tak nak pasangan mereka dijangkiti sama ada yang sah (isteri) atau yang tak sah.

      Kalau abang ditempat Mag pun pasti ada rasa takut kan sebab suami bukan 24 jam boleh kita jaga dan dipantau. Abang harap suami Mag tidak lagi terlibat dengan aktiviti tersebut, abg harap dia tahu tanggung jawab ia bukan sahaja melindungi dirinya malah melindungi Mag juga....

      Delete
    4. itulah yg saya takut...was2 juga sy bila nk 'bsama' dgnnya. Sy bpendapat, aktiviti seks songsang suami sy tu..tidak akn bhenti sbb sy kedapatan sekotak kondom disembunyikan di bawah tempat duduk kereta. Bukan alang2..dia beli, 12 pek kondom..geram tul, dia x tau sy p check kereta dia.

      Delete
  3. assalamualaikum umairah ....

    membaca soalan2 umairah...itu lah jugak persoalan yang bermain di benak saya dan mungkin isteri2 lain yang mempunyai suami gay....

    jawapan abg najmi sgt tepat.... semuanya boleh berubah seandai nya suami itu sendiri ingin berubah.... tetapi...sangat susah umairah..saya tak kata tidak ada tetapi sgt sedikit bagi saya golongan ini akan berubah....umairah masih bertuah kerana suami adalah bisex.... dalam kes2 lain...mungkin totally gay tegar..... mcm suami saya....

    berubah???? mereka sahaja boleh jawab soalan tersebut....kita boleh bantu tetapi jika mereka mengaku....apabila tidak mengaku....mcm mana nk bantu? kita akan dikata menuduh...membawa cerita...memfitnah mereka walau terang2 ada bukti...

    umairah boleh baca byk kisah2 dalam ni yang kadang2 saya sendiri sedih bila baca...betul la kot...kita berada di penghujung zaman.... walau jelas benda tu salah, tp tetap nak buat...... tapi bagi saya...mereka yang mengalami situasi ini akan menghadapi dengan cara berbeza...pengalaman pun akan berbeza...

    semoga umairah tabah menghadapi.... seperti mana kami yang lain..... setabah kami pun..ada masa tewas jugak :)....... all the best umairah

    ReplyDelete
  4. salam semua..1st ucap lah alhamdulilah kerana kita antara insan terpilih utk ujian allah swt..seperti yang abg najmi tuliskan..kita semua diuji dgn pelbagai ujian dan ujian itu dtg dlm pelbagai cara..jalan terbaik muhasabah diri apa yang allah swt cuba tunjukan pada kita..mcm saya sendiri dari kecil sampai lah sekarang diduga dgn pelbagai ujian..ibu ayah yg x sefahaman..sy yg hampir dirogol pakcik sendiri..bf menagih(skrng suami sy dan tlh berubah) bf pernah di suspect hiv..di ikuti adik lelaki sy yg di suspect hiv juga..ibu yg menghidapi kanser tahap 4..dan terbaru sy diuji dgn adik +hiv..dan kes ini yg membuatkan sy termenung jauh mencari keredhaan ilahi..dy duduk sendiri dan sy ingat kembali satu persatu yg penah sy lalui..ya allah begini sekali hambamu ini di uji..

    buat umairah..1st yg anda perlu buat muhasabah diri..cari lh info yg boleh membantu anda di dlm blog ini..insha allah akan ada jln penyudah utk anda nnt..kena byk bersabar...pasti ada yang manis di akhirnya..spt yg sy harapkan jua..

    wassalam..
    kasihabadi

    ReplyDelete
  5. saya tak percaya pada istilah exgay atau bekas gay. being gay is about naluri. we can change..but..its there..always...cuma kekuatan diri bermujahadah yang menentukan hidup

    ReplyDelete
  6. adakalanya bila mengetahui rahsia suami kita boleh menjadi begitu rendah diri. Mungkin lebih baik jika tidak tahu .Rasa sedih,tertipu,kesian pada diri dan anak-anak. nak bercerai anak dah besar. Sahabat semua memuji suami baik,anak yang taat dan suami yang bertanggungjawab tetapi hanya isteri yang tahu . nasihat kepada lelaki gay janganlah kahwin kerana anda menganiayai seorang wanita .Kesianlah kepada wanita yang solehah yang ditipu menyangka mendapat suami beriman.

    ReplyDelete
  7. samalah dengan saya..berkahwin dengan lelaki biseksual..kalau dari awal saya tahu mungkin boleh angkat kaki..tp sudah beranak pinak baru tahu kegiatan suami..hadapi lah juga dan rasa sayang terhadap suami pun menebal..
    mengharapkan bantuan dari Allah semoga suami berubah.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST